Anda di halaman 1dari 8

1.

PERTOLONGAN CEMAS

RENJATAN
Renjatan disebabkan oleh kecederaan serius dan boleh mengakibatkan
mangsa mengalami trauma.
Tanda-tanda mangsa mengalami renjatan
(i) Muka pucat
(ii) Seperti hendak rebah
(iii) Pitam-mungkin tidak bergerak atau bercakap
(iv) Nafas laju
(v) Peluh didahi,hidung dan keliling mulutnya
Tanda-tanda
(i) Denyutan nadinya lemah dan pantas
(ii) Merasa sejuk
Pemulihan
(i) Baringkan mangsa
(ii) Rawat pendarahan jika berlaku
(iii) Selimutkan mangsa dengan selimut
(iv) Longgarkan pakaian yang ketat bagi keselesaan pernafasan
(v) Berikan sedikit minuman yang suam jika mangsa sedar dan beri udara
bersih
(vi) Berikan bantuan perubatan
Utamakan keselesaan pesakit semasa memberi rawatan
TERHALANG/TERGANGGU PERNAFASAN
Pernafasan ditakrifkan sebagai penyedut udara yang bersih dan
menghembuskan udara yang kotor (oksigen akan diserap dalam badan dan
karbon dioksida dikeluarkan dari saluran hidung dan mulut).Paru-paru akan
mengembang kempis semasa proses pernafasan berlaku.Kadar pernafasan
ialah 16-18 kali seminit bagi keadaan normal.

Faktor-faktor lemas
(i) Pakaian atau kain menutup bahagian muka
(ii) Air lemas di air
(iii) Gas kekurangan oksigen atau oksigen nipis
Tindakan yang harus dilakukan?
(i) Lakukan rawatan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas
(ii) Bawa keluar mangsa dari kawasan yang di kuatiri berudara tipis
(iii) Bila pernafasan mangsa pulih dapatkan rawatan di hospital
Tercekik
Kesekatan yang berlaku dalam saluran pernafasan yang menyebabkan proses
pernafasan terganggu
Faktor-faktor tercekik
(i) Makanan tidak di kunyah dengan betul
(ii) Bercakap ketika makan
(iii) Tersekat di sebabkan lidah-mangsa yang tidak sedarkan diri
Tindakan yang harus dilakukan?
(i) Tepuk belakang mangsa di antara tulang bahunya
(ii) Berikan tekanan di antara pusat dan dada mangsa-kaedah Heimlich
Manuever
(iii) Jika bayi,telangkupkan badannya,kemudian tangan kiri tahan kepalanya
dan tepuk
belakang badannya,gunakan jari untuk mengeluarkan benda asing yang
kelihatan dalam
mulut mangsa.
Tanda tanda cekik
(i) memegang leher
(ii) tidak boleh bercakap
(iii) muka pucat

(iV) kulit muka kemerah merahan


Tidak bernafas
Keadaan mangsa yang tidak bernafas dan tidak melebihi 4 minit
Tanda tanda
(i)mangsa tidak sedarkan diri
(ii)mangsa tidak bernafas
Tindakan yang perlu dilakukan
(i) Lalukan rawatan CPR Cardio Pulmonary Resusitation (Rawatan
pemulilihan jantung).
(ii) Letakan mangsa dalam posisi pemulihan jika telah bernafas.
(iii) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya
CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)
Amalkan penggunaan Protokol DRABC
D Danger
Utamakan keselamatan diri,mangsa dan persekitaran dari
sebarang ancaman
Bahaya
R Respon
Periksa tahap kesedaran mangsa,jika tidak sedar hubungi
Pihak hospital dengan
Segera
A- Airway
Buka saluran pernafasan mangsa dengan kaedah angkat
dagu dongakkan kepala
B Breathing Periksa pernafasan mangsa dengan kaedah melihat
pergerakan naik turun dada,
Dengar bunyi dengkuran pernafasan dan rasa haba
pernafasan
- Jika tiada pernafasan berikan 2 hembusan menyelamat.
C Circulation Periksa nadi mangsa dan jika tiada nadi berikan tekanan dada
sebanyak 30 kali
Ulangi proses Rawatan tekanan dan hembusan sehingga 5 pusingan
kemudian periksa semula pernafasan mangsa,jika bernafas letakkan masa
dalam posisi pemulihan.

KECEDERAAN PADA TULANG


Patah tulang disebabkan apabila sesuatu tulang dibadan telah tercedera
iaitu:(i) Pukulan yang kuat dan tepat kecederaan yang berlaku pada tempat yang
kena,misalnya kaki di gilis roda kereta atau dihimpit barang yang sangat
kuat.
(ii)pukulan sipi kecederaan yang berlaku pada tempat yang terkena
misalnya tulang peha patah apabila terjun dari tempat tinggi.
(iii)tersetap urat kecedaraan berlaku kerana urat tersetap,misalnya
terpurung lutut pecah apabila tertendang benda yang kuat.
Ada empat jenis kepatahan :(i) patah tebu

:tidak terputus sepenuhnya

(ii)Patah lurus

:kerpatahan berbentuk lurus sepanjang tulang

(iii)patah serong :kepatahan berbentuk lurus sepanjang tulang.


(iv)patah berkercai :tulang patah pelbagai bahagian

Tanda tanda:(i) Lebam dan bengkak


(ii) Anggotanya berbentuk ganjil
(iii) Tulang tidak pada tempat asalnya
(iv) Sakit
(v) Tidak boleh bergerak
Simptom:(i) Sakit pada bahagian patah
(ii) Tidak boleh bergerak pada bahagian patah
Pemulihan:
(i) Jangan pindahkan pesakit.Berikan rawatan di situ juga.
(ii) Kurangkan pergerakan agar kecederaan tidak melarat

(iii) Menggunakan pembalut tiga segi (anduh) sebagai pengampu bahagian


yang patah bagi
memudahkan dan keselesaan pesakit itu
(iv) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya
Permahatian
darah diperiksa

:Apabila pembalut tiga segi digunakan pastikan perjalanan


dengan memerhatikan kuku sama ada menjadi putih atau

biru dan jika kuku


berwarna biru ,ini menunjukan balutan terlalu kuat,lakukan
balutan semula .
Dan juga jangan balut pada tempat yang patah jika
kecerderaan berlaku dekat
Pada kulit.gunakan seberapa banyak lapik dibahagian yang
tercerdera.
A.

Patah Tulang Dagu

Tanda-tanda:
(i) Gusi berdarah
(ii)air liur keluar dari mulut
(iii)Tidak boleh bercakap dengan betul
Tanda tanda :
(i)Sakit apabila digerakkan .
Apa yang harus dilakukan ?
(i)Tundukkan mangsa kehadapan .
(ii) Ampu bawah dagu dengan tapak tangan dan tekan ke atas perlahanlahan
(iii)Gunakan pembalut tiga segi (anduh)
(iv)Dapatkan rawatan hospital sewajarnye
B.

Patah tulang rusuk

Tanda-tanda :
(i)Sakit apabila bernafas panjang .
Apa yang harus dilakukan ?

(i)Gunakan pembalut tiga segi iaitu lipatan lebar dua helai , ikatan tempat
tang sakit dan satu
Pembalut yang pertama . Simpulkan ditempat yang tidak sakit dan
anduh tangan mangsa
Pada bahagian sakit dangan menggunakan pembalut anduh yang
besar .
(ii)Kain andu diikat mengikut keselesaan pernafasan mangsa .
(iii)Dapatkan rawatan hospital dengan segera.
C.

Patahan tulang selangka

Tanda-tanda :
i.
ii.

Pesakit akan dengan sendirian akan mengampukan tangannya


Pesakit tidak berdaya mengangkat tinggi bahunya

Simptom :
i.
ii.

Bahu sakit
Berdarah di tempat yang patah

Apa yang harus di lakukan ?


i.
ii.

iii.
iv.
D.

Elakkan atau kurangkan pergerakan di tempat yang cedera daripada


menjadi patah riok
Jangan sekali-kali cuba menolakkan tulang yang patah tersembul
keluar. Tutupkan luka itu dengan sekeping kain penutup luka yang
bersih
Gunakan dua pembalut tiga segi (iaitu lipatan lebar). Ikat bahagian
tempat yang cedera.
Dapatkan rawatan hospital sewajarnya.
Patah Tulang Pergerakan Tangan.

Tanda-tanda:
i.

Bahagian tercedera itu menjadi bengkak atau lebam

Tindakan yang harus dilakukan?


i.
ii.
iii.

Basahkan pembalut kain dan menggunakan air yang sejuk dan balut di
tempat yang cedera.
Ampukan dengan pembalut anduh tangan besar.
Dapatkan rawatan di hospital sewajarnya.

E.

Patah Tulang Anggota (bahagian bahu dan siku)

Simptom:
i.
ii.
iii.

Bengkak
Berubah bentuk rupa
Berubah warna

Tanda-tanda:
i.

Sakit ditempat yang cedera.

Tindakan yang harus dilakukan


i.
ii.
iii.
iv.

Bengkok dan melintangkan tangannya dengan perlahan-lahan ke dada


dan jari-jari ke bahu.
Letakkan kain lapik di antara lengan dan badan.
Gunakan dua pembalut tiga segi (iaitu lipatan lebar) satu ikatan pada
bahagian atas dan satu lagi di bawah tempat cedera (siku).
Dapatkan rawatan hospital dengan segera.

PERHATIAN :
Jika sikunya cedera jangan sekali-kali digerakkan,
anduhkan tangannya dengan
menggunakan tiga anduhan
(pastikan tegak dan lurus). Jika didapati bengkok,
ampuhkan
dengan kain anduh yang besar.
F. Patah Tulang Anggota Bahagian Bawah atau Tulang Belakang
Misalnya : Tulang belakang,tulang peha,tempurung lutut,tulang kaki dan
tulang penjejak
Tanda-tanda:
(i) Tidak boleh bangkit
(ii) Anggota-anggota bahagian bawah tidak boleh bergerak
Alamat-alamat:
(i) Jangan digerakkan pada anggota yang cedera
(ii) Tutup anggota yang cedera

(iii) Dapatkan rawatan hospital dengan kadar segera


INGATAN:
(i) Kecederaan ini adalah dianggap berat dan senang menjadi melarat jika
dilakukan dengan
Kasar
(ii) Gunakan kain (tuap) yang berlapik jika perlu untuk melindungkan
kesakitan dan kurangkan
pergerakan

Anda mungkin juga menyukai