Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & JATI DIRI


ADEX 3,
TAHUN 2017
MRSM BESERI, PERLIS

DISEDIAKAN OLEH:
PENYELARAS
ADEX 3
MRSM BESERI, PERLIS

1
TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan ADEX 3 untuk memohon kelulusan
dan peruntukan kewangan daripada Tuan Pengetua bagi mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah
dan Jati Diri pelajar-pelajar tingkatan 3 MRSM Beseri bagi menghadapi peperiksaan PT3 dalam
keadaan yang bersedia dari segi jasmani dan rohani.

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan program pemantapan kepada perubahan kendiri, pembentukan jati diri seiring dengan
keperluan syariat dengan menekankan pembangunan kendiri, kesedaran yang tinggi, pengurusan
dan tanggungjawab sebenar sebagai manusia, anak dan pelajar.

Selain itu, ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah ada
dalam diri pelajar supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna, efektif, memberi ruang dan
peluang melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan
impak positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas kursus ini pelajar dapat:

1. Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik
kejadian

2. Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas agama.

3. Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan
kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul.

4. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.

5. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong
pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah.

NAMA PROGRAM

Kem Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri

TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 07 09 Julai 2017


Tempat : Kem Wanza Indah Permai, Jalan Guar Jentik, Beseri, Perlis

SASARAN

Pelajar Tingkatan 3 yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Kem ini
mensasarkan pelajar lelaki dan perempuan seramai 127 orang.

2
TENTATIF PROGRAM

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Mohamad Salim Bin L.Bulat


(Pengetua)

Naib Pengerusi : En Mohd Yusof Bin Mamat


(Timbalan Pengetua HEA)

Penyelaras : Ustazah Noor Liza Binti Shukor

Setiausaha : Pn Nur Aida Bt Ibrahim

JAWATANKUASA PELAKSANA :

Kem Komandan : En Abdul Harris Bin Abd Rahman


Ketua Disiplin : En Shahril Izzani Bin Mahamood
Pn Noor Zaida Binti Halim
JK Aktiviti : Pn Sarah Najwa Binti Zainon
JK Makanan & Minuman : Pn Nurul Hannah Binti Muhamad Rafi
JK Pengangkutan : Pn Suriati Binti Mat
JK Pertolongan Cemas : Cik Siti Kursiah Binti Mohidin
Unit Fotografi & Dokumentasi : Pn Idziana Binti Abdul Shukor

Fasilitator : Ustaz Khailil Bin Razak


(Kunu Mithlana Training & Consultancy (KMTC)

3
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Penginapan Pelajar 127 orang x RM 15 x 2 hari RM 3810.00

2. Penginapan Guru 2 chalet x RM 80 x 2 hari RM 320.00


3. Dewan Serbaguna 2 hari x RM 450.00 RM 900.00
4. Makan & Minum pelajar, Dewan Makan MRSM
guru dan fasilitator
5. Penceramah Jemputan, RM 4400.00
Fasilitator
4. Lain-lain perbelanjaan RM 300.00
luar jangka
JUMLAH RM 9730.00

PERUNTUKAN KEWANGAN

1. ADEX 3
2. MUAFAKAT
3. WANG CARUMAN PELAJAR
4. SUMBANGAN

PENUTUP

Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi
menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi
manfaat besar kepada individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan
seterusnya memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOOR LIZA BINTI SHUKOR) (MOHD YUSOF BIN MAMAT)


Penyelaras Adex 3, TPHEA,
MRSM Beseri, Perlis MRSM Beseri, Perlis

Diluluskan oleh :

(MOHAMAD SALIM BIN L.BULAT)


Pengetua,
MRSM Beseri, Perlis

Anda mungkin juga menyukai