Anda di halaman 1dari 4

http://www.ikim.gov.my/index.

php/en/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-mana-batasannya

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di
antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai
sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masingmasing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal
perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu
pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi
sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai
anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah
Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan
eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain,
dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis
lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga
kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai
jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah
dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman
Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu
untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh
mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah
merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada
manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup
sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat
kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen
yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan
benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh
manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri
ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah
kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.

Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang
canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka
manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri.
Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain.
Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik
sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar
dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis
binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata
untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya
binatang, juga dilarang di dalam Islam.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains
untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan
tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan
kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan
dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak
timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak
orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan
baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini
adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya
dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah
menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang
membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah
kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang
mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk
mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai
perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan
dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga
keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah
semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Kejuruteraan genetik membawa manfaat yang banyak kepada manusia. Walau


bagaimanapun, kesan negatifnya juga tidak boleh diabaikan.

Huraikan pernyataan ini.


Kejuruteraan genetik meliputi bidang penyelidikan dan pengubahsuaian genetik
manusia, haiwan dan tanaman. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh penyelidikpenyelidik luar negara dalam aspek ini sehingga ada yang mendapat liputan meluas
media massa antarabangsa. Namun, setiap teknologi itu pasti ada kesan baik dan
buruknya.
Kemungkinan aspek positif kejuruteraan genetik ini adalah kepada pasangan suami
isteri yang tidak mempunyai anak. Kini, sudah ada teknologi dan kaedah yang
membolehkan pasangan yang sebegini mempunyai anak dengan mudah dan selamat.
Kewujudan anak dalam sesuatu keluarga itu sudah pasti mampu memberikan lebih
suasana ceria yang diimpikan oleh manusia.
Malah, teknologi sebegini juga boleh membuat penyelidikan awal untuk menentukan
bahawa anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami sebarang kecacatan tertentu.
Tindakan membuat penentuan genetik sebegini sudah pasti mampu memberikan satu
ketenangan kepada ibu bapa yang bakal menerima anak dalam kehidupan mereka.
Malah, kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes
jenayah dan sivil. Kalau dahulu pihak polis sukar untuk menahans eserang tanpa
sebarang bukti yang konkrit kini masalah itu semakin menghilang kerana penggunaan
teknologi ini akan memudahkan polis mengesan penjenayah. Dalam masa yang sama,
penjenayah juga akan berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang tindakan jahat
kerana sedar sebarang tinggalan genetik mereka pasti mampu dikesan oleh polis
dengan mudah.
Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan
mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi
mampu dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan
manusia satu sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan
kehidupan manusia. Penternak tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk
menghasilkan hasil yang baik.
Namun, kejuruteraan genetik juga membawa impak negatif hang harus diberikan
penekanan oleh masyarakat. Akan wujud golongan tertentu yang akan menggunakan
teknologi ini untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan
perundangan. Tindakan mengklonkan manusia untuk sesuatu yang berunsur negatif
akan menyusahkan masyarakat. Bayangkan penjenayah mampu bertukar wajah dengan
mudah lalu menyukarkan pihak polis menahan mereka daripada melakukan jenayah
berulang kali.
Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia Cuma kita harus sedar
limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa
masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi

dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak


negatif.
http://pmrbest.blogspot.com/2010/07/karangan-8-impak-kejuruteraangenetik.html

Anda mungkin juga menyukai