Anda di halaman 1dari 3

DRAF SKRIP PENGACARA MAJLIS

MASA

JURUACARA

7.30 PAGI Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku Lagu sekolah
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU RASMI SEKOLAH DAN LAGU RASMI NEGERI SABAH. DIMINTA SEMUA WARGA DEWAN YANG BUDIMAN BERDIRI.

Intan suasa jadi hantaran Cantik menawan tidak terperi Selamat bersua sekalian dewan Moga gembira meniti hari PEMBUKAAN Sampan berlabuh di tepi titi Hendak membeli barangan pukal Hari yang indah pastinya dinanti Sekali lagi kita berkarnival Selamat pagi dan salam perpaduan. Yang Berusaha Pengetua Sekolah. Pn Cheah Chu Tai Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Dorothea Onong Penolong Kanan HEM Pn Ng Chooy Kim Penonong Kanan Kokum En. Mius Ontit, Penolong Kanan Tingkatan 6 En. Sabran Mamit Guru Cemerlang, Pn Clara Semua Ketua Bidang, para guru dan semua pelajar yang dikasihi. Selamat sajahtera dam selamat berkarnival.

Ucapan PK KOKUM

Dijemput Penolong Kanan Kokurikulum , En. Mius Ontit untuk menyampai ucapan sempena Karnival Kokurikulum ke 3. Dengan segala sukacitanya majlis mempersilakan

Ucapan Pengetua

Dijemput yang dihormati Pengetua Cemerlang , PN. Cheah Chu Tai menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Karnival Kokurikulum SM Ken Hwa siri ke 3 . Dipersilakan dengan segala hormatnya. ______________________________________________________
Buah longan beli sekati, Buat makan di atas jambatan; Pesanmu puan kami ingati, Jadi azimat dalam ingatan Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas amanat dan

perkongsian pemikiran oleh Pengetua , Pn. Cheah Chu Tai. Semoga amanat dan pesan keramat beliau akan sentiasa tersemat dalam hati dan menjadi pedoman kita.

Tarian

Untuk memeriahkan majlis pada hari ini , marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan daripada kumpulan Kebudayaan SM Ken Hwa yang akan mempersembahkan Tarian kontemporari 1 Malaysia. Dipersilakan

Choral Speaking

Untuk makluman warga dewan, kita berasa bertuah kerana pada majlis kali ini kita turut menjemput persembahan dari luar untuk sama-sama memeriahkan karnival kita. Dijemput ____________________________________untuk mempersembahkan Choral Speaking yang bertajuk________________________________________________

Action Song

Begitulah persembahan mantap lagi bertenaga dari ________________________________.Kumpulan ini dibawah bimbingan _______________________________ Sekarang tiba masanya kita menyaksikan persembahan daripada sekolah ______________________________untuk mempersembahakan Action Song. Majlis mempersilakan. Untuk makluman warga dewan, persembahan tadi adalah hasil kreativiti dan bimbingan oleh ______________________________ dan disertai oleh 35 orang. Seterusnya majlis kita akan terus dimeriahkan dengan persembahan Puisi dan Lagu yang akan dipersembahkan oleh pelajar SM Ken Hwa.

Puisi dan Lagu

Drama

Begitulah persembahan yang cukup bertenaga dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan Golden Voice of SM Ken Hwa. Persembahan seterusnya yang akan bakal kita saksikan adalah persembahan Drama yang akan dipersembahkan oleh kelas ____________________________________. Dipersilakan.

Koir

Hadirin sekalian, pentas karnival kita akan terus dipanaskan dengan persembahan yang sudah pastinya ditunggu-tunggu iaitu persembahan Koir daripada sekolah____________________________________. Kumpulan ini akan menyampaikan lagu________________________________________________ Persembahan koir tadi adalah di bawah bimbingan oleh ____________________________.

Nyanyian

Persembahan terakhir yang akan menjadi penutup sagmen persembahan kita pada hari ini adalah persembahan yang sudah pasti akan diingati oleh warga dewan pada hari ini iaitu persembahan nanyian oleh _____________________________________.

PENUTUP

Sebelum majlis ini ditangguhkan, makluman kepada semua pelajar bahawa acara karnival kita pada hari ini akan melibatkan beberapa program iaitu pameran, gerai jualan dan pertandingan.

Dijemput sekolah jemputan iaitu _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ke ________________________________________untuk menjamu jamuan ringan yang telah disediakan.

Kepada semua pelajar, aktiviti karnival akan bermula pada pukul 10 pagi ini. Sila rujuk lokasi yang terlibat pada pelan yang dilekatkan di pintu utama dewan. Pada pukul 12. 30 kita akan mengadakan gotong royong kebersihan sebelum kembali berhimpun di dewan untuk acara penutupan Karnival Kokum 3. Kehadiran pelajar hanya akan diambil pada masa penutupan Karnival nanti. Semua pengawas sila mengambil tempat dan pelajar dipersilakan beredar.

Anda mungkin juga menyukai