Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN PINTAR

SMK CHE TOM DENGAN KERJASAMA SMK SULTANAH ASMA


TAHUN 2020

1.0 PENDAHULUAN
Kajian dan pengalaman telah menunjukkan bahawa orang yang berjaya dalam
akademik ialah dari kalangan yang bermotivasi tinggi. Sebaliknya orang yang tidak
bermotivasi sering mengalami kegagalan dalam bidang akademik dan juga dalam
kehidupan. Mereka yang telah berjaya, menggunakan motivasi diri untuk menggerakkan diri
mereka melakukan perkara-perkara yang lebih besar dan mencabar. Untuk berjaya setiap
individu perlu mencari pendekatan, cara, teknik dan mempelajari pengalaman yang baru
dalam usaha mencapai kejayaan mereka. Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling
dengan sokongan pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Program Jalinan Pintar
bagi merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangn
dalam akademik dan peningkatan sahsiah diri melalui pengalaman belajar di sekolah yang
lebih berprestasi tinggi. Diharapkan input yang bakal diberikan ini dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

2.0 MATLAMAT
Membantu pelajar memperoleh ilmu melalui kepakaran dan kemahiran guru-guru di
sekolah yang lebih berprestasi di samping memberi motivasi dalaman dan luaran pada
pelajar dengan memberi peningkatan kendiri, peningkatan motivasi dan peningkatan
sahsiah diri agar mereka lebih bersedia menjadi pelajar yang lebih berdisiplin, sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan motivasi pelajar agar lebih tekun dan gigih selepas merasai
pengalaman belajar di sekolah berasrama yang pencapaian prestasi akademik
yang lebih tinggi.
3.2 Memperoleh situasi dan gaya pembelajaran yang berlainan daripada sekolah
sendiri.
3.3 Memberi pengalaman merasai sendiri budaya hidup di asrama dan cara
pembelajaran di sekolah berasrama berprestasi tinggi.

4.0 KUMPULAN SASARAN


10 orang pelajar perempuan (asrama)

5.0 PENGISIAN PROGRAM


Mengikuti jadual di asrama dan pdpc di SMK Sultanah Asma sepenuhnya.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Program akan dilaksanakan pada 04 April 2020 hingga 09 Apri 2020.

7.0 TENTATIF PROGRAM


04 April 2020 : Pendaftaran peserta di asrama SMK Sultanah Asma
05 – 09 April 2020 : Mengikuti jadual asrama dan pdpc SMK Sultanah Asma
09 April : Majlis Penutup
8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Noor Anizah bt Jamal (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Pn. Mariati bt Mohammed (PK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Siti Meriyam bt Mt Ali (PK Pentadbiran)
Setiausaha : Pn. Nor Hayati bt Ahmed (Kaunselor)
Ahli Jawatankuasa : Pn. Rozana bt Saarani
Pn. Badariyah bt Abas
En. Che Syam Arsyad bin Yaacob

Pengurusan Murid
Pn. Badariyah bt Abas
Pn. Rozana bt Saarani

Pengangkutan
En. Che Syam Arsyad bin Yaacob

Dokumentasi
Pn. Nor Hayati bt Ahmed

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


9.1 Anggaran Pendapatan
9.1.1 Pengangkutan Asrama RM760.00

9.2 Anggaran Perbelanjaan


9.2.1 Pengangkutan RM760.00

10.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat membantu usaha memantap, meneguhkan dan
memotivasikan pelajar sesuai dengan potensi dan kualiti ke arah kecemerlangan sahsiah,
akademik, minda dan rohani. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dari semua
pihak dan diberkati.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………… ……………………………..
(NOR HAYATI BT AHMED) (MARIATI BT MOHAMMED)
Kaunselor PK Hal Ehwal Murid
SMK Che Tom, SMK Che Tom,
08000 Sungai Petani, Kedah 08000 Sungai Petani, Kedah

Disahkan dan diluluskan oleh;

...............................................
(NOOR ANIZAH BT JAMAL)
Pengetua
SMK Che Tom,
08000 Sungai Petani, Kedah

Anda mungkin juga menyukai