Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RIDAN

95900 LUBOK ANTU

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERALATAN
SUKAN
BOLA JARING SK RIDAN

BSS

Disediakan Oleh:
NAZRAH BINTI ABDUL RAZAK
Guru Penasihat Bola Jaring
1.0 PENDAHULUAN

Permainan Bola Jaring ini merupakan salah satu aktiviti dibawah unit
kokurikulum di Sekolah Kebangsaan RIdan. Aktiviti ini telah ditubuhkan di
Sekolah Kebangsaan Ridan bertujuan untuk membantu mempertingkatkan stamina
dan kemahiran murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Unit ini diberi
tugas untuk merancang aktiviti khasnya bagi murid Tahap 2 di sekolah ini.

2.0 NAMA PROGRAM

Aktiviti Bola Jaring ini dijalankan pada sepanjang tahun bagi


meningkatkan kemahiran murid dalam permainan bola jaring. Selain itu aktiviti ini
juga banyak menyumbang kepada pencapaian sekolah.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan sebuah sekolah


yang berprestasi tinggi dan mempunyai murid yang berkebolehan dalam bidang
sukan. Melalui program yang dijalankan, murid akan didorong untuk melakukan
yang terbaik dalam pelajaran dan aktiviti yang mereka jalani.
Berikut merupakan matlamat tambahan untuk kertas kerja ini:

1. Menampilkan pasukan bola jaring yang berpotensi dan berbakat dalam


sukan bola jaring.
2. Mendorong murid untuk menyertai sebarang aktiviti atau mewakili sekolah
dalam pertandingan bola jaring peringkat Zon Lubok Antu dan peringkat
seterusnya.
3. Memberikan latihan yang mantap kepada pasukan bola jaring sebagai
persediaan awal sebelum memasuki pertandingan di peringkat yang lebih
tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Dalam aktiviti yang dijalankan ini, ahli jawatankuasa telah menetapkan


beberapa objektif yang ingin dicapai, antaranya:

1. Untuk meningkatkan prestasi murid dalam sukan bola jaring.


2. Meningkatkan motivasi murid dalam aktiviti sukan bola jaring.
3. Memberi pendedahan awal kepada murid dengan menggunakan peralatan
yang sepatutnya mengikut spesifikasi pertandingan.

5.0 MISI

PASUKAN RIDAN MENUJU KEJAYAAN BERTERUSAN

6.0 VISI

Unit kokurikulum berusaha melahirkan murid yang berkualiti dari segi


mental, fizikal, rohani dan keperibadian.
7.0 NAMA PENGHASIL PROGRAM

Program ini dihasilkan oleh usaha sama ahli unit kokurikulum. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti murid di samping
menambahkan penglibatan murid dalam permainan bola jaring di Sekolah
Kebangsaan Ridan.

8.0 SENARAI PERALATAN


BIL PERALATAN UNIT HARGA
1 Bola Jaring 1 RM109.00 x 1 = RM109.00
MoltenTournament Saiz 5
2 Jaring @ netball net 1 RM20.00 x 1 = RM20.00
3 Agility ladder 4m 1 RM109.00 x 1 = RM109.00
4 Whistle normal plain color 15 RM2.00 x 15 = RM30.00
JUMLAH Rm268.00

9.0 TARIKH / TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN


Aktiviti permainan bola jaring ini dijalankan sepanjang tahun dari Januari
hingga November. Aktiviti ini dijalankan sepanjang tahun bagi membuat
persediaan agar murid yang mewakili sekolah mempunyai kemahiran yang
maksimum semasa menyertai pertandingan bola jaring Zon Lubok Antu yang
sering dijalankan setiap tahun.

Lokasi aktiviti dijalankan di gelanggang bola jaring memandang ahli-ahli


ialah murid-murid SK Ridan.
10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA/ CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PERMAINAN BOLA JARING


SEKOLAH KEBANGSAAN RIDAN

PENAUNG
ENCIK CHIN AH SAI
(GURU BESAR SK RIDAN)

PENGERUSI
ENCIK USIN ANAK UPONG
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK
RIDAN)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM SETIAUSAHA SUKAN


CIK UMMIE SYUHADA BINTI CIK ASFARINA JITWIL
ISMAIL

BENDAHARI KOKURIKULUM
CIK SITI ZANARIAH BINTI TARAZZI

PENYELARAS BOLA JARING


PUAN NURUL SAZILA BINTI NOR ALINORDIN

GURU PENASIHAT BOLA JARING


CIK SITI ZANARIAH BINTI TARAZI
PUAN NAZRAH BINTI ABDUL RAZAK

AHLI – AHLI:
SEMUA MURID PEREMPUAN
11.0 PENUTUP
Diharap pihak tuan/puan akan meluluskan permohonan ini demi
kepentingan dan manfaat pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Ridan. Terima
kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………………….
( PUAN NAZRAH BINTI ABDUL RAZAK )
Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
Sekolah Kebangsaan RIdan

Disemak oleh,

……………………………………………
( USIN ANAK UPONG )
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan RIdan

Diluluskan oleh,

……………………………………………
( CHIN AH SAI )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ridan

Anda mungkin juga menyukai