Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI PROGRAM LAWATAN KE PUSAT SERENTI SERENDAH

Pada 19 Mac 2008 yang lalu, saya dan ahli kumpulan A, untuk subjek

Pendidikan dan Pencegahan Dadah (KKD 3013) telah membuat satu lawatan ke

Pusat Serenti Serendah. Saya dan ahli kumpulan bertolak ke Pusat Serenti

Serendah tepat jam 7.30 pagi. Rombongan ini telah menaiki sebuah bas besar

dan sebuah bas kecil. Sepanjang berada di Pusat Serenti Serendah, yang

terletak di selangor adalah merupakan satu pengalaman yang amat menarik dan

satu program yang saya anggap amat berguna kepada saya yang bakal menjadi

seorang kaunselor tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi inilah buat pertama kalinya

saya berkesempatan melawat pusat serenti. Walaupun saya mengalami sedikit

masalah iaitu perut saya meragam sebelum kami menjalankan program ini

namun ia bukannya satu penghalang kepada saya untuk turut serta dalam

program ini. Malahan saya betul-betul teruja dan sedikit gundah untuk meyertai

program lawatan ini.

Setelah tiba di sana, saya masih lagi merasa teruja dan sedikit gundah

untuk masuk kerana ingin mengetahui dan melihat persekitaran dan keadaan

penagih-penagih di situ. Setelah masuk ke tempat itu, perasaan gundah sedikit

demi sedikit hilang setelah diberi penerangan dan sedikit taklimat oleh pegawai

di sana. Suasana di sana agak tenang dan kelihatan mereka agak menghormati

kami dan saya melihat penagih-penagih tersebut agak baik dan mereka melayan

dan menerima kehadiran kami dengan baik. Persekitaran di sana agak baik dan
suasana agak tenang di mana penagih-penagih ini mempunyai pelbagai aktiviti

yang mereka perlu lakukan seperti membuat projek seperti bercucuk tanam,

berkawad, memasak, menjahit pakaian, membuat kraftangan, melukis dan

sebagainya.

Di pusat serenti ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk

penagih-penagih. Antara kemudahan yang disediakan ialah seperti surau,

bengkel menjahit, melukis, memasak, berkebun, tempat menternak haiwan dan

sebagainya. Aktiviti yang dilakukan ini akan dapat menolong mereka untuk

berdikari dan hidup dengan baik setelah tamat tempoh pemulihannya kelak.

Kemudahan yang disediakan ini juga untuk mereka merasakan kehidupannya

adalah sangat bermakna dan tidak harus dipersiakan semata-mata kerana

mereka seorang penagih dadah. Selain itu, ia tidak akan membuatkan mereka

merasa bosan di mana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat

menyihatkan diri mereka dan ia juga dapat membantu mereka untuk melupakan

keadaan yang dialami. Hasil daripada aktiviti yang dilakukan itu akan dijual

kepada orang ramai di mana keuntungan yang diperolehi akan diberikan kepada

mereka setelah mereka keluar daripada pusat itu. Selain itu, saya melihat sistem

keselamatan yang ada di sana agak baik di mana ia dikawal oleh pihak polis dan

sekelilingnya dipagari dengar pagar berduri yang tinggi. Bagi penagih yang

berada pada fasa satu tidak dibenarkan untuk bergaul dengan mereka yang

berada di fasa satu dan dua kerana takut mendengar khabar-khabar yang tidak

elok daripada penagih dari fasa yang lain dan penagih ini masih berkeinginan
untuk melarikan diri. Bagaimanapun bagi mereka yang berada pada fasa dua

dan tiga bebas bergerak di dalam pusat tersebut dan bergaul antara satu sama

lain.

Melalui lawatan ini, banyak maklumat dan pengetahuan yang saya

perolehi. Kebanyakkan penagih kembali menagih kerana terdapat ruang untuk

mereka kembali menagih seperti bergaul semula dengan rakan-rakan yang

mengambil dadah, dipulaukan, bersendirian, tidak ada aktiviti yang dilakukan,

dipinggirkan masyarakat, dan berbagai lagi ruang-ruang yang boleh

menyebabkan mereka kembali menagih. Sebelum ini, saya mempunyai

pandangan negatif terhadap mereka, tetapi setelah mengetahui tentang

keadaan dan situasi yang dialami oleh mereka, saya sedar bahawa seorang

penagih memerlukan bantuan dan sokongan mental, spiritual dan fizikal daripada

masyarakat. Banyak faktor yang menyebabkan mereka menagih dan untuk

mengelakkan mereka daripada menagih kembali, ruang-ruang yang menjurus ke

arah itu perlu ditutup dan mereka perlu berusaha untuk mengelakkan diri

daripada mempunyai ruang itu. Masyarakat juga sepatutnya menerima mereka

dengan baik setelah mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan dan berusaha

membantu mereka untuk kembali pulih. Justeru itu, masyarakat tidak harus

menyalahkan mereka seratus peratus. Kerana kesalahan mereka juga adalah

disebabkan kelalaian masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif

kepada ahli masyarakat dan sterusnya memberi ruang dan peluang kepada

mereka untuk terjebak dengan najis dadah. Selain itu, saya juga dapat
mengenali kehidupan penagih dan mengetahui mengapa orang yang mengambil

dadah terlalu sukar untuk berhenti walaupun sudah berkali-kali keluar masuk

pusat pemulihan. Saya juga dapat mengetahui bagaimana gaya hidup sebagai

seorang penagih, risiko dan kesan-kesan yang dialami sebagai penagih. Sudah

pasti, apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah ia akan sukar

untuk mendapat tempat di hati keluarga dan masyarakat. Malahan penghinaan

yang mereka akan dapat daripada kesalahan yang dilakukannya.

Semasa berada di sana, saya berkesempatan menemubual seorang

penagih yang yang berasal dari Johor dan menetap di Johor Bahru. Beliau

menjadi ketua tukang masak di pusat serenti ini. Penagih yang ditemu ramah ini

sudah empat kali ditahan pusat serenti dan beberapa kali ke penjara. Beliau

sekarang sudah berumur 43 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Beliau

telah mempunyai empat orang anak dan anak pertamanya ialah lelaki dan telah

berusia 21 tahun. Sepanjang 20 tahun beliau bergelar penagih, keluarga beliau

cukup memberi perhatian terhadapnya. Malah, sebelum berkahwin lagi isteri

beliau mengetahui yang beliau merupakan seorang penagih dadah. Dalam temu

ramah ini, beliau tidak menyalahkan keluarga dan masyarakat tetapi

menyalahkan dirinya sendiri yang menyebabkan terlibat dengan najis dadah.

Selama 23 tahun beliau menagih, dadah sudah menjadi tempat pergantungan

hidup bagi beliau yang mana jika tidak mengambilnya tubuh beliau akan menjadi

tidak bermaya dan tidak dapat membuat kerja. Menurut beliau lagi, pengambilan

dos juga perlu ditambah untuk memanjangkan masa mereka untuk melakukan
sesuatu kerja. Penagih yang ditemu ramah ini sudah 4 kali keluar masuk pusat

serenti dan penjara tetapi tetap kembali menagih semula apabila terdapat ruang

untuk beliau kembali menagih seperti persekitaran tempat tinggalnya, bergaul

dengan rakan yang sama-sama menagih, tidak ada aktiviti yang dilakukan atau

menghadapi masalah seperti tidak ada pekerjaan dan sebagainya. Disebabkan

ruang yang ada begitu banyak, menyebabkan beliau kembali menjadi penagih.

Menurut beliau, walaupun bergelar seorang penagih, isteri dan anak-anak,

keluarga serta ibubapa beliau tetap menerima beliau dengan baik dan setia

memberi sokongan dan nasihat dan tidak pernah sesekali memulaukannya.

Beliau mula menagih seawal usia 20 tahun disebabkan oleh perasaan ingin

mencuba di mana menurutnya pada masa itu tidak terdapat media atau alat-alat

yang menunjukkan dadah itu adalah merbahaya. Semasa itu juga beliau

mengalami kejutan budaya setelah berhijrah dari Johor ke bandaraya Kuala

lumpur. Pada masa itu, beliau berjauhan dengan keluarga dan mempunyai

banyak wang. Beliau mengatakan merokok merupakan jalan utama untuk

seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Pada awal penagihannya, beliau

mengambil dadah tradisional iaitu dadah jenis ganja. Beliau juga telah mencuba

pelbagai jenis dadah yang mana beliau mengatakan dadah yang merbahaya

adalah methadone yang mana akibat pengambilan bahan tersebut seseorang

akan menjadi tidak ingat atau lupa akan apa yang dilakukannya. Beliau yang

mengambil dadah, pada mulanya dengan cara hisapan dan suntikan seta bebas

daripada virus HIV. Ekoran ingin mendapatkan dadah, pelbagai perkara yang

telah dilakukan oleh beliau seperti mencuri, meragut, dan pelbagai lagi aktiviti
lain yang dilakukan untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Jenayah

yang pertama beliau lakukan ialah untuk mendapatkan bekalan dadah ialah

mencuri motorsikal. Kata beliau, perkara yang paling ditakuti oleh seseorang

penagih ialah putusnya bekalan dadah. Seseorang penagih tidak akan takut

kepada undang-undang, Tuhan, dan polis. Sebaliknya takut jika bekalan

dadahnya terputus. Beliau berkata biasanya tempat-tempat untuk mengambil

bekalan adalah dilorong-lorong, di rumah kosong, dalam semak, ladang kelapa

sawit yang mana tempat-tempat tersebut menjadi tempat biasa bagi penagih

untuk mendapatkan bekalannya. Menurut beliau walaupun tahu risiko akan

ditangkap polis, tetapi masih lagi ingin mendapatkannya kerana menurut beliau

seorang penagih itu memang sukakan cabaran dan setelah mendapat apa yang

diinginkan, mereka akan puas walaupun sukar dan susah untuk

mendapatkannya. Mereka ingin cepat dan bila sudah mendapatkannya, mereka

merasa puas. Menurut beliau, selepas beberapa kali keluar masuk pusat serenti,

ia dapat memberi banyak faedah kepada beliau kerana ia telah dapat memberi

pelbagai kemahiran dan telah menolong beliau menjadi orang yang berani dan

pandai berkomunikasi dan diberi kepercayaan untuk menjadi ketua tukang

masak. Menurut beliau, untuk berhenti menagih, seseorang penagih itu perlulah

kuat semangat dan mempunyai matlamat hidup dan sikap untuk berubah serta

mempunyai kekuatan diri supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak kembali

dengan dadah. Berdasarkan kenyataan beliau, proses rawatan yang dapat

memulihkan mereka adalah seperti sesi kaunseling individu dan kelompok, serta

proses psikoterapi dengan pelbagai atktiviti yang dilakukan seperti berkawad,


bertanam, berkebun, bertukang dan sebagainya. Baginya, dengan bergiat aktif di

pusat serenti adalah jalan yang cepat untuk menghilangkan ketagihan dadah.

Beliau juga berkata, beliau aktif bukan untuk menpercepatkan tempoh tahanan,

tetapi merupakan rawatan yang paling mujarab bagi menghilangkan perasaan

ketagih kepada dadah. Ini dibuktikan apabila beliau merupakan salah seorang

daripada ahli pemenang kejohanan bola tampar peringkat kebangsaan pusat

serenti seluruh malaysia. Gambar dan berita kejayaan beliau ada terpampar di

dada akhbar Utusan Malaysia 2007. Beliau berharap yang beliau dapat

membangunkan serta memajukan perniagaan restauran makanan beliau yang

kini dikendalikan oleh isteri dan anak sulung beliau setelah keluar kelak. Menurut

beliau setiap manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan dan

kesilpan, begitu juga dengan beliau. Cuma bezanya menurut beliau, kesalahan

dan kesilapan insan seperti beliau nampak jelas di mata masyarakat. Beliau juga

berseru, jangan kerana satu perkara yang silap dilakukannya, masyarakat terus

membuangnya daripada komuniti mereka. Jangan sesekali menafikan hak

bersama seorang insan bergelar penagih. Kerana sikap seperti itulah yang

membuatkan majoriti bekas penagih kembali kepada penagihan dadah. Beliau

juga berpesan kepada masyarakat luar agar tidak terlibat dengan dadah dan

jangan sesekali merapati ruang penagihan kerana ia tidak memberi faedah atau

kebaikkan malah merosakkan diri sendiri dan keluarga dan tanah air tercinta.

Daripada pengalaman dan pembelajaran yang saya perolehi melalui

lawatan ini, saya tidak akan mensia-siakannya dan malah saya akan
menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran kepada diri saya serta akan

mengaplikasikannya setelah bergelar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

nanti. Untuk itu, saya sebagai bakal kaunselor harus mengetahui pelbagai input

mengenai penyalahgunaan dan pemulihan dadah ini. Hal ini kerana kes-kes

sedemikian mungkin akan terjadi ketika saya menjadi seorang kaunselor nanti.

Saya juga dapat mengetahui kehidupan realiti seorang penagih dadah yang

penuh dengan dugaan dan cabaran. Walaupun mereka ada keinginan untuk

bebas daripada dadah namun disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman

terdapat ruang untuk mereka terus menagih dadah masih lagi menyelubungi

hidup mereka. Akhir sekali, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua

pihak agar sama-sama membantu dan memimpin penagih serta bekas penagih

kembali ke pangkal jalan. Semoga berkat usaha bersama ini mendapat

keredhaan Ilahi dan seterusnya membebaskan negara Malaysia daripada

ancaman dadah.

Anda mungkin juga menyukai