Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000
MIRI
SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCSISWAZAH PENDIDIKAN


[PDPP] AMBILAN OKTOBER 2020
BAHASA IBAN [SK]

E PEMBELAJARAN 3
EDUP2122: PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

PDBIBR1
CATHERINE CHEMERA 2020022400039
ANAK RENANG
EVELYN MARY ANAK 2020022400046
NAMA AHLI KUMPULAN : OSSEN
FRANKIE ANAK 2020022400048
MINGONG
GELORIA KEMBAN ANAK 2020022400049
NGUMBANG
NAMA PENSYARAH : ENCIK LEE TIEW SIONG
TARIKH HANTAR : 21 JANUARI 2021
TOPIK 5

1.0 PENGENALAN
Analisis item yang dibuat adalah berdasarkan peperiksaan Bulan Mac 2020 yang telah
dijalankan untuk murid – murid kelas 2 Neptune, Sekolah Kebangsaan. Seramai lima belas
orang murid mengikuti peperiksaan ini. Soalan yang dipilih untuk analisis adalah soalan satu
seperti yang ditunjukkan di bawah.

i. Gambar di bawah menunjukkan gambar Azlee ketika berusia 1 tahun dan 8 tahun.

1 Tahun 8 Tahun

Apakah perubahan yang berlaku pada diri Azlee semasa tumbesaran?


A. Azlee semakin tinggi.
B. Azlee semakin cerah kulitnya.
C. Rambut Azlee semakin kurang.
D. Azlee semakin baik.

Analisis item merupakan satu analisis yang dijalankan bagi menentukan kesahan item –
item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Selain itu, tujuan analisis item ini dijalankan
adalah untuk membezakan item yang baik dan item yang lemah, untuk menghasilkan ujian
yang bermutu dan berkualiti serta memberikan maklumat yang penting kepada guru. Di
antara maklumat – maklumat yang boleh diperolehi daripada analisis item adalah seperti
berikut:

i. Maklumat sama ada item senang atau sukar dijawab


ii. Respon murid terhadap item
iii. Diskriminasikan murid kepada kumpulan tinggi (KT) dan kumpulan rendah (KR)

Proses analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang dibina dalam peperiksaan. Analisis
item akan dibuat sejurus selepas peperiksaan dijalankan. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan
analisis item 1 untuk Peperiksaan Bulan Mac 2020 Kelas 2 Neptune. Berdasarkan Rajah
1.1, terdapat 10 orang murid menjawab soalan 1 dengan betul dan 5 orang murid menjawab
soalan 1 salah. Di dalam Rajah 1.1, nombor sifar (0) mewakili jawapan yang salah
manakala nombor 1 mewakili jawapan yang betul.

NAMA Item 1
ALLAN SMITH ANAK ALBERT 0
ANDY LINGGI ANAK JOHANATHAN SULANG 1
BEATRICE BETTY ANAK SELIONG 1
CASTILLO PATRICK ANAK MORRIS 0
CHRISTINA RABI ANAK THOMAS NGAU 1
CLAUDIA JANE ANAK CASSIDY 1
DAVID LAH ANAK TUMAS 0
FELICITY ANAK MANGGAI 1
FARNANDEZ JANANG ANAK MAWANG 1
GEORGIO GONZHALEZ USIN ANDREW 1
HENDRY IRAWAN ANAK KIAI 1
JAMES SKO MUCAU ANAK KUYAK 0
JOHN ANAK BALIH 1
JOSHUA ANAK LUGOM 0
KEROMIAH ANAK LATIT 1
JUMLAH BETUL 10
JUMLAH SALAH 5
JUMLAH KESELURUHAN 15

Jadual 1.1 Analisis Item 1 untuk Peperiksaan Bulan Mac 2020 Kelas 2 Neptune

1.1 INDEKS KESUKARAN (IK)


Indeks kesukaran merujuk kepada tahap kesukaran sesuatu item sama ada mudah atau
sukar dijawab. Analisis IK membolehkan guru menilai kesesuaian item dari segi
kesukarannya di samping memberi gambaran kepada guru tentang kekuatan dan
kelemahan murid-murid tentang sesuatu topik yang ditaksir. Nilai p yang mewakili IK
menunjukkan peratusan calon peperiksaan yang menjawab dengan betul. Semakin
tinggi nilai p, maka semakin mudah item tersebut. Nilai p terletak antara 0 dan 1.

Kaedah Menghitung Indeks Kesukaran Item


Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Nilai p =
Jumlah calon menjawab

Aras Indeks Kesukaran mengikut Ebel (1965)

Indeks Kesukaran Maksud


Item yang sukar
0.00 < x ≤ 0.33 0.00 < x ≤ 0.33
Item yang sederhana
0.33 < x ≤ 0.66

Item yang mudah


0.66 < x ≤ 1.00

Jadual 1.2 Aras Indeks Kesukaran

Pentaksiran Item berdasarkan Indeks Kesukaran

Item A B C D

1 10* 3 0 2

Jadual 1.3 Bilangan murid menjawab soalan berasarkan aneka pilihan

Berdasarkan Jadual 1.3, jumlah murid yang menjawab adalah seramai 15 orang. Jawapan
yang tepat bagi soalan item 1 ialah A. Daripada 15 orang murid tersebut, hanya 10 orang
yang menjawab dengan betul maka selebihnya 5 orang murid telah menjawab dengan
salah. Jadi, IK bagi item tersebut ialah:

10
p=
15
= 0.66

Maka, IK bagi item tersebut ialah p = 0.66, terletak antara 0.20 dan 0.80 (merujuk kepada
skala rujukan oleh Bloom, Hastings dan Madaus, 1971) bermakna item tersebut berada
pada aras sederhana dan boleh diterima. Hal ini dapat dilihat apabila lebih daripada separuh
orang murid dapat menjawab soalan dengan betul.

1.2 INDEKS DRISKRIMINASI

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara murid kumpulan
tinggi dan murid berkumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa
item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada dalam
lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut
boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah yang
tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan
bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan
rendah pula yang boleh menjawabnya.

ID untuk item peperiksaan di bilik darjah perlu melebihi 0.2, sekiranya pencapaian
murid dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian
tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.2 (Mehrens dan Lehmann, 1991).
Namun menurut Nitko (2004) pula, item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah
mempunyai ID melebihi 0.3. ID sederhana adalah dalam lingkungan 0.2 hingga 0.4. Item
yang mempunyai ID lebih dari 0.4 merupakan item yang baik.

Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu
diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum
yang tidak dikuasai oleh murid kumpulan tinggi. Selain itu, ID juga akan memberi maklum
balas kepada murid kumpulan tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk
pengajaran yang diuji. ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah
kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran
atau langsung tidak diajar.

Secara ringkasnya, indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan atau
mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang
berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi, secara mudahnya ialah untuk membezakan calon
daripada kumpulan pelajar yang mendapar skor tinggi dengan skor rendah. Ia ditunjukkan
dengan nilai d yang terletak di antara -1 dan 1.

Formula Pengiraan Indeks Diskriminasi

d = NT – NR
1
N
2

NT mewakili bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul. Manakala NR ialah
bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul dan N adalah jumlah calon skor
tinggi dan kumpulan skor rendah. Menurut Wiersma & Jurs, 1990, NT diwakili oleh 27%
murid yang mendapat skor tertinggi dan NR diwakili oleh 27% murid yang mendapat skor
terendah.
Cara Pengiraan Indeks Diskriminasi Item

Bagi menentukan bilangan murid dalam kumpulan berpencapaian tinggi dan rendah, 27%
akan diambil daripada jumlah murid iaitu 17% x 15 orang = 2.55 atau jika dibundarkan
menjadi 3 orang. Murid daripada kumpulan berpencapaian tinggi ialah Andy Linggi, Beatrice
Betty dan Christina Rabi. Manakala murid daripada kumpulan pencapaian rendah ialah
James Sko Mucau, John dan Joshua.

NAMA Item 1
ALLAN SMITH ANAK ALBERT 0
ANDY LINGGI ANAK JOHANATHAN SULANG 1
BEATRICE BETTY ANAK SELIONG 1 ATAS
CASTILLO PATRICK ANAK MORRIS 0
CHRISTINA RABI ANAK THOMAS NGAU 1
CLAUDIA JANE ANAK CASSIDY 1
DAVID LAH ANAK TUMAS 0
FELICITY ANAK MANGGAI 1
FARNANDEZ JANANG ANAK MAWANG 1
GEORGIO GONZHALEZ USIN ANDREW 1
HENDRY IRAWAN ANAK KIAI 1 BAWAH
JAMES SKO MUCAU ANAK KUYAK 0
JOHN ANAK BALIH 1
JOSHUA ANAK LUGOM 0
KEROMIAH ANAK LATIT 1 BAWAH
JUMLAH BETUL 10
JUMLAH SALAH 5
JUMLAH KESELURUHAN 15

Rajah 1.4 Analisis Item 1 untuk Peperiksaan Bulan Mac 2020 Kelas 2 Neptune

Bagi item 1, 3 orang murid daripada kumpulan atas dapat menjawab item tersebut dengan
betul. Oleh itu NT = 3. Manakala bagi kumpulan bawah pula, hanya John seorang yang
dapat menjawab Item 1 dengan betul. Oleh itu, NR = 1.

Secara ringkasnya, indeks diskriminasi item bagi No 1 ialah seperti berikut:


d= 3-1
1
(3+3)
2

1
d= / 0.33
3

D = indeks diskriminasi item

Indeks Diskriminasi (D) Pentaksiran Keputusan


ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
0.2 < ID < 0.4 Diskriminasi positif yang Ubahsuai item dan cuba
sederhana sekali lagi
0 < ID < 0.2 Diskriminasi posotif yang Tulis item semula
rendah
ID < 0 Diskriminasi negative, prestasi Item buruk dan harus
kumpulan rendah lebih baik dibuang
daripada kumpulan tinggi.
Jadual 1.5: Indeks Diskriminasi

1.3 ANALISIS DISTRAKTOR

Item Kumpulan A B C D
i Pelajar 10 3 0 2
Rumusan
B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih ramai murid memilih
distraktor ini
C Distraktor yang lemah kerana tiada pilihan jawapan
D Distraktor yang baik dan berkesan kerana ada murid memilih distraktor ini
Jadual 1.6: Analisis Distraktor
TOPIK 6
2.0 PENGENALAN

Backward Design
Pendekatan reka bentuk pengajaran yang bermula dari akhir.
Design : kerangka kerja untuk meningkatkan pencapaian pelajar, menekankan peranan
kritikal guru sebagai perancang pembelajaran pelajar.

Konsep
 Matlamat utama pendidikan – memahami dan mendalami kefahaman murid.
 Pemahaman murid – meningkatkan peluang untuk menerangkan, mentafsir,
melakukan, memberi penekanan dan penilaian kendiri.
 Pengembangan kurikulum yang berkesan – 3 peringkat kerangka yang digelar
’backward design’

Jadual 2.0 Perbandingan proses kaedah pengajaran dan pembelajaran Tradisional


dan Backward Design

Merungkai & Merangkai Standard


Merangkai
 Prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran untuk mencapai objektif pembelajaran (Biggs and Tang,2011)

Proses Merangkai Standard

1. Menetapkan hasil pembelajaran yang khusus tentang pengetahuan dan kemahiran.


2. Memilih kaedah pengajaran yang sesuai.
3. Membuat pentaksiran.
4. Membuat pelaporan dan maklum balas.

Merungkai
 Menyusun semula Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan
Standard Prestasi (SPi) ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid semasa
Pdp dilaksanakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk mencapai
objektif.

Konsep Merungkai Standard


 Standard adalah penyataan umum tentang hasil pembelajaran iaitu perkara yang
murid perlu tahu dan boleh lakukan selepas mempelajari sesuatu topik dalam mata
pelajaran.
 Merungkai standard – guru perlu menganalisis dan mengenalpasti pengetahuan
(konsep) dan kemahiran yang terdapat dalam standard dan indikator.
 Indikator – idea utama mata pelajaran bagi sesuatu tahap

Proses Merungkai Standard

1. Kenal pasti bidang dan kandungan mengikut tahap / tahun / tingkatan.


2. Kenal pasti standard kandungan.
3. Kenal pasti indikator kualiti pembelajaran (standard pembelajaran)
4. Kenal pasti konsep pengetahuan (apa yang pelajar perlu tahu)
5. Bina soalan daripada idea utama untuk bantu PdP, membuat perancangan
pengajaran dan pentaksiran serta rumusan pengajaran.

Dalam merungkai Kurikulum / Standard, 3 tools utama diperlukan iaitu:

 TBI – Idea utama


 EQ – Soalan Penting
 BD – Backward design  set goal/matlamat sebelum kita set aktiviti, maka aktiviti
dipilih akan menepati matlamat.
Rajah 2.0 3 Alat Untuk Merungkai Standard

Pertama : TBI, kedua EQ, dan akhiri merungkai dengan BD iaitu kita perlu setkan matlamat
sebelum merancang aktiviti barulah aktiviti yang dipilih akan menepati matlamat yang
diinginkan.

2.1 MENGENAL PASTI HASIL PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : 2

Peringkat 1: Hasil diharapkan

Topik: Elektrik

Standard Pembelajaran:

7.1.1 Mengenal pasti komponen dalam litar elektrik iaitu sel kering, mentol dan suis.

7.1.2 Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik lengkap.

7.1.3 Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar
penyambung.

7.1.4 Meramal sebab mentol tidak menyala dalam litar yang dibina.

7.1.5 Merekod nyalaan mentol dengan mengantikan suis dengan objek atau bahan dengan
menjalankan penyiasatan.

7.1.6 Mengitiak objek yang boleh menyalakan mentol dalam litar adalah konduktor dan yang
tidak menyalakan mentol adalah penebat

7.1.7 Menjelaskan pemerhatian tentang litar elektrik melalui lakaran, TMK, penulisan atau
lisan.
Kefahaman (TBI): Soalan Penting (EQ):

1. Murid dapat membina litar dengan 1. Apakah yang terjadi sekiranya pensil
lengkap. digunakan sebagai konduktor elektrik.

2. Murid membina litar tanpa bimbingan 2. Mengapakah pemadam tidak dapat


guru. menyalurkan elektrik.

3. Murid dapat menerangkan setiap


fungsi dan urutan pemasangan
komponen.
Pengetahuan: Kemahiran:

 Litar lengkap Mengkategori, menghubung kait, mentafsir,


 Objek yang diperbuat daripada logam membuat inferens dan berkomunikasi.
adalah konduktor.
 Objek yang diperbuat daripada bukan
logam adalah penebat.
 Buzzer boleh menggantikan mentol

Tahap Penguasaan:

Tahap penguasaan 6:
Menghasilkan satu litar berfungsi dengan menggunakan perkakasan lain selain daripada mentol
dan mempersembahkan.

2.2 Menetapkan Bukti Hasilan Untuk Dinilai

Rancangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) backward design juga perlu


menetapkan bukti hasilan untuk dinilai yang bermaksud perlu untuk merancang perkara
yang ingin dinilai dalam sesuatu topik. Perkara yang boleh dinilai dalam Sains Tahun 2 Unit
7 Elektrik ialah seperti yang tertera dalam Jadual 1.7 Tugasan Pembelajaran Sains Tahun
2 Unit 7: Elektrik. Tugasan pembelajaran 1 berkaitan dengan tahap penguasaan 3 iaitu
membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan komponen yang diberikan. Komponen
yang akan diberikan kepada murid – murid ialah wayar penyambung, mentol dan sel kering.
Tugasan kedua ialah berdasarkan tahap penguasaan 5 iaitu merumus objek yang boleh
menyalakan mentol adalah konduktor dan yang tidak menyalakan mentol ialah penebat.
Bahan – bahan konduktor dan bahan – bahan penebat disediakan di atas meja dan murid
diminta untuk memilih satu bahan konduktor dan membina litar elektrik menggunakan bahan
konduktor tersebut. Bahan – bahan konduktor dan penebat yang disediakan dalam tugasan
ini ialah duit syiling, klip kertas, sudu logam, pemadam dan straw. Tugasan ketiga yang
boleh dilaksanakan ialah menghasilkan satu litar berfungsi menggunakan perkakasan lain
selain mentol. Murid – murid boleh diberi peluang menggunakan buzzer untuk membina satu
litar berfungsi. Bukti lain yang boleh digunakan ialah hasil eksperimen murid, senarai semak
melalui pemerhatian guru, pentaksiran kendiri murid dan pembentangan murid.

Jadual 1.7 Tugasan Pembelajaran Sains Tahun 2 Unit 7: Elektrik

Tugasan Pembelajaran Bukti Lain (OE)


1. Sila bina 1 litar elektrik lengkap dengan 1. Hasil ekperimen murid
menggunakan komponen yang 2. Senarai semak melalui
diberikan. (Tahap Penguasaan 3) pemerhatian guru
2. Berdasarkan pemahaman anda tentang 3. Pentaksiran kendiri murid
bahan konduktor dan bahan penebat, 4. Pembentangan murid
bina satu litar elektrik menggunakan
satu bahan konduktor yang boleh
menyalakan mentol. (Tahap
Penguasaan 5)
3. Hasilkan satu litar berfungsi
menggunakan perkakasan lain selain
mentol. (Tahap Penguasaan 6)

2.3 MERANCANG AKTIVITI PDP


Peringkat 3: Pelan Pembelajaran

Altiviti pembelajaran yang berasaskan projek mudah.

Projek 1: Membina Litar Elektrik

Aktiviti:

1. Murid dibahagikan dengan beberapa kumpulan.


2. Setiap kumpulan diberikan dengan komponen elektrik.
3. Setiap kumpulan membina litar elektrik lengkap sehingga mentol menyala.
4. Murid diberikan buzzer.
5. Murid membina semula litar elektrik menggunakan buzzer.
6. Murid membuat pemerhatian terhadap litar elektrik.
7. Murid diterangkan dengan maksud litar lengkap dan fungsi komponen.
8. Guru dan murid melakukan soal jawab mengenai litar lengkap.
9. Murid membuat refleksi tentang tajuk pelajaran.

Projek 2: Konduktor dan Penebat

Aktiviti:

1. Guru memberi penerangan kepada murid.


2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan dibekalkan duit syiling, klip kertas, sudu logam, pemadam dan
straw.
4. Murid membina litar elektrik dan menguji setiap objek pada litar elektrik.
5. Murid membuat senarai semak pemerhatian dalam buku tulis.
6. Setiap kumpulan membentangkan hasil pemerhatian di hadapan kelas.
7. Murid membuat refleksi tentang tajuk pelajaran.

RUJUKAN
Bahri. (2018). Analisis Item Ujian. http://lamancikgubahri.blogspot.com/2015/10/analisis-
item-ujian.html#!/tcmbck
The Backward Design https://www2.slideshare.net/jaimeo/the-backwarddesign?
qid=adfc412e-db2e-4f55-b391-55c521ed4997&v=&b=&from_search=1
Fafai. (2018, May 31). Indeks diskriminasi item. https://www.slideshare.net/FaFaiS/indeks-
diskriminasi-item-edup3063-pentaksiran-dalam-pendidikan
Muhd Faiz. (n.d.). Analisis Item. https://www.scribd.com/presentation/485843593/Analisis-
Item

Anda mungkin juga menyukai