Anda di halaman 1dari 12

SENGATAN &

GIGITAN
Antara haiwan berbisa yang sering menyengat dan
menggigit manusia ialah :-

• Haiwan terbang : labah-labah dan tebuan (invertebrat).


• Haiwan kecil jenis merayap : Kala jengking dan lipan.
• Haiwan menjalar: Jenis tedung, ular kapak (viperidae),
ular laut (hydropida)
• Haiwan laut : Ikan bersengat, obor-obor dan batu karang

JENIS HAIWAN BERBISA


• Kesakitan pada tempat gigitan bagi semua gigitan haiwan
berbisa.
• Bagi gigitan ular berbisa terdapat tanda gigi taring.
• Tempat sengatan kelihatan biru dan hitam.
• Bagi sengatan kala jengking terasa gatal dan bengkak pada
bahagian sengatan.
• Rasa gelisah, keluar air mata dan air liur yang berlebihan bagi
sengatan kala jengking.
• Berpeluh banyak, mual dan muntah.
• Sengat ikan berbisa juga biasanya melekat pada tisu yang
disengat.

GEJALA & TANDA


Gejala Sistemik
• Bagi mangsa yang sangat sensitif kepada racun sengatan ini,mereka akan
mengalami gejala pengsan dan turun tekanan darah.
• Mengalami gejala kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut, kalau tidak
mendapat rawatan segera.
• Gejala kejutan anafilaksis adalah seperti :
• Pucat dan kulit yang sejuk.
• Berpeluh.
• Ruam menyeluruh
• Bengkak pada salur darah.
• Pertuturan yang tidak jelas (slurred)
• Gangguan emosi, keliru dan resah-gelisah.
• Kadar pernafasan meningkat.
• Kesukaran bernafas.
• Tidak sedarkan diri.

GEJALA & TANDA


Komplikasi awal :
• Pengsan.
• Kesukaran bernafas.
• Kejutan anafilaksis

Komplikasi akhir :
• Gangrene pada anggota
• Amputasi dan kecacatan anggota
• Bengkak yang serius
• Kegagalan sistem pernafasan
• Kegagalan fungsi jantung
• Penyakit anjing gila (rabies) akibat gigitan anjing
• Penyakit plague disebabkan oleh gigitan tikus
• Koma
• Kematian

KOMPLIKASI
Di tempat kejadian :
• Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat
disembuhkan.
• Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar.
• Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.
• Bagi sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah, letakkan
turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan
semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5
minit bagi menggelakkan gangrene.
• Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking,
lipan dan labah-labah bagi mengalakkan penyempitan salur darah.
• Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.
• Hantar mangsa segera ke hospital.

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS


BAGI SENGATAN HAIWAN BERBISA
• Bagi sengatan lebah, penyengat dan tebuan, cuba buangkan sengatan menggunakan penyepit
(tweezers)
• Bagi tungau yang masih melekat pada kulit jangan sekali-kali menarik secara paksa kerana
dikhuatiri mulutnya akan tertanggal dan memasuki tisu badan yang akan menyebabkan
inflamasi yang teruk.
• Cuci luka dengan air bersih atau antiseptik selepas membuang sengat dari tempat sengatan.
• Letakkan demahan sejuk atau ais untuk meredakan kesakitan.
• Bagi rawatan bengkak di dalam mulut atau kerongkong, berikan ais untuk diletakkan di
dalam mulut dan dihisap. Nasihatkan juga berkumur dengan air sejuk .
• Hadkan pergerakan anggota yang terkena sengatan.
• Letakkan mangsa dalam kedudukan menyandar sekiranya mangsa mengalami kesukaran
bernafas.
• Letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring sekiranya mangsa tidak sedarkan diri.
• Selimutkan mangsa sekiranya dalam kesejukan.
• Hantar segera mangsa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS


BAGI SENGATAN SERANGGA
Rawatan di hospital :
• Pengawasan keadaan mangsa
• Denyutan nadi.
• Kadar penafasan.
• Tahap kesedaran.
• Air kencing.
• Suntikan Anti-Tetanus Toxoid untuk mengawal penyakit tetanus
• Suntikan anti-histamin untuk mengawal kesan alahan
• Suntikan anti-venom yang bersesuaian bagi gigitan ular.
• Pemberian oksigen mengikut keperluan.
• Infusi cecair secara intravena
• Rawat tanda dan simtom kejutan anafilaksis.

RAWATAN
• Semua kejadian sengatan atau gigitan haiwan berbisa hendaklah
dirujuk ke hospital dengan segera.
• Lakukan rawatan kepada mangsa bagi mengelakkan keadaan
bertambah teruk sebelum dirujuk seperti hentikan pendarahan
dengan memakaikan balutan.
• Kurangkan pergerakan mangsa dan anggota yang terkena sengatan.
• Letakkan mangsa dalam posisi yang selesa semasa dalam perjalanan.
• Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dalam posisi
mengiring.
• Bawa bersama ular, sekiranya berjaya dibunuh bagi memudahkan
pengecaman jenis ular dan penentuan anti venom yang serasi untuk
rawatan.
• Temani mangsa hingga sampai ke hospital berdekatan.

RUJUK KE HOSPITAL
• Elakkan diri dan anak-kanak daripada memasuki kawasan
yang gelap, semak-samun dan bangunan lama yang terbiar.
• Sekiranya berjalan malam di tempat yang gelap hendaklah
membawa lampu suluh.
• Memakai kasut tebal, sarung tangan, berbaju lengan panjang
dan berseluar panjang yang sesuai bila memasuki semak atau
belukar.
• Elakkan mengganggu dan menangkap haiwan berbisa.
• Bersihkan rumah dan kawasan sekeliling daripada sampah-
sarap dan semak-samun.

PENCEGAHAN
• Bagi mangsa yang terkoyak tisu anggota dan cacat
anggota, rawatan fisioterapi diperlukan.
• Rujuk mangsa kepada pegawai psikologi sekiranya
mereka mengalami masalah tekanan mental akibat gigitan
haiwan berbisa.
• Nasihatkan mangsa agar mendapatkan rawatan susulan
bagi memulihkan kecacatan fizikal dan gangguan emosi
akibat gigitan haiwan berbisa.

REHABILITASI
“..love could be labeled poison…
But we’d drink it anyways..”

DDD

Anda mungkin juga menyukai