Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG

09200 KUPANG KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

KEM KEROHANIAN PENGAWAS &


MOTIVASI SAHSIAH TAHUN 2017
FASA I

SMK PARIT PANJANG

TARIKH PERLAKSANAAN
27-28 JULAI 2017

ANJURAN BERSAMA
UNIT HEM, UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS, PANITIA SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1
KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH
Fasa I
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG
TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN

KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH adalah satu wadah dalam
melahirkan pengawas yang berketerampilan dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
dalam usaha membantu proses pembinaan sahsiah dan disiplin dalam kalangan pelajar
sekolah. Program ini merupakan satu lagi program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid,
Unit Disiplin dan Pengawas serta Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk semua pengawas SMK
Parit Panjang.

Kem ini juga bertujuan untuk membina pengawas sekolah yang berperanan dengan
berkesan dalam menjalankan tugas mereka. Pengalaman serta kemahiran kepimpinan yang
tersusun kepada badan kepimpinan sekolah hanya dapat diurus dan diselia oleh guru-guru
sekolah.

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin
para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah.

Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada
mereka.

Diharapkan KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH ini dapat membuka
minda para pengawas disamping memberikan pengetahuan tentang kepimpinan yang lebih
berfokuskan kepada pembinaan sahsiah serta rohani insan (kekuatan mentaliti)

Keterampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-


murid SMK Parit Panjang yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 RASIONAL

Menyedarkan para pengawas tentang kepentingan mengamalkan ajaran agama Islam


yang suci dalam kehidupan seharian dan wajib mengamalkan sebanyak mungkin amal ibadat
dalam usaha mendekatkan diri dengan Pencipta serta menunaikan tuntutan Agama Islam
untuk menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

2
3.0 NAMA PROGRAM

KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH

4.0 MOTTO

Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol,

5.0 OBJEKTIF

i. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


ii. Mewujudkan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar-pelajar Islam.
iii. Memberi bimbingan dan asuhan terhadap aspek pengetahuan pelajar mengenai Islam.
iv. Memberi penghayatan iman dan Islam.
v. Membina daya kemahiran dan komunikasi yang berkesan dalam kumpulan.
vi. Membina sikap yang mempunyai daya tahan mental yang tinggi dalam mencapai
penyelesaian tugas.

5.0 PENGISIAN PROGRAM

Pengisian program adalah seperti berikut:

a) Tazkirah Maghrib dan Subuh


b) Ceramah Kerohaniaan
c) Qiamulail (Solat Taubat,Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Witir)
d) Bacaan Surah Al-Kahfi (Selepas Maghrib)
e) Bacaan Surah Al-Mulk (Sebelum tidur)
f) Bacaan Al-Mathurat (Selepas Asar)

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH PROGRAM : 27 dan 28 Julai 2017 (FASA 1)


: 28 29 Sept 2017 (FASA 2)
: 26 27 Okt 2017 (FASA 3)
: 16 17 Nov 2017 (FASA 4)
HARI : Khamis dan Jumaat
TEMPAT : Surau Al-Falah SMK Parit Panjang, Kedah
KUMPULAN SASARAN : Pengawas Sekolah seramai 80 orang

7.0 BELANJAWAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Makan/minum :
i. pelajar (3 kali) 80 x RM 7.00 = RM 560.00
ii. guru (3 kali) 7 x RM 7.00 = RM 49.00
b) Dokumentasi = RM 20.00
c) Luar jangka = RM 71.00
RM 700.00

3
PENDAPATAN

Murid (RM5x80) = RM 400.00


Unit Kokurikulum (BBTP) = RM 100.00
Peruntukan Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan = RM 100.00
Kegiatan Pendidikan Islam = RM 100.00
RM 700.00

8.00 ANJURAN

UNIT HAL EHWAL MURID, UNIT DISIPLIN & PENGAWAS,


PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

9.00 PENUTUP

Adalah diharapkan KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH ini


dapat memberi kesedaran dalam diri pengawas menyedarkan pelajar betapa pentingnya kita
mengamalkan ajaran Islam dan beriman dengan-Nya.Melalui kem ini pelajar dapat menilai dan
bermuhasabah diri agar diri lebih dekat dengan ALLAH S.W.T agar perjalanan kehidupan
pelajar dirahmati ALLAH S.W.T. Dengan itu, dengan banyaknya mengingati Allah, jiwa akan
menjadi tenang dan seterusnya mampu mencipta kejayaan dalam segala bidang terutama
dalam bidang akademik.

Disediakan oleh, Disokong oleh,


( Ismi Kamarul Sham b. Ismail) ( En. Mohd Daud b. Kassim )
Ketua Guru Penasihat Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Diluluskan oleh,

( Pn. Jamsiah bt. Mohd Shariff )


Pengetua,
SMK Parit Panjang
YA ALLAH,
MAKBULKAN 3 PERMINTAANKU :
1. KEBERANIAN UNTUK MENGUBAH
PERKARA-PERKARA YANG AKU BOLEH UBAH.
2. KEMAMPUAN UNTUK MENERIMA
PERKARA-PERKARA YANG AKU TIDAK BOLEH UBAH
3. DAN KEBIJAKSANAAN UNTUK MENGENALI PERBEZAAN
DI ANTARA KE DUANYA...
AMIN!

MY LORD,
GRANT ME 3 WISHES :
1. THE COURAGE TO CHANGE THE THINGS THAT I CAN CHANGE
2. THE ABILITY TO ACCEPT THE THINGS THAT I CANNOT CHANGE
3. AND THE WISDOM TO KNOW THE DIFFERENCE!
AMEN!

4
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat - Pn. Jamsiah bt. Mohd Shariff


(Pengetua SMK Parit Panjang)

Pengerusi - En Md Daud b. Kasim


( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Naib Pengerusi - En. Ishak b. Mad Isa


( Penolong Kanan Kurikulum )

En. Jamaluddin b. Abd Ghani


( Penolong Kanan Kokurikulum )

Penyelaras - En. Halim b. Hat

Kem Komandan ( Guru ) - En. Ismi Kamarul Sham b. Hj. Ismail

Setiausaha - Nor Fatin Binti Jassni


Penolong Setiausaha 1 - Mohd Ikmal Hakimi

Bendahari - Pn. Sabriena

Ahli Jawatankuasa(Guru) - Pn. Julaiha


Pn. Khaizuyah
Pn. Rohana

5
LAMPIRAN B

JAWATANKUASA INDUK
KEM KOMANDEN (Murid)

Nor Fatin Jassni

PENOLONG KEM KOMANDEN (Murid)

Mohd Ikmal Hakimi

Bil Jawatankuasa / Nama Guru Bidang Tugas

A. PENYELARAS : EN. ISMI KAMARUL SHAM BIN ISMAIL

1. DISIPLIN & KAWALAN PESERTA Memastikan semua peserta berada di dalam


terkawal sepanjang aktiviti dijalankan

2. SIARAYA Memastikan peralatan siaraya berfungsi dalam


keadaan baik dan memuaskan.

B. PENYELARAS : EN. HALIM B. HAT

3. KEBERSIHAN & KESELAMATAN Memastikan kebersihan kawasan sekitar


program
Memantau keselamatan murid sepanjang
program

4. KEROHANIAN Bertanggungjawab memastikan pelajar


menunaikan solat solat pada waktunya
secara berjemaah
Melantik Imam sekiranya perlu.
Memastikan surau dalam keadaan
teratur dan selesa

C. PENYELARAS : PN. KHAIZUYAH


5. PENDAFTARAN Menyediakan borang kehadiran
Mencatat / mengambil kehadiran peserta
Melaorkan kehadiran murid kepada Kem
Komandan / AJK Makanan / AJK
Penginapan

6. PENGINAPAN / PENEMPATAN

6
E. PENYELARAS : PN. SABRIENA

7. DOKUMENTASI / FOTOGRAFI a. Mengambil gambar program.


b. Menyediakan laporan lengkap sebagai
dokumentasi dan simpanan sekolah

F. PENYELARAS : PN ROHANA

8. MAKANAN a. Memastikan persediaan makanan utk murid dan


guru disediakan
b. Memastikan bilangan makanan iaitu Makan Malam,
supper dan Sarapan pagi dengan kos
RM7.00/murid)

7
LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


DAN PEMBINAAN SAHSIAH FASA 2

KHAMIS : 27 JULAI 2017 (KHAMIS)

MASA PROGRAM TINDAKAN


4.30 ptg Pendaftaran Peserta Pn. Khaizuyah
5.00 ptg Solat Asar Berjemaah En. Halim b. Hat /
Bacaan Al-Mathurat Sughro En. Ismi
Taklimat Program En. Halim b. Hat
6.15 ptg Persediaan makan malam Pn. Rohana
7.00 ptg Persiapan Diri / Solat Maghrib berjemaah En. Halim / En. Ismi
Bacaan Surah Kahfi / Panitia Islam
Tazkirah Maghrib
Solat Isyak berjemaah
9.30 mlm Slot 1 : Pengisiaan Kerohanian Jati Diri Kaunselor
1045 mlm Bacaan Surah Al-Mulk En. Ismi
1115 mlm Tidur

JUMAAT : 28 JULAI 2017 (JUMAAT)

MASA PROGRAM TINDAKAN


4.30 pg Bangun En. Ismi / En. Halim
Kemas Diri
5.00 pg Qiammullail Panitia Islam/
Solat Subuh En. Ismi
Tazkirah
7.00 pg Sarapan Pn. Rohana
7.30 pg Bersurai

Anda mungkin juga menyukai