Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

EDUP 2102
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN – PENULISAN AKADEMIK

Nama : MUHAMMAD KHAIR BIN ABDUL KADIR

No. K/P : 940327-01-5467

Angka Giliran : 2021122390177

Program : PDPP

Ambilan : JUN 2021

Unit : PENDIDIKAN ISLAM 4

Nama Pensyarah : DR. TAUHIT BIN SUDAR

Tarikh Hantar : 15 OGOS 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
15 OGOS 2021
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 DEFINISI INTEGRASI NASIONAL 3-4
3.0 PERANAN GURU DALAM MEMBINA INTEGRASI NASIONAL
DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID
3.1 GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI DAN PERPADUAN YANG 4-5
BERKESAN
3.2 GURU SEBAGAI SURI TELADAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI 5-6
NASIONAL
3.3 GURU SEBAGAI PELAKSANA PROGRAM PERPADUAN DAN 6-7
INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH
4.0 PENUTUP 7
RUJUKAN 8-9

1
PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat
junjungan besar Rasulullah S.A.W., setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin kurniaNya, dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Sosiologi
Dalam Pendidikan EDUP 2102 ini dengan jayanya.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr. Tauhit bin Sudar selaku pensyarah bagi subjek EDUP 2102 kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat insan yang banyak berkorban untuk saya
iaitu ayahanda yang dikasihi Abdul Kadir Bin Sulaiman serta bonda yang dicintai Jamilah Binti
Mohd Zaid. Seterusnya tidak lupa juga, buat sahabat-sahabat yang banyak memberi
sokongan moral dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Semoga penulisan ini mampu menghadiahkan manfaat kepada pembaca dan pencinta ilmu
yang sentiasa dahagakan ilmu. Kemaafan dipohon jika terdapat kekurangan dan kekhilafan
dalam penulisan ini.

2
PERANAN GURU DALAM MEMBINA INTEGRASI NASIONAL KE ARAH MEMUPUK
PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada


pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).

Di dalam penulisan ini, perpaduan itu dinilai dengan skop yang lebih spesifik iaitu
merangkumi penglibatan murid-murid yang berlainan kaum dan bangsa dalam sesebuah
sekolah. Umum mengetahui bahawa sekolah adalah tempat untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan peranan guru dan murid yang mana dijadikan
dasar kepada sistem pendidikan.

Matlamat sekolah adalah menyatupadukan murid daripada pelbagai latar belakang


dan etnik (Saporito & Riper, 2016). Maka, sistem pendidikan merupakan salah satu cara yang
berkesan untuk memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan antara kaum dan etnik. Di
sinilah guru menjalankan peranan-peranan tertentu supaya para murid yang terdiri daripada
kaum atau etnik yang berbeza dapat memmuridi nilai-nilai murni dan memahami satu sama
lain dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.

2.0 DEFINISI INTEGRASI NASIONAL

Perkataan integrasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan,
penyatuan. Manakala, perkataan nasional adalah suatu perihal yang berkaitan dengan
bangsa, kebangsaan.

Oleh itu, secara keseluruhannya dapat saya rumuskan bahawa integrasi nasional
membawa maksud proses menggabungkan kaum dan bangsa menjadi satu, atau proses
menyatu padukan kaum dan bangsa kearah merealisasikan sesuatu matlamat. Dan dalam
penulisan ini, saya memfokuskan peranan guru di sekolah untuk menyatupadukan para murid
yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa supaya membentuk satu identiti bersama
untuk mewujudkan satu perasaan kebangsaan yang sama kearah mencapai perpaduan di
sekolah.

3
“Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata- mata
tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari
segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai
rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri (Tun Dr. Mahathir Mohamad, The Way
Forward Vision 2020, 1991).

3.0 PERANAN GURU DALAM MEMBINA INTEGRASI NASIONAL DAN PERPADUAN

DALAM KALANGAN MURID

3.1 GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI DAN PERPADUAN YANG BERKESAN

Sosialisasi merupakan satu konsep umum yang boleh ditakrifkan sebagai satu proses
pembelajaran melalui interaksi dengan orang lain tentang cara berfikir, merasakan dan
bertindak. Konsep ini memerlukan kepada agen untuk penyebarannya. Oleh itu boleh
difahami bahawa agen sosialisasi merujuk kepada individu atau pihak yang mampu
membentuk individu lain bagi menghayati nilai-nilai moral. Terdapat lima agen sosialisasi yang
utama iaitu institusi keluarga, institusi pendidikan, masyarakat, institusi agama dan media
massa.

Yong Hie Hie et al. (2018) menyatakan bahawa guru berperanan sebagai agen
sosialisasi yang penting dalam pembinaan bangsa negara terutamanya generasi muda.
Sebagai seorang guru, tanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai murni, perpaduan, kasih
sayang dan sebagainya dalam kalangan murid terletak pada bahu mereka. Menurut Zaliza &
Norlin (2009), penghayatan nilai murni merupakan satu dasar yang boleh memberikan
keseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum
di Malaysia. Penyataan ini dilihat mampu memberi gambaran bahawa guru bukan sahaja
berperanan sebagai agen sosialisasi bahkan dalam masa yang sama memegang peranan
sebagai agen perpaduan di sekolah. Hal ini kerana kedua-duanya saling berkait rapat,
bergerak secara seiring dan memerlukan antara satu sama lain.

Peranan pihak sekolah dan guru dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid adalah lebih berkesan berbanding dengan pihak lain kerana murid menerima
pendidikan secara formal dan sistematik di sekolah, Abd Rahim (2001). Guru
bertanggungjawab menanamkan nilai-nilai murni yang mampu membawa kepada perpaduan
kaum di sekolah. Peranan ini dilihat boleh direalisasikan dengan pengajaran matamuridan-

4
mataplejaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sejarah dan sebagainya. Melalui pengajaran matamuridan-matamuridan
tersebut, guru perlu mengambil ruang dan kesempatan untuk memberi kesedaran kepada
murid bahawa nilai-nilai murni dan perpaduan merupakan asas yang penting dalam membina
keharmonian masyarakat dan negara. Guru perlu menyediakan setiap murid tanpa mengira
perbezaan bangsa, kaum dan agama peluang untuk berinteraksi di dalam kelas. Interaksi
sosial ini penting bagi membina kemesraan dan kesatuan hati antara murid yang mempunyai
kepelbagaian sosiobudaya. Natijahnya, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan
terbentuk dengan jayanya.

3.2 GURU SEBAGAI SURI TELADAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL

Guru sebagai individu yang paling hampir dengan murid di sekolah perlu sentiasa sedar
bahawa mereka berperanan sebagai suri teladan dalam memupuk integrasi nasional dalam
kalangan murid. Kajian Sarimah et al. (2011) mendapati bahawa sikap prihatin guru dalam
masalah murid dan menjadi suri teladan yang baik boleh dicontohi oleh murid, dapat
meningkatkan penghayatan akhlak murid. Berdasarkan kajian Asmawati et al. (2001) pula,
guru dapat mempengaruhi persepsi dan kefahaman murid tentang nilai murni di sekolah. Oleh
itu, jelas dapat difahami bahawa guru merupakan individu yang mempunyai pengaruh yang
besar dalam kehidupan seorang murid. Justeru, guru perlu sentiasa memastikan diri mereka
menunjukkan contoh-contoh yang positif kepada murid. Hal ini jika tidak dipastikan akan
membawa kepada implikasi buruk iaitu murid akan mengikuti contoh yang negatif daripada
guru mereka.

Integrasi nasional mampu dipupuk melalui imitasi perilaku positif daripada guru oleh
murid. Guru perlu sentiasa mempamerkan pengamalan nilai perpaduan yang tinggi di
samping menampilkan semangat yang jitu dalam penerapan perpaduan kaum di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sikap pilih kasih, diskriminasi dan melebihkan satu-
satu bangsa atau kaum di sekolah perlu dipraktikkan oleh guru. Bandura (1986) berpendapat
bahawa kanak-kanak pada umur muda akan mudah mencontohi tingkah laku daripada orang
dewasa menerusi pemerhatian dan pengalaman mereka. Pada masa yang sama, guru juga
hendaklah menggalakkan murid supaya menghormati satu sama lain dan lebih berhati-hati
supaya setiap perlakuan yang dilakukan dan perkataan yang dituturkan tidak menimbulkan
pergaduhan.

Guru harus memikirkan cara yang terbaik untuk mendekati murid mereka dengan cara
yang berbeza mengikut kesesuaian berdasarkan latar belakang kaum, budaya, dan agama

5
masing-masing. Contohnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus berhati-hati
dengan penggunaan kata yang sesuai yang tidak menyentuh sensitiviti perkauman. Banyak
insiden negatif yang telah berlaku dan dilaporkan di akhbar salah satunya insiden yang
berlaku di Gelang Patah, Johor pada tahun 2013. Seorang guru perempuan berbangsa Cina
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap etnik tertentu yang dianggap telah menjejaskan
reputasi guru sebagai agen perpaduan etnik (Saifulizam, 2013). Insiden sebegini boleh
menjejaskan peranan guru sebagai agen sosialisasi dan sekaligus menjejaskan imej guru
sebagai suri teladan dalam membentuk perpaduan di sekolah.

3.3 GURU SEBAGAI PELAKSANA PROGRAM PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL


DI SEKOLAH

Tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru juga berperanan
untuk menjadi pembimbing, penasihat atau pelaksana program-program yang berteraskan
perpaduan dan integrasi nasional di sekolah. Sebagai contoh, menganjurkan aktiviti
perkhemahan badan beruniform seperti pengakap dan bulan sabit merah. Melalui aktiviti ini,
dapat mewujudkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama antara para murid untuk
menyiapkan suatu tugasan. Maka, secara tidak langsung wujudlah perpaduan antara peserta-
peserta perkhemahan yang dating dari sekolah, latar belakang, bangsa dan budaya yang
berbeza.

Contoh yang lain seperti aktiviti sukan tahunan sekolah. Sukan bukan sahaja
memberikan manfaat untuk kesihatan tetapi juga boleh menyatupadukan murid. Sukan
tahunan yang diadakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan
perpaduan antara murid-murid sekolah. Pada hari sukan, banyak acara dan permainan yang
dilangsungkan, perarakan dan kawad kaki, dan juga perhiasan khemah yang membolehkan
murid bekerjasama sebagai satu kumpulan yang majmuk.

Seterusnya, melalui aktiviti lawatan sambil belajar juga boleh mendedahkan murid
kepada kepelbagaian etnik dan budaya penduduk setempat dari segi cara hidup, bahasa yang
dituturkan, sambutan perayaan, kepercayaan dan lain-lain dimana dapat memberikan
pengajaran kepada murid betapa pentingnya sikap bertoleransi dan bersedia menerima
perbezaan walaupun berlainan bangsa dan agama.

Tidak dilupakan, guru perlu memperkuatkan strategi pengajaran dan pembelajaran


dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh membahagikan murid secara berkumpulan dalam
melaksanakan projek-projek di dalam kelas seperti menjalankan eksperimen dan kajian sains,
membuat persembahan, dan bagi murid sekolah menengah guru boleh juga menggalakkan

6
murid untuk merencanakan sambutan-sambutan majlis di sekolah contohnya seperti
sambutan hari guru, sambutan hari kemerdekaan dan lain-lain.

4.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya dapat kita lihat bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam membentuk perpaduan dan integrase nasional di sekolah khususnya dalam kalangan
murid melalui tiga (3) cara. Pertama, guru sebagai agen sosialisasi dan perpaduan yang
berkesan. Kedua, guru sebagai suri teladan dalam memupuk integrasi nasional. Ketiga, guru
sebagai pelaksana program perpaduan dan integrasi nasional di sekolah. Apabila peranan-
peranan tersebut telah dimainkan dengan sebaiknya, hasrat mewujudkan perpaduan dan
intergrasi nasional dalam kalangan murid akan mampu dicapai.

7
RUJUKAN

Abd., R. A. R., (2001), Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan

cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmawati, S., Rahyl M., & Abdul R. M. A., (2001), Persepsi Murid Institusi Pengajian Tinggi

Terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, 23-25 Mei, Fakulti Pendidikan Universiti

Malaya.

Bandura, A. (1986), Social foundations of thought and action: a social cognitive theory,

Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice hall.

Mahathir, M., (1991), Malaysia : the way forward (Vision 2020), Percetakan Nasional

Malaysia, Kuala Lumpur.

Saifulizam, M., (2013), JATI desak tindakan segera, Utusan Online. 1 Jun.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130602/po_11/Jati-desak-tindakan-

segera

Sanusi, O., (1989), Ikatan etnik dan kelas di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Saporito, S., & Riper, D.V. (2016), Do irregularly shaped school attendance zones contribute

to racial segregation or integration? Southern Sociological Society 3(1): 64-83.

Sarimah, M., Mohd K. M. J., Ab., H. T., & Kamarulzaman A. G., (2011), Kajian persepsi

penghayatan akhlak Islam dalam kalangan murid sekolah menengah di Selangor.

Global Journal AlThaqafah 1(1): 71-78. Tarikh capaian: 11 September 2016.

Yong, H. H., Ku, H. K. S., Zatul, H. A., Mohd, D. Awang., & Adlina A. H. (2018), Peranan

guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah,

Akademika 88(2).

Zaliza, M. N., & Norlin, A. (2009), Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dlm.

8
Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. 141-154. Skudai:

Penerbit UTM Press.

Anda mungkin juga menyukai