Anda di halaman 1dari 3

JELASKAN FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI

MUDA DAN NYATAKAN FAKTOR- FAKTORNYA

Bahasa ialah sisitem komunikasi yang diwujudkan oleh manasia untuk memudahkan mereka
berinteraksi antara satu sama lain secara berkesan. Dalam setiap bahasa di dunia ada diwujudkan
pelbagai aturan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh penuturnya. Menurut Awang Sariyan (2007)
kesantunan merupakan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, memancarkan peibadi mulia
dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Manakala menurut Safir
(1921) bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri manusia untuk menyampaikan idea, perassan,
emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar. Konsep kesantunan bahasa
sebenarnya menerangkan tentang penggunaan bahasa yang baik iaitu apabila kita bercakap dengan
seseorang tanpa menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan.
Kesantunan bahasa juga merujuk kepada strategik penggunaan kata gelaran, kata sapaan dan kata
ganti mana diri untuk menunjukkan perasaan hormat terhadap seseorang. Konsep kesantunan
berbahasa terbahagi kepada dua iaitu verbal dan non verbal. Verbal merujuk kepada teks, pengucapan
dan lisan manakala non verbal merujuk kepada reaksi wajah, bahasa tubuh dan bukan lisan. Sejak
azali, kesantunan berbahasa itu diketahui sangat penting dan merupakan aspek penting ketika
berkomunikasi dengan orang lain.
Sedarsawarsa, isu kesantunan bahasa ini semakin kerap meniti dibibir umat manusia dari segenap
empat penjuru negara. Hal ini adalah kerana, dunia masa kini semakin membuka peluang kepada
masyarakat untuk menyalah tafsiran tentang maksud sebenar kesantunan bahasa. Kesantunan
berbahasa kian lapuk dalam masyarakat sekarang terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Barangkali remaja sendiri kadangkala tidak meneliti bahasa yang mereka gunakan dalam percakapan
harian. Ini jelas diperlihat apabila mereka menggunakan kata-kata tuturan yang kurang manis atau
tidak senonoh untuk didengar. Jelasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan fenomena
kesantuna berbahasa dalam kalangan generasi muda ini mengalami perubahan dan evolusi.
Salah satu faktor yang menjadikan generasi muda hari ini kurang kesantunan berbahasa ialah
menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi dengan sahabat serta teman-teman mereka. Hal
ini terjadi apabila generasi muda menggunakan teknologi seperti sistem pesanan ringkas (sms),
facebook, twitter dan lain-lain untuk berkomunikasi. Mereka memendekkan ejaan seperti aku ditulis
sebagai aq , sayang ditulis sebagai cyg dan berbagai-bagai lagi. Mereka cendurung menggunakan
ayat ringkas, tida bercirikan kesantunan berbahasa, kesalahan ejaan yang dibuat dan disengajakan

serta perkataan yang cepat difahami namun kurang kesantunanya. Ada sesetengahnya mengatakan
bahawa bagi menjimatkan ruang dan masa, mereka terpaksa memendekkan ejaan.
Selain itu, didikan keluarga juga antara faktor yang menyebabkan fenomena kesantunan berbahasa
yang kian runtuh. Ibu bapa tidak mengambil berat atau tidak mementingkan bahasa amank mereka
semasa mereka dibesarkan. Sebaliknya mereka sanggup mengejar wang untuk masa depan anak dan
membiarkan anak mereka begitu sahaja sampai menjadi kritikal. Seperti bak kata pepatah bapa borek
anak rintik anak-anak akan terikut dengan perlakuan ibu bapa di mana mereka menggunakan bahasa
kasar dan menggunakan kata-kata yang tidak baik. Oleh itu, ibu bapa harus menjadi teladan yang baik
kepada anak-anaknya.
Manakala faktor seterusnya yang menyebabakan fenomena kesantunan berbahasa semakin merosot
dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh rakan sebaya. Sesetengah remaja memang suka untuk
menggunakan kata-kata kesat dalam pergaulan harian mereka. Hal ini berkemungkinan kerana mereka
mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan bersama rakan masing-masing serta
memiliki identiti sendiri. Namun, hal ini telah menyebabkan kemerosotan penggunaan bahasa yang
sopan dalam kalangan generasi muda.
Seterusnya, evolusi teknologi yang melanda dunia termasuk Malaysia juga merupakan salah satu
punca berlakunya masalah ini. Hal ini telah mencetuskan satu bahasa yang digelar sebagai bahasa
teknologi yang menunutut penggunanya mengetepikan sedikit aspek kesantunan ketika berbahasa.
Namun, penggunaan bahasa ini sedikit banyak memberikan kesan ke atas bahasa Melayu apabila
lahirnya ayat-ayat dan perkataan -perkataan yang baru dan kreatif yang tidak pernah ada sebelemnya.

Sikap serta gerak geri ketika berbicara merupakan antara aspek fenomena
kesantunan berbahasa. Raut wajah dan gaya badan semuanya mempengaruhi
kesantunan berbahasa. Apabila berbicara, kita seharusnya menunjukkan muka yang
manis dan menerima kritikan orang dengan hati yang terbuka. Ramai dalam kalangan
generasi muda hari ini menunjukkan muka yang masam apabila dimarahi atau dikritik
dan ada sesetengahnya yang membalas dendam. Hal ini mungkin disebabkan
pemikiran yang tidak matang, selain daripada asuhan di rumah. mereka seharusnya
belajar menerima kritikan orang lain, bukan hanya tahu mengkritik sahaja.
Tambahan pula, media massa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

kurang kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda. Melalui media massa,
generasi hari ini belajar menggunakan bahasa inggeris, bercakap bahasa rojak,
bercakap kasar dan bermacam-macam lagi. Bahan-bahan yang disiarkan sering diikuti
oleh generasi muda.
Intihannya, amalan kesantunan berbahasa ini bukanlah bersifat sementara atau hangat-hangat tahi
ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan masyarakat yang mesti diteruskan
kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun temurun. Bak
kata pepatah hidup dikandung adat mati dikandung tahan.
Mereka mengikut sahaja apa yang ditunjukkan dalam media massa.
Akhirul kalam, amalan kesantunan berbahasa ini bukanlah bersifat sementara atau
hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan
masyarakat yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang
telah kita warisi sejak turun temurun. Hal ini menunutut kerjasama semua pihak agar
sama-sama mempraktikkan konsep kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian
sama ada daripada segi verbal atau non verbal. Bersopan santun dalam berbahasa sangat
penting ke atas setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai