Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

1.0 Pengenalan

Program Ihya’ Ramadan adalah program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam Program
Pendidikan Khas Integrasi yang mana ia merupakan satu program akan dijalankan dalam bulan
Ramadan. Program ini dirancang bagi memberi peluang kepada golongan istimewa sama-sama
menjiwai kelebihan bulan Ramadan dan diharapkan dapat membentuk generasi yang seimbang
dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek sebagaimana yang diharapkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Murid-murid bukan islam akan menjalani aktiviti berbentuk moral yang
diharapkan dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

2.0 Matlamat

Penglibatan murid-murid pendidikan khas dalam program sebegini amat kurang dijalankan
kerana masyarakat sering beranggapan mereka tidak mempunyai keperluan untuk memahami
kelebihan bulan Ramadan. Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam Program Pendidikan Khas
Integrasi berusaha untuk melaksanakan program ini sebagai salah satu program yang melibatkan
warga istimewa supaya turut sama merasai serta memahami kelebihan bulan Ramadan.

3.0 Rasional

Program Ihya’ Ramadan ini dapat memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang
amalan-amalan yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ramadan. Di samping itu, program ini
juga diharapkan dapat membantu mewujudkan rasa kecintaan kepada bulan Ramadan. Bagi
murid bukan islam, secara tidak langsung mereka turut merasai dan menghormati agama lain
yang menjalankan ibadah dalam bulan Ramadan.

4.0 Objektif

i. Melahirkan murid pendidikan khas yang beriman, beramal dan bertakwa.


ii. Memberi peluang kepada murid pendidikan khas turut merasai amalan program Ihya
Ramadan sepanjang Ramadan.
iii. Menggalakkan murid pendidikan khas turut menjadikan membaca Al Quran sebagai satu
amalan harian dalam kalangan mereka dengan memulakannya pada bulan Ramadan.
iv. Menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain yang berbeza agama.

1
5.0 Tarikh

Sepanjang bulan Ramadan(3 April 2023- 19 April 2023)

6.0 Tempat

Kelas pendidikan khas

7.0 Sasaran

Semua murid pendidikan khas SMK Desa Cempaka.

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Johari bin Jaafar


(Pengetua)
Pengerusi : Pn. Amina Binti VP Hamzah
(GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras Program : En. Mohd Sukri Bin Mad Yunus
Setiausaha : Pn. Noor Zakiah binti Mad Zubir
AJK : Pn. Norhaslin binti Sukor
Pn. Siti Nor Fadillah binti Mazlan
Pn. Nurul Fatihah binti Ramli
Pn. Juliana @ Arinah binti Johan
Pn. Afifah binti Mohd Amin
Pn. Rosmahayu binti Mat Rasit
Pn. Norshidawati binti Ibrahim
Pn. Wan Faridah Fairuz binti Wan Ramli
Pn. Azlin binti Mohammed Sharudin
En. Mohd Sayuki bin Mohd Zin
Pn. Aziyana binti Che Azib
Pn. Mazni binti Mohd Radzi

2
9.0 JADUAL PERLAKSANAAN
9.1 CADANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Nama Guru Perincian Cadangan Tarikh


1. Hafazan Surah Al-
Baqarah (Ayat Kursi)
(KSSM Sederhana) 3.4.2023
Rosmahayu binti Mat Semua murid (10.45 pagi –
2. Hafazan Surah Al- Rasit 12.00 tengah hari)
Ikhlas, Al-Falaq, An-
Nas (KSSM Rendah)
3. Membuat Biskut Raya Pn. Siti Norfadillah binti Semua murid 4.4.2023 &
Mazlan 18.4.2023
Nor Haslin binti Sukor (7.30 pagi - 10.00
pagi)
4. Membuat sampul raya Mazni binti Mohd Radzi Semua murid 5.4.2023
(10.45 pagi - 12.00
tengah hari)
5. Solat Dhuha Tazkirah En. Mohd Sayuki bin Semua murid 7.4.2023 &
Ramadan & Aktiviti Mad Zin 14.3.2023
Pendidikan Moral En. Mohd Sukri bin (9.50 pagi – 11.05
MadYunus pagi)
Pn. Afifah binti Mohd
Amin (PM)
6. Pertandingan Azan Pn. Azlin binti Mohamed Semua murid 12.4.2023
Pertandingan Iqamat & Sharuddin (10.45 pagi –
Aktiviti Pendidikan Pn. Aziyana binti Che 12.00 tengah hari)
Moral Azib (PM)
7. Kuiz bulan Ramadan & Pn. Juliana @ Arinah Semua murid 13.4.2023
Kuiz Pendidikan Moral binti Johan (PI & PM) (10.45 pagi –
Pn. Aziyana binti Che 12.00 tengah hari)
Azib

8. Pertandingan menulis Pn. Nurul Fatehah binti Semua murid 10.4.2023


khat Ramadan Ramli (PI & PM) (10.45 pagi –
12.00 tengah hari)
9. Membuat kad raya Pn. Noor Zakiah Binti Semua murid 10.4.2023
besar Mad Zubir (PI & PM) (10.45 pagi –
12.00 tengah hari)
10. Acara Penyampaian Pn. Norshidawati binti Semua murid 18.4.2023
Hadiah dan Sumbangan Ibrahim 8.30 – 9.30
duit raya Nor Aziyana binti Che
Azib

3
9.0 KEWANGAN
Sumber kewangan ialah wang PCG Wajib dan PCG Penyediaan & Pembuatan Makanan:
i- Sumber kewangan PCG Wajib

BI PERKARA KUANTITI X HARGA JUMLAH


L
1. Hadiah Pertandingan Hafazan
Kefungsian Sederhana (3) 3 x RM10.00
Kefungsian Rendah (5) 5 x RM30.00 RM80.00
2. Kuiz Ramadan & Kuiz
Pendidikan Moral
Kefungsian Sederhana (3) 3 x RM10.00
Kefungsian Rendah (5) 5 x RM30.00 RM100.00
Pendidikan Moral 2 x RM20.00
3. Pertandingan Menulis Khat
Kefungsian Sederhana (3) 3 x RM10.00
Kefungsian Rendah (5) 5 x RM30.00 RM100.00
Pendidikan Moral 2 x RM20.00
4. Pertandingan azan
Kefungsian Sederhana (3) 3 x RM10.00
Kefungsian Rendah (5) 5 x RM30.00 RM100.00
Pendidikan Moral (2) 2 x RM20.00
5. Pertandingan Iqamat
Kefungsian Sederhana (1) 1 x RM10.00
Kefungsian Rendah (2) 2 x RM10.00 RM30.00

7. Saguhati Ramadan 70 x RM20.00 RM1400.00


Jumlah RM1810.00

ii- Sumber kewangan PCG Penyediaan dan Pembuatan Makanan;

BIL BAHAN KUANTITI JUMLAH


1. Buttercup (1kg) 6kg
2. Brown sugar 8kg
3. Esen vanilla 250ml
4. Telur 30 biji
5. Tepung gandum 15kg
6. Tepung jagung 3kg
7. Baking powder 200gm
8. Soda bikarbonat 200gm
9. Minyak jagung 2kg
10. Chocolate chip (Beryls) 5kg
11. Almond nibs 5kg

4
12. Souvenir plastic (6”x9”) 100 keping

Pendapatan

Wang PCG Teras Pendidikan Khas : RM1810.00

10.0 PENUTUP

Program Ihya’ Ramadan dan aktiviti moral ini diharapkan dapat menjadi wadah untuk
membentuk murid-murid pendidikan khas dengan nilai-nilai murni dan mulia. Selain itu,
program ini diharapkan dapat membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ………………………………………..
(MOHD SUKRI BIN MD YUNUS ) (PN. AMINA BINTI VP HAMZAH)
Penyelaras GPK Pendidikan Khas
Program Ihya’ Ramadan SMK Desa Cempaka.
SMK Desa Cempaka.

Disahkan oleh,

………………………………
(JOHARI BIN JAAFAR)
Pengetua
SMK Desa Cempaka.

Anda mungkin juga menyukai