Anda di halaman 1dari 6

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI

BATU 8 , JALAN KAKI BUKIT, 02400 BESERI, PERLIS

KERTAS KERJA

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN AKADEMIK


PELAJAR TINGKATAN 3 (ADEX 3)

TARIKH :

7 HINGGA 9 JULAI 2017

TEMPAT :
KEM PLKN

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NOOR LIZA BINTI SHUKOT
PENYELARAS ADEX 3
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit BWP MRSM Beseri.
Program ini melibatkan semua ahli BWP. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah
untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada
pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Disamping itu kursus ini juga berhasrat
untuk menyedarkan pelajar tentang amanah yang perlu dipikul sebagai barisan
kepimpinan maktab. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk
meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman
serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan
peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak
pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan
memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni
mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

2.0 BUTIRAN AM

Tarikh : 8-9 Januari 2016


Jumlah Peserta : 30 orang
Tempat : FRIM Lubuk Sireh

3.0 TEMA

Amanah Kepimpinan tanggungjawab kami

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


4.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program
jati diri.
4.2 Memupuk nilai nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri
dengan modul yang pelbagai.
4.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.4 Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas
apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0 KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan
Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu tanggungjawab mereka di
sekolah sebagai seorang pemimpin.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid dengan
menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan rakan. LDK juga membantu murid
untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan perasaan saling hormat menghormati
antara satu sama lain. Mengaitkan kepimpinan dan kemandirian mereka sebagai pemimpin.

Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka. kelebihan yang ada
dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus berjaya dan yakin dengan
kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu diatasi dengan cara yang positif dan
bukan hanya mengalah begitu sahaja.

6.0 ANGGARAN KEWANGAN


Cadangan 1: Tidur khemah
Penginapan Sewa tapak: RM106.00 (termasuk GST dan dewan terbuka)
Asrama-RM21.20
Makan- 30 orang X RM18.50 = RM 555.00

JUMLAH:682.20

Cadangan 2: Tidur rumah tetamu/asrama/log kabin


Penginapan- Rumah tetamu + log kabin + asrama = RM180.20
Makan- 30 orang X RM18.50 = RM 555.00
JUMLAH:735.20

7.0 ATURCARA PROGRAM


HARI JUMAAT 8 JANUARI 2016

3.00-4.30 petang Perjalanan dan pendaftaran


4.30-5.30 petang Solat Asar berjemaah dan tazkirah
5.30-6.30 petang riadah
6.30petang -8.00 mlm Rehat/solat maghrib/makan
8.00-10.00 mlm Slot 1 (penceramah jemputan) Akulah
Pemimpin
10.00-10.30 mlm solat Isyak berjemaah

HARI SABTU 9 JANUARI 2016


5.30-7.00 pagi persiapan diri, solat subuh berjemaah dan sarapan
pagi
7.00-8.00 pagi riadah ringan
8.00 pagi -12.00t/hari Slot 2- merentas hutan (Jungle Tracking)
12.00t/hari- 2.00 petang Rehat/makan tengah hari/solat
2.00-4.30 petang Slot 3-Muhasabah Diri
4.30 petang Bersurai

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha

AHLI JAWATAN KUASA

Persiapan Tempat dan pengangkutan


1. Pn. Noor Zaida Binti Halim
2. Pn. Noorlaila Binti Sulaiman

Kawalan Murid/Guru Pengiring (Bermalam)


1. En Shahril Izzani Bin Mahamood 3. En. Mohamad Firdaus Bin Mohd Helmi
2. Cik Nursyamimi Fauruddin 4. Cik Nurmastura Binti Nordin

Kerohanian
1. En. Mohamad Sofian Bin Haji Hussain
2. Pn. Habibah Binti Andul Razak

Kebersihan dan Keselamatan


1. Cik Nurmastura Binti Nordin
2. Pn Suzieyati Adzliza Binti Mohamad

Fasilitator
Semua guru penasihat BWP dan En Noorzamri Bin Ibrahim

9.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada
peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin MRSM Beseri. Menyedari pentingnya
keterampilan dan keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap
dalam kalangan pelajar MRSM Beseri, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh
membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program
ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif
kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh
permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

Sekian.
Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

. .
Pn. Nur Aida Bt. Mohamed Ibrahim En. Salim Bin L. Bulat
Guru Penasihat BWP Pengetua
MRSM Beseri MRSM Beseri

Ulasan :

Anda mungkin juga menyukai