Anda di halaman 1dari 3

Pemerdagangan Manusia

Aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan


jenayah terancang rentas sempadan. Kegiatan ini berlaku hampir di seluruh
dunia dan banyak melibatkan negara maju. Kajian pada tahun 2006 yang
dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan, kira-kira 800,000 orang dibawa
melepasi sempadan negara setiap tahun. Jutaan orang yang diperdagangkan
dalam negara sendiri tidak direkodkan. Kira-kira 80 peratus mangsa kajian ini
terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan 50 peratus adalah di bawah umur.
Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks
komersil. Jumlah ini tidak termasuk jutaan mangsa lelaki dan wanita di seluruh
dunia yang diperdagangkan dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan
kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang.
Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Laporan Pemerdagangan Orang
(TIP) yang menganggarkan, kegiatan pemerdagangan orang di negara itu
melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion
hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000
orang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dengan sekitar 14,500
hingga 17,500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Angka yang tercatat
menunjukkan keuntungan berlipat kali ganda antara sebab utama individu
terlibat dengan jenayah ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah kanakkanak, diseludup dari kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik
membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda berikutan keuntungan
yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. Pada
tahun 2004, Amnesty International melaporkan dianggarkan seramai 700,000
orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Negara
Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000
orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak
diperdagangkan merentasi sempadan negara. Di Bangladesh, UNICEF
melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi
mangsa pemerdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia
antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang bertugas untuk menangani piawai buruh, penggajian dan
perlindungan masyarakat, menganggarkan bahawa terdapat seramai 12.3 juta
orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh paksa
kanak-kanak dan abdi seks pada sesuatu masa. Julat anggaran lain adalah
antara 4 juta hingga 27 juta orang. Kegiatan pemerdagangan orang dianggap
sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara
untuk beroperasi. Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti yang
diaplikasikan sebagai perbuatan perhambaan alaf baru. Keunikan negara ini
yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan penyeludup memilih
negara ini sebagai negara transit bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak dari
Afghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain negara berhijrah ke beberapa buah
negara Eropah. Jenayah universal ini memberi implikasi yang besar kepada

negara. Kerajaan telah mewujudkan satu Akta yang memberikan kuasa kepada
kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan
penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM1,000,000. Sejajar dengan
pengenalan Akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang berfungsi
untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan Akta tersebut. Walaupun Laporan
Pemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat
meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam
menangani isu ini, kewujudan Akta yang khusus dan MAPO membuktikan
komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Selain daripada itu,
Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia pada Tahap Dua
Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2010 kerana ketelusan Kerajaan mematuhi
Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). Walaupun Kerajaan
melaksanakan pelbagai mekanisme bagi membendung jenayah itu, kelembapan
ekonomi dan kelemahan negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik
menyebabkan mangsa mudah diperdaya oleh sindiket. Kerjasama maksimum
daripada orang awam dan agensi penguatkuasa juga perlu dipertingkatkan.

Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi


Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej
negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan
masalah tersebut.
Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada
untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan
pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif
dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.
Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam
mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata
dunia.
Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undangundang.
Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita
dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran ,
pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.
3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara


dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan
rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat
4. Peningkatan masalah sosial
Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan
sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat
Langkah-langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang
Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
Akta Antipermerdagangan Orang 2007
2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk
sempadan dengan lebih teliti
Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia
berlaku
Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara
haram.
3. Koordinasi antara kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu
mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian
Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.
Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan
negara.

Anda mungkin juga menyukai