Anda di halaman 1dari 24

Objektif Penubuhan Mora Attitude Centre

Memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
Meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan,
menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan
hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
Sebagai fasilitator klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti
diri, nilai dan keupayaannya.
Jenis-jenis Kaunseling
1) Pendekatan krisis- Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan
memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa
kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk
menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal.
2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti
dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap
masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah.
3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai
ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem.
4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan
keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum
diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang.

Pendekatan ini amat diutamakan bagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti
berikut :
-Perkembangan agama dan moral
-Perkembangan psikososial
-Perkembangan kognitif dan afektif
-Perkembangan fizikal dan seksual
-Perkembangan profesi dan kerjaya

Pusat Rawatan Mora menerima penagih dari kategori penagih berikut:


Heroin
Ketamin
Ice/Syabu
Alkohol
Perokok Tegar
Pil yg diharamkan oleh akta dadah dan racun.

'' Untuk mendapat maklumat lanjut secara langsung sila hubungi no peribadi kaunselor anda di
: 0196676816
Sila juga gunakan ruangan ''Post Comment'' untuk langkah balas langsung.
Perhatian: Sebarang pertanyaan mengenai rawatan dan bayaran perkhidmatan boleh dirunding
dalam talian atau online''

Terima kasih

Posted by Pusat Pemulihan Dadah(ATTITUDE MORA) at 23:31 1 comment:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Penubuhan Mora Attitude Treatment Centre

Cr Mohamad Hassan merupakan pengasas MORA ATTITUDE mempunyai pengalaman luas dalam bidang
kaunseling penagihan dadah dan penagihan penagihan lainnya seperti alkohol dan ubat batuk,
menghidu gam dan tingkah laku luar biasa ekoran gejala sosial seperti bohsia dan mat rempit.Pusat
pemulihan ini telah dibuka pada awal tahun 2010 di Kluang.Johor berhampiran dengan Prime City
Kluang.
Hampir 70 peratus rekod menunjukkan segala permasalahan diatas berjaya dipulihkan secara peribadi
oleh Cr. Mohamad Hassan dengan kos yang berpatutan.

Jangan ragu ragu untuk memulakan langkah anda sekarang mengambil jalan mudah pemulihan bersama
kaunselor anda Cr Mohamad Hassan atau memberitahu rakan rakan serta keluarga dan saudara
mengenai wujudnya perkhidmatan esklusif yang disediakan ini.
Langkah pertama pemulihan bermula dengan anda dan dari response yang diterima serta program
terancang berserta ''backup'' pelbagai lagi badan juga instrument sokongan yg menanti anda yang
menyertai program kaunseling bersama Cr Mohamad Hassan maka kejayaan sudah dalam genggaman
anda.

Mora Attitude Kaunseling Centre

Head office

Ruang makan

Bilik Tidur dan Ruang Menonton

Posted by Pusat Pemulihan Dadah(ATTITUDE MORA) at 23:19 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Langkah-langkah Menggelakkan Terjerumus Ke Kancah Dadah

mengamalkan gaya hidup yang sihat , seperti mengambil makanan seimbang, bersenam dan bersosial
menyediakan masa yang sesuai untuk berrehat

tidak melakukan sesuatu pekara secara melebih lebih


berfikiran positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau kehidupan
tidak terlibat dalam pekara pekara yang boleh membawa kepada terjerumus seperti berkawan dengan
pusher, atau penagih lain.Ini kerana penagih akan menarik anda untuk menjadi penagih baru supaya
mereka diberi habuan yang lebih besar oleh pusher/pengedar dengan kadar bayaran yang lebih rendah.
pusher/pengedar pula akan mempengaruhi anda untuk mencuba dan mengatakan bahawa pengambilan
dadah mempunyai banyak faedah
mereka akan menyatakan bahawa banyak golongan profesional( polis, pramugari, model, dan
sebagainya) menggunakan dadah, tetapi itu semua tipu belaka
pusher/pengedar juga akan menyatakan bahawa dadah/syabu tidak akan mendatangkan ketagihan ,
tetapi mereka silap kerana syabu merupakan dadah perangsang dan mampu mendatangkan ketagihan
yang maksimum.
cuba mengawal diri daripada menjadi terlalu ego, untuk membuktikan keberanian anda tidak
semestinya menunjukkannya melalui mencuba dadah
remaja terutamanya yang gemar mencuba sering menjadi mangsa pengedar /penagih lama
oleh itu remaja yang bijak harus berhati hati dalam memilih kawan atau mencuba sesuatu pekara
cuba lah aktiviti aktiviti lain yang banyak mendatangkan faedah seperti, berkayak, bungee jumping,
mendaki bukit, meredah hutan, rock climbing,
berlumba dengan lesen, melakukan terjunan payung terjun, meredah gua , dan sebagainya
cuba menetapkan matlamat hidup agar kehidupan dipenuhi dengan usaha mencapai matlamat tersebut
remaja tidak hanya sekali dalam hidup, dunia hanya sementara, oleh itu pergunakan hidup dunia unutk
menyeimbangi hari akhirat
hidup hanya sementara, penuhi ia dengan ibadat dan usaha untuk matlamat anda demi masyarakat
sejahtera dan harmoni

Posted by Pusat Pemulihan Dadah(ATTITUDE MORA) at 22:37 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tanda-tanda Penyalahgunaan Dadah
Perubahan mood yang mendadak tanpa sebab nyata

perubahan perwatan atau penampilan peribadi , yakni cara pemakaian atau gelagat seharian
kemerosotan prestasi kerja/ poteng kelas
berat badan turun, tiada selera makan , kurang prihatin
terhadap kesihatan diri.
mata sering berair/merah. saiz anak mata berbeza, samada besar/kecil dari normal. oleh itu seriang
berkaca mata hitam
kecenderungan untuk memencilkan diri dari rakan yang tidak terlibat
cenderung untuk meminjam wang /mencuri/melakukan jenayah
sering kelihatan di tempat tempat sumbang, contohnya stor
ada tanda tanda suntikan oleh itu seriang memakai baju lengan panjang
kurang tumpuan kepada tugas tugas penting yakni samada kerja /soal peribadi/keluarga

Posted by Pusat Pemulihan Dadah(ATTITUDE MORA) at 22:22 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, 9 December 2011
Pengenalan Dadah

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh
badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang
atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Jenis-jenis Dadah

Opait
Perangsang (stimulants)
Penekanan (Depressants)
Hallucinogen
Ganja (Cannabis)
OPAIT adalah dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan
ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja.

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya,
yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu.Pergantungan
psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebihlebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan.Pergantungan fizikal atau
badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap wujudnya sejenis dadah secara berterusan.
Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka,
sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda
pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiaptiap hari.
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa.
Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau
cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas
penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.
Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibu bapa.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Mengikut tekanan darah mudanya dengan kehendak hatinya.
Kerana masalah rumah tangga yang porak peranda.
Kerana tidak ada kemesraan antara ibubapa dan anak.
Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang baik di antara ibu bapa dan anak -anak.
Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah unutk menjalankan pengaruhnya.
Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama.

http://morakaunseling.blogspot.com/
12.56pm 12/12/2014

INTERVENSI KAUNSELING DALAM MENANGANI ISU DADAH


Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak
Kursus : Kaunseling Kerjaya
Kod : KKC 6023
Untuk Perhatian:
DR Ahmad Jazimin bin Jusoh

Pensyarah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Disediakan Oleh:
Zahari bin Yusoff
M20072000472
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling

KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN i
PRAKATA ii
Pengenalan Dadah 1
Pengenalan Intervensi Kaunseling
Kaunseling Pencegahan Dadah 3
Pengertian Penagihan Semula (Relapse) 5
Keberkesanan Perkhidmatan Kaunseling
Pencegahan Dadah Melalui Rawatan 13
Proses Model Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat 16
Kesesuaian Kerjaya Masa Kini Bagi Penagih Dadah:Perbincangan 17
Rumusan 18
Bibliografi

PRAKATA
Alhamdulillah, bersyukur pada Ilahi dan limpah inayahnya kerana kerja kursus yang telah
dipertanggungjawabkan akhirnya dapat disiapkan juga di dalam tempoh sebenar.
Kerja kursus di bawah tadbir Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh dari Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia iaitu Program Kaunseling Kerjaya banyak memberi pengajaran dan ilmu
yang padat tentang perkembangan kerjaya, Teori Pemilihan Kerjaya, Model Membuat Keputusan
Kerjaya, Intervensi Kaunseling Dalam Menangani Dadah dan Kerjaya, Kaunseling Kerjaya,
Penyelidikan dan Etika dalam menjalani kaunseling kerjaya. Dengan berbekalkan ilmu ini, saya
berasa amat berkemampuan untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada para pelajar khususnya
remaja yang akan menerajui negara nanti.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah, rakan sebaya di bawah
program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Ambilan 2007 / 2009 di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Begitu juga kepada isteri yang disayangi iaitu Aida binti
Abdullah dan anak-anak yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini dan
kepada mereka yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali apa yang baik boleh tuan mengambilnya sebagai iktibar dan sebaliknya dijadikan asas
sempadan.

Zahari bin Yusoff


2009-03-28
M20072000472
INTERVENSI KAUNSELING BERKAITAN DENGAN ISU PENCEGAHAN DADAH
1.0 PENGENALAN DADAH
Penagihan semula adalah suatu kesinambungan kepada ketagihan,cabaran yang sentiasa menghantui
bekas penagih dadah walaupun sudah bertahun meninggalkan tabiat penagihan dadah mereka.Ramai
pakar pengihan bahan berpendapat sekali seseorang itu menggunakan dadah,adalah amat sukar
baginya untuk melepaskannya walaupun melalui proses pemulihan yang holistic.Ini berlaku kerana
dua penggantungan yang serius,iaitu penggantungan fizikal dan psikologikal terhadap bahan yang
digunakan.Selagi kedua-dua penggantungan ini tidak diselesaikan dengan sempurna,maka ia akan
terus mengancam individu yang pulih kearah penggunaan semua dan seterusnya,penggantungan
semula terhadap dadah.
Ini tidak bermakna tiada harapan bagi mereka yang menagih dadah untuk pulih,hanya ia membawa
implikasi bahawa seandainya program pemulihan yang diikuti tidak mantap,dorongan untuk berubah
tidak kuat,sokongan sosial yang kurang mantap dan beberapa faktor penolak lain yang tidak
diselesaikan,maka kemungkinan relapse berlaku adalah tinggi.
2.0 PENGENALAN INTERVENSI KAUNSELING
Kaunseling didefinisikan sebagai proses yang terbina antara individu (kaunselor) dan individu atau
kumpulan (klien) dalam usaha membimbing dan mendorong,cabaran dan inspirasi dalam mengurus
dan menyelesaikan sesuatu secara praktikal sesuatu secara praktikal,masalah peribadi dan isu isu
perhubungan,dalam usaha mencapai matlamat dan hakikat diri individu yang sebenar
(http:/www.casa.asn.au.).
Dalam konteks penagihan,kaunseling lazimnya terbahagi kepada tiga jenis yang umum iaitu
kaunseling individu,keluarga dan kelompok (Lewis,Dana & Blevin , 1988).Kaunseling individu
selaluya adalah untuk membantu klien berubah dengan cara mengenal pasti situasi patologi dan yang
berisiko tinggi yang menyebabkan seseorang terlibat dengan dadah.Kemahiran yang berkaitan
mengubah emosi,sikap,pemikiran dan tingkah laku penagihan juga akan disentuh semasa sesi
kaunseling.
Kaunseling kelompok pula menumpukan kepada aktiviti analisis sesuatu perlakuan yang membawa
kepada penagihan,membina alternative kemahiran coping,latihan menyelesaikan masalah dan latihan
asertif.Lazimnya,mereka yang menghadiri sesi ini mengalami masalah yang sama (penagihan
dadah,penagihan alcohol,mengalami putus cinta dan seumpamanya) malah tidak terhad kepada
masalah serius sahaja.Dalam kaunseling kelompok,dinamika kelompok itu sendiri digunakan untuk
mengubah tabiat dan tingkah laku ahli ahli kumpulan.iorism
Seterusnya kaunseling keluarga adalah proses yang melibatkan sebahagian atau semua ahli keluarga
dalam sesi terapi.Lazimnya,ia berteraskan isu hubungan kekeluargaan seperti masalah
kebergantungan, konflik keluarga serta meningkatkan dinamakan kekeluargaan.Di kalangan penagih
dadah, terapi erbentuk ini berkisar di samping membina kemahiran coping di kalangan keluarga yang
ahli keluarga terlibat dengan penagihan dadah.
Manakala pendekatan kauseling yang selalu digunakan ialah daripada jenis tingkah laku
(behaviorism), pemikiran (cognitive), kewujudan atau makna (existentialism), gabungan pemikiran

dan tingkah laku (CBT) gabungan emosi dan tingkah laku (RET), kemanusiaan (humanistic) dan
bermacam yang lain. Namun, ramai yang mengambil pendekatan eclectic, iaitu menggunakan
pendekatan dan kaedah yang terbaik dengan merujuk kepada keperluan klien dan situasi masa itu.
Untuk mempraktikkan sesuatu pendekatan kaunseling ini, seseorang itu haruslah berkemahiran untuk
mengendalikannya.Beberapa persatuan kaunseling serta sekolah latihan kaunseling, umpamanya,
penyelia (supervised counseling) sebelum seseorang itu dibenarkan untuk mengendalikan kaunseling
secara sendirian,itu pun diperingkat pasca sarjana (post masters).Ada pula yang mensyaratkan 1500
2000 jam yang diselia selepas tahap kemahiran sebelum diberi lesen berterusan untuk
praktis..Mereka juga harus patuh kepada kod etika kaunseling,di negeri masing masing,yang rata
rata diasaskan oleh rakan kaunselor sendiri.Di Malaysia,syarat syarat praktis adalah longgar sedikit
kerana masih berada di tahap awal,yang mana sekarang ini dikawal selia oleh Akta Kaunseling
Malaysia.
3.0 KAUNSELING UNTUK PENCEGAHAN DADAH
Agensi Dadah Kebangsaan (1997) menyatakan bahawa kaunseling merupakan kaedah utama yang
digunakan dalam usaha memulihkan penagih. Melalui kaunseling,seseorang penagih akan dibantu
membina kemahiran mengurus tekanan atau coping skill serta mencapai self mastery dalam
penyesuaian diri dan penyelesaian masalah supaya masalah personaliti yang dialami dapat diatasi
seterusnya menggalak dan mendorong mereka untuk membina gaya hidup sihat.
Pusat serenti menjalankan empat jenis kaunseling iaitu kaunseling individu yang dijalakan sekali
sebulan,kaunseling yang di jalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan
yang dijalankan dua kali sebulan,kaunseling kelompok yang dijalankan sekali sebulan,kaunseling
keluarga dijalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan yang dijalankan dua
kali sebulan.
Aktiviti kaunseling dirangka berasaskan kepada objektif kaunseling yang ditentukan mengikut fasa.
Objektif kaunseling pada fasa pertama ialah memberi kefahaman dan meningkatkan kesediaan klien
untuk mengikuti program pemulihan;membantu klien untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
pemulihan;membantu klien menyedari masalah yang dialaminya dan menyediakan rancangan
pemulihan kepada klien.
Objektif kaunseling pada fasa kedua ialah membolehkan klien mengatasi masalah yang dialaminya
secara positif dan kreatif;mempereratkan perhubungan dan meningkatkan kemesraan klien dan
keluarga dan objekif seterusnya mewujudkan kesedaran untuk membantu klien membuat
perancangan kerjaya yang sesuai apabila keluar kelak.
Objektif kaunseling pada fasa ketiga ialah membina kemahiran daya tindak untuk mencegah
penagihan semula;membolehkan klien menguruskan tekanan dengan berkesan dan memberi
kemahiran kepada klien dalam aspek pengurusan diri.
Objektif kaunseling pada fasa terakhir iaitu fasa keempat pula adalah untuk mengukuhkan coping
skill untuk mencegah penagihan semula;mengintegrasi semula klien ke dalam masyarakat;membantu
klien membuat perancangan hidup selepas menjalani pemulihan dan membantu klien menjadi
seorang individu yang produktif dan berguna.
Kaunseling juga dijalankan mengikut kurikulum yang terselaras dengan kandungan aktiviti
kaunseling yang berasaskan kepada jenis kaunseling yang dijalankan. Umpamanya,kaunseling
individu mempunyai kurikulum dan kandungan tersendiri.Seperti yang dinyatakan diatas,kaunseling
untuk pelatih di peringkat pertama lebih untuk mewujudkan hubungan baik antara klien dan
kaunselor.Perkara yang disentuh semasa kaunseling ialah latar belakang klien dan keluarga serta
sejarah penagihan.Pada fasa kedua,kandungan kaunseling lebih menjurus kepada membantu klien
menyelesaikan permasalahan diri,keluarga dan masalah ketagihan dadah.Kaunseling pada peringkat
fasa ketiga,lebih kepada membantu klien untuk menyesuaikan diri dan mewujudkan hubungan yang
baik dengan masyarakat.

Pelaksanaan kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga pula dilaksanakan dalam kumpulan yang
khusus.Kaunseling kelompok terdiri daripada 10 hingga 15 orang pelatih,dan kaunselor bertindak
sebagai fasilitator.Kandungan yang dibincangkan ialah sekitar masalah yang ahli kelompok hadapi
seperti konflik ketagihan dadah,masalah keluarga dan masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan
di pusat pemulihan.
Manakala kaunseling keluarga pula diadakan untuk membantu keluarga klien memahami keadaan
klien supaya ibu bapa dapat menerima klien dan memberi sokongan moral kepada beliau.Sekiranya
terdapat kes untuk penceraian,kaunselor akan memberi kaunseling supaya perceraian dapat dielakkan
dan klien dapat bersama keluarga dan anak anak apabila beliau tamat program pemulihan di
serenti.Kaunseling bimbingan lebih kepada memaklumkan maklumat seperti peraturan pusat serenti
dari semasa ke semasa dan maklumat tentang bahaya dadah.
Disamping itu,kaunseling juga dijalankan mengikut jdual,contohnya kaunselor akan membuat jadual
bulanan untuk setiap pelatih yang dirujuk kepada mereka.Butiran yang terkandung dalam jadual ialah
tarikh pertemuan kaunseling,nama kaunselor,nama penghuni,syor kaunselor dan ulasan
komandan.Mengikut ADK,aktiviti kaunseling secara berjadual sahaja akan dapat menentukan
perlaksanaan yang sistematik dan terselaras,malah lebih penting lagi ia mampu memastikan supaya
setiap klien menjalani aktiviti kaunseling mengikut tahap serta kekerapan yang ditentukan oleh
sistem.
Seterusnya,sistem penyeliaan kaunseling juga dijalankan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar
yang betul kepada para bombing dan kaunselor.Ketu kaunselor bertindak sebagai penyeliaan dan
menentukan kaunseor bertanggungjawab kepada setiap klien di bawah jagaan mereka.Ketua
kaunselor juga bertnggungjawab membuat perancangan aktiviti kaunseling,menyemak dan meneliti
hasil kerja dan kaunseling harian yang dibuat oleh setiap kaunselor.
4.0 PENGERTIAN PENAGIHAN SEMULA
Penagihan semula adalah suatu kesinambungan kepada ketagihan,cabaran yang sentiasa menghantui
bekas penagih dadah walaupun sudah bertahun meninggalkan tabiat penagihan dadah mereka.Ramai
pakar pengihan bahan berpendapat sekali seseorang itu menggunakan dadah,adalah amat sukar
baginya untuk melepaskannya walaupun melalui proses pemulihan yang holistic.Ini berlaku kerana
dua penggantungan yang serius,iaitu penggantungan fizikal dan psikologikal terhadap bahan yang
digunakan.Selagi kedua-dua penggantungan ini tidak diselesaikan dengan sempurna,maka ia akan
terus mengancam individu yang pulih kearah penggunaan semua dan seterusnya,penggantungan
semula terhadap dadah.
Ini tidak bermakna tiada harapan bagi mereka yang menagih dadah untuk pulih,hanya ia membawa
implikasi bahawa seandainya program pemulihan yang diikuti tidak mantap,dorongan untuk berubah
tidak kuat,sokongan sosial yang kurang mantap dan beberapa factor penolak lain yang tidak
diselesaikan,maka kemungkinan relapse berlaku adalah tinggi.
Secara umumnya,penagihan semula bermakna penagih dadah menggunakan semula dadah asal atau
daripsds jenis yang lain selepas ia melalui program rawatan dan pemulihan.Daripada takrifan
beberapa pakar penagihan bahan seperti Marlatt dan Goedon (1985) relapse dilihat sebagai kegagalan
klien dalam cubaan untuk mengubah perlakuannya berkaitan dengan pengambilan dadah.Manakala
Chiauzzi (1991) pula merujuk relapse sebagai kembali kepada perlakuan menagih selepas suatu
tempoh berhenti daripada mengambil dadah.Seterusnya,Rasmussen (2000) mendefinisikan relapse
sebagai penggunaan semula dadah selepas berhenti mengambilnya untuk suatu tempoh.
Manakala Dual Recovery Anonymous (http:www.draonline,org)mendefinisikan relapse ialah
perlakuan mengambil dadah atau minuman keras untuk pertama kalinya setelah sekian lama bersih
daripada mengambil dadah atau minuman keras.
Daripada definisi yang dibentang di atas,maka bolehlah dirumuskan bahawa relapse adalah

kegagalan penagih yang sudah melalui proses pemulihan untuk terus bebas daripada dadah.
4.1 Ciri-ciri Relapse
Rasmussen (2000) ada menggariskan ciri-ciri relapse ialah perubahan dalaman individu seperi
peningkatan stress,perubahan pemikiran,perasaan dan tingkah laku;menafikan tentang rasa
kebimbangan yang dialami; menghindari dan mempertahan diri sendiri bahawa tidak relapse
sebaliknya memfokuskan kepada orang lain,bersifat defensive,bersifat kompulsif,berkelakuan
impulsive dan bersendirian.
Relapse juga tercetus kerana terbinanya krisis lanjutan seperti melihat remeh sesuatu
masalah,perasaan yang tertekan,perancangan masa hadapan yang lemah dan gagal;berfikiran bahawa
semua perkara tidak dapat diselesaikan dan bertindak secara tidak matang untuk tujuan bergenbira
atau berseronok.
Individu juga berasa keliru dan memberi reaksi yang berlebihan kesan daripada tidak dapat berfikir
dengan jelas,tidak dapat mengurus perasaan dan emosi ,sukar untuk mengingati sesuatu,berasa
keliru.tidak dapat mengawal stres dan menjadi mudah marah.Ciri ciri relapse seterusnya ialah
kemurungan (depression) yang ditunjukkan melalui tabiat makan yang luar biasa (tidak lalu atau
terlalu banyak makan),kurang bersemangat untuk mengambil sesuatu tindakan,sukar untuk
tidur,terjejas aktiviti harian dan mengalamisuatu tempoh tekanan yang agak lama.
Individu yang relapse juga akan kehilangan kawalan kerana memendam perasaan,berasa tidak
mampu dan tidak berguna,menolak pertolongan,melanggari program pemulihan,melanggar nilai
nilai diri,hilang keyakinan diri,marah tanpa sebab,suka bersendirian,kecewa dan mengalami tekanan.
Ciri-ciri relapse yang berikut ialah individu akan memikir untuk relapse sebagai mengatasi kesan
daripada ciri ciri relapse di atas,mulanya berasa tidak puas hati dengan pemulihan,berminat untuk
mengambil dadah semula.
Ciri-ciri terakhir ialah individu mula relapse dengan mengambil dadah akibatnya berperasaan
kecewa,hilang kawalan diri dan kehidupan serta kemerosotan tahap kesihatan.
5.0 KEBERKESANAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
Sebelum kita lihat kepada keberkesanan kaunseling dari segi penerimaan serta perubahan yang
berlaku kepada diri klien, adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan yang khidmat kaunseling
yang ditawarkan itu mengikut piawai yang ditetapkan. Ini termasuklah soal kelulusan,
kemahiran,pengalaman dan etika professional kaunselor. Berikut dibentangkan beberapa penemuan
kajian (Mahmood & Mohd Taib,1999;Mahmood,Ismail dan Azniza,2002) yang menunjukkan
batasan kepada perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan kepada residen Pusat Serenti dan juga
mereka yang menjalani program pengawasan.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa terdapat beberapa limitasi pada perkhidmatan yang
ditawarkan. Rajah 5.1 menunjukkan bahawa kebanyakan pegawai pemulihan dan kaunselor yang
berkhidmat dengan ADK dan pusat pusat serenti merasakan diri mereka kurang mampu dari segi
pendidikan,latihan mahupun kemahiran untuk menjalankan kerja kaunseling atau penasihatan klien.
Sebab dari segi latihan dan kelulusan boleh diperhatikan dengan jelas dalam Rajah 5.2. Sebilangan
pula merasakan tidak sesuai dengan kerja yang mereka lakukan sekarang atas alasan kurang
minat,kurang kemahiran dan terpaksa menanggung risiko yang tinggi (Rajah 5.3). Terdapat juga
aduan mengenai kekurangan pada suasana fizikal tempat kerja seperti ruang yang sempit dan tidak
selesa (Rajah 5.4).
Kajian ini turut mendapati batasan kepada perkhidmatan kaunseling yang berkesan setelah meninjau
beban kerja yang diamali oleh pegawai pemulihan. Jadual 5.1 menunjukkan bahawa antara beban
yang sering

Rajah 5.1 : Persepsi Mengenai Kemampuan Pegawai Pemulihan


(Program Pengawasan)

Rajah 5.2 : Kursus kursus Asas Mengendalikan Kaunseling Yang Pernah Diikuti oleh Pegawai
Pemulihan (Program Pemulihan)

Jadual 5.1 : Aspek Kerja yang Membebankan Pegawai Pemulihan


(Program Pengawasan)
Aspek kerja
Rank
%
Memulihkan penagih ulangan
1
13.7
Kerja di luar bidang tugas
1
13.7
Beban tugas,kerap mesyuarat dan penyediaan minit
3
12.6
Kurang komitmen daripada pelatih dan keluarga
4
12.0
Mengendalikan kaunseling dan runding cara
4
12.0
Penyediaan laporan kes untuk dibawa ke mahkamah
6
10.4
Menyediakan laporan sosial penagih
7
9.0
Mengendalikan terlalu ramai penagih
8
7.7
Kerja tidak terancang dan kesuntukan masa
9
6.6
Projek Nalterxone
10

2.2
dialami ialah memulihkan penagih ulangan (13.7 peratus),menjalankan tugas tugas di luar bidang
tugas mereka (13.7 peratus),banyak beban dari segi pentadbiran (12.6 peratus),kurang komitmen
daripada pelatih dan keluarga (12 peratus) serta menjalanan kerja kerja kaunseling itu sendiri (12
peratus).Dari perihalan ini,beban kerja yang dihadapi adalah dari jenis kuantitatif (banyak kerja
hingga tidak upaya) dan kualitatif (jenis kerja yang tidak mampu dilakukan kerana tiada kemahiran
yang secukupnya).Hal ini juga disokong melalui dapatan dalam Jadual 5.2 yang mana aspek kelesuan
kerja yang paling tinggi ialah rasa telah kuat kerja (beban kuanlitatif) diikuti dengan letih,tidak
bermaya,lesu,habis tenaga (beban kualitatif). Satu daripada

Jadual 5.2 : Kelesuan Kerja (Burnout) dari Segi Keletihan Emosi yang Dialami oleh Pegawai
Pemulihan (Program Pengawasan)
Subskala
Min
Rank
Rasa terlalu kuat bekerja
3.65
1
Rasa letih dan lesu
2.74
2
Tidak bermaya
2.55
3
Kehabisan tenaga
2.46
4
Banyak tekanan
2.24
5
Letih bila bangun pagi
2.22
6
Rasa tegang
1.95
7
Rasa tidak bermaya lagi
1.56
8
Rasa kecewa
1.54
9
aduan yang diajukan ialah dari segi beban kerja yang tidak selaras dengan bidang tugas.Pegawai

pemulihan menggalakkan mereka membuat persediaan untuk program pencegahan selama 179 jam
(purata) sebulan,bermakna mereka menghabiskan sekurang kurangnya 6.8 jam pada suatu hari
bekerja.Hal ini menunjukkan mereka tidak punya banyak masa untuk tugas tugas pemulihan
(Jadual 5.3).Hal hal program pencegahan juga dilakukan oleh NGO seperi Pemadam,Pengasih dan
lain lain. Pegawai pemulihan yang ditemu duga merasakan mereka boleh memperuntukkan lebih
saksama. Batasan ini memberi kesan kepada perkhidmatan untuk program pemulihan yang lain.

Jadual 5.3 : Masa yang diperuntukkan dalam Sebulan oleh Pegawai Pemulihan ADK untuk Tugas
tugas Pemulihan dan Pentadbiran
Bil.
Pemulihan dan Pentadbiran
Purata Jam
1.
Penyediaan Program Pencegahan
179
2.
Urus setia
72
3.
Kaunseling
32
4.
Hadiri mahkamah
32
5.
Laporan klien
32
6.
Kursus
25
7.
Pentadbiran pejabat
21
8.
Program PINTAR
17
9.
Ujian urin
13
10.

Laporan nadi
11
11.
Lawatan ke rumah klien
10
12.
Pameran antidadah
10
13.
Program gerak tempur
8
14.
Aktiviti masyarakat
7
15.
Masyarakat
7
16.
Program rakan bantu
6
17.
Ceramah umum
6
18.
Lawatan ke tempat kerja
5
19.
Penempatan tempat kerja klien
4

6.0 PENCEGAHAN DADAH MELALUI RAWATAN

6.1 Pendekatan farmakologi


Pendekatan farmakologi bergantung kepada ubat-ubatan atau dadah untuk menyekat kesan euforik,
ataupun mengurangkan kegianan serta slmptom putus dadah (withdrawl symptoms) semasa dadah
digunakan. Salah satu ubat atau dadah gantian ialah methadone, seperti yang dihuraikan sebentar tadi
yang lazimnya digunakan untuk menyekat enforia dadah seperti heroin, morfin, kodein serta dadah
opiate lain di samping menekan simptom putus dadah serta kegianan yang lazimnya dialami di antara
dos yang diambil seperti mana yang dicadang oleh Dr. Dole dan Dr. Nyswander. Pendekatan
farmakologi dengan menggunakan MM boleh bertahan untuk beberapa tahun hinggalah ke tahap
sepanjang hayat dengan penggunaan yang terkawal.

Walaupun pendekatan farmakologi boleh diamalkan secara sendirian (stand alone) seperti program
MM, namun, kebanyakannya ia diamalkan bersama-sama dengan terapi tingkah laku. Beberapa jenis
dadah lain juga telah terbukti berkesan dalam program rawatan penagihan opiate. Umpamanya,
Levo-Alpha-Acetylmethadol (LAAM) didapati berjaya menekan simptom putus dadah antara 72-96
jam, dan ini boleh mengurangkan kekerapan lawatan ke klinik bagi mendapatkan dos seterusnya
kepada dua kali seminggu sahaja. Ini bermakna penagih boleh berfungsi dengan normal tanpa
cabaran putus dadah selama tiga hari sebelum memerlukan dos yang seterusnya.
Naltrexone, seperti juga dengan LAAM adalah dadah yang memberi kesan jangka sederhana, dan ia
didapati berkesan untuk penagih yang benar-benar tinggi tahap motivasinya untuk pulih, mempunyai
sokongan sosial yang kukuh dan mereka yang boleh diberi kaunseling untuk terus berpegang kepada
matlamat bebas dadah. Sejenis dadah lagi ialah buprenorphine, yang didapati berjaya dalam cubaan
klinikal untuk mengekalkan penagih dalam program rawatan serta mendorong kepada bebas dadah
(abstinence). Burprenorphine juga kurang menyebabkan penggantungan fizikal berbanding dengan
methadone dan LAAM. Namun, keberkesanan buprenorphine juga tertakluk kepada perubahan
tingkah laku dan motivasi pada tahap klien.
Sebagai contohnya, MM yang diberikan bersama-sama kaunseling banyak membantu klien kerana
penglibatan mereka dalam kaunseling itu sendiri membantu pemantauan terhadap kemajuannya,
sama ada beliau masih menggunakan dadah, atau menjalani kehidupan dengan baik, memelihara
hubungan kekeluargaan dengan mesra dan sebagainya.
Sementara itu, ubat-ubatan juga digunakan dalam proses detokrifikasi dengan tujuan untuk
mengawal kegianan. Begitu juga, dadah digunakan bagi mengurangkan masalah dual-diagnosis
seperti kemurungan atau skizofrenia. Di negara barat, prevalen salah guna bahan dalam kalangan kes
mental seperti ini mencapai 50 peratus. Lazimnya, selepas menerima rawatan farmakologi dan TC,
penagih digalakkan mengikut kumpulan bantuan diri (rational recovery) seperti AA, NA, CA, MA
dan pelbagai yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara status bebas dadah dan juga mengamalkan
gaya hidup yang sihat.
6.2 Pendekatan Tingkah Laku
Pendekatan tingkah laku pula mempunyai pelbagai jenis, bertitik tolak daripada psikoterapi
berasaskan kontingensi, terapi kognitif, terapi berasaskan TC, terapi tingkah laku-kognitif (CBT) dan
beberapa yang lain. Ia juga merangkumi latihan kemahiran dan pekerjaan (Occupational & Work
Therapy), pelbagai pendekatan kaunseling daripada kaunseling individu yang berstruktur, hinggalah
kepada kaunseling keluarga, dan kaunseling kelompok yang tidak begitu berstruktur.
Secara asasnya, pendekatan tingkah laku cuba untuk mengubah penggabungan psikologi penagih
dadah kepada keupayaan untuk mengurus tekanan serta konflik secara yang produktif. Penagih akan
dilatih untuk mengatakan "tak nak" kepada dadah, membenci dadah, mencari jalan lain
menggantikan dadah, membina pertahanan diri terhadap dadah, mengurus semua tekanan tanpa perlu
merujuk kepada dadah dan sebagainya. Dalam proses pemulihan tingkah laku ini, selalunya
menyentuh pada harga diri dan konsep diri, aspek personaliti yang tidak matang serta pertahanan diri
yang tidak produktif dilakukan (Mahmood, 1995).
Antara cara popular ialah psikoterapi. Cara ini akan mengubah sahsiah penagih kepada sahsiah yang
normal. Sememangnya proses ini memakan masa yang panjang di samping kos yang agak tinggi. Di
Malaysia, cara ini jarang sekali dilakukan. Terapi tingkah laku pula adalah amat popular kerana ia
mengubah tingkah laku serta motivasi penagih dengan cara mengubah tingkah laku, reaksi serta
gelagat mereka terhadap stimuli tertentu yang mendorong kepada penggunaan dadah.
Sebagai contoh, aversive therapy mengajar klien membayangkan najis, kekotoran, dan ada kala
dikenakan sedikit kesakitan (seperti kejutan elektrik) apabila mereka terbayang stimuli dadah (seperti
jarum suntikan, rokok, alat-alat yang digunakan untuk mengambil dadah). Penyelidik ada

melaporkan kejayaan pada program yang berasaskan peneguhan positif yang memberi insentif
kontingen baucer wang kerana mereka berjaya menahan diri daripada menggunakan dadah (Cooper,
1983).
Kognitif Behaviour Theraphy pula ialah pendekatan kaunseling yang berasaskan strategi "kenal pasti,
elak dan atasi" (recognize, avoid and cope). Pendekatan ini, penagih akan memikirkan secara rasional
dan mencari apakah permasalahan dari segi falsafah yang salah telah diamalkan sehingga mereka
sanggup memusnahkan diri dan mengalami emosi serta tingkah laku yang songsang.
Latihan kemahiran berasaskan CBT menumpukan kepada strategi untuk mengatasi kegianan,
keinginan dan ketagihan dengan cara membina motivasi untuk berubah, membina kemahiran
menyelesaikan masalah, merancang dan mengurus situasi yang mempunyai risiko tinggi yang
mendorong kepada relapse, serta membina kemahiran menjauhi dadah.
Terapi keluarga pula dianggap penting untuk penagih remaja. Ia boleh dilakukan dengan berdasarkan
pelbagai cara dan konfigurasi seperti terapi individu, kelompok, kumpulan rakan bantu dan
sebagainya. Cara ini membentuk kemahiran intervensi yang khusus untuk menjaga anak-anak remaja
daripada terjerumus ke lembah penagihan.
TC adalah satu pendekatan tingkah laku yang popular masa kini. Ia berupaya untuk memberi
perkhidmatan kepada klien daripada pelbagai latar belakang seperti penagih dadah, pesalah juvana
dan dewasa, kes-kes dual-dignosis dan beberapa yang lain. Untuk penagihan dadah, Rumah Pengasih
adalah satu contoh baik yang mengamalkan konsep dan pendekatan TC secara total.

7,0 PROSES MODEL KAUNSELING KERJAYA BERORIENTASIKAN MATLAMAT

Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat atau Goal Oriented Counseling ialah satu pendekatan
yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah (1992) bertujuan untuk menolong klien yang
mempunyai masalah untuk melaksanakan segala alternatife dan strategi yang telah ditentukan dan
dipersetujui kerana kekurangan motivasi.
Model ini dibangunkan setelah penulis membuat pemerhatian selama lima tahun bermula 1987
terhadap pelatih praktikum kaunseling,Universiti Putra Malaysia.Terdapat beberapa masalah yang
dihadapi oleh pelatih dalam menjalani praktikum kaunseling khususnya yang berkaitan dengan
penerapan teori dalam sesi kaunseling.Antara masalah yang ketara ialah sesi kaunseling tidak
berkembang kerana kaunselor tidak berupaya membawa klien ke arah yang tertentu.Penerokaan yang
dibuat oleh kaunselor tidak berkembang malahan berkisar pada perkara yang sama. Keadaan ini
menyebabkan kaunselor menjadi buntu dan klien pula kehilangan kepercayaan terhadap kaunselor
kerana kaunselor tidak berupaya menunjukkan kebolehannya. Selain itu ada juga kaunselor yang
tidak mempunyai sebarang masalah sama ada dari segi kemahiran, teori mahpun teknik. Masalah
yang timbul ialah klien tidak mahu bertindak melaksanakan alternatif dan strategi yang telah
dipilihnya kerana kekurangan motivasi atau penggerakan. Sehubungan itu Kaunselig Kerjaya
Berorientasikan Matlamat dibangunkan khusus betujuan mengatasi kedua-dua masalah ini.
Model Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat mempunyai beberapa andaian sendiri seperti
juga model-model dan pendekatan-pendekatan yang lain. Andaian-andaian tersebut disenaraikan
seperti yang berikut:
7.1 Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat. Individu tidak bertindak untuk melaksanakan segala
alternatif yang telah dikenal pasti dan dipersetujui kerana tidak mempunyai matlamat. Dengan
perkataan lain, individu tidak nampak keperluan untuk bertindak dan bergerak ke arh positif.
7.2 Matlamat terbahagi kepada empat jenis iaitu matlamat semasa,matlamat jangka pendek, matlamat
jangka panjang dan matlamat terakhir. Matlamat semasa ialah matlamat yang ingin dicapai pada dan

ketika itu,misalnya mengikut kuliah atau ceramah. Matlamat jangka pendek ialah matlamat yang
ingin dicapai dalam waktu terdekat seperti menyelesaikan tugasan, menyiapkan projek dan lain
lain. Matlamat jangka panjang ialah matlamat matlamat yang ingin dicapai dalam jangka masa
yang lebih lama seperti matlamat kerjaya,perkahwinan dan lain lain. Matlamat terakhir ialah
matlamat kehidupan di akhirat iaitu untuk mendapatkan tempat di dalam syurga.
7.3 Masalah terbahagi kepada ranting dan masalah pokok. Masalah ranting merupakan masalah
masalah kecil yang dihadapi individu yang menyumbang kepada masalah pokok yang dialami klien.
Dalam kes pelajar misalnya masalah pokok ialah masalah akademik dan masalah ranting pula ialah
masalah masalah lain yang menyumbang kepada masalah akademik seperti masalah keluarga,
masalah kewangan , masalah rakan sebaya , masalah ponteng, masalah peribadi dan lain lain.
8.0 PENYESUAIAN KERJAYA : PERBINCANGAN
Di Malaysia sekarang ini masih lagi terhad peluang kerjaya kepada para penagih dadah. Berdasarkan
pengalaman lama penulis, kebanyakan para penagih dadah yang telah tamat tempoh hukuman
mereka tidak membuat perancangan secara terperinci tentang kerjaya. Malah mereka lebih selesa jika
tinggal lebih lama di dalam penjara. Ekoran daripada itulah mereka akan mengulangi perbuatannya
untuk terus berpanjangan di dalam tahanan.
Kesedaran daripada fenomena inilah kerajaan telah menerapkan para penagih yang mempunyai ciriciri untuk pulih dijadikan sebagai fasilitator kepada para penagih mahupun mengikuti programprogram pendidikan di sekolah. Sebagai contoh, artis tanah air kita iaitu Jamal Abdillah dan Salim.
Manakala hasil wawancara dari Mohd Zulkifli bin Zaidi, seorang Pegawai Penjara (2009) dari
Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menjelaskan setiap banduan akan diterapkan ke dalam
pekerjaan yang disediakan di penjara sebagai latihan kemahiran kepada mereka apabila dibebaskan
nanti. Antara pekerjaan yang terdapat seperti menyulam bakul, ukiran, menjahit, dobi, tukang masak,
pertanian, tukang kebun, mekanik, pengurusan stor, pengurusan pejabat perusahaan, membina
bangunan dan perabut.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar sistem parol. Kaedah sistem parol tersebut hanya diberi
kepada banduan yang mempunyai tahap akhir hukuman antara 1 tahun hingga 3 tahun. Sistem ini
membenarkan seorang banduan diberi pekerjaan di luar penjara dan bekerja dengan mana-mana
syarikat atau bengkel mekanik mengikut kemahiran mereka. Setelah tamat tempoh hukuman mereka
ini diberi tauliah berupa sijil sebagai bukti kemahiran yang mereka perolehi.

9.0 RUMUSAN
Kaunseling merupakan elemen yang berperanan secara tersendiri dalam menangani masalah
ketagihan penagih dadah. Keberkesanan terapi kaunseling individu dan kaunseling kelompok telah
banyak menyumbangkan hasil perubahan penagih dadah ke arah membina kehidupan selepas
mengambil dadah kecuali penagih relapse yang memerlukan kaunseling lanjutan selepas tamat
tempoh penahanannya. Penagih relapse juga amat sesuai jika dapat disalurkan kepada institusi masjid
selama tiga bulan dengan menjalani aktiviti yang bertendensi ke arah muhasabah kendiri seperti
aktiviti tabligh, Qiamullail dan bertadarus al - Quran manakala penagih bukan Islam akan disalurkan
kepada sami atau paderinya untuk membawa ke arah menyedari kepentingan kehidupan di dunia
demi masa depan iaitu kehidupan selepas mati.
Dalam pada itu juga tahap keprofesionalisme pegawai pemulihan dan kaunselor dadah
dipertingkatkan ke peringkat sarjana muda atau sarjana dengan kemahiran khusus dalam
perkhidmatan kaunseling. Dijangkakan mereka akan dapat mempunyai tahap kepekaan yang tinggi
dengan perkembangan ilmu yang berkaitan dengan tugas.

Intervensi dalam mendokumentasikan dengan tepat propensiti dan motivasi mereka untuk pulih dan
bebas dari dadah adalah unsur penting bagi menyatakan peratusan keberkesanan terapi dengan sahih
dan membolehkan perancangan susulan yang tepat. Jika keadaan ini dapat dilakukan secara terbaik
maka perbelanjaan negara dapat dimanafaatkan sebaik mungkin.
BIBLIOGRAFI
Chiauzzi, E.J. (1991). Preventing relapse in addiction: a biopsychosocial
approach.Totonto,Pergamon Press,Inc.
Dual Recovery Anonymous (2003).Relapse Prevention. http://www.draonline.org.
George,R.L. (1990).Counseling the chemically dependent: Theory and
practice.Massachusetts.Allyn and Bacon.
Mahmood Nazar Mohammed (1995). Perubahan psikologi dari segi harga diri, profil
personality, dan penggunaan melanisme bela diri di kalangan penagih dadah
yang mengikuti program pemulihan Serenti. Tesis D.Fal. Yang tidak
diterbitkan,UKM, Bangi.
Mahmood,N.M. (1991). Perubahan Psikologi yang dialami oleh Penagih Dadah
yang Menjalani Program Pemulihan Kerajaan: Satu Kajian di Pusat Serenti
Sungai .Malasian Parliment Journal,11(2):46-49.
Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Abdul Halim Othman (1992). Is Alteration
on Defence Mechanism a Good Indicator For Mental Well-Being Among
Psychoactive Addicts?. Pakistan Journal of Psychological Research, Summer,
1(2): 1-8.
Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Abdul Halim Othman (1994). Kaunseling
Penagih Dadah: Fokus kepada Perubahan Mekanisme Bela Diri,Malaysian Journal of Counseling
(PERKAMA),5: 212-222.
Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Ismail Ishak (1998) Keberkesanan Program
Pemulihan Dadah Modaliti Tradisional.In Mahmood, N.M. (Ed.), Proceeding : UUM 1997 Research
Seminar. Sintok : Center for Research and Consutancy,UUM.
Mahmood, N.M. (1999). Pemulihan Dadah secara Tradisional: Adakah ia
berkesan.Pemikir,Jan Mac,(15),213 236.
Mahmood, N.M. & Mohd Taib Ariffin (1999). Tekanan kerja dan Strategi Daya
Tindakan di kalangan pegawai pemulihan dan kaunselor dadah.Laporan kajian,UUM.
Mahmood, N.M. (2000). Penilaian Mekanisme Bela Diri melalui Thematic
Apperception Test: Aplikasi dalam Kaunseling dengan Penagih Dadah. In Mahmood N.M., Nadiyah
Elias & Azmi Shaari (Eds),Proceedings: National Seminar on Social Work Management,Sintok :
SPS-UUM
Mahmood, N.M. (2001). Penggunaan strategi daya tindak : Adakah ia membantu
penagih dadah untuk bebas dari dadah?Proceedings of the National Seminar on Socio-economy and

IT,Sintok:Pusat Penyelidikan dan Perundingan.


Mahmood, N.M., Ismail Ishak & Azniza Ishak. (2002). Program pemulihan luar
institusi untuk penagih dadah.Laporan Penyelidikan IRPA, UUM.
Marlatt,G.A., & Gordon, J . (1985).Relapse Prevention : Maintenance strategies in the
treatment of addictive behaviors.New York : Guilford Press.
Professional Association for Counsellors In South Australia. http://www.casa.asn.au.
Lewis, J.A., Dana, R.Q., & Lewis, J.A.(1998).Substance Abuse Counseling: An
individualized approach.California. Brook/Cole Publishing Company.
Rasmussen,S. (2000).Addiction treatment : Theory and practice.Beverly
Hills,California : Sage Publication,Inc.
http://lamankaunseling.blogspot.com/2009/11/intervensi-kaunseling-dalam-menangani.html
1pm 12/12/2014

Anda mungkin juga menyukai