Anda di halaman 1dari 110

KANDUNGAN

MODUL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SECANGKIR KATA PENGARAH JPN KEDAH ii


SEUNTAI MADAH KETUA SEKTOR I, JPN KEDAH iii

SIDANG REDAKSI MODUL USRAH SUMUR iv

PENGENALAN vi

1.0 MUTADAYYIN

1.1 Solat Berkualiti 1

1.2 Tilawah dan Tadarus al-Quran 9


1.3 Amalan Zikir dan Doa Berterusan 14

2.0 BERBUDI BAHASA


2.1 Hormat-menghormati 24
2.2 Tolong-menolong 32

2.3 Mengenang Budi 39


2.4 Laras Bahasa 43

3.0 JATI DIRI

3.1 Berkeyakinan 46
3.2 Sabar dan Tabah 51

3.3 Tetap Pendirian 58


3.4 Semangat Juang 67

4.0 PENAMPILAN DIRI

4.1 Pemakaian 78

4.2 Adab Sopan 82

4.3 Kepemimpinan 88
4.4 Sikap Positif dan Proaktif 93

i
Secangkir Kata
Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat serta keizinan-Nya kita
bersama-sama dapat melaksanakan modul Usrah Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
kepada semua sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negeri
Kedah. Saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh
merealisasikan modul ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan tersebut mendapat
ganjaran sebaik-baiknya dari Allah SWT.

Berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan adalah suatu usaha berterusan


hingga ke akhir hayat maka JPN sentiasa berusaha menambah baik setiap program
khususnya ke arah pembentukan sahsiah murid dari masa ke semasa. Oleh itu
penghasilan Modul Usrah Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini merupakan sebahagian
daripada usaha JPN mempertingkat dan memantapkan lagi sahsiah murid
khususnya yang berada di semua sekolah menengah seluruh negeri Kedah.

Saya amat berharap agar modul ini dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan
penuh warga sekolah menengah seluruh negeri Kedah. Akhirnya kita sama-sama
berdoa semoga usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA DATO’ HJH AZUYAH HASSAN


Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ii
Seuntai Madah
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat serta keizinan-Nya kita
bersama-sama dapat menghasilkan modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) kepada
semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negeri Kedah.

Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti
terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan
yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam
menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan
bersemangat patriotisme.

Untuk melahirkan insan yang cemerlang dari pelbagai sudut iaitu akademik,
sahsiah dan kokurikulum merupakan satu cabaran yang hebat kepada golongan
guru pada masa kini. Penulisan modul ini diharap dapat membantu para guru
sebagai bahan tazkirah, bahan perbincangan dan bahan rujukan ketika
mengadakan aktiviti dengan murid.

Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat menghasilkan modul yang bermanfaat ini. Semoga apa yang
diusahakan mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHAMAD ZAKI BIN HUSIN


Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

iii
SIDANG REDAKSI MODUL USRAH SUMUR

PENERBIT : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

PENAUNG : DATIN PADUKA DATO’ HAJAH AZUYAH HASSAN


PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

PENASIHAT : TUAN HAJI MOHAMAD ZAKI BIN HUSIN


KETUA SEKTOR
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, KEDAH.

KETUA EDITOR : TUAN HAJI MOHD SYAUQI BIN ISMAIL


KETUA UNIT
PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

EDITOR : TUAN HAJI SHARUNNIZA BIN MD TAJUDDIN


PENOLONG PENGARAH
PENGURUSAN PENGEMBANGAN SYIAR ISLAM
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

PENOLONG EDITOR : TUAN HAJI AHMADI PUTRA BIN ZAINOL ABIDIN


PENYELIA SAR & KAFA
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

PANEL REDAKSI :

1. BADRULHANIF BIN SULAIMAN (SMK AGAMA KEDAH)


2. MOHD SAIFUDDIN BIN MD AZIZ @ YAACOB (PUSAT KEGIATAN GURU POKOK SENA)
3. ROSIDI BIN HASSAN (SMA NAHDZAH)
4. SITI AIDA BINTI SAIDIN (SMK PULAU NYIOR)
5. NORAZIYAN BINTI OMAR (SK BANDAR BARU DARULAMAN)
6. NOR FARAHAIN BINTI PUTEH (SMA MATA)
7. MOHAMAD FIRDAUS BIN ISMAIL (SK PENDANG)

iv
PENULIS MODUL :

MUTADAYYIN
1. ABDUL RAHIM BIN ABD. KODIR (MAKTAB MAHMUD POKOK SENA)
2. WAN MOHAMAD ZAMANI BIN HAJI MAT ISA (SMA AN-NAJAH)

BERBUDI BAHASA
1. SUHAIMI BIN NOORDIN (MAKTAB MAHMUD PENDANG)
2. MUHAMMAD HAFFIDZ BIN HAJI MD ISA (MAKTAB MAHMUD MERBOK)

JATI DIRI
1. MOHAMAD ROSLI BIN TALIB (SMA FAUZI)
2. AHMAD ROSDI BIN ISMAIL (MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP)
3. MOHD AFIFI BIN CHE MANSOR (MAKTAB MAHMUD LANGKAWI)
4. AHMAD LUTHFI BIN MD THAHIR (SMA HIDAYAH ISLAMIAH)

PENAMPILAN DIRI
1. SYAHRIL BIN AB AZIR (SMA DARIL IKTISAM)
2. OSMAN BIN ABD GHANI (MA’AHAD AL-IMAM AS-SYAFIE)

v
PENGENALAN

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin
Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C
iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria. Usrah
(‫ )اﺳرة‬adalah medium pelaksanaan program sumur di sekolah

MATLAMAT

Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan
boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di
dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang
dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme.

OBJEKTIF USRAH

1. Mendekatkan individu muslim/pelajar kepada Allah Azza Wajalla, serta


menghubungkan anggota Usrah (‫ )اﺳرة‬secara langsung dengan al-Quran dan al-
Sunnah.
2. Membentuk peribadi individu muslim / peribadi pelajar mengikut ajaran Islam yang
betul dan tulen; serta menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan
tanggungjawab anggota Usrah (‫ )اﺳرة‬terhadap ajaran Islam.
3. Mewujudkan suasana yang baik (“Biah Islamiyah”) di kalangan pelajar sekolah.
4. Melahirkan modal insan (generasi al-Quran) yang mampu untuk membimbing diri
sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat menuju ke jalanNya yang diredhai.
5. Ahli Usrah (‫ )اﺳرة‬yang lahir dari Usrah (‫ )اﺳرة‬yang baik membantu negara
membendung peningkatan gejala sosial yang berlaku pada masa kini dan
seterusnya membantu membina suasana sekeliling yang kondusif dan selamat.

vi
PANDUAN PELAKSANAAN MODUL USRAH SUMUR

BIL PROGRAM PELAKSANAAN

1. MUTADAYYIN
- Solat Berkualiti
Februari - Mac
- Tilawah dan Tadarus al-Quran
- Amalan Zikir dan Doa Berterusan

2. BERBUDI BAHASA
- Hormat-menghormati
- Tolong-menolong April - Mei
- Mengenang Budi
- Laras Bahasa

3. JATI DIRI
- Berkeyakinan
- Sabar dan Tabah Jun - Julai
- Tetap Pendirian
- Semangat Juang

4. PENAMPILAN DIRI
- Pemakaian
- Adab Sopan Ogos - September
- Kepemimpinan
- Sikap Positif dan Proaktif

vii
PENUTUP

Modul Usrah Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dihasilkan untuk membantu pihak sekolah
merancang dan melaksanakan program ini di sekolah-sekolah secara berfokus dan
lebih terancang.

Kerjasama semua pihak menjayakan program ini akan dapat melahirkan pelajar-
pelajar yang mempunyai sahsiah unggul memenuhi hasrat dan Falsafah Pendidikan
Negara.

Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bersungguh-
sungguh merealisasikan modul ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan tersebut
mendapat ganjaran sebaik-baiknya dari Allah SWT.

viii
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

1.0 MUTADAYYIN

Mutadayyin berasal daripada bahasa Arab, daripada perkataan ( َ‫تَديَّن‬ ) yang

bermaksud menjadikan sebagai pegangan agama. Mutadayyin bererti orang


yang berpegang dengan ajaran agama. Namun perkataan ini bukan sekadar
membawa maksud berpegang dengan agama sahaja tetapi ia lebih kepada
beramal dan sentiasa mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian
mereka.

Orang yang mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian akan
mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Setiap pelajar muslim
bertanggungjawab untuk mendidik dan melatih diri agar menjadi orang yang
sentiasa mempraktikkan ajaran Islam di dalam kehidupan seharian. Ini yang
dimaksudkan dengan mutadayyin.

Dalam menerapkan nilai mutadayyin di dalam diri setiap pelajar maka digariskan
di sini 3 aspek utama yang perlu diberi perhatian iaitu :

1.1 Solat yang berkualiti


1.2 Tilawah al-Quran
1.3 Amalan doa yang berterusan

Melalui tiga aspek ini, diharap pelajar-pelajar akan dapat mengamalkan dan
memeliharanya sehingga tumbuh subur nilai mutadayyin dalam diri mereka.

1.1 SOLAT YANG BERKUALITI


Solat merupakan tiang agama dan ia adalah ibadah wajib yang perlu
dilaksanakan pada waktu dan keadaan tertentu serta mengikut syarat,
rukun dan tertibnya. Solat fardhu merupakan satu kegiatan rutin harian
orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam.

1
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Hanya ibadat solat yang dapat membezakan antara orang Islam dengan
orang- bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda :

ََّ ََ‫العَهَدَََاَّلذَيَبَيَنَنَاَ َوبَيَنَهَم‬


َ‫الصالةََفَمَنََتَركَهَاَفَقَدَََكَفَر‬
Maksudnya: “Batasan diantara kita dan mereka ( orang-orang kafir) adalah
solat. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur."
( Riwayat Imam Ahmad )

1.1.2 Solat awal waktu

Ibadah solat fardhu telah ditetapkan oleh Allah SWT pada masa-
masa yang tertentu.

Firman Allah SWT :

‫ﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛ‬

Maksudnya : “Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan


waktunya atas orang-orang yang beriman”. (an – Nisa’ : 103)

Seorang muslim dilarang sama sekali solat di luar waktu yang telah
ditetapkan. Antara solat yang paling kerap dilakukan di luar
waktunya adalah solat subuh. Maka menjadi kewajipan setiap
muslim untuk menjaga ibadah solat agar tidak terkeluar daripada
waktu yang ditetapkan.

Solat di awal waktu menunjukkan tingkat keimanan, ketaqwaan dan


kecintaan kepada Allah SWT. Kecintaan kepada Allah akan
melahirkan rasa rindu dan ingin bertemu selalu. Menyegerakan solat
juga menunjukkan seseorang mukmin itu ingin segera diampunkan
dosa-dosanya.

2
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Solat di awal waktu juga mengajar seorang muslim berdisiplin


dengan pengurusan masa kerana masa itu sangat berharga dalam
kehidupan setiap muslim. Oleh itu, menjadi suatu kemestian bagi
setiap pelajar untuk melatih diri dengan pengurusan masa bermula
dengan amalan solat diawal waktu.

1.1.2 Solat Berjemaah

Nabi SAW sangat menganjurkan umat Islam agar sentiasa


mengerjakan solat fardhu secara berjemaah.

Daripada Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda :

.ً‫صالَةََاْلماعةَأفضلَمنَصالَةَالف ِّذَبسب ٍعَوعشرينَدرجة‬


Maksudnya : "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada
sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Usman bin Affan ra, Rasulullah SAW bersabda:

َ‫ىَالصبح َِف ََجاع ٍة‬


ُّ َّ‫َومن َصل‬,‫من َصلَّىَالعشاء َِف ََجاع ٍة َفكأََّّناَقام َنصف َاللَّيل‬

َ .‫فكأََّّناَصلَّىَاللَّيلَكلَّه‬
Maksudnya : "Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah, maka
seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang
sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah
bersembahyang keseluruhan malam”.
(Riwayat Muslim)

3
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

a) Akibat meninggalkan solat berjemaah :

Daripada Abu Darda' ra, Rasulullah SAW bersabda:

َّ ‫ماَمنَثالَثةٍ َِف َق ريةٍ َولَ َبَد ٍوَلََت قام َفيهم‬


َ‫َالصالَة َإ َلََّقد َاستحوذ َعليهم َالشَّيطان‬

ِّ ‫ف عليكمَباْلماعةَفإََّّناَيَأكل‬
.‫َالذئبَالقاصية‬
Maksudnya : "Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang,
samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan
solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan.
Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu
memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”.
(Riwayat Abu Daud dan an-Nasaaiy)

b) Ancaman Kepada Yang Berterusan Meninggalkan Solat


Berjemaah

Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW bersabda:

َ‫َُثََّأنطلق َمعي‬,‫الًَف يصلِّي َبالنَّاس‬


َ ‫َُثََّآمر َرج‬,‫الصالَة َف ت قام‬
َّ ‫ولقَد ََهمت َأن َآمر َب‬

َّ ‫َإَل َق وٍم َلَ َيشهدون‬,‫ب‬


َ‫َالصالَة َفأحِّرق َعلَيهم َب يوت هم‬ ٍ ‫برج ٍال َمعهم َحَزمَ َمن َحط‬

.‫بالنَّار‬
Maksudnya : “Sesungguhnya memang aku bercadang untuk
menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku suruh seseorang
untuk mengimami para jemaah,dan aku pula keluar dengan
beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa
ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir
kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim(

4
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

c) Meninggalkan Jemaah Sifat Orang Munafiq :

Abdullah bin Mas'ud ra berkata:

َّ ‫من َسَّره َأن َي لقى َاللَّه َغ ًدا َمسَل ًما َف ليحافظ َعلى َهؤلَء‬
َ‫َالصلوات َحيث َي نادى‬

َ‫ َولو َأنَّكم‬,‫ َوإنََّه َّن َمن َسنن َاْلدى‬,‫ َسنن َاْلدى‬َ ‫ َفإ َّن َاللَّه َشرع َلنبيِّكم‬,‫ِب َّن‬

َ‫َولو َت ركتَم‬,‫صلَّيتم َِف َب يوتكم َكماَيصلِّيَهذاَالمتخلِّف َِف َب يته َلت ركتم َسنَّةَنبيِّكم‬

َ‫سَنَّةَنبيِّكمَلضللتمَولقدَرأي ت ناَوماَي تخلَّفَعن هاَإ َلََّمنافقَمعلومَالنِّفاقَولقدَكان‬

.‫ف‬
ِّ ‫َالص‬
َّ ‫َالرجلْيَح ََّّتَي قامَِف‬
َّ ‫الرجلَي ؤتىَبهَي هادىَب ْي‬
َّ
Maksudnya : "Sesiapa yang suka untuk berjumpa Allah di besok hari
(qiamat) dalam keadaan muslim (selamat), maka hendaklah dia
menjaga sembahyang-sembahyang fardu (dengan dilakukan
berjemaah) di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya
Allah SWT telah mensyariatkan kepada Nabi kamu sunanul huda
(jalan-jalan hidayah), dan sesungguhnya solat berjemaah itu
sebahagian daripada sunanul huda. Maka jika kamu
bersembahyang di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang
tidak hadir ini bersembahyang di rumahnya, maka sebenarnya kamu
telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu
meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat dan
sesungguhnya kami (para sahabat) menganggap bahawa tiada
yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafiq yang
jelas kemunafiqannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki (di
kalangan kami yang uzur) dibawa (juga untuk berjemaah) dengan
dipapah oleh dua orang, (dipapah) sehinggalah dia diletakkan ke
dalam saf (sembahyang)”.
(Riwayat Muslim)

5
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

d) Solat yang paling susah bagi munafiqin untuk berjemaah :

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

َ‫َولو َي علمون َماَفيهماَلَت وَها‬,


َ ‫ليس َصالَة َأث قل َعلىَالمنافقْي َمن َالفجر َوالعشاء‬

.‫ولوَحب ًوا‬
Maksudnya : "Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada
orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih
daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui
(ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka
akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

e) Celaan kepada yang malas datang berjemaah :

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

َ‫والَّذيَن فسيَبيده َلو َي علم َأحدهم َأنَّه ََيد َعرقًاََسينًاَأو َمرمات ْي َحَسنت ْي َلشهد‬

.‫العشاء‬
Maksudnya : "Demi Allah yang mana jiwaku berada dalam
tanganNya (kekuasaanNya)! Kalaulah salah seorang daripada
mereka mengetahui bahawa mereka akan mendapat seketul
daging yang gemuk atau mendapat dua ketul daging yang baik
daripada dua celah kuku kambing, nescaya mereka akan datang
berjemaah solat Isyak ”.
(Riwayat Bukhari)

6
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

1.1.3 Solat Sunat

Dalam mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, umat Islam


disarankan untuk mengerjakan solat-solat sunat yang mana menjadi
penguat kepada solat-solat fardhu. Terdapat banyak solat-solat
sunat yang boleh diamalkan. Antaranya ialah :

a) Solat Sunat Rawatib, dilakukan sebelum (qabliyah) dan selepas


(ba’diyah) solat fardhu tertentu.
b) Solat Sunat Tahiyyatul Masjid, dilakukan setiap kali masuk masjid
dan sebelum duduk.
c) Solat Sunat Wudhuk, solat sunat selepas mengambil wudhuk.
d) Solat Sunat Taubat, dilakukan untuk memohon keampunan
daripada Allah SWT.
e) Solat Sunat Tahajjud, dilakukan setelah bangun dari tidur iaitu
selepas isyak dan sebelum subuh.
f) Solat Sunat Witir, dilakukan selepas solat isyak, dengan bilangan
rakaat yang ganjil, iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat dan
lebih afdhal adalah sebanyak 11 rakaat.
g) Solat Sunat Dhuha, dilakukan pada waktu dhuha iaitu ketika
matahari sedang naik.
h) Solat Sunat Tarawih, dilakukan selepas solat isyak dalam bulan
Ramadhan.
i) Solat Sunat Aidilfitri/Aidiladha, dilakukan pada waktu dhuha
pada hari raya aidilfitri/aidiladha.
j) Solat Sunat Istikharah, dilakukan untuk memohon petunjuk
daripada Allah SWT dalam membuat sesuatu keputusan.

1.1.4 Berpakaian bersih dan sesuai

Antara syarat sah solat adalah bersih tubuh badan, pakaian dan
tempat solatnya daripada sebarang najis. Jika salah satu daripada
perkara tersebut itu tidak suci daripada najis maka solatnya
dianggap tidak sah. Oleh itu menjadi suatu kewajipan bagi setiap
muslim memastikan setiap perkara tersebut suci daripada najis.

7
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Dalam melaksanakan ibadah solat, kita dianjurkan untuk memilih


pakaian yang bersesuaian agar solat kita dapat dilaksanakan
dengan lebih sempurna.

1.1.5 Memelihara ketertiban

Menurut kitab Hidayatus Sibyan rukun solat itu tiga belas perkara
iaitu:

a) Niat dengan hati


b) Takbiratul ihram
c) Berdiri betul
d) Membaca Surah al-Fatihah
e) Rukuk
f) Iktidal
g) Sujud
h) Duduk antara dua sujud
i) Membaca tahiyat akhir
j) Selawat atas nabi pada tahiyyat akhir
k) Duduk bagi tahiyyat akhir
l) Memberi salam
m) Tertib pada kebanyakan rukun tersebut

Yang dimaksudkan dengan ketertiban adalah melaksanakan segala


rukun solat yang disebutkan di atas berdasarkan aturannya.

8
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

1.2 TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN

Al-Quran ialah kalam Tuhan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan Malaikat Jibril AS bermula dari Surah al-Fatihah hingga akhir
Surah an-Nas. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada
Rasulullah SAW selama 23 tahun.

Terdapat banyak hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Nabi SAW yang
menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran, antara hadis-hadis itu
adalah :

a) Abdullah ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW


telah bersabda :

َ‫َوالَسَنَةََبَعَشرََأَمثَاْلَاَلَأَقَولََأمل‬,
َ ًَ‫مَنَقََرأََحَرَفًاَمَنَكَتَابََاهللَفَلَهََبَهََحَسَنَ َة‬

َ‫رفَومَيمَحرف‬
َ َ‫رفَولَمَح‬
َ َ‫أَلَفَح‬

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-


Quran dia akan memperoleh satu kebaikan dan ia akan
digandakan menjadi sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan
alif lam mim satu huruf tetapi alif satu huruf lam satu huruf dan
mim satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi dan Darimi)

b) Abu Said Al-Khudri pula menyatakan hadis Nabi SAW, Allah SWT
telah berfirman :

ََ‫َمن َشغله َالقرآن َعن َذكري َ َ َوعنَمسألِت َأعطيته َأفضَل‬:‫يقولَالربَعزَوجل‬

َ‫يَالسائلْيَوفضلَكالمَاهللَعلىَسائرَالكالمَكفضلَاهللَعلىَخلقه‬
َّ ‫ماَأعط‬

9
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya : ’”sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan al-


Quran dan mengingati-Ku dalam ujian yang aku berikan
kepadanya, Aku akan memberikan kepadanya sebaik-baik apa
yang dipohon oleh pemohon-pemohon doa. Kelebihan kata-
kata Allah SWT atas kata-kata yang lain adalah ibarat kelebihan
Allah atas ciptaan-Nya”. (Riwayat Tirmizi)

c) Ibn Abbas melaporkan, Rasulullah SAW bersabda :

َ‫إ َّنَالَّذيَليسَِفَجوفهَشيءَمنَالقرآنَكالب يتَاْلرب‬


Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam
tubuhnya sesuatu daripada Al-Quran adalah ibarat sebuah
rumah yang runtuh”.
(Riwayat Tirmizi)

d) Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabi SAW telah bersabda :

ََ‫َالدنَيَاَفَإَ ََّن َمَنََزلَك‬


َُّ َ‫يَقَالَ َلَصَاحَبَ َالَقََرآنَاقََرأَ ََوَارتَقَ ََوَرَتِّلَََكَمَاَكَنَتَ َتََرَتِّلَ َِف‬

َ َ‫عَنَدََآخَرََآيَ ٍَةَتَقََرَؤهَا‬
Maksudnya : “Dikatakan kepada pembaca al-Quran, ‘Bacalah
al-Quran dengan baik (bertajwid) dan tingkatkan kedudukan
kamu. Sebagaimana kamu membaca al-Quran dengan baik di
dunia, kedudukan kamu di akhirat adalah berdasarkan sebanyak
mana ayat al-Quran yang kamu baca.”
[Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Nasaie]

Terdapat banyak lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan


membaca al-Quran. Oleh itu membaca al-Quran merupakan amalan yang
sangat dituntut di dalam Islam tambahan pula bagi seorang pelajar.
Membaca al-Quran boleh menerangkan hati seseorang. Ini akan
memudahkannya menuntut ilmu.

10
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Tadarus pula adalah amalan membaca al-Quran secara berkumpulan.


Bertadarus dapat menjaga daripada berlaku kesalahan-kesalahan dalam
membaca al-Quran. Hal ini kerana ketika bertadarus ahli kumpulan akan
sama-sama menyemak bacaan antara satu sama lain. Ini boleh
mengelakkan dari berlakunya kesalahan.

1.2.1 Membaca al-Quran setiap hari

Berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan tadi maka seeloknya


al-Quran dibaca setiap hari. Seorang pelajar sepatutnya menyusun
jadual bacaan al-Quran sehingga dapat mengkhatam keseluruhan
al-Quran dalam masa yang telah ditetapkan.

Kita perlu memelihara bacaan al-Quran dan memperbanyakkan


bacaan. Para sahabat mempunyai rutin yang berbeza dalam
mengkhatamkan al-Quran. Ibnu Abu Daud meriwayatkan bahawa
sebahagian daripada para sahabat mengkhatamkan al-Quran dua
bulan sekali, sebahagian daripada mereka sebulan sekali,
sebahagiannya setiap 10 malam dengan sekali khatam.

Sebagai seorang pelajar, disarankan untuk membaca al-Quran


sehingga khatam berulang kali ketika di bangku sekolah lagi. Ini
kerana, pelajar mempunyai kelapangan masa atau ruang masa
yang lebih banyak. Jadi, pelajar harus mengambil peluang yang
ada untuk mencapai tuntutan tersebut.

1.2.2 Hafaz ayat-ayat lazim

Ayat-ayat lazim yang dimaksudkan di sini ialah surah-surah berikut :

1. Surah Adh-Dhuha 12. Surah Al-Humazah


2. Surah Asy-Syarh 13. Surah Al-Fil
3. Surah At-Tin 14. Surah Quraish
4. Surah Al-‘Alaq 15. Surah Al-Ma’un
5. Surah Al-Qadr 16. Surah Al-Kauthar

11
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

6. Surah Al-Bayyinah 17. Surah Al-Kafirun


7. Surah Al-Zalzalah 18. Surah An-Nasr
8. Surah Al-‘Adiyat 19. Surah Al-Masad
9. Surah Al-Qariah 20. Surah Al-Ikhlas
10. Surah At-Takathur 21. Surah Al-Falaq
11. Surah Al-‘Asr 22. Surah An-Nas

Seharusnya bagi setiap pelajar untuk menghafaz surah-surah ini di


dada masing-masing.

1.2.3 Memelihara hukum tajwid

Hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardhu ain.


Manakala mengetahui hukum-hukum tajwid secara teori adalah
fardhu kifayah.
Firman Allah SWT :

‫ﱒﱓﱔ ﱕ‬

Maksudnya : “Bacalah al-quran secara tartil”.


(Al-Muzammil : 4)

Saidina Ali ketika ditanya tentang makna tartil, beliau menjawab


bahawa tartil itu adalah membaca secara bertajwid dan
mengetahui tempat berhenti.

Oleh itu menjadi suatu kewajipan bagi setiap muslim terutamanya


pelajar untuk mempelajari membaca al-Quran secara bertajwid.

1.2.4 Meneliti tafsiran ayat

Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca sahaja malah


tujuan utamanya adalah untuk diamalkan dalam kehidupan.
Lantaran itu ayat-ayat al-Quran itu perlu difahami agar kita dapat
mengamalkannya. Kefahaman terhadap al-Quran menuntut kita
agar meneliti tafsiran yang bertepatan dengan kehendakNya.

12
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Pelajar hendaklah meneliti maksud dan kehendak ayat-ayat yang


dibaca. Bagi memastikan tafsiran itu benar maka pelajar disarankan
merujuk kitab tafsir berikut :

1. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman


2. Tafsir Al-Azhar

1.2.5 Tadabbur Makna

Tadabbur menurut bahasa : tadabbur berasal dari perkataan

bahasa Arab :ََ‫َدبَّره‬:َ‫ تدبَّرَالمرَوََفيه‬ertinya : mengurus dan merenungkan

kesudahan urusan itu.


Tadabbur menurut istilah : terdapat beberapa definisi tadabbur oleh
ulamak , di antaranya ialah :
al-Syaikh Ibnu Katsir mendefinisikan tadabbur sebagai berikut :
Tadabbur ialah memahami makna lafaz-lafaz al-Quran, memikirkan
serta memahami isi ayat-ayat al-Quran, dari segala petanda dan
peringatan yang tersirat dalam lafaz al-Quran, secara tidak langsung
hati mudah untuk menerima nasihat dan patuh terhadap perintah-
perintahNya, serta pengambilan pengajaran daripada al-Quran.

13
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

1.3 AMALAN ZIKIR DAN DOA BERTERUSAN

Zikir dan doa merupakan amalan utama dalam setiap ibadah. Seorang
muslim mesti menjadikan amalan zikir dan doa sebagai suatu amalan yang
berterusan dan sebati dengan kehidupan seharian.

Di dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, kita kadangkala terasa


payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa bahawa
Allah SWT sentiasa berada di samping kita dan telah berjanji akan
memudahkan hidup kita jika kita meminta daripadaNya.

Firman Allah SWT :

‫ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ‬

‫ﱘﱙﱚﱛ‬

Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya


akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam
dalam keadaan hina dina". (al-Ghafir: 60)

Oleh itu, setiap muslim hendaklah melazimi doa-doa harian seperti yang
diajar oleh para ulama terdahulu. Wirid selepas solat, himpunan doa harian
seperti ma’thurat dan amalan doa harian yang telah dibukukan
sewajarnya dihafaz, diamalkan dan difahami maknanya.

1.3.1 Membaca wirid selepas solat

Rujuk lampiran 1

1.3.2 Berdoa setiap lepas solat

Rujuk lampiran 1

1.3.3 Membaca doa dalam setiap amalan harian

Rujuk lampiran 2

14
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

1.3.4 Memahami kandungan doa

Rujuk lampiran 2

1.3.5 Mengamalkan adab-adab berdoa dan zikir

Islam merupakan agama yang mementingkan adab-adab dalam


segenap tindakan kita. Dalam melaksanakan doa dan zikir kita tidak
terlepas dari menjaga adab-adabnya. Berzikir dan berdoa dapat
menyucikan hati yang merupakan tempat pandangan Allah SWT.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda :

ٍ ‫ي َق ل‬
َ‫ب َأشرب هاَنكت َفيه َنكتة‬ ُّ ‫وداَفأ‬
ً ‫وداَع‬
ً ‫ت عرض َالفَت َعلىَالقلوب َكالصري َع‬
ٍ ‫يَق ل‬
َ‫بَأنكرهاَنكتَفيهَنكتةَب يضاءَح ََّّتَتصريَعلىَق لب ْيَعلَىَأب يض‬ ُّ ‫سوداءَوأ‬

َ‫َالسماواتَوالرضَواآلخرَأسودَمَرب ًّاداَكالكوز‬
َّ ‫َالصفاَفالََتضُّرهَفت نةَمَاَدامت‬
َّ ‫مثل‬

.َ‫ُم ِّخيًاَلََي عرفَمعروفًاَولََي نكرَمنكًراَإ َلََّماَأشربَمنَهواه‬


Maksudnya : “Fitnah-fitnah akan mengenai hati seperti tikar yang
dianyam sebatang-sebatang. Maka mana -mana hati yang
dimasuki fitnah akan tertitik dengan titik hitam dan mana-mana hati
yang menolaknya (fitnah) akan tertitik dengan titik putih hinggalah
menjadi dua hati. Pertama : Putih seperti batu licin ia tidak mudah di
mudharati oleh fitnah selama ada langit dan bumi. Kedua: Hitam
kelabu seperti kendi yang mengalir airnya tidak mengenali mana
yang baik dan yang mungkar kecuali sesuai dengan nafsunya.”
(Muttafaqun ‘alaih)

Berdasarkan kepada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa hati


tidak terlepas daripada kekotoran yang memerlukan penyucian
sebagai persiapan untuk berdepan malaikat Munkar dan Nakir di
alam barzakh nanti. Di antara cara dan amalan yang menyucikan
hati ialah dengan zikrullah.

15
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Hati adalah permulaan bagi segala amalan. Oleh itu hati kita
sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang kita
lakukan, kerana setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap
dosa akan memberi satu titik hitam dalam hati.

Zikrullah atau berzikir kepada Allah bermaksud mengingati dan


menyebut nama Allah. Perbuatan atau amalan ini akan
menyebabkan hati lunak dan jiwa tunduk terhadap kebesaran Allah
yang kita sembah.

Firman Allah SWT :

‫ﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬

Maksudnya : Ingatlah kamu kepada-Ku niscaya aku ingat (pula)


kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu
mengingkari (nikmat)-Ku.
(Al-Baqarah : 152)

Rasulullah SAW juga bersabda :

ََّ َ‫َحَبَيَبَتَانََإََل‬,ََ‫َثَقَيَلَتَانََفََامَ يََزان‬,ََ‫كَلَمَتَانََخَفَيفَتَانََعَلَىَالَلِّسَان‬


ََ‫َسَبَحَان‬,ََ‫َالرحَن‬

.َ‫اهللَََوحبمدهَسبحانَاهللَالعظيم‬
Maksudnya : “Dua kalimah yang ringan di lidah tetapi berat dalam
neraca timbangan serta disukai Allah, Maha suci Allah dan segala
puji bagi Allah Yang Maha Agung”.
(Riwayat Bukhari)

a) Adab berzikir

1. Membersihkan diri dari segala kekotoran kerana ia memberi


keselesaan dan ketenangan kepada kita untuk berzikir
kepada Allah.

16
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2. Berzikir di tempat yang bersih dan sunyi seperti di masjid, surau


dan lain-lain agar merasa tenang dan khusyuk.
3. Berzikir dilakukan dengan lidah atau hati. Sebaik-baiknya
dilakukan serentak.
4. Berzikir dengan kesedaran hati, menyedari dan memahami
apa yang dilafazkan. Hendaklah kita memahami apa yang
kita zikirkan. Jangan pula lidah berzikir mensyukuru Allah
sedangkan hati sibuk dengan hal-hal keduniaan.
5. Berzikirlah dengan penuh perhatian dan bertadabbur. Zikir
juga hendaklah dilakukan dengan perlahan dan tenang
untuk menghayati maknanya.
6. Janganlah riak dalam melakukan zikir-zikir, seperti hanya
berzikir di tempat yang terbuka dan meninggalkannya
apabila berseorangan.
7. Zikir adalah ibadah yang paling mudah untuk dilakukan
kerana ia tidak mensyaratkan mengadap kiblat, berwudhuk,
berjemaah dan sebagainya.

17
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
‫‪Modul Mutadayyin‬‬ ‫)‪Sahsiah Unggul Murid (SUMUR‬‬

‫‪LAMPIRAN 1 :‬‬
‫ورد سلفس صالة‬
‫أست غفرَاهللَالعظيمََ(‪َََ 3‬كايلَ)‬ ‫‪.1‬‬
‫َ ِّ‬
‫الذيَلَالهَالََّهوَال ّيَالقيّومَواتوبَاليه‪.‬‬
‫َ‬
‫ل َاله َالَّاهلل َوحده َل َشريك َله َله َاملك َو َله َالمدَ َُيي َو َُييت َو َهو َعلىََك ّلَ‬ ‫‪.2‬‬
‫شى ٍءَقدي ر‪ََ10(َ.‬كايل)‬
‫َ‬
‫الّله َّمَأجرناَمنَالنَّارَ(‪ََ10‬كايلَ)‬ ‫‪.3‬‬
‫َ‬
‫السالمَوأدخلناَ‬
‫َالسالمَفحيِّ ناَربَّناَب َّ‬
‫َالسالمَوَإليكَي عود َّ‬
‫َالسالمَومنك َّ‬
‫الّله َّمَأنت َّ‬ ‫‪.4‬‬
‫لسالمَت باركتَربَّناَوَت عاليتَياذاْلاللَوَاإلكرام‪.‬‬
‫اْلنَّةََد َارا َّ‬
‫َ‬

‫أعوذَباهللَمنَالشيطانَالرجيم‬ ‫‪.5‬‬
‫ﱁ ﱂﱃﱄﱅ ﱆﱇﱈﱉ ﱊ ﱋﱌﱍ‬
‫ﱎﱏﱐﱑ ﱒﱓﱔﱕﱖﱗ ﱘ‬
‫ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟﱠﱡ ﱢﱣ‬
‫ﱤ‬
‫َ‬
‫َ‬

‫ﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒﳓ‬ ‫‪.6‬‬

‫ﲓﲔﲕﲖﲗ ﲘﲙﲚﲛﲜﲝ ﲞ ﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥ ﲦﲧﲨﲩ ﲪ‬

‫ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ‬

‫ﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍ‬

‫‪18‬‬
‫‪Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah‬‬
‫‪Modul Mutadayyin‬‬ ‫)‪Sahsiah Unggul Murid (SUMUR‬‬

‫ﱨﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ‬ ‫‪.7‬‬

‫ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄﲅ ﲆ ﲇ‬

‫ﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒ‬

‫َ‬

‫اْليَياَربناَسبحانَاهللَ(‪ََ33‬كايل) سبحانَاهللَوحبمدهَدائماَابداَالمدهللَ‪.‬المدهللَ(‪ََ33‬‬ ‫‪.8‬‬


‫كايل) المدهللَربَالعامْيَعلىَكلَحالَوِفَكلَحالَونعمته َاهللَاكرب‪َ.‬اهللَاكربَ(‪ََ33‬‬
‫كايل) اهللَاكربَكبرياَ‪َ,‬والمدهللَكثريا‪َ,‬وسبحانَاهللَبكرةَوأصيال‪َ,‬لَإلهَالَاهللَوحدهَلَ‬
‫شريكَلهَ‪َ,‬لهَاملكَولهَالمدَوهوَعلىَكلَشىءَقدير‪َ,‬ولَحولَولَقوةَإلَباهللَالعليَ‬
‫العظيم‪ .‬أستغفراهللَالعظبمَ(‪ََ3‬كايل)‬
‫َ‬
‫دعاء سلفس صالة‬

‫السالم َعلى َسيِّدناَُم ّم ٍد َأشرف َامرسلْي‪َ,‬وعلى َألَه َوَ‬


‫الصالة َو َّ‬ ‫المد َللَّه َر ّ‬
‫ب َالعالمْي‪َ,‬و ّ‬
‫صحبهَأَجعْي‪َ.‬اللَّه َّمَأحيي ناَباإلُيانَ‪َ,‬وأمت ناَبَاإلَُيانَ‪َ,‬وأدخلناَاْلنَّةَمعَاإلُيَان‪َ.‬اللَّه َّمَإنَّاَ‬
‫ن عوذبك َمن َاْل ِّم َو َالزن‪َ ,‬ون عوذ َبك َمن َالعجز َو َالكسلَ‪َ َ ،‬ون عوذ َبك َمن َاْلْب َوَ‬
‫َالرجال‪َ.‬اللَّه َّم َارزق ناَمتاب عة َالن َّ‬
‫َّب َصلّىَاهلل َعليهَ‬ ‫البخل‪َ,‬ون عوذبك َمن َغلبة َالدَّين َو َق هر ِّ‬
‫وسلَّمَأ َّولًَوَأخًراَوَظاهًراَوَباطنًاَوَق َو َلًَوَفعَ َ‬
‫الًَوَعبادةًَ وعمَالًَصالًا‪َ .‬‬
‫َ‬

‫اللَّه َّمَاغفرلناَذن وب ناَوَلوالدي ناَوارحهماَكماَربَّياناَصغ ًارا اللَّه َّمَاختمَلناَحبسنَاْلاِتةَو َلََ‬


‫َتتم َعلي ناَبسوء َاْلاِتة‪َ,‬ربَّناَلَ َتزغ َق لوب ناَب عد َإذهدي ت ناَو َهب َلناَمنَلَّدنك َرحةً َإنَّكَ‬
‫أنت َالوَّهاب‪َ,‬ربَّناَآتناَِف َالدُّن ياَحسنةً َوِفَ َاآلخرة َحسنةً َو َقناَعذاب َالنَّار‪َ,‬وصلّىَاهللَ‬
‫علىَسيِّدناَُم َّم ٍدَوَعلىَآلهَوَصحبهَوَسلِّم‪َ,‬والمدَللّهَر ِّ‬
‫بَالعالمْيَ‪.‬‬

‫‪19‬‬
‫‪Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah‬‬
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat
sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia
pesuruh-Nya,begitu juga ke atas keluarganya dan sekelian sahabatnya. Ya
Allah! Hidupkanlah kami dalam keimanan. Matikanlah kami dalam
keimanan, dan masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya
Allah! Kami berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan.
Kami mohon perlindungan-Mu daripada kelemahan dan kemalasaan,
daripada perasaan takut dan kedekut, dan daripada desakan berhutang
dan paksaan orang.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh untuk


mengikut jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW permulaan,
penghabisan, zahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya
dan amal baktinya. Ya Allah! Ampunilah dosa dan kesalahan kami dan dosa
kedua ibubapa kami, rahmatilah kedua-duanya sepertimana mereka
merasai belas kasihan tatkala mereka memelihara kami sejak kecil. Ya Allah!
Akhirkanlah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah
Engkau akhiri hidup kami dengan kesudahan yang buruk. Ya Allah! Jangan
Engkau cabutkan hati-hati kami dari keimanan kepada-Mu sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami. Anugerahkanlah kepada kami rahmat,
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah
kami akan kebaikan di atas dunia dan kebaikan di akhirat kelak dan jauhilah
kami dari azab neraka.”

20
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

LAMPIRAN 2 :
DOA HARIAN

1. Doa ketika bangun tidur


َ‫الَمدَ للّهَالَّذيَأحياناَب عدَماَأمات ناَوإليهَالنُّشور‬
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan
kami dan kepadaNya kami akan kembali.”

2. Doa ketika memakai pakaian

ٍ‫المدَلََلَّهَالَّذيَكساِنَهذاَالثَّوبَورزقنيهَمنَغريَحوٍلَم ِِّّنَولَ ق َّوَة‬


"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan
memberi rezeki kepada ku tanpa daya dan kekuatan dariku".

3. Doa menanggalkan pakaian

ِّ َّ‫بسمَالل‬
َ‫هَالذيَلَإلهَإلََّهو‬
“Dengan nama Allah yang Tiada Tuhan kecuali Dia”

4. Doa ketika masuk tandas


‫َاللهمَإِنَأعوذبكَمنَاْلبثَواْلبائث‬،َ‫بسمَاهلل‬
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada
syaitan jantan dan syaitan betina".

5. Doa ketika keluar tandas

َ َ‫غفرانكَالمدَلَلّهَالَّذيَأذهبَع ِِّّنَالذىَوعاف اِن‬


“Aku memohon ampun darimu YaAllah, Segala puji bagimu Ya Allah
yang telah menghilangkan penyakit daripadaku dan telah
meng’afiatkan daku”

6. Bacaan selepas berwudhu'

َ‫أشهدَأنَلََإلهَإ َلََّاهللَوحدهَلََشريكَلهَوأشهَدَأ َّنَُم َّم ًداَعبدهَورسوله‬


“Aku mengaku bahawasanya tiadaTuhan yang berhak disembah
melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku
mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan
pesuruhNya.”

21
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

7. Doa ketika keluar rumah

َ‫بسمَاهللَت وَّكلتَعلىَاهللَولَحولَولََق َّوةَإ َلََّباهلل‬


“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya
serta upaya kecuali dengan keizinan Allah”.

8. Doa ketika memasuki rumah

‫َوعلىَاهللَربِّناَت وَّكلنا‬،َ‫َبسمَاهللَخرجنا‬،َ‫بسمَاهللَوْلنا‬
“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami
keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.”

9. Doa ketika masuk masjid

َ‫اللَّه َّمَاف تحَيلَأب وابَرحتك‬


“Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu”.

10. Doa ketika keluar masjid

َ‫اللّه َّمَإ ِّنَأسألكَمنَفضلك‬


“Ya Allah,aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu.”

11. Doa ketika menziarahi orang sakit

َ‫بَالعرشَالعظيمَأنَيشفيك‬
َّ ‫أسألَاهللَالعظيمَر‬
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang
agung, supaya menyembuhkan engkau”

12. Doa untuk memudahkan sebarang urusan

َ ‫اللَّه َّمَلَسهلَإ َلََّماَجعلتهَسهالَوأنتََتعلَالزنَإذاَشئتَسه‬


َ ً‫ال‬
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau
permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya
Engkau kehendak”.

13. Doa ketika ditimpa bencana

ُّ ‫ َلَ َإله َإ َلَّ َاللَّه َر‬،‫ب َالعرش َالعظيم‬


َ‫ب‬ ُّ ‫ َلَ َإله َإ َلَّ َاللَّه َر‬،‫ل َإله َإ َلَّ َاللَّه َالعظيم َالليم‬
َ‫بَالعرشَالكري‬
ُّ ‫َور‬،‫بَالرض‬
ُّ ‫َور‬،‫السموات‬
َّ

22
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Mutadayyin Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha


Agung lagi Maha Lemah Lembut.Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy
yang mulia.”

14. Doa solat Istikharah

َ‫ َوأسألك َمن َفضلك َالعظيم َفإنَّك‬،َ ‫ َوأست قدرك َبقدرتك‬،َ ‫َإِن َأستخريك َبعلمك‬ ِّ ‫اللَّه َّم‬
َ‫ َاللَّه َّم َإن َكنت َت علم َأ َّن َهذا‬،َ ‫ َوأنت َعالم َالغيوب‬،َ ‫ َوت علم َولَأعلم‬،َ ‫ت قدر َولَأقدر‬
ََ‫َوإن‬،َ ‫المر َخي ر َيل َِف َديِّن َومعاشيَوعاقبَة َأمريَفاقدره َيل َوي ِّسره َيل َُثََّبارك َيل َفيه‬
َ‫ َفاصرفه َع ِِّّن َواصرفِّن‬،َ ‫كنت َت علم َأ َّن َهذاَالمر َشٌّر َيل َِف َديِّن َومعاشيَوعاقبة َأمري‬
َ َ‫عنهَواقدرَيلَاْلي رَحيثَكانَُثََّارضِّنََبه‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-


Mu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan
aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaan-Mu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah,
seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik
bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada
cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta
berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa
urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku
dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah
aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang
keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

23
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2.0 BERBUDI BAHASA


Berbudi bahasa merangkumi beberapa aspek yang penting untuk dilaksanakan.
Antaranya ialah hormat-menghormati, tolong-menolong, mengenang budi dan
menghargai antara satu sama lain serta menggunakan laras bahasa yang baik.

2.1 HORMAT-MENGHORMATI
Hormat-menghormati bagi seseorang muslim itu boleh dilakukan dalam
beberapa cara, antaranya:

2.1.1 Memberi salam


Salam bermaksud mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan ke
atas seseorang muslim sama ada yang dikenali atau yang tidak
dikenali. Ucapan salam di dalam Islam membawa maksud tersendiri
bagi membezakan masyarakat Islam dengan bukan Islam. Ucapan
salam ini merupakan kalimah penghormatan dalam Islam yang
sangat unik, menarik dan tersendiri. Perbuatan berbalas-balas salam
ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan
salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim
hukumnya sunat manakala orang yang menerima salam wajib
menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika


bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk
memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada
bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.

Sabda Rasulullah SAW:

‫لسالَم‬
َّ ‫ َوأ َْْبَلُ النَّاسُ َم ُْن َْب َُل با‬, ُ‫ُّعاء‬
َ ‫أ َْع َجزُ النّاسُ َم ُْن َع َجَُز فُ الد‬

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah ra katanya: “Selemah-lemah manusia


ialah orang yang lemah dalam berdoa dan sebakhil-bakhil manusia
ialah orang yang bakhil memberi salam.”

24
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang tidak suka memberi


salam tergolong dalam golongan bakhil. Islam telah menyarankan
beberapa adab dalam memberi salam seperti yang terkandung
dalam hadis nabi.

Sabda Rasulullah SAW:

ُ‫ َُوالْ َقليلُ َعلَى الْ َكث ْي‬,ُ‫ َواملاَشي َعلَى الْقاَعد‬, ‫لى املاَشي‬ َّ ُ‫ي َسلِّم‬
َُ ‫الراكبُ َع‬
ْ
Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: “Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang
yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada yang duduk dan
kumpulan sedikit kepada yang ramai.”

ADAB-ADAB MEMBERI SALAM

Keadaan-keadaan yang disunatkan memberi salam:


a. Bertemu antara dua saudara sesama Islam
b. Masuk ke dalam sesuatu majlis
c. Keluar dari majlis ilmu atau berpisah
d. Masuk ke dalam rumah sendiri atau masjid
e. Memulakan percakapan
f. Menziarahi dan melintasi kawasan perkuburan

Keadaan-keadaan yang tidak digalakkan memberi salam:


a. Sewaktu berada dalam tandas
b. Memberi salam kepada orang yang solat
c. Ketika azan dan solat
d. Ketika membaca al-Quran
e. Semasa khatib membaca khutbah
f. Ketika sedang makan dan makanan berada di dalam mulut
g. Berada di tempat maksiat

25
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Hukum menjawab salam:


a. Hukum menjawab salam adalah wajib.
b. Tidak wajib menjawab salam bagi orang yang bukan Islam.

Hikmah memberi salam:


a. Membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam.
b. Melembutkan hati.
c. Mengukuhkan perpaduan dan membentuk keluarga
penyayang.
d. Melenyapkan perasaan dengki dan sombong.
e. Merapatkan hubungan persaudaraan.
f. Mendapat ganjaran pahala.

2.1.2 Mengutamakan orang yang lebih dewasa

ُ‫َم ُْن َُل يَ ْر َح ُْم َُل ي ْر َح ْم‬


Maksudnya: Daripada Abu hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda: “Barang siapa yang tidak menghormati orang lain ia akan
tidak akan dihormati.”

‫صغْي َرنَا َويوق ُْر َكبْي َرنَا َويَأْم ُْر بالْ َم ْعروفُ َويَْنُهَ َعن الْمْن َكر‬
َ ‫س منَّا َم ُْن َُلْ يَ ْر َح ُْم‬
َُ ‫لَْي‬
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata: Sabda Nabi SAW:
“Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi
orang muda dan tidak menghormati orang yang lebih tua. Dan
hendaklah ia mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah
perkara kemungkaran.”

Hadis-hadis di atas dengan jelas telah memberikan pengertian


kepada umatnya tentang memberi keutamaan kepada orang yang
lebih dewasa. Ini menunjukkan kepada kita perbuatan tersebut
adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Bagi sesiapa yang tidak

26
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

menghormati mereka yang lebih dewasa bererti tidak mengikuti


sunnah Nabi SAW.

Di antara contoh adab-adab yang perlu diamalkan terhadap orang


yang lebih tua ialah:
a. Menempatkannya di tempat yang layak ketika di dalam majlis.
b. Menyambut kedatangannya dengan ucapan yang baik.
c. Berusaha tidak duduk di tempat yang lebih tinggi daripada
tempat duduknya.
d. Tidak menghalakan kaki di hadapannya.
e. Mendengar apabila beliau sedang berbicara.
f. Tidak memintas ucapannya ketika sedang berbicara.
g. Memanggilnya dengan panggilan yang terhormat yang sesuai
dengan kedudukan beliau seperti pakcik, ustaz, doktor, profesor
dan lain-lain.
h. Mendahulukannya ketika makan, minum dan lain-lain.
i. Lebih dahulu mengucapkan salam, menyapa dan berjabat
tangan.

Setiap muslim hendaklah tidak mengambil mudah dan hendaklah


memberi perhatian perkara ini. Mereka hendaklah menyedari bahawa
menghormati orang lain terutama yang lebih tua amat dituntut oleh
Islam.

2.1.3 Berdiri ketika bercakap dengan orang dewasa

Dalam pergaulan sosial, kita dituntut untuk menyanjung tinggi hak dan
kewajipan masing-masing termasuk dalam pergaulan dengan orang
yang lebih tinggi atau lebih tua daripada kita. Orang yang lebih tinggi
dari kita, dapat dikategorikan menjadi 3 bahagian iaitu:
a. Orang yang umurnya lebih tua atau sudah tua.
b. Orang yang ilmu, wawasan dan pemikirannya lebih tinggi
walaupun umurnya lebih muda.

27
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

c. Orang yang harta dan kedudukannya lebih tinggi dan lebih


banyak.

Dalam pergaulan sosial, kita hendaklah bersikap toleransi,


menghormati dan mendengar pendapat mereka serta wajib
mengingatkan jika mereka keliru atau melakukan kesalahan dengan
cara yang lebih baik. Sehubungan itu, kita juga dilarang
mengagungkan mereka secara berlebihan seperti terlalu hormat dan
patuh sekalipun mereka melanggar hukum syarak. Perkara ini tidak
dibenarkan kerana seseorang yang paling mulia di antara kita bukan
bukan dinilai melalui umur, ilmu, pangkat, harta dan kedudukannya
tetapi kerana kualiti takwanya kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ل اَْم َوالك ُْم َولَك ُْن يَْنظرُ ا َل‬


َُ ‫ل اَ ْح َسابك ُْم َو ُلَ ا‬
َُ ‫ل ص َورك ُْم َو ُلَ إ‬
َُ ‫ال لَيَْنظرُ إ‬ ُ ‫إ َُّن‬
َُ ‫اللَ تَ َع‬

ُ‫ق ل ْوبك ُْم َواَ ْع َمالك ْم‬


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT. tidak melihat rohmu,
kedudukan dan harta kekayaanmu tetapi Allah melihat apa yang
ada dalam hatimu dan amal perbuatanmu”. (Riwayat Thabrani)

Oleh itu kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lebih


dewasa dan sentiasa berdiri ketika berbicara semasa berhadapan
dengan mereka.

2.1.4 Berlapang dada dengan perbezaan pendapat

Sifat berlapang dada merupakan salah satu nikmat dari Allah SWT
kepada hamba-hambanya yang muslim. Sifat yang mana Allah SWT
jadikan hatinya bersih dari permusuhan dan kebencian, jernih dari
dengki dan hasad, bebas dari muslihat dan pengkhianatan dan tidak

28
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

wujud di hatinya melainkan kecintaan dan rasa kasih sayang kepada


saudaranya sesama Islam.

Dengan sifat-sifat tersebut darjatnya ditinggikan dan kedudukannya


dimuliakan di dalam hati orang lain. Semua ini adalah sifat-sifat yang
sangat mulia yang tidak akan sanggup disandang melainkan mereka
yang memiliki kejujuran dan keikhlasan dan tidak ada yang akan
dapat mencapai dasar kedalamannya kecuali mereka yang
bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu.

Selagi mana seseorang itu memiliki hati yang bersih dan sihat, nescaya
orang lain akan menyatakan kemaafan kepadanya atas kesalahan
yang telah dilakukan.

Bahkan kesalahan dan keburukan yang telah dilakukan terhadapnya


di balas dengan kebaikan sebagaimana petunjuk yang diberikan oleh
Allah SWT melalui firman-Nya:

‫ﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀ ﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉ‬

‫ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ‬

Maksudnya: “Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang


jahat. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka
tiba-tiba antara kamu dan dia ada permusuhan jadikan seolah-olah ia
adalah teman yang sangat setia “Sifat-sifat yang baik itu tidak
dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak
dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai
keberuntungan yang besar.” (Fushilat : 34 & 35)

Allah SWT juga berfirman:

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔ‬

‫ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜﱝ ﱞ‬

29
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan


manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.
Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk
itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya)
telah ditetapkan: Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka
Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.”

Di sini Allah SWT menyatakan bahawa Allah SWT mampu untuk


membuat umat yang satu iaitu beriman semuanya atau kafir semuanya
tetapi Allah SWT tidak melakukan sedemikian kerana Allah telah
menyediakan Syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepadanya
dan azab Neraka bagi mereka yang tidak beriman dan ingkar dengan
perintah Allah SWT.

Ini akan menimbulkan warna-warna kehidupan sesama manusia di


dalam mencari kebenaran menuju Allah terutamanya di antara umat
Islam. Umat Islam mestilah bijak di dalam menangani masalah
perbezaan pendapat dengan berpandukan kepada dalil-dalil Syarak
tanpa berlaku perpecahan dikalangannya.

Oleh itu sekiranya berlaku perbezaan pendapat di dalam apa aspek


sekalipun seorang muslim itu hendaklah bersifat berlapang dada dan
menerima pendapat selagi mana tidak bertentangan dengan syarak di
dalam mengatasi sesuatu permasalahan.

2.1.5 Menerima kekurangan dan kelebihan orang lain tanpa syarat

Sebagai orang yang beriman kita hendaklah menerima kekurangan


yang ada pada kita dan juga menerima kelebihan yang ada pada
orang lain.Ini adalah kerana manusia itu tidak sunyi daripada keadaan
lupa dan melakukan kesilapan.Nabi SAW juga pernah bersabda:

ُ‫است ْكرهوا َعلَْيه‬


ْ ‫ِّسيَان َوَما‬
ْ ‫إ َُن الل ََتَ َاوَُز َع ُْن أ َّمتُ اخلَطَأ َوالن‬

30
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT melewati


had terhadap umatku yang tersalah ,lupa dan orang yang terpaksa
(dipaksa).”

‫و َعنُ الْ َم ْجنون‬،


َ‫ظ‬ َ ‫ّت يَ ْستَ ْيق‬
َُّ ‫و َعنُ النَّائمُ َح‬،
َ ‫ّت يَ ْكِب‬
َُّ ‫الصغ ُْي َح‬
َّ ُ‫ َعن‬:ُ ُ‫‏رف َُع اْل َقلَمُ َع ُْن ثََالث‬

.ُ ‫يق‬
َُ ‫ّت يَف‬
َُّ ‫َح‬
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah ra telah berkata: telah bersabda
Rasulullah SAW.Terangkat catatan itu terhadap tiga golongan: 1)
terhadap anak kecil sehingga ia baligh, 2) Terhadap orang yang tidur
sehingga ia terjaga, 3) Dan Orang yang gila sehingga ia sedar.”

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT


memberi kelonggaran terhadap beberapa golongan daripada apa-
apa catatan seperti orang yang lupa, tersalah, orang gila dan orang
yang tertidur. Allah SWT telah memberi keampunan terhadap
golongan-golangan itu sekiranya tidak menunaikan tuntutan syarak
dengan sebab perkara tersebut.

Oleh itu sebagai seorang manusia kita tidak sunyi daripada perkara-
perkara tersebut yang akan menyebabkan kita akan mempunyai
kelebihan dan kekurangan. Di dalam konteks sebagai seorang pelajar
kita juga mempunyai kelebihan dan kekurangan dan kita hendaklah
menerima kekurangan kita dengan bertanya kepada orang lebih
mengetahui dan membantu orang lain dengan kelebihan yang kita
ada.

‫ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎﱏ ﱐ ﱑ‬

Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada orang mengetahui


sekiranya kamu tidak mengetahui.”

31
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2.2 TOLONG-MENOLONG

Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita.


Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza,
kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja
kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan.

Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Untuk
mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi
sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain. Jadi
antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama
manusia ialah tolong-menolong.

2.2.1 Memberi pertolongan tanpa diminta

Allah SWT berfirman:

‫ﲼ ﲽ ﲾ ﲿﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅﳆ ﳇ ﳈﳉ ﳊ ﳋ ﳌ‬

‫ﳍﳎ‬

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)


kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (al-Maidah : 2)

Di dalam ayat ini Allah SWT telah memerintah kepada umat Islam
saling tolong-menolong di dalam perkara kebaikan iaitu takwa dan
tidak memberi pertolangan di dalam perkara yang membawa
keburukan iaitu kemungkaran. Beerti selagi mana sesuatu perkara
tersebut yang tidak berlawananan dengan hukum syarak maka
hendaklah seseorang muslim sentiasa menghulurkan pertolongan
kepada mereka yang memerlukan samada diminta ataupun tidak.

32
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Dalam sejarah Islam sikap tolong menolong dapat kita ambil teladan
daripada para sahabat. Ketika kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah,
kaum Ansar memperlihatkan sikap bantu-membantu yang luar biasa
terhadap saudara mereka daripada kalangan kaum Muhajirin. Abdul
Rahman bin Auf yang tidak mempunyai sebarang harta lagi
bersaudara dengan seorang daripada kaum Ansar iaitu Sa'ad bin
Rabi'. Sa'ad menawarkan untuk membahagikan separuh daripada
hartanya kepada Abdul Rahman tetapi ditolak cuma hanya meminta
ditunjukkan jalan ke pasar. Dari situlah Abdul Rahman mula
berdagang dagangannya.

Dengan keahlian berdagang yang ada padanya dalam tempoh


yang tidak lama beliau kembali menjadi seorang yang berharta dan
mencapai kekayaannya kembali. Pada masa itu tidak ada seorang
muslim pun membiarkan muslim yang lainnya kesusahan, hal ini
tergambar jelas ketika terjadinya hijrah umat muslim Mekkah ke
Madinah, kita tahu bahawa kaum ansor atau Muslim Madinah
menerima dengan baik kedatangan mereka yang beriman dengan
sambutan yang meriah, kemudian memperislahkan segalanya bagi
para muhajirin. Hal ini juga banyak ditegaskan dalam al-Qur’an. Allah
SWT berfirman:

‫ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ‬

‫ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒﲓ ﲔ ﲕ ﲖﲗ ﲘ‬

‫ﲙ ﲚ ﲛﲜ‬

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,


sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian
yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah
dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka
taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

33
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Ayat tersebut menerangkan bahawa setiap muslim adalah sama di


mata Allah SWT kecuali kerana perbuatan mereka dan keimanan serta
ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul.

2.2.2 Ikhlas memberi pertolongan

‫الا غزا يلتمس األجر والذكر‬


ُ ‫أرأيت رج‬: ‫جاء رجل إل النيب صلى الل عليه وسلم فقال‬

‫ يقول‬،‫ل شيء له فأعادها ثالث مرات‬: ‫ما له؟ فقال رسول الل صلى الل عليه وسلم‬

‫ إن الل ل يقبل من العمل إل‬:‫ل شيء له مث قال‬: ‫له رسول الل صلى الل عليه وسلم‬

‫ما كان له خالصُا وابتغي به وجهه‬


Maksudnya: “Daripada Abu Umamah al-Bahili ra berkata: Telah
datang seorang lelaki kepada Nabi: SAW maka ia telah berkata
Adakah kamu melihat seorang lelaki yang telah berperang untuk
mendapat upah dan ia telah menyebut apakah ganjaran daripada
Allah untuknya? Maka Nabi SAW bersabda: Tiada sesuatupun
untuknya.Maka lelaki tersebut mengulanginya sebanyak tiga kali.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya dengan jawapan yang sama:
Tiada sesuatupun untuknya. Kemudian Rasulullah SAW pun bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima amalan seseorang
hamba kecuali adalah amalanya ikhlas dan mencari keredhaan
Allah.”

Allah SWT berfirman:

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇ ﱈﱉﱊﱋﱌ‬

‫ﱍﱎ ﱏ ﱐﱑ ﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘ ﱙ ﱚﱛ‬

‫ﱜﱝ‬

34
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan


hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa
mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang
disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua
kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis
(pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”
(Al Baqarah: 265)

ُ‫ل ق لوبك ُْم َوأ َْع َمالك ْم‬ َُ ‫إ َُّن اللََُّه ل يَْنظرُ إ‬
َُ ‫ل ص َورك ُْم َوأ َْم َوالك ُْم َولَك ُْن يَنْظرُ إ‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A Berkata. Telah bersabda
Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras
rupa kamu tetapi melihat kepada hati-hati (niat) kamu dan amalan-
amalan baik kamu.”

Apabila direnungi pada ayat Allah dan hadis Nabi di atas didapati
semuanya menyentuh tentang keikhlasan di dalam melakukan
pekerjaan yang baik. Kerana Allah SWT tidak akan menerima amalan
yang tidak ikhlas, Allah juga tidak melihat kepada bentuk rupa paras
dan harta yang banyak serta pangkat yang tinggi untuk memberi
ganjaran pahala darinya. Allah akan menganugerahkan ganjaran
pahala yang besar iaitu syurganya kepada sesiapa yang melakukan
sesuatu pekerjaan dengan penuh keikhlasan mencari keredhaan
Allah.

Oleh itu ketika menghulurkan pertolongan hendak kita hulurkan


pertolongan dengan penuh keikhlasan semata-mata mencari
keredhaan Allah bukannya untuk mendapat ganjaran tertentu seperti
nama di mata masyarakat, pangkat serta darjat yang tinggi. Kita
hendaklah mendidik hati kita supaya sentiasa ikhlas dan mencari
keredhaan Allah.

35
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2.2.3 Mengambil Berat Terhadap Orang Sekeliling

‫ َوإ َذا‬،‫ َوإ َذا َد َعاك فَأَجْبه‬،‫إ َذا لَقْيتَهُ فَ َسلِّ ْمُ َعلَْيه‬: ُ‫َح ُّقُ الْم ْسل ُم َعلَى الْم ْسل ُم ست‬

َ ‫ َُو إذاَُ َمر‬،‫سُ فَ َحم َُد اللَّهَُ فَ َس ِّمْته‬


َ‫ َوإذُا‬،‫ضُ فَع ْده‬ َ َ‫ َوإ َذا َعط‬،‫ص ْحه‬
َ ْ‫ص َحك فَان‬
َ ‫استَ ْن‬
ْ
ُ‫ماَت فاتّبَ ْعه‬
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:
“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, yaitu;
jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, jika ia
mengundangmu maka penuhilah undangannya, jika ia meminta
nasihat kepadamu maka berilah ia nasihat, jika ia bersin dan
mengucapkan: ‘Alhamdulillah’ maka doakanlah ia dengan
Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberikan rahmat
kepadamu), jika ia sakit maka jenguklah dan jika ia meninggal dunia
maka iringilah jenazahnya”. (Riwayat Muslim)

‫اْلَنَائزُ َوإ َجابَُة‬


ْ ُ‫الس َالمُ َوعيَ َادةُ الْ َمريضُ َواتِّبَاع‬
َّ ‫ َرُُّد‬: ُ‫َح ُُّق الْم ْسلمُ َعلَى الْم ْسلمُ َخَْس‬

ُ‫َّع َوةُ َوتَ ْشميتُ الْ َعاطس‬


ْ ‫الد‬

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah


mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim atas
muslim lainnya ada lima: Menjawab salam, menjenguk orang sakit,
mengantar jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan yang
bersin.”

Hadis-hadis di atas menyatakan kepada kita tentang sebahagian hak


seseorang muslim terhadap muslim yang lain. Ini menunjukkan kita
mempunyai tanggungjawab terhadap individu yang lain. Oleh itu kita
perlulah mengambil berat terhadap individu dan masyarakat di
sekeliling kita terutamanya sesama Islam demikianlah yang diajar oleh

36
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Rasulullah SAW diantaranya memberi dan menjawab salam,


menziarahi orang sakit, memberi nasihat, mengiringi jenazah dan
pelbagai lagi tanggungjawab kita terhadap masyarakat di sekeliling
yang perlu dilaksanakan. Demikian juga kita didalam konteks
seoarang pelajar, kita juga hendaklah mengambil berat terhadap
kawan-kawan di sekeliling kita dengan pelbagai cara yang boleh
dilakukan.

2.2.4 Memahami dan merasai penderitaan orang lain (empati)

Hubungan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain seperti


sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain.
Banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menyatakan perihal tersebut.

‫الْم ْؤمنُ للْم ْؤمنُ َكالْب ْن يَانُ يَش ُُّد بَ ْعضهُ بَ ْع ا‬


‫ضا‬
Maksudnya: Daripada Abu Musa ra berkata: Telah bersabda
Rasulullah SAW: “Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain
seperti sebuah bangunan, sebagian menguatkan sebahagian yang
lain.”

ُ‫ضو‬
ْ ‫اْلَ َسد؛ إ َذا ا ْشتَ َكى مْن ُه ع‬
ْ ‫ف تَ َو ِّاده ْمُ َوتَ َراُحه ُْم َوتَ َعاطفه ُْم َمثَ ُل‬
ُ ‫ي‬
َُ ‫َمثَ ُل الْم ْؤمن‬

‫الس َهرُ َوا ْْل َّمى‬


َّ ‫اْلَ َسدُ ب‬
ْ ُ‫اعى لَهُ َسائر‬
َ ‫تَ َد‬
Maksudnya: Daripada Nukman bin Bashir telah berkata: Telah
bersabda Rasulullah SAW: “Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap
saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika
satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah
tidur atau merasakan demam.”

ُ‫َصلَ َحه‬
ْ ‫ إذَا َرأَى فْيهُ َعْيبُا أ‬،‫الْم ْؤمنُ مَرآةُ أَخْيه‬

37
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: Abu Hurairah ra berkata: “Seorang mukmin adalah


cermin bagi saudaranya. Jika dia melihat suatu aib pada diri
saudaranya, maka dia memperbaikinya.” (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis-hadis di atas seseorang muslim itu hendaklah


sentiasa saling memahami dan merasai penderitaan orang
terutamanya sesama umat Islam. Sebagai seorang pelajar hendaklah
ia berkongsi dan menghulurkan bantuan kepada rakan taulannya
sekiranya sahabatnya berada di dalam kesusahan. Bukannya
mendekati sahabatnya ketika senang sahaja dan meninggalkannya
ketika susah.

2.2.5 Bersungguh memberi bantuan

Di dalam kita menghulurkan bantuan, pertolongan maka hendaklah


kita membantu dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan
untuk mencari keredhaan Allah .Bukannya untuk mendapat habuan
tertentu seperti nama, pangkat, darjat, wanita dan harta. Rasulullah
SAW pernah bersabda:

ُ‫ل اللَّهُ َوَرسولهُ فَه ْجَرته‬ ُْ َ‫إََّّنَا ْاأل َْع َمالُ بالنِّ يَّةُ َولك ُِّل ْامرئُ َما نَ َوى فَ َم ُْن َكان‬
َُ ‫ت ه ْجَرتهُ إ‬

ْ َ‫ل اللَّهُ َوَرسول ُه َوَم ُْن َكان‬


‫تُ ه ْجَرت ُه لدنْيَا يصيب َها أَوُ ْامَرأَُة يَتَ َزَّوج َها فَه ْجَرتهُ إ َلُ َما‬ َُ ‫إ‬

ُ‫اجَُر إلَْيه‬
َ ‫َه‬
Maksudnya: “Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya,
dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa
yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada
Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia
atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu
sesuai ke mana ia hijrah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

38
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2.3 MENGENANG BUDI

Bak kata pepatah Melayu “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita
merasa.” Pepatah ini sering meniti di bibir ibu dan ayah kita sebagai ingatan dan
pedoman buat kita semua untuk menjalani kehidupan bermasyarakat sama ada di
peringkat sekolah atau pun dalam komuniti yang lebih besar.

2.3.1 Mengucapkan terima kasih

Setiap yang bergelar manusia sudah pasti amat memerlukan bantuan dan
penghargaan daripada masyarakat sekeliling. Sejurus mendapat bantuan,
akan terlafaz satu lafaz keramat “terima kasih”. Amalan menuturkan ucapan
terima kasih amat dituntut apabila menerima sesuatu pemberian. Ini kerana
ucapan terima kasih itu sendiri adalah ucapan tanda seseorang rasa
bahagia menerima sesuatu pemberian. Begitu juga sekiranya dibantu sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Jadi, kriteria pertama dalam
penilaian aspek berbudi bahasa ini adalah mengucapkan terima kasih di
atas sesuatu pemberian dan pertolongan. Ucaplah terima kasih dengan
penuh ikhlas kerana dengan ucapan tersebut akan membuatkan orang lain
akan merasa dihargai. Mengucapkan terima kasih bermakna adanya rasa
syukur seorang hamba kepada Allah SWT atas apa yang diberikan oleh-Nya.

2.3.2 Memberikan tanda ingatan

Apabila tiba tarikh-tarikh penting yang bermakna kepada individu, ramai


yang meraikannya dengan kesyukuran dalam bentuk majlis dan sebagainya.
Di sana ada juga yang memberikan tanda ingatan sempena peristiwa-
peristiwa yang bermakna seperti hari lahir, mendapat kejayaan dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum, kenaikan pangkat dan sebagainya. Apa
yang penting adalah mengikhlaskan niat semasa memberikan pemberian
atau hadiah. Islam memandang aspek ini sebagai suatu yang sangat
membantu dalam mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama umat. Rasulullah
SAW bersabda:

39
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

‫اَُتَآبُّ ْوا‬
َ ‫تَ َهاد ْو‬
“Hendaklah kalian sentiasa memberi hadiah, nescaya kalian akan saling
menyayangi.” (Riwayat Bukhari)

Pemberian tanda ingatan atau hadiah yang tidak seberapa nilainya, juga
memberi makna dan tinggi nilainya kepada penerima. Hal ini dapat
melahirkan sikap kasih sayang antara pelajar selain dapat melatih pelajar
menjadi seorang yang berbudi, ia juga membantu dalam membina peribadi
unggul seorang pelajar yang menghargai orang lain.

2.3.3 Menzahirkan penghormatan

Menghargai budi juga dapat diterjemahkan dengan cara menzahirkan


penghormatan dalam pelakuan atau tindakan. Sebagai hamba, kita dituntut
melahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada pencipta. Rasulullah SAW
sendiri telah mengajar cara menghargai nikmat dengan mengucap tahmid
dan memperbanyakkan amal. Nabi SAW bersabda:

ُ‫ُما‬
َُ ‫ك‬ َُ ‫ُُأَلَْي‬:ُ‫ُُفَقُُْي َُلُُلَه‬،ُُ‫ُُساقَاه‬:
َ َ‫سُُقَ ُْدُ َغ َفَرُاللُل‬ َُ َ‫ُُأَُْوُُق‬.ُ‫تُقَ َُد َُماه‬
َُ ُ‫ال‬ ْ ‫ّتُتَ َوَّرَم‬
َُّ ‫امَُُرسُ ُْولُُاللُُُ َُح‬
َُ َ‫ُق‬

ُ .‫اُشكُُْورا‬ َ ‫الَُُأَكُ ُْون‬


َ ‫ُعْب اد‬ ُ َ‫ُُأَف‬:ُ‫ال‬
َُ َ‫كُ َُوَُماُُتَُأَ َُّخَرُ؟ُُق‬
َُ ‫َّمُم ُْنُذَُنْب‬
َ ‫تَُ َُقد‬
Daripada Anas RA: Rasulullah SAW bangun solat malam sehingga kedua kaki
baginda pecah-pecah. Lalu baginda ditanya : Mengapa engkau melakukan
ini, padahal Allah SWT telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan akan
datang? Baginda SAW menjawab: Apakah aku tidak boleh menjadi hamba
yang banyak bersyukur? (Riwayat Muslim)

Rasulullah sendiri telah menunjukkan qudwah (ikutan) terbaik dalam


menzahirkan penghargaan dalam bentuk perlakuan. Sebagai pelajar,
mengenang budi dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan
perlakuan. Contohnya, pelajar yang ringan tulang sentiasa membantu
meringankan kerja-kerja guru. Tidak membebankan guru dengan

40
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

menimbulkan pelbagai masalah akhlak, tidak meninggikan suara di


hadapan guru serta menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Ini
adalah bukti pelajar menzahirkan penghormatan dalam bentuk tindakan.
Selain itu, membantu pelajar dalam kesusahan seperti kesempitan wang,
ketidakfahaman dalam pelajaran dan sebagainya juga merupakan jalan
kebaikan yang akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang.

2.3.4 Mendengar nasihat dan mematuhi arahan

Mendengar nasihat dan mematuhi sebarang arahan yang ditetapkan akan


membantu pelajar dalam meningkatkan sahsiah hidup. Agama Islam ini
sendiri adalah nasihat, maka apabila ada insan yang menasihati kita, bererti
insan tersebut ingin membantu kita ke arah kebaikan. Dalam Surah al-Asr,
Allah SWT berfirman tentang manusia yang berjaya mencapai kemenangan
dan untung di akhirat kelak. Firman Allah SWT:

‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ‬

‫ﱐﱑ‬

Maksudnya: Demi aasa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian kecuali


orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al-‘Asr : 1-3)

Ternyata disini bahawa memberi nasihat adalah perkara penting dalam


memperbaiki akhlak serta peribadi. Jadi, hargailah ia dengan cara nasihat
tersebut dengan keterbukaan hati serta mematuhi sebarang arahan yang
ditetapkan. Ini semuanya adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang
tinggi budi pekerti.

Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menjadikan amalan nasihat


menasihati ini sebagai kunci kehidupan. Sekiranya sahabat kita melakukan
perkara buruk seperti merokok, membuli, mencuri dan sebagainya maka
menjadi tanggungjawab kawan yang baik tidak akan melihat dan
membiarkan perkara buruk itu terus berlaku, tetapi dia menegur dengan

41
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

penuh hikmah dan menasihati sahabat itu dengan baik agar tidak terus
hanyut. Leka dan alpa di dalam menuntut ilmu juga mestilah diberi nasihat
agar nikmat kejayaan dikecapi bersama.

2.3.5 Ziarah-menziarahi

Kriteria terakhir dalam menilai aspek mengenang budi ialah sentiasa ziarah-
menziarahi ahli keluarga, rakan-rakan dan individu. Ziarah-menziarahi adalah
amalan mulia yang dapat menghubungkan silaturrahim. Amalan ziarah
ketika sakit atau ditimpa musibah, akan membuatkan orang yang diziarah itu
merasakan dirinya sangat dihargai. Sekiranya ada rakan-rakan tidak hadir ke
sekolah kerana ditimpa musibah, adalah menjadi tangungjawab bersama
menziarahi dan berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit yang dialami.
Amalan ziarah menziarahi juga merupakan sunnah nabi. Apabila baginda
tidak melihat kelibat para sahabat, lantas baginda bertanya para sahabat
mengenai ketidakhadirannya pada waktu itu, lalu baginda Nabi akan pergi
menziarahi sahabat yang ditimpa musibah itu. Hal ini bertepatan dengan
sabda Nabi yang berbunyi :

.‫ُزُْرُغُبُاُتَُُْزَُد ُْدُحُبُا‬
Maksudnya: “Berkunjunglah jarang-jarang, nescaya bertambah kasih
sayang”. (Riwayat Abu Hurairah)

Oleh itu, marilah sama-sama kita berubah kearah menjadi insan yang
mengenang serta menghargai budi.

42
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

2.4 LARAS BAHASA

Setiap makhluk yang bergelar manusia tidak dapat lari daripada berkomunikasi
atau berinteraksi sesama insan. Oleh itu, penggunaan laras bahasa yang baik
sangat dituntut. Apabila berkomunikasi dengan seseorang, gunalah intonasi suara
dan bahasa badan yang sesuai. Islam menganjurkan umatnya menjaga adab
pertuturan supaya tidak mengguris hati seseorang. Firman Allah SWT :

‫ﳘﳙﳚ ﳛﳜﳝﳞﳟﳠ ﳡﳢﳣ‬

Maksudnya: "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga


rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata). Sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai". (Luqman : 19)

2.4.1 Intonasi suara dan bahasa badan yang sesuai

Ayat di atas menegaskan agar kita menjaga adab percakapan.


Perlahankan suara, lemah lembut dan tidak menggunakan bahasa kesat
dalam perbualan. Bahasa yang tidak sopan akan melambangkan rendah
akhlak dan sahsiah. Bukan setakat itu sahaja, malahan intonasi juga boleh
menjadi penyebab berlaku perbalahan bahkan peperangan. Dalam
berdakwah, bahasa badan juga memberi pengaruh yang besar. Sebagai
contoh, Rasulullah SAW sendiri pernah bermuka masam dan memalingkan
muka dari memandang seorang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum.
Abdullah datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta ajaran tentang
agama Islam. Sedangkan Rasulullah SAW sedang menghadapi pembesar
Quraisy yang diharapkan dapat memeluk Islam. Abdullah Ibnu Ummi Maktum
berkata : “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah
SAW menjawab: “Tidak.” Maka turunlah ayat surah ‘Abasa sebagai teguran
atas perbuatan Rasulullah SAW itu.

2.4.2 Bahasa yang sopan dan lembut

Di sini dapat kita ambil iktibar bahawa bahasa badan juga mesti dijaga untuk
menjadi manusia yang memiliki budi bahasa. Bahasa yang sopan dan lemah

43
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

lembut sangat dituntut oleh agama. Terdapat ayat Al-Quran tentang


bercakap dengan sopan. Firman Allah SWT:

‫ﱰﱱﱲﱳﱴ ﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽﱾ ﱿ ﲀﲁﲂ‬

Maksudnya: “Dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-


hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang
amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran);
Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang
mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh
yang amat nyata bagi manusia.”
(al-Israk : 53)

Dalam Al-Quran, Allah SWT menceritakan tentang perjalanan Nabi Musa AS


dalam perjalanan dakwah baginda. Semasa membantu dua orang puteri
Nabi Syu’ib AS, Nabi Musa AS dipelawa menjadi pembantu dalam kerja-kerja
mengembala. Puteri Nabi Syui’ib AS begitu menjaga adab percakapan,
beliau datang berjumpa nabi Musa AS, bercakap perkara yang bermanfaat
dalam topik berkaitan sahaja. Firman Allah SWT:

‫ﱼﱽ ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋ ﲌ‬

‫ﲍﲎﲏﲐ ﲑﲒﲓﲔ ﲕﲖﲗﲘ‬

(al-Qasas : 25)

Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang


mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil
berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu
memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Nabi Musa datang
mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang
berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah
engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu". Di dalam
kisah ini, puteri baginda hanya bercakap sekadar keperluan, tidak

44
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

melunakkan bahasa serta bercakap penuh rasa malu. Jadikanlah kisah ini
sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

2.4.3 Pangilan mesra dan disenangi

Kriteria menghormati orang lain dengan panggilan mesra dan disenangi oleh
pendengar. Panggillah dengan panggilan yang baik seperti abang, kakak,
adik dan sebagainya. Setiap panggilan yang baik itu akan disenangi oleh
pendengar.

Penggunaan kata-kata penghormatan yang sesuai terhadap seseorang


individu terhormat seperti apabila menyebut junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, maka sebutlah dengan lafaz “baginda”. Begitu juga
dengan tokoh-tokoh, gunakan kata-kata penghormatan yang tetap seperti
Dato’, Datin, Tan Sri dan sebagainya. Ini akan mendidik para pelajar menjadi
pelajar yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

45
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.0 JATI DIRI

Setiap manusia mempunyai jati diri. Jati diri dapat mempersatukan sikap, semangat
dan pendirian untuk mencapai matlamat kehidupan. Jati diri menjadi salah satu
pengikat jiwa, penggerak semangat serta berupaya mempertahankan prinsip hidup
seseorang. Sebagai seorang pelajar jati diri boleh disemai melalui sikap
berkeyakinan, sabar dan tabah, tetap pendirian dan mempunyai semangat juang
yang tinggi.

3.1 BERKEYAKINAN

Berkeyakinan diri merupakan antara nilai utama dalam mencapai


kecemerlangan dalam kehidupan. Mereka yang ingin menjadi agen
perubahan mestilah mempunyai persiapan ruhiyyah yang tinggi. Apa yang
pasti setiap insan mempunyai kelemahan masing-masing. Namun begitu
mereka yang berkeyakinan diri sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
potensi diri kearah yang lebih baik. Orang yang berkeyakinan diri tidak
merasa malu, sentiasa berfikiran positif dan mampu melakukan sesuatu yang
membanggakan agama, bangsa dan negaranya.

Orang yang berkeyakinan tinggi juga mempunyai nilai keimanan yang tinggi.
Keyakinan ini berpaksikan kepada Allah dan Rasul. Iman yang kuat akan
mendorong mereka melakukan sesuatu amalan dan gerak kerja dengan
penuh keikhlasan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT.

Mereka yang berkeyakinan diri sentiasa berusaha melakuan sesuatu yang


terbaik dan menghadapi segala ujian dan cabaran dengan menyerah diri
kepada Allah. Lihatlah kisah Nabi Ibrahim AS ketika dilempar ke dalam api
beliau berkata, “ cukuplah kepada Allah tempat pertolongan dan sebaik-
baik wakil”. Abdullah ibn Abbas meriwayatkan bahawa :

‫ َوقَا ََلَا ُُمَ َّم ٌد لل‬، ‫ني أُلْ ِقي ِِف النَّا ِر‬ ِ َّ ‫ قَا ََلا إِب ر ِاهيم علَي ِه‬: ‫حسب نَا اهلل ونِعم الوكِيل‬
َ ‫السالَ ُم ح‬ ْ َ ُ َْ َ ُ َ َ ْ َ ُ ُْ َ
ِ
ُ‫اخ َش ْوُه ْم فَ َز َاد ُه ْم إِميَاناً َوقَالُوا َح ْسبُنَا اللَّه‬ ِ
َ ‫ إ َّن الن‬: ‫ني قَالُوا‬
ْ َ‫َّاس قَ ْد ََجَ ُعوا لَ ُك ْم ف‬ َ ‫اهلل عليه وسلم ح‬
‫يل‬ِ ِ
ُ ‫َون ْع َم الْ َوك‬
Dari Ibnu Abbas ra, “Hasbunallah wani’mal Wakil’ kalimat yang dibaca oleh
Nabi Ibrahim as ketika dilempar ke dalam api, dan juga telah dibaca oleh

46
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Nabi Muhammad SAW ketika diprovokasi oleh orang kafir, supaya takut
kepada mereka ; “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan segala
kekuatannya untuk menghancurkan kalian, maka takutlah kamu dan
janganlah melawan, tapi orang-orang beriman bertambah imannya dan
mereka berkata : Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang
mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.”

(Riwayat Bukhari)

Antara ciri-ciri mereka yang berkeyakinan diri ialah :

3.1.1 Tidak mudah terpengaruh

Individu yang mempunyai keyakinan diri untuk mencapai matlamat tidak


mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran negatif yang boleh
merosakkan wawasan yang diidamkan. Insan yang mempunyai jiwa
merdeka dan berkeyakian tinggi tidak mudah terpengaruh dengan unsur-
unsur negatif seperti pengaruh media massa, rakan-rakan dan hiburan
melampau. Kekuatan dalaman yang dimiliki dapat menangkis segala
pengaruh negatif yang berlaku dalam masyarakat. Hal ini ditegaskan oleh
Baginda Nabi SAW :

‫ َولَ ِك ْن َوطِّنُوا‬، ‫ظَلَ ُموا ظَلَ ْمنَا‬ ‫ َوإِ ْن‬، ‫َح َسنَّا‬ ْ ‫َّاس أ‬
ُ ‫َح َس َن الن‬ ْ ‫ إِ ْن أ‬: ‫ تَ ُقولُو َن‬، ً‫ََل تَ ُكونُوا إَِّم َعة‬
‫َساءُوا فَ َال تَظْلِ ُموا‬ ِ ِ
َ ‫ َوإ ْن أ‬، ‫َّاس أَ ْن ُُْتسنُوا‬
ُ ‫َح َس َن الن‬ْ ‫ إِ ْن أ‬، ‫أَنْ ُف َس ُك ْم‬
Maksudnya : Jangan kamu terikut-ikut. Kamu berkata sekiranya mereka
berbuat baik maka kami pun baik. Namun sekiranya mereka zalim maka kami
akan zalim. Tetapi tetapkan pendirian kamu. Sekiranya mereka baik kamu
akan melakukan kebaikan. Dan sekiranya mereka menyakiti maka kamu
jangan melakukan kezaliman. ( Riwayat Tirmizi )

3.1.2 Berwawasan

Kehidupan di dunia ini sentiasa terdedah dengan cabaran dan rintangan


yang memerlukan wawasan. Setiap insan yang menjadi khalifah di muka
bumi ini perlu berpandangan jauh dalam membina matlamat yang di
idamkan. Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai nilai wawasan di

47
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

dalam dirinya. Setiap dugaan dan cabaran akan dilalui dengan penuh yakin
kepada janji Allah dan Rasul.

‫ﳐ ﳑ ﳒ ﳓ ﳔ ﳕ ﳖ ﳗ ﳘ ﳙ ﳚ ﳛ ﳜﳝ ﳞ ﳟ ﳠ ﳡ‬

‫ﳢﳣ‬

Maksudnya: Ketika mana orang yang beriman melihat tentera Ahzab mereka
berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya dan benarlah
kenyataan Allah dan Rasulnya. Dan tidak bertambah kepada mereka kecuali
iman dan penyerahan.

(al-Ahzab : 22 )

3.1.3 Idea kritis

Seorang muslim yang hebat akan mempunyai idea kritis dan berinovasi
dalam mengurus kehidupan mereka. Tugas memakmurkan bumi bukanlah
tugas yang mudah. Namun ia memerlukan epada idea-idea kritis dalam
merencanakan tindakan yang akan dilaksanakan di muka bumi ini. Melalui
idea-idea kritis ini ia dapat melakukan sesuatu itu dengan lebih baik dan
berkesan.

Sejarah telah membuktikan mereka yang mempunyai idea kritis mampu


mencipta kecemerlangan dalam tindakan yang dilakukan. Sultan
Muhammad al-Fatih membuktikan bahawa beliau pada usia yang muda
iaitu 21 tahun, dapat menunjukkan kepimpinan yang hebat kerana
mempunyai idea-idea kritis yang dapat mencapai kemenangan ketika
menawan Kota Constantinople.

3.1.4 Menunaikan kewajipan

Muslim yang berkeyakinan juga dapat menunaikan kewajipan yang


diberikan kepadanya. Menunaikan kewajipan yang diamanahkan
merupakan sifat seorang muslim yang sejati yang menjadi tunjang
kegemilangan ummah. Setiap perkara yang menjadi tanggungjawab
kepada seseorang insan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin yang
boleh. Nilai amanah amat penting dihayati dan diamalkan bagi

48
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Terdapat hadis


Salman al Farisi ketika menziarahi Abu Darda’ menyebut bahawa :

ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫ك َح ًّقا فَأ َْعط ُك َّل ذي َح ٍّق َح َّقه‬ َ ‫ك َح ًّقا َوِِل َْهل‬
َ ‫ك َعلَْي‬ َ ‫ك َح ًّقا َولنَ ْف ِس‬
َ ‫ك َعلَْي‬ َ ِّ‫إِ َّن لَرب‬
َ ‫ك َعلَْي‬
Maksudnya : Maka Salman al Farisi berkata kepada Abu al-Darda’ :
Sesungguhnya kepada Tuhanmu ada kewajipan atas diri kamu, kepada diri
kamu ada kewajipan ke atas kamu, kepada ahli keluarga kamu ada hak ke
atas diri kamu. Maka tunaikanlah kewajipan tersebut kepada mereka.

( Riwayat Bukhari dan Tirmizi )

3.1.5 Kesungguhan tinggi

Muslim yang terbaik adalah muslim yang mempunyai semangat juang yang
tinggi. Kesungguhan yang disertai dengan keikhlasan kepada Allah akan
memandu seseorang itu mencapai matlamat yang dirancang. Mereka yang
mempunyai nilai sedemikian akan berusaha dengan penuh keyakinan dan
mencurah segala tenaga, jiwa, akal fikiran dan segalanya demi mencapai
apa yang dirancang.

Allah SWT berfirman :

‫ﲐ ﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚ‬

Maksudnya : Dan mereka yang berjihad (bersungguh-sungguh) di kalangan


kami nescaya kami akan tunjukkan jalan kami. Sesungguhnya Allah bersama
dengan orang-orang baik.

(al ‘Ankabut : 69 )

Kesungguhan yang tinggi ini adalah manifestasi keimanan dan keyakinan


yang tinggi kepada janji Allah dan Rasul. Kekuatan inilah menjadi resepi
generasi silam yang melakar kejayaan sehingga menakluki dunia timur dan
Eropah.

Pelajar yang berkeyakinan diri mampu mendepani masa dalam mencapai


kecemerlangan. Ciri-ciri berwawasan, tidak mudah terpengaruh, idea kritis,
menunai tanggungjawab dan kesungguhan tinggi merupakan intipati pelajar
yang berkeyakinan tinggi. Dengan elemen-elemen tersebut pelajar mampu

49
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

memberi respon positif ketika menghadapi persekitaran yang mencabar.


Kekuatan dalaman yang lahir dari keyakinan diri sudah pasti menghasilkan
natijah yang amat membanggakan dalam kehidupan mereka. Oleh yang
demikian faktor-faktor yang boleh mencambahkan nilai keyakinan diri para
pelajar ini perlu dilakukan supaya ianya sebati dalam jiwa sanubari mereka.

50
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.2 SABAR DAN TABAH

3.2.1 Pengertian sabar

Sabar membawa maksud mengawal hati, diri, anggota badan dan lidah
daripada melakukan larangan Allah. Perkara ini dilakukan semata-mata
untuk mencari keredhaan-Nya, haloba untuk mendapatkan balasannya dan
takut kepada siksa-Nya.

3.2.2 Hukum sabar

Semua ulamak sepakat bahawasanya hukum sabar dalam ketiga-tiga


bahagiannya adalah wajib. Oleh itu, semua orang yang beriman wajib
bersabar dalam melakukan kewajipan, dalam meninggalkan perkara haram
dan ketika ditimpa musibah.

3.2.3 Pembahagian sabar

Para ulamak telah membahagikan sabar itu kepada tiga bahagian:

a. Sabar dalam melakukan ketaatan dan kewajipan.

b. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara yang diharamkan.

c. Sabar dalam menghadapi musibah dan takdir Allah yang


menyakitkan hati.

3.2.4 Sabar dalam melakukan ketaatan dan kewajipan

Telah menjadi tabiat nafsu dan syaitan tidak suka kepada kebaikan. Kedua-
duanya menjadi penghalang terbesar kepada manusia untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Syaitan dan nafsu akan mencuba sedaya upaya
menghalang manusia sujud kepada pencipta serta patuh kepada
perintahnya. Oleh itu, kita hendaklah bersabar dalam melaksanakan
kewajipan ini.

Contoh-contoh sabar dalam melakukan ketaatan dan kewajipan

a. Sabar dalam melakukan solat

b. Sabar ketika belajar dan mengulang kaji pelajaran

c. Sabar ketika berpuasa

51
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

d. Sabar semasa melakukan sedekah

e. Sabar ketika menutup aurat khususnya bagi wanita

f. Sabar dalam melakukan kerja-kerja rumah

g. Sabar ketika menunaikan tugas sebagai pekerja

h. Sabar dalam menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua

i. Sabar dalam menyayangi orang lain seperti mana menyayangi diri


sendiri

3.2.5 Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara yang diharamkan

Nafsu manusia amat gemar kepada kelazatan dunia, keinginan kepada


berlainan jantina yang diharamkan, makan dan tidur berlebihan, kerehatan,
keseronokan, hiburan yang melalaikan, kebebebasan di dalam pergaulan,
penzinaan dan sebagainya. Oleh itu, sebagai manusia yang mengaku dirinya
sebagai hamba Allah hendaklah bersabar dalam meninggalkan perkara-
perkara buruk di atas. Bukan kerana kita tidak berminat tetapi kerana takut
kepada Allah serta tanda bersyukur kepada Allah. Walaupun demikian, kita
tetap sabar meninggalkan larangan Allah hanya kerana Allah.

Contoh-contoh sabar atas meninggalkan maksiat, perkara yang diharamkan


dan sia-sia.

a. Sabar meninggalkan mengumpat (menyebut kesalahan orang lain


serta itu tidak menyukainya) dan menfitnah (menyebut sesuatu
perkara buruk kepada seseorang padahal orang itu tidak
melakukannya).

b. Sabar meninggalkan perbuatan zina, liwat dan lesbian.

c. Sabar meninggalkan perbuatan mencuri seperti mencuri duit atau


makanan di asrama.

d. Sabar meninggalkan meminum arak.

f. Sabar meninggalkan perbuatan meminta-minta.

52
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

g. Sabar meninggalkan perbuatan dan perkataan keji dan sia-sia seperti


berbual kosong, gelak ketawa, banyak makan dan banyak tidur dan
sebagainya.

h. Sabar meninggalkan perbuatan melepak di tepi-tepi jalan atau


pasaraya.

i. Sabar meninggalkan perbuatan merosakkan harta benda awam


dan persendirian (vandalisme)

3.2.6 Sabar dalam menghadapi musibah dan takdir Allah yang


menyakitkan hati

Sesiapa pun tidak mampu untuk lari dari penyakit, kehilangan harta benda,
kematian orang yang disayangi, rugi dalam pernigaan, menjadi mangsa
kezaliman, difitnah dan disakiti. Ada kalanya kita diumpat dan dimaki
hamun. Ada kalanya harta benda yang kita sayangi dicuri, hilang, terbakar
dan sebagainya. Segala bentuk musibah yang terjadi adalah ketentuan Allah
sebelum langit dan bumi dicipta. Ia sudah pasti berlaku. Oleh yang demikian,
hendaklah kita bersabar menerima pahit manis ujian dan musibah seperti ini.
Yakinlah bahawa di sana ada hikmah di sebalik setiap musibah. Inilah
sebahagian sifat orang beriman.

Contoh-contoh sabar atas musibah:

a. Sabar dengan penyakit


b. Sabar dengan masalam kewangan dan kesempitan hidup
c. Sabar atas kehilangan duit ringgit dan harta benda
d. Sabar atas kematian keluarga atau orang disayangi.
e. Sabar dengan masalah kekeluargaan.
f. Sabar dengan rakan yang bermasalah.
g. Sabar dengan perangai buruk jiran tetangga.
h. Sabar atas perkara yang tidak disukai.
i. Sabar dengan rakan sekolah dan rakan sekerja.
j. Sabar dengan sesuatu yang dilakukan oleh sebahagian binatang dan
sebagainya.

53
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.2.7 Galakan bersabar

a. Galakan bersabar daripada al Quran.

Al Quran memberi galakan kepada manusia supaya bersabar.


Terdapat 102 tempat perkataan sabar di dalam al Quran, iaitu sama

banyak perkataan " ‫" ِش َّدة‬ yang bermaksud kesusahan atau

kesukaran. Antara ayat-ayat al-Quran tersebut ialah:

‫ﳈ ﳉﳊ ﳋ ﳌ ﳍﳎﳏ ﳐ‬

Maksudnya: Demi sesungguhnya orang yang bersabar dan


memaafkan (kesalahan orang terhadapnya) merupakan perkara
yang dikehendaki diambil berat (melakukannya) (al-Syura : 43)

‫ﲾﲿ ﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉ‬
Maksudnya: Wahai orang beriman, mohonlah pertolongan dengan
bersabar dan mendirikan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama
orang yang sabar (memberi pertolongan) (al-Baqarah : 153)

54
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Galakan bersabar daripada hadis

ِ ِ ٍ ‫ك ِِل‬ ِ ‫ ولَي‬،‫عجبا ِِلَم ِر الْمؤِم ِن إِ َّن أَمره َكلَّه خي ر لَه‬


َ ‫ إِ ْن أ‬.‫َحد إََِّل ل ْل ُم ْؤم ْن‬
ُ‫َلابَْتهُ َسَّراء‬ َ َ ‫س َذل‬ َ ْ َ ُ ٌ ْ َ ُ َُ ْ ْ ُ ْ ًَ َ
ُ‫لبَ َر فَ َكا َن َخْي ًرا لَه‬
َ ُ‫ضَّراء‬ َ ‫ َوإِ ْن أ‬،ُ‫َش َكَر فَ َكا َن َخْي ًرا لَه‬
َ ُ‫َلابَْته‬
Sabda Rasulullah SAW: amat ajaib sekali dengan urusan orang beriman,
sesungguhnya semua urusannya adalah baik untuknya. Tiada kebaikan
tersebut kecuali untuk orang beriman. Apabila dia mendapat perkara yang
menggembirakan (kebaikan) nescara dia bersyukur, maka perkara itu
(syukur) adalah baik untuknya. Apabila dia ditimpa perkara yang
menyusahkan (buruk) nescaya dia bersabar, maka perkara itu (sabar) adalah
baik untuknya.

َّ ‫َما ُرِز َق َعْب ٌد َخْي ًرا لَهُ َوََل أ َْو َس َع ِم َن‬


‫الص ِْب‬
Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah dikurniakan kepada seseorang sesuatu rezeki
yang lebih baik daripada sifat sabar.

3.2.8 Kelebihan bersabar

Terdapat lebih daripada sembilan puluh tempat pujian Allah di dalam al


Quran kepada orang yang bersabar. Antaranya:

a. Mendapat kejayaan di dunia dan akhirat


b. Mendapat rahmat dan hidayah
c. Selamat daripada kesesatan
d. Diampunkan dosa
e. Diangkat darjat
f. Mendapat ucapan salam daripada malaikat di dalam syurga
g. Mendapat balasan pahala yang berganda dan tiada hisab
h. Menjadi sebab mendapat kemenangan dan kejayaan

55
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.2.9 Syarat-syarat sabar

Terdapat tiga syarat sabar yang akan mendapat ganjaran dan kelebihan
yang dijanjikan oleh Allah.

a. Ikhlas semata-mata kerana Allah


b. Tidak mengeluh dan mengadu kepada makhluk
c. Bersabar ketika ditimpa musibah

3.2.10 Ciri-ciri orang yang sabar

a. Mudah menerima nasihat

i. Ikhlas menerima teguran


ii. Tidak marah kepada orang yang menegur
iii. Menghargai atau mengucapkan terima kasih kepada orang yang
memberi teguran
iv. Merasakan orang yang menegur itu lebih baik dari kita dan
menyayangi kita
v. Orang yang menegur kita inginkan kebaikan kepada orang yang
ditegur
vi. Bersyukur kerana ada orang yang sudi memberi nasihat kepada kita

b. Bertolak ansur

Mengutamakan orang lain dalam hal keduniaan

Contoh:
i. Mengutamakan rakan-rakan untuk mengambil makanan di kantin
atau dewan makan.
ii. Memberi laluan kepada rang lain ketika berjalan atau menaiki
kenderaan di jalan raya.

c. Respon dalam semua majlis

i. Memberi tumpuan kepada majlis yang diadakan.


ii. Memberi pandangan yang baik dan membina dengan cara beradab.
iii. Member teguran membina dengan penuh beradab.

56
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

iv. Menjaga adab-adab semasa berada di dalam majlis.

v. Tidak menganggu orang lain samada dengan perkataan atau


perbuatan seperti membuat bising dan sebagainya.

d. Tabah dan tidak putus asa

Terdapat beberapa perkara yang membantu dalam membina sifat


sabar di dalam diri.

i. Memahami tabiat dunia yang berubah-ubah dengan kehendak dan


kekuasaan Allah.
ii. Memahami bahawa semua makhluk termasuk manusia adalah milik
Allah.
iii. Yakin kepada balasan baik di sisi Allah bagi orang yang bersabar.
iv. Yakin akan mendapat jalan kelepasan dan keluar dari musibah yang
menimpa.
v. Meminta pertolongan kepada Allah.
vi. Mecontohi kesabaran orang soleh.
vii. Beriman atau meyakini dengan ketentuan Allah.
viii. Redha dengan apa sahaja yang berlaku.
ix. Tidak menyalahkan takdir.
x. Tidak mengikut hawa nafsu.
xi. Memandang ringan perkara yang susah.
xii. Jangan tergopoh-gopoh.
xiii. Kawal kemarahan
xiv. Kawal diri daripada terlalu sedih dan kesempitan.

57
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.3 TETAP PENDIRIAN

Tetap pendirian merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh
pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha
untuk mencapai matlamat yang dirancang. Tetap pendirian menjadi faktor
pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama,
politik, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan.

Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal soleh dapat


dibentuk dengan sikap tetap pendirian seperti yang dinyatakan di dalam al-
Quran.

Firman Allah :

‫ﱁﱂ ﱃ ﱄﱅ ﱆﱇﱈ ﱉ ﱊﱋ ﱌﱍ ﱎ ﱏ‬

‫ﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖ ﱗﱘ ﱙﱚﱛﱜﱝﱞﱟ ﱠ‬

‫ﱡ ﱢ ﱣ ﱤﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱩﱪ ﱫ‬

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan


dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di
atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke
semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh
Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari


akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh
nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-
citakan mendapatnya." (pemberian-pemberian yang serba mewah itu)
sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi
Maha Mengasihani"

( Fusilat: 30-32)

58
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Jadi, dalam diri seorang pelajar, sikap jati diri ini haruslah ditanam dan
disemai sebaiknya kerana pelajar yang sunyi dari sikap tetap pendirian boleh
menjadikannya mudah terikut-ikut dan dan tidak istiqamah. Sifat istiqamah
merupakan sifat mahmudah dan sikap jati diri seorang pelajar yang sebenar.

Antara sikap jati diri yang perlu dimiliki dalam menjadi seorang pelajar yang
tetap pendirian ialah :

3.3.1 Idea yang bernas

Dalam menjadi seorang insan yang berpendirian tetap, perlulah mempunyai


hujah yang bernas dan tajam. Apabila menghadapi sesuatu situasi yang
perlu berhujah, hendaklah kita berhujah dengan bernas dan penuh hikmah
serta tidak menyakiti hati orang lain atau merendah-rendahkan pendapat
orang yang tidak bersetuju dengan kita. Hal ini dapat kita fahami dari firman
Allah :

‫ﲖﲗﲘﲙﲚ ﲛﲜﲝ ﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤ ﲥﲦ ﲧ‬

‫ﲨﲩﲪ ﲫ ﲬﲭ ﲮ‬

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran


yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari
jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk”

(An-Nahl : 125)

Dalam mengemukan hujah yang bernas, hujah akal kita perlulah


berlandaskan dan bersandarkan al-Quran, al-Hadis, Ijma’ ulamak, qias dan
kata-kata ulama selain nasihat guru-guru. Berhujah dengan mengikut hawa
nafsu,kemarahan, serta menggunakan dalil tanpa ilmu perlulah dielakkan
kerana ia bukanlah hujah yang bernas dan hanya akan membawa
keburukan seperti kekerasan hati, pergaduhan dan memutuskan silaturrahim,
malahan berdosa.

59
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Justeru itu, selaku seorang pelajar perlulah sentiasa menjaga tutur kata
terutama apabila kita bertembung pendapat dengan rakan , guru atau
ibubapa. Seharusnya kita mengemukakan hujah kita yang bernas dan tepat
dalam berhujah dengan disantuni akhlak yang mulia.

3.3.2 Tegas

Tetap pendirian dan tegas dengan keputusan juga merupakan salah satu
akhlak yang sangat penting dimiliki oleh seorang yang beriman. Untuk itu
Allah SWT memerintahkan agar seorang mukmin beristiqamah. Allah
berfirman:

‫ﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰ ﱱﱲﱳ ﱴﱵﱶﱷﱸﱹ ﱺﱻ‬

“Katakanlah, bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,


diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha
Esa, maka istiqamahlah menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-
Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menyekutukan-
Nya”

(Fussilat : 6)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman :

‫ﱹﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁ ﲂ ﲃﲄﲅﲆ‬

“Maka beristiqamahlah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana


diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah taubat beserta kamu
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat
apa yang kamu kerjakan”

( Hud : 112)

Sifat tegas dalam keputusan sangat sukar untuk kita lakukan dalam
kehidupan kerana perbezaan pendapat dan sudut pandang. Namun begitu
perkara ini bukanlah suatu yang mustahil. Jika kita mampu melakukannya,

60
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

ianya akan memberi impak positif yang besar dalam kehidupan dan
masyarakat.

Islam juga mengajarkan ketegasan dalam menyatakan pendirian, dan tidak


berkompromi dengan segala bentuk kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda :

ِ ‫ و‬،‫ و إِ ْن ظَلَموا ظَلَمنَا‬،‫َلَ تَ ُكونُوا إَِّمعةً تَ ُقولُو َن إ ْن أحسن النَّاس أحسنَّا‬


،‫لك ْن َوطّنُ ْوا أَنْ ُف َس ُك ْم‬ َ ْ ُْ َ َ ْ ُ ََ ْ ْْ َ ْْ
.‫َّاس أَ ْن ُُْت ِسنُ ْوا َوإِ ْن أَ َساءُ ْوا فَالَ تَظْلِ ُم ْوا‬ ِ
ُ ‫إ ْن أَ ْح َس َن الن‬

“Janganlah kamu sekalian menjadi orang yang ikut-ikutan saja. Kamu


mengatakan, “Jika mereka berbuat kebaikan (jujur, amanat dan
sebagainya) kamipun berbuat kebaikan, dan jika mereka berbuat zalim
kamipun berbuat demikian”. Akan tetapi teguhkanlah pendirian kamu. Jika
mereka berbuat kebaikan maka kamu berbuat kebaikan pula, dan jika kamu
berbuat kejahatan janganlah kamu ikut berbuat demikian.

Sebagai seorang pelajar perlulah mempunyai jati diri yang kuat serta tegas
dengan keputusan yang benar dan baik. Hal ini akan mampu mendidik dan
membentuk jati diri pelajar menjadi seorang yang tidak mudah terpedaya
dengan perbuatan negatif rakan sebaya seterusnya mampu mengajak
rakan-rakan berubah ke arah positif.

3.3.3 Bertanggungjawab

Mereka yang tetap pendirian semestinya bertanggungjawab dalam


menunaikan setiap amanah yang diberi. Kewajipan tersebut hendaklah
dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi mencapai matlamat yang
diletakkan. Setiap muslim sebenarnya bertanggungjawab dan akan
dipersoalkan.

61
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Nabi SAW bersabda:

‫الر ُج ُل َر ٍاع ِِف أ َْهلِ ِه َوُه َو‬


َّ ‫ َو‬،‫ؤول َع ْن َر ِعيَّتِ ِه‬ ِِ ِ
ُ ‫ ا ِإل َم‬،‫ُكلُّ ُك ْم َر ٍاع َوُكلُّ ُك ْم َم ْسؤول َع ْن َرعيَّته‬
ٌ ‫ام َر ٍاع َوَم ْس‬

. ِ‫ؤول َع ْن َر ِعيَّتِه‬
ٌ ‫َم ْس‬

“ Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipersoal atas


tanggungjawab kamu. Seorang penguasa adalah pemimpin dan akan
dipersoal tentang rakyatnya, seorang suami adalah seorang pemimpin
seluruh keluarganya dan akan dipersoal tentang ahli keluarganya”

Firman Allah :

‫ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ‬

Maksudnya: Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada
Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa
yang dahulu mereka usahakan.

( Yasin : 65)

Oleh itu, selaku pelajar dan penuntut ilmu yang mempunyai jati diri baik,
haruslah kita menjadi individu yang bertanggungjawab dari semua aspek,
samada dari segi perilaku, akhlak, tutur kata dan lain-lain.

Selain itu, seorang pelajar juga bertanggungjawab menunaikan amanah-


amanahnya seperti :

i. menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas


ii. menunaikan hak terhadap agama
iii. menunaikan hak terhadap ibu bapa, guru-guru, ahli keluarga dan
rakan-rakan
iv. menunaikan hak terhadap negara
v. menunaikan hak terhadap sekolah dan masyarakat.

Sesungguhnya orang yang beriman sentiasa akan berusaha menunaikan


tangggungjawab dengan sebaiknya dan seikhlasnya. Manakala orang yang

62
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

buruk sikapnya akan mengkhianati tanggungjawabnya dan tidak mengambil


berat. Oleh itu perlulah sentiasa kita ingat dan memperingati antara satu-
sama lain dalam menunaikan tanggungjawab kerana kita akan dipersoalkan
kelak.

3.3.4. Bijak membuat keputusan

Dalam hidup ini ada kalanya kita akan dituntut untuk mengambil suatu
keputusan yang sangat penting. Keputusan yang kita ambil akan
menentukan jalan kedepan kita samada akan menjadi lebih baik ataupun
sebaliknya. Namun untuk menjadi seorang yang bijaksana kita haruslah untuk
mengambil keputusan yang terbaik sehingga tidak merugikan orang lain
mahupun diri sendiri. Jadi sekiranya kita telah tersalah mengambil sebuah
keputusan maka janganlah pernah menyesali keputusan yang telah diambil
tersebut.

Sebagai contoh iktibar, kita dapat melihat kepada pemuda Ashabul Kahfi
yang dikisahkan di dalam al-Quran. Mereka membuat keputusan bijak
menyembunyikan diri di dalam gua. Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok
orang beriman. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala
dengan seorang raja yang zalim. Ketika sang raja mengetahui ada
sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah
lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti
kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah
mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja,
sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dijadikan tempat
persembunyian. Mereka ditidurkan selama 309 tahun. Firman Allah :

‫ﱾ ﱿ ﲀﲁ ﲂ ﲃﲄ ﲅ ﲆ ﲇﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ‬

Maksudnya: (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat


berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah
rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk
yang lurus dalam urusan kami (ini)".

(al-Kahfi:10)

63
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Antara langkah-langkah penting yang perlu dititik beratkan dalam membuat


keputusan bijak ialah :

i. Mengenal pasti masalah


ii. Menyoal diri sendiri
iii. Meminta nasihat dan bermesyuarat
iv. Mencipta altematif penyelesaian
v. Memilih penyelesaian terbaik
vi. Membuat keputusan yang cemerlang dan tepat pada waktunya

Firman Allah :

‫ﲳ ﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾﲿ ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ‬

‫ﳄﳅ‬

Maksud: “Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam


tentang Al-Qur’an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan
barang siapa yang dianugerahi Al Hikmah itu, ia benar-benar telah
dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah
yang dapat mengambil pelajaran ”.

( Al Baqarah : 269)

Apa yang penting bagi seorang pelajar apabila membuat keputusan,


perlulah berhati-hati, tidak tergesa-gesa dan menggunakan akal yang waras
selain meminta nasihat ibubapa, guru-guru dan rakan kerana mereka
sentiasa inginkan yang terbaik bagi kita.

3.3.5 Sanggup berkorban

Untuk mencapai sesuatu matlamat dan target sememangnya perlukan


pengorbanan. Lihatlah kepada pengorbanan dan perjuangan nenek
moyang kita yang sanggup berkorban demi memerdekakan tanah air

64
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

tercinta. Hasilnya, kita telah mengecapi kemerdekaan dan keamanan


sehingga sekarang. Begitu juga pengorbanan Rasulullah dan para sahabat
dalam menyebarkan agama Islam. Demikianlah, hasilnya pengorbanan yang
dilakukan oleh mereka telah sampai kepada kita.Jadi perlulah kita juga turut
berkorban demi mencapai target dan matlamat yang telah diidamkan.
Untuk berkorban pula berhajat kepada usaha yang jitu.

Firman Allah :

‫ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏﱐ ﱑ ﱒ‬

Maksudnya : Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya


tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) : bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(al-Insyirah : 5-6)

Firman Allah :

‫ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜﱝ ﱞ‬

‫ﱟﱠﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ‬

Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang


dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka
akan mengikut engkau tetapi perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.

Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup


niscaya kami berangkat bersamamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan
Allah mengetahui bahwa mereka benar-benar orang yang berdusta.

(al-Taubah : 42)

Oleh itu, selaku pelajar perlulah bersedia untuk berkorban kerana bagi
mencapai hasil yang diingini memerlukan pengorbanan. Pelajar perlulah
bersedia berkorban dari segi masa dan tenaga kerana kejayaan tidak
datang dengan mudahnya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak datang melayang.

65
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Begitulah peribahasa orang tua yang mempunyai makna yang sangat


mendalam. Jika kita inginkan sesuatu, maka kita kena berusaha untuk
mendapatkannya. Dalam usaha tersebut, tentulah kita tidak terlepas
daripada menghadapi pelbagai rintangan, cabaran, ujian dan bermacam
dugaan. Tanpa semangat yang teguh, iman yang kuat, kesabaran yang jitu,
sudah tentu kita akan kecundang. Justeru itu, pepatah ada menyebut " di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan ". Usaha yang baik, disirami dengan
baja tawakkal, insya Allah kejayaan akan mengiringi.

66
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

3.4 SEMANGAT JUANG

3.4.1 Aktif setiap aktiviti

Penyertaan dalam aktiviti yang berfaedah juga mampu meningkatkan tahap


disiplin murid. Berdasarkan beberapa kajian, didapati bahawa aktiviti yang
berfaedah berupaya mengurangkan masalah disiplin. Namun, dalam usaha
ini, para pelajar perlulah bekerjasama dan mempereratkan hubungan antara
satu sama lain. Sebagai contoh, persepsi negatif terhadap pelaksanaan
kokurikulum di sekolah juga perlu dikikis. Pelajar perlu lebih berfikiran terbuka
terhadap pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan tanpa hanya
mengutamakan akademik sahaja.

Kokurikulum merupakan saluran yang menggalakkan perkembangan bakat,


sifat kreativiti dan potensi murid ke tahap yang maksimum. Terdapat pelbagai
kelebihan dan kebaikan pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan. Oleh
itu, pelaksanaannya perlulah dirancang dengan rapi dan dijalankan dengan
lebih serius oleh semua pihak agar dapat mencapai objektif dan berjaya
melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi serta bersahsiah mulia.

3.4.2 Amanah dalam melaksanakan tugas

Setiap muslim akan dipertanggungjawab terhadap segala amalannya di


dunia ini. Jika dia berusaha dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah
dan tugas yang dibebankan di bahunya dengan penuh rasa
tanggungjawab maka ianya akan meringankan timbangan amal di hari
Akhirat nanti.

Setiap lelaki muslim dan wanita muslimah mempunyai perbezaan


tanggungjawab ketika di dunia ini mengikut bidang dan tugas masing-
masing. Kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dan besar
berbanding dengan kaum wanita. Dia akan bertanggungjawab kepada
isterinya, anak-anaknya, adik perempuannya dan kepada ibu bapanya.

Sabda Rasulullah SAW :

67
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

‫الر ُج ُل َر ٍاع ِِف أَ ْهلِ ِه َوُه َو‬


َّ ‫ َو‬،‫ام َر ٍاع َوَم ْس ُؤْو ٌل َع ْن َر ِعيَّتِه‬ ِِ ِ
ُ ‫ ا ِإل َم‬،‫ُکلُّ ُک ْم َر ٍاع َوُکلُّ ُک ْم َم ْس ُؤْو ٌل َع ْن َرعيَّته‬
‫الَ ِاد ُم َر ٍاع ِِف َم ِال‬
ْ ‫ َو‬،‫ت َزْوِج َها َوَم ْس ُؤْولَة ٌ َع ْن َر ِعيَّتِ َها‬ ِ ‫ والْمرأَُة ر‬،‫مسؤو ٌل عن ر ِعيَّتِ ِه‬
ِ ‫اعيَّة ٌ ِِف ب ي‬
َْ َ َْ َ َ ْ َ ُْ ْ َ
ِ‫سيِّ ِدهِ ومسؤو ٌل عن ر ِعيَّتِه‬
َ ْ َ ُْ ْ َ َ َ

Maksudnya: " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta
bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin, ketua atau imam
adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang
dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan
bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga pemimpin, dalam
mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang
apa yang dipimpinnya dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam
mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa
yang dipimpinnya."

(Riwayat Al-Bukhari)

Dari hadis ini jelaslah bahawa setiap orang tidak dapat melepaskan diri dari
tanggungjawab dan setiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya
terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah
tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.

Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar: " Pada
suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar al-Khatab di Mekah, waktu
itu saya bertemu dengan seorang budak yang sedang mengembala
kambingnya.

Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu :


“Juallah kambing itu kepadaku”

Budak itu menjawab : “Kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan


tuanku”

68
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba menawarnya : “Bukankah engkau


dapat mengatakan kepada tuan engkau, bahawa satu di antaranya telah
dimakan serigala dan pasti tuan engkau tidak akan mengetahuinya.”

“Tidak, saya tidak mahu”, kata budak itu, “Sesunggguhnya Allah Maha
Mengetahui.”

Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah Saidina Umar


dan berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuannya, Saidina
Umar telah membeli budak itu lalu dimerdekakan oleh beliau sambil berkata :
“Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau akan lapang di
akhirat”.

Firman Allah SWT:

‫ﲧﲨ ﲩ ﲪﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱﲲ ﲳ ﲴﲵ ﲶ ﲷ‬

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah


kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya
dengan adil ".

(An-Nisa' : 58)

Rasulullah bersabda:

‫ََل إِْميَا َن لِ َم ْن ََل أََمانَةَ لَهُ َوََل ِدْْ َن لِ َم ْن ََل َع ْه َد لَه‬


Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat
dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan
janji."

(Riwayat Anas bin Malik)

Amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh


melaksanakannya, kerana menurut hadis Rasulullah SAW. dari riwayat Muslim
: Dari Abu Zar, dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah mengapa tuan

69
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

tidak memilih saya. Rasulullah bersabda “Hai Abu Zar engkau seorang yang
lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari Kiamat hanya akan
menjadi penyesalan dan kehinaan, kecuali orang yang dapat menunaikan
hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.”

Dalam satu hadis Rasulullah SAW digambarkan bahawa kemusnahan akan


berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.
Hadis tersebut yang bererti : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w.,
bertanya tentang “Bilakah berlaku kiamat” . Rasulullah S.A.W. menjawab
yang bermaksud : “Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu”. Orang itu
bertanya lagi : “Bagaimanakah keadaan itu berlaku?” Jawab Rasulullah SAW
: “Iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,
maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).”

Memiliki sifat amanah adalah amat terpuji, apatah lagi ketika sedang belajar
kerana bersesuaian dengan waktunya, kita bukan sahaja dituntut untuk
belajar tetapi dituntut juga untuk mengamalkan apa yang telah kita pelajari.
Pelajar yang amanah adalah pelajar yang mengutamakan aspek kejayaan
dalam kehidupannya, amanah terhadap diri sendiri, merealisasikan impian
ibubapa dan guru yang mahu melihat kejayaan pada masa hadapan.

3.4.3 Bersungguh-sungguh

“Man Jadda Wajada” (barangsiapa yang bersungguh-sungguh, maka pasti


akan berhasil). Dengan kesungguhan tentunya apa yang dicita-citakan akan
tercapai, motivasi kita dalam menjalani hidup ini akan semakin bertambah
dan menjadi lebih baik.

Kata-kata ini sangatlah sesuai dan selaras dengan sunnatullah. Sebuah


ketetapan yang mengisyaratkan kepada manusia bahawa Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum selama kaum tersebut tidak berusaha
mengubahnya sendiri.

Sifat bersungguh-sungguh belum wujud jika masih suka berdalih. Sebagai


seorang pelajar, anda masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih tidak
berusaha, ertinya anda belum bersungguh-sungguh. Jika anda memang

70
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

bersungguh-sungguh, akan ada jalan untuk mencapai apa yang anda


inginkan dan menyelesaikan masalah anda. Semua orang memiliki potensi
yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi
tersebut.

Cara mengaplikasikan Man Jadda Wajada

a. Kalahkan rasa malas yang membuatkan diri anda gagal untuk


bertindak.
b. Sentiasa mencari jalan mengatasi rintangan dan halangan yang
dihadapi.
c. Berusaha melengkapkan kekurangan untuk meraih kejayaan.
d. Sentiasa belajar jika belum dapat melakukan sesuatu yang diperlukan
untuk meraih kejayaan.
e. Terus berfikir secara kreatif dan mencuba hingga bertemu jalan yang
tepat dan bersesuaian.

Nilai seseorang di hadapan Allah adalah dari apa yang diusahakannya.


Pilihan aktiviti hidup yang dilakukannya seperti jumlah usaha dan sejauh
mana ia mampu mendatangkan manfaat kepada orang lain serta
menghindarkannya dari keburukan. Kesungguhan merupakan kunci
keberhasilan seseorang. Akan tetapi hubungan dengan Allah SWT sangat
penting sebagai penentu kejayaan . Oleh itu ketika bersungguh-sungguh
mengejar cita-cita, jangan sekali-kali memutuskan hubungan dengan Allah
dengan bergantunglah sepenuh harapan kepada Allah SWT.

3.4.4 Bersaing Mencapai Kemenangan

Fitrah manusia sukakan kemenangan dan kejayaan. Demikian juga, tiada


manusia normal yang mahu ditimpa kekalahan dan kegagalan dalam
sebarang tindakan mereka. Dalam konteks kejayaan, lazimnya siapa yang
lebih berusaha, dia yang akan lebih berjaya. Disebabkan pemburuan
kemenangan dan kejayaan inilah juga wujudnya “perlumbaan”; manusia
berlumba-lumba dan bersaing antara satu sama lain. Sewaktu di alam
sekolah, mereka berlumba-lumba untuk mengejar kedudukan yang baik
dalam mata pelajaran dan peperiksaan. Dalam alam kerjaya, ada

71
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

sekumpulan orang yang berlumba melaksanakan tugas masing-masing


sebaik mungkin.

Islam sendiri turut mengajak para penganutnya untuk menghidupkan


semangat berlumba-lumba, namun dalam ruang lingkup melaksanakan
perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Semangat untuk
berlumba-lumba mengerjakan kebaikan ini adalah antara perkara yang
perlu disuburkan dalam jiwa setiap muslim kerana dengan cara demikian
manusia boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.

Allah berfirman:

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ ﱉﱊﱋﱌﱍ ﱎ‬

‫ﱏ ﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚ ﱛﱜ‬

“Berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan Tuhan kalian di


samping syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi. Syurga tersebut
disediakan untuk orang yang bertakwa dan menginfakkan harta mereka
dalam keadaan senang dan susah."
(Ali Imran: 133-134)

Selain itu, para sahabat juga sentiasa berlumba-lumba mencontohi apa yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW sekalipun perkara itu kecil. Malah, mereka juga
berlumba-lumba untuk ke medan jihad untuk mendapat syahid di jalan Allah.

Berhubung hal ini, ada satu peristiwa iaitu semasa di dalam peperangan
Badar ketika tentera muslimin bertembung dengan tentera musyrikin.
Rasulullah telah bersabda, “Bangkitlah menuju ke syurga yang seluas langit
dan bumi.” Lalu Umair bin al-Humam al-Ansori berkata, "Wahai Rasulullah,
adakah syurga seluas langit dan bumi?" Jawab Nabi SAW, “Ya.” Umair
berkata, "Bakh bakh (menjerit-jerit)!" Nabi bersabda, "Apakah maksud dari
perkataanmu bakh bakh?" Lalu Umair menjawab, "Demi Allah wahai
Rasulullah, tidak saya berkata demikian, saya cuma berharap supaya saya
termasuk ke dalamnya (syurga)." Lalu Nabi s.a.w. menyatakan, “Kamu

72
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

termasuk ke dalamnya.” Lalu Umair mengeluarkan beberapa biji tamar dari


tangkainya, lalu dia makan kesemuanya kemudian berkata, "Sekiranya saya
berkesempatan hidup sehingga saya menghabiskan semua tamar saya ini
bermakna saya mengecapi hidup yang panjang." Lalu beliau melemparkan
buah tamar yang masih ada padanya. Kemudian beliau segera membunuh
mereka sehingga beliau terkorban.
(Riwayat Muslim)

Oleh itu marilah kita berlumba-lumba untuk membuat kebajikan. Setiap


amalan baik yang dilakukan, sekalipun kepada makhluk lain yang hidup di
muka bumi ini pasti diredai Allah. Jangan pula kita termasuk dalam kalangan
orang yang berlumba-lumba untuk sesuatu tujuan dunia, kerana timbangan
dunia di sisi Allah tidak pun seberat sayap nyamuk. Sebaliknya timbangan
akhirat di sisi-Nyalah yang amat berat, justeru jadikan akhirat sebagai sasaran
akhir perlumbaan kita di dunia ini.

Berlumba-lumba atau persaingan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang


digalakkan di dalam Islam. Islam melarang keras persaingan yang tidak sihat
sehingga menzalimi orang lain demi mencapai matlamat peribadi. Sebagai
seorang pelajar sifat suka berlumba-lumba dalam mencapai kejayaan
menjadi satu kemestian dan sebagai kelangsungan untuk kejayaan yang
seterusnya. Memiliki semangat yang berkobar-kobar sebagai asas dan
pendorong bagi setiap pelajar untuk terus berjuang untuk masa depannya
sendiri. Contohilah sikap mulia Baginda Nabi dan juga para sahabat yang
memiliki semangat kental dalam kehidupan dan perjuangan
mempertahankan aqidah dan tuntutan kehidupan.

3.4.5 Berani

Berani merupakan sifat yang terpuji yang dimiliki oleh para nabi dan rasul
serta para solihin. Keberanian merupakan sebuah perjuangan yang
memerlukan kepada pengorbanan.

73
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Firman Allah SWT:

‫ﲶﲷﲸﲹﲺﲻ ﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇ‬

‫ﳈﳉ ﳊﳋﳌ ﳍ‬

Maksudnya: kerana itu hendaklah orang yang menjual kehidupan dunia


untuk (kehidupan)akhirat berperang di jalan Allah. Lalu gugur syahid atau
memperolehi kemenangan, maka kami akan berikan pahala yang besar
kepada mereka.

( An-Nisa’ : 74)

Orang yang berani mesti memiliki sifat terpuji di antaranya adalah:

a. Berjiwa besar

Orang yang berani sentiasa berusaha meningkatkan tahap kepandaian dan


ilmu dalam diri, sanggup menghadapi sebarang risiko yang akan berlaku
serta bersedia memikul tanggung jawab dengan tabah dan penuh
keyakinan.

b. Bercita-cita tinggi

Orang yang berani sentiasa bersedia melakukan segala amalan dengan


penuh keyakinan meskipun terpaksa menghadapi halangan dan rintangan.

c. Percaya diri

Orang yang berani, memiliki keyakinan yang kuat pada diri sendiri. Tidak
mudah goyah dengan halangan yang dilaluinya.

d. Kuat pendirian

Orang yang berani, memiliki pendirian yang tetap dalam membuat sesuatu
tindakan dan keputusan yang bijaksana serta tidak terpengaruh dengan
keadaan dan suasana.

74
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

e. Istiqamah

Sifat orang yang berani sentiasa istiqamah dan berterusan dalam melakukan
perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dalam hidupnya, mereka akan
mendapat ganjaran syurga daripada Allah.

Firman Allah SWT:

‫ﱋ ﱌﱍ ﱎﱏﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ‬

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang berkata; “Tuhan kami adalah Allah”


kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat
akan turun kepada mereka (dengan berkata): “janganlah kamu merasa
takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan
(memperolehi) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.

( Fussilat: 30)

f. Selalu mencuba.

Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan


penuh kreatif serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam merupakan sifat
orang yang berani.

g. Berdikari

Sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain


serta berupaya untuk melakukannya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang
lain.

h. Tahan lasak

Orang yang memiliki keberanian semestinya mempunyai sifat ketahanan


fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi, ia merupakan hasil
daripada latihan yang berterusan.

i. Berjuang pada jalan Allah

Orang yang berani adalah mereka yang sentiasa sanggup berjuang untuk
mempertahankan agama, bangsa, negara dan keluarga serta diri sendiri

75
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Jati Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

serta kehormatannya, meskipun terpaksa mempertaruhkan jiwa dan


raganya.

Islam tidak akan tegak berdiri serta harum namanya melainkan dengan
keberanian setiap individu muslim itu sendiri. Sebagai seorang pelajar muslim,
menjadi kewajipan untuk memiliki sifat-sifat di atas serta keberanian yang
bersesuaian pada tempatnya. Kita tidak boleh menyalahgunakan
keberanian sehingga terkeluar dari tuntutan dan menjadi seorang yang
melampau dalam memahami islam yang sebenar seperti yang berlaku
sekarang.

76
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.0 PENAMPILAN DIRI

Islam amat mementingkan pembentukan peribadi diri manusia yang sempurna.


Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri
(‘Iffah). Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda :

‫ِّف أَبَا الْعِيَ ِال‬ ِ ِ ُّ ‫إِ َّن اللَّهَ حُِي‬


َ ‫ب َعْب َدهح الْ حم ْؤم َن الْ َفق َري الْ حمتَ َعف‬
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT senang dengan hamba-Nya yang mukmin
dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah
keluarganya.” ( Riwayat Ibn Majah )

Berkata sahabat Hakim bin Hizam ra : “Saya pernah meminta sesuatu kepada
Rasulullah SAW dan Baginda memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta
kembali yang kedua kali, dan Baginda juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah
itu Baginda berkata kepadaku :

ِ ‫س بوِرَك لَه فِيهِ ومن أَخ َذه بِِإ ْشر‬


ٍ ‫اف نَ ْف‬ ِ ِ َ ‫يا حكيم إِ َّن ه َذا الْم‬
ِ َ ‫ضرةٌ ح ْلوةٌ فَمن أ‬
‫س‬ َ ‫َخ َذهح ب َس َخ َاوة نَ ْف ٍ ح ح َ َ ْ َ ح‬ ْ َ َ ‫ال َخ َ ح‬ َ َ

ُّ ‫ََلْ يحبَ َارْك لَهح فِ ِيه َكالَّ ِذي يَأْ حك حل َولَ يَ ْشبَ حع الْيَ حد الْ حع ْليَا َخْي ٌر ِم ْن الْيَ ِد‬
‫الس ْفلَى‬
Maksudnya: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan
nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya
dengan hati yang lapang (tidak terlalu melampaui untuk menguasainya) maka dia
akan mendapatkan keberkatan harta tersebut. Dan sesiapa mengambilnya
dengan penuh berat hati (sangat melampau untuk mendapatkannya sehingga
hatinya terasa sempit) maka dia tidak akan mendapatkan keberkatan dengan
harta itu, bahkan dia akan menjadi seperti orang sedang makan yang tidak pernah
kenyang. Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan
yang di bawah (orang yang meminta). ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Hadis di atas menerangkan tentang harta yang didapati secara haram tidak akan
mendapat keberkatan. Contohnya harta yang diambil dari seseorang secara
paksaan atau rampasan.

77
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Al-‘Iffah (menjaga kehormatan diri) adalah salah satu akhlak yang mulia. Jika
seorang hamba menghias dirinya dengan akhlak ini maka dia akan dicintai oleh
Allah SWT dan juga disayangi oleh masyarakat.

Al-‘Iffah bermaksud sikap yang dapat menjaga seseorang daripada melakukan


dosa samada melalui tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan
sikap al-‘Iffah ini seseorang akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya
dibolehkan untuknya, namun kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak
layak untuknya, maka ia rela untuk meninggalkannya.

Baginda Rasulullah SAW sangat menganjurkan sikap al-‘Iffah kerana dengan sikap
ini seorang pelajar Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.
Sikap al-‘Iffah ini sangat penting untuk membentuk keperibadian seseorang.

4.1. PEMAKAIAN

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas kepada manusia. Islam tidak
menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai ketika beribadah
atau di luar ibadah. Islam hanya menetapkan pemakaian hendaklah
menutup aurat, bersih dan suci, kemas dan lengkap, bersesuaian dengan
suasana dan tempat serta longgar dan tidak ketat. Sebagaimana firman
Allah Taala :

‫ ﲠ ﲡ ﲢﲣﲤﲥ‬

Maksudnya: “ Dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaianmu hendaklah


disucikan.” ( al-Mudatthir : 3-4 )

4.1.1 Menutup aurat

Setiap pelajar perlulah memahami dan mengamalkan pemakaian


patuh syariat. Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan
atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi
oleh manusia kerana rasa malu.

78
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Dari sudut istilah, aurat bermaksud setiap anggota yang wajib ditutup
dan haram untuk dilihat. Batasan aurat yang wajib ditutup berbeza
antara aurat di hadapan mahram, aurat di hadapan bukan mahram
(ajnabi), aurat di hadapan suami dan aurat di hadapan wanita
muslimah atau kafir.

Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah SWT di dalam al-
Quran di beberapa tempat. Antaranya:

Firman Allah SWT :

‫ﲀﲁ ﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈ ﲉﲊﲋ‬

‫ﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓ‬

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah


mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke
dadanya. ( al-Nur : 31 )

4.1.2 Bersih dan rapi

Sabda Nabi Muhammad SAW :

ِ َ‫الطُّهور َشطْر ا ِإلْْي‬


‫ان‬ ‫ح ْح ح‬
Maksudnya :“Kesucian itu sebahagian daripada iman”.
( Riwayat Muslim )

Islam mewajibkan umatnya mengamalkan cara hidup yang bersih dan


suci. Antaranya menjaga kebersihan melalui pelaksanaan solat lima
waktu sehari semalam. Wuduk yang yang wajib diaplikasikan sebelum
solat membuktikan Islam mementingkan kebersihan setiap individu
muslim.

79
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Firman Allah SWT:

‫ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬﲭ ﲮ‬

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang


bertaubat dan orang-orang yang suci.” ( Al-Baqarah : 222 )

Islam mengajarkan kepada umatnya untuk hidup bersih dan sihat, baik
tubuh badannya, pakaiannya, tempat tinggal dan bersih jiwanya.
Dalam diri yang baik dan bersih akan nampak peribadi yang menarik
melalui pergaulan seharian. Orang yang bersih jiwanya akan keluar
kata-kata yang baik dan bermakna, jauh dari sifat dengki, iri hati,
munafik, takabur dan sebagainya. Semua tutur katanya akan menjadi
panduan. Amal yang dilakukan selalu mencerminkan rasa ikhlas dan
juga semua perbuatannya didasarkan kerana Allah SWT.

4.1.3 Kemas dan lengkap

Cara berpakaian melambangkan keperibadian seseorang. Oleh itu,


berpakaian sopan, menutup aurat, bersih, kemas dan bersesuaian
adalah memenuhi nilai-nilai dan etika murni berpakaian. Pakaian juga
mencerminkan akhlak seorang pelajar Muslim sebenar.

Di sekolah juga, terdapat etika berpakaian tersendiri untuk


keseragaman dan melambangkan keperibadian murni. Sebagai
seorang pelajar Muslim, kita hendaklah sentiasa menjaga penampilan
diri dengan memakai pakaian yang bukan sahaja menutup aurat,
tetapi juga perlu kemas, bersih dan rapi.

4.1.4 Bersesuaian dengan tempat, masa dan majlis

Seorang pelajar Muslim mestilah pandai menyesuaikan diri dan


pakaiannya dengan suasana, tempat masa dan jenis majlis yang
dihadirinya. Sebagai contoh, ketika bersukan pelajar perlulah memakai
pakaian sukan yang sesuai dengan permainan dan aktiviti yang

80
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

dilakukan. Pemilihan pakaian yang sesuai amat penting kerana


menjamin keselamatan semasa aktiviti sukan yang dijalankan ditempat
permainan.

4.1.5 Tidak terlalu ketat

Panduan pakaian yang digariskan oleh Islam bukan sahaja menutup


aurat, tetapi juga mestilah tidak jarang dan terlalu ketat yang
menampakkan bentuk tubuh yang boleh menarik perhatian. Pelajar
lelaki tidak boleh memakai pakaian seluar ketat atau skinny atau koyak
pada bahagian tertentu. Walaupun begitu, perempuan boleh
memakai seluar ‘slack’ panjang yang tidak ketat serta tidak menjolok
mata dan menampakkan susuk tubuh.

81
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.2. ADAB SOPAN

Adab sopan merupakan suatu tuntutan ajaran Islam. Adab yang tinggi
menunjukkan peribadi yang hebat. Tiada maknanya memiliki ilmu yang tinggi
jika tiada adab yang melitupi diri. Adab sopan ini merangkumi pertuturan
yang lemah lembut, memberikan perhatian terhadap audien,
mengutamakan yang lebih tua, menyayangi yang lebih muda serta
membataskan pandangan dan pergaulan. Ini bertepatan dengan sabda
Nabi Muhammad SAW :

‫َخ َ ِق‬ ِ
‫إََِنَا بحعثْ ح‬
ْ ‫تِ ألح َتِّ َم َم َكا ِرَا األ‬
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak
yang mulia”.
( Riwayat Tirmizi )

4.2.1 Bercakap dengan lemah lembut

Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas, lancar dan padat supaya


pendengar dapat memahami dan mengingati sabdanya dengan
baik.

Hadis Nabi riwayat dari Saidatina Aisyah ra :


“Rasulullah SAW bercakap dengan jelas supaya sahabat-sahabat
dapat menghafalnya dengan mudah.”
( Riwayat Abu Daud )

Nabi Muhammad SAW tidak akan bercakap cepat dan akan bertutur
dengan lancar sehingga orang yang mendengar akan memahami
bahagian-bahagian ayatnya. Baginda s.a.w. akan bercakap dengan
jelas supaya orang yang hadir dalam majlisnya akan dapat
memahami sebaik-baiknya.

Riwayat dari Anas ra :

ٍ ِ
‫أَنَّهح َكا َن إِ َذا تَ َكلَّ َم بِ َكل َمة أَ َع َاد َها ثََ ثا َح َّّت تح ْف َه َم َعْنهح‬

82
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Rasulullah SAW kadangkala mengulangi (mengikut


keperluan) sabdanya sebanyak tiga kali supaya para sahabat dapat
mengikuti dan memahami pengertiannya.”
( Riwayat Bukhari )

Riwayat ini bermaksud apabila Nabi SAW ingin menerangkan sesuatu


hal yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak
tiga kali. Pengulangan tiga kali itu merupakan batasannya. Jika tidak
baginda hanya akan menyebut sekali. Islam menggalakkan agar
setiap pelajar Muslim supaya bercakap dengan lemah lembut dan
menggunakan bahasa yang sopan ketika berinteraksi dengan orang
lain.

4.2.2 Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru

Setiap pelajar sudah pasti mempunyai hasrat untuk menjadi pelajar


yang cemerlang dalam pelajaran. Para pelajar hendaklah
menunjukkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sebagai
hadiah bermakna untuk membalas jasa ibu bapa mereka.

Para pelajar hendaklah sentiasa memberi tumpuan sewaktu guru


mengajar dan mengenepikan segala masalah yang tidak berkaitan
dengan pelajaran. Sikap bertanya kepada guru merupakan amalan
yang perlu ada dalam diri setiap pelajar kerana malu bertanya sesat
jalan.

Tugasan yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan segera agar


tidak tertangguh dan menjadi beban kepada pelajar. Pelajar perlu
bijak mengurus masa dan membuat ulangkaji sendiri tanpa menunggu
arahan guru. Sikap bagai pahat dengan penukul hendaklah dihindari.

Keberkatan dalam menuntut ilmu adalah dengan cara sentiasa taat,


hormat dan berbakti kepada guru setiap masa walau di mana kita

83
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

berada. Jasa guru hendaklah sentiasa dikenang dan mengamalkan


segala ilmu yang dipelajari.

4.2.3 Mengutamakan yang lebih berusia

Rasulullah SAW bersabda:

‫صغِْي َرنَا َويح َوقِّ ْر َكبِْي َرنَا‬ ِ ‫لَي‬


َ ‫س منَّا َم ْن ََلْ يَ ْر َح ْم‬
َ ْ
Maksudnya: “Bukanlah dari kalangan kami siapa yang tidak
menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua dan”.
(Riwayat Tarmizi)

Di dalam hadis ini terdapat kalimah yang besar maknanya di mana


orang tua harus dihormati dan disayangi, kerana menghormati orang
yang lebih tua adalah hak mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

‫املسلِم‬ ِ َّ ‫إِ َّن ِمن إِج َ ِل اللِ إِ ْكراا ِذي‬


ْ ‫الشْيبَة‬ ََ ْ ْ
“Sesungguhnya termasuk dalam mengagungkan Allah adalah
memuliakan seorang muslim yang telah tua”. ( Riwayat Abu Daud )

Kata “memuliakan” disini bermaksud bertutur dengan baik, sopan,


lemah-lembut, tidak meninggikan suara dan beradab sopan ketika
berurusan dengan orang yang lebih tua.

Rasulullah SAW bersabda :

.‫لى املاَ ِشي‬


َ ‫ب َع‬
ِ َّ ‫ و‬،‫الصغِري على ال َكبِ ِري‬
‫الراك ح‬ َ ِّ
َ َ ‫يح َسل حم َّ ح‬
Maksudnya: “Yang lebih kecil memberikan salam kepada yang lebih
tua, dan orang yang memakai kendaraan memberikan salam kepada
yang berjalan kaki”. ( Riwayat Bukhari )

84
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maka jika kamu bertemu seorang yang lebih tua darimu maka
janganlah menunggu mereka memberi salam kepadamu, justeru yang
lebih muda harus segera memberikan salam kepadanya dengan
penuh penghormatan, adab yang baik serta kelembutan.

Juga seorang yang lebih muda harus melihat situasi seseorang yang
lebih tua darinya, jika orang tua ini mempunyai pendengaran yang
baik maka ucapkanlah salam dengan suara yang dapat dia dengar
tanpa mengganggunya, dan jika orang tua tersebut telah lemah
pendengarannya maka seseorang yang lebih muda harus
memberikan salam sesuai dengan situasi orang tua tersebut. Sebagai
pelajar, kita perlu mengutamakan orang yang lebih berusia dalam
segala hal.

4.2.4 Menyayangi yang lebih muda

Sabda Nabi Muhammad SAW :

‫رحم‬
َ ‫َم ْن لَ يَ ْر َح حم لَ يح‬
Maksudnya: “Orang yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi”.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pelajar yang senior perlu menyayangi pelajar yang lebih muda.


Sentiasa membimbing mereka dan menunjukkan contoh teladan yang
baik. Ini supaya pelajar-pelajar lain dapat menjadikan pelajar senior
sebagai rujukan dan tempat mengadu pelbagai masalah. Segala
kesilapan yang mereka lakukan perlu ditegur dengan baik dan
berhikmah supaya hubungan yang baik dapat dibina ke arah
mewujudkan ukhuwwah fillah yang benar-benar berteraskan
keimanan yang teguh kepada Allah SWT.

85
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.2.5 Sentiasa membataskan pandangan dan pergaulan

Pelajar yang baik perlu membataskan pandangan dan pergaulan


khasnya berlainan jantina bagi mengelakkan fitnah yang buruk. Ini
kerana pandangan dan pergaulan tanpa batasan boleh membawa
kepada keruntuhan akhlak. Cara yang paling tepat untuk menghindari
pergaulan bebas yang negatif adalah memilih teman yang baik,
hindari diri dari teman yang berperilaku negatif.

Menundukkan pandangan, baik lelaki mahu pun perempuan atau


dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada
bercampur dengan unsur-unsur maksiat.

Daripada Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali ra berkata:

‫صَرَك‬ ْ ‫اص ِر‬


َ َ‫ف ب‬ َ ‫ول اللَّ ِه َع ْن نَظَْرةِ الْ َف ْجأَةِ؟ فَ َق‬
ْ :‫ال‬ ‫َسأَلْ ح‬
َ ‫ت َر حس‬
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang
perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda
memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat
lain baginda bersabda: “Tundukkan pandanganmu.”
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda kepada Ali bin Abi Talib ra:

ِ ‫ك األ‬
‫َخ َريةح‬ َ ‫ل تحتْبِ ْع النَّظََر النَّظََر؛ فَِإ َّن األ‬
َ َ‫ت ل‬
ْ ‫ك َولَْي َس‬
َ َ‫حوَل ل‬
Maksudnya: “Wahai Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan
dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya
pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang
selanjutnya.” (Riwayat Ahmad)

Islam juga menyeru supaya menjauhi pergaulan bebas antara lelaki


dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada
batasan-batasan syarak.

86
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Daripada Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda:

‫ل ََيْلح َو َّن َر حج ٌل بِ ْامَرأَةٍ إِل َكا َن ثَالِثَ حه َما الشَّْيطَا حن‬


Maksudnya: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan
seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
( Riwayat Tirmizi )

Kaum lelaki bertanggungjawab dalam membimbing kaum wanita


agar mengikuti kehendak syarak. Bapa bertanggungjawab terhadap
anak perempuan, suami bertanggungjawab terhadap isteri dan
sebagainya.

Daripada Usamah bin Zaid ra, Rasulullah SAW bersabda:

‫ِّس ِاء‬ ِ ِ ِّ ‫ما تَرْكت ب ع ِدي فِْت نَة أَضَّر علَى‬


َ ‫الر َجال م ْن الن‬ َ َ َْ ‫َ َ ح‬
Maksudnya: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia
sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Oleh itu, setiap pelajar Muslim perlu membataskan pergaulan sesama


lelaki dan perempuan serta menjaga pandangan agar tidak terjebak
ke lembah kemaksiatan yang boleh mengundang kemurkaan
daripada Allah SWT.

87
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.3 KEPIMPINAN

Setiap kelompok atau komuniti terdiri daripada pemimpin dan yang dipimpin.
Maka kepimpinan adalah suatu unsur dalam kehidupan manusia. Islam
menggariskan beberapa dasar utama dalam melaksanakan tugas sebagai
khalifah atau pemimpin bagi menjamin kepimpinan tersebut bertepatan
dengan kehendak Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

ِ‫حكلُّ حكم ر ٍاع وحكلُّ حكم مسئحوٌل عن ر ِعيَّتِه‬


َ َْ ْ ْ َ ْ َ َ ْ
Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah
dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

4.3.1 Bijak membuat keputusan

Setiap pelajar berperanan sebagai pemimpin kepada dirinya dan


pelajar-pelajar yang lain. Sebagai pemimpin, mereka perlu bijak
membuat segala keputusan, mengatur dan menguruskan masa
dengan baik.

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu


bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa
pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

4.3.2 Tegas mempertahankan keputusan bersama

Organisasi melibatkan banyak pihak, maka proses membuat


keputusan tidak dapat dielakkan dengan menggunakan medium
mesyuarat.

88
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Mesyuarat atau syura adalah elemen penting dalam sesebuah


organisasi. Ia bukan sahaja menjadi kaedah untuk membuat
keputusan, tetapi ia juga menjadi medium kepada anggota organisasi
untuk bertukar pandangan, merapatkan ikatan ukhuwah dan
membina rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap organisasi.

Setelah bermesyuarat dan keputusan telah dipersetujui secara


bersama, setiap ahli mesyuarat tidak boleh menerima keputusan lain
yang dibuat di luar mesyuarat. Setiap ahli perlu tegas dan
bertanggungjawab mempertahankan keputusan bersama.

Keputusan yang dibuat kemudiannya akan diterjemahkan dalam


bentuk tindakan dan sikap. Sejauh mana keberkesanan yang terhasil
daripada keputusan tersebut bergantung sebahagiannya kepada
ketepatan keputusan yang dibuat. Sebahagian lagi bergantung
kepada tindakan yang dilakukan selepas itu.

Kepentingan mesyuarat ini diakui oleh Islam sehingga Allah SWT


menganjurkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk melakukan
syura.

Firman Allah SWT :

‫ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗﱘ ﱙ ﱚ‬

‫ﱛﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢ ﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫ‬

Maksudnya: “Maka, berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad)


bersikap lemah lembut terhadap mereka, sekiranya engkau bersifat
keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu, maka mohonkanlah ampun bagi mereka dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila
kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-
Nya.” ( Ali Imran : 159 )

89
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.3.3 Mampu berkomunikasi dengan baik

Islam mengajarkan agar menggunakan perkataan yang mulia dalam


berkomunikasi. Perkataan yang mulia ini seperti terdapat dalam al-
Quran.

Firman Allah SWT:

‫ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ‬

‫ﲗ ﲘﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝﲞ ﲟ ﲠﲡ‬

Maksudnya : “Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan


menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu
bapak. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya
sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”
dan jangan engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada
keduanya perktaan yang baik”. ( al-Isra’ : 23 )

Dengan penjelasan di atas maka setiap pelajar Muslim mestilah


mengaplikasikan qaulan kariman iaitu perkataan yang mulia, diiringi
dengan rasa hormat dan berlemah-lembut dalam pertuturan seharian.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

ِ ِ ِ ِ
‫ت‬ ْ َ‫َم ْن َكا َن يح ْؤم حن بِالل َوالْيَ ْوا ْاْلخ ِر فَلْيَ حق ْل َخْي را أ َْو لي‬
ْ ‫ص حم‬
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari
Akhirat, maka hendaklah bercakap perkara-perkara yang baik atau
berdiam sahaja”. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Di antara ciri pemimpin yang hebat adalah mempunyai kemampuan


untuk berkomunikasi dan bermuamalah dengan baik dengan semua

90
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

orang di bawahnya. Ini bagi mewujudkan hubungan yang mesra di


antara sesama pelajar dan guru-guru.

4.3.4 Berwibawa dan disegani

Cara menjadi orang yang berwibawa adalah dengan mengadakan


hubungan dengan orang lain, baik dari penampilan diri, tutur kata dan
sebagainya. Kewibawaan seseorang memang penting dalam hidup
agar kita lebih dihargai oleh orang lain. Oleh itu, pelajar Muslim perlu
menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang cemerlang bagi
membentuk ciri pemimpin yang berwibawa dan disegani oleh semua
pihak.

4.3.5 Menjadi role model

Rasulullah SAW adalah teladan hidup atau idola utama bagi umat
Islam. Di dalam diri Rasulullah SAW terdapat keteladanan nyata yang
dapat memancarkan cahaya hidayah. Menerangi kehidupan umat
manusia menuju cahaya kebenaran dan kemenangan. Peribadi
Rasulullah SAW sangat mengagumkan dan penuh pesona. Hal ini
disebabkan karena keteladanan indah yang menghiasi hidupnya.

Oleh itu kita harus mempelajari sejarah panjang kehidupan Rasulullah


SAW dan berusaha untuk menemukan mutiara indah yang penuh
pesona dari keperibadiannya. Lebih penting lagi, bagaimana kita
mampu menerapkan nilai-nilai keteladanan Rasulullah SAW dalam
kehidupan seharian kita.

Pelajar yang dilantik menjadi pemimpin perlu mencontohi


keperibadian Rasulullah SAW dan sentiasa menunjukkan contoh
teladan serta mengekalkan kecemerlangan diri dalam setiap aspek
yang diceburi dan segala tindak-tanduknya agar menjadi role model
kepada pelajar-pelajar lain.

91
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Sesungguhnya nikmat Allah SWT kepada manusia sangat banyak. Di


antara nikmat besar yang Allah anugerahkan kepada para
hambaNya, adalah diutusnya Nabi Muhammad SAW kepada seluruh
manusia.

Firman Allah SWT:

‫ﲲﲳ ﲴﲵﲶﲷﲸﲹ ﲺ ﲻﲼ ﲽﲾﲿﳀ‬

‫ﳁﳂ ﳃ ﳄ ﳅ ﳆ ﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada


orang-orang yang beriman ketika Allâh mengutus di antara mereka
seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan
mengajarkan kepada mereka al-Kitab ( al-Quran ) dan al-Hikmah
(Sunnah). Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka
adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
( Ali Imran :164 )

Nabi Muhammad SAW adalah insan yang terbaik dan memiliki budi
pekerti yang paling luhur.

Firman Allah SWT:

‫ﲋ ﲌﲍ ﲎ ﲏ‬

Maksudnya: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti


yang agung.” (al-Qalam : 4)

92
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

4.4. SIKAP POSITIF DAN PROAKTIF

Sikap positif dan proaktif merupakan elemen utama dalam memastikan agar
sesuatu tugas dan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Seorang pelajar Muslim tidak sepatutnya melakukan sesuatu
perkara secara sambil lewa bagai melepas batok di tangga. Sikap positif dan
proaktif amat dicintai oleh Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad SAW :


ِ ِ ُّ ‫إِ َّن اللَ حُِي‬
َ ‫ب إِ َذا َعم َل أ‬
‫َح حد حك ْم َع َم أَ ْن يحْتقنَهح‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu menyukai seseorang hambanya
yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya bersungguh-
sungguh.”
( Riwayat al-Tabarani )

4.4.1 Aktif di dalam kelas dan luar kelas

Sebagai seorang pelajar Muslim yang baik, dia mestilah menunjukkan


minat yang tinggi terhadap pelajaran yang diajar oleh guru di dalam
dan di luar kelas. Mereka juga tidak leka dan tidur serta tidak
menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan.

Selain itu, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum. Melalui aktiviti kokurikulum bakat dan kebolehan
pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai
kejayaan. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat
menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan
otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang
cergas. Seperti kata pepatah Arab, “al-‘aqlu al-salim fi al-jismi al-salim”
yang bermasud, badan cergas otak cerdas.

Penyertaan pelajar dalam sebarang pertandingan akademik atau ko-


akademik akan dapat meningkatkan potensi diri. Contohnya, pelajar

93
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji


minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan,
forum dan catur. Oleh itu, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang di
dunia dan di Akhirat.

4.4.2 Menyelesaikan tugas menepati masa yang ditentukan

Apabila sesuatu tugasan diberikan oleh guru, pelajar-pelajar mestilah


menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan dengan
sempurna. Pelajar-pelajar ini akan meminta bantuan dan tunjuk ajar
daripada rakan-rakan yang lain apabila menemui kebuntuan dalam
pelajaran.

Menepati masa bermaksud melakukan sesuatu kerja tepat pada


waktu yang telah ditetapkan. Kita perlu menghargai masa kerana
masa itu emas. Pengurusan masa yang baik dan melakukan sesutau
tepat pada masanya akan dapat mendisiplinkan diri. Murid dan
pekerja yang sentiasa menepati masa juga tidak akan terlambat ke
sekolah atau ke tempat kerja dan akan sentiasa disenangi oleh guru
dan majikan.

Seseorang yang menepati masa akan dapat menghindarkan diri


daripada masalah–masalah yang tidak dijangka. Contohnya orang
awam yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan
komuter akan ketinggalan sekirannya lambat ke perhentian.

Selain itu seseorang yang menepati masa pasti akan berjaya dalam
hidup. Setiap saat digunakan untuk melakukan aktiviti yang
berfaedah. Bagi murid yang sentiasa membaca buku, kejayaan sudah
pasti berada dalam genggamannya.

Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang. Dia


mudah diberi peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia

94
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

dapat menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang


diberikan. Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali semula. Oleh
itu, kita mesti pandai memanfaatkan masa. Seseorang yang menepati
masa tidak akan kerugian.

4.4.3 Suka membantu semua orang yang memerlukan bantuan

Firman Allah SWT:

‫ﲼ ﲽ ﲾ ﲿﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅﳆ ﳇ ﳈﳉ ﳊ ﳋ ﳌ‬

‫ﳍﳎ‬

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan


dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara
dosa dan permusuhan” ( al-Maidah : 2)

Amalan bantu membantu sesama muslim sungguh mulia di sisi Allah


SWT. Kebaikan yang akan diperolehi bukan sahaja kebaikan di dunia
malahan kebaikan itu akan diperolehi semasa berada di hari akhirat.
Ketika di hari akhirat hanya amal-amal soleh yang dilakukan semasa di
dunia sahaja akan dapat membantu.

Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW, Baginda bersabda :


ِ ِ ِ ِ ِ ‫من نَ َّفس َعن م ْؤِم ٍن حكربة ِمن حكر‬
،‫يامة‬
َ ‫س اللح َعْنهح حك ْربَة م ْن حكَرب يَ ْوا الق‬ َ ‫الدنْيا نَ َّف‬
ُّ ‫ب‬ َ ْ َْ ‫َْ َ ْ ح‬
‫وم ْن َستَ َر حم ْسلِما َستَ َرهح اللح يف‬ ِ ُّ ‫وم ْن يَ َّسَر َعلى حم ْع ِس ٍر يَ َّسَر اللح َعلَْي ِه يف‬
َ ِ‫الدنْيا واْلخَرة‬ َ
‫ك طَ ِريقا‬ ِِ ِ ِ ‫اْلخرةِ والل يف عو ِن‬
ِ ُّ
َ َ‫وم ْن َسل‬
َ ‫العْب حد يف َع ْون أَخيه‬
َ ‫العْبد ما كا َن‬
َ ْ َ ‫الدنْيا و َ ح‬
ِ ‫ت ِمن ب ي‬
ِ‫وت الل‬ ٍ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ي ْلتَ ِم‬
ْ ‫س فيه ع ْلما َس َّه َل اللح بِه طَ ِريقا إَِل اجلَنَّة وما‬
‫اجتَ َم َع قَ ْوٌا يف بَْي ْ حح‬ ‫َ ح‬

95
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

َّ ‫الس ِكينَةح و َغ ِشيَْت حه حم‬


‫الر ْْحَةح‬ ْ َ‫دار حسونَهح بَْي نَ حه ْم إِلَّ نََزل‬
َّ ‫ت َعلَْي ِه حم‬ ِ
َ َ‫تاب الل ويَت‬
ِ
َ ‫يَْت لحو َن ك‬
.‫وم ْن بَطَّأَ بِِه َع َملحهح ََلْ يح ْس ِر ْع بِِه نَ َسبحهح‬ ِ ِ‫وح َّفتْ هم الْم ئِ َكةح وذَ َكرهم الل ف‬
َ ‫يم ْن عنْ َدهح‬
َ ‫َح ح ح‬ َ ‫َ حح‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin
daripada satu kesalahan daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada satu kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat. Barangsiapa
yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang
menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup
keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong
hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa
yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu
kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu
masjid) sambil mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama
mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka,
rahmat akan meliputi mereka dan mereka akan dikelilingi oleh para
malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-
orang yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu
mempercepatkannya.” ( Riwayat Muslim )

4.4.4 Mampu menyumbang idea yang kritis dan bernas

Rasulullah SAW mendefinisikan kecerdasan dengan menggunakan


perkataan al-kayyis, sebagaimana dalam hadis berikut :

‫س َم ْن َدا َن نَ ْف َسهح َو َع ِم َل‬ ِ


‫ الْ َكيِّ ح‬:‫ال‬ ِّ ِ‫َع ْن َشدَّاد بْ ِن أ َْو ٍس َع ِن الن‬
َ َ‫َِّب صلى الل عليه وسلم ق‬
ِ ‫لِما ب ع َد الْمو‬
‫ت‬ ْ َ َْ َ

96
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Modul Penampilan Diri Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Maksudnya: “Dari Syaddad Ibn Aus, Rasulullah SAW bersabda : “Orang


yang cerdas adalah orang yang merendahkan dirinya dan beramal
untuk persiapan sesudah mati.” ( Riwayat Tirmizi )

Setiap pelajar perlu bersama-sama menyumbang idea, pendapat dan


pandangan yang bernas dalam meningkatkan kemajuan dalam
bidang akademik, akhlak dan sahsiah.

4.4.5 Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea dan


melaksanakan tugas dengan baik.

Pelajar yang cemerlang akan sentiasa terkehadapan dalam berfikir


dan mampu melontarkan idea yang berupaya memberikan impak
yang besar kepada pelajarannya dan orang-orang di sekelilingnya.

Idea yang hebat pastinya memerlukan suatu usaha yang juga tidak
kurang hebatnya. Oleh itu, pelajar yang mampu mencetuskan idea
hebat pastinya perlu memiliki suatu daya upaya dan semangat juang
yang berkobar-kobar bagi merealisasikan ideanya. Idea yang hebat
tanpa usaha yang sepadan adalah sia-sia.

Usaha dan kemahuan itulah yang terpenting bagi menentukan


kejayaan sesuatu tindakan. Usaha sehabis baik, pasti kemanisan
sebuah kejayaan itu akan dapat dinikmati suatu hari nanti.

97
Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah

Anda mungkin juga menyukai