Anda di halaman 1dari 3

KESANTUNAN BERBAHASA (BMMB1144)

TAJUK: GAYA KESANTUNAN BERBAHASA M6

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. MUAZ BIN MUNAJAR


2. ZAHIDATUL JANNAH BINTI MUHAMMAD
3. NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN

Soalan.

Laksanakan kritikan  analitikal faktor-faktor yang mempengaruhi bahasa kasar dan


cara-cara mengatasi pengunaan bahasa kasar dalam artikel Nota M6 Bahasa
Kasar(2).

a) Faktor-faktor yang mempengaruhi bahasa kasar.

Bahasa kasar merupakan bahasa yang tidak sopan atau tidak manis
digunakan ketika bercakap dengan seseorang. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi penggunaan bahasa kasar dalam kehidupan seseorang. Antaranya,
faktor emosi iaitu boleh mendorong seseorang bertindak di luar batas disebabkan
tidak mampu untuk mengawal perasaan marahnya. Sebagai contoh, seseorang yang
hidup dalam tekanan akan lebih senang untuk mengeluarkan bahasa kasar kerana
dia berfikiran bahawa dengan dengan cara itu mampu meluahkan isi hatinya.

Selain itu, faktor keluarga juga mendorong kepada penggunaan bahasa


kasar dalam kehidupan seseorang. Contohnya, sikap ibu bapa yang sering
berbahasa kasar di rumah akan dilihat oleh anak-anak. Secara tidak langsung, anak-
anak akan mengikutinya dan merasakan bahawa penggunaan bahasa kasar adalah
sesuatu yang baik. Dengan ini, kanak-kanak sering memberontak dan mengeluarkan
kata-kata kasar ketika berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

Seterusnya, terdapat juga faktor persekitaran yang memberi kesan negatif


kepada anak-anak. Seperti yang telah diketahui, pengaruh rakan sebaya adalah
diantara orang yang mampu membentuk peribadi seseorang. Sekiranya kanak-kanak
sering bergaul dengan rakannya yang negatif dan bersikap kurang beradab, dia akan
mudak terpengaruh dengan sikap rakannya. Contohnya, perkataan ‘sial’ yang tidak
asing lagi dalam kalangan remaja adalah satu perkataan yang tidak sopan dan sering
digunakan di dalam kelas untuk meluahkan perasaan tidak suka. Dengan ini, rakan-
rakan yang mendengarnya akan terikut.
Di samping itu, penggunaan bahasa dalam media sosial. Kebanyakan media
cetak dan media cetak tidak menegaskan penggunanya untuk menggunakan bahasa
sopan ketika menyampaikan sesuatu informasi. Sebagai contoh, terdapat artikel yang
menyelitkan bahasa kasar untuk menarik perhatian ramai. Namun, sikap ini amatlah
tidak bertanggungjawab kerana masyarakat akan terbawa-bawa untuk
menuturkannya dalam kehidupan seharian. Jika mereka berkelakuan begitu setiap
hari, tidak mustahil untuk menjadikannya sebagai kebiasaan diri. Oleh itu,
pengguanaan bahasa kasar di media massa bukan sahaja mampu mempengaruhi
kanak-kanak malah dapat mempengaruhi semua lapisan masyarakat dalam satu
masa.

Akhir sekali, kemajuan teknologi komunikasi yang semakin canggih amat


membimbangkan kerana dapat mempengaruhi sikap masyarakat. Contohnya, kita
dapat lihat bahawa dengan kewujudan pelbagai alat komunikasi seperti Whatsapp,
Facebook dan Instagram banyak digunakan oleh remaja. Kita dapat lihat bahawa
remaja sudah tidak peduli tentang kepentingan untuk berbahasa secara sopan dan
santun, malah beranggapan bahawa mereka telah berkomunikasi sekadar seronok
dan difahami sesama sendiri. Akibat mengambil mudah hal ini, sikap mereka akan
bertambah teruk dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

b) Cara-cara mengatasi pengunaan bahasa kasar.

Terdapat banyak cara untuk mengatasi penggunaan bahasa kasar. Antaranya ialah
peranan ibu bapa. Ibu bapa adalah orang pertama yang harus bertanggungjawab
mendidik anak untuk bersopan santun ketika berbicara. Ibu bapa harus berusaha
menyelesaikan masalah serta menghindari pengucapan kata-kata kasar, mengumpat
dan mengejek di hadapan anak-anak. Amalkan komunikasi yang positif dalam aktiviti
seharian. Selain itu, ibu bapa juga harus peka terhadap kondisi anak-anak iaitu faham
akan apa yang menyebabkan anak mengungkapkan kata-kata yang kasarwalau dalam
apa-apa keadaan sekalipun, Ibu bapa juga harus mengetahui sejauh mana
pemahaman anak terhadap kata-kata kasar yang diucapkannya. Tanyakan kepada
anak, adakah dia memahami erti kata tersebut. Kemudian jelaskan erti kata tersebut
dengan bahasa yang mudah untuk mereka fahami.
Guru haruslah menegur murid yang suka berbicara kurang sopan agar murid
terbiasa dan merasa bersalah apabila berbicara dengan bahasa yang kasar. Dengan
perasaan bersalah tersebut, murid yang terbiasa kurang santun akan mendapat impak
psikologi sehingga mengubah sifat yang kurang santun menjadi lebih santun. Murid
harus diingatkan supaya mampu berbahasa dengan baik agar dapat lebih diterima di
mana-mana juga. Ini agar murid-murid akan lebih terbiasa dengan sikap sopan santun.
Masa depan murid akan menjadi lebih cerah kerana akan disegani oleh masyarakat
dan orang ramai disebabkan sikapnya yang bersopan santun.
generasi hari ini belajar menggunakan bahasa rojak, bercakap kasar dan
sebagainya melalui media massa. Maka, jenis tontonan yang akan disiarkan perlulah
ditapis terlebih dahulu ,seiring dengan kehendak kesantunan bahasa dalam
masyarakat. Pemuda pemudi di negara kita sangat mudah dipengaruhi oleh media
massa. Sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu tegaskan bahawa kesantunan
berbahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kerana ia akan
menunjukkan karakter diri kita yang sebenar.
Akhir sekali, pihak- pihak yang bertanggungjawab dalam bidang bahasa ini perlu
memainkan peranan supaya kesedaran masyarakat akan meningkat tentang
pentingnya penggunaan bahasa yang sopan dan betul dalam kehidupan seharian.
Mereka perlulah menganjurkan program-program ceramah, forum, seminar dan bengkel
kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai rasa
tanggungjawab untuk menggunakan bahasa yang betul dan sopan ketika membuat
sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai