Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI DAN KEPIMPINAN


MURID ASRAMA SMK PETALING
TAHUN 2020

TARIKH:
18 JANUARI 2020 ( SABTU )

MASA:
08.45 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN
Program ini dirancang untuk memberi kesedaran dan ruang kepada murid asrama
untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi. Program ini bertujuan
membiasakan murid terutama kepada murid baru yang mendiami asrama untuk berasa lebih
selesa dan seronok sepanjang berada di asrama. Di samping itu juga murid akan didedahkan
dengan sifat berdikari, menepati masa, menanam serta mencungkil sifat kepimpinan dalam diri
dan meningkatkan jati diri murid agar menjadi contoh yang baik kepada murid lain dan dapat
membantu para guru bagi menjaga dan memartabatkan disiplin asrama.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menjalin hubungan di antara rakan dalam kalangan murid asrama.
2.2 Meningkatkan jati diri murid.
2.3 Meningkatkan daya ketahanan dari segi fizikal dan mental.
2.4 Melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti dan berwawasan.

3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 18 Januari 2020 ( Sabtu )


Masa : 08.45 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Asrama Putera SMK Petaling

4.0 KUMPULAN SASARAN


61 orang pelajar Kelas Aliran Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melahirkan warga Kelas Aliran Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling yang memiliki
sahsiah diri yang mulia,berbudi pekerti dan berhemah.
5.2 Meningkatkan pengetahuan murid tentang kepimpinan.
5.3 Membina sahsiah dan ketrampilan diri murid.
5.4 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga Kelas Aliran Agama
Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling.
5.5 Melatih pelajar mempunyai sikap keperibadian yang tinggi, sahsiah dan rohani yang cemerlang
seterusnya melonjakkan prestasi di dalam akademik.

6.0 KPI ( Indikator output dan outcome)

Output 61 orang pelajar asrama menyertai program orientasi dan kepimpinan.

Outcome - Dapat mengeratkan hubungan mesra sesama murid asrama dan mewujudkan
suasana yang harmoni di asrama.
- Dapat menghasilkan murid yang berkepimpinan dan boleh memimpin orang
bawahannya dengan baik.
- Pelajar menjalankan tugas di asrama sebagai pemimpin dengan berdedikasi.
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1. Program Orientasi dan Peruntukan:


Kepimpinan Pelajar Asrama
Pelbagai : Bantuan
Putera SMK Petaling Tahun
Kokurikulum Asrama
2020
- Bayaran Penceramah RM 300.00

JUMLAH RM 300.00

8.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Suhaimi Bin Mustapa
Naib Pengerusi : Pn. Noriza Binti Murad
: Pn.Wan Noraida Binti Wan Nordin
: Pn. Aznita Binti Nawi
Setiausaha : En. Nazhar Bin Abdul Karim
Ketua Warden : En. Mohamad Asri Bin Zakaria
Penolong Warden : Cik Nur Fadilah Binti Mohd Room
Guru Disiplin Asrama : En. Azra bt Othman Bin Abdul Karim
Kaunselor : 1) En. Kamarudin Bin Mohammed
2) Pn. Siti Zamrah Binti Mohamad @ Saail
3) Pn. Zeti Aida bt Abdul Zawawi

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


a. Ceramah kepimpinan
b. Catatan dalam buku nota
c. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

9.1 URUS SETIA / PENCERAMAH

PSYCHE MOTIVATION CONSULTANCY,


No E3-21 Pantai Permai .
Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur.
Encik Ahmad Nazaruddin
HR & Operation Manager
011-29378949
9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
MASA AKTIVITI
08.30 pagi - 08.45 pagi Pendaftaran
08.45 pagi - 09.15 pagi - Ice Breaking
09.15 pagi - 11.00 pagi - Ceramah Kepimpinan
11.00 pagi – 12.00 tengah hari - Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
12.00 tengah hari - Bersurai

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Program ini akan dipantau bersama oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Noriza Binti
Murad serta Ketua Warden Asrama Putera , En. Mohamad Asri Bin Zakaria.

11.0 PENUTUP
Program yang dirancang diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik
dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid Kelas Aliran Agama Sekolah
Menengah Kebangsaan Petaling. Semoga program yang dirancang serta dilaksanakan sedikit sebanyak
dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya muird asrama.

Disediakan oleh;

...............................................
( ZETI AIDA BT ABDUL ZAWAWI )
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
SMK PETALING, KUALA LUMPUR.

Tarikh:

Ulasan:

Diluluskan / Tidak diluluskan

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai