Anda di halaman 1dari 10

Abstrak

Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti punca pelajar lewat hadir ke sekolah
dalam kalangan pelajar-pelajar sesi pagi SMK Seri Permaisuri. Kehadiran pelajar lewat ke
sekolah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan sejak kebelakangan ini. Oleh itu pihak
sekolah khususnya para pentadbir bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
Badan Disiplin telah mengenal pasti masalah ini dan mengambil inisiatif untuk mengekang
masalah ini. Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 iaitu
seramai 35 orang pelajar yang lewat hadir ke sekolah.
Tinjauan secara pemerhatian, borang kehadiran lewat dan soal selidik digunakan untuk
mengenal pasti permasalahan atau punca kehadiran lewat pelajar ke sekolah. Didapati data awal
melalui data borang kehadiran lewat, kebanyakannya pelajar bangun lambat menyebabkan lewat
ke sekolah. Program Kami Sayang Anda dan motivasi telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling dalam meningkatkan kehadiran awal pelajar ini ke sekolah. Manakala dari pihak
Badan Disiplin pula mengenakan tindakan menampal nama-nama pelajar lewat untuk kesedaran
umum dan juga rotan sekiranya melebihi dari 5 kali lewat. Pengkaji mengharap agar dengan
adanya pendekatan dari pelbagai program seperti ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat).

1.0 REFLEKSI YANG LALU

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan dalam melahirkan murid-murid yang mempunyai
akademik dan berpendidikan malahan juga tempat untuk pembentukan sahsiah diri yang baik.
Dalam mendapatkan proses pendidikan dan pembentukan akhlak inilah berlakunya proses
sosialisasi dalam sesebuah organisasi sekolah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu suatu usaha bukan berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Peranan pihak sekolah seperti guru dan para pentadbir amat penting bagi memastikan
murid-murid mendapat pendidikan di samping membentuk nilai murni yang baik dalam
diri.Namun tugas itu bukan suatu yang mudah dengan cabaran sosialisasi dan modenisasi yang
menuntut kawalan intelek, emosi dan rohani dalam meneruskan cabaran hidup masa kini. Pada
masa kini kehadiran lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri semakin
menjadi-jadi. Kehadiran lewat ke sekolah berdasarkan melebihi jam 7.30 pagi. Pelajar
menganggap bahawa isu lewat tidak menimbulkan masalah yang pentingnya mereka tetap hadir
ke sekolah. Malahan pihah disiplin turut melaporkan sehingga jam 9.30 pagi masih ada pelajar
yang hadir ke sekolah.

Pada masa kini kehadiran lewat semakin menjadi-jadi di SMK Seri Permaisuri. Didapati
maklumat awal melalui pemerhatian dan analisa borang kehadiran lewat, seramai 130 orang
(16.3%) yang hadir lewat pada bulan Januari manakala pada bulan Julai adalah seramai 64 orang
(8.0%) yang melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini menggambarkan bilangan yang agak
ramai pelajar SMK Seri Permaisuri yang terlibat dengan kehadiran lewat ke sekolah.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Bermula pada bulan Januari, seramai 130 orang (16.3%) pelajar yang terlibat dengan kehadiran
lewat ke sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini akan membimbangkan kerana
pada bulan Januari sahaja sudah menunjukkan hampir 130 orang yang lewat. Jadi, kami perlu
melakukan tindakan segera bagi mengurangkan kes lewat ini dengan menjalankan kajian
tindakan yang akan bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai 2015 untuk
melihat keberkesanan tindakan yang akan kami jalankan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk menangani masalah kehadiran pelajar yang lewat ke sekolah dalam
kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri.
3.2 Objektif Khusus
i) Mengenal pasti punca kehadiran pelajar datang lewat ke sekolah.
ii) Mengenal pasti jenis kenderaan pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iii) Mengenal pasti jenis kediaman pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iv) Mengurangkan kadar lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar pelajar
SMK Seri Permaisuri.
v) Membantu pelajar-pelajar ini melalui sesi kaunseling individu dan
kelompok dan aktiviti yang meningkatkan motivasi mereka untuk datang
awal ke sekolah.
vi) Memastikan pengurangan kadar jumlah lewat ke sekolah dalam kalangan
pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Seri Permaisuri.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kami mengambil sampel 35 orang pelajar yang hadir lewat pada bulan Januari dan
pelajar ini juga adalah antara pelajar lewat yang tegar dari tahun lepas.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


Pemerhatian awal melalui analisa data borang kehadiran lewat yang diambil oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling setiap hari bermula dari bulan Januari hingga Julai 2015.
Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati pelajar yang hadir lewat pada bulan Januari
hingga Julai 2015, mempunyai sebab-sebab tertentu hadir lewat ke sekolah. Pengkaji membuat
semakan terhadap 35 orang responden yang datang lewat dengan sebab-sebab yang dinyatakan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Data kehadiran pelajar lewat (35 orang responden) daripada tingkatan 3 hingga 5 bagi bulan
Januari hingga Julai 2015.
BULAN BILANGAN PELAJAR HADIR LEWAT
Januari 130 (16.3%)
Februari 82 (10.3%)
Mac 121 (15.1%)
April 161 (20.1%)
Mei 120 (15.0%)
Jun 60 (7.5%)
Julai 64 (8.0%)

Perbezaan antara jumlah pelajar datang lewat pada bulan Januari dan Julai adalah 99 orang
bersamaan dengan 8.3%. Ini berlaku perbezaan dan pengkaji telah mengambil usaha bagi
menjalankan soal selidik terhadap 35 orang responden dari tingkatan 3 hingga 5 untuk
mengetahui punca sebenar pelajar datang lewat secara terperinci

Berikut adalah jenis kenderaan ke sekolah bagi 35 orang responden yang dikaji:
JENIS KENDERAAN JUMLAH RESPONDEN
A- Jalan kaki 21 orang
B- Basikal -
C- Motosikal 7 orang
D- Ibu /ayah hantar 2 orang
E- Bas /van sekolah -
F- Kenderaan awam 4 orang
G- Kereta kawan/makcik/pakcik -
H- Lain-lain 1 orang
JUMLAH 35 orang

Tempat tinggal 35 orang responden yang dikaji:


JENIS KEDIAMAN JUMLAH RESPONDEN
1- Flat Sri Melaka 5 orang
2- Flat Sri Johor 8 orang
3- Kuarters IPG 3 orang
4- Flat Sri P.Pinang 2 orang
5- Cheras Baru 1 orang
6- Sri Penara 3 orang
7- Flat Sri Sabah 2 orang
8- Jalan Ikan Emas 2 orang
9- Pangsapuri Indah Mas 1 orang
10- PPR Taman Mulia BTR 1 orang
11- Kondo Bayu Tasik 2 orang
12- Villa Laman Tasik Condo 1 orang
13- Cengal Condo 1 orang
14- Apartment Lumayan 1 orang
15- Pangsapuri Cheras 4E 1 orang
16- Lain -lain 1 orang
JUMLAH 35 orang

Dapatan soal selidik mengenai persetujuan punca-punca kehadiran lewat ke sekolah (35
responden):
BIL PUNCA/SEBAB LEWAT JUMLAH YA (/) JUMLAH T
1 Bekerja sambilan 3 orang 32 o
2 Tidur jam 12 malam ke atas 25 orang 10 o
3 Kurang bermotivasi ke sekolah 10 orang 25 o
4 Hadir ke sekolah sebab terpaksa 7 orang 28 o
5 Lewat sebab diri sendiri 30 orang 5 or
6 Tempat tinggal jauh dari sekolah 15 orang 20 o
7 Tinggal bersendirian 3 orang 32 o
8 Jadual kenderaan awam tidak menentu 13 orang 22 o
9 Suka tunggu rakan 18 orang 17 o
10 Tiada orang prihatin 5 orang 30 o
11 Sikap sambil lewa 5 orang 30 o
12 Sengaja datang lewat 5 orang 30 o
13 Masalah bangun awal 28 orang 7 or
14 Tidak tahu sebab datang ke sekolah 9 orang 26 o

JUMLAH PERATUS PUNCA-PUNCA KEHADIRAN PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH 2015

Secara keseluruhannya, didapati punca-punca bagi pelajar SMK Seri Permaisuri lewat
hadir ke sekolah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan graf di atas iaitu bekerja
sambilan, tidur jam 12 malam ke atas, kurang bermotivasi ke sekolah, hadir ke sekolah sebab
terpaksa , lewat sebab diri sendiri, tempat tinggal jauh dari sekolah, tinggal bersendirian, jadual
kenderaan awam tidak menentu, suka tunggu rakan, tiada orang prihatin, sikap sambil lewat,
sengaja datang lewat, masalah bangun awal dan tidak tahu sebab datang ke sekolah.
Hasil daripada dapatan kajian ini, didapati bahawa punca utama pelajar lewat datang ke
sekolah adalah atas sebab diri sendiri atau sikap dan perangai pelajar tersebut iaitu sebanyak
85.7 %. Punca berikutnya adalah masalah untuk bangun awal iaitu sebanyak 80%. Seterusnya,
tidur lewat 12 malam ke atas merupakan punca ketiga tinggi iaitu sebanyak 71.4%.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan:


Lima tindakan telah dijalankan iaitu:
1) Program Kempen Datang Awal- Ops PANTAS
2) Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
3) Kelompok Sayangi Diri
4) Program Kami Sayang Anda
5) Ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat)

Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan:


Tindakan 1: Peraturan disiplin sekolah diterangkan dan pentadbir bersama kaunselor,
guru bertugas menunggu di pagar sekolah menggalakkan pelajar datang awal ke sekolah.
Tindakan 2: Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
Tindakan 3: Memanggil para pelajar yang lewat hadir ke sekolah secara berkelompok
mengikut bilangan kehadiran lewat mereka.
Tindakan 4: Memberi suntikan motivasi serta edaran bahan-bahan modul kepada mereka
yang terlibat dengan kehadiran lewat bersama pentadbir dan kaunselor.
Tindakan 5: Perkongsian ilmu, tembubual dan soal selidik kepada 35 orang responden
yang kerap hadir lewat ke sekolah.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian/ Penilaian)


5.4.1 Pelaksanaan Tindakan 1- Program Kempen Datang Awal- Ops
PANTAS
i) Pengkaji bersama pihak pentadbir serta guru bertugas kerjasama dengan Unit Disiplin
menyatakan peraturan kepada para pelajar agar datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi setiap
hari bermula Januari 2015. Selain itu, pihak pentadbir turut memainkan peranan mereka
bersama-sama turun padang untuk memastikan kempen datang awal ke sekolah berjalan lancar.

ii) Selain itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menjaga kehadiran pelajar lewat ini mulai jam
7.30 hingga 8.30 pagi bagi menggalakkan dan memberi suntikan motivasi agar mereka datang
lebih awal.
iii) Dari pemerhatian itu, pengkaji mendapati bagi mengatasi kehadiran pelajar yang lewat ke
sekolah, pihak sekolah iaitu pentadbir, guru bertugas, guru disiplin dan guru kaunseling perlu
mengambil tindakan yang lebih tegas lagi.

5.4.2 Pelaksanaan Tindakan 2- Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke
Sekolah) 2015
i) Pengkaji bersama pihak pentadbir telah mengambil inisiatif yang positif untuk memberi sijil dan
hadiah iringan kepada pelajar yang telah hadir awal ke sekolah sebagai memberi penghargaan
mereka.
ii) Ini sekaligus memberi galakan kepada mereka untuk datang awal ke sekolah dan menghargai
masa. Mereka dipilih berdasarkan jumlah kekerapan datang lewat yang semakin berkurangan
berdasarkan dari bulan Januari hingga Mei (penggal pertama persekolahan).
iii) Seramai 3 orang yang telah berjaya membentuk sahsiah positif iaitu datang awal ke sekolah
sebelum 7.30 pagi.

5.4.3 Pelaksanaan Tindakan 3- Kelompok Sayangi Diri


i) Pengkaji memanggil responden yang terlibat seramai 35 orang secara berperingkat mengikut
situasi yang sesuai.
ii) Rakan pengkaji iaitu Pn Wan Normala telah memanggil pelajar yang berada di bawah seliaan
program beliau iaitu seramai 15 orang responden dikumpulkan dalam bilik kaunseling.
iii) Pengkaji pula telah mengumpulkan seramai 20 orang responden yang terlibat dalam bilik
kaunseling pada hari yang lain.
iv) Rakan pengkaji iaitu Pn Chieng Lung Ann menyediakan dan mengedarkan bahan-bahan motivasi
bagi 35 orang responden ini.
v) Perbincangan kelompok mengenai sebab utama mereka datang lewat ke sekolah dan hala tuju
mereka mengenai masa depan.
vi) Sesi ini telah dapat mengurangkan bilangan responden yang hadir lewat ke sekolah.

5.4.4 Pelaksanaan Tindakan 4- Program Kami Sayang Anda


i) Rakan pengkaji iaitu Pn Wan Normala merupakan Penyelaras bagi program khas ini kerjasama
dengan Unit Disiplin.
ii) Rakan pengkaji juga mengumpulkan 35 orang responden ini pada setiap Jumaat minggu terakhir
setiap bulan. Perjumpaan sekali sebulan ini diadakan di Dewan Terbuka sekolah.
iii) Dalam perjumpaan ini, rakan pengkaji memberikan bahan/modul kepada 35 responden ini agar
mereka dapat suntikan motivasi untuk hadir awal ke sekolah serta mengetahui hala tuju mereka
ke sekolah.

5.4.5 Pelaksanaan Tindakan 5- Ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat)


i) Pengkaji telah mengumpulkan 35 orang responden ini dalam sebuah program khas iaitu ceramah
yang diadakan di Bilik Muzik, SMK Seri Permaisuri.
ii) Mereka diberi soal selidik serta mendengar perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan. Ini
untuk menggalakkan mereka agar menghargai masa dan secara tidak langsung datang ke sekolah
dengan lebih awal lagi.
iii) Daripada pemerhatian pengkaji, bilangan responden hadir lewat ke sekolah hanya dapat
dikurangkan daripada 35 kepada 34 orang. Hanya seorang sahaja yang berjaya dikenal pasti telah
hadir awal ke sekolah dari bulan Jun hingga Julai (penggal kedua persekolahan).

5.5 Refleksi Kajian


Daripada 35 orang responden yang lewat hadir ke sekolah ini, didapati kebanyakan
mereka adalah tinggal di flat Sri Johor dan didapati kesemua responden ini adalah tinggal di
kawasan yang berdekatan dari sekolah iaitu tidak melebihi 2km dari sekolah. 21 orang pelajar
daripada 35 responden ini datang sekolah dengan jalan kaki. Secara keseluruhannya, pelajar
lewat hadir ke sekolah telah menurun dari 130 orang pelajar pada bulan Januari ke 64 orang
pelajar pada bulan Julai yang lalu. Selepas lima tindakan yang telah diambil, ada impak sedikit
sebanyak iaitu ada penurunan dari segi bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Ini telah
menunjukkan ada perubahan yang positif terhadap ketetapan waktu ke sekolah. Harapan kami,
mereka dapat membuang terus amalan negatif itu. Pihak sekolah perlu mengatasi masalah lewat
ke sekolah secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Memandangkan kajian ini menghasilkan perubahan diri dan sikap murid yang positif
terhadap kehadiran ke sekolah, kami akan seterusnya menjalankan kajian yang sama dengan
responden-responden daripada pelajar lain yang lewat hadir ke sekolah. Kami berharap dengan
penerusan kajian ini dapat lagi mengurangkan dan seterusnya membuangkan amalan lewat ke
sekolah di kalangan pelajar sesi pagi tahun 2015 ini. Dengan kehadiran yang sempurna,
ketepatan waktu sekolah ini diharapkan pencapaian akademik akan meningkat daripada segi
kualiti dan kuantiti.
Bibliografi
1. Anj Jit Eng, Ph.D. Pengurusan Disiplin Murid.
2. Garis Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
JPWPKL.2004.
3. Mohd Ismail Othman. Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995. Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.

SOAL SELIDIK ISU PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH

1. JANTINA :L/P
2. BANGSA : M / C/ I/ LL
3. TINGKATAN : 3/ 4/ 5/ 6 KELAS: _______________
4. TEMPAT TINGGAL :

5. KENDERAAN KE SEKOLAH :

a) SENDIRI : JALAN KAKI
b) SENDIRI : BERBASIKAL
c) SENDIRI : BERMOTOSIKAL
d) IBU/ AYAH HANTAR
e) BAS SEKOLAH / VAN SEKOLAH
f) MENAIKI KENDERAAN AWAM (BAS/LRT/KTM/TEKSI)
g) IKUT KERETA KAWAN/ MAKCIK/ PAKCIK
h) LAIN-LAIN

ARAHAN
TANDAKAN (/) PADA YA JIKA KENYATAAN TERSEBUT BENAR DAN TIDAK BAGI
KENYATAAN YANG SALAH. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.

BIL ITEM YA
1 Saya bekerja sambilan
2 Kebiasaan saya tidur jam 12 pagi keatas
3 Masa tidur saya berkualiti (6 jam)
4 Saya suka hadir ke sekolah
5 Saya bangun sebelum jam 6.00 pagi
6 Saya kurang bermotivasi untuk hadir ke sekolah setiap hari
7 Masa sangat penting dalam hidup saya
8 Saya rasa peraturan sekolah terlalu longgar
9 Saya hadir ke sekolah kerana terpaksa/paksaan (ibubapa/keluarga/guru)
10 Pada pandangan saya, kehadiran lewat ke sekolah sesuatu yang merugikan (pelajaran
tertinggal)
11 Kelewatan saya hadir ke sekolah adalah disebabkan saya sendiri bukannya orang lain
12 Kediaman/ tempat tinggal berada di luar zon/ kawasan sekolah.
13 Saya tinggal berseorangan dan bukan bersama keluarga atau penjaga.
14 Jadual perjalanan menaiki kenderaan awam yang tidak menentu.
15 Saya suka menunggu rakan untuk ke sekolah bersama-sama.
16 Tiada orang prihatin kepada saya
17 Sikap guru sambil lewa tentang pelajar datang lewat ke sekolah
18 Saya memang sengaja datang lewat
19 Saya mempunyai masalah untuk bangun awal
20 Saya tidak tahu sebab perlu datang awal ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai