Anda di halaman 1dari 17

PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


(RMT)
PENGENALAN RMT
• Program Rancangan Makanan Tambahan
dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid
sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang
miskin.
• Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu
dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan
dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
• Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan
daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM
400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah
layak untuk menyertai program ini.
• Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai
satu program yang bertujuan membantu
meningkatkan taraf pemakanan serta
kesihatan murid sekolah rendah.
• Program ini yang pada asalnya dikendalikan
oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan
pelaksanaan menurut pengesyoran dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
• Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.80
sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan
RM2.05 sehari bagi murid di Sabah dan
Sarawak.
OBJEKTIF RMT
• Untuk memberi makanan tambahan
kepada murid-murid sekolah rendah,
terutama dari luar bandar dan dari
golongan berpendapatan rendah,
secara imbuhan dan buat sementara
waktu, untuk memperbaiki keadaan
kesihatan sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan
Negara.
• Untuk memberi makanan tambahan
yang berzat dan seimbang kepada
murid-murid yang berkenaan untuk
membantu mereka mengatasi masalah
dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga.
OBJEKTIF RMT
• Untuk menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung
dan secara tidak langsung.
• Untuk mengendalikan tabiat sopan santun,
disiplin, timbang rasa serta amalan yang
diingini berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.
• Untuk menggalakkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
KONSEP RMT

• Memilih dan menyenaraikan murid yang layak


menerima RMT ikut kriteria yang ditetapkan
oleh KPM
• Merekodkan penerimaan makanan murid-
murid
• Mengawasi murid-murid ketika makan sambil
beri tunjuk ajar budaya pemakanan yang betul
• Menyelitkan PKE dan cara pemakanan secara
tidak formal
KONSEP RMT

• Mengikut pertumbuhan fizikal murid : ukur


tinggi dan timbang berat sekurang-kurangnya
sekali setahun
• Mengawasi pengurusan perhidangan
makanan
• Memastikan rekod penerimaan dan
perbelanjaan peruntukan RMT disimpan
secara kemaskini oleh pihak sekolah
PELAKSANAAN PROGRAM RMT
• RMT 2010 bermula pada 3 Januari 2010.
• Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT
berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
• Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat
penilaian.
• Guru bertugas boleh memaklumkan kepada Pengusaha kantin
sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan
menu RMT dan sebagainya.
• Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap
pagi berjalan dengan lancar.
• Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu
menu pada waktu yang ditetapkan. (7.15 – 7.40 pg)
• Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat
untuk makan RMT digantikan dengan murid lain.
STRUKTUR KAWASAN RMT DI SEKOLAH
BIJIRIN SARAPAN
CONTOH MAKANAN
• Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang
paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya,
vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan
dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi
otak.
• Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja
yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah
mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran
dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
• Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan
pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk
melaksanakan tugasnya.
PEMILIHAN MAKANAN SARAPAN PAGI

• Pilih sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang


tinggi, contohnya roti, bijirin, buah-buahan seperti kismis,
prun dan pisang.
• Elakkan mengambil makanan yang berat terutama
makanan bergoreng dan berlemak.
• Untuk mereka yang kesuntukan masa, bijirin sarapan
adalah sarapan yang terbaik dan senang untuk disediakan.
• Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang
mengandungi lebih gula, kurang fiber dan sebaliknya. Pilih
bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin
yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien
dalam otak.
TIPS SARAPAN PAGI

Sajikan makanan
berasaskan bijirin
mulakan seperti nasi,
dengan buah- bubur, mi, roti
buahan segar dan bijirin
atau jus buah- sarapan. Susuli dengan
Hidangkan Hidangkan
buahan. Ini minuman yang
sarapan yang dengan sedikit
merupakan daging tanpa berasaskan
berkhasiat
pembuka lemak, ikan atau susu.
selera dan telur. Roti boleh
pembekal dimakan dengan
serat. keju rendah
lemak, mentega
kacang atau susu.
PRINSIP SARAPAN PAGI BERKHASIAT
Makan pelbagai jenis makanan
dpt memastikan tubuh badan mendapat semua
khasiat diperlukan. Gunakan Piramid Makanan
sebagai panduan

Makan lebih buah-buahan dan sayur


Kebanyakan buah-buahan dan sayur mengandungi lemak yang
rendah&membekalkan pelbagai jenis zat,serat. Pengambilan makanan
yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan
pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu
menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga
melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang
berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak
badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda
bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari


Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan
dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan
cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai