Anda di halaman 1dari 28

PENGGUNAAN BAHASA

SLANGA DALAM
KALANGAN REMAJA
1. AUFA ADLIA BT. NAZARI
2. INTAN AMALINA BT. ABDUL RAHIM
3. FARA EUSNIZA BT. ROSLI
4. FARAH NABILAH BT. MOHAMAD YUSOF

Kamus Dewan Bahasa


dan Pustaka edisi
keempat
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan
dalam sesuatu kelompok manusia untuk
melahirkan perasaan dan fikiran.
Slanga bermaksud kata-kata iaitu ungkapan
dan sebagainya yang tidak tergolong dalam
bahasa baku dan sering digunakan dalam
percakapan tidak rasmi.

Fischer (1996)

Slanga muncul pada abad ke-18 yang


membawa erti origin uncertain iaitu
ketidaktentuan sebenarnya. Secara
etimologi kata slanga berasal dari kata
sling yang dihubungkaitkan dengan
beggar language and rogues language
iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak
jalanan.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara


(Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei :
2003)

Slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi


dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap
atau mengikut musim. Harimurti
Kridalaksana (1982:156) merumuskan
bahasa slanga adalah bahasa yang tidak
rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok
sosial kalangan remaja tertentu sebagai
komunikasi dalaman untuk mengelakkan
orang luar kelompok memahami kosa kata
dan istilah yang mereka ungkapkan.

Brooke (1973:12)

Variasi yang terdapat dalam bahasa diberi


beberapa nama oleh ahli-ahli bahasa
berdasarkan faktor-faktor yang tertentu.
Umpamanya, variasi atau ragam bahasa
mengikut penggunaan sebagai register atau
laras dalam ilmu sosiolinguistik. Antara
variasi bahasa yang lain termasuklah variasi
seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.

Nik Safiah Karim (1994)


Bahasa slanga tergolong dalam
bahasa yang terhad dari segi
jumlah penutur, peranan atau
fungsinya dan inventori bahasa
itu sendiri.

LATAR BELAKANG
bahasa kutu, bahasa parasit dan bahasa roker
bahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh
kelompok tertentu
kosa kata yang tidak baku, tidak standard dan
berubah-ubah secara umum serta berbeza dengan
kosa kata lainnya
penulisan-penulisan yang digunakan dalam bacaan
ringan seperti komik
trend dalam kalangan remaja yang digunakan dalam
alam maya atau di dunia sebenar

LATAR BELAKANG
menyebabkan masyarakat lain dan yang
berpengalaman tidak memahami maksud sebenar
yang ingin disampaikan oleh mereka.
kemajuan teknologi telah membawa perubahan
yang ketara dalam pertuturan anak muda
semakin banyak penggunaan bahasa slanga yang
akan digunakan pada masa hadapan dan semakin
kurang orang yang lagi mengamalkan bahasa baku
terutamanya dalam kalangan remaja.

TUJUAN
Mengenal pasti tahap penggunaan
bahasa slanga
Mengenal pasti pengaruh besar yang
menyebabkan remaja menggunakan
bahasa slanga dalam kalangan mereka.
Membincangkan impak yang akan
dialami masyarakat pada masa akan
datang
Mengumpulkan beberapa perkataan
bahasa slanga yang digunakan

KEPENTINGAN

menambah dokumentasi tentang bahasa slanga


berkenaan punca-punca yang menyebabkan
penggunaan bahasa slanga
menambah bahan kajian yang sedia ada
dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya
kesan penggunaan bahasa slanga

Penggunaan Bahasa Slanga

Sesetengah remaja pada masa kini menggunakan


bahasa slanga dalam kehidupan seharian mereka.
Namun begitu terdapat segelintir daripada mereka
yang langsung tidak menggunakan bahasa slanga.
Berdasarkan borang soal selidik yang telah
diedarkan,kami terlebih dahulu menyoal responden
adakah responden tersebut mengunakan bahasa
slanga didalam percakapan mereka.

Penggunaan Bahasa Slanga


Menurut Kridalaksana (1982), beliau
merumuskan bahasa slanga merupakan bahasa
yang tidak rasmi dan lazimnya digunakan oleh
kelompok sosial kalangan remaja tertentu
sebagai komunikasi dalaman untuk
mengelakkan orang luar kelompok memahami
kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.

24%; 24%

76%; 76%

Ya
Tidak
Rajah 1 : Peratus Bilangan Pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan
yang menggunakan bahasa slanga.

Berdasarkan kaji soal selidik yang dijalankan, kami mendapati


bahawa peratus pelajar yang mengunakan bahasa slanga adalah
sebanyak 76 peratus bersamaan dengan 38 responden daripada 50
responden yang disoal selidik manakala pelajar yang tidak
mengunakan bahasa slanga adalah 24 peratus bersamaan 12
responden daripada 50 responden.

Faktor Pengaruh Penggunaan Bahasa


Slanga

Faktorfaktor
Rakan

Bilangan
17

Peratusan(%)
44.73

Keluarga

10

26.31

Media Sosial

21.05

Media Massa

5.26

Media Cetak

2.63

JUMLAH

38

100.00

Pengaruh Rakan
Remaja merupakan golongan yang berada pada zaman
peralihan antara kanak-kanak dan dewasa. Pertumbuhan
remaja pada peringkat umur 16 sehingga 18 tahun.
Remaja biasanya memilih rakan yang mempunyai persamaan
tingkah laku,sikap dan identiti mereka (Aker, jones&coyle,
1998, hogue&Steinberg, 1995).
Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya
kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri
daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk
diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi
percakapan dan pengunaan bahasa slanga dalam kalangan
pelajar.

Pengaruh Keluarga

Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12


tahun mendengar percakapan kakak atau abang kepada
mereka menyebabkan berlakunya penyebaran bahasa
slanga ini dan digunakan sehingga kanak-kanak tersebut
meningkat kepada usia remaja kerana telah didedahkan
dengan bahasa slanga sejak dari kecil.

Pengaruh media sosial


Dengan adanya jaringan sosial seperti
facebook, remaja amat mudah untuk
meluahkan perasaan dan berhubung
dengan rakan
Masalah penyebaran bahasa slanga ini
timbul apabila bahasa yang digunakan
didalam jaringan sosial seperti facebook
dan blog tidak ditapis.

Pengaruh Media Massa

Menurut Changara, 2002


Media massa ialah alat yang digunakan
sebagai alat untuk
menyampaikan maklumat
dan sumber kepada khalayak
Media massa juga berorentasikan penglihatan

Pengaruh Media Cetak


Antara contoh media cetak adalah novel dan cerpen,
bahan-bahan ini menggunakan bahasa slanga bertujuan
menambahkan kemesraan dan menarik minat golongan
remaja sebagai contoh:
camtu (macam itu),
kengkawan (kawan-kawan) dan
siniz (sini),
seryuz (serius)
Remaja yang gemar akan bahan bacaan seperti novel
dan cerpen ini akan dipengaruhi sekali gus mengunakan
bahasa slanga dalam percakapan seharian mereka.

PERKATAAN BAHASA SLANGA


Bil
1. Siot
2. Sakai
3.
4.
5.
6.

Perkataan

Maksud
Mengarut
Tidak mengetahui sesuatu
Serabut
Berlagak
Menjengkelkan
berbadan tegap
bodoh

Kerek
Poyo
Sado
sengal

7.
8.
9.
10

awek
Masak kita
Balak
Port baru

.
11 Dalam

hati

sikap yang tidak ada

perasaan
teman wanita
Habislah atau teruklah kita
Teman lelaki
Tempat baru
ada Romantic

.
taman
12 Chikaro

Teman wanita

.
13 Ada aku kisah

Saya tidak perduli

.
14 Pishang

Bosan

KESAN-KESAN
PENGGUNAAN BAHASA
SLANGA

Menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada


lisan atau tulisan merosot.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan akan tergugat.
Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh
generasi Melayu.
Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Penggunaan bahasa slanga ini akan menyebabkan
masyarakat Melayu mengagung-agungkan anasir
asing

Langkah-langkah Mengatasi
Penggunaan Bahasa slanga

Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul


dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal
seperti tugasan, arahan dan sebagainya bagi memastikan
golongan remaja mempelajari pengunaan Bahasa Melayu
dengan betul.

Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara


berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam

Langkah-langkah Mengatasi
Penggunaan Bahasa slanga
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai
dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk
mengelakkan penggunaan bahasa slanga terhadap paparan di
tempat umum.

Para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa


Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa
dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah.

Langkah-langkah Mengatasi
Penggunaan Bahasa slanga

Media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan


bahasa slanga bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan
pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu terutamanya
remaja.

Remaja itu sendiri perlu sedar dan mempunyai kewarasan untuk


menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa
mencemarkannya.

PENUTUP
Kesimpulannya, jumlah remaja yang menggunakan bahasa slanga
adalah melebihi jumlah remaja yang tidak menggunakan bahasa
slanga dalam percakapan seharian. Hal ini disebabkan beberapa faktor
yang mempengaruhi seperti rakan sebaya, media sosial, keluarga,
media massa dan media cetak. Ini memberi kesan buruk kepada
remaja itu sendiri dan juga kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu
yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu, kekeliruan bahasa
kepada generasi akan datang, dan remaja Melayu mengagungagungkan anasir asing terutamanya bahasa slanga.

PENUTUP
Oleh itu langkah-langkah untuk membendung penggunaan
bahasa slanga ini harus dimantapkan seperti mewajibkan
penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul. Sesungguhnya,
penggunaan bahasa slanga ini dapat dibendung jika semua pihak
berganding bahu dalam menanganinya kerana hal ini sangat
penting untuk kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai