Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH KEPIMPINAN MURID


SMK PANTAI SEPANG PUTRA 2014
PENDAHULUAN
Kursus Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Murid SMK Pantai Sepang Putra 2013 ini
merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SMK Pantai Sepang Putra.
Program ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah barisan kepimpinan
pelajar yang terdiri daripada pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan
ketua-ketua tingkatan.
Usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang diwarnai sahsiah pelajar yang baik dan
berbudi pekerti mulia adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Persekitaran
seumpama ini sudah pasti memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak iaitu
sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, di sekolah terdapat sekumpulan pelajar yang dilantik sebagai
pengawas untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan disiplin pelajar. Berasaskan kepada
kepentingan perlunya pelajar-pelajar diberi pendedahan dan perkongsian pengalaman serta
mendapatkan kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka menjalankan tugas dengan
baik sebagai pemimpin di sekolah, maka dengan itu lahirlah program kepimpinan seumpama ini.
Pihak sekolah amnya dan Unit Bimbingan & Kaunseling serta Unit Disiplin SMK Pantai
Sepang Putra khasnya turut mengambil berat dalam aspek kecemerlangan sahsiah dan
kepimpinan di samping mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik.
Keseimbangan kecemerlangan seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar-benar
berkualiti selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara pada masa hadapan.
Hasrat murni seumpama ini jugalah yang menjadi tunjang kepada penzahiran program
kepimpinan ini. Pengisian program yang disusun akan membantu pelajar menyedari kepentingan
tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yang
sewajarnya diaplikasikan dalam menjalankan tugas di sekolah.
Justeru itu, adalah diharapkan penglibatan dan sokongan daripada semua pihak terutama
pentadbir SMK Pantai Sepang Putra, guru-guru dan pihak PIBG serta pelajar-pelajar sendiri dapat
merealisasikan hasrat yang murni ini.

RASIONAL
Memandangkan pihak sekolah dibantu oleh barisan kepimpinan pelajar dalam aspek
menjaga disiplin, maka adalah wajar bagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin
SMK Pantai Sepang Putra menjayakan program kepimpinan ini.
Usaha yang dijalankan ini, diharapkan dapat membantu barisan kepimpinan pelajar di
sekolah melengkapkan diri dengan keyakinan dan kemahiran yang akan memudahkan mereka
untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah.
Di samping itu, pelajar juga diharapkan menjadi mahir dalam menguruskan masa secara
berkesan dan mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pemimpin
yang berkesan dengan mengaplikasikan dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik supaya
dihormati dan diterima oleh pelajar-pelajar sekolah yang lain.

OBJEKTIF
Kursus Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Murid ini menetapkan objektif seperti berikut :
1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif.
2. Meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan
mengendalikan tugas yang diberi.
3. Pengukuhan nilai positif.
4. Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.
5. Mengeratkan perpaduan dan menghapuskan prasangka.
6. Memupuk dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme.

dalam

TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN


28 Februari 1 Mac ( Jumaat Sabtu )- Bagan Lalang Beach Resort

SASARAN
Pengawas Sekolah

PERLAKSANAAN
Struktur Organisasi
Pengerusi

: En Mohd Amin bin Sulaiman


Pengetua

Timbalan Pengerusi

: Cik Siti Zubaidah bt. Mohd Said


Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi

: En. Azman b. Johari


Pen. Kanan Pentadbiran
: En. Mohd Isa b. Sulaiman
Pen. Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha

: Pn Marini bt Subari

Kem Komandan

: En Mohd Zuazulwan bin Safie

Ahli Jawatankuasa

Pendaftaran

: Pn Norah bt Zainal dan Pn Tan Sok Ting

Disiplin & Keselamatan :En Md Rasul bin Samudi dan En S.Sivasamy A/LSundara Morthi
Makanan
:Pn Azilah bt Abdullah dan Pn Nini Malisa bt Jamali
Kecemasan

:Pn Khatijah bt Abdul Rahman

Dokumentasi

:En Ting Him Lee dan Pn Muribah bt Marsio

Kerohanian

:Pn Noor Aida bt Hushin, En Murugesu A/L Kaliapan

TENTATIF PROGRAM

HARI

28 Februari 2014

MASA
3.00 3.30 ptg
3.30 4.30
4.30 5.00
5.00 7.00
7.00 - 7.30
7.30 9.00
9.00 10.30

10.30 11.30
12.00
5.30 7.00
7.00 - 8.00
8.00 - 9.00
9.00 10.30
1 Mac 2014

10.30 11.00
11.00- 12.00
12.00 1.00
1.00 2.30
2.30 3.30
3.30

AKTIVITI
Pendaftaran pelajar
LDK 1
Minum petang. Solat Asar
LDK 2
Makan malam
Solat Maghrib, bacaan Yassin, Tazkirah
Aktiviti Moral
-Modul 1
Memahami Peranan dan Tanggungjawab
Pengawas
-Minum malam
Aktiviti berjalan malam
Senandung Malam
Solat Subuh, Kuliah Subuh
Akviti Moral
Cergas Diri
Sarapan pagi dan kemas diri
Modul 2
Undang undang dan salah laku pelajar
Minum pagi
Sambungan Modul 2
LDK 3
Solat Zohor
Aktiviti Moral
-Penilaian program
-Majlis Penutupan
Perjalanan balik para pelajar

IMPLIKASI KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan:
a.
b.
b.
c.
d.

Bayaran profesional kpd Bagan Lalang Beach Resort


60 pelajar x RM 50.00 (1 hari)
Bayaran penginapan dan makan guru
6 guru x RM 60.00 ( 1 hari)
Hadiah
Peralatan Kursus & Sijil
Saguhati Penceramah( 4 0rang)
Jumlah perbelanjaan

= RM 3000.00
= RM
= RM
= RM
= RM

300.00
200.00
200.00
600.00

= RM 4300.00

Alternatif Pendapatan:
- Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang
- Koperasi SMK Pantai Sepang Putra
- PIBG SMK Pantai Sepang Putra
- Yuran peserta (60 org x RM50)

= RM 200.00
= RM 100.00
= RM 1000.00
= RM 3000.00
_________
= RM4300.00

Jumlah

PENUTUP
Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan memberi sedikit sebanyak input dan pengalaman
baru yang berguna kepada para peserta untuk mereka gunakan semasa menjalankan tugas
masing-masing.

Disediakan oleh,

Disemak oleh

_________________
(MARINI BT SUBARI)
Setiausaha,
Kursus Kepimpinan Pengawas
SMK Pantai Sepang Putra

____________________________
(SITI ZUBAIDAH BT MOHD SAID )
Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh,
________________________
(MOHD AMIN BIN SULAIMAN)
Pengetua,
SMK Pantai Sepang Putra

28 FEB. 2014
JUMAAT

7.00 PAGI

10.00 PAGI

9.00 PAGI
10.30 PG
12.30 TGH

11.30 PG
2.00 PAGI
SELAMAT MALAM

11.00 MLM
MODUL 1

1.00 PAGI

10.00 MLM
MINUM MALAM/ SOLAT ISYAK

PENGAWASKETAHANAN MENTAL

8.00 MLM
PERHIMPUNAN

12.00 MLM

7.00 PTG
MAGHRIBMAKAN MALAM/ SOLAT

BELAIAN PSIKOLOGI

5.00 PTG
LDK 1

HARI
4.30 PTG

2.30 PTG

ASAR MINUM PETANG/ SOLAT

ZUHURMAKAN TGH/ SOLAT

MASA
6.00 PAGI

TENTATIF PROGRAM
KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH KEPIMPINAN MURID
SMK PANTAI SEPANG PUTRA 2014
DI BAGAN LALANG BEACH RESORT
28 FEBRUARI 1 MAC 2014
LAMPIRAN 1

LDK4

PULANG KE SEPANG PUTRA

PENUTUPMINUM PETANG/ MAJLIS

LDK 3

MODUL 3
KUPASAN
LDK 2 &
LDK 3

MAKAN TGH/ SOLAT ZUHUR

LDK 2

MINUM PAGI

SENAMAN/ SARAPAN PAGI

BANGUN PAGI/ SOLAT SUBUH

1 MAC. 2014
SABTU

MODUL 2

LAMPIRAN 1

HARI

12.00 MLM

11.15 MLM

9.15 MLM

11.00 MLM

8.15 MLM

7.15 MLM

7.00 PTG

6.45 PTG

5.30 PTG

2.30 PTG

4.30 PTG

11.00 PAGI

1.00 TGH

9.00 PAGI

10.30 PAGI

8.00 PAGI

7.00 PAGI

MASA

5.30 PAGI

TENTATIF PROGRAM
KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH KEPIMPINAN MURID
SMK PANTAI SEPANG PUTRA 2010
DI KEM WIRAJAYA FOREST RESORT, HULU LANGAT, SELANGOR
22 - 23 MAC 2011

LDK 2
PENYELESAIAN
MASALAH

PENILAIAN
PROGRAM /
MAJLIS
PENUTUP

DENAI MALAM

BERSURAI

JADUAL BERTUGAS GURU


KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH KEPIMPINAN MURID
SMK PANTAI SEPANG PUTRA 2014
DI BAGAN LALANG BEACH RESORT
28 FEBRUARI 1 MAC 2014

TARIKH / HARI

SLOT 1
(8.00 PG. 2.00 PTG)

SLOT 2
(2.00 PTG 8.00 MLM)

SLOT 3
(8.00 MLM 8.00 PG)

TIDUR
TIDUR

DENAI MALAM KARUNCARI HARTA

MINUM MALAM

KULIAH 1
C.H.A.N.G.E

SOLAT ISYAK

KEROHANIAN / MORALSOLAT MAGHRIB & KULIAH

MAKAN MALAM

KEMAS DIRI

AKTIVITI 1
GAME DAN
REMPUH
HALANGAN

RIADAH / KAWAD ASAS

PEMBENTAN
GAN
KUMPULAN

MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

LDK 1
C.H.A.N.G.E
(PERSONALITI
PEMIMPIN)

MINUM PAGI

MALAYSIA CERGAS

SARAPAN & KEMAS DIRI

28
FEBRUARI
2010
AHAD

SELAMAT DATANG

/MORALSOLAT SUBUH & KULIAH KEROHANIAN

27
FEBRUARI
2010
SABTU

PENDAFTA
RAN,
& TAKLIMAT
PROGRAM

KUDAPAN & SOLAT ASAR

26
FEBRUARI
2010
JUMAAT

Pendaftaran Pelajar
3.00 -4.00 petang
28 FEBRUARI 2014
JUMAAT
Riadah pagi
1 Mac 2014
SABTU

Sayonara

Jom Mimpi

Anda mungkin juga menyukai