Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAT BENG

SUNGAI NYIOR, 34800 TRONG, PERAK

Tel : 05-8544220
Kod Sekolah: AEE 6060 Fax: 05-8544409
Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : AEE 6060 / 07 / 02 / 001 ( )
Tarikh : 6 MEI 2019

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Manjung,
Jalan Pinang Raja,
32040 Seri Manjung,
Perak DARUL Ridzuan
Up: Unit Komuniti Dan Sosial

Tuan,

PEMAKLUMAN PROGRAM DAN PERMOHONAN PERALATAN UNTUK GOTONG ROYONG


SEMPENA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN
PENYU JABATAN PERIKANAN MALAYSIA,PASIR PANJANG, SEGARI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

1. Untuk makluman tuan, Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan Daerah Larut Matang Dan Selama
dengan kerjasama Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Jabatan Perikanan
Malaysia Pasir Panjang, Segari telah bersetuju untuk mengadakan program Khidmat Masyarakat di
tempat yang tersebut di atas.

2. Berikut adalah butiran program tersebut:


Tajuk program : Program Khidmat Masyarakat : Jom Indahkan Pantai, Selamatkan
Penyu
Tarikh : 13 Jun 2019
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Jabatan Perikanan
Malaysia,Pasir Panjang, Segari
Bilangan peserta : 220 0rang pelajar dan guru

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan menyediakan tong sampah besar. Di
samping itu kami juga sangat menghargai jika pihak tuan dapat menyediakan/membekalkan
beberapa peralatan bagi tujuan pembersihan pantai seperti glove 80 pasang (1 sekolah 2 pasang),
plastik sampah 100pcs (1 sekolah 3 beg) dan 35 penyepit sampah

4. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, pihak tuan boleh berhubung dengan setiausaha
program iaitu Puan Hanijah Selamat (0164664528).

5. Diharapkan program ini akan membantu pihak sekolah menanamkan kesedaran tentang kepentingan
memelihara alam dan hidupan yang semakin pupus.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

-----------------------------------
(Pn. Hajah Roslina Abu Bakar)
Pengetua SMK Tat Beng

Sk : Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama

Anda mungkin juga menyukai