Anda di halaman 1dari 1

Kegiatan kokurikulum bermaksud aktiviti para pelajar di luar bilik darjah.

Kegiatan tersebut
merangkumi aktiviti badan beruniform,kelab dan persatuan seta sukan dan permaianan.Semua
pelajar diwajibkan untuk menyertai satu daripada kegiatan kokurikulum yang telah disebutkan tadi.
Persoalannya , apakah faedah menyertai kegiatan kokurikulum ?

Selain untuk mengisi masa lapang, para pelajar akan terhindar daripada terjebak dalam gejala
sosial. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa mereka akan diisi dengan pelbagai aktiviti
kokurikulum di sekolah contohnya seperti sukan, kebudayaan dan sebagainya.Hal ini bermaksud
bahawa pelajar dapat memanfaatkan dan menghargai masa merka dengan sebaik mungkin dan tidak
dihabiskan dengan perkara yang sia-sia sahaja.

Dengan adanya medium kegiatan kokurikulum ini, pelajar akan didedahkan cara-cara ntuk
memimpin dan dilatih menjadi pemimpin dalam kumpulan atau persatuan. Kepelbagaian jawatan
yang diwujudkan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi , setiausaha,bendahari,ahli
jawatankuasa dan ahli biasa menjadi saluran dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber. Pelantikan
pelajar dalam jawatan tersebut membuka jalan kepada penemuan ilmu yang baharu dalam
menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan . Dengan pendedahan tersebut , mereka akan
dapat melatih diri supaya menjadi pemimpin yang lebih berani dan cekal apabila dewasa kelak.

Di samping itu, pembentukan disiplin diri yang cemerlang dapat dilahirkan melalui aktiviti
kokurikulum ini. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan , waktu dan
jadual yang ditetapkan oleh kelab atau persatuan.Para pelajar dilatih mematuhi peraturan dan jadual
tersebut supaya segala aktiviti yang direncanakan dapat dijalankan dengan sempurna.Oleh hal yang
demkian,mereka akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum
tersebut.

Sebenarnya, kegiatan kokurikulum juga mampu untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa.Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina, India dan lain-lain.Dalam aktiviti yang
dilaksanakan, mereka akan berkumpul untuk melakukan perbincangan dan bertukar-tukar
pendapat.Dengan itu, hubungan sesama mereka dapat dieratkan dan seterusnya akan mewujudkan
perpaduan antara kaum.

Demikianlah faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Secara


kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum memang membawa pelbagai
faedah.Justeru, ibu bapa hendaklah menggalakan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi
masa hadapan mereka. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya.

Anda mungkin juga menyukai