Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN WIRID DAN DOA 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG, IPOH

1.0 PENGENALAN

PROGRAM WIRID DAN DOA merupakan salah satu program yang dirancang oleh
Panitia Pendidikan Islam SK Seri Ampang, Ipoh untuk memantapkan lagi ibadah, terutama di
dalam ibadah solat dikalangan murid-murid Islam tahun 6. Aktiviti ini juga telah dirancang
dan dimasukkan di dalam program Pasca UPSR 2018 bagi memberi pengisian yang
berfaedah setelah tamat UPSR. Wirid dan doa ini sangat penting bagi semua murid kerana ia
perlu menjadi amalan harian setiap kali selepas solat. Program wirid dan doa ini juga
dilaksanakan sebagaimana yang pernah dianjurkam oleh Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program j-QAF suatu masa dulu iaitu seramai 5
orang dalam satu kumpulan dan diketuai oleh seorang khalifah untuk memimpin bacaan wirid
dan doa diikuti murid yang lain. Semoga program dan aktiviti ini dapat berjalan dengan
lancar dan diteruskan untuk setiap tahun kerana ia juga salah satu program untuk
kemenjadian murid di bawah program Panitia Agama Islam dan Musolla Ar-Rahman.
Insyaallah.

2.0 NAMA PROGRAM

“WIRID DAN DOA”

3.0 TEMA PROGRAM

“IBADAH CEMERLANG UMMAH GEMILANG”

4.0 MATLAMAT

Memastikan kesempurnaan mengerjakan ibadah solat yang kukuh dan terlaksananya perintah
Allah.

5.0 OBJEKTIF

WIRID DAN DOA PASCA UPSR 2018 1


i. Melahirkan generasi pelajar Islam yang tinggi keyakinan terhadap keimanan dan
ibadah dan ajaran Islam melalui pendekatan tuntutan Allah.
ii. Memberi kesedaran tentang melaksanakan ibadah yang sempurna terhadap Allah.
iii. Dapat meningkatkan keimanan dan kecintaan terhadap Allah Azza Wajalla.
iv. Memahami dan melaksanakan tuntutan ibadah.
v. Dapat menjaga solat yang sempurna sepanjang masa.

6.0 TARIKH / MASA

22 OKTOBER 2019 (ISNIN)

7.0 TEMPAT PROGRAM

Musolla Ar-Rahman

8.0 PENYERTAAN

Semua murid tahun 6 yang beragama Islam ( 51 MURID LELAKI & 52 MURID
PEREMPUAN ) = 103 orang

9.0 FASILITATOR

1. Ustaz Che Daud Bin Che Mat


2. Ustaz Jerry Maslan Bin Mohamed Mokhtar
3. Ustaz Zulkifli Bin Mohamed
4. Ustazah Salma Binti Daud

10.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 2

12.0 PENUTUP

WIRID DAN DOA PASCA UPSR 2018 2


Diharapkan program ini berjaya membentuk sahsiah murid kepada seorang muslim sebenar
dalam menjalani kehidupan seharian untuk mendekati Alla Azza Wajala.

Disediakan oleh,

……………………………………….

(MOHD FARHAN BIN ABU AMIN)

PENYELARAS AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM,


PROGRAM PASCA UPSR 2018,
SK SERI AMPANG, IPOH.

Disemak oleh,

……………………………………………..

(AHMAD SHAUQI BIN ABD. RAHMAN)

PENYELARAS DAKWAH 2018,


SK SERI AMPANG, IPOH.

Disahkan oleh,

………………………….

(ISMAIL BIN YUSOFF)

GURU BESAR,
SK SERI AMPANG, IPOH.

Lampiran 1

WIRID DAN DOA PASCA UPSR 2018 3


Tentatif Program

MASA PERKARA TEMPAT


10.30 – 10.45  Taklimat dari ketua hakim
- Oleh : Ustaz Zulkifli Bin Mohamed Dewan S.M.
Al-Fateh

10.45 – 1.00 Pertandingan dilansungkan Musolla


 Hakim Hafaz & Lancar : Ustaz Zulkifli Ar-Rahman
 Hakim Tajwid : Ustaz Jerry Maslan
 Hakim Fasohah : Ustazah Salma
 Hakim Suara : Ustaz Che Daud

1.00 – 1.30 Solat Zuhur Lelaki :


Bersurai Dewan
Terbuka
Perempuan :
Musolla Ar-
Rahman

 Pertandingan dilaksanakan mengikut undang-undang dan syarat yang sama


sebagaimana dilaksanakan pihak Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran
Malaysia.
 Dilaksanakan seramai 4 / orang peserta dengan diketuai oleh seorang khalifah.

Lampiran 2

WIRID DAN DOA PASCA UPSR 2018 4


Anggaran Perbelanjaan (tiada)

- Nota ringkas murid : Buku wirid dan doa Musolla Ar-Rahman (pinjaman)
- Makan & minum fasilitator : tiada
- Cenderahati penceramah : Sumbangan sekolah (sekiranya ada)

WIRID DAN DOA PASCA UPSR 2018 5

Anda mungkin juga menyukai