Anda di halaman 1dari 20

EDUP3073

M12
Pemupukan Integrasi Nasional Di
Sekolah

Hj. Awang Nazrul Bin Ag Masri, MSc.


MINGGU 12 (09/11/2020)
PEMUPUKAN INTEGRASI
NASIONAL DI SEKOLAH
 Konsep Integrasi Nasional
 Inisiatif Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional
 Peranan Guru Dalam Pembinaan Integrasi
Nasional
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza
latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh
norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil
ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran
dan hati antara etnik/kaum.
 Teori Hubungan Kaum:
 Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan
di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan
berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau
tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar
apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.
  
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Akomodasi - Ia merupakan proses
mempertahankan nilai dan norma-norma
etnik masing-masing. Walaubagaimanapun
mereka hidup harmoni dan menghormati
antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat setiap etnik hantar
wakil. Namun dalam institusi-institusi
tertentu mereka saling saling bergantungan
antara satu dengan yang lain.
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi
budaya. Terjadi apabila manusia dalam
kumpulan minoriti menerima norma, nilai
dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan
majoriti. Proses meminjam atau menerima
budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah
unsur-unsur budaya asal.
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi
struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat
dominan melalui persahabatan dan perkaitan
rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah
berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada
perbezaan fizikal (seperti warna kulit) dan
darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza
dengan budaya kelompok dominan.
 Amalgamasi - proses percampuran ras atau
budaya bagi membetuk budaya atau ras yang
baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan
antara etnik atau ras.
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah daripada
segi budaya, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Manakala, perpaduan
pula boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air (Shamsul Amri 2007).
KONSEP INTEGRASI NASIONAL
 Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini,
integrasi perpaduan bermaksud mewujudkan
satu masyarakat bersatu padu dengan satu
identiti nasional. Kerjasama ini boleh
dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi,
kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik.
Dalam konteks di Malaysia, integrasi dan
perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-
unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada
integrasi, akomodasi dan akulturasi.
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Dasar Pendidikan Kebangsaan:
 Penyata Razak 1956 (Ordinan Pelajaran 1957) –
kompromi di antara Laporan Barnes (digemari oleh Kaum
Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh Kaum Cina
dan India). SRK & SRJK. BM jadi bahasa kebangsaan &
bahasa penghantar utama. SRK (BM), SRJK (bahasa
ibunda kaum).BM & BI m/p wajib di semua sekolah.
 Laporan Rahman Talib 1960 (Akta Pelajaran 1961)-
Penggunaan bahasa kebangsaan (BM) dalam semua jenis
peperiksaan awam di sekolah menengah.
 Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,
telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-
kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga
kerja (tenaga rakyat) bagi keperluan ekonomi.
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Laporan Kabinet 1974 - matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara. KBSR & KBSM. KBSR –
matlamat utamanya bagi membolehkan
murid2 menguasai BM dengan baik selain asas
3M.
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1988 -
…memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Mempertingkatkan Semangat Patriotik dan
Cinta akan Negara serta Warisan Bangsa
dalam Kalangan Murid:
 Menjayakan bulan kemerdekaan di sekolah –
*dengan kerjasama PIBG
 Lagu-lagu patriotik
 Jalur Gemilang di perkarangan sekolah
 Sambutan ambang kemerdekaan
 Kempen “Cinta akan Warisan Negara” dan
“Saya Anak Malaysia”
 Seminar, ceramah, gotong-royong
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Meningkatkan Tahap Kesedaran Murid Terhadap
Perlembagaan Negara:
 Kefahaman murid terhadap Perlembagaan Malaysia akan
membantu meningkatkan suasana yang harmonis antara
kaum dalam sekolah.
 Kefahaman tentang hak asasi.
 Penyediaan modul dan garis panduan penerapan
Perlembagaan Negara dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
 Mengadakan kempen, seminar, forum berkala mengupas
dan menjelaskan bab-bab tertentu bagi meningkatkan
pemahaman terhadap Perlembangaan Malaysia.
 Lawatan penanda aras ke institusi atau tempat tertentu
seperti muzium, bangunan Parlimen yang boleh membantu
murid meningkatkan kefahaman terhadap perlembangaan.
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Mempertingkatkan Kefahaman tentang Semangat
Kerjasama ke Arah Perpaduan dan Integrasi Kaum:
 Murid digalakkan untuk berkomunikasi dengan
rakan yang berlainan bangsa
 Disarankan untuk mengunjungi rumah rakan2
semasa hari perayaan
 Guru perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat peraduan dalam kalangan murid
berbilang kaum
 Kerja-kerja berkumpulan, berbilang kaum seperti
amali sains, pementasan dan sambutan2 majlis
sekolah
INISIATIF PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
 Pemantapan Kurikulum Sekolah
Meningkatkan Kefahaman Sejarah Negara:
 2013 – m/p sejarah SPM wajib lulus
 Diwajibkan belajar & menghayati sejarah
agar dapat memahami serti
perjuangan/pengorbanan tokoh2 – supaya
murid2 lebi menghargai erti
kemerdekaan/perpaduan/keharmonian
PERANAN GURU DALAM
PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL
 Penerapan Nilai Murni Merentas PdP:
 Jujur, ikhlas, bertolenransi, sabar, setia dan
taat adalah antara penimbang tara terhadap
sifat murid2 ke arah integrasi kaum
 Personaliti guru itu sendiri perlulah
mengamalkan sifat sarat dengan nilai murni
dan sifat2 ini hendaklah terlihat semasa
proses pdp – supaya boleh diteladani
PERANAN GURU DALAM
PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL
 Peranan Guru dan Pembentukan Semangat Patriotisme
dalam Kalangan Murid:
 Peranan guru melahirkan murid-murid patuh pada
undang2 dan Perlembangaan Negara
 Guru sedar betapa pentingnya tanggungjawab untuk
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara & akrab bersama ahli masyarakat
 Semasa menyediakan perancangan pengajaran, guru
memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah sebagai usaha
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
 Guru menyedarkan murid betapa pentingnya integrasi
nasional melalui pelaksanaan aktiviti2
PERANAN GURU DALAM
PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL
 Peranan dan Profesionalisme Guru dalam
Pembinaan Integrasi Nasional:
 Guru yang profesional – melaksanakan PdP dengan
tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan serta
pencetus kesedaran kepada murid tentang
kepentingan ilmu pengetahuan.
 Profesionalisme guru menuntutnya mahir dalam
ilmu pedagogi untuk menceriakan suasana
pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar
atau alat bantu mengajar yang lebih menarik.
 Guru perlu meletakkan keutamaan tugas dan
tanggungjawabnya pada tahap tertinggi
SOALAN TUTORIAL
 1) Jelaskan konsep integrasi nasional.
 2) Senaraikan secara ringkas inisiatif
perpaduan negara dan integrasi nasional.
 3) Huraikan bagaimana menerapkan dan
meningkatkan semangat kebangsaan dalam
kalangan diri murid-murid di sekolah.
 4) Bagaimanakah guru memainkan
peranannya dalam usaha pembinaan integasi
nasional.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai