Anda di halaman 1dari 5

Lot 7558-26,

Jalan Setia 1,
Taman Tunku,
Miri,Sarawak.

22 Ogos 2011

Menemui saudariku, Krystal yang kini berada di Bintulu. Apa khabar saudari di
sana?Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya berharap saudari dan keluarga dalam keadaan yang
sihat juga.

Sudah begitu lama kita tidak berhubung semenjak saudari berpindah sekolah.Saya
sangat terkejut dan gembira apabila menerima surat saudari dua minggu yang lepas. Apabila
saya membaca surat saudari, saya berasa sangat khuatir dan ingin tahu bagaimana keadaan
sebenar yang dialami oleh saudari di sana.

Sahabatku Krystal,

Setiap manusia yang dicipta di muka bumi ini pasti akan menghadapi masalah dan ujian
daripada Tuhan. Saudari tidak sepatutnya mengeluh dan berputus asa dengan cepat apabila
melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah atas, saudari harus
berfikir dengan lebih matang. Apabila kita menghadapi kegagalan, tidak bermaksud kita akan
gagal selamanya. Saudari mengatakan bahawa masa saudari banyak dihabiskan untuk
mengulang kaji pelajaran tetapi prestasi saudari masih tidak memuaskan. Mungkin saudari
menggunakan teknik belajar yang salah. Walau bagaimanapun, saudari tidak perlu bimbang
kerana masih belum terlambat untuk berubah.

Saya ingin berkongsi serba-sedikit cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam

pelajaran.Setahu saya, saudari akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan. Sebagai
permulaannya, saudari harus menetapkan visi atau matlamat saudari sendiri. Sudah tentulah
saudari mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Bagi
saya,dengan adanya visi tersebut, saya seolah-olah bersemangat untuk belajar setelah
membaca visi yang saya buat. Visi tersebut seolah-olah menjadi pendorong dan pembakar
semangat saya selain daripada kedua-dua ibu bapa saya.Saudari boleh membuat visi dan
menghias visi tersebut. Kemudian, tampalkan di kawasan saudari selalu mengulang kaji
pelajaran. Saudari akan membaca visi saudari setiap kali mahu belajar.

Selain itu, saudari harus menyediakan jadual harian dan jadual belajar. Perkara ini sangat
penting bagi memastikan masa saudari dapat digunakan dengan betul dan sistematik. Saudari
harus membahagikan masa saudari dengan baik agar tidak terbuang begitu sahaja kerana
masa itu emas. Namun, saudari bukan sahaja harus menyediakan sebuah jadual tetapi harus
belajar untuk menepatinya juga. Pada awalnya, saudari mungkin akan berasa susah dan tidak
yakin untuk mengikuti segala yang saudari telah jadualkan. Saya juga berasa begitu pada
mulanya. Namun, lama-kelamaan saudari akan berasa selesa dan biasa apabila saudari
sentiasa menepati jadual saudari.

Sahabatku Krystal,

Kebanyakan pelajar lebih suka mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana banyak yang
berpendapat belajar saat-saat akhir memudahkan lagi kita mengingati sesuatu yang kita
pelajari. Pendapat itu meleset sama sekali. Hal ini perlu dielakkan untuk dipraktikkan dalam
kehidupan saudari. Saya yakin pihak sekolah akan memberi jadual ujian dengan awal dari
tarikh ujian. Saudari akan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran.
Saudari sekurang-kurangnya memperuntukkan empat jam untuk mengulang kaji pelajaran.
Tetapi, saudari tidak harus mengabaikan kerja sekolah yang diberi oleh guru di sekolah. Melalui
latihan, saudari dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih mendalam dan berkesan.

“Otak cerdas, badan cergas”. Ungkapan ini harus diambil kira oleh saudari. Saudari harus
keluar bersenam bagi menyihatkan tubuh badan sekali gus dapat mengurangkan risiko
menghidap penyakit dalam diri kita. Saudari sangat memerlukan persekitaran yang bersih,
indah dan tenang agar dapat mengurangkan stress belajar. Kandungan oksigen dalam badan
saudari akan stabil apabila saudari bersenam. Dengan ini, saudari tidak akan berasa
mengantuk semasa mengulang kaji. Otak saudari akan berfungsi dengan lebih baik dan efektif.
Saudari juga perlu mendapatkan rehat yang cukup. Saudari harus tidur sekurang-kurangnya
lapan jam sehari. Saudari tidak akan berasa mengantuk semasa guru mengajar sebaliknya
menumpukan perhatian sepenuhnya. Hal ini sangat penting supaya saudari tidak ketinggalan
apa yang diajar oleh seseorang guru.

Saudari,

Pengambilan makanan yang seimbang juga sangat penting. Pengambilan makanan yang
seimbang adalah berdasarkan piramid makanan. Saudari harus mendapatkan nutrisi-nutrisi
makanan yang berkhasiat bagi membentuk badan yang sihat. Pengambilan lemak yang
berlebihan akan menyebabkan obesiti. Pepatah orang tua sering mengatakan bahawa makan
apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Apabila saudari terlalu kenyang, saya pasti saudari
akan berasa malas untuk melakukan sesuatu perkara.Masalah ini perlu dielakkan agar saudari
dapat memperoleh kejayaan yang saudari impikan.

Perkara yang paling penting adalah saudari harus ada motivasi yang tinggi bagi mencapai
kejayaan. Saudari harus ada semangat juang yang tinggi untuk belajar.Saudari tidak harus
berputus asa apabila menghadapi pelbagai cabaran hidup. Saudari harus berpendirian teguh
agar tidak termakan kata-kata rakan sebaya untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Apabila saudari terjebak ke arah yang salah,saudari akan menyesal seumur hidup namun hal
itu tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, saudari harus ada pegangan
agama yang kuat. Apabila saudari menghadapi sesuatu masalah, saudari perlu berdoa kepada
Tuhan agar diberikan petunjuk. Sang Pencipta tidak akan mengecewakan umatnya yang
percaya. Justeru itu, saudari harus mengikuti dan melaksanakan kewajipan saudari sebagai
seorang yang beragama Kristian.

Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.Saya berharap saudari tidak
akan berputus asa dan agar cara-cara yang saya kongsikan dapat membantu saudari dalam
mengecapi impian saudari. Saudari harus ingat bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Semoga semua usaha yang dilakukan oleh saudari nanti akan membuahkan hasil yang
mengembirakan. Jangan lupa untuk sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Jika ada
kelapangan, sudilah bertandang ke rumah saya di Miri.
Menemui sahabatku saudari Nina yang kini berada di Johor dengan selamatnya di samping keluarga
tercinta.

Saudari,

Surat saudari telah selamat saya terima pada minggu lepas. Saudari ada memberitahu dalam surat
tersebut bahawa keputusan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang kurang
memberangsangkan menyebabkan saudari semakin tidak bermotivasi untuk belajar. Sebelum itu, saya
ingin memohon maaf kerana tidak dapat membalas surat saudari kerana kekangan masa.

Peperiksaan percubaan PMR ini hanya untuk mengukur prestasi saudari sahaja. Janganlah saudari terus
bersedih kerana tindakan seperti ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Setiap masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya. Jika kita gagal sekali, tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Oleh itu,
saudari perlulah sentiasa berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti mengurus masa dengan baik
untuk mendisiplinkan diri saudari. Seperti yang saudari sedia maklum, kehidupan sebagai seorang
pelajar amat mencabar dan mempunyai jadual harian yang padat. Justeru, saudari perlulah bijak
menguruskan diri kerana alah bisa, tegal biasa.

Saudari yang disayangi,

Di dunia ini ramai yang gagal pada peringkat awal, tetapi akhirnya bangkit denga kejayaan yang
berganda. Apa yang penting adalah saudari sentiasa berfikiran positif dan jangan terlalu memikirkan
perkara yang telah berlalu. Jadikan kegagalan yang lepas sebagai pendorong untuk terus cemerlang.
Manfaatkanlah waktu yang masih ada untuk membaiki kelemahan saudari.

Saudari boleh mendampingi orang yang cemerlang dalam pelajaran dan kehidupannya untuk
mengetahui cara belajar mereka. Bahkan saudari boleh mengajak mereka untuk belajar secara
berkumpulan. Secara tidak langsung, saudari dapat berkongsi ilmu dengan mereka. Orang yang berilmu
sudah tentu bukan orang yang kedekut ilmu. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air.

Saudari,
Gred B yang saudari peroleh merupakan platform untuk saudari mencapai gred A dalam peperiksaan
yang sebenar. Segalanya boleh terjadi jika saudari bersedia untuk berubah demi masa hadapan yang
cerah kerana matlamat yang membara akan dapat merempuh walau apapun halangan yang datang.
Sentiasa ingatkan keluarga, ibu bapa dan guru-guru yang meletakkan kepercayaan mereka kepada
saudari untuk memperoleh kecemerlangan. Janganlah saudari menghampakan mereka semua yang
telah banyak berkorban untuk saudari.

Di samping saudari meneruskan usaha untuk berjaya, saudari perlulah sentiasa mendekati Tuhan agar
doa kita dimakbulkan. Semoga saudari lebih bersemangat setelah membaca surat saya ini dan terus
berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Saya berdoa agar kita dapat menjawab soalan dengan tenang
dan terang hati ketika menjawabnya. Sampai di sini sahaja surat saya pada kali ini, semoga kita
berjumpa di lembaran yang lain pula. Sambutlah salam sayang saya buat saudari sekeluarga. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai