Anda di halaman 1dari 71

TOPIK 8 :

TEKNIK PEMBACAAN
PETA & KOMPAS
Pengenalan
Kepada
Orienteering

Taklimat Jenis-jenis Peta


Pertandingan & Kompas

Cara Kandungan
Menggunakan Peta & Bentuk
Peta & Kompas Muka Bumi

Relokasi &
Teknik Melaras
PENGENALAN KEPADA
ORIENTEERING

Apa itu orienteering?


DEFINISI
ORIENTEERING adalah sukan rekreasi yang
memerlukan imbangan fizikal dan mental yang
baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya
dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang
lain dengan berpandukan kepada peta dan
kompas yang diberikan yang telah ditandakan di
atas peta dan ditentukan di permukaan bumi
mengikut susunan tertentu.
JENIS-JENIS ORIENTEERING:

1.) Orienteering Merentas Desa


(Cross-Country Orienteering)
Dimestikan melawat kesemua titik-titik
kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan
(jika tidak, penyertaannya dikira batal).
Biasanya dijalankan di kawasan rupa bumi yang
pelbagai.
Lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua
peserta umumnya akan menghadapi cabaran
yang hampir sama.

5
2.) Orienteering Bermarkah
(Score Orienteering)

Banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik


kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada
jarak dan kesukaran teknikal.
Bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk
dilawati.
Walau bagaimana pun masa adalah dihadkan dan biasanya
60 minit.
Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan
dikenakan panelti dan bentuk panelti bergantung kepada
penganjur.
Matlamatnya adalah untuk mengumpul mata yang banyak
dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di
dalam masa yang dihadkan.
Walaupun nampak agak mudah tetapi peserta perlu merancang
dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang
terhad.
3.) Orienteering Jalan raya
(Street Orienteering)

Tidaklah dilakukan di jalan raya yang sibuk


(biasanya dijalankan di kawasan perumahan).
Penanda kawalan biasanya tidak digunakan
sebaliknya peserta perlu mencatit butiran
atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik
kawalan seperti nombor pili bomba dan
sebagainya.
4.) Orienteering Bukit
(Mountain Orienteering)

Dijalankan di kawasan berbukit-bukit di samping


jarak yang agak jauh.
Terdapat juga yang melebihi dari satu hari dan di
dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-
sama peralatan bermalam.
Memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap
fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan
acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi
dan daya keyakinan yang mantap.
5.) Orienteering Malam
(Night Orienteering)

Dijalankan di kawasan terbuka seperti di


taman-taman dengan jarak landasan yang
pendek demi keselamatan para peserta serta
masa yang terhad.
Perlu membawa lampu untuk membaca peta
dan mencari penanda kawalan.
6.) Orienteering Berganti-ganti
(Relay Orienteering)

Dijalankan dengan penyertaan secara


berpasukan, 3 atau 4 orang.
Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan
landasan beliau sebelum digantikan oleh
rakan sepasukan di satu tempat penggantian
yang telah ditetapkan.
Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan
melalui landasan yang berbeza.
7.) Norwegian Evant

Digunakan bagi menyediakan satu landasan yang


panjang di dalam kawasan yang kecil atau pun di
kawasan yang sempit.
Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan
hanya diberi menyalin kedudukan titik permulaan
dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu.
Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan
menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua
pula dari satu peta yang tersedia di situ.
Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba
di titik penamat.
KEBAIKAN ORIENTEERING:
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta &
kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam
keadaan cemas
12
SEJARAH & PERKEMBANGAN
DIPERINGKAT ANTARABANGSA
Diperkenalkan di Sweden dalam tahun 1918.
Major Ernst Killander mempopularkan kepada orang awam (digelar
Bapa Orienteering).
International Orienteering Federation (IOF) ditubuhkan dalam tahun
1961 dengan 10 negara.
Antara Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah
seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC),
Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific
Orienteering Championships (APOC), World Masters Orienteering
Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar
yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang. 13
DI MALAYSIA
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh
En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan
Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) tahun
1983.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang
pertama- tahun 1988.
Penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wilayah
Persekutuan (WOA) tahun 1986.
Malaysia bergabung dengan IOF tahun 1992 melalui WOA.
Penubuhan Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA)
1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor,
Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan
pada tahun 1997.
TERMINOLOGI DAN ALATAN

1.) Peta Utama (Master map)


Alat terpenting dalam sukan ini.
Peta yang telah di tanda dengan landasan dan
disertakan dengan keterangan kawalan
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang
Landasan.

2.) Kompas (Compass)


Alat bantuan yang kedua terpenting dalam
sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah
sahaja.
3.) Titik kawalan (Control Point)
Suatu tanda kedudukan yang telah
ditentukan di atas peta yang perlu
dilawati.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka
bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
Titik kawalan bukanlah checkpoint
kerana ia tiada penjaga dititik ini.

16
4.) Penanda Kawalan (Control Marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke
destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain
berwarna oren dan putih sebagai tanda
yang diletakkan dititik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan
penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1
hingga 40 dijadikan No kawalan.
17
5.) Kad kawalan (Control card)
Setiap peserta perlu membawa bersama-
sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama
peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk
apabila sampai di titik kawalan nanti.

18
6.) Keterangan kawalan (Control
description)
Keterangan asas sebagai panduan titik-
titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan
adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
Di peringkat antarabangsa, keterangan
kawalan tidak ditulis dalam bentuk Teks
tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
7.) Landasan (Course)
Landasan adalah panduan arah perjalanan
dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan
yang lain hingga ke penamat. Landasan ini
akan dilukis di atas peta utama dan akan
disalin oleh peserta kemudiannya.

Tanda yang berkenaan landasan adalah:-


Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
Titik kawalan dengan tanda bulatan
Titik penamat dengan tanda dua bulatan
bertindih.
Leg adalah perjalanan di antara dua titik
kawalan.
20
A Penebuk Lubang
(Puncher)
B Penanda Kawalan
(Control Marker)
C Kad Kawalan (Control
Card)

Penanda
kawalan dan
nombornya
Sejarah penanda kawalan
JENIS-JENIS PETA &
KOMPAS
Peta (Map)

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk


muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara. Peta adalah sumber
maklumat bagi kawasan berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontur, skala, pertunjuk,
garisan pelaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang
tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.

24
JENIS-JENIS PETA

1. ) Peta Topo
Mengandungi pelbagai jenis butiran
seperti judul peta, koordinat peta, garis-
garis kontur dengan satu garis kontur
mewakili satu ketinggian, skala peta,
arah peta, tahun peta dan lagenda peta,
iaitu simbol-simbol.
Mempunyai panduan grid.

25
2.) Peta planimetri
Sering disebut juga peta dasar atau peta dua
dimensi.
Dibuat pada bidang datar, seperti kertas atau
tripleks.Kenampakan permukaan bumi pada
peta ini digambarkan dengan menggunakan
simbol-simbol tertentu misalnya dataran rendah
digambarkan dengan warna hijau, pegunungan
dengan warna coklat dan perairan dengan
warna biru.
3.) Peta khusus
Peta yang khusus bagi
sesuatu butiran seperti peta
taburan.

4.) Atlas
Peta berskala kecil yang
dibukukan.
Menggambarkan kawasan
yang luas.
Kandungan butiran tidak
terperinci
27
5.) Peta imejan satelit

28
6.) Peta orienteering
Mendedahkan maklumat
yang lengkap dan terbaru
Mempunyai:
Tajuk peta
Skala; 1:5000, 1:10000,
1:15000
Garisan melaras utara-
selatan
Kredit; kerja ukur,
kartografi, tarikh cetakan,
penaja dan lain-lain.
DEFINISI KOMPAS

Kompas adalah alat pengemudi arah yang


mempunyai jarum magnetic merah hitam. Ia
merupakan alat bantu dalam sukan
orienteering.

30
JENIS-JENIS KOMPAS

Kompas tentera Kompas Marin


Prismatik Kompas Kiblat
Lensatik Kompas Digital
Kompas Peta Kompas ibu jari
Kompas tapak tangan

31
33
34
KANDUNGAN PETA DAN
BENTUK MUKA BUMI
KANDUNGAN PETA

Hitam Ciri-ciri buatan manusia & batu


Perang Kontur & jalanraya
Kuning Keadaan tumbuhan : terbuka
Putih Keadaan tumbuhan : boleh berlari
Hijau Keadaan tumbuhan: berjalan atau
redah
Biru kawasan berair

36
BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi dalam peta ditunjukkan oleh garisan kontur,
seperti berikut:
Susuh bukit (spur) sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) lekukan di antara dua bukit
Knol tanah yang lebih besar daripada busut tetapi lebih
kecil dari anak bukit
37
True
Grid
North
North
Magnetic
North
Grid
Convergence

Magnetic
Declination

Grid
Magnetic
Angle
( GMA )
38
RELOKASI & TEKNIK
MENYELARAS
RELOKASI

Relokasi adalah teknik atau cara yang digunakan apabila


tidak pasti kedudukan sebenar atau tersesat.
Jika tersesat, amalkan cara berikut;
Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah
terlebih dahulu.
Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu
arah
Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan
ciri muka bumi yang boleh dilihat.

40
RELOKASI (Cont.)

Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan,


cuba ingat ciri yang terakhir yang telah dilalui dan
samakan dengan kedudukan dalam peta.
Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat,
cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas.
Dapatkan kedudukan anda dan teruskan
pergerakan ke titik kawalan.
Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan
sesiapa yang terjumpa atau cuba carikan jalan balik
ke titik permulaan.
41
TEKNIK MELARAS

Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta :-


Berpandukan kepada ciri-ciri keadaan muka
bumi sekeliling
Menggunakan kompas

42
TEKNIK MELARAS (Cont.)

TEKNIK SUSUR TANGAN


Merupakan teknik asas dalam pemilihan laluan
dengan menggunakan ciri-ciri garisan yang
mudah dikenali seperti jalan, lorong kaki, sungai,
pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini
dipanggil susur tangan (Handrails) .
Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang
boleh digunakan untuk susur tangan yang akan
membawa anda sehampir mungkin ke tempat
yang ditujui.
43
TEKNIK MELARAS (Cont.)
TEKNIK TITIK SASARAN
Pilih titik sasaran yang paling hampir kepada destinasi
anda. Perlahankan pergerakan apabila hampir ke titik
sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak
untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya
digunakan bersama dengan teknik susur tangan.
Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang
terletak pada ciri garisan atau yang berhampiran
dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui.
Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran
ialah simpang selekoh jalan atau sungai, hujung atau
penjuru pasar dan sebagainya. 44
GAMBARAJAH TEKNIK SUSUR
TANGAN DAN TEKNIK SASARAN

45
TEKNIK MELARAS (Cont.)

TEKNIK KOMPAS KE PIPI


Selalunya digunakan untuk pelarasan dengan
mata, dan merupakan teknik terbaik
menggunakan kompas.

TEKNIK MELARAS PADA PUSAT


Teknik adalah paling cepat, tetapi kurang
tepat.

46
COMPASS TO CHEEK
METHOD

CENTER HOLD
METHOD
CARA MENGGUNAKAN
KOMPAS DAN PETA
Teknik Asas

Pertama sekali ialah memastikan arah yang


hendak ditujui. Ikuti segala langkah yang
telah ditetapkan seperti:
(a) Pastikan arah utara peta.
(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang
akan dilalui.
(c) Merancang perjalanan.
Langkah Pertama
1.Letakan kompas di atas peta, tandakan tempat yang
hendak ditujui, berdasarkan bearing yang diberi
atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu
garisan di peta (jika perlu). Selarikan kompas
dengan garisan yang dibuat pada peta, contoh titik
A ke B.
2. Kedudukan mula ialah di titik A. Untuk elakkan
sebarang kesilapan, lukis 'arrow' (jika perlu) pada
garisan untuk menuju ke titik B.
3. Jarak dari titik A ke B boleh diukur menggunakan
skala pada kompas atau berdasar grid yang diberi
pada peta (jika ada).
B

A
51
The distance by road is.

4 .1 km

52
Langkah Kedua

1. Kukuhkan kedudukan kompas di atas peta agar


"base plate" kompas tidak lari kedudukan
2. Pusingkan "rotating capsule atau compass
housing", sehingga penunjuk Utara dan selatan di
bahagian atas "rotating capsule"@compass
housing" sama arah dengan garisan arah Utara di
peta. Rujuk gambar.
3. Pastikan kedudukan anak panah di bahagian bawah
"capsule point" sama arahnya dengan arah utara di
dalam peta.
Langkah Ketiga

1. Gunakan teknik selaraskan kompas. Pegang kompas


dengan "base plate" dalam keadaan rata di tangan.
Fokus arah tujuan dengan anak panah lurus
menunjukkan tempat yang ditujui.
2. Pusing badan sehingga utara dan selatan
dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan
jarum magnetik dan warna penanda merah
dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah
dengan anak panah.
3. Kini arah anak panah pada "base plate" akan
terarah ke tempat tujuan.
Perhatian!!!
Perhatian Satu: Pastikan bearing yang betul
agar tidak tersasar. Jika terdapat sebarang
bahaya di hadapan, tanda atau marking
objek selepas kawasan bahaya tersebut.
Kemudian bergerak ke tempat marking tadi
dengan menjauhi atau mengelakkan kawasan
bahaya tersebut.
Contoh 1 (menggunakan teknik bering 90o)
Bearing 50o untuk ke tempat yang hendak ditujui,
tetapi ada halangan di hadapan.
Dengan bearing baru 90o, arah belok menjadi 140o
(90o+50o). Berjalan melepasi halangan dengan
mengira jumlah langkah.
Setelah melepasi kawasan bahaya, kembali semula
pada bearing 50o di sepanjang sempadan halangan.
setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada
menggunakan bearing 90o.
Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back
bearing' iaitu 140o + 180o = 320o, dengan bilangan
langkah yang sama.
Contoh 2 (menggunakan tanda di peta)
Apabila terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah
memesong.
Tentukan ada dua tanda panduan dipeta dan ditanah yang
didapati di sepanjang perjalanan. Satu sebelum halangan dan
satu lagi selepas halangan.
Semasa tiba di halangan ambil bearing tanda pertama dan
berjalan ke arah tanda panduan tersebut.
Apabila tiba di tempat ditujui, bearing pula ketanda panduan
kedua selepas halangan dan terus berjalan kesitu.
Perhatian Dua: semasa berjalan atau berlari
ke arah yang ditujui, kemungkinan kompas,
secara tidak sengaja terpusing. Oleh itu,
periksa bearing kompas selalu, untuk
mengelakkan tersasar arah.

Perhatian Tiga: Ingat semua perbezaan di


antara jarum magnetik yang pastinya akan
menunjuk arah utara dan "direction arrow"
(anak panah penunjuk kompas) yang akan
menujukan arah yang hendak ditujui.
TAKLIMAT
PERTANDINGAN

62
PROSEDUR MENYERTAI ACARA

Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk


orienteering adalah pakaian sukan yang
memudahkan larian.

Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan


tanah kawasan pertandingan.

63
PERMULAAN / START

Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu


dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang sesuai
untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan
dapatkan masa mula.
Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi ke
garisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta
yang betul untuk anda. Salin peta utama jika
diarahkan.
Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian
ke penanda kawalan yang pertama dan seterusnya.
64
PENAMAT

Serahkan dengan segera kad anda apabila


sampai di kaunter penamat. Masa tamat
akan dicatatkan pada kad nama anda.
Beredarlah dari situ dan tunggulah
keputusan pertandingan.
Peserta perlu juga melapor diri di tempat
penamat walaupun gagal menghabiskan
pertandingan.

65
PEMBATALAN PENYERTAAN

Peserta akan diberikan Did not finish (DNF) atau


pembatalan penyertaan apabila berlakunya perkara-
perkara seperti berikut:-
Hilang kad kawalan
Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya
Tebukan terkeluar petak melebihi 50% yang sepatutnya
Tebukan yang kurang jelas/berubah corak
Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan
bantuan kecemasan
Meniup wisel tanpa alasan munasabah
Menaiki sebarang kenderaan kecuali yang dibenarkan.
66
KAD KAWALAN

Nama Kump. :. Masa Jam Min Saat


Kategori : Mula

No. Landasan : Tamat


Tempat :
Jumlah
Tarikh : ..

17 18 19 20 21 22 23 24

9 10 11 12 13 14 15 16

* 1 ** 2 *** 3 4 5 6 7 8
*** ** ****

67
SIMBOL-SIMBOL

SIMBOL KETERANGAN

PERMULAAN

TITIK KAWALAN

TEMPAT PENAMAT

MULA DAN TAMAT

68
LANDASAN 1&2
KETERANGAN KAWALAN

NO KOD KETERANGAN

1 20 Penjuru Bangunan
2 16 Pokok
3 23 Jambatan
4 36 Penjuru Pagar
5 19 Penjuru Bangunan
6 32 Pokok
7 29 Pondok
8 27 Jambatan Gantung

69
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
PETA ORENTEERING
SKALA 1:10
KONTUUR : 5 M
0 500

70
NAK MAKAN
LANGSAT KE
ESOK????!!!!

http://www.scribd.com/doc/90973192/6/TIT Klik
IK-KAWALAN-Control-Point sini

Anda mungkin juga menyukai