Anda di halaman 1dari 14

Stratifikasi danMobiliti Sosial

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.Menerangkan perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi;
2.Menjelaskan bagaimana ahli sosiologi mengenal pasti kelas sosial;
3.Menghuraikan maksud mobiliti sosial dan bagaimana ia berlaku;
4.Menjelaskan perbezaan di antara stratifikasi sosial dan kelas sosial; dan
5.Menerangkan kesan-kesan stratifikasi sosial.
PENGENALAN
Kelas sosial mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan sosial manusia.Individu
dilahirkan ke dalam kelas sosial dan kelas sosial ini akan mempengaruhi kewujudannya
seperti mana faktor-faktor sosial yang lain juga.Berdasarkan pemahaman ini maka penting
untuk kita memahami mengapa proses stratifikasi merupakan asas utama kepada sesebuah
masyarakat.Dalam kebanyakan masyarakat, ketidaksamaan dalam pendapatan,
kekayaan,kuasa, dan darjat merupakan fakta asas dalam kehidupan. Walau pun masyarakat
cuba mengelakkan daripada wujudnya ketidaksamaan ini tetapi masyarakat masih tidak dapat
menghapuskan adanya sistem kelas.Contohnya, negara yang dahulu dikenali sebagai Soviet
Union, cubamewujudkan masyarakat tanpa stratifikasi, tetapi masih ada perbezaan
dalamdarjat dan ganjaran. Ahli masyarakatnya yang berada dalam Parti Komunis, iaitumereka
yang elit, mendapat keistimewaan untuk diri dan keluarga mereka.Contohnya, ahli Politburo
dan setiausaha kebangsaan Parti Komunis memandukereta hitam Zil limosin, berharga
$100,000 setiap satu, manakala kebanyakanrakyat Rusia tidak berpeluang langsung memiliki
kereta. Parti Cina Komunis juga telah menjadi kelas yang memerintah berdasarkan
kepentingan peribadi

MEMAHAMISTRATIFIKASI

Manusia cenderung untuk meletakkan individu mengikut darjat dan ini telahmewujudkan
ketidaksamaan. Maka, terdapatlah mereka yang berada sebelahatas dan di sebelah bawah
hierarki.Apakah perbezaan di antara stratifikasi dan kelas sosial? Stratifikasi sosial bermaksud
mewujudkan lapisan dalam populasi yang menguasai pembahagian yang ketidaksamaan
terhadap keperluan; pendapatan, kekayaan, kuasa dandarjat. Setiap lapisan ini adalah kelas
sosial iaitu sebahagian daripada populasidi mana ahlinya memegang pembahagian yang sama
ke atas keperluan yangsukar diperolehi dan berkongsi nilai, norma, dan gaya hidup yang
sama.Bilangan kelas sosial dalam struktur stratifikasi adalah berbeza. Strukturstratifikasi
mungkin mempunyai kelas atasan atas, atasan tengah, atasan bawah,pertengahan atas,
pertengahan tengah, pertengahan bawah dan bawahan bawah.Negara-negara membangun
hanya mempunyai kelas atasan dan bawahansahaja.Karl Marx dan Max Weber adalah mereka
yang banyak menyumbang kepadapengajian tentang stratifikasi dalam masyarakat. Marx
menerangkan tentangkepentingan ekonomi dalam kelas sosial manakala Weber pula
menekankantentang aspek darjat dan kuasa dalam stratifikasi. Kajian kedua-dua tokoh initelah
memberikan gambaran kepada kita bahawa stratifikasi mempunyaimultidimensi.

8.1.1 Dimensi Stratifikasi


Dalam membincangkan stratifikasi sosial, dua tokoh sosiologi yang terkena lharuslah diambil
kira iaitu Karl Marx dan Max Weber. Karl Marx mementingkandimensi ekonomi dalam
menerangkan stratifikasi, manakala Max Weber lebihtertumpu kepada dimensi-dimensi kuasa
dan darjat
.(a) Dimensi Ekonomi: Karl Marx

Mengikut Marx faktor ekonomi adalah pembolehubah tidak bersandaryang


menerangkan tentang kewujudan kelas sosial. Weber pula melihatdimensi ekonomi sebagai
pembolehubah bersandar. Beliau lebihmementingkan kesan ekonomi ke atas stratifikasi.Marx
mengenalpasti beberapa kelas sosial dalam zaman industri, iaitu buruh, pembantu rumah,
pekerja kilang, seniman, pengusaha kecil,kapitalis mata wang dan meramalkan bahawa
masyarakat kapitalisakhirnya akan dikecilkan kepada dua kelas sosial sahaja. Mereka yang
mempunyai kapital,bourgeoisie akan memerintah manakala mereka yang bekerja untuk
mendapat gaji, proletariat akan diperintah. Kelas kapitalisakan mengeksploitasi pekerja.
Walaupun pekerja melakukan kerjasepenuhnya, mereka akan menerima tahap gaji
cukup untuk hidupmanakala kapitalis akan menikmati hasil pekerjaan pekerja.
Marxseterusnya meramalkan, disebabkan kapitalis menguasai hasil pengeluaran(tanah,
kilang), maka mereka akan memerintah dan mengeksploitasi buruh.Kaum buruh pula tidak
mempunyai apa-apa kecuali tenaga bekerja.Mengikut Marx, semua aspek masyarakat

kapitalis iaitu kerja, agama,pemerintah, perundangan dan moraliti adalah ditentukan oleh
ekonomi.Kapitalis menguasai kesemua institusi sosial yang mana merekamenggunakan untuk
kepentingan sendiri. Mereka mampu menstrukturkansistem perundangan, sistem pendidikan
dan kerajaan untuk memenuhikepentingan mereka. Mengikut Marx, semua masyarakat
kapitalis adalahmerupakan sebuah struktur yang bersandar kepada ekonomi, ini
yangmengenal pasti sesebuah masyarakat.Weber pula melihat masyarakat sebagai beberapa
kelas sosial. Webermengenal pasti kesan hubungan manusia dengan institusi ekonomi.
Webermendefinisikan ini sebagai peluang hidup iaitu kemungkinan menjaminperkara yang
baik dalam hidup, seperti perumahan, pendidikan,kesihatan yang baik, dan makanan.
Kemungkinan untuk mendapatperkara yang baik dalam hidup ini ada kaitan langsung
dengan sumberekonomi seperti pengurusan harta tanah, pendapatan, mewarisi, danfaedah
daripada pelaburan.Keadaan kehidupan yang diukur dengan mengambil kira
makanan,pakaian, perumahan atau kesihatan telah meningkat lebih baik di Eropahdan
Amerika. Sungguh pun begitu masih terdapat ketidaksamaan ekonomidi kalangan negaranegara di barat, tidak terkecuali Amerika sendiri.Untuk memahami sejauhmana terdapat
ketidaksamaan ekonomi maka kitaperlu bezakan di antara pendapatan dengan kekayaan.
Pendapatan adalah bilangan wang yang diterima dalam jangka masa tertentu oleh individuatau
kumpulan. Kekayaan pula merujuk kepada semua sumber ekonomiyang dimiliki oleh individu
atau kumpulan.Apakah kesan kepada peningkatan ketidaksamaan pendapatan?Akibat
daripada ketidaksamaan pendapatan ialah:
Penjagaan kesihatan yang tidak memuaskan;
Pemakanan yang terhad;
Kualiti perumahan yang rendah; dan

Kurang perlindungan polis.Ini adalah di antara keadaan yang merugikan akibat peningkatan di
antaragolongan yang kaya dan miskin di Amerika. Perbezaan ini juga telahmembawa kepada:

Rendahnya tahap pendidikan sebab peningkatan kemasukkan ke kolej bermakna peningkatan


juga kepada tahap pendapatan.

Kurangnya bilangan mereka yang berkelulusan masuk ke dalampasaran pekerjaan,


mengakibatkan kurangnya perkembangan tenagapekerja mahir.

Ini akan menjejaskan kualiti tenaga pekerja sebab bertambahanyapendapatan yang rendah
akan seterusnya membawa kepadapencapaian akademik pelajar yang rendah di semua
peringkatpersekolahan.

Seterusnya ini akan mempengaruhi perkembangan pekerjaan berdasarkan perbezaan


pendapatan
.(b)Dimensi Kuasa: Max Weber
Kuasa mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku manusiawalaupun
bertentangan dengan kehendak mereka. Individu ataukumpulan yang mempunyai kuasa
mampu untuk menggunakannya untukkepentingan diri sendiri tetapi bukan untuk masyarakat
sejagat.Apakah yang dimaksudkan dengan stratifikasi kuasa?Mengikut Karl Marx, manusia
yang mempunyai dan mengawal kapitaladalah mereka yang mempunyai kuasa. Ahli sosiologi
bersetuju manusiayang berjaya dalam ekonomi merupakan mereka yang berkeupayaanuntuk
meningkatkan kuasa mereka. Mereka yang mewah mempunyaikuasa untuk mempengaruhi
peraturan cukai agar memihak kepadakepentingan mereka. Walau bagaimanapun ramai ahli
sosiologi, bermuladaripada Weber, berpendapat bahawa kejayaan ekonomi dan kuasa
tidaksemestinya bertindih. Pandangan ini berdasarkan beberapa hujah:(i)
Pertama, wang yang boleh digunakan untuk kuasa tidak semestinyaakan digunakan dengan
cara ini. Wang adalah sumber untukmeningkatkan kuasa tetapi ini bergantung kepada
keputusanmenggunakannya untuk matlamat tersebut. Contohnya, terdapatramai keluarga yang
kaya di Amerika tetapi mereka tidak
menggunakan sumber ekonomi mereka untuk meraih kuasa politikseperti keluarga Kennedy.
(ii)
Kedua, pemilikan wang melalui pengeluaran bukan hanyamerupakan asas kepada kuasa.
Mereka yang mempunyai kepakaranilmu juga boleh menggunakannya untuk
memperkembangkan kuasamereka. Contohnya, ramai peguam mengalihkan sebahagian
besardaripada kepakaran mereka kepada menguasai kuasa. Kemahiran bertutur juga adalah
kemungkinan satu lagi sumber. Kemasyhuranadalah faktor yang memberi peluang kepada
Albert Einsteindipelawa untuk menjadi presiden Israel pada tahun 1952. Beliau bagaimana
pun menolak dengan mengatakan bahawa, Saya tahusedikit sahaja mengenai alam semula
jadi dan tidak langsung tentangmanusia.(iii)
Kuasa juga berkaitan dengan kedudukan sosial seseorang. Pegawaiyang dilantik mempunyai
lebih kuasa berbanding dengan merekayang berpangkat rendah. Mereka yang memegang
jawatan eksekutif dalam bidang media massa adalah sangat berkuasa walaupun merekatidak
kaya sangat.(iv)
Akhir sekali, manusia boleh mengatasi kekurangan sumber inisekiranya mereka mempunyai
pengikut yang ramai atau mereka bijakmenguruskan sumber. Contohnya, Hitler berkeupayaan
untukmengubah sumber yang terhad kepada pergerakan politik yang berpengaruh. Beliau
mendapat kuasa dengan berjanji untukmengubah negara Jerman daripada kemerosotan
ekonomi selepasPerang Dunia I.(c)

Dimensi Darjat: Max Weber

Dimensi ketiga stratifikasi sosial ialah darjat iaitu pengiktirafan,kehormatan dan keagungan
yang dikaitkan dengan kedudukan sosialseseorang itu. Darjat didefinisikan sebagai budaya
dan masyarakatseseorang.Bagaimanakah seseorang itu diberi kedudukan darjat?
(i)
Pertama, penilaian sosial yang disenangi adalah berdasarkan kepadanorma dan
nilai dalam sesebuah kumpulan. Ketaatan, keagungan,kehormatan diberi kepada
ketua dalam kumpulan
Mafia , tetapiketua-ketua Mafia ini tidak mendapat darjat yang tinggi di luarkumpulan
mereka walaupun masyarakat Amerika mengkagumikegiatan pergerakan mereka.
Kedua, darjat tidak diberi secara sukarela atau dituntut. Ahli saintistidak boleh
mencalonkan diri mereka untuk memenangi HadiahNobel; wartawan tidak boleh menerima
Hadiah Pulitzer; daneksekutif korporat tidak boleh menganugerahkan diri mereka
doktorkehormat. Pengiktirafan mesti datang daripada orang lain.
(iii) Ketiga, mereka yang dianugerahkan tahap darjat yang sama berkongsi gaya hidup
yang dapat dikenal pasti. Anak-anak mereka berkemungkinan tinggi dapat masuk ke universiti
swasta; anak-anakdari keluarga kelas bawahan berkemungkinan tidak mendapattempat di
kolej sama sekali.Sejauh manakah keupayaan sumber berkait rapat dengan dimensi darjat?
Mereka yang mempunyai sumber ekonomi yang mencukupi mungkin menggunakannya untuk
meningkatkan darjat mereka; mereka bolehmemiliki barangan dan perkhidmatan untuk
menunjuk-nunjukkemewahan mereka kepada orang lain. Thorstein Veblen
menamakanfenomena ini conspicuous consumption.
Contohnya, tetamu di rumah kediaman peranginan musim panasCornelius Vanderbilt di
Newport, Amerika, mempunyai tujuh puluh bilikdengan harga US$10 juta, tetamu boleh
memilih di antara air masin dan airtawar dalam bilik mandi; tetamu di kediaman mewah
Baron Alfred deRothschild boleh memilih susu lembu dari Jersey, Hereford atau
Shorthorn.Manakala eksekutif di Ford Motor Company, Lee Iacocca dan rakan-rakannya
boleh menikmati menu makan tengah hari yang dihantar darimana-mana negara di
dunia.Bagaimanakah darjat diagihkan? Darjat diagihkan mengikut sistem nilai sesebuah
masyarakat. Mereka yang berstatus tinggi adalah yangterpenting; dinilai sebagai paling tinggi
dan mempunyai darjat tertinggi.Masyarakat Amerika memandang tinggi kepada kemewahan
dan kuasamaka mereka akan meletakkan darjat yang tinggi kepada individu yangkaya dan
berkuasa. Dalam zaman moden ini sumber utama darjat adalahyang berkaitan dengan
pekerjaan.Pembahagian darjat yang diletakkan kepada pekerjaan di Amerika adalah seperti di

Jadual 8.1. Ternyata pekerjaan kolar putih (doktor, peguam,profesor) mendapat darjat yang
lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berkolar biru (jurutera, mekanik kereta, tukang
paip). Sebagaimanadiramalkan pakar bedah, peguam dan profesor menduduki darjat
tertinggimanakala penjaga bangunan, pemandu bas dan pengumpul sampah diberidarjat yang
paling rendah. Anda mungkin hairan apabila mubaligh dan

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

159
profesor diberi darjat yang lebih tinggi berbanding dengan pegawai bank.Ini menunjukkan
walaupun kekayaan dan kuasa biasanya menentukandarjat seseorang itu tetapi terdapat juga
pengecualian.

Sistem Terbuka dan Sistem Tertutup


Sistem stratifikasi berbeza daripada aspek membenarkan individu bergerakmasuk atau keluar
dari strata tertentu. Individu selalunya bergerak secaramenegak ke atas atau ke bawah dalam
taraf tertentu atau melintang kepadastatus yang lain yang berada dalam taraf yang sama.
Apabila individu bolehmengubah statusnya dengan mudah, ini disebut sebagai sistem
terbuka.Sebaliknya, apabila individu menghadapi kesukaran untuk menukar statusnya,ini
dipanggil sebagai sistem tertutup. Status pencapaian (achievement status )adalah terbuka
untuk individu atas dasar pemilihannya dan persaingannyasendiri dan ini terdapat dalam
sistem stratifikasi yang terbuka. Status berpunca(ascribed status ) adalah status yang diberikan
kepada individu oleh kumpulanatau masyarakat dan ini biasanya terdapat dalam sistem
tertutup.Walaupun tidak ada masyarakat yang keseluruhannya terbuka atau tertutuptetapi di
Amerika terdapat contoh terbaik sistem terbuka. Contohnya, AbrahamLincoln seorang hero
Amerika. Beliau merupakan seorang kanak-kanak lelakiyang miskin yang melalui kerja keras
telah dapat bergerak keluar daripadarumah pondoknya ke
White House.
Amerika mencerminkan sebuah masyarakatdi mana semua orang boleh mengubah dan
memperbaiki kehidupan diri mereka.Amerika bukan dibina di atas dasar semua manusia boleh
menikmati status yangsama atau masyarakat tanpa kelas. Sebaliknya, demokrasi memegang
kepadaprinsip iaitu semua manusia dapat peluang yang sama untuk bergerak ke atasdalam
sistem kelas yang mereka berada. Mengikut kepercayaan budayaAmerika, ganjaran dalam
kehidupan sosial diberi mengikut merit dan kebolehandan berapa banyak sumbangan anda

kepada masyarakat dan komuniti.Kepercayaan ini menjana peluang untuk manusia menikmati
ganjaran yangterdapat dalam masyarakat. Kebanyakan masyarakat Amerika percaya
merekamempunyai peluang untuk maju, mereka mempunyai tahap kehidupan yanglebih baik
daripada ibu bapa mereka dan anak-anak mereka akan mempunyaipeluang yang lebih baik
untuk berjaya daripada mereka. Walaupun sistemAmerika berdasarkan kepada pencapaian,
status berpunca yang berdasarkankepada kaum, gender, umur dan dimensi sosial yang lain
masih mempunyaipengaruh yang penting ke atas peluang pencapaian individu.
SEMAK KENDIRI 8.5

1.Apakah itu mobiliti sosial?


2.Bagaimanakah mobiliti sosial berlaku?

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

175
Pengaturan kasta Hindu yang diamalkan di India sebelum 1900 merupakancontoh sebuah
sistem tertutup. Di bawah sistem ini, kehidupan individudiuruskan mengikut peraturan yang
terdapat dalam castanya yang diwarisi sejakdilahirkan dan ini tidak boleh diubah sepanjang
hayatnya. Ahli masyarakat yang berada dalam casta bawahan ini dipandang rendah dan hina,
tidak dipedulikan,dan ditindas oleh mereka yang berada dalam casta yang lebih tinggi, tidak
kirakebolehan atau tingkahlaku mereka. sehingga hari ini casta masih lagimencorakkan
tingkahlaku setengah pihak terutama merek yang berada dikawasan luar bandar, menentukan
peraturan tentang perkahwinan, pemakanan,perumahan, dan pekerjaan.Walau pun terdapat
perbezaan yang jelas tentang stratifikasi di antara sistemterbuka dan tertutup, secara
praktiknya terdapat beberapa ciri-ciri persamaan diantara kedua-dua casta ini. Di Amerika
sistem ketidakadilan kaum mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri yang terdapat
dalam sistem casta.
8.3.2 Jenis-jenis Mobiliti Sosial
Mobiliti sosial boleh berlaku dalam banyak bentuk. Contohnya, mobiliti boleh berlaku secara
menegak atau melintang. Mobiliti menegak melibatkanpergerakan daripada satu status kepada
satu status yang lebih tinggi ataurendah. Rakyat Amerika berbeza dalam meletakkan darjat
kepada beberapa jenispekerjaan. Misalnya, seorang juru jual (Jadual 8.1, skor darjat 36)
menjadiseorang peguam (skor 75), pergerakan ini melibatkan mobiliti ke atas.
Sekiranya, jurujual tersebut menjadi pengumpul sampah (skor 28), perubahan inimelibatkan
mobiliti ke bawah. Sekiranya kerani bank (skor 43) mengubahpekerjaannya kepada penjual
kereta (skor 43), maka pergerakan ini melibatkanmobiliti mendatar. Mobiliti mendatar
melibatkan pergerakan dari satu statussosial kepada satu status sosial yang mempunyai
persamaan darjat.Mobiliti ini boleh melibatkan di antara generasi

(intergenerational mobility)
ataudi kalangan generasi
(intrageneratinal mobility)
. Mobiliti di antara generasimelibatkan perbandingan di antara status sosial ibu bapa dan
anaknya pada satuketika dalam kerja masing-masing (contohnya, menilai darjat pekerjaan
merekapada masa umur yang sama). Kajian menunjukkan terdapat kebanyakanminoriti,
mungkin juga majoriti rakyat Amerika yang bergerak ke atas dan ke
SEMAK KENDIRI 8.6
Jelaskan perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL


176
bawah sekurang-kurangnya sedikit dalam hireraki kelas setiap generasi. Mobilitidi kalangan
generasi pula melibatkan perbandingan status seseorang dalam jangka masa yang panjang.
Terdapat limitasi kepada berbagai pengalamanmobiliti manusia. Pergerakan yang kecil adalah
lumrah dan pergerakan yang besar jarang berlaku.(a)
Mobiliti Sosial dan Pencapaian Status
Apabila ahli sosiologi menyebut tentang mobiliti sosial mereka seringmerujuk kepada
mobiliti pekerjaan di antara generasi. Mobiliti sosial berlaku akibat daripada perubahan
struktur pekerjaan dan ekonomi. Ramairakyat Amerika menganggap peluang untuk bergerak
menaiki status sosiallebih cerah di Amerika berbanding dengan negara-negara lain di
dunia.Sebenarnya, peluang kenaikan status mobiliti di Amerika tidaklah sebaikmana pun, dan
dalam setengah kes adalah lebih teruk lagi berbandingdengan negara-negara perindustrain
yang lain. Pada umumnya, rakyatAmerika adalah lebih kepada pergerakan mobiliti ke atas
daripada ke bawah merintasi generasi.Apakah penyebab kepada tingginya pergerakan ke atas
berbanding ke bawah dalam mobiliti sosial di antara generasi di Amerika?

Pertama, perubahan dalam struktur pekerjaan merintas masa: Denganperkembangan teknologi


maka wujud lebih banyak jawatan dibahagianatas struktur pekerjaan berbanding dengan di
bawah.

Kedua, perbezaan kelahiran anak ada kaitan dengan kelas sosial: Bapayang bekerja sebagai
pekerja kolar putih mempunyai bilangan anakyang kurang berbanding dengan bapa yang
bekerja sebagai kolar biru.Keadaan ini memberi ruang untuk mereka yang berkolar
putih bergerak ke atas dalam hieraki kelas. Terdapat ramai lelaki yang berpindah ke pekerjaan
kolar putih berbanding dengan mereka yangkeluar.(b)
Memahami Mobiliti Sosial
Kita boleh lebih memahami mobiliti sosial dengan melihat pencapaianstatus, yang mengenal
pasti proses di mana individu memasuki alampekerjaan dan mencapai status dalam

masyarakat. Dua contoh kajiansosiologi klasik tentang transmisi status dan pencapaian telah
menunjuk beberapa faktor yang penting.(i)
Pertama, melibatkan kajian yang melihat kepada perkembanganteknik untuk mempelajari
status pekerjaan individu merintasi kitaranhidupnya (Blau & Duncan, 1972). Ini dipanggil
sebagai kitaran hidup

sosioekonomi dan melibatkan beberapa tahap, bermula daripadakelahiran ke dalam sebuah


keluarga yang mempunyai status sosialyang khusus dan melalui alam kanak-kanak,
sosialisasi, persekolahan,mencari pekerjaan, pencapaian dalam pekerjaan, perkahwinan,
danmaklumat dan fungsi sebuah unit keluarga yang baru.(ii)
Kedua, berdasarkan kajian ke atas pelajar sekolah menengah atas danmenjejak perkembangan
mereka sehingga mereka lulus daripadasekolah tersebut (Sewell et al., 1970; Sewell &
Hauser, 1975).Kedua-dua kajian mendapati menamatkan persekolahan mempunyaipengaruh
yang paling kuat ke atas pencapaian pekerjaan. Status ibu bapamempunyai pengaruh secara
langsung ke atas pencapaian pekerjaan; inimemainkan peranan yang tidak langsung ke atas
status pencapaian disekolah. Satu lagi faktor yang penting ialah perhubungan latar
belakangkeluarga dengan status semasa dewasa iaitu tahap pencapaian aspirasiyang seseorang
itu pelajari bersama keluarganya. Kajian seterusnyamenggunakan kajian Sewell dan rakanrakan dan mendapati pencapaianpekerjaan diperolehi melalui pencapaian pendidikan dan
keupayaankognitif (Warren, Hauser, & Sheridan, 2002). Dalam kajian yang terkinipula,
dapatan menunjukkan bahawa sosial yang mewah membawa kepadaseseorang itu
menamatkan pengajian di kolej sebelum mendapatperkerjaannya yang pertama dan kombinasi
ini menghasilkan pendapatyang melonjakkan.
8.3.3 Faktor-faktor Lain Yang MempengaruhiPencapaian Status
Terdapat pengkritik yang mengatakan bahawa tidak benar pekerjaan di pasaranterbuka kepada
mereka yang mempunyai kedudukan berdasarkan pendidikandan keupayaan sahaja.
Seterusnya kita akan melihat faktor-faktor lain yang berpengaruh ke atas pencapaian status
seseorang.(a)
Kumpulan Etnik
Satu kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan terdapat perbezaandi antara kanakkanak lelaki kulit putih dan hitam daripada aspekpencapaian pendidikan (Portes & Wilson,
1976). Dapatan kajian inimenunjukkan latar belakang sosio-ekonomi, keupayaan mental,
danpencapaian akademik di dapati lebih penting untuk pencapaian kanak-kanak kulit putih,
sementara harga diri dan aspirasi pelajaran adalahfaktor-faktor yang berkaitan dengan kanakkanak kulit hitam. Begitu jug

ada dapatan kajian yang menunjukkan pendidikan menolong dalampeningkatan pendapatan


bagi mereka yang berkulit putih.(b)
Gender
Berikut merupakan beberapa kajian yang berkaitan dengan gender.

Kajian di Britain menunjukkan mobiliti sosial untuk lelaki kulit putihtidak boleh
digeneralisasi kepada kaum wanita (Abbott & Wallace,1997).

Walaupun pembahagian pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanitadan pembahagian wanita
yang bekerja untuk mendapatkan pendapatantelah meningkat, kedua-dua kategori wanita ini
masih lagi bekerjasebagai pekerja rutin dan berada di kategori pekerjaan terbawah.

Begitu juga di Amerika di mana wanita adalah berkemungkinan beradadi skala pendapatan
yang terbawah dan berkemungkinan tidak akan berada di atas atau bertahan lama berbanding
dengan lelaki (Gittleman& Joyce, 1995).

Anak perempuan berkemungkinan tidak akan mewarisi pekerjaanayahnya dan


berkemungkinan dipengaruhi oleh pekerjaan ibunya berbanding dengan anak lelaki (Hurst,
1998).

Kaum lelaki pula mendapati pendidikan merupakan salah satu faktoryang mempengaruhi
pencapaian status mereka; manakala untuk kaumperempuan, pendidikan merupakan faktor
yang menentukanpencapaian status mereka (Hurst, 1998).

Kaum wanita lebih dipengaruhi oleh faktor keluarga dan kehidupan berkeluarga berbanding
dengan kaum lelaki.

Kehadiran anak akan mengurangkan mobiliti ke atas untuk wanita berbanding dengan lelaki
(Waddoups & Assane, 1993).(c)
Bangsa dan Gender
Bangsa juga ada kaitan dengan gender dalam penentuan pencapaian status.Misalnya, kajian
menunjukkan wanita kulit putih di Memphis Amerika,yang dibesarkan dalam keluarga kelas
buruh kurang menerima sokongandan galakkan dalam pencapaian pelajaran dan kerjaya

mereka berbandingdengan wanita kulit putih yang dibesarkan dalam keluarga


kelaspertengahan dan wanita kulit hitam yang dibesarkan dalam keluarga buruh atau
pertengahan (Higginbotham & Weber, 1992). Contohnya, 86%

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

179
daripada wanita kulit hitam daripada kelas pertengahan berkata keluargamenyokong mereka
ke kolej berbanding dengan 70% wanita kulit putihkelas pertengahan, 64% wanita kulit hitam
kelas buruh dan hanya 56%wanita dibesarkan dalam kelas buruh.(d)
Dwi Pasaran Buruh (
Dual Labour Market
)
Terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada penentuan individukepada pelbagai
pekerjaan iaitu dwi-pasaran buruh, di mana sektorekonomi primari atau teras menyediakan
kerja yang baik dan sektorsekunder atau pengiran menyediakan kerja kurang baik,
bergaji rendah,keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, dan sedikit ruang untukkenaikan
pangkat. Pengambilan untuk kedua-dua sektor ini berbeza,Afrika Amerika, Hispanik, orang
asli Amerika, dan wanita mendapat kerjadi sektor sekunder.
8.3.4 Mobiliti Sosial di Negara-negara Membangundan Sedang Membangun
Mobiliti sosial harus dilihat dalam konteks pembangunan sesebuah negaratersebut. Untuk
tujuan ini, kita harus membezakan mobiliti sosial di:

Negara-negara membangun

Negara-negara sedang membangun

Negara-negara kurang membangun(a)


Negara-negara Membangun
Negara-negara membangun boleh dirujuk sebagai negara-negaraperindustrian. Ini termasuk
negara Amerika dan Kanada di Utara Amerika;Britain, Perancis, Jerman, Switzerland, dan
negara-negara perindustrainlain di barat Eropah; Jepun di Asia; dan Australia dan New
Zealand inkawasan Oceania. Walaupun mereka mempunyai perbezaan dalam sistemekonomi,
negara-negara ini adalah kapitalis. Negara-negara ini hanyamerangkumi 16% penduduk
populasi di dunia tetapi mereka menguasai31% sumber kekayaan bumi. Kekayaan mereka

adalah melimpah sehinggarakyat termiskin mereka masih mempunyai kehidupan yang jauh
lebih
AKTIVITI 8.3

Jelaskan jenis-jenis mobiliti sosialyang terdapat dalam masyarakat Malaysia.

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL


180
baik dan jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan pendudukyang tinggal di
negara-negara yang kurang maju.(b)
Negara-negara Sedang Membangun
Negara-negara sedang membangun atau kurang perindustrian termasuknegara-negara yang
dahulunya di bawah Soviet Union dan Eropah Timur.Negara-negara ini menguasai 20%
kawasan bumi dan 16% pendudukdunia. Perbezaan di antara rakyat negara-negara
membangun dan merekayang berada dalam negara-negara sedang membangun ialah:

Negara-negara sedang membangun mempunyai pendapatan yangkurang sedikit daripada


mereka yang tinggal di negara-negaramembangun.

Kebanyakan penduduk di negara-negara membangun adalah lebih beruntung daripada mereka


yang tinggal di negara-negara sedangmembangun. Contohnya, kemudahan elektrik, air,
pengangkutan,telefon, dan juga makanan.

Penduduk di negara-negara membangun berkedudukan lebih tinggidaripada mereka di negaranegara sedang membangun. Manakalapenduduk di negara-negara sedang membangun adalah
lebih tinggistatus mereka daripada penduduk di negara-negara kurangmembangun.Faedah
daripada perindustrian adalah tidak seimbang. Terdapat bilanganpenduduk yang ramai di
negara-negara sedang membangun yang masih buta huruf dan tersangat miskin.(c)

Negara-negara Kurang Membangun


Di negara-negara kurang membangun kebanyakan penduduknya adalahpetani yang tinggal di
kampung. Negara-negara ini merangkumi 49%kawasan bumi dan 68% penduduk dunia.
Kebanyakan penduduk iniadalah:

berpendapatan kurang daripada $1,000 setahun dan ada yang kurangdaripada ini.

tidak mempunyai bekalan air dalam rumah mereka.

tidak mendapat rawatan daripada doktor bertauliah.

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

181
Kemudahan ubat-ubatan moden hanya mengurangkan kematian bayitetapi tidak mengurang
kelahirannya, menyebabkan bilangan pendudukmeningkat.

Manusia dilahirkan ke dalam keluarga yang mempunyai kelas sosialnyatersendiri. Untuk


memahami kepentingan kelas sosial, kita perlulahmengetahui tentang stratifikasi sosial dan
dimensi-dimensinya.

Terdapat tiga dimensi stratifikasi sosial iaitu dimensi ekonomi, dimensikuasa dan dimensi
darjat. Ketiga-tiga dimensi inilah yang menentukan kelassosial seseorang.

Terdapat kaedah-kaedah yang digunakan untuk menentukan kelas sosialseseorang. Ahli


sosiologi menggunakan kaedah objektif, kaedah penempatankendiri dan kaedah reputasi.

Terdapat juga faktor-faktor seperti kumpulan etnik, gender dan bangsa yangmempengaruhi
kebarangkalian seseorang bergerak merentasi kelas sosial,sama ada menaik atau menurun
dalam tahap darjat pekerjaan.

Stratifikasi sosial juga menentukan sama ada sesebuah negara itu menjadinegara membangun,
negara sedang membangun atau negara kurangmembangun.

Anda mungkin juga menyukai