Anda di halaman 1dari 7

MEMBAWA ORANG TERCEDERA

Orang yang cedera boleh dibawa


dengan dua cara, iaitu dibawa oleh
satu orang atau dibawa oleh dua
orang.
Dibawa oleh satu orang
1. Kaedah mengangkat dalam
tangan/dukung

Kaedah ini digunakan apabila orang


tersebut lebih ringan atau seorang
kanak-kanak. Dalam kaedah ini, orang
yang cedera hendaklah diangkat di
bawah bahu dan lutut dengan tangan.
Dia harus diangkat dengan selesa.

2. Mengganding mangsa
Dalam kaedah ini, pengakap berdiri di
sisi pesakit dengan memegang
pinggangnya serta meletakkan tangan
pesakit ke atas bahunya. Kemudian
mengangkat pesakit tersebut dan
membawa dan memberi sokongan
kepada pesakit.

4. Mendukung di belakang
3. Mendukung di bahu
Biarkan pesakit berdiri. Pegang
sebelah tangannya dan masukkan
sebelah lagi tangan anda di antara
kedua belah kaki pada lutut. Pegang
sebelah kakinya pada lutut dan angkat
pesakit di atas belakang anda. Pesakit
boleh juga diduduk pada tempat yang
agak tinggi, bongkok di hadapannya
dengan bahagian mukanya di atas
belakang anda. Suruh pesakit
mengepit kakinya di pinggang anda
dan tangannya memeluk bahu anda
dan angkat perlahan-lahan.

Dibawa oleh dua orang

1. Duduk di atas dua tangan

Kaedah ini digunakan apabila terdapat patah pada tangan pesakit, dan pesakit tidak
dapat memegang pembantu. Kedua-dua pembantu berdiri berhadapan di sisi
pesakit dan pegang pesakit dengan sebelah tangan pada paras dada. Kemudian
angkat pesakit sedikit dan pegang tangan antara satu sama lain di bahagian tengah
paha. Pembantu sebelah kiri hendaklah meletakkan tapak tangannya mengadap ke
atas dan pembantu di sebelah kanan hendaklah mengadap tangannya ke bawah
dan membentuk cangkuk dengan jari-jari. Kedua-duanya boleh juga memegang
sapu tangan atau sebarang jenis kain dengan kuat. Selepas itu barulah pembantu
boleh mula berjalan perlahan-lahan.

4. Usungan sebaris

Kaedah ini digunakan apabila tidak cukup ruang untuk menggunakan kaedah duduk
di atas dua, tiga dan empat tangan. Dalam kaedah ini, seorang pengakap
memegang pesakit pada lututnya dan seorang lagi memeluk dadanya dari
belakang. Kedua dua pengakap mengangkat pesakit dengan perlahan-lahan.

5. Menganding pesakit

Risiko Memindah Orang Cedera


1. Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik, jangan biarkan
tersumbat atau tersekat, jika boleh dapatkan udara yang bersih.
2. Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan darahnya secepat
mungkin.
3. Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak jangan pindahkan
pesakit jika tidak perlu
4. Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan menyakitkan
pesakit.
5. Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit dengan membuat
rekod demi keselamatan pesakit.
6. Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih dahulu demi
keselesaan dan keselamatan pesakit.

7. Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan kecederaan yang
dialaminya.

Anda mungkin juga menyukai