Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya mobiliti adalah suatu pergerakan atau perpindahan kelas

sosial atau status. Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status

seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah kepada

tahap yang lebih baik. Individu yang berada dalam masyarakat atau kumpulan

boleh bergerak dari satu tahap ke satu tahap yang lain dalam sistem stratifikasi

dan ini juga digelar sebagai mobiliti sosial. Perkaitan mobiliti sosial dan

stratifikasi sosial adalah sangat rapat. Stratifikasi sosial adalah merujuk kepada

sistem struktur ketidaksamaan dan mobiliti sosial pula merujuk kepada

pergerakan individu atau kumpulan.

Mengikut pendapat Ting Chew Peh (1979), dalam bukunya Konsep Asas

Sosiologi menjelaskan mobiliti sosial adalah satu proses perubahan individu

atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada satu lapisan sosial yang

lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Ia boleh terdiri daripada beberapa

dimensi. Dimensi pertama melihat dari segi arah iaitu mobiliti boleh bercorak

mendatar atau menegak. Mobiliti mendatar ialah perubahan kedudukan sosial

seseorang dalam kelas sosialnya tanpa perubahan dari segi hierarki, prestij dan

jenis kelas sosialnya. Sementara mobiliti menegak pula ialah perubahan di

antara kelas-kelas atau status seseorang individu atau masyarakat, sama ada

dari yang ke atas atau ke bawah, yang melibatkan kenaikan atau penurunan

status atau martabat seseorang individu. Dimensi satu lagi ialah melihat dari

segi masa iaitu dengan melihat mobiliti sosial sama ada yang berlaku dalam

satu generasi tertentu atau daripada satu generasi ke generasi yang lain.
2

Berkaitan dengan perkara yang dikatakan mobiliti tertutup, ia membawa

maksud bahawa masyarakat yang tertutup akan terus berada dalam

kemunduran dan lambat untuk berubah kerana sentiasa terikat dengan penjara

pemikiran yang diterjemahkan dalam bentuk sistem feudal, kasta atau ideologi.

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan

penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi

sosial. Tahap pendidikan merupakan faktor penting yang menentukan jenis

pekerjaan yang akan dilakukan kelak. Namun begitu, keadaan politik,

perindustrian, pelaburan dan kuasa juga antara alat mobiliti sosial. Apabila

seseorang menggunakan peluang untuk memajukan diri mereka ke arah yang

lebih baik melalui mobiliti sosial sama ada melalui pelaburan, kuasa, keadaan

politik, perindustrian dan pendidikan maka mereka akan menerima sesuatu

perubahan dalam struktur sosial mereka. Mobiliti sosial turut memberi tempias

kepada kaum Orang Asli dalam memajukan kaum mereka. Lantas mobiliti ini

mampu untuk mengorak satu perubahan sosial dalam kaum mereka.

Terdapat tiga kumpulan etnik yang paling awal wujud di Semenanjung

Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Proto- Melayu. Setiap kumpulan dibahagikan

kepada beberapa suku dan hidup berdekatan dengan laut, hutan tebal,

kawasan pergunungan dan muara sungai. Mereka mempunyai hubungan

darah yang kuat, berkongsi adat dan mitologi. Perkataan ‘Orang Asli’ merujuk

kepada orang asal yang menduduki Semenanjung Malaysia sejak azali lagi.

Definisi ‘Orang Asli’ dalam seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 memberi maksud

siapa yang bapa atau anak angkat yang menjalankan cara hidup, adat dan

kepercayaan Orang Asli dan lazimnya akan menggunakan bahasa Orang Asli.
3

Identiti mereka tidak hilang walaupun mereka memeluk agama lain selagi

mengikut cara hidup, adat dan kepercayaan Orang Asli.

Istilah Melayu ‘Orang Asal’ digunapakai oleh Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia (SUHAKAM) bagi mewakili masyarakat Orang Asli di Semenanjung

Malaysia serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Penggunaan istilah tersebut

adalah tepat, walaupun masih menjadi perdebatan agensi-agensi kerajaan. Hal

ini demikian kerana, Orang Asli diklasifikasikan sebagai orang pertama menurut

asal usul penempatan dan juga pengasas tanah (Vijeyasri, 2017).

2.0 PERBEZAAN MOBILITI MENDATAR, MENEGAK DAN TERTUTUP

BERSERTA CONTOH

2.1 Pengenalan Mobiliti Sosial

Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara

kedudukan yang berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat.

Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992) mentakrifkan mobiliti sosial

sebagai pergerakan atau perpindahan dari satu kelas ke kelas sosial

yang lain. Mobiliti sosial juga merupakan satu struktur sosial yang

melihat wujudnya pola–pola yang dapat mengatur kelompok berkenaan.

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial

seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap rendah ke aras

yang lebih tinggi. Mobiliti sosial ini terdiri kepada empat iaitu mobiliti

mendatar, menegak (pencapaian), sistem mobiliti terbuka dan tertutup

(warisan).
4

2.2 Perbezaan Jenis Mobiliti

I) Mobiliti Mendatar

Mobiliti mendatar ialah pergerakan seseorang atau kumpulan dari

kelas sosial yang sama dalam status sosial yang lain. Dalam erti kata

yang lain, seseorang itu bergerak ke status sosial yang sama dalam

taraf sosial yang lain .

Contohnya, seorang guru yang biasa telah dinaikkan pangkat

menjadi guru besar di sebuah sekolah. Ini menunjukkan pergerakan

seorang guru dari kelas sosial yang sama bergerak ke status soial

yang lain. Ianya menunjukkan mobiliti mendatar ini satu pergerakan

individu dalam kelas sosial yang sama bergerak ke status sosial yang

sama.

Jawatan dan gaji tidak berlaku perubahan dalam mobiliti

mendatar. Sebagai contoh, seorang guru sekolah telah bertukar ke

maktab perguruan yang bertugas sebagai seorang pensyarah tetapi

gajinya adalah ditahap yang sama. Pertukaran jenis kerja dan tempat

kerja tetapi tidak melibatkan perubahan gaji dan pangkat ia dianggap

mobiliti mendatar.

II) Mobiliti Menegak

Mobiliti menegak pula merupakan perubahan kedudukan sosial

daripada satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain. Ianya mungkin

melibatkan mobiliti naik ke atas atau mobiliti ke bawah. Ini bermaksud

sama ada seseorang itu akan masuk ke dalam kedudukan yang lebih

tinggi atau membentuk kelompok yang baru dalam masyarakat.


5

Sebagai contoh, seorang polis biasa dinaikkan pangkat menjadi

seorang inspektor. Seorang pekerja buruh di sebuah kilang dinaikkan

pangkat menjadi seorang penyelia kilang. Perubahan jawatan ini

menyebabkan kuasa, status dan pendapatannya semakin bertambah

tinggi. Selain itu mobiliti menurun pula kita dapat lihat ialah seorang

guru besar diturunkan pangkat menjadi guru biasa. Akibatnya kuasa

dan pangkatnya menurun.

III) Sistem Mobiliti Terbuka ( Pencapaian)

Sistem mobiliti terbuka (pencapaian) pula adalah mobiliti yang

dialami dalam persaingan terbuka akibat perbezaan daya usaha dan

kemampuan seseorang individu. Dalam erti kata lain, seseorang

individu itu mampu bergerak sendiri untuk mengubah kelas sosial

dengan tahap pencapaian yang dicapai dalam kelas sosial.

Sebagai contoh, Abraham Lincoln merupakan seorang hero

Amerika. Beliau merupakan seorang kanak – kanak lelaki yang

miskin dan melalui kerja kerasnya telah dapat bergerak keluar

daripada rumah pondoknya ke White House. Amerika mencerminkan

sebuah masyarakat di mana semua orang boleh mengubah dan

memperbaiki kehidupan mereka. Ini menunjukkan kedudukan

seseorang individu dalam kelas sosial boleh berubah jika seseorang

individu itu berusaha untuk mengubah status sosial dalam

masyarakat melalui pencapaian yang dicapai seperti pendidikan atau

pendapatan.
6

IV) Sistem Mobiliti Tertutup ( Warisan)

Sistem mobiliti tertutup (warisan) merujuk kepada kedudukan atau

mobiliti yang diakibatkan oleh faktor – faktor warisan atau kelahiran

seperti keturunan, jantina, ras, etnik, umur dan kelas sosial. Dalam

erti kata lain, status yang diberikan kepada individu atau kumpulan

adalah secara tetap dan tidak boleh diubah kerana status ini

diberikan melalui warisan.

Pengaturan kasta Hindu yang diamalkan di India sebelum tahun

1900 merupakan contoh sebuah mobiliti tertutup. Di bawah sistem

ini, kehidupan individu diuruskan mengikut peraturan yang terdapat

dalam kastanya yang diwarisi sejak dilahirkan dan ini tidak boleh

diubah sepanjang hayatnya. Ahli masyarakat yang berada di bawah

kasta ini dipandang rendah dan hina, tidak dipedulikan dan ditindas

oleh mereka yang berada di dalam kasta yang lebih tinggi, tidak kira

kebolehan atau tingkah laku mereka. Sehingga hari ini kasta masih

lagi mencorakkan tingkah laku sesetengah pihak terutama mereka

yang berada di kawasan luar bandar, menentukkan peraturan

tentang perkahwinan, pemakanan, perumahan dan perkerjaan.

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL DALAM

KALANGAN ORANG ASLI

3.1 Faktor Pemerkasaan Ekonomi


Laporan yang dibuat oleh Logan (1847), Helvey (1881) dan Kelsall

(1894) tentang suku kaum Jakun membayangkan mereka telah diheret

oleh pedagang Melayu. Hal ini demikian kerana terdapat hubungan


7

dagang yang aktif antara produk hutan lembangan Endau-Rompin

dengan Singapura yang muncul menjadi pusat dagangan menjelang

abad ke-19. Dilaporkan bahawa ketika permintaan terhadap produk

hutan seperti rotan dan taban (getah perca) meningkat, Orang Asli suku

Jakun meninggalkan pekerjaan dan menumpukan perhatian untuk

mendapatkan barangan tersebut.

Hervey (1881) mencatatkan:

… at Kampung Kenalan, I found a clearing, but no cultivation; on asking

the reason, I was told they were too busy getting rattans for the

Malays, which they do at a fixed price in rice and other articles, such as

clothing, parangs, salt, and tobacco…

Laporan Logan dan Hervey juga turut menyatakan tentang

pengeluaran pertanian seperti beras menjadi makanan mereka yang

terhad. Mereka sangat bergantung kepada pedagang Melayu untuk

mendapatkan barang-barang keperluan. Dalam hubungan Orang Jakun

dengan para pedagang Melayu, Logan dan Hervey turut mengulas

tentang eksploitasi yang dilakukan para pedangan ke atas Orang Jakun

ini. Para pemerintah menjalankan perniagaan secara monopoli seperti

teori Karl Marx, pemerintah membeli barangan dari Orang Jakun dengan

harga yang sangat rendah dan menjual dengan harga yang melambung.

Kini pemerkasaan ekonomi terhadap Orang Asli dapat meningkatkan

kemahiran insaniah mereka dan dapat bersaing dengan kaum- kaum

lain. Ramle Abdullah (2014) dalam kajian ‘Orang Asli: Pembangunan

dan Transformasi’ menyatakan Orang Asli di Terengganu telah

mengalami transformasi gaya hidup dari segi pekerjaan iaitu dari


8

pengkhususan secara tradisi dengan memungut hasil hutan kepada

penanaman kelapa sawit dan getah. Mereka berpendapat bahawa

penanaman kelapa sawit lebih menguntungkan, berpendapatan tetap

disamping mereka mendapat bantuan dari pihak kerajaan. Di samping

itu, mereka turut bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit dengan

bimbingan dan kursus-kursus kemahiran dalam kerja-kerja buruh dalam

ladang kelapa sawit yang berkaitan. Antara tugas-tugas yang diberikan

ialah membersihkan anak kelapa sawit daripada lilitan pokok kacang,

menebas, membaja, meracun rumput dan memungut buah kelapa sawit.

Sebagai ganjaran, mereka dibayar sebanyak RM16.00 sehingga RM

20.00 sehari. Di samping gaji harian, pihak pengurusan ladang juga turut

membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

3.2 Faktor Bantuan Agensi

Pembangunan Orang Asli di Malaysia berkembang secara berperingkat.

Hal ini demikian kerana mereka masih memerlukan bantuan untuk

memajukan kaum mereka dan mereka kekurangan pengetahuan

tentang bantuan yang boleh didapati daripada agensi-agensi kerajaan

mahupun badan bukan kerajaan (NGO). Jabatan Kemajuan Orang Asli

(JAKOA) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengawal

selia serta menjaga kebajikan Orang Asli. Pelbagai usaha lain yang

kerajaan lakukan khususnya dalam pembangunan dan kemajuan Orang

Asli di Malaysia.

Peningkatan taraf hidup kaum Orang Asli merupakan indikator yang

diberi perhatian dan ianya jelas kelihatan usaha beberapa agensi yang
9

berkaitan untuk merealisasikan tujuan tersebut. Penglibatan pihak NGO

turut kelihatan dalam penganjuran program-program khususnya dalam

usaha memberi pendedahan kepada kaum ini agar terlibat secara

langsung dengan aktiviti semasa dalam arus perdana. Walaupun

terdapat ura-ura di media massa yang menyatakan bahawa NGO yang

bergiat aktif dalam komuniti ini menjadi dalang dalam semangat

penentangan bagi menjaga hak Orang Asli (Berita Harian, 2017), namun

begitu, hakikatnya tidak dapat dinafikan penglibatan NGO terutamanya

dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan, pembinaan cita-cita melalui

aktiviti pembelajaran untuk generasi muda dan program kemahiran yang

menjadi batu pengasah bakat mereka dan latihan yang dibekalkan

sedikit sebanyak mampu untuk membawa kaum ini berdiri setanding

dengan masyarakat perdana.

3.3 Faktor Pendidikan

Kaum Orang Asli diberi insentif dalam sektor pendidikan, sebagai contoh

pemberian biasiswa kepada golongan muda Orang Asli yang

melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan elaun belanja

sekolah rendah serta menengah kepada pelajar Orang Asli. Namun

begitu, masih terdapat keciciran Orang Asli dalam sektor pendidikan.

Hassan (2000), Wan Afizi (2009), Mustaffa Omar, Hood Salleh & N.Z.

Fatanah (2012), turut menjelaskan walaupun kadar keciciran anak-anak

Orang Asli di sekolah rendah telah turun sehingga 80 peratus pada tahun

1995 kepada 28.8 peratus pada tahun 2007, hanya seramai 189 orang

sahaja yang berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam.


10

Dalam bidang pelajaran ini, walaupun terdapat peningkatan kadar

persekolahan namun, sebahagian besar mereka tidak dapat

menghabiskan sesi pembelajaran mereka dengan jayanya (Mohd Fauzi,

2010). Keciciran ini berpunca daripada faktor kemiskinan dan faktor

kurang kesedaran dalam diri kaum Orang Asli. Menurut Mansor Jusoh

(1986), isu kemiskinan merupakan isu popular yang sering menjadi fokus

perbincangan ahli akademik, pembuat dasar, ahli politik dan golongan

masyarakat. Kaum Orang Asli merupakan golongan yang masih

menghadapi masalah kemiskinan sehingga ke hari ini (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2016) walaupun pada hakikatnya, keperluan asas

mereka mencukupi. Misalnya, makanan dan tempat tinggal, namun

keperluan lain tidak dapat dipenuhi sebaiknya. Oleh itu, ramai daripada

mereka memilih untuk berhenti sekolah dan membantu untuk

meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

Namun begitu, dengan adanya program yang dianjurkan oleh

beberapa agensi dapat membantu untuk membuka mata kaum Orang

Asli tentang kepentingan pendidikan ini, misalnya, sekumpulan

penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bantuan NGO

EPIC Malaysia, telah menjalankan program di Pos Gob, Gua Musang,

Kelantan dalam mengkaji tentang faktor-faktor yang menyebabkan

keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli. Tujuan

pemantauan dan kajian yang dijalankan adalah untuk menarik minat

anak-anak Orang Asli untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih

tinggi.
11

3.4 Faktor Industri Pelancongan

Faktor industri perindustrian turut berkembang dalam kalangan Orang

Asli. Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia turut menjadikan

penduduk Asli sebagai produk pelancongan. Adat resam dan

kebudayaan Orang Asli yang unik menjadikan mereka kaum yang ingin

dikenali ramai serta diketengahkan untuk tatapan pelancong dan para

pengkaji. Antara alternatif yang dikekalkan untuk pelancong adalah

dengan menggalakkan mereka turut serta dalam menjalani aktiviti harian

Orang Asli serta tinggal bersama mereka, yang kebiasaannya tinggal di

pedalaman. Kehidupan di pedalaman amat sinonim dengan Orang Asli,

sehingga menjadikan mereka pakar dalam perkara yang melibatkan

hutan. Kedudukan Orang Asli dalam konteks ini amat strategik,

terutamanya bagi suku kaum Orang Jakun di lembangan Endau-

Rompin.

Kedudukan yang jauh ke pedalaman menyukarkan mereka untuk

memperoleh pekerjaan. Kebanyakkan mereka mendapatkan sumber

pendapatan melalui hasil hutan. Namun begitu, kedudukan ini tidak

memustahilkan mereka untuk memperoleh peluang pekerjaan dengan

mencari hasil hutan. Hal ini demikian kerana kedudukan penempatan

yang strategik mampu dibangunkan sebagai sektor pelancongan dan

seterusnya dapat melibatkan penduduk Orang Asli yang berdekatan

melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Misalnya, perkampungan Orang Asli Kampung Kachau Luar

Semenyih yang diduduki oleh suku kaum Temuan, dan suku kaum Jakun

di lembangan Endau-Rompin. Kedua-dua tempat ini berdekatan dengan


12

sektor pelancongan seperti pulau dan sungai atau air terjun yang sudah

tentu menjadi tarikan eko pelancongan. Pembukaan produk

pelancongan itu boleh menjadi pemangkin kepada perubahan atau

menjadi faktor penggerak mereka untuk memajukan diri mereka.

Kampung Orang Asli tersebut boleh dibangunkan sebagai produk untuk

pelancongan bukan sahaja melibatkan produk destinasi seperti alam

semulajadi dan budaya (etnik) seperti tarian sewang, acara menyumpit,

jejak hutan dan proses anyaman tikar, malahan dari segi perkhidmatan

pengangkutan, pemandu pelancongdan penginapan. Setakat ini

perkembangan masih terlalu sederhana dan perlahan tetapi potensi

untuk membangunkan industri pelancongan dalam kalangan Orang Asli

adalah besar dan sentiasa terbuka luas.

3.5 Faktor Perkahwinan

Kekeluargaan masih menjadi asas kepada kehidupan harian Orang Asli.

Anggota keluarga terdekat seperti adik-beradik dan sepupu mempunyai

hubungan yang rapat. Mereka masih dianggap sebagai anggota

sesebuah keluarga luas meskipun tinggal secara berasingan.

Perkahwinan antara sepupu sebagaimana yang diamalkan Orang

Melayu adalah dilarang oleh sesetengah Orang Asli kerana dianggap

sumbang mahram (Amran Kasimin, 1991).

Pada masa dahulu, malahan sehingga hari ini, masih terdapat

amalan yang diguna pakai dalam mencari calon menantu yang sesuai

dalam kalangan Orang Asli. Hal ini demikian kerana bakal ibu bapa

mentua ingin memastikan calon menantu lelaki tersebut mampu untuk


13

meningkatkan sumber pendapatan keluarga yang bakal dibina. Seorang

calon menantu lelaki perlu mahir untuk menanam padi, menangkap hasil

sungai atau laut, dan menjerat binatang. Kebanyakan suku kaum Orang

Asli mengamalkan kediaman bercorak patrilokal dan menjadi

tanggungajawab suami untuk menjaga kepentingan isteri agar mendapat

layanan yang sewajarnya. Tambahan pula, semasa tinggal bersama

mentua, mereka perlu berkhidmat untuk keluarga tersebut dan secara

tidak langsung mereka dapat menjimatkan perbelanjaan. Mereka hanya

akan membina rumah sendiri apabila perbelajaan untuk berbuat begitu

mencukupi. Walau bagaimanapun, pasangan Orang Asli kini lebih

cenderung untuk mempunyai tempat tinggal sendiri yang terasing

daripada ibu bapa mereka. Perubahan tersebut bertunjangkan dengan

perubahan pekerjaan yang tidak lagi terikat dengan kerja tradisional.

Sekiranya pasangan mereka bekerja di luar kampung, lazimnya selepas

berkahwin, mereka membawa pasangan masing-masing dan membina

kediaman baru berhampiran tempat kerja.

Salah satu faktor lain adalah perkahwinan campur yang kini semakin

berleluasa dalam kalangan Orang Asli. Menurut kajian Maeda (2001),

melaporkan perkahwinan anak gadis Orang Jakun dengan pemuda Cina

agak ketara di perkampungan Orang Jakun yang berhampiran dengan

jalan raya dan pekan. Perkahwinan campur dengan orang Cina lebih

mudah kerana mereka tidak perlu menukar agama seperti perkahwinan

dengan orang Melayu. Perkahwinan campur dengan orang Cina juga

tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan antara anak dengan ibu

bapanya. Mereka tetap mengekalkan hubungan yang rapat walaupun


14

mereka menetap di luar. Perkahwinan anak gadis Orang Jakun yang

bukan Islam dengan pemuda Melayu dikatakan sering kali menyebabkan

terputusnya hubungan dengan keluarga perempuan (Maeda, 2001).

Secara tidak langsung, mereka mengalami proses asimilasi, dimana

mereka mengamalkan dua budaya dalam kehidupan harian. Melalui

perkahwinan campur juga dapat meningkatkan mobiliti sosial mereka

kepada peringkat yang lebih baik kerana mereka dapat melibatkan diri

dalam sektor ekonomi dan mendapat peluang pendidikan setaraf

dengan pasangan bumiputera mereka.


15

4.0 KESIMPULAN

Secara ringkas mobiliti sosial merupakan satu pergerakan kelas sosial yang

dapat mengubah status seseorang dari satu tahap ke tahap yang lain. Proses

ini boleh memberi hasil yang positif atau negatif kerana wujudnya risiko

seseorang itu berubah dari status yang sedia ada kepada status yang lebih

rendah. Setiap orang mengimpikan supaya perubahan berlaku ke satu aras

hidup yang lebih baik kerana keselesaan yang bakal dinikmati dapat mengubah

keadaan hidup mereka. Mobiliti sosial terbahagi kepada menegak, mendatar

dan tertutup.

Orang Asli merupakan antara golongan yang mengalami mobiliti sosial.

Dapat dilihat bahawa wujudnya perubahan ke arah yang lebih baik dari pelbagai

aspek seperti pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya. Jika dahulu, anak-anak

Orang Asli sukar mendapat pendidikan kerana tiada sekolah namun kini

mereka bukan lagi menjadi kelompok minoriti yang ketinggalan dalam arus

perdana. Sebagai contoh, Emaliana Bah Ali merupakan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Buyong Adil yang berjaya menjadi pelajar pertama

daripada golongan Orang Asli yang meraih keputusan cemerlang dalam

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Anak Orang Asli

berketurunan Semai ini berjaya mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan

(PNGK) 3.75 dan meraih 1 A dalam mata pelajaran Pengajian Perniagan dan

3 A- bagi Pengajian Am, Geografi serta Ekonomi. Selain kejayaan akademik,

mereka juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan. Norashikin Mohamad

Sayed merupakan anak Orang Asli pertama yang mewakili negara dalam

bidang sukan layar. Beliau mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan

apabila memperoleh pingat emas Kejohanan Kapal Layar di China 2010 dan
16

sukan SEA Singapura 2015 (Azwa Rahman, 2018). Kejayaan-kejayaan yang

diraih ini sememangnya tidak akan tercapai tanpa adanya faktor-faktor yang

mendorong mobiliti dalam masyarakat Orang Asli. Tidak dapat dinafikan faktor

pemerkasaan ekonomi, bantuan agensi, pelancongan, perkahwinan dan

pendidikan telah banyak membantu golongan ini meningkatkan taraf hidup

sedia ada kepada yang lebih baik.

Kesimpulannya, mobiliti sosial dapat memberi kesan terhadap

masyarakat yang mengalaminya. Kesan positif adalah dari segi meningkat

prestasi apabila seseorang berusaha memajukan diri mereka. Peluang yang

ada mendorong seseorang itu untuk bersaing ke status atau taraf yang lebih

baik. Namun begitu, dari segi kesan negatif mungkin berlaku konflik antara

kelompok sosial kerana setiap daripada mereka mempunyai ideologi, profesion

dan suku yang berbeza. Hal ini menyebabkan salah satu kelompok yang ingin

menguasai kelompok lain menggunakan paksaan yang seterusnya

menimbulkan konflik. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka dalam

hal ini supaya mobiliti yang berlaku tidak menimbulkan sebarang konflik.
17

5.0 RUJUKAN

Abu Yazid Abu Bakar. 2015. Transformasi Pendidikan Orang Asli. Harian

Metro. 13 April.

Amran Kasimin. 1991. Religion and Social Change among the Indigenous

People of the Malay Peninsula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Azwa Rahman. 2018. 5 Kejayaan Anak Orang Asli Ini Boleh Menjadi Inspirasi.

http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/4146/5-kejayaan-anak-orang-

asli-ini-boleh-dijadikan-inspirasi [1 April 2018].

C. Siwar & Mohd Haflah Piei. 1988. Dasar dan Strategi Pembasmian

Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

C. Siwar & Mohd Haflah Piei. 1988. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan:

Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Juniyatie Aqilah Mat Jusoh. t.th. Sosiologi Pendidikan. https://www.

scribd.com/doc/283797814/mobiliti-sosial [23 April 2018].

Norlida Hanim Mohd Salleh. 2013. Pelancongan Sebagai Sumber Ekonomi

Orang Asli. Berita Harian. 13 April.

Paul B. Horton & Chester L. Hunt. 1992. Sociology. New York: McGraw Hill

Portes, A., & Wilson, K. L. 1976. Black-white differences in educational

attainment. American sociological review, 41:414-31


18

Raja Mohd Salahuddin Raja Mamat & Mohd Mahzan Ahmad. 2017.

Menelusuri Isu, Cabaran dan Harapan dalam Memajukan Pendidikan

Orang Asli. http://smk.ukm.my/erep/fail3.cfm?komp=TGG2016397 [13

April 2018].

Sarjit G.S. & Lee Yok Fee. 2008. Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di

Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ting Chew Peh. 1979. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Vijayesri R. & Mazliza Mohamad. 2017. Hak Tanaj Orang Asli: Isu-isu Hak

Tanah Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

http://smk.ukm.my/erep/fail3.cfm?komp=TUU20187 [13 April 2018].

Anda mungkin juga menyukai