Anda di halaman 1dari 14

Mengatur

Penggunaan alat bantu

Menilai

Gunakan perkataan mudah faham

Peranan Guru Dalam Merealisasikan FPG dan FPK

Membimbing

Mempraktikan

Menggerakkan

Guru yang berpandangan progresif dan saintifik,kita bolehlah

mencapai modal insan dan intelektual kepada pelajar.


Contohnya, guru pada masakini mereka gunakan ABM yang canggih bagi P&P lebih berkesan. Guru yang berdisiplin- apabila mereka masuk ke kelas dengan masa yang tetap maka pelajar-pelajar juga akan

mengikut guru yang berdisiplin.

Dengan adanya guru yang bermahir dalam ICT- maka pengajaran mereka adalah lebih berkesan.

Guru yang bersedia untuk menjunjung aspirasi negara. Contohnya,Wawasan 2020

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal pada tahun 1988, kini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK).

FPK menggariskan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan


yang dihasratkan.

Penggubalan FPK telah tercetus pada tahun 1979 hasil daripada Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaaan Dasar Pelajaran.


Jawatatankuasa ini mencadangkan agar negara kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan.

Pembangunan kemanusiaan yang dihasratkan oleh Kerajaan adalah bersifat


menyeluruh dan merangkumi aspek-aspek seperti rohani, emosi, intelek dan jasmani.

FPK amnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Rukunegara merupakan usaha Kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, keimbangan dan stabiliti kaum etnik. Dasar Ekonomi Baru pula merupakan suatu usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Dasar Pendididkan Kebangsaan adalah satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan untuk dijadikan garis panduan bagi para pendidik.

Analisis FPK dibuat dengan merujuk kepada cabang-cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, axiologi dan lojik serta elemen-elemen yang terkandung.

FPK juga mempunyai implikasi terhadap sistem pendidikan negara.

FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh negara kita.

Analisis FPG dibuat dari dua perspektif , iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung.

Seperti FPK, FPG juga mempunyai implikasi terhadap sistem pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai