Anda di halaman 1dari 4

Rawatan luka dan gigitan

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound)

-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya
adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau,
pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound)

luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat
yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau
sebagainya.
c) Luka lebam (contusion)

luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam
tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam.
Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang
berat.
d) Luka tembus (punctured wound)

luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam.
Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah
yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

e) Luka tembakan (gun shot wound)

luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil
berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol .

Rawatan am luka dan pendarahan


Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya.
Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri
bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang
banyak.
Cara menghentikan
I.

II.

pendarahan

boleh

dilakukan

dengan

cara

iaitu:

Hentikan pendarahan secara langsung


Mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10
minit.
Secara tidak langsung
Menekan urat-urat darah.
Menggunakan penjerut catitan masa direkodkan.
Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang
sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak
sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Gigitan
Luka gigitan haiwan yang sering terjadi adalah :
1.
2.
3.
4.
5.

Luka gigitan Ular (vulnus morsum serpentis)


Luka gigitan Anjing (vulnus morsum canis)
Luka gigitan Kucing (vulnus morsum felis )
Luka gigitan Monyet (v. morsum macacus)
Luka gigitan Kalajengking (vulnus morsum)

Rawatan am gigitan
1. Mencuci luka gigitan dengan air (sebaiknya air mengalir) dan sabun atau
detergent selama 10-15 minit, kemudian diberi antiseptik (alkohol 70 %, betadine,
ubat merah dan lain-lain).
2. Luka gigitan tidak dibenarkan untuk dijahit, kecuali jahitan situasi. Apabila
memang perlu sekali untuk dijahit (jahitannya jahitan situasi), maka diberi
Serum Anti

Rabies

(SAR)

sesuai

sekitar luka sebanyak mungkin dan

dengan dos yang disuntik secara infiltrasi di


sisanya disuntikan secara

intra

muskuler

(dalam otot).
Rawatan gigitan ular

Menggunakan rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik


sekali. Penggunaan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian gigitan dan

menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah teruk.


Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan, elakkan
sebarang pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan kayu belat

(splint), jika boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan pengangkutan.
Jika anda tidak mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa haruslah berjalan

sendiri. Kesan racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam.
Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih daripada
sehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah dengan
menggunakan alat penyedut bisa (Sawyer Extractor).
Gunakan 2 penyedut secara berterusan

pada

kesan

luka

untuk

mengeluarkan bisa pada kedua-dua bahagian kesan taring ular tersebut.


Apabila ia digunakan dalam masa 5 minit selepas sahaja terkena gigitan
tersebut, ia mampu mengurangkan kesan keracunan pada si mangsa.
Namun ia bukanlah pengganti kepada cara rawatan dan perubatan
profesional.
Rawatan gigitan anjing

Semua luka gigitan haiwan harus dilakukan secara irigasi (pencucian luka dengan air
bersih) dan debridemen luka (perawatan luka) untuk meminimalkan jangkitan

bakteria.
Penanganan lanjut luka tergantung berat atau besar luka.

Rawatan gigitan kucing

Terapi antibiotik disarankan untuk luka gigitan di tangan setelah luka dibersihkan.
Luka ringan jika di tangan dibiarkan terbuka kecuali luka pada wajah.

Anda mungkin juga menyukai