Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA,


PERSIARAN SAUJANA 3, SAUJANA UTAMA,
47000 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN.
SEL 1223 TEL: 03-60384388 FAX: 60386018
Ruj : PIBG/SKSU/07/01/001/01 ( )
Tarikh : 05 Ogos 2015
Kepada,
Ibubapa/ Penjaga,
Murid-murid S.K. Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh,

Tuan/Puan,
MAKLUMAN/PERINGATAN PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG S.K. SAUJANA UTAMA

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 S.K. Saujana Utama
yang diadakan pada 28 Februari 2015, mesyuarat telah memutuskan untuk mengutip sumbangan tahunan bagi
setiap murid sebanyak RM20 seorang dan maksimum RM60 bagi yang mempunyai anak lebih dari 3 orang. (Sila
rujuk Perkara 7 Pembentangan usul Perkara 7.2.1 dengan keputusan majoriti undi).

3. Memandangkan setakat ini pihak kami masih belum menerima sumbangan tersebut dari pihak tuan/puan,
maka besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menjelaskannya kepada guru kelas anak tuan/puan bermula
dari 11 Ogos 2015 hingga 11 September 2015.

4. Di samping itu juga, pihak PIBG mengalu-alukan sekiranya ada di antara pihak tuan/puan ingin memberi
sumbangan lebih daripada kadar yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan tuan/puan, wang tersebut digunakan
oleh PIBG bagi membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah ini
sepanjang tahun 2015.

5. Sekiranya pembayaran telah dibuat melalui salah seorang dari anak tuan/puan, sila lengkapkan butiran di
bawah untuk makluman dan tindakan pihak kami.

Kerjasama dari tuan/puan amatlah kami harapkan demi manfaat untuk murid-murid S.K. Saujana Utama dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………............………………………..
(ROSLAN BIN ISMAIL)
Yang Dipertua PIBG

Nama anak yang telah memberi sumbangan PIBG:

BIL NAMA ANAK TAHUN


1.
2.
3.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA,
PERSIARAN SAUJANA 3, SAUJANA UTAMA,
47000 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN.
SEL 1223 TEL: 03-60384388 FAX: 60386018

Anda mungkin juga menyukai