Anda di halaman 1dari 147

Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN VIDEO BODY PERCUSSION DALAM PAKEJ LET’S EXPLORE


THE SOUND UNTUK KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR MURID AUTISME

AIDA AIRINA BINTI SHAHRULAZNI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen yang penting kerana ia merupakan satu penanda
aras yang sangat hebat dalam dunia pendidikan di Malaysia. Kemahiran abad ke-21 dapat
dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran berfikir, kemahiran 3M
dan sebagainya (Ainun, 2017). Menurut Zamri & Mohamed Amin (2005), masyarakat abad
ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan
prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian. Oleh demikian itu, guru
merupakan pihak yang boleh menerapkan nilai TMK di dalam diri murid melalui proses PdP
selaras dengan peredaran zaman. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam PdPc dapat
memberi peluang kepada murid terutamanya murid pendidikan khas masalah pembelajaran
untuk mengasah kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja
berkumpulan, kemahiran pemikiran kritis dan sebagainya. Kemahiran ini pula dapat
membantu murid masalah pembelajaran tersebut untuk menempuhi kehidupan di luar kelas
sama seperti murid normal yang lain serta dapat membantu murid di alam pekerjaan nanti.
Sebuah pakej pembelajaran dan pembelajaran (PdP) digital telah dibangunkan
menggunakan aplikasi WIX. WIX merupakan satu aplikasi berfungsi seperti blog. Seterusnya,
bahan pengajaran disusun secara teratur mengikut Model Assure. Maka, pada akhir
pembelajaran, murid masih dapat mencapai objektif yang ditetapkan walaupun murid hanya
menggunakan WIX sebagai medium pembelajaran. Tajuk pakej PdP digital ialah, Let’s
Explore the Sound. Platform WIX ini kami tumpukan kepada murid masalah pembelajaran
tahun 1 terutama murid autisme. Selain itu, dengan menjadikan DSKP Bahasa Inggeris Asas
3M murid masalah pembelajaran Tahun 1 sebagai rujukan, tema yang dipilih ialah Body
Percussions. Kemahiran yang saya tekankan pada bahan PdP digital ini ialah kemahiran
mendengar dan bertutur. Pada langkah 1, saya telah hasilkan kad imbas yang mempunyai
audio serta gambar bergerak menggunakan H5P. Seterusnya, saya juga telah menghasilkan
satu video interaktif menggunakan Powerpoint. Video interaktif yang dihasilkan bertajuk
Body Percussion. Justeru itu, video interaktif yang dihasilkan amat menepati DSKP di mana
pada akhir video tersebut murid dapat mengenali dan memberi respons terhadap Body
Percussion. Melalui video interaktif ini, murid telah mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan iaitu dapat mengecam, mengenal dan menamakan 3 daripada 5 body percussion.
Tuntasnya, jelaslah bahawa platform WIX yang dihasilkan dapat membantu murid masalah
pembelajaran terutama murid autisme lebih memahami kandungan yang ingin guru
sampaikan.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

1
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.5
Pedagogi 3 4 5 4.5
Kualiti Media 3 4 5 4.5
Kreativiti Pakej 3 5 5 5.0

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan 5.0
sedia ada murid berkeperluan khas
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif 4.7
murid berkeperluan khas.
iii. Kandungan pengajaran mencapai objektif pembelajaran. 5.0
iv. Kandungan pengajaran bertepatan dengan standard 5.0
pembelajaran.
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 5.0
berkeperluan khas.
Min 4.9

Berdasarkan Jadual 2 di atas, nilai purata min terhadap konstruk pengisian dan
kandungan adalah sebanyak 4.9. Jumlah nilai purata min yang tinggi ini menunjukkan bahawa
isi kandungan atau pengisian bagi bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah saya
hasilkan menepati kehendak-kehendak konstruk pengisian dan kandungan yang diperlukan.
Sebagai contohnya, pengisian dan kandungan bahan pengajaran yang dihasilkan ini mencapai
objektif pembelajaran dan juga standard pembelajaran. Hal ini kerana, saya telah merujuk
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semasa menyiapkan bahan
Pengajaran dan Pembelajaran digital ini. Maka, dengan menjadikan DSKP sebagai rujukan,
pengisian dan kandungan yang dihasilkan pada bahan pengajaran digital ini akan sentiasa
menepati objektif yang disasarkan.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

2
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Mampu merangsang pemikiran murid 5.0
ii. Mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada murid 4.7
iii. Pedagogi yang digunakan mengandungi unsur KBAT 4.0
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 5.0
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif 4.3
murid
Min 4.6

Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat bahawa nilai min bagi konstruk pedagogi yang
penilai berikan terhadap bahan pengajaran digital saya adalah 4.6. Hal ini kerana, pedagogi
yang digunakan di dalam bahan pengajaran yang ini kurang sesuai dengan tahap kognitif
murid masalah pembelajaran. Sebagai contohnya, video interaktif yang dihasilkan adalah
sedikit sukar dan telalu rumit untuk difahami oleh murid masalah pembelajaran walaupun
pada dasarnya aktiviti tersebut bersesuaian dengan tahap murid normal. Oleh itu, saya akan
membuat sedikit penambahbaikan terhadap kaedah pedagogi supaya aktiviti yang dihasilkan
mudah dan mencapai tahap kognitif murid masalah pembelajaran terutamanya murid autisme.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Kualiti imej video yang mudah difahami 5.0
ii. Muzik dan suara latar video adalah jelas 4.3
iii. Video yang digunakan mencapai objektif pengajaran 5.0
iv. Kombinasi warna dalam video adalah menarik 4.6
v. Pencahayaan video yang sesuai. 5.0
Min 4.8

Berdasarkan jadual 4 di atas merupakan jadual nilai purata min yang diberikan
daripada penilai bagi konstruk kualiti media. Kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah
sesuatu yang dipandang baik. Maka kualiliti media merujuk kepada pandangan yang dilihat
oleh pengguna terhadap kelancaran dan kejelasan sesuatu media tersebut. Daripada jadual 4,
dapat dilihat bahawa nilai purata min bagi konstruk kualiti media adalah sebanyak 4.8. Secara
keseluruhannya, saya telah menghasilkan video interaktif yang mengandungi kesemua ciri
kualiti media yang baik. Hal ini kerana, semasa saya menghasilkan video ini, pemilihan
gambar atau imej amat dititik berat. Contohnya, saya akan memilih gambar dan imej yang
tidak kabur. Selain itu, kelajuan video juga sesuai dan terkawal serta pencahayaan video yang
sesuai juga amat saya titikberatkan semasa pembikinan video interaktif ini. Tuntasnya, kualiti
media amatlah memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah video kerana ianya akan
mempengaruhi emosi pengguna dan ia juga dapat menarik perhatian pengguna untuk kekal
menonton video tersebut seterusnya dengan adanya kualiti media yang baik, pengguna akan
lebih mudah memahami mesej yang ingin di sampaikan di dalam video tersebut.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

3
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang menarik 5.0
ii. Website mudah digunakan 5.0
iii. Intipati yang dapat menarik perhatian pengguna 5.0
iv. Kombinasi video yang menarik 5.0
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan 5.0
menarik.
Min 5.0

Berdasarkan Jadual 5 diatas, dapat dilihat bahawa nilai purata min yang diperolehi untuk
konstruk kreativiti pakej ialah 5.0. Hal ini kerana semasa menyiapkan pakej pengajaran digital
ini, saya amat mementingkan elemen kreativiti kerana dengan adanya kreativiti, murid
terutamanya murid autisme tidak akan mudah bosan dan akan tertarik untuk kekal fokus di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut memandangkan murid pendidikan khas
mempunyai tumpuan yang singkat. Di dalam video saya, saya mempunyai intipati yang dapat
menarik perhatian pengguna. Sebagai contohnya, saya menggunakan animasi Dora the
Explorer sebagai watak utama dalam video interaktif saya. Penggunaan animasi Dora tersebut
akan menarik perhatian murid kerana ia merupakan animasi kartun yang terkenal dikalangan
murid-murid. Seterusnya, intipati yang digunakan juga menarik di mana di dalam video
interaktif tersebut, saya telah menyediakan 3 aktiviti yang berbeza dan menarik untuk murid
selesaikan. Tuntasnya, dengan adanya kreativiti di dalam pakej pengajaran digital, ia akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok, tidak membosankan dan ia
akan menarik perhatian murid untuk kekal fokus di dalam proses pembelajaran tersebut.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah 5 iaitu pada konstruk kreativiti pakej. Hal ini menunjukkan bahawa pakej digital yang
saya hasilkan adalah menarik dan kreatif serta mudah digunakan oleh murid terutama murid
autisme kerana pakej digital ini dibangunkan dengan menitik beratkan tahap kognitif murid
masalah pembelajaran. Pakej Digital saya ini juga mudah digunakan kerana penyusunan yang
sistematik mengikut peringkat seperti di dalam RPH. Secara keseluruhannya, video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan ini amat baik dan menepati ciri-
ciri pakej bahan digital yang sesuai digunakan untuk murid pendidikan khas terutama murid
autisme. Akan tetapi masih ada beberapa penambahbaikkan yang harus dilakukan supaya
video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini menjadi bahan pengajaran
yang lebih bagus dan terbaik untuk digunakan oleh murid autisme. Tuntasnya, pakej bahan
pengajaran digital yang saya hasilkan adalah menarik, tidak membosankan dan mudah
digunakan murid autisme.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenal pasti bagi video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Antaranya ialah kandungan dalam video dan
pakej batersebut bersesuaian dengan keperluan murid berkeperluan khas di mana kandungan
pengajaran yang dihasilkan tidaklah terlalu rumit untuk murid berkeperluan khas. Kandungan
video dan pakej ini didapati menepati objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Hal
ini kerana, kandungan video dan pakej ini telah merujuk DSKP Bahasa Inggeris 3M Tahun 1
Murid Masalah Pembelajaran sebelum dan semasa menyediakan isi kandungan bagi video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan ini. Melalui DSKP ini, murid

4
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dapat menguasai dan mempelajari dua standard iaitu Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran, seterusnya akan mencapai objektif pembelajaran (Halimah Jamil, 2017).
Selain itu, kekuatan bagi elemen pedagogi untuk video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan ini mampu merangsang pemikiran murid
pendidikan khas terutama murid autisme. Video dan pakej ahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang dibangunkan juga mudah difahami. Hal ini kerana, video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan ini mengikut susunan dan urutan
seperti rancangan pengajaran harian (RPH) di mana mempunyai set induksi, langkah 1, 2, 3,
dan penutup. Maka, dengan bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini, murid akan mudah
memahami kandungan dan pedagogi serta murid boleh mengikuti pengajaran dan
pembelajaran yang ingin guru sampaikan hanya dengan menggunakan pakej tersebut. Hal ini
disokong pada laman web rasmi UTHM yang menyatakan bahawa isi kandungan perlu dipilih
secara teliti dan disusun secara sistematik mengikut urutan supaya isi kandungan yang ingin
disampaikan difahami. Seterusnya, aspek kekuatan yang lain dapat dilihat dari sudut kualiti
media yang dibangunkan bersama pakej tersebut. Sebagai contohnya, kualiti penggunaan
pencahayaan video interaktif dan pakej ini amat bersesuaian. Pencahayaan tidak terlalu terang
atau malap, kombinasi warna juga bersesuaian dengan video serta tidak terlalu terang sehingga
akan menganggu fokus murid maslaah pembelajaran dan kualiti imej yang digunakan juga
baik dan tidak kabur.
Selain itu, video yang dihasilkan adalah menarik dan kreatif. Penggunaan kartun
Dora the Explorer sebagai watak utama di dalam video interaktif menjadikan satu tarikan
kepada video tersebut. Kartun tersebut merupakan salah satu kartun yang terkenal dalam
kalangan murid. Rieber L.P. (1990) mendapati animasi berkesan membantu pembelajaran
berbanding rajah statik dan tiada grafik. Maka, dengan penggunaan kartun atau animasi Dora
the Explorer ini dapat menggalakan murid untuk kekal belajar serta murid tidak akan mudah
bosan untuk menonton dan menggunakan video interaktif tersebut. Menurut kajian literasi
daripada Laman rasmi studentsrepo Universiti Malaya, ia menyatakan bahawa multimedia
dikatakan dapat menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana, video serta
animasi yang kreatif dan penggunaan pelbagai warna dan corak, mampu menarik perhatian
murid berbanding menggunakan bahan statik. Seterusnya, kombinasi warna yang digunakan
dapat menarik perhatian murid kerana ia menggunakanwarna yang ceria yang boleh
membuatkan murid berasa seronok. Olahan video juga dapat merangsang perasaan ingin tahu
murid.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Salah satu kelemahan yang
ketara ialah audio atau suara yang digunakan di dalam video yang kurang kurang jelas. Hal
ini kerana audio atau suara latar bagi video tersebut menggunakan suara saya sendiri. Suara
yang saya lontarkan semasa merakam suara latar tersebut, kurang jelas dan terlalu perlahan
disebabkan faktor sekeliling dan persekitaran yang bising. Maka, maka saya akan membuat
penambahbaikkan dari segi audio kerana menurut Hassan (2008), audio dan bunyi merupakan
antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi
multimedia supaya pengguna dapat memahami apa yang hendak disampaikan.
Akhir sekali, terdapat juga kelemahan dari sudut isi kandungan. Isi kandungan di
dalam video dan pakej ini tidak bersesuaian dengan aras kognitif murid pendidikan khas
masalah pembelajaran terutama murid autisme. Hal ini kerana saya, bunyi body percussion

5
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

yang agak tidak sesuai kerana ia terlalu banyak untuk murid pendidikan khas maslah
pembelajaran untuk mempelajarinya dalam satu masa yang sama. Hal ini kerana, murid
masalah pembelajaran mengalami tahap kognitif yang rendah iaitu sekitar 35 hingga 70 sahaja
(Puteri Roslina, 2014). Memiliki tahap kognitif yang rendah akan menyukarkan murid untuk
menghafal dan mengingati kelima-lima jenis bunyi body percussion tersebut pada satu masa.
Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan daripada segi isi kandungan tersebut supaya
selaras dengan kognitif murid masalah pembelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah diteliti kelemahan yang dikenal pasti, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan
yang boleh dilakukan supaya video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini
dapat ditingkatkan kualitinya. Salah satunya, audio atau suara latar pada video episod bersama
Dora the Explorer dengan menggunakan suara latar yang tidak mempunyai gangguan
daripada persekitaran semasa merakam audio tersebut. Hal ini kerana, penggunaan audio atau
suara latar yang jelas dan kuat dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang
baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni dan dapat meningkatkan minat
pengguna (Hassan, 2011). Kesannya, video tersebut akan mudah difahami dan arahan
daripada video tersebut dapat didengari dengan jelas oleh murid dan pengguna.
Selain itu, bilangan jumlah jenis body percussion perlu dikurangkan daripada 5 jenis
kepada 4 jenis sahaja. Menurut Jabatan Pendidikan Khas (2013), guru-guru boleh mengubah
suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Pengubahsuaian
bilangan jenis bunyi yang akan dipelajari daripada 5 kepada 4 adalah bertujuan untuk
mengelakkan murid daripada keliru kerana mempunyai banyak jenis bunyi di samping
bilangan jenis bunyi yang banyak akan menyukarkan murid untuk mengingat apabila terlalu
banyak jenis bunyi yang diletakkan. Hal ini akan membolehkan murid lebih mudah untuk
mengingat dan melakukan perbezaan di antara bunyi-bunyi tersebut.

PENUTUP

Kesimpulannya, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan
mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Justeru, melalui beberapa
penambahbaikkan, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran Let’s Explore the
Sound ini akan menjadi lebih lengkap dan akan mudah digunakan oleh murid-murid masalah
pembelajaran terutama murid autisme.

RUJUKAN

Ainun Rahmah. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap,
Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, JPBM, Vol. 7, Bil. 2
Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran): Bahasa Inggeris Tahun 1. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia, vol 3(2).

6
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Daud, N.D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih
Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Teknologi
Malaysia
Halimah Jamil. (2017). Perbandingan Aspek Pentaksiran Lisan Berdasarkan Deskriptor
KBSM dengan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). International Journal of Education and Training.
Hassan. N. & Ismail.Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih
Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik.
Hassan Ismun. ( 2011). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Journal of social
Sciences and Humanities.Vol. 15, No.4 (2018) 25-35
Jabatan Pendidikan Khas. (2013). Peraturan-peraturan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Khas.
Laman Rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (T.T). Nota panduan Menulis
Persediaan Mengajar. Di capai pada 13 Ogos 2019 daripada
http://fptv.uthm.edu.my/jlmli/Download/NOTA%20PANDUAN%20PENULI
SAN%20ANCANAN%20MENGAJAR.pdf
Laman Rasmi studentsrepo Universiti Malaya. (T.T.). Bab 2- Kajian Literasi Bahan
Bantu Mengajar. Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/3415/5/Bab2.pdf
Lechner, F. J. & Boli, J. (2000). The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2008). Bahasa Reseptif Dan Bahasa Ekspresif Dalam
Komunikasi Verbal : Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak Kanak Sindrom
Down. Jurnal Pengajian Melayu. 143-164.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2014). Bahasa dalam komunikasi kanak-kanak sindrom
down. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rieber, L.P. (1990). Animation in Computer Based Instruction. Education Technology
Research and Development, 38(1), 77-86
Zamri & Mohamed Amin. (2005). Strategi pembelajaran bahasa melayu mengikut jantina
di luar kelas. Jurnal Pendidikan Malaysia, pp. 51-73.

7
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

VIDEO SHAPES AND COLOURS DALAM PAKEJ LOVELY ONE UNTUK


PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR MURID SINDROM DOWN

AMIRAH NUR AISYAH BINTI SAMSULAMRI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam bidang Teknologi terutama Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam kalangan guru-guru. Akibat daripada itu, kaedah belajar dalam kalangan murid-murid
sekolah menengah, sekolah rendah dan di universiti juga bertambah baik (Smaldino, S.E. 7
Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda,M, 2005). Perkembangan terkini menyaksikan TMK
menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya
membantu murid-murid membina pengetahuan baharu dalam semua bidang (Johnson, DL.,
Cleborne, D.M. & Liu, L. 1997). Ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran era ini, di mana
penekanan terhadap Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di dalam bilik darjah. Lima standard
asas berpusatkan murid PAK21 yang diberi penekanan ialah kreativiti, kolaborasi,
komunikasi, nilai murni dan etika serta pemikiran kritis. Elemen-elemen di atas boleh
diaplikasikan di dalam bilik darjah semasa penggunaan TMK. Penggunaan TMK dapat
menarik minat murid untuk turut belajar.
Oleh itu, pakej yang dibangunkan bagi melengkapkan tugsan EDUP 3053 ini adalah
persediaan bagi guru pelatih untuk menghadapi dan memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran semasa dengan menggunakan TMK. Maka, satu pakej bahan bantu mengajar
yang dinamakan dengan Lovely One yang telah dibangunkan. Pakej ini memberi tumpuan
kepada pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid yang mengalami sindrom down.
Penggunaan blog iaitu WIX telah diguna pakai untuk membangunkan pakej ini. Penggunaan
WIX ini digunakan kerana dapat menggunakan pelbagai media dalam satu masa. Aplikasi H5P
turut digunakan untuk menjadikan video yang dihasilkan sebagai video interaktif. Kemudian,
satu video telah dihasilkan berpandukan dengan Dokumen Standard Dan Pentaksiran (DSKP)
yang turut disertakan di dalam pakej tersebut. DSKP Tahun 2 telah menjadi pilihan iaitu,
memberi fokus pada standard kandungan 1.1 iaitu mendengar, memberi respons dan
melafazkan arahan dalam pelbagai situasi dan bagi standard pembelajaran, 1.1.1 iaitu
mendengar dan memberi respons terhadap arahan guru dan rakan. Tema bentuk dan warna
telah menjadi pilihan bagi penghasilan video bagi murid-murid sindrom down tersebut. Video
tersebut telah dinamakan dengan Shapes and Colours. Objektif pengajaran dan pembelajaran
ialah, pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat melafazkan sekurang-kurangnya
2 daripada 6 objek di sekeliling. Objektif yang kedua ialah, pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat memadankan sekurang-kurangnya 2 daripada 6 objek di sekeliling
berdasarkan ciri-cirinya dengan betul.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Lovely One, yang telah
dibangunkan bagi mata pelajaran Asas 3M Tahun 2 di bawah tajuk Bentuk dan Warna ini

8
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk


berikut :
(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak setuju; 2 = Tidak setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.7
Pedagogi 3 3 5 4.4
Kualiti Media 3 4 5 4.7
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.7

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan berada dalam konteks pengetahuan sedia ada 4.7
murid.
ii. Kandungan sesuai dengan tahap kognitif murid. 4.0
iii. Kandungan bertepatan dengan standard pembelajaran. 5.0
iv. Kandungan bersesuaian dengan objektif pengajaran. 5.0
v. Kandungan sangat menarik dan dapat menarik perhatian. 4.7
Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, merupakan konstruk pengisian atau kandungan adalah


berkaitan dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej
Lovely One. Pengisian atau kandungan yang dimaksudkan di sini ialah, isi-isi kandungan dan
maklumat yang disertakan di dalam produk tersebut bagi membantu pemahaman kepada
pengguna terutama pengguna murid-murid sindrom down. Antara pengisian atau kandungan
yang baik ialah apabila informasi yang penting dapat disampaikan dengan jelas, kandungan
yang bersesuaian dengan kognitif murid, bertepatan dengan standard pembelajaran,
bersesuaian dengan objektif dan juga dapat menarik perhatian murid. Secara tidak langsung
menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Data dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respons yang positif terhadap penilaian bersesuaian dengan objektif
pembelajaran iaitu min sebanyak 5. Hal ini menunjukkan bahawa pengisian atau kandungan
di dalam pakej yang telah dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek kualiti kandungan
yang memberi kefahaman kepada pengguna untuk menggunakan pakej ini dengan baik.

9
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.
Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi
Item Penyataan Min
i. Pedagogi menyediakan strategi pengajaran (latih tubi dan 4.7
permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar.
ii. Menyediakan latihan yang membantu memperkukuhkan 3.6
pemahaman konsep murid.
iii. Pedagogi bersesuaian dengan tahap kognitif murid. 4.3
iv. Penyampaian pedagogi bersesuaian dengan langkah 5.0
pengajaran.
v. Pedagogi menyediakan sedikit elemen KBAT. 4.7
Min 4.4

Berdasarkan jadual 3 di atas, merupakan konstruk pedagogi adalah berkaitan dengan


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej Lovely One seperti
latih tubi dan juga kuiz. Maksud pedagogi dalam konteks ini ialah merupakan pendekatan di
mana merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai
objektifnya dengan penggunaan pendekatan, kaedah dan juga teknik yang betul yang
bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Antara pedagogi yang baik ialah apabila mempunyai
langkah pengajaran yang bersesuaian dengan topik yang diajar, mengikut tahap pemikiran
murid-murid bermasalah pembelajaran, penyampaian pedagogi bersesuaian dengan langkah
pengajaran pedagogi yang menyediakan sedikit elemen KBAT dan menyediakan latihan yang
membantu memperkukuhkan pemahaman konsep murid. Data dalam Jadual 3 menunjukkan
bahawa, penilai memberikan respons yang positif terhadap konstruk ini, iaitu pedagogi yang
terdapat dalam video tersebut bersesuaian dengan langkah pengajaran bagi murid
berpendidikan khas iaitu min sebanyak 5. Hal ini menunjukkan bahawa pedagogi di dalam
pakej yang dibangunkan mencakupi pelbagai aspek yang baik dan seterusnya membantu lagi
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Pencahayaan video dan penggunaan imej yang jelas. 4.7
ii. Penggunaan warna dan bentuk yang sesuai dan pelbagai 5.0
iii. Grafik jelas, mudah difahami dan menarik dapat 4.7
ditunjukkan dengan baik.
iv. Mempunyai suara latar yang jelas dan mudah difahami. 5.0
v. Video dapat mencapai objektif pengajaran. 4.0
Min 4.7

Berdasarkan jadual 4 di atas merupakan konstruk kualiti media adalah berkaitan dengan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej Lovely One.
Media (atau media penyiaran) merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan
maklumat yang tertentu disebarkan kepada masyarakat,
melalui radio, televisyen, suratkhabar, majalah, filem, dan juga internet. Manakala, bagi
konteks tugasan ini, kreativiti media ialah video pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai input dan kepelbagaian selaras dengan DSKP dan juga video interaktif yang telah
dihasilkan bagi murid-murid sindrom down. Kualiti media yang baik dapat dilihat bedasarkan
penggunaan warna dan bentuk yang sesuai, mempunyai suara latar yang jelas, pencahayaan

10
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

video dan penggunaan imej yang jelas, grafik jelas, mudah difahami dan menarik dapat, dan
media dapat mencapai objektif pengajaran. Penggunaan tema, corak dan warna memainkan
peranan yang penting di dalam video. Data dalam Rajah 5 menunjukkan bahawa, penilai
memberikan respons yang positif apabila min yang terkumpul ialah 5.0. Hal ini menunjukkan
bahawa perisian multimedia yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek kualiti
media yang sepatutnya.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Perisian mempunyai PdP yang tersusun dan menarik. 5.0
ii. Perisian dalam media menggunakan huruf/fon/teks yang 4.7
jelas dan bersesuaian dari segi saiz dan jenisnya.
iii. Kombinasi video yang menarik dengan pelbagai elemen 5.0
media.
iv. Pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan sesuai. 4.0
v. Reka bentuk pakej yang menarik dan mudah diikuti. 4.7
Min 4.7

Berdasarkan jadual 5 di atas merupakan merupakan konstruk kualiti media adalah


berkaitan dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej
Lovely One. Kreativiti pakej ini dimaksudkan dengan menghasilkan sesuatu yang baru dan
mempunyai kualiti dan kelaianan yang unik dan tersendiri di dalam keseluruhan pakej yang
dihasilkan. Antara kreativiti pakej yang baik ialah mempunyai PdP yang tersusun dan
menarik, perisian dalam media menggunakan font yang jelas dan bersesuaian dari segi saiz,
mempunyai kombinasi kepelbagaian media, pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan
sesuai, dan reka bentuk yang menarik dan mudah diikuti. Data dalam Rajah 5 menunjukkan
bahawa, penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian. Hal ini menunjukkan
bahawa kreativiti yang diketengahkan memberi impak kepada penilai dan aspek-aspek yang
diketengahkan menepati ciri-ciri yang baik.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah pengisian
atau konstruk, kualiti media dan juga kreativiti pakej Hal ini menunjukkan bahawa
penggunaan pakej ini boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Kekuatan kandungan di dalam pakej Lovely One yang dapat dinyatakan ialah dari segi susun
aturnya. Secara keseluruhannya kandungan yang diutarakan di dalam pakej mempunyai susun
atur yang tersusun dan juga menarik. Ini dapat dilihat apabila, susun atur pengajaran di dalam
pakej tersebut dimulakan dengan set induksi, langkah satu (presentation stage), langkah dua
(practice stage), langkah tiga (production) dan juga penutup (closure). Bukan itu sahaja,
contoh bagi setiap pengisian yang diberikan juga contoh yang lazim dilihat oleh murid-murid
sindrom down sebagai contoh, perkataan yang diajarkan ialah bulat maka contoh barang
sekeliling yang mempunyai bentuk bulat ialah bola dan roda. Susun atur yang baik amat
penting baik murid-murid sindrom down. Hal ini kerana ini akan membantu mereka untuk
memahami dengan lebih baik. Menurut Roth (2015), otak individu akan dapat menguasai
lebih banyak maklumat sekiranya sesebuah maklumat disusun dengan rapi.

11
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain itu, kualiti media turut menjadi kekuatan bagi penghasilan video di dalam pakej
Lovely One tersebut. Ini dapat dilihat apabila, di dalam video Shapes and Colours
menggunakan grafik yang amat jelas dan mudah difahami oleh murid. Contohnya, bentuk segi
tiga yang ditunjukkan di dalam video menggunakan warna yang terang dan dalam saiz yang
besar bagi memudahkan murid-murid untuk melihat dan membaca. Penggunaan warna dan
saiz yang baik amat mempengaruhi perkembangan dan juga proses pemikiran bagi murid-
murid sindrom down. Penggunaan grafik yang sebegini dapat meningkatkan lagi tahap moral
dan motivasi bagi seseorang murid tersebut (Santrock, 2014).
Bukan itu sahaja, kekuatan yang dapat dilihat di dalam kreativiti pakej ialah dari segi
penggunaan font tulisan yang bersesuaian bagi murid pendidikan khas. Penggunaan font
tulisan di dalam video memberikan penekakan terhadap saiz, warna dan ketebalan tulisan. Hal
ini demikian kerana, murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap kognitif yang
rendah. Oleh itu, penggunaan font di dalam video perlulah besar, tebal dan menggunakan
warna yang dapat menarik minat mereka. Kesesuaian font ini akan membantu mereka untuk
lebih memahami dengan mudah serta mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk
melihat tulisan-tulisan tersebut di dalam video. Contohnya, ayat “This is yellow colour.”
Perkataan ‘yellow’ boleh diwarnakan dengan warna kuning untuk memberi penekanan
terhadap warna tersebut.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah, latih tubi di dalam pedagogi yang diutarakan di
dalam video Shapes and Colours kurang memberangsangkan dan tidak dapat menarik
perhatian murid dalam jangka masa yang panjang. Ini dapat dilihat apabila, latih tubi yang
dihasilkan dengann menggunakan H5P agak mudah dan juga bosan. Hal ini apabila tiada
kepelbagaian dalam penggunaan aplikasi H5P, contohnya, latih tubi tersebut hanya
menggunakan soalan aneka pilihan sahaja. Bukan itu sahaja, latih tubi yang dihasilakn juga
seharusnya mampu untuk memperkukuhkan lagi pemahaman murid-murid tentang topik
Shapes and Colours. Latih tubi seharusnya lebih menarik dan menggunakan pelbagai media
seperti gambar supaya dapat menarik minat murid-murid sindrom down untuk melakukan
latih tubi sehingga selesai. Pedagogi perlulah bersesuaian dengan tahap kognitif murid
tersebut.
Malah, kelemahan lain yang didapati ialah video pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan agak laju di mana ini tidak seiring dengan kognitif murid-murid sindrom down.
Video bergerak agak laju ketika video menunjukkan contoh-contoh barang di sekeliling yang
mempunyai bentuk bulat, segi tiga, segi empat sama seperti bulat dan buku. Ini menyebabkan
murid yang membaca kemungkinan besar tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca
kesemua tulisan yang dipaparkan ketika itu. Hal ini amat penting kerana, murid-murid
sindrom down mempunyai tahap kognitif yang rendah, mereka melihat situasi tidak sama
seperti individu biasa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan produk
yang dihasilkan lebih berkualiti. Antaranya ialah, boleh mempelbagaikan latih tubi yang
menarik dalam masa yang sama menggunakan secara maksimum aplikasi H5P itu sendiri. Hal
ini kerana, kepelbagaian latih tubi yang bersesuaian dapat merangsang lagi proses
pembelajaran sekali gus, guru juga dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan

12
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

bersama murid (Woolfok, 2012: Meriani et al., 2008). Tambahan pula, latih tubi yang
dihasilkan perlulah menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami supaya boleh membantu
memperkukuhkan lagi pemahaman murid-murid. Bantuan gambar sebegini, akhirnya akan
membuatkan mereka berasa gembira dan tidak sabar untuk membuat latih tubi yang diberikan
(Wong Kiet Wah, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013)
Bukan itu sahaja, durasi dan pergerakan bagi video boleh diperlahankan sedikit supaya
dapat memberi ruang kepada murid sindrom down untuk memahami lebih baik. Transisi dari
satu muka surat ke muka surat yang lain perlu diperlahankan dan dipanjangkan ke beberapa
saat yang perlu mengikut keperluan murid-murid sindrom down tersebut. Contohnya, durasi
di dalam sebuah video memainkan peranan. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan
merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat ke peringkat tertentu. Oleh itu, proses
pembelajaran perlulah dijalankan dengan mengikut tahap kesesuaian bagi murid tersebut dan
secara berperingkat (Ahmad, M, 2008). Penelitian perlulah dilakukan sepanjang proses
pembuatan pakej dan juga produk ini supaya keperluan muid-murid bermasalah pembelajaran
seperti sindrom down dapat dipenuhi dengan baik (Asiah, 2012).

PENUTUP

Kesimpulannya, pakej Lovely One yang telah dibangunkan ini merupakan satu pakej yang
memberi fokus terhadap bahan pengajaran yang boleh digunakan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas. Pakej ini difokuskan terhadap murid-murid
Tahun 2 yang mengalami masalah sindrom down. Pakej ini mementingkan keberkesanan
pembelajaran. Oleh itu, interaktiviti antara pelajar dan pakej diberikan penekanan bagi
menjamin peningkatan kefahaman dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Kesimpulannya,
pakej ini merupakan persekitaran pembelajaran yang dilengkapi dengan elemen multimedia
untuk menarik minat murid-murid sindrom down untuk turut sama terlibat di dalam bilik
darjah.

RUJUKAN

Ahmad, M. (2008). Intervensi Anak Istimewa Bermasalah Pembelajaran. Kota Kinabalu,


Sabah: University Malaysia sabah, 2008.
Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal Dan Menangani Orang Kurang Upaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah pembelajaran); Bahasa Inggeris Tahun 2. Putrajaya:
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-Kanak: Penilaian serta Portfolio.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.Indah.
Johnson, DL, Cleborne, D.M. & Liu, L. (1997). Using Technology in the Classroom.
Haworth Press, New York.
Woolfolk, A.E. (2012). Educational Psychology. (9th ed). Bostom: Pearson.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar.
Santrock, J.W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.
Smaldino, S.E. 7 Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda,M. (2005). Instructional Media
and Media for Learning. edisi ke-8., Pearson Prenice Hall, New Jersey.

13
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN VIDEO TRANS-SOUND DALAM PAKEJ LET’S LEARN SOUND BAGI


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR MURID SEREBRAL PALSI

AZWIDAH FASIHAH BINTI RAMLI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah tidak asing lagi. TMK didefinisikan
sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus,
memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.
Aplikasi TMK dalam proses PdPc adalah amat penting dalam membantu guru meningkatkan
kualiti proses PdPc. Pada abad ke-21 ini, penggunaan TMK dalam sesi PdPc adalah perlu
seiring dengan perubahan zaman. Ini kerana, persekitaran murid pada zaman kini lebih
tertumpu kepada kemajuan teknologi dan suasana pembelajaran yang menggunakan
multimedia adalah bertepatan dengan perkembangan zaman mereka. Malah, menurut
Moldstad (1974), media jika digunakan bersama pengajaran alat tradisional (chalk and talk)
akan meningkatkan proses pembelajaran. Maka, dapat dilihat bahawa aplikasi TMK dalam
proses PdPc mampu meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental murid.
Bagi tugasan ini, sebuah pakej bahan digital telah dibangunkan melalui laman blog
WIX yang diberi nama Let’s Learn Sound. Sasaran pembelajaran ini adalah kepada murid
berkeperluan khas masalah serebral palsi Tahun 1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Fokus video interaktif yang telah dimuat naik dalam laman blog tersebut bertajuk Animals,
Transports dan Music Instrument. Video yang diberi nama Trans-Sound ini berfokus kepada
Standard Kandungan 1.1 Listen to and respond appropriately for a variety purposes manakala
Standard Pembelajaran pula berfokus pada 1.1.1 Listen to and respond appropriately based
on any given stimulus. Objektif bagi pembelajaran ini adalah murid dapat mendengar dan
memberi respons terhadap 2 daripada 4 nama kenderaan dengan betul. Video Trans-Sound
dengan tema Transports ini dihasilkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) murid berkeperluan khas.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah tajuk Transports ini dilaksanakan berdasarkan instrumen
penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu

14
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.6
Pedagogi 3 3 5 4.4
Kualiti Media 3 4 5 4.7
Kreativiti Pakej 3 3 5 4.4

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
memenuhi pengetahuan sedia ada murid
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
sesuai dengan tahap kognitif murid
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.6
releven dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
dapat mencapai objektif pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
dapat menarik perhatian murid
Min 4.6

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merupakan


kelengkapan isi kandungan dalam pakej bahan digital yang dihasilkan. Pengisian atau
kandungan pakej bahan digital yang baik perlu menepati beberapa aspek iaitu memenuhi
pengetahuan sedia ada murid, sesuai dengan tahap kognitif murid, kerelevenan pengisian atau
kandungan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), tahap
kemampuan mencapai objektif pembelajaran dan berperanan dalam menarik perhatian murid.
Analisis dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang baik dan
positif terhadap pengisian atau kandungan pakej bahan digital yang dibina dengan jumlah min
purata sebanyak 4.6. Maka, ini jelas menunjukkan bahawa pakej bahan digital yang dibina
mampu membantu guru mencapai objektif pembelajaran.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang 5.0
pemikiran yang kreatif dan kritis

15
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat meningkatkan 5.0
kefahaman murid tentang topik yang dipelajari
iii. Pedagogi yang digunakan bersama kepada murid 3.3
menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
iv. Kaedah pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan 4.6
langkah pengajaran
v. Pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan tahap 4.3
kognitif dan gaya pembelajaran murid
Min 4.4

Berdasarkan jadual 3 di atas, pedagogi merupakan satu pendekatan atau kaedah


dalam PdPc dalam menyampaikan kefahaman kepada murid. Aplikasi pedagogi yang baik
dalam digital yang dibina perlulah dapat merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis,
mampu meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang dipelajari, menyokong kemahiran
berfikir aras tinggi, sesuai dengan langkah pengajaran dan tahap kognitif dan gaya
pembelajaran murid. Analisis jadual 3 menunjukkan bahawa respons penilai terhadap digital
pada item pedagogi yang digunakan bersama kepada murid menyokong kemahiran berfikir
aras tinggi mendapat respons yang kurang memberangsangkan dengan jumlah min purata
sebanyak 4.4. Ini menunjukkan bahawa penilai berpendapat bahawa digital yang dibina
kurang menyokong kemahiran berfikir aras tinggi.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 5.0
gambar dengan menarik dan jelas
ii. Fon yang digunakan adalah sesuai dan menarik 4.6
iii. Kelajuan video sesuai dan terkawal 4.3
iv. Audio dan muzik latar video adalah jelas dan sesuai 5.0
v. Video dihasilkan dengan amat baik untuk mencapai objektif 4.6
pembelajaran
Min 4.7

Berdasarkan jadual 4 di atas, kualiti media memberi fokus kepada beberapa item
dalam menghasilkan video yang baik seterusnya mampu memberikan impak kepada
pembelajaran murid. Kualiti media yang baik pada dasarnya menekankan beberapa aspek
dalam tarikan dan kejelasan elemen gambar dalam video, penggunaan fon, kelajuan video,
kesesuaian dalam penggunaan audio dan muzik dan sejauh mana media digital menepati
objektif pembelajaran. Jadual 4 menunjukkan penilai memberikan respons yang baik dan
positif dengan jumlah min purata bagi konstruk kualiti media sebanyak 4.7. Maka, ini jelas
menunjukkan bahawa video yang dibina adalah berkualiti dan mampu membantu guru
mencapai objektif pembelajaran.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 4.6
pembelajaran yang dibangunkan teratur dan amat menarik

16
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.6
dibangunkan dapat mengintegrasikan pelbagai elemen
multimedia dengan baik
iii. Pemilihan elemen multimedia yang meningkatkan 4.6
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.3
dibangunkan mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif yang
bersesuaian
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4
dibangunkan menyediakan panduan kepada pengguna
pakej
Min 4.4

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti pakej merujuk kepada elemen kreativiti dalam
merangka pakej bahan digital tersebut. Kreativiti pakej dikategorikan baik dan menarik
apabila pakej bahan digital tersebut teratur dan menarik, dapat mengintegrasikan pelbagai
elemen multimedia dengan baik, mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran, mempunyai ciri-ciri interaktif yang bersesuaian serta mempunyai panduan
kepada pengguna pakej. Analisis jadual 5 menunjukkan bahawa, penilai memberikan respons
yang baik terhadap kreativiti pakej digital yang telah dibina dengan jumlah min purata
sebanyak 4.4. Maka, ini menunjukkan bahawa pakej bahan digital tersebut mampu
meningkatkan keberkesanan proses PdPc.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah kualiti media dengan jumlah min sebanyak 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, pakej bahan digital yang dihasilkan adalah berkualiti dan bertepatan dengan
item-item yang dapat membentuk media yang berkualiti seperti video mengintegrasikan
elemen gambar dengan menarik dan jelas, fon dan kelajuan video yang bersesuaian serta
mampu membantu mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, pakej bahan digital yang
dihasilkan dapat membantu guru dalam usaha melancarkan proses PdPc.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Terdapat beberapa kekuatan dalam pakej bahan digital, Let’s Learn Sound ini. Antara
kekuatan yang terdapat dalam video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini
yang adalah dari segi pengisian atau kandungan. Penyampaian isi kandungan pakej bahan
digital ini adalah bersesuaian dengan masa yang ditetapkan iaitu 30 minit. Isi kandungan pakej
bahan digital Let’s Learn Sound ini juga menepati Dokumen Standard Kandungan Pentaksiran
(DSKP). Malah, pakej bahan digital ini melibatkan penggunaan media interaktif yang dapat
menarik perhatian murid dalam proses PdPc. Media interaktif dalam pakej pengajaran dan
pembelajaran ini mempunyai gabungan antara teks, grafik, bunyi, muzik, video dan animasi.
Menurut Noriati A. Rashid et al,. (2012) interaktiviti meliputi ciri-ciri seperti tindak balas atau
respons terhadap aktiviti yang disarankan oleh perisian, maklum balas serta merta dan
komunikasi dua hala antara perisian dan pengguna.
Berdasarkan penilaian, kekuatan pada video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Let’s Learn Sound ini adalah penggunaan elemen multimedia seperti
grafik, animasi dan video digunakan dengan baik dan menepati isi kandungan. Menurut
Rockley (1994), grafik menunjukkan maklumat terperinci dan berfungsi sebagai ikon yang

17
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

mewakili sesuatu. Grafik yang digunakan dalam video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini adalah bersesuaian dan tidak mengganggu pemahaman pengguna.
Malah, warna yang digunakan juga dapat merangsang pemikiran pengguna. Ini adalah kerana
penggunaan warna dapat melahirkan kesan atau pengaruh tertentu dan juga mewujudkan
perasaan harmoni. Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital l Let’s Learn
Sound ini juga mempunyai susunan yang teratur dari awal sel induksi hingga ke penutup
proses PdPc. Ini memudahkan pengguna dalam menerokai pakej bahan digital sekaligus
memberikan kefahaman yang baik kepada pengguna.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Let’s Learn Sound ini juga
mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antaranya pakej ini kurang memberangsangkan dari
aspek pedagogi. Hal ini kerana, pembangunan video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini dilihat kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi perlu dititikberatkan. Pakej bahan digital yang tidak
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi kurang berperanan dalam membentuk
individu yang berfikiran kreatif dan kritis. Hal ini disokong oleh kajian Yee et al. (2010), yang
menyatakan bahawa murid akan menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan kerja
kursus sekiranya murid jarang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana
idea.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai cadangan penambahbaikan, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Let’s
Learn Sound ini perlu mengaplikasikan unsur kemahiran berfikir aras tinggi dalam
penghasilan video. Melalui konstruks pedagogi, jelas dinyatakan bahawa Kemahiran berfikir
aras tinggi sebagai salah satu aspek yang penting dalam membentuk pakej bahan digital yang
baik. Hal ini kerana, penghasilan pakej bahan digital seharusnya dibina sebagai satu bahan
bantu mengajar yang maksimum termasuklah dari segi kemahiran berfikir aras tinggi dalam
PdPc. Ini kerana, kemahiran berfikir aras tinggi dilihat sejajar dengan keperluan pendidikan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dalam melahirkan individu yang berfikiran
kreatif dan kritis. Malah, guru yang kompeten seharusnya menguasai kemahiran berfikir aras
tinggi. Hal ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan enam ciri
guru abad ke-21 iaitu menguasai kandungan kurikulum, mahir dan berketerampilan dalam
pedagogi, memahami pekembangan pelajar dan menyayangi mereka, memahami psikologi
pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini (Ismail,
Sidek & Mahbib, 2015).
Seterusnya, manual pengguna mestilah diwujudkan dalam laman blog pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital Let’s Learn Sound ini. Manual pengguna bagi laman blog
adalah penting bagi memberikan panduan dan berperanan sebagai bimbingan kepada
pengguna. Manual pengguna juga dapat membantu pengguna melayari laman blog dengan
mudah tanpa memerlukan bimbingan atau pengawasan individu lain. Malah, manual
pengguna dapat memberikan gambaran jelas kepada pengguna bagaimana pakej bahan digital
ini berfungsi. Maka, masalah seperti pertama kali melayari blog atau tidak tahu melayari blog
dapat dielakkan.

18
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENUTUP

Kesimpulannya, guru perlulah bijak dan kreatif dalam mewujudkan suasana PdPc yang
berkesan. Melalui penggunaan pakej pengajaran dan pembelajaran digital, guru mampu
menarik perhatian murid dan memberikan kefahaman terhadap isi pembelajaran. Menurut
Abdul Wahab et.al, (2006) dalam bidang pendidikan sekarang, usaha mempertingkatkan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan
generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi
semasa. Namun begitu, produk TMK mempunyai pakej-pakej tertentu yang perlu diberi
perhatian agar produk yang dihasilkan adalah produk yang baik. Antaranya adalah penampilan
produk TMK tersebut perlulah menarik dan kreatif di samping menepati item-item
kandungan, pedagogi dan kualiti media tersebut. Malah, produk TMK yang baik juga dapat
mempengaruhi tahap psikologi murid terhadap proses PdPc.

RUJUKAN

Abdul Wahab, E. A., How, J., & Verhoeven, P. (2007). The impact of the Malaysian code on
corporate governance: Compliance, institutional investors and stock performance.
Journal of Contemporary Accounting & Economics, 3(2), 106–129. Ismail, N.H.,
Sidek, S., & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains.
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14
15 September 2015, p.228-238. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.
Moldstad (1974). Dalam buku The Encyclopaedia of Educational Media Communications &
Technology. Karya Derick & Ray. (2015). United States: Springer
Noriati A. Rashid et al. (2012). Murid dan Alam Belajar. Malaysia: Oxford Fajar
Rockley (1994). Planning a Multimedia Documentation Project. Technical Communication,
pp. 653–661
Yee, M.H., Md Yunos, J., Othman, W., Ismail, S., & Tee, T.Z. (2010). The Perception of
Students on Mastering The Level of High Order Thinking Skills in Technical 122
Education Subjects. Proceeding The 3rd Regional Conference On Engineering
Education & Research In Higher Education (RCEE 7 & RHEd 2010), UTM, Skudai,
Johor.

19
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PEMBANGUNAN VIDEO LEARN FOODIE DALAM PAKEJ LEARN LETTERS


UNTUK MURID ADHD

BALQIS BINTI REDHUAN


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memainkan peranan yang signifikan untuk
memacu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dalam menuju pembelajaran abad
ke-21 (PAK21) (Shah Rulbani, Mohd Isa & Khadijah, 2017). PAK21 merujuk kepada proses
pembelajaran yang berpusatkan murid yang berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (Maria, 2019). Ainun
Rahmah, Zamri Mahamod & Wan Muna (2017) menjelaskan bahawa masyarakat abad ke-21
merupakan masyarakat yang berorientasikan teknologi serta menggunakan TMK dalam
kehidupan seharian. Kepentingan TMK dalam PdP dapat dilihat apabila Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan tujuh turut memfokuskan kepada
tindakan memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Oleh itu, guru sebagai
pelaksana kurikulum seharusnya mengaplikasikan TMK semasa PdP selaras dengan hasrat
PPPM 2013-2025 dalam usaha merealisasikan pembelajaran abad ke-21 di bilik darjah. Hal
ini kerana penggunaan TMK dalam PdP dapat membantu murid khususnya murid
berkeperluan khas (MBK) pembelajaran untuk memupuk kemahiran seperti kemahiran
komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan dan seumpamanya. Kemahiran-kemahiran ini
perlu dipupuk dalam diri MBK pembelajaran untuk membantu mereka menghadapi kehidupan
dan cabaran-cabaran abad ke-21 seperti murid normal yang lain.
Sebuah pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dinamakan Learn
Letters untuk murid masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) telah
dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Masalah
Pembelajaran 3M Tahun Satu dalam komponen Bahasa Inggeris dengan memberi fokus
terhadap kemahiran membaca dalam usaha mengaplikasikan TMK di dalam PdP. Standard
kandungan yang dipilih berdasarkan DSKP tersebut ialah 2.2 pupils will be able to recognize
and read words. Manakala, Standard pembelajaran yang dipilih dalam menghasilkan video
Learn Foodie ialah 2.2.1 identify initial letters with the correct pictures. Objektif
pembelajaran yang hendak dicapai ialah murid dapat mengenal pasti dua daripada empat huruf
awal perkataan berpandukan gambar yang diberikan dengan betul dan murid dapat
menyesuaikan dua daripada empat huruf awal perkataan berpandukan gambar dengan betul.
Pakej bahan PdP ini dinamakan sebagai Learn Letters dan dibangunkan menggunakan WIX
sebagai tapak blog kerana WIX boleh diakses oleh mana-mana pengguna atas talian secara
mudah dan efisien.
DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah tajuk Food I Like ini dilaksanakan berdasarkan instrumen
penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan

20
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 =Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.4
Pedagogi 3 4 5 4.1
Kualiti Media 3 4 5 4.5
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.5

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.0
dengan pengetahuan sedia ada murid berkeperluan khas
pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran disediakan sesuai 4.3
dengan tahap kognitif murid berkeperluan khas pembelajaran
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
mencapai kesemua objektif yang ditetapkan
iv. Kandungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang 4.7
disediakan bertepatan dengan standard pembelajaran murid
berkeperluan khas pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
menarik perhatian murid berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.4

Berdasarkan jadual 2 di atas, pengisian atau kandungan merupakan elemen yang


paling utama yang perlu diberi perhatian dalam membina pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Learn Letters. Kandungan merujuk kepada aktiviti-aktiviti PdP yang
telah dirancang dalam pakej bahan PdP tersebut. Kandungan bahan PdP yang baik mestilah
sesuai dengan pengetahuan sedia ada dan tahap kognitif murid berkeperluan khas
pembelajaran, mencapai kesemua objektif yang ditetapkan, menarik perhatian dan bertepatan
dengan standard pembelajaran murid berkeperluan khas pembelajaran. Data dalam jadual 2
menunjukkan penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian pengisian atau
kandungan pakej bahan digital yang dibangunkan. Penilai memberi respons bahawa
kandungan pakej bahan PdP adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata
sebanyak 4.4. Hal ini membuktikan bahawa pakej bahan PdP yang dibina sesuai dan

21
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

bertepatan aspek-aspek kandungan atau perisian PdP serta membantu pengguna mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan dapat merangsang pemikiran murid 4.3
berkeperluan khas pembelajaran
ii. Pedagogi yang digunakan membantu meningkatkan pemahaman 4.0
murid berkeperluan khas terhadap topik pengajaran
iii. Pedagogi yang digunakan menyokong Kemahiran Berfikir Aras 4.0
Tinggi bagi murid berkeperluan khas pembelajaran
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran untuk 4.0
murid berkeperluan khas pembelajaran
v. Pedagogi yang digunakan melibatkan aktiviti mengenal huruf awal 4.3
secara interaktif sesuai dengan keupayaan kognitif murid
berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.1

Berdasarkan jadual 3 di atas, pedagogi merujuk kepada cara guru melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menggunakan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Learn letters. Pedagogi yang efektif ialah pedagogi yang dapat
merangsang pemikiran, meningkatkan pemahaman, menyokong Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) murid berkeperluan khas pembelajaran, sesuai dengan langkah pengajaran
dan pembelajaran MBK pembelajaran serta melibatkan aktiviti mengenal huruf awal secara
interaktif untuk murid berkeperluan khas pembelajaran khas pembelajaran. Data dalam jadual
3 menunjukkan penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian konstruk
pedagogi berdasarkan video yang dihasilkan. Penilai memberi respons bahawa kandungan
pakej bahan PdP adalah baik dengan min purata penilaian sebanyak 4.1. Hal ini menunjukkan
bahawa video yang dihasilkan mengambil kira aspek-aspek pedagogi yang sesuai terhadap
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Ingggeris terhadap murid
berkeperluan khas pembelajaran.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen media dengan 4.3
sesuai
ii. Pemilihan ton dan warna yang menarik perhatian 4.7
iii. Gambar yang digunakan di dalam video adalah jelas 4.7
iv. Pemilihan audio yang sesuai 4.0
v. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif pembelajaran 4.7
Min 4.5

Berdasarkan jadual 4 di atas, kualiti media merujuk kepada nilai atau mutu video,
gambar dan audio yang dimasukkan dalam video Learn Foodie pada laman WIX Learn Letters
tersebut. Kualiti media yang baik dapat dilihat daripada penghasilan video Learn Foodie yang
mengintegrasikan elemen media dengan sesuai, pemilihan ton dan warna yang menarik

22
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

perhatian, penggunaan gambar yang jelas serta pemilihan audio dan video yang sesuai dengan
objektif pembelajaran. Data dalam jadual 4 menunjukkan penilai memberikan respons yang
positif terhadap penilaian bagi konstruk kualiti media bagi video yang dihasilkan. Penilai
memberi respons bahawa kandungan pakej bahan PdP adalah sangat baik bagi konstruk yang
dikaji dengan min purata sebanyak 4.5. Secara keseluruhannya, video Learn Foodie yang
dihasilkan bertepatan dengan aspek-aspek dalam konstruk kualiti media serta sesuai untuk
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bagi MBK
pembelajaran.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran tersusun 4.7
dan menarik
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dapat 4.3
menggabungkan pelbagai elemen media dengan sesuai
iii. Pengintegrasian pelbagai elemen media yang sesuai dan dapat 4.3
dikaitkan dengan kandungan pengajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri 4.7
interaktiviti yang sangat menarik dengan kualiti yang amat baik
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan panduan 4.7
kepada pengguna
Min 4.5

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti merujuk kepada kebolehan mencipta,


menghasilkan dan mengembangkan elemen media pakej bahan PdP Learn Letters yang
dibangunkan dengan kreatif dan menarik. Aspek kreativiti yang perlu dititikberatkan dalam
membangunkan pakej bahan PdP ialah reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
tersusun dan menarik, mengintegrasikan pelbagai elemen media dengan sesuai dan dapat
dikaitkan dengan kandungan pengajaran, mempunyai ciri-ciri interaktiviti dan menyediakan
panduan kepada pengguna. Data dalam jadual 5 menunjukkan penilai memberikan respons
yang positif terhadap konstruk kreativiti media pakej bahan PdP yang dibangunkan. Penilai
memberi respons bahawa kandungan pakej bahan PdP adalah baik bagi konstruk yang dikaji
dengan min purata sebanyak 4.5. Hal ini membuktikan bahawa pakej bahan PdP, Learn
Letters yang dibina selaras dengan aspek-aspek dalam kualiti media dan boleh diaplikasikan
dalam pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Inggeris MBK pembelajaran.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Learn Letters dan video Learn Foodie menunjukkan bahawa konstruk
yang menerima nilai min yang tertinggi ialah konstruk kualiti media dan konstruk kreativiti
yang mempunyai nilai purata min yang sama iaitu 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa video
Learn Foodie dan pakej PdP digital Learn Letters yang telah dibangunkan memiliki kualiti
dan kreativiti yang sangat cemerlang. Manakala, konstruk yang memiliki penilaian nilai min
yang paling rendah ialah konstruk pedagogi dengan nilai purata min sebanyak 4.1. Oleh itu,
penambahbaikan perlu dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan video yang telah
dihasilkan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengajar kemahiran membaca Bahasa
Inggeris murid berkeperluan khas pembelajaran.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

23
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Terdapat beberapa kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu Learn Letters dan
video Learn Foodie yang telah dikenal pasti berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan.
Kualiti media yang dipamerkan pada video Learn Foodie yang telah dihasilkan telah
diserlahkan melalui penggunaan integrasi warna yang bersesuaian pada gambar dan video
yang dihasilkan. Warna yang digunakan di dalam pakej bahan PdP Learn Letters adalah sesuai
dan terang sekali gus menjadi salah satu kekuatan bagi setiap pakej bahan digital yang telah
dibangunkan. Penggunaan warna dalam video Learn Foodie yang dihasilkan melibatkan
warna yang pelbagai bagi menarik perhatian murid berkeperluan khas ADHD untuk belajar.
Perkara ini disokong oleh Zaidatun (2001) yang berpendapat bahawa warna yang digunakan
dalam sesuatu media memainkan peranan penting untuk menarik minat murid mempelajari
tajuk yang diajar. Selain itu, penggunaan warna yang bersesuaian telah digunakan kerana
warna dapat menarik perhatian serta mempengaruhi emosi murid.
Selain itu, kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital digital yang
dihasilkan dapat dilihat dari segi kreativiti yang ditonjolkan pada Learn Letters. Learn Letters
dibangunkan dengan reka letak pakej bahan PdP yang tersusun dan menarik dengan gabungan
pelbagai elemen media dengan sesuai. Contohnya, media yang digunakan dalam pakej
tersebut ialah audio, video, dan animasi yang bersesuaian dan menarik. Misalnya, video
tentang kek digunakan untuk meransang deria lihat dan deria dengar murid untuk mengenal
pasti abjad C dalam perkataan Cake. Hal ini dapat mengelakkan murid berasa jemu dan bosan
semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga pelbagai variasi gambar
dan kesan bunyi yang digunakan dalam Learn Letters bagi menarik perhatian murid
berkeperluan khas pembelajaran semasa media tersebut ditayangkan (Mohammad Rusdi,
2017). Malah, aplikasi H5P dalam video Learn Foodie yang dihasilkan juga membolehkan
PdP dijalankan secara interaktif di mana murid diberi perluang memberikan respons semasa
menonton video. Tambahan pula, Learn Letters turut menyediakan panduan yang ringkas dan
lengkap kepada pengguna pakej tersebut yang boleh diakses dengan menekan menu user
manual yang terdapat pada Learn Letters.
Selain itu, kekuatan Learn Letters ialah pakej bahan PdP ini dibangunkan dengan
kandungan bahan PdP yang berkesinambungan, konsisten dan disusun dengan baik serta tidak
mengelirukan. Kandungan media disusun mengikut empat abjad awal yang diajarkan kepada
murid contohnya seperti huruf A, B, C dan D. Susunan yang sistematik ini dapat mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan murid berkaitan dengan pembelajaran abjad. Ini akan
memudahkan murid untuk mengenal pasti setiap abjad awal berdasarkan gambar makanan
sebagaimana yang telah ditetapkan dalam objektif pembelajaran. Malah, pelbagai contoh dan
penerangan mudah disediakan di dalam pakej bahan PdP untuk menambahkan lagi
pemahaman murid berkaitan dengan abjad awal (Sudjana & Rivai 2008). Berdasarkan contoh
yang telah diberikan, murid dapat memperoleh gambaran yang lebih mendalam berkaitan
dengan abjad. Selain itu, sukatan dan kandungan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran abjad awal dalam Learn Letters juga amat bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid berkeperluan khas pembelajaran Tahun 1. Hal ini dapat memudahkan kefahaman
kepada murid berkeperluan khas untuk mempelajari kemahiran membaca dalam subjek
Bahasa Inggeris.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Beberapa kelemahan telah dikenal pasti terdapat dalam video Learn Foodie dan pakej dalam
pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters yang dibangunkan. Kekurangan paling

24
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

ketara yang dikesan dalam video Learn Foodie yang dihasilkan ialah kesan audio yang
perlahan dan kurang jelas. Sebagai contoh, terdapat beberapa audio yang digunakan dalam
video mempunyai kesan bunyi yang agak perlahan dan sukar didengari oleh murid. Malah,
terdapat juga audio yang terlalu kuat pada beberapa bahagian video Learn Foodie tersebut.
Ketidakseimbangan bunyi audio ini dikhuatiri akan menyebabkan murid di dalam kelas tidak
dapat mendengar dan tidak memahami pembelajaran yang ingin disampaikan dengan baik.
Audio yang jelas penting dalam pembelajaran kerana menurut Brecht (2012), pembelajaran
memerlukan rangsangan auditori, terutamanya melalui penggunaan teknologi untuk
menggalakkan pemprosesan kognitif.
Di samping itu, kelemahan yang dikesan ialah dalam konstruk kandungan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters. Didapati bahawa kandungan PdP
iaitu pilihan jawapan yang disediakan dalam video interaktif Learn Foodie kurang sesuai
dengan kemampuan kognitif murid berkeperluan khas pembelajaran tahun 1. Gambar untuk
membimbing murid berkeperluan khas pembelajaran tidak disediakan dalam pilihan jawapan
pada soalan yang diajukan dalam video interaktif Learn Foodie. Penyediaan bimbingan
seperti gambar pada pilihan jawapan adalah amat signifikan untuk membantu murid
berkeperluan khas pembelajaran menjawab soalan dengan betul. Contohnya, gambar epal
diletakkan di sebelah pilihan jawapan Apple. Bimbingan ini diperlukan kerana murid
berkeperluan khas pembelajaran memiliki tahap kognitif yang agak rendah berbanding murid
normal. Hal ini disokong oleh (Abd Rahim, 2007) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas mempunyai tahap intelektual yang rendah. Oleh itu, penyediaan gambar
pada jawapan amat penting kerana ia dapat meransang deria penglihatan murid dan
memudahkan mereka mengingat kembali abjad yang telah dipelajari berdasarkan gambar
tersebut.
Selain itu, kelemahan video Learn Foodie yang dihasilkan ialah kebergantungan
video interaktif tersebut kepada capaian internet. Hal ini kerana video interaktif tidak dapat
diakses tanpa capaian internet disebabkan video tersebut dimuat naik menggunakan Youtube
dan H5P yang memerlukan capaian internet. Ketiadaan capaian internet yang baik akan
menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran terganggu. Contohnya, pergerakan video
menjadi kurang lancar sekiranya capaian internet lemah. Hal ini sudah tentu akan mengganggu
proses pembelajaran murid berkeperluan khas ADHD kerana mereka mudah hilang tumpuan
dan fokus sekiranya mereka perlu menunggu pergerakan video tersebut (Linda Pfiffner &
Lauren Haack, 2014). Perkara ini akhirnya menyebabkan kelancaran proses PdP terganggu
dan mengakibatkan waktu PdP dibazirkan begitu sahaja.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai penambahbaikan perlu dilaksanakan terhadap pakej bahan pengajaran dan


pembelajaran digital yang dihasilkan untuk memastikan proses pembelajaran murid melalui
Learn Letters lebih berkesan. Cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah
menggunakan audio yang lebih jelas dan seimbang dalam video yang dihasilkan. Contohnya,
audio dalam video yang dihasilkan perlu direkod semula dengan menggunakan alat pembesar
suara untuk memastikan audio yang dihasilkan lebih jelas dan boleh didengari dengan mudah
oleh pengguna Learn Letters. Selain itu, audio yang terlalu kuat dalam video tersebut juga
perlu dilaraskan supaya tidak terlalu kuat dan sesuai didengari oleh pengguna Learn Letters
khususnya murid berkeperluan khas pembelajaran. Cadangan ini perlu diberi perhatian kerana
audio dalam sesebuah video memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan
sesebuah video dalam pembelajaran kemahiran membaca bagi murid berkeperluan khas
pembelajaran (Brecht, 2012).

25
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain itu, cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah dengan


menyediakan pilihan jawapan yang sesuai dengan tahap kognitif murid berkeperluan khas
pembelajaran pada soalan dalam video interaktif Learn Foodie yang dihasilkan. Contohnya,
guru meletakkan gambar pada setiap pilihan jawapan yang diberikan. Penyediaan gambar
pada pilihan jawapan dapat memberi bimbingan visual kepada murid berkeperluan khas
pembelajaran untuk menjawab soalan dengan betul dan lebih cepat. Tanpa petunjuk seperti
gambar pada pilihan jawapan, murid berkeperluan khas pembelajaran akan mengalami
kesukaran untuk menjawab soalan dengan betul disebabkan tahap kognitif mereka yang
rendah berbanding murid normal (Abd Rahim, 2007). Hal ini kerana murid berkeperluan khas
pembelajaran perlu dibimbing untuk menjawab soalan dengan betul supaya mereka akan lebih
bermotivasi dan berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran melalui video interaktif yang
ditonton mereka.
Di samping itu, penambahbaikan yang dicadangkan ialah pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital perlu mengurangkan kebergantungan video interaktif terhadap
capaian internet. Sebagai contohnya, Learn Letters boleh menyediakan video interaktif yang
tidak bergantung kepada capaian internet yang boleh dimuat turun oleh pengguna melalui
Learn Letters di samping video interaktif secara atas talian sedia ada. Hal ini kerana tidak
semua pengguna sentiasa memiliki capaian internet yang baik untuk mengakses dan
memainkan video interaktif tersebut berulang-ulang kali. Perkara ini dapat diselesaikan
sekiranya video interaktif dihasilkan menggunakan aplikasi yang tidak memerlukan capaian
internet seperti Power Point dan boleh dimuat turun oleh pengguna Learn Letters. Oleh itu,
video interaktif yang telah dimuat turun oleh pengguna ini dapat digunakan dengan lancar
tanpa bergantung kepada capaian internet sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih
lancar dan berkesan terhadap murid berkeperluan khas pembelajaran khususnya murid ADHD
(Linda Pfiffner & Lauren Haack, 2014).

PENUTUP

Kesimpulannya, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters dan video
Learn Foodie yang dihasilkan merupakan suatu usaha yang baik dalam mengaplikasikan
TMK dalam PdP murid berkeperluan khas pembelajaran. Terdapat pelbagai kelebihan dan
juga kekurangan yang telah dikesan dalam pakej berkenaan berdasarkan kepada maklum balas
yang diberikan oleh penilai. Cadangan penambahbaikan juga perlu diberi perhatian dalam
usaha menambahbaik pakej bahan PdP digital Learn Letters dan video Learn Foodie yang
disediakan agar pakej dan video tersebut dapat digunakan dengan lebih efektif terhadap murid
berkeperluan khas. Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran yang berteraskan TMK bagi menghadapi dunia perguruan yang
serba mencabar ini. Pengunaan media teknologi amat penting pada era moden kini kerana ia
memberi manfaat kepada pendidikan Negara dan membentuk modal insan yang
berpengetahuan dalam pelbagai bidang (Mohd. Noorhadi & Zurinah, 2017).

RUJUKAN

Abd. Rahim. (2007). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Open University Malaysia.
Ainun Rahmah, Zamri Mahamod & Wan Muna. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21
Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu
Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – Jpbm (Malay
Language Education Journal – Mylej). 7(2). 77-87.

26
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Asas 3M


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Brecht, D.H. (2012). Learning from online video lectures. Journal of Information
Technology Education: Innovations in Practice. 11(1). 227-250.
Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Linda Pfiffner & Lauren Haack. (2014). Behavior Management for School Aged Children
with ADHD. Child Adolesc Psychiatr Clin N Am. 23(4): 731– 746.
Mahanom Mat Sam, (2011). Penggunaan Mycd Dalam Persekitaran Pembelajaran Sains
Sekolah Rendah. Tesis PhD tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Maria Zulkafeli. (2019). Pembelajaran Melalui Persembahan. Berita Harian. Dicapai
pada 10 September 2019 daripada https://www.pressreader.com/malaysia/berita
harian- malaysia/20190422/282428465589344
Mohammad Rusdi. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Dan Kreativiti
Pengajaran Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab Di Malaysia. Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Mohd. Noorhadi & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Journal Of Social Science
And Humanities. 12(3). 1-10.
Shah Rulbani, Mohd Isa & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam
Pengajarandan Pembelajaran Pensyarah. Pendidikan Islam di Politeknik Zon
Selatan Tinta Artikulasi Membina Ummah Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. 3(1). 29-41.
Sudjana & Rivai. (2008). Teknologi Pengajaran. Bandung: Sinar Algensindo.
Zaidatun. (2001). Grafik Digital: Asas Penggunaan Adobe Photoshop. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.

27
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEBERKESANAN VIDEO ANIMAL-SPELL DALAM PAKEJ LOVELY ONE


UNTUK MURID SINDROM DOWN

NIK NUR HANIS BINTI NIK MOHD FAUZI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Menurut Abd. Razak et. al. (2009), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ialah apa
jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses,
mencipta dan menyimpan maklumat.Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
merupakan satu teknologi bersepadu yang telah membawa perubahan dalam kehidupan
masyarakat dalam pelbagai aspek termasuklah aspek pendidikan. Penggunaan TMK sangat
sesuai sebagai wadah dalam mewujudkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di mana proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan murid. Proses PdP berpusatkan murid
merupakan proses pembelajaran yang melibatkan murid bergerak aktif dan guru hanyalah
sebagai pemudah cara untuk murid menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap murid terutamanya
murid berkeperluan khas (MBK) perlulah terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar proes pembelajaran yang menjadi lebih bermakna. Dengan menggunakan
aplikasi TMK, isi kandungan pengajaran disampaikan dengan lebih mudah dan menjadi lebih
menarik. Noriati et.al., (2012), penerangan guru akan menjadi lebih mudah difahami apabila
dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan untuk menterjemahkan penerangan tersebut.
Oleh yang demikian, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah
dibangunkan menggunakan aplikasi WIX bagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris Pendidikan Khas Tahun 2. Pakej ini dibangunkan dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di bawah kemahiran bertutur 1.1.1 iaitu
mendengar dan memberi gerak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Pakej ini
dinamakan sebagai Lovely One di mana ia mengandungi pelbagai pakej pengajaran
berdasarkan tiga tema iaitu tema buah-buahan dan sayur-sayuran, tema bentuk dan warna serta
tema haiwan. Saya telah menghasilkan satu video Animal-Spell bertemakan haiwan dan saya
telah memperkenalkan lima jenis haiwan di dalam video tersebut iaitu arnab, kucing, monyet,
ikan, dan juga itik berserta ciri-ciri yang ada pada setiap haiwan tersebut.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun Dua bertemahan haiwan ini dilaksanakan berdasarkan instrumen
penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :
(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan

28
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = sangat tidak setuju; 2 = tidak setuju; 3 =
memuaskan; 4 = setuju; 5 = sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.5
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.3
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.4
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.5

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan berada dalam konteks pengetahuan sedia ada 4.3
murid.
ii. Kandungan sesuai dengan tahap kognitif murid. 4.0
iii. Kandungan bertepatan dengan standard pembelajaran. 5.0
iv. Kandungan bersesuaian dengan objektif pengajaran. 5.0
v. Kandungan sangat menarik dan dapat menarik perhatian. 4.0
Min 4.5

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan ialah kandungan


yang terdapat dalam bahan pengajaran yang disediakan dalam pakej. Dalam konstruk
kandungan pakej Lovely One ini mengambil kira aspek konteks pengetahuan sedia ada murid,
tahap kognitif murid dan juga standard pembelajaran serta objektif pengajaran. Data yang
ditunjukkan dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai telah memberikan respons yang
positif terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang telah dibangunkan. Penilai sangat
setuju bahawa pengisian atau kandungan bertepatan dengan standard pembelajaran dan
objektif pengajaran yang telah ditetapkan dengan min purata bagi konstruk pengisian dan
kandungan ini ialah 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini dapat membantu pengguna mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi menyediakan strategi pengajaran (latih tubi dan 4.0
permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar.
ii. Menyediakan latihan yang membantu memperkukuhkan 4.3
pemahaman konsep murid.
iii. Pedagogi bersesuaian dengan tahap kognitif murid. 4.7
iv. Penyampaian pedagogi bersesuaian dengan langkah 4.3
pengajaran.

29
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


v. Pedagogi menyediakan sedikit elemen KBAT. 4.3
Min 4.3

Jadual 3 di atas menunjukkan konstruk pedagogi iaitu kaedah pengajaran atau teknik
yang dibina dan digunakan bersama strategi penyampaian video. Konstruk pedagogi ini
mengambil kira strategi pengajaran bersesuaian dengan topik yang diajar, latihan untuk
memperkukuh pemahaman konsep murid, tahap kognitif murid, dan juga elemen KBAT. Data
yang ditunjukkan dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang
positif terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang telah dibangunkan. Penilai setuju
bahawa pedagogi dalam pakej menyediakan strategi pengajaran termasuk latih tubi permainan
bersesuaian dengan topik yang ingin diajar dan min purata bagi konstruk pedagogi ini ialah
4.3. Hal ini membuktikan bahawa pedagogi yang digunakan bersesuaian dengan pakej ini
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Pencahayaan video dan penggunaan imej yang jelas. 4.7
ii. Penggunaan warna dan bentuk yang sesuai dan pelbagai. 4.3
iii. Grafik jelas, mudah difahami dan menarik dapat 5.0
ditunjukkan dengan baik.
iv. Mempunyai suara latar yang jelas dan mudah difahami. 4.3
v. Video dapat mencapai objektif pengajaran. 4.3
Min 4.5

Jadual 4 di atas menunjukkan konstruk kualiti media. Media berkualiti mengambil


kira segala jenis aspek termasuklah dari segi penggabungjalinan warna, pencahayaan, audio,
grafik, dan beberapa lagi aspek lain. Media yang berkualiti mempunyai pencahayaan video
yang mantap, imej yang jelas, grafik yang mudah difahami dan juga mempunyai audio yang
jelas serta mudah difahami. Berdasarkan jadual 4, penilai memberikan respons yang positif
terhadap kualiti media yang ditunjukkan. Penilai sangat bersetuju bahawa grafik yang
digunakan jelas, mudah difahami serta dapat menarik perhatian yang ditunjukkan dengan baik.
Penilai juga bersetuju bahawa penggunaan warna dan bentuk yang digunakan dalam pakej
sesuai dan pelbagai. Purata keseluruhan bagi konstruk media ialah 4.5 dan ini membuktikan
bahawa pakej ini dapat membantu pengguna untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran di akhir waktu sesi pembelajaran.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Perisian mempunyai PdP yang tersusun dan menarik. 4.7
ii. Perisian dalam media menggunakan huruf/fon/teks yang 4.3
jelas dan bersesuaian dari segi saiz dan jenisnnya.
iii. Kombinasi video yang menarik dengan pelbagai elemen 4.7
media.
iv. Pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan sesuai. 4.0
v. Reka bentuk pakej yang menarik dan mudah diikuti. 4.3
Min 4.4

30
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Berdasarkan jadual 5 di atas konstruk yang dinilai ialah berdasarkan kreativiti pakej.
Kreativiti pakej ialah cara dan kaedah yang digunakan untuk menjadikan pakej yang
dibangunkan menjadi menarik dan mudah difahami. Pakej yang kreatif termasuklah jenis
penggunaan font tulisan, audio, serta muzik latar yang baik. Data yang ditunjukkan dalam
jadual 5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif terhadap kreativiti
pakej dan purata min bagi konstruk ini ialah 4.4. Hal ini menunjukkan kreativiti pakej ini
dapat membantu pengguna mencapai objektif pengajaran mereka.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Lovely One menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min
yang tertinggi ialah pada bahagian konstruk dan kandungan dan juga kualiti media iaitu
sebanyak 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa pakej ini mudah dan sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Min purata konstruk kualiti media ialah 4.4 dan seterusnya
diikuti oleh konstruk pedagogi di mana min purata 4.3. secara keseluruhan, pakej ini
membantu pegguna untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini ialah
persembahan media yang menarik dan senang difahami. Kandungan bersesuaian dengan tahap
kognitif murid serta bertepatan dengan standard pembelajaran. Hal ini dapat mendorong minat
murid dan mengekalkan fokus murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Gambar-gambar yang digunakan mempunyai ciri-ciri yang penting untuk
menjelaskan setiap haiwan. Oleh yang demikian, murid dapat membezakan haiwan yang
dipelajari dengan mudah. Hal ini selari dengan pendapat Jonassen et. al., (1999), yang
mengatakan bahawa persembahan yang menarik dapat menyediakan pembelajaran aktif
kerana membolehkan murid memanipulasi idea yang diterima. Aspek ini penting kerana
murid dapat melihat pembelajaran daripada sudut yang baharu. Tambahan pula, gabungan
warna yang terang digunakan di mana ia dapat menarik minat serta meningkatkan tumpuan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, terdapat penggunaan bunyi yang digunakan supaya murid tidak bosan
melihat video Animal-Spell yang dipaparkan. Ab. Halim & Zaradi, (2007) penggunaan media
seperti audio dan grafik, video, animasi, persembahan bergambar akan memberikan kesan
yang lebih baik kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bunyi beserta
gambar dalam multimedia mampu meningkatkan minat serta tumpuan murid dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid. Tambahan lagi, penggunaan audio
yang digunakan untuk mengeja setiap haiwan memudahkan murid untuk mengikut dan
mengeja nama setiap haiwan. Bagi memastikan pembelajaran lebih berkualiti dan berkesan,
satu lembaran kerja telah disediakan kepada murid dalam pakej ini. Lembaran kerja tersebut
boleh disiapkan secara individu mahupun secara berpasangan.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Antara kelemahan yang dapat dilihat daripada pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital Lovely One ini ialah kelajuan video sedikit laju untuk murid pendidikan khas. Seperti
yang sedia maklum, murid berkeperluan khas ini mempunyai daya kognitif yang rendah

31
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

berbanding murid normal yang lain. oleh yang demikian, video perlulah diulang pada setiap
haiwan agar murid pendidikan khas akan lebih memahami apa yang ingin diajarkan.
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ellington (1993) menyatakan bahawa media audio merupakan bahan
pengajaran yang memudahkan murid untuk memahami dengan lebih jelas. Akan tetapi, video
Animal-Spell yang disediakan mempunyai unsur audio yang kurang jelas. Hal ini kerana audio
yang terdapat di dalam video dihasilkan sendiri dengan menggunakan suara sendiri. Oleh itu
terdapat audio yang terlalu laju serta tidak mempunyai pengulangan. Di samping itu, audio
yang dihasilkan tidak dapat dikawal sendiri dan dimainkan secara automatik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Lovely One di atas,
penambahbaikan pada masa yang akan datang akan dilakukan bagi mengatasi semua
kelemahan yang telah dikenalpasti. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam
pakej digital Lovely One ialah dari segi persembahan video yang ditayangkan. Video mestilah
lebih berkualiti dan sesuai dengan keupayaan murid berkeperluan khas. Salah satu cara
penambahbaikan adalah dengan menggunakan audio yang lebih jelas serta pengulangan audio
pada setiap haiwan yang diperkenalkaan. Hal ini mampu membuatkan murid berkeperluan
khas lebih faham dan ingat tentang haiwan yang diajar. Seterusnya, bunyi setiap haiwan juga
perlu ditambah dalam video tersebut agar murid dapat mengetahui bunyi-bunyi haiwan di
samping ia dapat mengukuhkan lagi pemahaman murid mengenai haiwan.

PENUTUP

Kesimpulannya, media pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan aplikasi Teknologi


Maklumat dan Komunikasi ini merupakan satu pendekatan yang menggabungjalinkan
pelbagai multimedia untuk membantu mempermudahkan murid untuk memahami konsep
serta isi kandungan yang ingin diajarkan oleh guru. Bahan pengajaran dan pembelajaran
digital Lovely One ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Terdapat
penambahbaikkan perlu dilakukan agar bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini
lengkap dan mudah difahami oeh murid-murid terutamanya murid berkeperluan khas.

RUJUKAN

Ab. Halim & Zaradi Sudin, (2007). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Di Sekolah.
ICT dalam Pendidikan dan Latihan: Trend dan Isu. Kuala Lumpur: Persatuan
Teknologi Pendidikan Malaysia.
Abdul Razak el. Al (2009). Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan Pembelajaran
di Sekolah Menengah’ dalam Jurnal Pendidikan. Jilid 23 Mei 1998, h. 61-63.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ellington, Willion H. Race. (1993). Producing Teaching Material. London: Kogan Page.
Jonassen et.al, (2001). Information and Communication Technology and Whole School
Improvement: Case Studies of Organizational Change Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. (2016). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Terengganu: Kertas
Kerja Pembentangan Seminar SITMA.

32
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Noriati A.Rashid (2012). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini.
Selangor: Oxford Fajar.
Seels, Lionel Richie. (1994). Instructional Technology: The Definition and Domain of the
Field. Washington: AECT.

33
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEBERKESANAN APLIKASI VIDEO LETS LEARN SOUND DALAM PAKEJ


SOUNDS WORLD UNTUK MURID SINDROM DOWN

NIK NURUL AFIQAH BINTI WAN ZAINODIN


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) membawa banyak perubahan


terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah. TMK dalam pendidikan
abad ke-21 telah meluas digunakan dikalangan pendidik kerana mampu memberi kesan dalam
meningkatkan kualiti PdP. TMK juga berpotensi untuk meningkatkan kualiti pendidikan sama
ada digunakan secara formal ataupun tidak formal. Pendedahan kepada TMK boleh
meransang dan mendorong murid serta murid berkeperluan khas belajar dengan lebih baik,
cepat dan berkesan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK telah dikenal
pasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan murid berkeperluan secara amnya.
Pada hari ini, proses PdP secara formal tidak lagi relevan bagi murid berkeperluan khas. Murid
ini memerlukan teknik dan strategi tersendiri bagi meningkatkan potensi diri mereka. Oleh
yang demikian, elemen TMK dalam PdP murid berkeperluan khas dilihat sangat efektif kerana
mampu memenuhi keperluan pembelajaran mereka di samping memberi impak yang positif
kepada pencapaian diri murid berkeperluan khas. Selain itu, murid berkeperluan khas
menginginkan suatu pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, pembelajaran berasaskan
TMK amat sesuai dipraktikkan agar proses PdP dapat dilaksanakan dengan menarik dan
menyeronokkan. Aplikasi TMK juga dapat memberi peluang yang sama kepada semua murid
berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu pengetahuan
mengikut keupayaan masing-masing.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah
dibangunkan iaitu Sounds World. Sounds World dibangunkan menggunakan aplikasi WIX
sebagai platform bagi mata pelajaran Asas 3M Bahasa Inggeris Tahun 1 murid berkeperluan
khas masalah pembelajaran khususnya kepada murid Sindrom Down di bawah tajuk Sounds
(Standard Kandungan 1.1: Pupils will be able to listen and respond appropriately for a variety
of purpose) untuk kemahiran Listening and Speaking. Sounds World dibangunkan dengan
menggabungkan beberapa elemen TMK lain seperti video dan grafik menarik. Saya telah
menghasilkan satu video pengajaran berdurasi 3 minit 12 saat berkaitan tajuk Sounds bagi
mencapai standard pembelajaran 1.1.1 iaitu Listen and respond to stimulus given: (i) body
percussions (ii) voice sounds (animal, vehicle) (iii) environmental sounds (iv) instrumental
sounds. Video yang dihasilkan adalah dengan menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint
seterusnya ditukar kepada video.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Asas 3M Bahasa Inggeris Tahun 1 murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di bawah
tajuk Sounds ini dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada
empat konstruk berikut :

34
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = sangat tidak setuju; 2 = tidak setuju; 3 =
memuaskan; 4 = setuju; 5 = sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.6
Pedagogi 3 4 5 4.5
Kualiti Media 3 4 5 4.6
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.6

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran menepati standard 5.0
pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pengajaran sesuai dengan tahap 4.3
keupayaan kognitif murid
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran jelas mengambil 4.6
kira pengetahuan sedia ada murid
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mampu menarik 4.3
perhatian murid
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif 4.7
pembelajaran yang ditetapkan
Min 4.6

Berdasarkan jadual 2 di atas konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan dalam pakej Sounds World seperti
kandungan set induksi, kandungan video mengikut standard pembelajaran serta kandungan
pentaksiran iaitu kuiz. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik membantu
pengguna mencapai objektif pengajaran dengan efektif. Oleh yang demikian, pengisian atau
kandungan pakej pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira beberapa aspek penting
seperti kandungan PdP menepati standard pembelajaran, kandungan PdP sesuai dengan tahap
keupayaan kognitif murid, kandungan PdP mengambil kira pengetahuan sedia ada murid,
kandungan PdP mampu menarik perhatian murid dan kandungan PdP mencapai objektif
pembelajaran. Data dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberi respons positif
terhadap pengisian atau kandungan pakej Sounds World. Penilai menyatakan bahawa

35
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pengisian atau kandungan di dalam pakej ini baik bagi konstruk yang dikaji dengan min
purata. ialah 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa, bahan pakej yang dibangunkan menepati
aspek-aspek pembangunan pakej PdP yang baik.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif murid 4.3
ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang 4.0
pemikiran murid
iii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat membantu 5.0
kefahaman murid
iv. Pedagogi yang digunakan bersama mengimplementasikan 5.0
elemen KBAT
v. Pedagogi yang digunakan bersama disusun mengikut langkah 4.3
pengajaran
Min 4.5

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran


merujuk kepada ciri-ciri pedagogi yang digunakan oleh guru untuk memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai. Pedagogi pakej digital yang baik mengambil kira tahap kognitif dan
kesesuaian dengan murid. Justeru itu, pedagogi pakej digital perlu memenuhi beberapa aspek
utama iaitu kesesuaian pedagogi dengan tahap kognitif murid, pedagogi yang dapat
merangsang pemikiran murid, pedagogi yang membantu kefahaman murid,
pengimplementasikan elemen KBAT dalam pedagogi dan pedagogi yang disusun mengikut
langkah pengajaran. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberi respons
positif terhadap pedagogi pakej digital Sounds World. Penilai menyatakan bahawa pengisian
atau kandungan di dalam pakej ini baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata ialah 4.5.
Hal ini dapat disimpulkan bahawa, bahan pakej yang dibangunkan menepati aspek-aspek
pembangunan pakej PdP yang baik.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan menggunakan elemen gambar/grafik 4.7
yang jelas dan menarik
ii. Audio atau muzik latar video adalah jelas dan menarik 4.3
iii. Video yang dihasilkan bersesuaian dengan kumpulan murid 4.7
untuk mencapai standard pembelajaran
iv. Video menggunakan kombinasi font, saiz dan warna yang 4.3
jelas
v. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 5.0
multimedia dengan baik
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 di atas kualiti media merujuk kepada elemen-elemen seperti


audio, grafik yang jelas, kombinasi font dan warna serta muzik latar. Elemen-elemen yang
digunakan ini mestilah bersesuaian dengan kumpulan murid yang disasarkan. Dalam konstruk
ini, kualiti media merujuk kepada video Lets Learn Sounds yang telah dihasilkan. Kriteria-

36
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

kriteria video yang baik ialah dihasilkan menggunakan gambar atau grafik yang jelas dan
menarik, audio atau muzik latar jelas dan menarik, video dihasilkan bersesuaian dengan
kumpulan murid untuk mencapai standard pembelajaran, menggunakan kombinasi font, saiz
dan warna yang jelas dan video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen multimedia
dengan baik. Data dalam jadual 4 menunjukkan bahawa penilai memberi respons positif
terhadap kualiti media video Lets Learn Sounds. Penilai menyatakan bahawa pengisian atau
kandungan di dalam pakej ini baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata ialah 4.6. oleh
yang demikian, kualiti media bagi pakej yang dibangunkan menepati aspek-aspek
pembangunan pakej PdP yang baik.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 5.0
pembelajaran adalah bersesuaian serta mesra pengguna
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dibangunkan 5.0
secara kreatif dan menarik
iii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan
dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia 4.0
iv. Multimedia dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran 4.0
yang dibangunkan meningkatkan kefahaman mesej.
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan 4.7
mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang bersesuaian
vi. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan
menyediakan panduan kepada pengguna pakej 4.7
Min 4.6

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti pakej bahan pengajaran dan pembelajaran


digital merujuk kepada keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru secara kreatif dan
menarik. Kreativiti pakej ini diukur dengan melihat beberapa aspek penting iaitu reka letak
antara muka pakej bersesuaian serta mesra pengguna, kreatif dan menarik, pakej
menggabungkan pelbagai elemen multimedia, multimedia dalam pakej meningkatkan
kefahaman mesej, pakej mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang bersesuaian dan pakej
menyediakan panduan kepada pengguna pakej. Data dalam jadual 5 menunjukkan bahawa,
penilai memberi respons yang positif terhadap konstruk kreativiti pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran. Penilai menyatakan bahawa kreativiti pakej digital Sounds World baik bagi
konstruk yang dikaji dengan min purata ialah 4.6. Hal ini membuktikan bahawa, kreativiti
bahan pakej yang dibangunkan menepati aspek-aspek pembangunan pakej PdP yang baik.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah konstruk kualiti media pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi pakej
pengajaran dan pembelajaran dengan skor min sebanyak 4.6. Hal ini dapat dirumuskan
bahawa, kualiti media bahan pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi pakej pengajaran dan
pembelajaran mendominasi keberhasilan produk yang dibangunkan. Justeru itu, kualiti media
pembelajaran dan pengajaran serta pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran amat
signifikan kerana kriteria ini memberi nilai tambah kepada pakej digital yang dibangunkan.

37
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Suatu proses pembelajaran yang efektif dan sistematik hanya dapat dicapai melalui
penggunaan media yang tepat (Chaeruman 2005). Dalam konteks ini, pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan amat bersesuaian dengan tajuk yang telah dipilih.
Hal ini kerana, tayangan video Lets Learn Sounds yang dihasilkan di bawah tajuk Sounds
mampu menjelaskan secara ringkas dan tepat tentang bunyi di persekitaran kepada murid
sindrom down. Oleh itu, melalui video, murid dapat mendengar dan mengetahui bunyi-bunyi
persekitaran dengan lebih berkesan dan realistik. Oleh yang demikian, pakej digital ini
membantu murid sindrom down untuk berfikir secara kreatif dan imaginatif bersesuaian
dengan konteks pendidikan khas.
Seterusnya, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Sounds World adalah
memfokuskan penyertaan murid dalam menggunakan pakej ini. Perkara ini dapat dilihat
semasa menggunakan pakej Sounds World, penglibatan murid dalam PdP menjadi keutamaan
guru bertepatan dengan elemen utama dalam PAK-21 iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Hal ini kerana, pakej ini menerapkan unsur koperatif iaitu pembelajaran secara berkumpulan
serta komunikasi dua hala antara guru dan murid. Contohnya, video interaktif Sounds_DS
memerlukan kerjasama antara guru dan murid untuk menjawab soalan pada video dengan
betul. Bersesuaian dengan pendapat Kosasih dan Robertus (2007), media pengajaran bukan
sahaja digunakan untuk menyalurkan mesej, merangsang minda, membangkitkan motivasi
dan perhatian tetapi juga sebagai medium untuk membentuk interaksi murid dan persekitaran
dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran sosial.
Di samping itu, dalam usaha untuk menarik minat murid dan seterusnya
meningkatkan potensi mereka, pembelajaran haruslah dijadikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan (Brody, 2005). Oleh yang demikian, terdapat beberapa elemen yang
menjadikan video Lets Learn Sounds dalam pakej digital ini sangat menarik sehingga mampu
memaksimumkan penyertaan murid dalam PdP guru (Norah M et.al, 2013). Contohnya, pakej
ini menyajikan kombinasi teks, suara, grafik, animasi dan warna yang menarik serta sesuai
dengan tahap kognitif murid. Kriteria-kriteria pada video yang dihasilkan ini bersesuaian
dengan ciri- ciri murid sindrom down iaitu murid sindrom down mudah tertarik dengan
sesuatu bahan yang berwarna-warni dan menarik. Oleh itu, video dalam pakej ini amat sesuai
untuk digunakan untuk murid sindrom down dalam pembelajaran mereka.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Antara kelemahan yang dapat diperhatikan berdasarkan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan ialah dari aspek kualiti audio yang digunakan dalam
video Lets Learn Sounds. Menurut Sadiman & Chaeruman (2005), peranan audio signifikan
bagi menggantikan kelemahan guru semasa proses pembelajaran. Hal ini kerana, guru
mungkin menghadapi kesukaran dalam membunyikan sesuatu bunyi. Oleh itu, audio mampu
menjadi pembantu kepada guru. Namun demikian, video Lets Learn Sounds mempunyai
kekurangan dari segi kualiti audio. Audio yang digunakan adalah sedikit pecah dan tidak jelas
menyebabkan penyampaian kurang memuaskan. Kesannya, murid-murid khususnya murid
sindrom down tidak mampu memahami kandungan video yang disampaikan.

Selain itu, kelemahan yang dapat diperhatikan adalah dari aspek kelajuan video.
Kelajuan video Lets Learn Sounds tidak begitu sesuai dan kurang tepat dengan tahap kognitif

38
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

murid sindrom down menyebabkan murid sindrom down tidak mampu memahami input yang
cuba disampaikan daripada video tersebut. Justeru itu, penambahbaikan perlu dilakukan
dalam aspek kelajuan pada video Lets Learn Sounds agar video yang dihasilkan berkesan
kepada murid sindrom down.
Di samping itu, kelemahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Sounds
World ialah kurang variasi. Pakej Sounds World menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint
merupakan medium utama dalam penghasilan video bagi pakej ini. Penggunaan aplikasi
Microsoft Powerpoint mengehadkan kreativiti bagi video yang dihasilkan. Hal ini kerana,
Microsoft Powerpoint tidak menyajikan elemen multimedia yang menarik dan pelbagai.
Contohnya, grafik yang terhad, animasi yang tidak pelbagai serta pilihan font, warna dan audio
yang terbatas. Perkara ini seterusnya menyekat idea-idea kreatif yang cuba dihasilkan semasa
proses mevariasikan pakej ini. Oleh itu, pakej digital yang cuba dibangunkan tidak bervariasi
kerana aplikasi yang digunakan semasa membangunkan multimedia iaitu video bagi pakej ini
tidak memberi banyak pilihan untuk menghasilkan pakej yang menarik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti bahan


pengajaran ini ialah dari segi kelajuan video. Menurut kajian, kelajuan sebuah video sangat
mempengaruhi penonton. Kelajuan video yang tidak tepat menjadikan penonton tidak selesa
dan kurang tumpuan kepada mesej yang ingin disampaikan oleh video tersebut (Sadiman &
Chaeruman, 2005). Oleh itu, video perlu diperlahankan agar murid berkeperluan khas
khususnya murid sindrom down diberi peluang untuk memahami input yang cuba
disampaikan oleh video dan dapat menggunakan video tersebut sebaik mungkin.
Seterusnya, langkah penambaikan yang boleh dilakukan ialah dengan meningkatkan
kualiti audio pada video Lets Learn Sounds. Jika didengar dengan terperinci, audio video
bahan pengajaran dan pembelajaran sedikit tidak jelas dan pecah. Audio yang baik
mempengaruhi penglibatan murid di dalam bilik darjah. Murid khususnya murid berkeperluan
khas seperti sindrom down akan menumpukan perhatian jika mereka dapat mendengar dengan
teliti input daripada video. Terdapat pelbagai aplikasi audio yang boleh digunakan untuk
mendapatan kualiti audio yang baik seperti Parrot, Voice Memos dan Audio Recorder. Oleh
itu, video Lets Learn Sounds perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti audio agar
murid berkeperluan khas terutamanya murid sindrom down dapat belajar dengan lebih
berkesan.
Di samping itu, pakej yang bervariasi dan pelbagai berupaya menarik minat
pengguna dalam menggunakan pakej digital yang dihasilkan. Oleh itu, penambahbaikan yang
boleh dilakukan bagi kepelbagian pakej digital Sounds World ialah dengan meningkatkan
kreativiti video dengan menggunakan aplikasi multimedia yang lain. Video yang dihasilkan
dalam pakej Sounds World yang menggunakan Microsoft Powerpoint sebagai medium utama
dapat diedit dengan aplikasi-aplikasi yang lebih baik seperti Blender, Anime Studio dan
Wideo. Aplikasi-aplikasi ini akan memberi idea baru kepada video yang dihasilkan untuk
menjadikan video dalam pakej Sounds World lebih bervariasi kerana aplikasi tersebut
menawarkan lebih banyak pilihan animasi, grafik dan kombinasi font dan warna. Justeru itu,
penggunaan aplikasi-aplikasi ini mampu mengatasi kekurangan pakej digital yang tidak
bervariasi dan menarik.

39
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENUTUP

Rumusannya, berdasarkan analisis kajian ini, suatu andaian boleh dibuat iaitu pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital, Sounds World, yang dibangunkan adalah baik dan
berkualiti kerana rata-rata min skor bagi semua konstruk adalah positif dan baik. Sounds world
menepati kesemua aspek dalam pengisian atau kandungan, pedagogi, kualiti media dan
kreativiti pakej.
Hal ini kerana, Sounds World berupaya mencapai skala tinggi dalam semua konstruk.
Oleh yang demikian, pakej Sounds World ini ialah sebuah pakej pengajaran dan pembelajaran
yang baik dan berkesan dalam memastikan keberhasilan proses PdP guru serta mampu
membantu dalam pencapaian murid berkeperluan khas dalam tajuk yang telah dipilih.

RUJUKAN

Arsyad, Azhar (2013). Media Pembelajaran. Jakarta: Rajawali Press


Brody, M. (2005) Learning in Nature. Environmental Education Research.
Johari Bin Hassan dan Aslinda Binti Mohd Aris (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran
Pedagogi di Kalangan Pelajar Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan UTM,
Skudai Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Khas (Masalah Pembelajaran). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Asas 3M Tahun 1.
Kosasih & Robertus Angkowo (2007). Optimalisasi Media Pembelajaran. Jakarta: Grasindo.
Norah M, Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013). The Framework for Learning Using Video
Based on Cognitive Load Theory Among Visual Learners. Published in Proceedings
of the 5th Conference on Engineering Education.
Sadiman dan Chaeruman, A.U. (2005). Integrasi TIK ke dalam Proses Pembelajaran.
Shephard, K. (2003). Questioning, Promoting and Evaluating the Use of Streaming Video to
Support Student Learning. British Journal of Educational Technology. Volume 34,
Issue 3. June 2003. Pages 295-308
Thulasimani Munohsamy (2014). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pendidikan. Universiti Teknologi Brunei. Dicapai pada 23 September 2019 daripada
https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Makl
mat_dan_Komunikasi_dalam_Pendidikan

40
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEBERKESANAN VIDEO INTERAKTIF I-CLASSROOM DALAM PAKEJ


LEARN LETTERS UNTUK MURID ADHD

NOOR AFNIE AISYAH BINTI MUHAMMAD APANDI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pencapaian ke arah negara maju memerlukan warganegara yang mengamalkan minda kelas
pertama serta mempunyai daya tahan yang tinggi (KPM 2006). Bagi merealisasikan agenda
ini memerlukan inovasi terhadap kurikulum pendidikan yang memberikan penekanan aplikasi
kaedah, teknik dan strategi pengajaran khususnya menggunakan intergrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai amalan di kalangan guru dalam konteks PdP
(Azman, 2015). Oleh itu, TMK ini boleh dimanfaatkan di dalam konteks Pengajaran Abad ke-
21 (PAK21) iaitu sebuah transformasi pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara
berpusatkan murid. TMK dalam PdP yang berpusatkan murid akan menyebabkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran seterusnya dapat memajukan diri ke arah
lebih baik seperti mana kata (Azman, 2015) teknologi maklumat dan komunikasi serta inovasi
multimedia menjadi penggerak kepada arus budaya literasi teknologi maklumat bagi
melahirkan masyarakat yang berdaya maju.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah
dibangunkan iaitu Learn Letters melalui tapak WIX. Pakej ini dibangunkan bertujuan untuk
membantu Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang dikategorikan sebagai Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP.
Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentakdiran (DSKP) Asas 3M komponen
Bahasa Inggeris Tahun 1 Listening and Speaking, pakej Learn Letters ini dibangunkan
berdasarkan Standard Kandungan 2.2 iaitu murid dapat mengecam dan membaca perkataan
manakala Standard Pembelajaran yang dipilih ialah 2.2.1 iaitu murid dapat mengenal huruf
awal perkataan pada gambar. Pakej Learn Letters ini hanya menekankan untuk mempelajari
empat jenis huruf awal sahaja iaitu A, B, C dan D. Berikutan dengan itu, satu projek digital
iaitu video I-Classroom telah dihasilkan berdasarkan tema My Classroom. Video ini
dihasilkan menggunakan Animaker serta video ini diklasifikasikan sebagai video interaktif
kerana terdapatnya pautan soalan ‘Quiziz’ yang disunting melalui penggunaan H5P.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian pakej digital Learn Letters bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah
tajuk Mengenal Huruf Awal Perkataan dengan bertemakan My Classroom ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu

41
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak setuju; 2 = Tidak setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.9
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.8
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.6
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.5

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dengan 5.0
pengetahuan sedia ada murid berkeperluan khas pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran disediakan sesuai 5.0
dengan tahap kognitif murid berkeperluan khas pembelajaran
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
mencapai kesemua objektif yang ditetapkan
iv. Kandungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang 5.0
disediakan bertepatan dengan standard pembelajaran murid
berkeperluan khas pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
menarik perhatian murid berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.9

Berdasarkan jadual 2 di atas konstruk pengisian atau kandungan di dalam dalam


pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital merujuk kepada maklumat yang
disampaikan. Oleh itu, kandungan di dalam pakej ini adalah berdasarkan pengetahuan sedia
ada murid berkeperluan khas pembelajaran serta diselaraskan berdasarkan tahap kognitif
mereka. Selain itu, pengisian atau kandungan pakej ini juga disediakan untuk mencapai
objektif yang ditetapkan serta kandungan aktiviti PdP yang disediakan bertepatan dengan
Standard Pembelajaran MBK. Seterusnya, pengisian atau kandungan pakej ini juga disediakan
agar dapat menarik perhatian MBK. Penilai menyatakan konstruk penilaian adalah baik
dengan purata min 4.9. Hal ini menunjukkan bahawa pakej Learn Letters ini mempunyai
kandungan yang baik menepati ciri-ciri pengisian yang disampaikan.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan dapat merangsang pemikiran 5.0
murid berkeperluan khas pembelajaran

42
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


ii. Pedagogi yang digunakan membantu meningkatkan 5.0
pemahaman murid berkeperluan khas terhadap topik
pengajaran
iii. Pedagogi yang digunakan menyokong Kemahiran Berfikir 4.3
Aras Tinggi bagi murid berkeperluan khas pembelajaran
iv. Pedagogi yang digunakan menyokong Kemahiran Berfikir 5.0
Aras Tinggi bagi murid berkeperluan khas pembelajaran
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 5.0
untuk murid berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.8

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk yang dinilai ialah pedagogi. Pedagogi merujuk
kepada kaedah pengajaran yang disampaikan. Ciri-ciri pedagogi pada pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital Learn Letters mementingkan kesesuaian langkah pengajaran untuk
MBK serta pedagogi yang bersesuaian dengan kognitif MBK dalam aktiviti mengenal huruf.
Di samping itu, pedagogi yang digunakan menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) bagi MBK serta pedagogi yang digunakan membantu meningkatkan pemahaman
MBK terhadap topik pengajaran dan dapat meransang pemikiran MBK. Data Jadual 3
menunjukkan purata min yang baik iaitu 4.8. Hal ini menunjukkan bahawa ciri-ciri pedagogi
adalah baik dalam pakej bahan PdP.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengitegrasikan elemen media 5.0
dengan sesuai
ii. Pemilihan ton dan warna yang menarik perhatian 5.0
iii. Gambar yang digunakan di dalam video adalah jelas 4.3
iv. Pemilihan audio yang sesuai 5.0
v. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif 4.7
pembelajaran
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 di atas konstruk kualiti media merujuk kepada mutu


penghasilan video, susun atur tapak WIX serta elemen-elemen lain seperti gambar, muzik dan
audio. Oleh itu, kualiti media pada pakej Learn Letters dihasilkan agar dapat
mengintegrasikan elemen media dengan sesuai serta mengambil kira pemilihan ton dan warna
yang boleh menarik perhatian. Selain itu, kualiti media juga mementingkan gambar dan audio
yang digunakan agar jelas dan bersesuaian. Seterusnya ialah, video I-Classroom yang
dihasilkan adalah sesuai dengan objektif pembelajaran. Data jadual 4 menunjukkan purata
min yang positif iaitu 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti media dalam pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital ini adalah baik untuk diakses oleh pengguna.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran tersusun 4.0
dan menarik

43
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dapat 4.7
menggabungkan pelbagai elemen media yang sesuai
iii. Pengintegrasian pelbagai elemen media yang sesuai dan dapat 5.0
dikaitkan dengan kandungan pengajaran dan pembelajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri 4.0
interaktiviti yang sangat menarik dengan kualiti yang amat baik
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan panduan kepada 5.0
pengguna
Min 4.5

Berdasarkan jadual 5 di atas kreativiti pakej menunjukkan kepada kaedah pakej


bahan pengajaran dan pembelajaran digtial disusun serta diintegrasikan agar mampu menarik
perhatian pengguna. Kreativiti pakej yang dinilai ialah reka letak pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran agar tersusun dan menarik, dapat menggabungkan pelbagai elemen media
dengan sesuai serta dapat mengintegrasikan pelbagai elemen media dan dapat dikaitkan
dengan kandungan pengajaran. Di samping itu, kreativiti pakej juga dinilai melalui ciri-ciri
interaktiviti dengan kualiti yang baik serta pakej bahan ini yang disediakan mempunyai
panduan kepada pengguna. Data jadual 5 menunjukkan bahawa, purata min konstruk kreativiti
pakej ialah 4.5. Penilaian yang diperolehi adalah positif menunjukkan bahawa kreativiti pakej
yang terkandung menepati ciri-ciri yang diperlukan di dalam pakej bahan ini.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai purata min yang
tertinggi ialah pada konstruk kandungan iaitu purata min 4.9. Hal ini menunjukkan bahawa
kandungan yang disampaikan mempunyai mesej dan maklumat yang baik dan jelas untuk
dipelajari melalui pakej bahan Learn Letters. Selain itu, kandungan yang dimuat naik juga
menitikberatkan tahap kognitif pelajar. Oleh itu, walaupun kandungan video agak ringkas
tetapi tetap bermakna untuk murid yang disasarkan iaitu murid ADHD kerana penggunaan
kandungan yang ringkas dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang pembelajaran.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters yang diperolehi
ialah kandungan yang disampaikan adalah menepati dengan objektif yang ditetapkan. Hal ini
kerana projek digital ini amat menekankan agar murid dapat mengecam huruf awal perkataan
Oleh itu, projek digital yang direka adalah berfokuskan kepada huruf awal. Hal ini dapat
membantu murid ADHD untuk mempelajari sistem huruf. Oleh itu teknik mengajar huruf
awal diperlukan agar murid ADHD lebih senang untuk mengingati kronologi huruf-huruf
mengikut turutan. Kandungan yang disusun di dalam pakej ini juga mudah difahami kerana
terkandung menu manual pengguna yang boleh dirujuk oleh pengguna sebagai panduan ketika
melayari pakej Leam Letters. Menurut Saud M" S. et al (2010) elemen yang paling penting
yang perlu ada dalam proses pembinaan laman web ialah nota pembelajaran. Dengan merujuk
kepada manual pengguna, pengguna akan dapat mengakses bahan PdP digital untuk
mengetahui proses awal pembelajaran seperti kaedah pertama ialah murid diperkenalkan
dengan kad huruf kemudian tayangan video dan pengukuhan pada sesi latihan. Aspek KBAT
yang digunakan di dalam bahan pakej Learn Letters ialah apabila murid dikehendaki untuk
meneka objek di dalam kotak misteri. Kandungan atau pengisian yang digunakan adalah
berdasarkan tema My Classroom juga dapat memudahkan mereka memahami topik

44
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pengajaran kerana perkara yang diajar kepada mereka adalah merupakan objek daripada
persekitaran mereka sahaja
Kekuatan seterusnya ialah pedagogi yang digunakan dapat meningkatkan
pemahaman murid kerana murid dapat memahami dengan mudah pengajaran berdasarkan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters tersebut. Hal ini kerana
pedagogi yang digunakan dapat merangsang pemikiran MBK kerana mereka dapat mengenal
perkataan baru bagi sesebuah objek iaitu perkataan dalam Bahasa Inggeris. Manakala teknik
pedagogi dengan menggunakan teknik pengulangan huruf di dalam video dapat meningkatkan
pemahaman murid berkeperluan khas terhadap topik pengajaran kerana proses pengulangan
yang banyak dapat meningkatkan tahap mengingat mereka. Seterusnya pedagogi yang
digunakan dalam pakej Learn Letters melibatkan aktiviti mengenal huruf awal secara
interaktif kerana murid perlu berinteraksi dua hala dengan guru semasa sesi PdP seperti murid
mengikuti guru menyebut huruf yang ditunjukkan. Pedagogi ini diperkuatkan juga dengan
wujudnya elemen soalan pada pautan H5P pada video I-Classroom untuk meransang
pemikiran KBAT MBK di samping untuk menguji sama ada pedagogi yang digunakan
berkesan mahupun sebaliknya.
Kekuatan pada kualiti media pula ialah kerana proses penggunaan media yang
pelbagai seperti konsep warna gambar, muzik dan audio yang dimuat naik dalam video I-
Classroom. Kesemua elemen tersebut adalah penting kerana dapat menarik perhatian murid
untuk menggunakan video untuk belajar. Penggunaan warna yang pelbagai telah
menimbulkan elemen keceriaan pada video I-Classroom serta penggunaan gambar dapat
meningkatkan kefahaman murid untuk menggunakan pakej Learn Letters. Penggunaan tulisan
dan ton warna yang digunakan juga membantu murid untuk belajar dengan lebih baik kerana
saiz tulisan yang besar dan jelas mudah dilihat oleh pelajar manakala ton warna juga penting
untuk menarik minat pelajar menonton video tersebut. Menurut Md Salleh, S. & Chong T. J.
(2011) persembahan antara muka memerlukan warna latar belakang yang sesuai diperlukan
bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang. Kekuatan kualiti media juga diukur
melalui elemen muzik. Menurut teori kepelbagaian manusia, setiap individu mempunyai
kecenderungan terhadap muzik sama ada sedikit ataupun banyak. Oleh itu, kekuatan pakej
Learn Letters adalah kerana wujudnya elemen muzik pada video yang dihasilkan.
Kekuatan seterusnya ialah melalui kreativiti pakej. Kaedah reka letak dan susun atur
adalah menarik dan kemas. Hal ini adalah penting untuk memudahkan urusan pengguna untuk
mengakses pakej Learn Letters tersebut. Susun atur yang kemas juga mampu menarik minat
pengguna untuk memahami konteks penyampaian maklumat di dalam pakej Learn Letter. Di
samping itu, kreativiti pakej pada bahan pengajaran juga mempunyai pengintegrasian pelbagai
elemen media yang sesuai dan dapat dikaitkan dengan kandungan pengajaran. Wujudnya
elemen tersebut yang dikaitkan dengan kandungan pengajaran mampu membantu murid untuk
mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan oleh guru.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn Letters digital pula ialah
kerana terdapat beberapa gambar, yang dimasukkan di dalam video I-Classroom di bawah
tema My Classroom ialah kurang jelas. Hal ini kerana penggunaan warna latar belakang pada
gambar adalah warna gelap yang menyebabkan kejelasan gambar pada video berkurang. Hal
ini dapat menjejaskan kefahaman murid dalam belajar kerana murid semestinya bergantung
kepada gambar di dalam video untuk meningkatkan kefahaman mereka. Kelemahan ini

45
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

seterusnya mengganggu pelajar untuk melaksanakan sesi kuiz kerana mereka tidak dapat
meneka gambar yang betul untuk menjawab huruf awal perkataan tersebut.
Kelemahan seterusnya ialah berdasarkan tempoh masa murid untuk menyiapkan sesi
Quiziz pada video I-Classroom adalah pendek. Ini kerana, murid terutamanya MBK
memerlukan masa yang lebih panjang untuk menjawab sesi Quiziz. Durasi yang pendek
diperuntukkan menyebabkan murid sukar untuk fokus menjawab soalan malah mereka hanya
akan sekadar menjawab tanpa menilai sebaiknya untuk mendapatkan jawapan. Oleh itu,
penilaian keberkesanan pakej Learn Letters tidak dapat diukur. Masa yang panjang atau lama
diperlukan oleh mereka kerana wujudnya soalan KBAT pada sesi soalan. Oleh itu, masa yang
secukupnya diperlukan sekiranya terdapat soalan KBAT.
Selain itu, kelemahan juga terdapat pada kualiti media iaitu penggunaan audio. Hal
ini kerana, penggunaan audio yang dimuat naik dan pada akses yang berbeza dapat
menjejaskan intonasi yang dinamakan seperti audio yang dimuat naik pada laman Youtube
mempunyai nada yang agak tmggi manakala audio yang dimuat naik melalui telefon pintar
mempunyai nada yang agak rendah setelah dimuat naik di dalam video tersebut. Kelemahan
lain ialah pada tempoh video Learn Letters yang agak laju. Kelajuan video yang agak laju
akan menyebabkan pelajar sukar mengingat apa yang dilihat terutamanya bagi pelajar yang
rendah tahap kognitif dalam memahami pembelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan terhadap pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Learn
Letters yang dibangunkan khusus kepada video yang dihasilkan untuk meneningkatkan kualiti
produk secara keseluruhan ialah dengan menambahbaik aspek penggunaan media gambar.
Oleh itu, gambar yang dimuat naik perlu diubah kepada saiz yang lebih besar. Saiz besar yang
digunakan dapat meningkatkan kejelasan pada sesuatu gambar. Manakala penggunaan latar
belakang pada gambar juga perlu diubah kepada warna yang kontra agar menimbulkan fokus.
Cadangan bagi mengatasi masalah audio pada video I-Classroom ialah dengan
mematikan audio yang disunting adalah mempunyai nada yang sama. Oleh itu penyelarasan
audio adalah penting sebelum dimuat naik ke dalam video seperti memastikan agar jenis audio
yang digunakan adalah sama. Selain itu, latar belakang muzik perlu diperlahankan semasa
audio dikeluarkan agar murid dapat mendengar dengan jelas audio tersebut. Audio yang
selaras dan selari iramanya akan membantu mund mamahami konteks penyampaian maklumat
manakala audio yang berbeza rentak seperti terlalu tinggi kemudian irama terlalu rendah
menyebabkan proses pendangaran murid targanggu.
Seterusnya ialah bagi mengatasi masalah tempoh video yang dimainkan agak laju
pula perlu diubah kepada rentak video yang lebih perlahan. Hal ini dimaksudkan ialah durasi
pengeluaran sesuatu maklumat pada video I-Classroom dipanjangkan agar murid dapat
mengecam maklumat yang hendak disampaikan seperti murid dapat mengecam jenis huruf
yang ditonton. Begitu juga dengan tempoh durasi semasa penggunaan Quiziz perlu
dipanjangkan kerana murid perlu berfikir untuk menjawab soalan terutamanya ialah soalan
KBAT.

PENUTUP

Sebagai rumusan, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan ini dapat meningkatkan tahap pencapaian MBK yang dikategorikan ADHD
dalam pembelajaran kerana penggunaan digital pada masa kini sangat berkait rapat dengan
arus teknologi yang semakin berkembang. Oleh itu, penting untuk guru memanfaatkan TMK

46
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

ini untuk membantu murid dalam sesi PdP seperti mana kajian-kajian penggunaan TMK pada
peringkat awal kanak- kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh
meransang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan
(Bumett, 2010; Syarifah & Kamarul, 2011) serta menurut (Siti Zaharah et al, 2018) pelbagai
kelebihan dan pendekatan yang lebih baik dalam teknologi multimedia dapat menjanjikan
perubahan besar dalam bidang pendidikan abad 21.

RUJUKAN

Azman Bin Fadzil. (2015). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Kemahiran
Melukis, Mewarna Dan Menganimasi Secara Digital. S-OD0016/08 (R)
Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A
review of research. Journal of Early Childhood Literacy 10 (3): 247-270.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). English Learning Disabilities Year 1 Activity
Book. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010. Putrajaya : KPM.
Md. Salleh, S. & Chong T. J. (2011). Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid
Geometry Dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan
Menggunakan Kaedah Animasi. Journal of Educational Social Science,volume 2
Jun 2011, Pages 35-49 / ISSN: 2231-7333
Saud, M. S. & Amin, S. A. (2010). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web
BagiMatapelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Fakulti Pendidikan,Universiti
Teknologi Malaysia.
Sharifah Nor Puteh, and Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap kesediaan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan
tingkah laku murid prasekolah Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 25-34.
ISSN 0126-6020 / 2180- 0782.
Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman, Nurul Nadhirah
Shahabudin. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21.
International Research Management & Innovation Conference. Palm
Garden Hotel : Putrajaya

47
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN APLIKASI VIDEO LSS-AUTIS DALAM PAKEJ BEING DIFFERENT


IS SPECIAL BAGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
DAN BERTUTUR MURID AUTISME

NUR AFINI BINTI ZULKIFLI


Jabatan Pendidikan Khas
Insitut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi terutama Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam kalangan guru di sekolah pada masa kini (Sifoo, 2003). Perkembangan ini telah
merangsang peralihan proses pembelajaran cara lama kepada gaya Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21) bertepatan dengan tuntutan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
ingin mengintegrasikan TMK dalam sistem pendidikan negara kita. Dalam hal ini, Murid
Masalah Pembelajaran juga tidak terkecuali dalam penggunaan TMK seperti penggunaan
bahan pembelajaran digital dalam melaksanakan aktiviti PdP di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan pembelajaran digital memberi banyak manfaat kepada pembelajaran
mereka seperti dapat menarik perhatian MBK untuk mempelajari subjek yang diajar dan
mengelakkan mereka daripada berasa bosan dengan gaya pembelajaran konvensional yang
stereotype (Ahmad Esa et.al, 2007). Selain itu, penggunaan TMK juga mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Oleh itu, hal ini secara tidak
langsung dapat memotivasikan MBK untuk belajar selain meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi mereka (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). Maka, pembelajaran
berbentuk digital sememangnya sesuai untuk dipraktikkan agar proses P&P dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Being
Different Is Special bagi subjek Asas 3M Bahasa Inggeris Tahun 2 Murid Masalah
Pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur dibangunkan. Pakej ini dihasilkan
khusus untuk kegunaan guru dan murid pendidikan khas masalah pembelajaran sebagai satu
bahan pembelajaran yang menarik. Standard kandungan 1.4 Listen to, understand and respond
to text variety of context dengan Standard Pembelajaran 1.4.1 Listen to and demostrate
understanding of the given text. Video LSS-AUTIS yang terdapat dalam pakej ini merangkumi
Let’s Play, What Fruits Is This?, What Colour Is This?, Yes Or No Games and True Or False
Games. Video ini dihasilkan menggunakan perisian dan aplikasi seperti Powerpoint,
Powtoon, Audacity, H5P, YouTube dan digabungkan di bawah satu aplikasi WIX sebagai tapak
blog untuk menjadi satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang lengkap.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun 2 Murid Masalah Pembelajaran di bawah tajuk Buah-Buahan ini
dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk
berikut :
(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media

48
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.5
Pedagogi 3 3.0 5.0 4.0
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.5
Kreativiti Pakej 3 3.0 5.0 4.0

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran berkaitan dengan pengetahuan 5.0
sedia ada murid.
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap 5.0
keupayaan murid.
iii. Kandungan bertepatan dengan topik pengajaran yang telah 5.0
ditetapkan.
iv. Pengisian pengajaran dapat mencapai objektif pengajaran. 5.0
v. Berupaya menarik minat serta merangsang murid untuk 4.6
menumpukan perhatian.
Min 4.9

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


pengetahuan dan maklumat yang ingin disampaikan kepada murid. Pengisian atau kandungan
yang baik perlu bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, berkaitan dengan pengetahuan
sedia ada murid, bertepatan dengan topik pengajaran yang telah ditetapkan, dapat mencapai
objektif pengajaran dan berupaya menarik minat serta merangsang murid untuk menumpukan
perhatian. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif
terhadap penilaian pengisian atau kandungan yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa
pengisian atau kandungan yang disediakan dalam pakej bahan pembelajaran digital ini adalah
baik bagi dimensi yang dikaji dengan min purata 4.9. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pengisian atau kandungan yang dibangunkan bagi pakej bahan pembelajaran digital ini telah
mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan keberkesanaan penggunaannya sebagai
video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang lengkap.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi

49
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


i. Pedagogi dapat merangsang pemikiran murid. 5.0
ii. Kaedah pengajaran dapat mengukuhkan kefahaman murid 5.0
mengenai isi kandungan.
iii. Menyokong penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 4.0
(KBAT).
iv. Pengajaran dapat disampaikan bersesuaian dengan 4.6
langkah pengajaran secara berstruktur.
v. Kaedah yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif 5.0
murid.
Min 4.7

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada proses pengajaran


yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Pedagogi yang berkesan dapat
merangsang pemikiran murid, mengukuhkan kefahaman murid mengenai isi kandungan,
menyokong penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), bersesuaian dengan langkah
pengajaran yang berstruktur serta sesuai dengan tahap kognitif murid. Data dalam jadual 3
menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian konstruk
pedagogi yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa pedagogi yang disediakan adalah
baik bagi dimensi yang dikaji dengan min purata 4.7. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pedagogi yang digunakan dalam video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
ini sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan menjadi panduan kepada pengguna untuk 5.0
mendapatkan maklumat.
ii. Pemilihan font tulisan dalam video hendaklah bersesuaian. 5.0
iii. Pemilihan gambar dan foto yang menarik bersesuaian dengan tajuk. 5.0
iv. Pemilihan audio dan muzik sebagai latar belakang video yang sesuai 4.3
dan menarik.
v. Kandungan video mencapai dan sesuai dengan standard kandungan 4.7
pelajaran.
Min 4.8

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada standard kualiti
video yang dihasilkan. Video yang berkualiti mestilah dapat menjadi panduan kepada
pengguna untuk mendapatkan maklumat, menggunakan font tulisan yang bersesuaian,
pemilihan gambar dan foto yang menarik, pemilihan audio dan muzik yang sesuai dan
kandungan bertepatan dengan standard kandungan pelajaran. Data dalam jadual 4
menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian konstruk
kualiti media yang dibangunkan. Penilai memberikan yang baik bagi dimensi yang dikaji
dengan min purata 4.8. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kualiti media yang dibangunkan
bagi pakej bahan pembelajaran digital ini dapat menarik minat terhadap proses pembelajaran
serta memberi banyak manfaat kepada mereka.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

50
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej adalah menarik dan sesuai. 3.7
ii. Pakej dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia. 4.3
iii. Penggunaan multimedia meningkatkan keberkesanan mesej 5.0
kandungan.
iv. Pakej mempunyai ciri-ciri interaktif. 5.0
v. Menggunakan elemen multimedia bersesuaian pada pakej bahan 5.0
pembelajaran.
Min 4.6

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk kepada reka letak
antara muka pakej merangkumi elemen teks, ikon, grafik, warna dan lain-lain aspek visual
perisian multimedia. Kreativiti pakej yang baik mempunyai reka letak antara muka pakej yang
menarik dan sesuai, menggabungkan pelbagai elemen multimedia, mempunyai ciri-ciri
interaktif dan menggunakan elemen multimedia bersesuaian bagi pakej bahan pembelajaran
yang dibangunkan. Data dalam jadual 5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons
yang positif terhadap penilaian konstruk kreativiti pakej yang dibangunkan dengan min purata
4.6. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kreativiti pakej yang dibangunkan bagi pakej bahan
pembelajaran digital ini dapat menjadikan pakej ini sebagai pakej bahan pembelajaran yang
efektif.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital LSS-AUTIS ini menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min
yang tertinggi ialah pengisian atau kandungan dengan purata min 4.9. Hal ini disebabkan oleh
pengisian atau kandungan yang digunakan dalam membangunkan pakej ini telah diteliti secara
keseluruhannya berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas
3M Bahasa Inggeris Tahun 2 Murid Masalah Pembelajaran supaya kandungan yang
digunakan bertepatan dengan topik yang dipilih, mempunyai perkaitan dengan pengetahuan
sedia ada murid dan juga bersesuaian dengan tahap keupayaan murid agar minat mereka bagi
mengikuti sesi pembelajaran dapat dirangsang supaya matlamat utama iaitu objektif
pembelajaran yang ditetapkan tercapai.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Kekuatan yang dapat dikenal pasti bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
Being Different Is Special yang dibangunkan ialah daripada segi konstruk pengisian atau
kandungan yang digunakan. Kandungan yang digunakan bagi pakej ini adalah menyeluruh
dan bertepatan dengan topik pengajaran yang disasarkan. Pengisian atau kandungan yang
digunakan dalam membangunkan pakej ini juga telah diteliti secara keseluruhannya
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas 3M Bahasa
Inggeris Tahun 2 Murid Masalah Pembelajaran. Hal ini memudahkan guru untuk merujuk
kepada DSKP dan menggunakan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibangunkan. Kandungan yang digunakan juga bersesuaian dengan tahap keupayaan
kognitif MBK yang rata-ratanya agak rendah (Robiah dan Nor Sakinah, 2002). Sebagai
contoh, 4 jenis buah sahaja diperkenalkan bagi video mengenal buah-buahan.
Kekuatan seterusnya dapat dilihat pada aspek pedagogi. Kaedah pengajaran
menggunakan video bergerak dan video interaktif dapat merangsang minat murid untuk
menimba ilmu dalam suasana pembelajaran yang lebih santai dan berkesan. Ini berikutan

51
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

terdapatnya penerapan elemen multimedia seperti penggunaan pelbagai grafik dan animasi
dalam penghasilan video menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan. Bagi memantapkan
lagi pakej yang dibangunkan, pakej ini juga disusun secara berstruktur dan sistematik bagi
membolehkan guru menjalankan sesi PdP secara lancar tanpa sebarang kekeliruan.
Seterusnya, video LSS-AUTIS yang dihasilkan bagi pakej bahan pembelajaran digital
ini menggunakan suara latar belakang yang jelas dengan diiringi audio yang bersesuaian.
Video yang dihasilkan menarik dengan penggunaan warna, animasi serta muzik yang
bersesuaian bagi memberi motivasi belajar kepada murid. Font tulisan yang digunakan bagi
video juga jelas dan bersesuaian bagi memudahkan penggunaannya sebagai pakej bahan
pembelajaran digital. Unsur interaktif turut diselitkan dalam penghasilan video bagi pakej
bahan pembelajaran yang dibangunkan menggunakan perisian H5P bagi merangsang murid
untuk menumpukan perhatian terhadap sesi PdP dalam suasana pembelajaran yang
menyeronokkan, teratur dan tidak tertekan.
Seterusnya, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan juga
menyediakan manual penggunaan bagi menyediakan arahan penggunaan pakej agar tiada
sebarang kekeliruan berlaku. Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dihasilkan menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti kepelbagaian grafik,
audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai dan reka letak antara
muka pakej yang pelbagai bagi menarik perhatian pengguna. Selain itu, penggunaan reka letak
antara muka pakej yang tersendiri memberikan ciri-ciri unik dan keistimewaan bagi pakej
yang dihasilkan. Pakej ini juga menyediakan pelbagai pilihan menu dan tema yang dapat
diteroka dan dipilih oleh murid mengikut kesesuaian dan minat mereka menjadikan pakej ini
mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Seterusnya, pakej yang dihasilkan ini juga
mempunyai ciri-ciri interaktif dengan menawarkan section latihan, kuiz dan games interactive
berkaitan dengan topik yang telah dipelajari menggunakan medium perisian terkini seperti
H5P bagi menguji dan mengukuhkan lagi tahap pengetahuan murid tentang topik yang telah
dipelajari.
Akhir sekali, ruangan komen turut disediakan bagi mendapatkan maklum balas
daripada pengguna berkenaan dengan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang dibangunkan supaya proses penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke
semasa bagi menghasilkan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang lebih
mantap.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital Being Different Is Special yang dibangunkan ialah reka letak antara muka pakej perlu
divariasikan lagi dengan corak dan design yang lebih menarik supaya dapat menarik perhatian
pengguna. Selain itu, gabungan pelbagai elemen multimedia dan ciri-ciri interaktif bagi video
LSS-AUTIS yang dihasilkan boleh diperbanyakkan lagi bagi pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan supaya lebih menarik dan efisien untuk digunakan.
Selain itu, pilihan menu yang disediakan juga boleh ditambah baik dari segi arahan
yang diberikan serta kejelasan pilihan menu. Ini kerana segelintir murid tidak memahami
butang pilihan menu yang disediakan jika tidak disertakan dengan arahan. Seterusnya,
pemilihan audio dan muzik sebagai latar video juga perlu disesuaikan agar tidak mengganggu
maklumat utama yang ingin disampaikan iaitu isi pelajaran.
Seterusnya, durasi video yang dihasilkan agak singkat bagi topik pengajaran. Hal ini
dapat dilihat pada minit ke 0.30 dalam video mengenal buah-buahan yang dihasilkan. Nama

52
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

buah hanya disebut sekali sahaja tanpa ulangan. Hal ini menyebabkan pengguna sukar untuk
mengulangi nama buah tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital Being Different Is Special ini adalah dengan meningkatkan lagi
kreativiti reka letak antara muka pakej supaya menjadi lebih menarik dan interaktif. Selain
itu, guru juga perlu berhati-hati semasa melakukan pemilihan audio dan muzik untuk
digunakan dalam video LSS-AUTIS supaya tidak mengganggu isi pelajaran yang ingin
disampaikan dan mengelakkan kekeliruan kepada murid. Seterusnya, butang pilihan menu
yang disediakan juga perlu lebih jelas dan teratur bagi memudahkan penggunaan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital. Di samping itu, arahan menggunakan suara latar
belakang juga perlu ditambahbaik bagi aspek kualiti bunyi bagi mengelakkan kekeliruan
kepada murid semasa menggunakan pakej bahan pembelajaran digital ini. Bukan itu sahaja,
durasi video bagi mengenal nama buah-buahan dan warna buah-buahan perlu dipanjangkan
supaya murid dapat menyebut nama buah dan warna secara berulang kali bagi meningkatkan
kefahaman mereka. Seterusnya, seorang guru perlulah menguasai teknik menggunakan TMK
dengan lebih mahir dan kreatif agar elemen multimedia seperti Powerpoint, Powtoon, Kahoot
dan H5P yang digunakan bagi penghasilan video menjadi lebih berkesan dan menarik untuk
digunakan sewaktu sesi PdP.

PENUTUP

Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah menjalani penilaian oleh
tiga orang penilai. Hasil penilaian ini mendapati bahawa penilai berpuas hati dengan video
dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital ini dapat membantu MBK meningkatkan lagi kefahaman
mereka tentang topik pengajaran dan membantu mereka mahir dalam penggunaan TMK
sebagai medium pembelajaran digital yang berkesan seiring dengan kehendak sistem
pendidikan negara kini yang ingin mengintegrasikan TMK dalam pendidikan. Sehubungan
dengan itu, diharapkan dengan penggunaan video LSS-AUTIS dalam pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital Being Different Is Special yang dibangunkan ini dapat memberikan
impak yang positif terhadap MBK agar mereka dapat meraih kecemerlangan melalui medium
penginterasian TMK dalam pendidikan ini.

RUJUKAN

Ahmad Esa et.al. (2007). Peranan Multimedia di Dalam Pembelajaran Kanak-Kanak.


Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran): Bahasa Inggeris Tahun 1. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dayang Tiawa Awang Hamid. (2006). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Perisian Multimedia
Membaca Faham Berasaskan Gambaran Visual Bagi Kanak-Kanak Prasekolah.
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa. (2004). Malaysian Perspective: Designing
Interactive Multimedia Learning Environment for Moral Values Education.
Educational Technology & Society, 7 (4), 143-152.

53
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. (2002). Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (Ict) Di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang
Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif. (2002). Pendekatan Multimedia Dalam
Perisian Kursus Kisah Teladan Wanita Islam. Fakulti Teknologi & Sains
Maklumat. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sifoo. (2003). Multimedia Dalam Bidang Pendidikan. Sumber Grafik/Multimedia Malaysia.
Dicapai pada 10 September 2019 daripada
http://www.sifoo.com/sifoov5/articles.php?do=view&id=13
Vespanathan Suppramaniyam. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di sekolah
Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

54
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN APLIKASI VIDEO NIP SOUNDS DALAM PAKEJ LET’S EXPLORE


THE SOUNDS UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
MURID AUTISME

NUR AINAA NAJIHAH BINTI MOHD ZAWAWI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi, sistem pendidikan telah menukarkan kaedah pengajaran menggunakan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan
keberkesanan dan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan TMK
dalam proses PdP amat penting kerana menurut Noriati A. Rashid et al. (2012) teknologi
merupakan penggunaan alat dalam menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai
sesuatu tujuan atau objektif sesuatu perkara selaras dengan PAK21.
Justeru, menurut Ayob Jantan (2018) agenda PAK21 bertujuan untuk memberikan
keutamaan kepada keseronokan belajar dan kemenjadian murid yang holistik. Justeru, satu
pakej digital telah dibangunkan menggunakan aplikasi WIX sebagai satu platform digital bagi
menjayakan agenda PAK21 antaranya memberikan kemudahan kepada murid malah bukan
itu sahaja tujuan pakej digital ini juga dibangunkan untuk membantu Murid Berkeperluan
Khas (MBK) bagi menarik perhatian mereka terhadap proses PdP. Ini kerana murid
berkeperluan khas sukar memahami dan mempelajari sesuatu perkara disebabkan
ketidakupayaan yang mereka perolehi. Oleh itu, menurut Chandramogan Ramaian & Mohd
Zuri Ghani (2018) menyatakan bahawa kanak-kanak autisme merupakan satu gangguan
ketidakupayaan individu yang memerlukan pemerhatian khusus dalam segala perancangan
dan pelaksanaan aktiviti bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, dengan pakej digital ini
boleh membantu MBK terutamanya kanak-kanak autisme dari aspek pedagogi, terapi, sosial
serta komunikasi.
Sehubungan dengan itu, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
diberi nama Let’s Explore The Sound telah dibangunkan untuk kanak-kanak autisme bagi
komponen Bahasa Inggeris Tahun 1. Pakej ini dibangunkan dengan merujuk Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di bawah Standard Pembelajaran 1.1.1 Listen
to and respond appropriately based on any given stimulus. Video NIP Sounds (Numbers of
Instrument Percussion Sounds) telah dihasilkan bagi membolehkan murid mengenal nombor
dan mengira di samping dapat mengenal alat muzik serta bunyinya. Justeru, video dan pakej
yang dibangunkan ini merupakan satu proses pengajaran yang lengkap bagi membantu
pengguna mencapai objektif pembelajaran.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian analisis video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 di bawah tajuk
nombor, ini dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat
konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan

55
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = sangat tidak setuju; 2 = tidak setuju; 3 =
memuaskan ; 4 = setuju; 5 = sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.9
Pedagogi 3 4 5 4.6
Kualiti Media 3 4 5 4.8
Kreativiti Pakej 3 5 5 5.0

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan 5.0
sedia ada murid berkeperluan khas (MBK)
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif 4.7
murid berkeperluan khas (MBK)
iii. Kandungan pengajaran mencapai objektif pembelajaran 5.0
iv. Kandugan pengajaran bertepatan dengan standard 5.0
pembelajaran
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 5.0
berkeperluan khas
Min 4.9

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian merujuk kepada kandungan video


dan pakej yang dibangunkan. Konstruk pengisian mengambil kira pengetahuan sedia ada
MBK, bersesuaian dengan tahap kognitif MBK, mencapai objektif dan bertepatan dengan
standard pembelajaran serta mampu menarik perhatian MBK. Data dalam jadual 2
menunjukkan bahawa penilai bersetuju bahawa pengisian dalam video dan pakej yang
dibangunkan adalah baik dengan min purata 4.9. Hal ini kerana pakej digital yang telah
dibangunkan adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada serta tahap kognitif pengguna kerana
telah merujuk pada Standard Pembelajaran dan buku teks Bahasa Inggeris Pendidikan Khas
tahun 1.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

56
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Mampu merangsang pemikiran murid 5.0
ii. Mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada murid 4.7
iii. Pedagogi yang digunakan mengandungi unsur KBAT 4.0
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah 5.0
pengajaran
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif 4.3
murid
Min 4.6

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada pedagogi yang


digunakan bersama dalam video NIP Sounds yang dapat merangsang pemikiran pengguna
serta dapat memberi kefahaman yang jelas kepada murid. Pedagogi yang digunakan juga
hendaklah mengikut tahap kognitif murid berkeperluan khas di samping mengandungi unsur
KBAT. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan min purata bagi
konstruk pedagogi adalah 4.6 kerana video NIP Sounds yang dihasilkan sesuai dengan langkah
pengajaran. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa penilai bersetuju bahawa pedagogi
yang digunakan bersama di dalam video dan pakej yang dibangunkan adalah baik dengan min
purata 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa pedagogi yang digunakan adalah bersesuaian dengan
keperluan MBK.

Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Kualiti imej video yang mudah difahami 4.7
ii. Muzik dan suara latar video adalah jelas 4.7
iii. Video yang digunakan mencapai objektif pengajaran 5.0
iv. Kombinasi warna dalam video adalah menarik 4.7
v. Pencahayaan video yang sesuai 5.0
Min 4.8

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada kualiti


penghasilan media dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital. Konstruk ini
mengambil kira kualiti imej video, penggunaan muzik dan suara latar video, kombinasi warna
serta pencahayaan video. Data dalam jadual menunjukkan bahawa penilai memberikan min
purata bagi konstruk kualiti media dengan min purata 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti
media yang digunakan adalah bersesuaian video yang dihasilkan.

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

57
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang menarik 5.0
ii. Mudah menggunakan website 5.0
iii. Intipati yang dapat menarik perhatian pengguna 5.0
iv. Kombinasi video yang menarik 5.0
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran yang tersusun 5.0
Min 5.0

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk reka bentuk pakej
yang menarik, mudah guna, menarik perhatian serta pakej tersusun. Data dalam jadual 5
menunjukkan bahawa penilai memberi respons yang sangat positif terhadap aspek yang dinilai
dengan min purata 5.0. Hal ini menunjukkan bahawa pakej dapat dibangunkan secara kreatif.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai purata min yang
tertinggi ialah pada konstruk kreativiti pakej iaitu purata min 5.0. Pakej yang dibangunkan ini
dapat membantu meningkatkan tahap kognitif pengguna yang disasarkan.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Terdapat beberapa kekuatan penghasilan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang telah dibangunkan iaitu pakej digital Let’s Explore The Sounds. Antaranya adalah dari
konstruk pengisian dalam pakej digital iaitu isi kandungan di dalam pakej ini bertepatan
Dokumen Standard Kandungan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks. Dengan ini, objektif
pembelajaran akan tercapai apabila pengguna menggunakan pakej digital ini sebagai platform
bagi proses PdP yang berdasarkan tahap kognitif pengguna kerana telah merujuk kepada
DSKP dan buku teks.
Seterusnya, kekuatan bagi aspek konstruk kualiti media pula, video NIP Sounds yang
dihasilkan dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme. Hal ini kerana video ini mempunyai
kombinasi warna yang manarik. Selain itu, video yang dihasilkan juga menggunakan
percahayaan yang sesuai dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme. Sehubungan itu,
kesan penggunaan TMK ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Nor Baiti, 2015). Oleh
itu, perkara ini selaras dengan agenda PAK21 iaitu untuk memberikan keutamaan kepada
keseronokan belajar dan kemenjadian murid yang holistik (Ayob Jantan, 2018).
Di samping itu, video NIP Sounds boleh merangsang pemikiran kanak-kanak autisme
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana video ini bertepatan dengan tahap kognitif
pengguna. Hal ini kerana video NIP Sounds telah merujuk kepada DSKP dan tidak
mempunyai unsur KBAT yang tinggi. Selain itu, video ini juga dapat memberikan kefahaman
yang jelas kepada kanak-kanak autisme ini kerana mempunyai pengulangan pengajaran pada
setiap langkah. Ini kerana pakej digital Let’s Explore The Sounds yang dibangunkan
mempunyai langkah pengajaran yang lengkap yang membolehkan kanak-kanak menguasai
sesuatu topik pembelajaran.

58
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Let’s Explore The Sounds. Antaranya, teks dan tulisan terlalu padat yang
terdapat di dalam pakej digital ini. Ini boleh mempengaruhi daya tarikan pengguna untuk
menggunakan pakej digital ini. Perkara ini ditegaskan oleh Nur Aisyah et.al. (2012)
menyatakan bahawa teks yang banyak mampu memberi tekanan kepada pembelajaran
walaupun teks yang terdapat pada pakej digital menerangkan objektif dan tujuan pakej digital
dibangunkan.
Di samping itu, video NIP Sounds yang dihasilkan mempunyai kekurangan dari
aspek intonasi suara yang mendatar dan kurang ceria. Ini menyebabkan pengguna kurang
berminat terhadap video yang ditayangkan ketika proses PdP berlaku. Selain itu, percakapan
yang laju dan kurang jelas menyebabkan pengguna sukar memahami video yang dihasilkan.
Hal ini kerana tujuan utama video NIP Sounds dihasilkan adalah bagi membantu pengguna
dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antaranya cadangan penambahbaikan bagi pakej`` Let’s Explore The Sounds yang
dibangunkan ini adalah dengan menggantikan teks yang padat tentang tujuan pakej digital
dibangunkan dengan grafik. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membaca serta
memahami tujuan ataupun maklumat yang disampaikan. Di samping itu, boleh ditambah
beberapa keping gambar bagi menerangkan lagi tentang grafik yang dihasilkan agar mampu
menarik perhatian pengguna.
Seterusnya, aspek konstruk kualiti media dari sudut intonasi suara mendatar dan kurang
ceria serta percakapan yang laju dan kurang jelas menyebabkan pengguna sukar memahami
video NIP Sounds. Oleh itu, inisiatif yang boleh diambil adalah dengan menggunakan aplikasi
text to speech yang sesuai dan mempunyai intonasi suara. Di samping itu, menukarkan
kelajuan percakapan kepada percakapan perlahan serta memilih suara yang bersesuaian.
Contohnya, suara yang jelas dan lantang. Sehubungan itu, jika isu ini dapat diatasi secara tidak
langsung proses PdP tidak membosankan pengguna.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, pakej digital yang dibangunkan telah diteliti daripada pelbagai
konstruk seperti pedagogi, pengisian, kreativiti pakej dan kualiti media agar dapat menarik
perhatian pengguna. Hal ini kerana pakej digital Let’s Explore The Sounds merupakan satu
inisiatif bagi membantu kanak-kanak autisme dalam proses PdP supaya kanak-kanak yang
tidak berkeupayaan ini tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta perkembangan teknologi.
Perkara ini telah disokong oleh Abdul Wahab et al,. (2006) menyatakan bahawa penggunaan
TMK perlu dilaksanakan di dalam proses PdP bagi melahirkan generasi muda yang celik
komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa agar tidak ketinggalan
dalam dunia teknologi.

59
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

RUJUKAN

Abdul Wahab, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer
dalam Pengajaran-Pembelajaran dalam kalangan Guru sekolah menengah: Satu
kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Jilid. 3. Bil. 24, hal 203-225.
Ayob Jantan. (2018). PAK21- Mengtransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi.
Putrajaya: Perpustakaan Negara Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Asas 3M
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Chandramogan Ramaian & Moh Zuri Ghani. (2018). Autisme. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Nor Baiti. (2015). Kelebihan menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Dicapai pada 17 September 2019 daripada
http://norbaitiutm.blogspot.com/2015/01/kelebihan- penggunaan-ict- dalam.html
Norialti A Rashid. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, & Wan Kamaruddin. (2012).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Aisyah et. al. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia Dalam
Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Melalui Universiti
Kebangsaan Malaysia. Jilid. 2, Bil 1 hal 1-16
Siti Shahidah, Yuhana Anom (2018). English Learning Disabilities Year 1 Text Book.
Kuala Lumpur. Dewam Bahasa dan Pustaka.

60
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

APLIKASI LnS BODY SONG DALAM PAKEJ LISTEN TO


WORDS ATTENTIVELY UNTUK MURID ADHD

NUR AYUNI BINTI KHOZARI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pada abad ke-21, negara menghadapi pelbagai cabaran baru seperti pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khususnya dalam bidang
pendidikan. Cabaran dunia kini menuntut agar perubahan dilaksanakan ke atas kaedah
pedagogi guru dengan mementingkan penggunaan TMK dalam semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Dapat dilihat bahawa penggunaan TMK sebagai alat pemangkin utama
bagi perkongsian maklumat, telah digunakan secara meluas oleh para guru bukan sahaja bagi
mengajar murid kelas aliran perdana malahan murid berkeperluan khas. Di samping itu,
pengaplikasian TMK seperti video, audio dan kuiz secara talian mampu merangsang dan
mendorong murid-murid untuk mengikuti PdP khususnya murid berkeperluan khas yang
sememangnya lebih berminat dengan penggunaan TMK.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital
yang diberi nama Lns Body Song telah dibangunkan menggunakan aplikasi WIX sebagai
platform bagi mata pelajaran Asas 3M komponan Bahasa Inggeris tahun 2 murid bermasalah
pembelajaran. Aplikasi WIX ini dipilih kerana ianya merupakan salah satu aplikasi yang baik
kerana boleh diakses oleh semua pengguna tanpa memerlukan banyak prosedur. Pakej bahan
PdP digital ini dibangunkan khusus kepada murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai
masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Pakej bahan PdP digital ini
dibangunkan dengan merujuk standard kandungan 1.1 dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Asas 3M komponen Bahasa Inggeris bagi murid bermasalah
pembelajaran tahun 2 iaitu mendengar dan memberi respon yang bersesuaian untuk pelbagai
tujuan. Pakej bahan PdP digital ini turut berpandukan standard pembelajaran yang ditetapkan
iaitu 1.1.1 mendengar dan memberi respons sepatutnya terhadap sebarang rangsangan yang
diberikan berfokuskan kepada tajuk ‘Bahagian Anggota Badan’.
Pelbagai bahan-bahan terkandung dalam pakej pembelajaran digital ini seperti video
yang mempunyai pelbagai audio dan grafik yang menarik serta mempunyai ciri-ciri
interaktiviti. Shaples (2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan video sebagai
alat pengajaran terbukti mampu meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam
mempelajari sesuatu. Pelbagai aplikasi seperti Power Point, H5p, Filmora dan Youtube telah
digunakan bagi menghasilkan sebuah video yang menarik. Tambahan itu, terdapat juga kuiz
ringkas menggunakan aplikasi Kahoot bagi menguji keberhasilan pakej pakej bahan PdP
digital ini. Justeru, bagi menilai keberkesanan pakej bahan PdP digital yang telah dihasilkan,
satu instrumen penilaian telah diberikan kepada tiga penilai untuk meberikan penilaian
terhadap pakej kami. Hasil penilaian tersebut dapat dilihat pada perenggan berikutnya.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan PdP digital bagi mata pelajaran Asas 3M komponen Bahasa
Inggeris Masalah Pembelajaran Tahun 2 di bawah tajuk Bahagian Anggota Badan ini

61
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk:

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan PdP digital
yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi respons dengan
menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan pemeringkatan setiap item
mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 = Memuaskan; 4 = Setuju; 5 =
Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang
dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan kepada penilaian daripada
tiga penilai

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.9
Pedagogi 3 2.0 5.0 4.1
Kualiti Media 3 2.0 5.0 4.4
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.8

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandunganbagi video dan pakej bahan PdP digital berdasarkan skala Likert 5
tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan sedia 5.0
ada murid berkeperluan khas
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif 4.7
murid berkeperluan khas
iii. Kandungan pengajaran bertepatan dengan objektif 5.0
pembelajaran
iv. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan standard 5.0
pembelajaran
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 4.7
berkeperluan khas
Min 4.9

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam pakej bahan PdP digital
seperti informasi tambahan, video dan kuiz. Pengisian atau kandungan yang baik mestilah
merujuk kepada standard pembelajaran dan mampu menjadi medium untuk mencapai objektif
pembelajaran. Tambahan itu, pengisian atau kandungan yang baik perlulah mesra pengguna
dengan menyediakan pakej bahan PdP digital yang mampu merangsang minat serta
bersesuaian dengan tahap kognitif pengguna khususnya murid berkeperluan khas. Data dalam
jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberi respons yang amat positif terhadap konstruk
pengisian atau kandungan dengan memberikan min purata keseluruhan sebanyak 4.9. Hal ini

62
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

menunjukkan bahawa pengisian atau kandungan yang dimuatkan di dalam pakej pengajaran
dan pembelajaran menepati ciri-ciri pengisian atau kandungan yang baik.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan mampu merangsang pemikiran 4.0
murid berkeperluan khas
ii. Pedagogi yang digunakan mampu memberi kefahaman yang 4.3
jelas kepada murid berkeperluan khas
iii. Pedagogi yang digunakan mempunyai unsur kemahiran 2.7
berfikiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid berkeperluan
khas
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 5.0
untuk murid berkeperluan khas
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan keupayaan kognitif 4.7
murid berkeperluan khas
Min 4.1

Berdasarkan jadual 3 di atas, pedagogi dalam penghasilan pakej bahan PdP digital
merujuk kepada kemahiran guru menggunakan pakej bahan PdP digital dan menyesuaikannya
dengan keupayaan murid khususnya murid berkeperluan khas. Bagi konstruk ini, pedagogi
merujuk kepada video dan aktiviti dalam langkah pengajaran yang bakal digunakan oleh guru
untuk mengajar murid berkeperluan khas iaitu langkah set induksi, pengenalan, latihan,
penghasilan dan penutup. Pedagogi yang baik mampu merangsang kemahiran berfikir murid
berkeperluan khas melalui penerapan elemen KBAT dalam bahan multimedia. Di samping
itu, pedagogi yang baik turut menitikberatkan keupayaan kognitif murid berkeperluan khas
dengan penggunaan langkah pengajaran yang bersesuaian. Dapatan data tersebut, penilai
memberikan respons yang kurang baik terhadap konstruk pedagogi dengan min purata
sebanyak 4.1. Hal ini menunjukkan pedagogi dalam penghasilan pakej bahan PdP digital ini
berada pada tahap yang rendah dan perlu ditambahbaik.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5
tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk Kualiti Media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif 4.7
pembelajaran
ii. Pencahayaan video adalah sesuai 4.7
iii. Pemilihan ton dan warna yang digunakan dalam video 5.0
mampu menarik perhatian
iv. Kualiti imej yang digunakan dalam video adalah jelas 5.0
v. Pemilihan audio dalam video adalah jelas dan sesuai 2.7
Min 4.4

Berdasarkan jadual 4 di atas, kualiti media pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital merujuk kepada pemilihan elemen media yang kreatif serta mampu memberikan
kepuasan kepada pengguna dari segi pemilihan warna, pencahayaan, kualiti, imej dan audio.
Dalam konstruk ini, kualiti media merujuk kepada video yang telah dihasilkan. Kualiti media

63
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

yang baik pastinya mementingkan pemilihan audio dan imej yang jelas. Tambahan itu
pemilihan ton dan warna yang menarik serta pencahayaan yang sesuai turut diberi penekanan
dalam penghasilan kualiti media yang baik. Data dalam jadual 4 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respons yang kurang baik bagi konstruk kualiti media dengan min purata
sebanyak 4.4 Hal ini menunjukkan kualiti media pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital berada pada tahap serhana dan masih boleh ditambahbaik.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala
Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang menarik 5.0
ii. Reka letak yang tersusun dan menarik 5.0
iii. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan 4.7
panduan kepada pengguna
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital 5.0
mempunyai ciri-ciri interaktiviti yang menarik
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital 4.3
menggabungkan pelbagai elemen media yang sesuai
Min 4.8

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti pakej merujuk kepada keseluruhan bahan


yang terkandung dalam pakej bahan PdP digital seperti DSKP, bahan, bahan model Assure,
manual pengguna, video dan kuiz. Berdasarkan jadual 5 ini, kreativiti pakej yang baik
membawa maksud cara menyusun atur kesemua bahan yang terkandung di dalam pakej secara
teratur dan menarik serta menyediakan bahan yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti.
Tambahan itu, kreativiti pakej yang baik juga mampu menghasilkan satu bahan yang
menggabungkan pelbagai elemen media yang sesuai. Data dalam Rajah 5 menunjukkan
bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap konstruk kreativiti pakej dengan
min purata sebanyak 4.8. Hal ini menunjukkan bahawa, pakej bahan PdP digital yang
dihasilkan mempunyai ciri-ciri kualiti pakej yang baik seperti penyusunan bahan-bahan yang
teratur dan menarik serta mempunyai manual pengguna bagi memudahkan pengguna.
Kesimpulannya, dapatan analisis pakej bahan PdP digital menunjukkan bahawa
konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi adalah pengisian atau kandungan. Hal ini
menunjukkan bahawa, bahan-bahan yang dimuat turun di dalam tapak pengajaran tersebut
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid berkeperluan khas dan seterusnya mampu
mencapai objektif pembelajaran harian. Di samping itu, penilai turut memberikan nilai yang
positif terhadap konstruk-konstruk yang lain. Hal ini menunjukkkan pakej bahan PdP digital
yang dihasilkan berada pada tahap yang memuaskan dari 4 aspek iaitu pengisian atau
kandungan, pedagogi, kualiti media dan kreativiti pakej.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Video dan pakej bahan PdP digital yang telah dihasilkan ini, mempunyai kekuatannya yang
tersendiri iaitu langkah pengajaran yang teratur kerana bermula daripada set induksi,
pembentangan, latihan, penghasilan dan seterusnya langkah terakhir iaitu penutup. Menurut
Nadzri & Nor Fadilah (2017) langkah pengajaran yang teratur dan tersusun akan memudahkan
pemahaman pengguna terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Hal ini demikian kerana,

64
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

langkah pengajaran dan pembelajaran tersebut bermula daripada mudah kepada sukar iaitu
dimulakan dengan memperkenalkan nama anggota badan, penggulangan audio nama anggota
badan dan menyebut nama anggota badan bersama audio di dalam video yang dihasilkan.
Langkah pengajaran turut diakhiri dengan video interaktif yang mengandungi soalan mudah
serta kuiz menerusi aplikasi Kahoot. Justeru, langkah pengajaran dan pembelajaran yang
teratur ini akan memudahkan pemahaman murid berkeperluan khas yang sememangnya
memerlukan pengajaran yang tersusun iaitu bermula dengan peringkat mudah ke sukar. Hal
ini sejajar dengan dapatan kajian oleh Shamsiah Binti Sidek (2012), iaitu pengajaran guru
perlulah disampaikan bermula dengan kemahiran asas kepada kemahiran yang tinggi bagi
memudahkan pemahaman murid.
Di samping itu, terdapat juga kekuatan pada pakej bahan PdP digital yang dihasilkan
apabila sebuah video yang telah dihasilkan mampu disesuaikan dengan kepelbagaian gaya
pembelajaran pengguna. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri dan berbeza seperti visual, audio dan kinestatik (Meor Ibrahim
& Assaadah, 2011). Apabila video tersebut melibatkan pelbagai gaya pembelajaran, secara
automatiknya ianya turut melibatkan kegunaan pelbagai deria. Hal ini kerana, melalui video
LnS Body Song murid perlu melihat sari kata dan visual, mendengar audio serta menyentuh
anggota badan. Tujuan saya melibatkan pelbagai deria ini adalah kerana Alessi et al., (2003)
menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan pelbagai deria adalah lebih berkesan
berbanding pembelajaran yang melibatkan satu deria sahaja. Justeru, melalui video tersebut
kesemua pengguna dapat belajar dengan baik kerana ianya merangkumi ketiga-tiga gaya
pembelajaran yang dinyatakan oleh Azizi Yahaya & Syazwani (2010) iaitu secara visual,
audio dan kinestatik.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Di samping itu, terdapat juga kelemahan pada video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dihasilkan dari segi kualiti media. Pemilihan audio iaitu sebuah
lagu yang digunakan adalah kurang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas kerana lagu
yang dipilih mempunyai kelajuan yang laju. Lagu tersebut bertajuk LnS Body Song dan
genrenya adalah rap. Sehubungan dengan itu saya mengambil inisiatif untuk memanjangkan
durasi video yang dihasilkan dengan menggenakan slow motion pada video tersebut. Hal ini
kemudiannya menyebabkan audio pada video tersebut menjadi tersekat-sekat dan kurang
jelas. Menurut Mohd Khairuddin (2014) pemilihan saluran penyampaian maklumat iaitu
audio yang kurang jelas dan tidak lancar akan menyebabkan pendengar khususnya murid
menjadi tidak faham dan tidak bersedia untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan itu, ritma bagi lagu Part of Body Song tersebut adalah kurang ceria dan agak kasar
untuk didengari oleh pengguna khususnya murid berkeperluan khas. Penggunaan ritma lagu
yang ceria dan gembira adalah amat penting kerana ianya mampu mempengaruhi emosi
murid-murid berkeperluan khas. Justeru, audio lagu tersebut perlu ditambah baik untuk
memudahkan penyampaian maklumat kepada pengguna dan mewujudkan suasana yang ceria.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat penambahbaikan yang perlu


dilaksanakan bagi menambahbaik pakej bahan PdP digital yang telah dihasilkan.
Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kualiti audio iaitu pemilihan lagu yang lebih sesuai
dan mempunyai kelajuan yang sederhana, sesuai dengan keupayaan kognitif murid

65
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

berkeperluan khas. Pemilihan lagu yang bersesuaian iaitu lagu yang ceria adalah amat penting
kerana ia mampu mempengaruhi suasana pembelajaran dan emosi murid berkeperluan khas.
Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Zaharah Osman (2016) iaitu penggunaan
lagu ‘Didi and Friends’ yang ceria dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan gembira
seterusnya merangsang murid-murid untuk meneruskan aktiviti sehingga tamat. Justeru, saya
perlu memodifikasi lagu LnS Body Song kepada lagu yang lebih ceria dengan merujuk
beberapa lagu kanak-kanak seperti Twinkle Twinkle Little Stars dan If You're Happy and You
Know It.

PENUTUP

Kesimpulannya, pengaplikasian TMK menerusi pakej bahan PdP digital dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP), dipercayai mampu meningkatkan penglibatan murid
berkeperluan khas dan seterusnya meningkatkan keberkesanan PdP. Justeru, pelbagai aspek
perlu diteliti bagi menghasilkan sebuah pakej PdP digital yang berkualiti dalam pelbagai aspek
meliputi aspek kandungan, kualiti media, pedagogi dan kreativiti pakej yang dihasilkan. Jika
kesemua aspek ini diteliti dengan baik, sebuah pakej PdP yang berkualiti mampu dihasilkan
dan seterusnya mampu menjadikan pakej PdP digital ini sebagai medium bagi penyampaian
maklumat yang berkesan terhadap murid bermalah pembelajaran.

RUJUKAN

Alessi, S.M dan Trollip, S.R (2003). Multimedia for Learning : Methods and Development.
Third Edition. Boston : Allyn & Bacon
Azizi Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak. (2010). Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran
Dan Kaedah Pengajaran. Dicapai Pada 5 September 2019 daripada
https://Www.Researchgate.Net/Publication/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pe
mbelajaran_Dan_Kaedah_Pengajaran
Gagne, R. M dan Driscoll, M. P.(1988). Essentials of Learning for Instruction. 2nd ed. New
Jersey: Prentice Hall. 1-133.
Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The Globalization Reader. Oxford: Blackwell Publisher
Meor Ibrahim Kamaruddin1 & Assaadah Mohamad. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran
Dalam Kalangan Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and
Counseling, 2(): 51-77.
Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid
Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 5(): 59-77.
Nadzri & Nor Fadilah (2017) Kualiti Amalan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Di Mrsm. Masters Thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Shamsiah Binti Sidek. (2012). Laporan Projek: Penggunaan Media Pengajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Geografi Di Daerah Batu Pahat, Johor.
Dicapai pada 1 September 2019 daripada
Http://Eprints.Uthm.Edu.My/4252/1/Shamsiah_Sidek.Pdf
Sharples, M. (2000). The Design Of Personal Mobile Technologies For Lifelong Learning.
Computers & Education. 34(3):177-193.
Shephard, K. (2003). Questioning, Promoting And Evaluating The Use Of Streaming Video
To Support Student Learning. British Journal of Educational Technology. 34(3):
295-308.

66
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEBERKESANAN VIDEO LISPEAK-AUTIS DALAM PAKEJ BEING DIFFERENT


IS SPECIAL UNTUK MURID AUTISME

NUR EZZATUL MAISARAH BINTI CHE ZAHARI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pada arus generalisasi ini, perkembangan inovasi digital yang semakin pesat telah membawa
banyak perubahan terhadap semua bidang. Hal ini termasuklah dalam bidang pendidikan
sejajar dengan gelombang Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) sebagai langkah untuk
membestarikan sekolah sehingga dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing. Malah,
Maszlee Malik berkata di dalam Berita Harian Online (2019) bahawa pembestarian sekolah
menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). TMK merupakan alat yang menyokong proses teras dalam pengurusan
dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran
sepanjang hayat (Fadzliaton, 2015). Jelaslah, TMK memainkan peranan yang penting
terutamanya dalam pendidikan abad ke-21 (PAK21) kerana mampu memberi kesan yang
positif dalam meningkatkan kualiti PdP terutamanya bagi mencapai objektif pengajaran dan
juga merupakan satu platfom kepada keterbukaan murid terhadap bahan teknologi.
Sehubungan dengan itu, pelbagai perisian yang menggunakan teknologi telah terhasil dan
salah satunya ialah penghasilan pakej bahan PdP digital.
Menurut Norasiah et al. (2012), pakej pengajaran merupakan sesuatu perkara yang
dapat memudahkan penyampaian maklumat kepada murid. Oleh itu, sebuah pakej bahan PdP
digital telah dibangunkan dengan menggunakan aplikasi WIX bagi mata pelajaran bahasa
Inggeris yang bertajuk Being Different is Special. Pakej Being Different is Special
dibangunkan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Pendidikan
Khas bagi masalah pembelajaran asas 3M Tahun 2. Komponen kemahiran mendengar dan
bertutur telah dipilih dengan memberi fokus kepada standard kandungan 1.4 iaitu listen to
understand and respond to text in variety of context picture and songs dan standard
pembelajaran 1.4.1 iaitu listen to demonstrate understanding of giving text by giving “Yes”
or “No” replies, giving “True” or “False” replies and responding to Wh-questions. Pakej
Being Different is Special terdiri daripada video Lispeak-Autis berkaitan anggota badan yang
merangkumi What Part of This Face?, What Function of Senses?, Yes or No Games dan True
or False Games yang dapat membantu murid berkeperluan khas (MBK) terutamanya murid
masalah autisme yang mempunyai kognitif yang rendah berbanding murid arus perdana.
Buktinya, MBK adalah berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal (Lino et. al., 2009). Justeru itu,
pakej bahan PdP digital yang mempunyai video interaktif iaitu ini akan lebih memudahkan
murid mengingat dan faham isi pelajaran yang diajar oleh guru.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian analisis video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

67
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju ; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan 4 = Setuju 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai:

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 5.0 5.0 5.0
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.8
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.8
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.7

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran berkaitan dengan pengetahuan sedia 5.0
ada murid.
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap 5.0
keupayaan murid.
iii. Kandungan bertepatan dengan topik pengajaran yang telah 5.0
ditetapkan.
iv. Pengisian pengajaran dapat mencapai objektif pengajaran. 5.0
v. Berupaya menarik minat serta merangsang murid untuk 5.0
menumpukan perhatian.
Min 5.0

Berdasarkan jadual 2 di atas , konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej bahan yang telah
dibangunkan seperti video dan kuiz. Pengisian dan kandungan yang baik akan dapat
membantu pengguna untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan dengan lebih berkesan. Oleh itu, pengisian atau kandungan yang baik perlu
mengambil kira pelbagai aspek seperti pengetahuan sedia ada murid, tahap keupayaan murid,
ketepatan topik pengajaran, objektif pembelajaran murid dan menarik minat murid. Data
dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai telah memberi respon yang amat positif terhadap
penilaian pengisian atau kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang telah dibangunkan. Penilai bersetuju bahawa pengisian dan kandungan video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah dibangunkan adalah sangat baik
dengan min purata bagi konstruk ini ialah 5.0. Hal ini menunjukkan bahawa video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah dibangunkan telah mengambil kira
aspek-aspek yang dinyatakan
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

68
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi dapat merangsang pemikiran murid. 5.0
ii. Kaedah pengajaran dapat mengukuhkan kefahaman murid 5.0
mengenai isi kandungan.
iii. Menyokong penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 4.3
(KBAT).
iv. Pengajaran dapat disampaikan bersesuaian dengan langkah 5.0
pengajaran secara berstruktur.
v. Kaedah yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif 5.0
murid.
Min 4.8

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi ialah satu kaedah dan prinsip
pengajaran yang bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Pedagogi yang baik dapat membantu guru untuk
mengaplikasikan kaedah penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
keupayaan murid. Oleh itu, pedagogi yang berkesan akan mengambil kira pelbagai aspek
penting seperti merangsang pemikiran murid, mengukuhkan kefahaman murid mengenai isi
kandungan, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), langkah pengajaran yang
berstruktur dan sesuai dengan tahap kognitif murid. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa
penilai telah memberi respon yang positif terhadap penilaian konstruk pedagogi video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah dibangunkan. Penilai telah
menyatakan bahawa pedagogi video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibangunkan adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata bagi
konstruk ini ialah 4.8. Hal ini menunjukkan bahawa video yang dihasilkan telah mengambil
kira aspek-aspek kualiti konstruk pedagogi perisian yang sesuai dengan kehendak pengguna.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan menjadi panduan kepada pengguna 5.0
untuk mendapatkan maklumat.
ii. Pemilihan font tulisan dalam video yang dihasilkan adalah 5.0
bersesuaian.
iii. Pemilihan gambar dan foto yang menarik bersesuaian 4.3
dengan tajuk.
iv. Pemilihan audio dan muzik sebagai latar belakang video 4.7
yang sesuai dan menarik.
v. Kandungan video mencapai dan sesuai dengan standard 5.0
kandungan pelajaran.
Min 4.8

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media ialah ciri-ciri media yang
dihasilkan boleh memberi kepuasan kepada pengguna untuk menggunakannya mengikut
keinginan mereka. Oleh itu, kualiti media yang baik akan memudahkan pengguna untuk
menggunakan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan
kerana sesi pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa adanya sebarang gangguan. Oleh itu,

69
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

media yang berkualiti akan mengambil kira pelbagai aspek yang penting seperti memberi
panduan untuk mendapatkan maklumat, pemilihan font tulisan yang bersesuaian, gambar yang
menarik, pemilihan audio yang sesuai, kandungan video mencapai standard kandungan
pelajaran. Data dalam Rajah 4 menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif
terhadap penilaian kualiti media video yang dihasilkan. Penilai menyatakan bahawa konstruk
kualiti media video yang dihasilkan dalam video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan
min purata bagi konstruk ini ialah 4.8. Hal ini menunjukkan bahawa video yang dihasilkan
telah dapat mengambil kira aspek-aspek yang dinyatakan sehingga dapat menyumbang
kepada kepuasan pengguna.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej adalah menarik dan sesuai. 4.3
ii. Pakej yang dihasilkan dapat mengabungkan pelbagai 4.3
elemen multimedia.
iii. Keberkesanan multimedia meningkatkan keberkesanan 5.0
mesej kandungan.
iv. Pakej mempunyai ciri-ciri interaktif. 5.0
v. Menggunakan elemen bahan pada pakej bersesuaian. 5.0
Min 4.7

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan


untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru melalui kemahiran imaginasi seperti
keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang mempunyai kreativiti yang interaktif dapat
membantu untuk menarik minat pengguna terhadap pengisian pembelajaran dan secara tidak
langsung menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Konstruk kreativiti yang baik akan
mengambil kira aspek kesesuaian reka letak antara muka pakej, kepelbagaian elemen
multimedia, penekanan mesej kandungan, mempunyai ciri-ciri interaktif dan elemen bahan
yang sesuai. Data dalam Rajah 5 menunjukkan bahawa penilai telah memberikan respon yang
positif terhadap penilaian konstruk kreativiti video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang telah dibangunkan. Penilai telah menyatakan bahawa kreativiti
video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan adalah sangat
baik bagi konstruk kreativiti yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.7. Hal
ini menunjukkan bahawa pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah
dibangunkan telah memenuhi beberapa aspek-aspek kualiti konstruk kreativiti.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah konstruk pengisian atau kandungan iaitu sebanyak 5.0. Hal ini menunjukkan bahawa
pengisian dan kandungan pakej pengajaran dan pembelajaran amat memuaskan hati penilai
kerana dapat membantu pengguna untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
telah ditetapkan dengan lebih berkesan melalui video dan kuiz yang mampu menarik minat
murid. Min purata konstruk pedagogi dan konstruk kualiti media pula ialah 4.8 dan seterusnya
diikuti oleh konstruk kreativiti yang memperoleh min purata 4.7. Secara keseluruhannya,
video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan telah
memenuhi pelbagai aspek penting.

70
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kekuatan yang terdapat dalam pakej Being Different is Special yang dibangunkan
adalah dari aspek kandungan yang disusun dengan teratur sehingga membolehkan maklumat
yang disampaikan mudah difahami. Kandungan pakej Being Different is Special dibangunkan
dari aras mudah ke aras yang lebih sukar yang mana bahagian anggota muka telah
diperkenalkan terlebih dahulu kepada MBK sebelum diterangkan fungsi bagi setiap anggota
tersebut. Hal ini menyebabkan MBK akan lebih mudah untuk memahami topik pembelajaran
dengan membuat perkaitan antara satu-satu bahagian tersebut. Menurut Shahabuddin et al.
(2007), pengajaran peringkat demi peringkat akan menjadikan proses pengajaran lebih
tersusun dan sistematik sehingga memudahkan proses penerangan guru dan kefahaman murid.
Oleh itu, pakej Being Different is Special yang dibina mempunyai kandungan pembelajaran
yang tersusun sehingga membolehkan murid memahami dengan lebih mudah.
Seterusnya, penggunaan saiz tulisan pada pakej Being Different is Special yang
dibangunkan adalah jelas. Video Lispeak-Autis yang dihasilkan telah menggunakan saiz fon
yang besar dalam setiap penerangan sehingga dapat memudahkan murid autisme untuk
melihat. Hal ini dikatakan demikian kerana MBK merupakan golongan yang memiliki tahap
kefungsian rendah sehingga mendorong kepada pelbagai masalah. Hal ini disokong oleh
Syakil (2017) yang menyatakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-
kanak yang mengalami perkembangan penglihatan yang lambat. Hal ini menyebabkan mereka
tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran sekiranya saiz fon yang digunakan adalah kecil dan
tidak jelas. Grameno (2006) juga menyatakan bahawa pemilihan saiz fon untuk pengajaran
perlu dititikberatkan kerana pengaruh saiz fon adalah besar impaknya dalam membolehkan
murid melihat sesuatu yang diajar dengan jelas serta menarik perhatian kanak-kanak. Oleh itu,
kekuatan yang dikenal pasti ialah pakej Being Different is Special yang dibina mempuyai
penggunaan saiz fon yang jelas sehingga boleh menarik perhatian murid.
Selain itu, gambar visual yang digunakan dalam video Lispeak-Autis adalah realisitk
juga merupakan salah satu kekuatan pada pakej Being Different is Special yang telah
dibangunkan. Gambar yang digunakan untuk menerangkan setiap anggota muka seperti mata,
telinga, hidung dan mulut adalah merupakan gambar anggota muka yang sebenar. Hal ini
menyebabkan MBK lebih mudah memahami maklumat yang ingin disampaikan kerana
gambar yang ditayangkan adalah sama dengan anggota badan mereka. Mohd Zuri Ghani dan
Aznan Che Ahmad (2011) juga menyatakan bahawa MBK sememangnya bermasalah dalam
berimaginasi serta membayangkan sesuatu perkara atau situasi yang sebenar. Oleh itu,
pemilihan visual yang realistik pada video Lispeak-Autis adalah sesuai kerana dapat
membantu MBK untuk memahami dan membuat perkaitan antara maklumat baru dengan
pengalaman yang sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan adalah melalui tempoh
masa setiap bahagian video. Masa yang diperuntukkan untuk setiap bahagian dalam video
yang ditayangkan adalah terlalu cepat dengan keupayaan murid autisme. Murid autisme
memerlukan masa yang panjang untuk mereka memahami sesuatu kandungan pelajaran
tersebut. Bonifacci dan Snowling (2008) juga meyatakan bahawa MBK yang lemah
kognitifnya menunjukkan pergerakan yang lebih perlahan apabila menyelesaikan sesuatu
tugasan dan berfikir. Oleh itu, tempoh masa yang singkat akan menyebabkan murid autisme

71
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

menjadi keliru tentang perkara yang dipelajari kerana mereka tidak dapat diberi peluang untuk
mendengar, melihat dan mengulangi kembali perkataan yang telah dipelajari.
Selain itu, latar belakang yang digunakan adalah kurang menarik sehingga
menyebabkan video Lispeak-Autis yang dihaslkan kelihatan suram kerana tidak menggunakan
paparan yang bercorak serta menarik. Kebanyakan bahagian video Lispeak-Autis yang
dihasilkan menggunakan warna yang sama serta tidak mempunyai corak untuk latar belakang.
Penggunaan latar belakang memberikan kesan dalam pembelajaran MBK yang mana paparan
yang tidak menarik boleh menyebabkan motivasi MBK untuk belajar adalah kurang. Menurut
Ahmad Esa et al. (2007), penggunaan latar belakang yang tidak sesuai dalam aktiviti
pembelajaran iaitu dengan menggunakan persembahan yang terlalu serius tanpa
menggunakan elemen yang disukai murid menyebabkan pengajaran tersebut tidak akan
berupaya menarik minat murid. Oleh itu, latar belakang yang kurang menarik merupakan
salah satu kelemahan pada pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan.
Di samping itu, kelemahan yang terdapat dalam pakej ini adalah tidak mempunyai
tiada ruangan komen kepada pengguna seperti guru dan ibu bapa berkongsi maklumat.
Ruangan komen amat penting untuk pengguna menyatakan sesuatu sama ada pertanyaan,
ucapan dan pendapat (Muhammad, 2015). Hal ini menyebabkan sebarang penambahbaikan
tidak dapat dilakukan dari semasa ke semasa dari aspek pertambahan idea berdasarkan
cadangan daripada pengguna untuk membentuk pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang lebih berkualiti secara menyeluruh. Oleh itu, kelemahan pakej Being Different is
Special yang tiada ruangan komen untuk pengguna luar telah menyebabkan pengguna tidak
dapat memberikan sebarang pendapat terhadap pakej Being Different is Special yang telah
dibangunkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memastikan kualiti pakej
Being Different is Special digital yang telah dibangunkan dapat diaplikasikan dengan lebih
baik oleh pengguna. Salah satu penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan cara
menambah tempoh masa setiap bahagian video Lispeask-Autis yang dihasilkan. Hal ini kerana
MBK adalah berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan
komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal (Lino et. al., 2009). Oleh itu,
ketidakupayaan dalam sesuatu kemahiran menyebabkan MBK memerlukan masa yang
panjang untuk mereka memahami sesuatu kandungan pelajaran tersebut berbanding murid
normal. Oleh itu, masa tayangan pengajaran melalui video Lispeak-Autism haruslah
dipanjangkan agar MBK memperoleh pendidikan yang sama dengan arus perdana tetapi
mengikut tahap keupayaan mereka. Oleh itu, pemanjangan tempoh pengajaran melalui video
Lispeak-Autism dapat membantu MBK meningkatkan keupayaan mereka ke arah yang lebih
baik.
Di samping itu, latar belakang yang digunakan haruslah menarik minat MBK untuk
terus mengikuti proses PdP. Muhammad Hasan (2000) menyatakan dalam kajiannya bahawa
kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mecatat peratusan terbesar iaitu
83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Pemilihan visual iaitu latar belakang
video yang sesuai dan menarik memainkan peranan yang penting kepada murid terutamanya
MBK kerana latar belakang yang menarik membolehkan proses pemerolehan maklumat
berjalan dengan lancar. Oleh itu, pemilihan corak dan warna latar belakang haruslah
dititikberatkan agar MBK dapat memberi fokus kepada kandungan pengajaran yang ingin
disampaikan. Jika latar belakang berwarna cerah seperti kuning, maka pemilihan warna bagi
maklumat pembelajaran haruslah kontras seperti warna hitam. Oleh itu, pemilihan latar

72
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

belakang video Lispeak-Autism yang menarik merupakan salah satu cadangan penambaikan
untuk menarik minat MBK mengikuti sesi PdP.
Selain itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan cara menambah
ruangan komen untuk membentuk pakej Being Different is Special yang lebih berkualiti.
Ruangan komen dapat membantu pengguna seperti guru dan ibu bapa untuk memberi respon
dan idea penambahbaikan tentang pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan.
Hal ini disokong oleh Hasifah (2011), ruangan komen atau forum dapat membenarkan guru
memberi komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea. Bukan itu sahaja, pengguna
lain boleh membaca komen yang dinyatakan dan boleh memberi respon terhadap sesuatu
tajuk yang dibincangkan dari masa ke masa. Oleh itu, ruangan komen merupakan cadangan
yang perlu ditambah baik pada pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan
sehingga dapat meningkatkan ciri-ciri interaktif.

PENUTUP

Pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan mempunyai pelbagai kelebihan dan
kekurangan yang telah dikenal pasti. Oleh itu, segala kelebihan akan dijadikan panduan yang
untuk memudahkan pengguna manakala segala kekurangan perlu dititkberatkan dan diberi
perhatian agar penghasilan pakej baharu yang dibina menjadi lebih berkualiti untuk
membentuk murid yang dapat meningkatkan potensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Namun, terdapat segelintir guru yang tidak mahir dalam TMK sehingga
menyebabkan TMK sukar diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, guru haruslah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam segala kemahiran untuk
menyampaikan PdP yang berkualiti kepada murid terutamanya kemahiran yang berkaitan
dengan TMK kerana kemahiran ini telah menjadi keperluan masa kini yang disebabkan
peredaran zaman yang semakin membangun. Hal ini disokong oleh Habib Mat Som (2005),
kesediaan adalah aspek penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan
perubahan kurikulum. Oleh itu, sekiranya guru mempunyai kemahiran dalam TMK, maka
pakej Being Different is Special yang telah dibangunkan dapat memberi impak yang lebih
positif kepada murid terutamanya murid berkeperluan khas (MBK).

RUJUKAN

Ahmad Esa, Baharom Mohamad & Siti Nasrah Mukhtar. (2007). Peranan Multimedia di
dalam Pembelajaran Kanak-Kanak. Dicapai pada 12 September 2019 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/2705/1/30.__Kertas_Kerja_Lengkap_JPPG_2007a.pdf
Badlishah Ahmad. (2019, September 3 ). Bangkit bersama negara hadapi cabaran IR 4.0.
Berita Harian Online. Dicapai pada 10 September 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/09/602995/bangkit-
bersama-negara-hadapi-cabaran-ir-40
Bonifacci P, Snowling MJ. (2008). Speed of Processing and Reading Disability: A cross-
Linguistic Investigation of Dyslexia and Borderline Intellectual Functioning.
Cognition, 107, 999–1017.
Fadzliaton Zainudin. (2015). ICT Dalam Pendidikan. Dicapai pada 11 September 2019
daripada https://sumberdigital.wordpress.com/2015/10/31/ict-dalam-pendidikan/
Grameno Anak Davis. (2006). Pemilihan Saiz Fon dan Kesan Kebolehgunaan Fon
Terhadap Proses Pembacaan Kanak-Kanak. Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia: Universiti Malaysia Sarawak.

73
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Habib Mat Som (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap
pelaksanaan perubahan Kurikulum. Tesis PhD, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Hanif Ahmad. (2013). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Multimedia Perkara
Muka Surat. Dicapai pada 10 September 2019 daripada
https://www.academia.edu/9853628/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Mengguna
kan_Multimedia_PERKARA_MUKA_SURAT
Hasifah Abdul Aziz. (2011). Keberkesanan Pembelajaran Menggunakan Forum dalam
Sistem E-Learning: Kajian Kes Pelajar Tahun 4spi. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
Lino, Stephenie, Nurul & et. Al. (2009). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Peringkat
Awal Kanak-Kanak. Dicapai pada 10 September 2019 daripada
https://www.academia.edu/7315525/Kanakkanak_berkeperluan_khas_di_perin
gkatawal_kanak-kanak
Muhammad Hasan. (2000). Media Pengajaran: Penghasilan Bahan Pengajaran
Berkesan. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad. (2015). Keperluan dan Kepentingan Ruangan Komen Pada Blog. Dicapai
pada 10 September 2019 daripada
http://www.dammahumnib.com/2015/11/keperluan- ruangan-komen-pada-
blog.html
Norasiah binti Abdullah. Nor Risah Jamilah binti Mat Lazim & Rosnah binti Ahmad
Zain. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: Pts
Professsional Publishing Sdn.Bhd.
Syakil Zainal. (2017). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Dicapai pada 11 September
2019 daripada https://www.academia.edu/34964322/KANAK-
KANAK_BERKEPERLUAN_KHAS

74
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

APLIKASI ANI-SOUND DALAM PAKEJ LETS’S LEARN SOUNDS


UNTUK MURID SEREBRAL PALSI

NUR FATHIYAH SYAMIMI BINTI MUHD FAUZI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran digital dalam kalangan guru.
Perkembangan terkini menyaksikan TMK menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid berkeperluan khas khususnya
murid serebral palsi membina pengetahuan baharu dalam semua bidang (Lechner & Boli
2000). Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran murid serebral Palsi pastinya bertambah
baik kerana penggunaan pakej pengajaran dan pembelajaran yang digunakan secara digital
sangat menepati elemen yang sangat dituntut dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu melalui
pengintegrasian TMK. Selain itu, murid berkeperluan khas khususnya murid serebral palsi
tertarik dengan penggunaan TMK sebagai proses pembelajaran di dalam bilik darjah (Anuar
Rahman, 2011). Hal ini disokong kerana penggunaan teknologi yang bersesuaian dan
berkesan juga sebenarnya dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan hasil
pembelajaran yang dikehendaki (PPK, 2000).
Sehubungan dengan itu, sebuah pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
telah dibangunkan melalui aplikasi WIX yang telah dihasilkan sebagai tapak blog
pembelajaran yang bertajuk Let’s Learn Sounds khususnya untuk digunakan bagi murid
berkeperluan khas iaitu murid serebral palsi berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun 1 di bawah
komponen kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi pembangunan bahan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital ini, saya telah menghasilkan satu video yang bertajuk
Animals menggunakan audio untuk set induksi, aplikasi Story Jumper untuk pengenalan bunyi
haiwan, H5P sebagai video interaktif untuk meneka bunyi haiwan dan kad bergambar haiwan
sebagai penutup. Video yang dihasilkan bertajuk Ani-Sound. Oleh itu, untuk mencapai
standard pembelajaran, murid dapat mendengar dan memberi respon terhadap 2 daripada 4
bunyi haiwan dengan betul.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran atau
komponen Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah tajuk My Pet ini dilaksanakan berdasarkan
instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu

75
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.7
Pedagogi 3 4 5 4.7
Kualiti Media 3 4 5 4.9
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.8

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
memenuhi pengetahuan sedia ada murid
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
sesuai dengan tahap kognitif murid
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
releven dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
dapat mencapai objektif pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
dapat menarik perhatian murid
Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran digital pakej yang dibangunkan. Oleh itu,
konstruk pengisian di dalam pakej ini mengambil kira kandungan yang memenuhi
pengetahuan sedia ada murid, sesuai dengan tahap kognitif murid, relevan dengan DSKP,
dapat mencapai objektif pembelajaran serta menarik minat murid. Data dalam Jadual 2
menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif terhadap penilaian pengisian
atau kandungan. Penilai menyatakan bahawa pengisian atau kandungan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang disediakan adalah sangat baik bagi konstruk yang
dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa pengisian
atau kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan telah
mengambil kira aspek-aspek pengisian atau kandungan yang baik untuk diajar kepada
pengguna.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

76
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang 4.3
pemikiran yang kreatif dan kritis
ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat meningkatkan 5.0
kefahaman murid tentang topik yang dipelajari
iii. Pedagogi yang digunakan bersama kepada murid 4.3
menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
iv. Kaedah pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan 5.0
langkah pengajaran
v. Pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan tahap 5.0
kognitif dan gaya pembelajaran murid
Min 4.7

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada proses pengajaran


dan pembelajaran dalam penyampaian isi kandungan dalam video yang dihasilkan. Oleh itu,
konstruk pedagogi yang digunakan bersama dalam pakej ini mengambil kira elemen
merangsang pemikiran kreatif dan kritis, menyokong kemahiran berfikir aras tinggi, sesuai
digunakan dengan langkah pengajaran serta sesuai dengan tahap kognitif dan gaya
pembelajaran pelajar di samping dapat meningkatkan kefahaman murid. Data dalam Jadual 3
menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif terhadap penilaian pedagogi.
Penilai menyatakan bahawa konstruk pedagogi yang disediakan adalah sangat baik bagi
konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.7. Hal ini menunjukkan
bahawa pedagogi yang digunakan bersama dalam pakej ini adalah baik kerana telah
mengambil kira aspek-aspek pedagogi yang baik terhadap isi kandungan dalam video yang
dihasilkan.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 4.3
gambar dengan menarik dan jelas
ii. Fon yang digunakan adalah sesuai dan menarik 5.0
iii. Kelajuan video sesuai dan terkawal 5.0
iv. Audio dan muzik latar video adalah jelas dan sesuai 5.0
v. Video dihasilkan dengan amat baik untuk mencapai objektif 5.0
pembelajaran
Min 4.9

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada sifat media yang
mudah difahami, ringkas, menarik, berinformatif dan dalam jangkaan masa yang bersesuaian
untuk tujuan pengajaran yang dapat memberi kesan dan tarikan kepada pengguna. Konstruk
kualiti media dalam pakej yang dibangunkan ini adalah berkaitan video yang dihasilkan
hendaklah dapat mengintegrasikan elemen gambar yang menarik dan jelas, fon yang sesuai
dan menarik, kelajuan video yang sesuai dan terkawal serta audio dan muzik latar video yang
sesuai dan mencapai objektif pembelajaran. Data dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respon yang positif terhadap penilaian kualiti media. Penilai menyatakan bahawa
kualiti media yang disediakan adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata
bagi konstruk ini ialah 4.9. Oleh itu, video yang dihasilkan adalah sangat baik kerana

77
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memudahkan pengguna untuk menggunakan media ini sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 4.3
pembelajaran yang dibangunkan teratur dan amat menarik
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 5.0
dibangunkan dapat mengintegrasikan pelbagai elemen
multimedia dengan baik
iii. Pemilihan elemen multimedia yang meningkatkan 5.0
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 5.0
dibangunkan mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif yang
bersesuaian
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.7
dibangunkan menyediakan panduan kepada pengguna pakej
Min 4.8

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk kepada kemampuan


untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu produk yang menarik. Oleh itu, kreativiti pakej
yang baik haruslah dapat menyusun atur reka letak dengan baik, mengintegrasikan pelbagai
elemen multimedia, dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
mempunyai ciri-ciri interaktif dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dan
menyediakan panduan kepada pengguna pakej. Data dalam Jadual 5 menunjukkan bahawa
penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian kreativiti pakej. Penilai
menyatakan bahawa kreativiti pakej yang disediakan dalam produk yang dihasilkan ini adalah
sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.8. Hal ini
menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek kreativiti
pakej dengan baik bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran digital yang
afektif.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah kualiti media. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti media yang dihasilkan menarik dan
sesuai untuk pengguna. Justeru, fon yang digunakan besar dan mudah untuk pengguna
tersebut membaca. Selain itu, video yang dihasilkan tidak terlalu laju serta audio yang
digunakan jelas lalu dapat mencapai objektif pembelajaran dengan baik.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai berdasarkan
penilaian dari segi kandungan, kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan di
dalam pakej memenuhi pengetahuan sedia ada pengguna kerana menceritakan segala aspek
mengenai kemahiran mendengar dan bertutur. Tajuk Animals yang digunakan juga
berdasarkan haiwan-haiwan yang sering dilihat dan didengar oleh pengguna. Hal ini releven
dengan tajuk Animals yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) lalu akan mencapai objektif yang telah ditetapkan (Baharuddin et. al, 2001).

78
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain itu, kekuatan pakej juga terletak pada aspek pedagogi yang digunakan
bersama dapat meningkatkan kefahaman pengguna terhadap topik yang dipelajari kerana
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara digital sangat mendalam
bermula dengan set induksi sehingga penutup seperti mendengar audio bunyi haiwan,
pengenalan bunyi haiwan, suaikan gambar haiwan dan bunyi haiwan, video interaktif
mengenai meneka bunyi haiwan serta kad bergambar haiwan bagi membolehkan pengguna
dapat menguasai topik dengan langkah pembelajaran yang sesuai seiring dengan tahap
pengguna iaitu murid berkeperluan khas (Sukor Shaari et.al, 2016). Hal ini kerana menurut
Shulman (1987), pedagogi yang digunakan secara berkesan sesuai dengan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung seiring dengan tahap kognitif dan gaya pembelajaran
pengguna terutamanya bagi tahap kognitif murid serebral palsi yang lebih rendah berbanding
murid normal.
Seterusnya, kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dinilai juga dari aspek kualiti media, video yang dihasilkan sesuai dan terkawal iaitu
tidak terlalu laju kerana memudahkan pengguna mendengar dan bertutur dengan baik kerana
kognitif mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu topik (Chris
Abbott, 2002). Audio dan muzik latar video Ani-Sound yang dihasilkan juga jelas dan sesuai
dengan pengguna serta dapat mencapai objektif pembelajaran kerana video yang dihasilkan
tersebut menggunakan suara yang jelas untuk pengguna tersebut mudah memahami setiap
perkataan yang dituturkan lalu memudahkan objektif pembelajaran tercapai (Feldman, 1996).
Di samping itu, fon yang digunakan juga bersesuaian untuk pengguna membaca kerana fon
yang digunakan menarik dan besar untuk pengguna melihat dan membaca lalu pengguna
tersebut memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas (Feldman, 1996).
Akhir sekali, dari aspek kreativiti pakej. Pemilihan elemen multimedia bersesuaian
dan baik kerana mudah untuk pengguna memahami perisian di dalam pakej tersebut. Selain
itu, kreativiti pakej yang digunakan juga menarik kerana menggunakan teks yang mudah
dibaca dan susunan yang teratur, grafik yang jelas, animasi yang digunakan dalam bentuk
visual membantu dalam proses pemahaman, audio yang digunakan dengan jelas serta video
yang digunakan mempunyai ciri-ciri interaktif yang sesuai. Hal ini pastinya memberi kesan
terhadap pembelajaran yang afektif.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai dari segi
kandungan. Terdapat kandungan di dalam pakej yang kurang sesuai untuk tahap kognitif
pengguna seperti perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami lalu
objektif pembelajaran pengguna tidak dapat tercapai dengan sepenuhnya kerana pengguna
tidak dapat memahami butang-butang di dalam pakej untuk dibaca dan ditekan. Seterusnya,
dari aspek pedagogi, kelemahan juga dapat dikesan dari langkah-langkah yang telah
digunakan di dalam pakej pedagogi yang digunakan bersama tidak menyentuh unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang secara tidak langsung kurang membantu proses kognitif
kepada pengguna berfikir secara kreatif dan kritis kerana video interaktif yang dilaksanakan
hanya menguji soalan yang senang untuk pengguna berfikir. Seterusnya, ruangan komen di
dalam pakej juga tidak diwujudkan untuk memastikan interaksi dua hala berlaku antara guru
dan murid di dalam alam maya.
Selain itu, aspek kualiti media iaitu video Ani-Sound yang dihasilkan juga terdapat
gambar yang kurang jelas. Hal ini kerana gambar tersebut dalam saiz yang besar tetapi kabur
akan memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Zuri Ghani & Aznan Che

79
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Ahmad, 2011). Selain itu, didapati aspek kreativiti pakej juga agak kurang dari segi reka letak
antara muka pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan kerana kurang
menggunakan ton warna yang sesuai kerana menggunakan warna gelap dan menyukarkan
pengguna untuk melihat. Di samping itu, panduan kepada pengguna pakej juga ringkas dan
tidak diterangkan secara mendalam. Hal ini akan menyukarkan pengguna untuk memahami
cara untuk menggunakannya lalu mengambil masa untuk belajar ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung (Rabven, 1977).

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan terhadap video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang dibangunkan khususnya kepada video Ani-Sound yang dihasilkan untuk
meningkatkan kualiti produk secara keseluruhan. Menurut Kenimer dan Morgan (2003), video
yang dihasilkan haruslah mempunyai unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi
membolehkan pengguna iaitu murid berkeperluan khas diterapkan pembelajaran aktif dengan
berfikir secara kreatif dan kritis seperti soalan yang diuji mengenai tajuk Animals dengan
bimbingan guru supaya mereka dapat mengingat kembali mengenai bunyi haiwan bukan
sahaja ketika belajar tetapi boleh mengaplikasikannya sekiranya ditanya oleh orang lain pada
bila-bila masa.
Hal ini kerana pedagogi yang diterapkan dalam video Ani-Sound yang baik dapat
merangsang pemikiran kreatif dan kritis kepada pengguna serta menyokong Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menyokong pembelajaran abad ke-21. Justeru,
pengaplikasian KBAT yang digunakan sangat penting kerana apabila pengguna kerap berfikir,
hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu yang
tinggi (Tikva, 2010).
Seterusnya, ruangan komen pada pakej juga boleh ditambah sekiranya pengguna
tidak memahami sesuatu perkara untuk memberi peluang kepada pengguna memberi pendapat
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan berlaku
penglibatan aktif antara guru dan murid dalam alam maya (Hasifah Aziz, 2011).
Selain itu, pemilihan gambar haiwan di dalam video Ani-Sound tersebut juga
haruslah yang jelas dan tidak kabur supaya pengguna dapat melihat dengan jelas dan mudah
difahami. Hal ini kerana, pemilihan gambar yang jelas pastinya dapat menarik minat pengguna
untuk belajar justeru dapat merangsang minda mereka untuk mengaitkan gambar dan bunyi
haiwan dengan betul. Sekiranya gambar yang dipamerkan tidak jelas, pengguna pastinya akan
bosan dan kurang tertarik untuk melihat dan belajar ketika itu (Shabrina Alfari, 2018).
Di samping itu, ayat yang digunakan dalam pakej tersebut juga haruslah
menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah difahami oleh
pengguna tersebut ketika menggunakan pakej tersebut (Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad,
2011). Guru juga haruslah membantu dan membimbing murid tersebut sekiranya tidak faham
serta menguasai kandungan pakej tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya bersama
pengguna. Justeru, kebekesanan proses pengajaran dan pembelajaran pastinya akan berjalan
dengan lancar.
Akhir sekali, ton warna yang digunakan juga haruslah terang supaya dapat
merangsang deria penglihatan pengguna untuk membaca kerana warna yang terang pastinya
akan kelihatan ceria dan bagus untuk murid berkeperluan khas membaca dengan mudah
(Manisah Ali & Norizza Sahal, 2016). Panduan kepada pengguna pakej juga haruslah
dihuraikan dengan lebih mendalam bagi memudahkan murid memahami cara
menggunakannya lalu penggunaan video interaktif yang dihasilkan pastinya dapat digunakan
oleh pengguna dengan mudah kerana panduan yang dinyatakan sudah jelas untuk difahami.

80
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENUTUP

Konklusinya, pakej pembelajaran yang dibina adalah sangat lengkap dan menarik apabila
dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada murid berkeperluan
khas. Tambahan lagi, menurut Hanafi Atan (2012), pakej pembelajaran digital ini merupakan
salah satu pendekatan yang mengaplikasikan unsur TMK seperti yang sangat dituntut di dalam
pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, guru perlu bijak dalam memilih media ataupun bahan
pengajaran yang paling sesuai untuk murid kerana hal ini sangat membantu
memperkembangkan bakat dan potensi murid dalam mencapai objektif selaras kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Ee Ah Meng, 2003).

RUJUKAN

Anuar Rahman & Ahmad Kamari. (2011). Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru
Penyelaras ICT Di Sekolah‐Sekolah Rendah Zon Paloh, Kluang. T.pt. NCREL
.2003. EnGauge 21st Century Skil for 21st Century Learners. Dimuat turun pada
17September 2019 daripada https://pict.sdsu.edu/
Baharuddin Aris et.al. (2001). Reka bentuk Perisian Multimedia. Kuala Lumpur: Venton
Publishing.
Chris Abbott (2002). Keperluan Pendidikan Khas dan Internet. Selangor: Percetakan Halim
Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Feldman (1996). Philosophy of Art Education. New Jersey: Prentice Hall
Hanafi Atan (2012). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Berpusatkan
Pelajar. Pulau Pinang: Penerbit USM
Hasifah Aziz (2011). Keberkesanan Pembelajaran Menggunakan Forum Dalam Sistem E
Learning: Kajian Kes Pelajar Tahun 4SPI. Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Projek Sarjana Muda
Kenimer, A., & Morgan, J. (2003). Active learning exercises requiring higher-order thinking
skills. Retrieved September 22, 2019, [Electronic version]. American Society for
Engineering Education. Session 2003-1237.
Lechner & Boli (2000). The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher. Maddux, C.
D., Johnson, D. L. & Willis, J. W. 1997. Educational computing: Learning with
tomorrow’s Technologies. Ed. ke-2. Boston: Allyn & Bacon.
Manisah Ali & Norizza Sahal (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran
Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6.
Dimuat turun pada 21 September 2019 daripada
http://journalarticle.ukm.my/10451/1/14002-38450-1-SM.pdf
PPK (2000). “Sukatan Pelajaran KBSM Matemetik.” KPM. Reigeluth, C.M., Bunderson,
C.V., & Merill, M.D. (1978). “What is the Design Science of Instruction?”
Journal of Instructional Development, 6(2), 11-6.
Raven, J. (1977). Education, Values, and Society: The Objectives of Education and the
Nature and Development of Competence. London: HK Lewis & Co. Ltd.
Shabrina Alfari (2018). 5 Cara Agar Murid Cepat Faham. Dimuat turun pada 21 September
2019 daripada https://blog.ruangguru.com/5-cara-mengajar-agar-murid-cepat-
paham
Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57(1), 1-22.

81
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Sukor Shaari et.al (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan Masalah Yang
Dihadapi Guru-guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru Untuk Mengamalkan
Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. Proceeding of ICECRS, 1 (2016)
599-608. Dimuat turun pada 21 September 2019 daripada
http://repo.uum.edu.my/23084/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20599
608.pdf
Tikva, J. B. (2010). Socratic teaching is not teaching, but direct transmission is: Notes
from 13 to 15-year olds’ conceptions of teaching. Teaching and Teacher
Education, 26(3), 656–664. doi:10.1016/j.tate.2009.10.001
Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit USM

82
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN APLIKASI VIDEO LSS-ANIMALS DALAM PAKEJ BEING


DIFFERENT IS SPECIAL UNTUK MURID AUTISME

NUR HANI BINTI MOHD IDRIS


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat banyak memberi manfaat kepada sistem pendidikan


terutama dalam pembinaan bahan dan keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Melvina dan Jamaludin, 2010). Pelbagai inovasi terhadap kurikulum pendidikan yang
memberikan penekanan aplikasi kaedah, teknik dan strategi pengajaran khususnya
menggunakan intergrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai amalan dalam
kalangan guru (Safuan, 2003). Dalam bidang pendidikan, perkembangan TMK turut
memainkan peranan penting dalam keseluruhan pelaksanaan dasar. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah - langkah
untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, PIPP (2006). Antara teras PIPP adalah memperkasakan sekolah
kebangsaan dengan menjalankan program pembestarian sekolah dan penggunaan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah diwujudkan (PIPP, 2006). Hal ini tidak
terkecuali bagi murid pendidikan khas, mereka juga berhak untuk memperoleh kemudahan
yang disediakan untuk mengembangkan potensi diri dan menjalani sesi PdP yang menarik.
Bertepatan dengan Plamen dan Judith (2003), penggunaan TMK menjanakan satu
persekitaran pembelajaran kreatif dan kondusif yang mampu mengubah proses PdP.
Hal yang demikian, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran telah
dibangunkan yang bertajuk Being Different Is Special yang khususnya murid bermasalah
autisme. Pakej ini dibangunkan dengan menggunakan satu tapak iaitu WIX. Medium ini
digunakan kerana ianya mudah dan bersifat interaktif iaitu pengguna boleh bertanyakan soalan
serta memberikan pendapat mereka. WIX yang dibangunkan mempunyai video bagi subjek
Bahasa Inggeris Tahun dua di bawah kemahiran bertutur dan mendengar, ianya dibangunkan
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) di bawah standard
pembelajaran 1.4 iaitu murid akan mendengar dan memberi respon kepada gambar dan lagu.
Tema yang telah dipilih bagi pakej ini adalah haiwan. Terdapat empat video LSS-Animals
yang dihasilkan dalam pakej. Respons murid dapat dinilai melalui dua video iaitu Yes or No
dan True or False yang dihasilkan bertepatan dengan standard pembelajaran iaitu murid
mendengar dan menunjukkan pemahaman mereka melalui teks yang diberikan. Dengan
adanya video LSS-Animals yang pelbagai dihasilkan dalam WIX, ia dapat menjadi medium
untuk menarik pengguna mempelajari ilmu baru.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi Being Different Is
Special yang bertemakan haiwan ini dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang
memfokuskan kepada empat konstruk berikut:

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi

83
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(iii) Kualiti Media


(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = sangat tidak setuju; 2 = tidak setuju; 3 =
memuaskan; 4 = setuju; 5 = sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai:

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 5 5 5.0
Pedagogi 3 4 5 4.9
Kualiti Media 3 4 5 4.8
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.7

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran berkaitan dengan pengetahuan sedia 5.0
ada murid.
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap 5.0
keupayaan murid.
iii. Kandungan bertepatan dengan topik pengajaran yang 5.0
ditetapkan
iv. Pengisian pengajaran dapat mencapai objektif pengajaran. 5.0
v. Berupaya menarik minat serta merangsang murid untuk 5.0
menumpukan perhatian.
Min 5.0

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian merujuk kepada kandungan bahan


pengajaran yang disediakan dalam pakej. Konstruk kandungan ini mengambil kira aspek
pengetahuan sedia ada murid, kesesuaian dengan tahap keupayaan murid, ketepatan dengan
topik pengajaran, mencapai objektif pengajaran dan dapat menarik minat serta merangsang
murid. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif
terhadap konstruk pengisian pakej yang dibangunkan dengan min purata adalah 5.0. Hal ini
menunjukkan bahawa kandungan pakej bahan PdP yang dihasilkan menitikberatkan aspek-
aspek kualiti kandungan.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

84
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi dapat merangsang pemikiran murid. 5.0
ii. Kaedah pengajaran dapat mengukuhkan kefahaman murid 5.0
mengenai isi kandungan.
iii. Menyokong penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 4.7
(KBAT).
iv. Pengajaran dapat disampaikan bersesuaian dengan langkah 4.7
pengajaran yang berstruktur
v. Kaedah yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif murid. 5.0
Min 4.9

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kaedah atau teknik


pengajaran yang digunakan bersama dalam strategi pengajaran video. Pedagogi mengambil
kira aspek merangsang pemikiran murid, mengukuhkan kefahaman murid, menyokong
penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), bersesuaian dengan langkah pengajaran
dan sesuai dengan tahap kognitif murid. Unsur pedagogi penting bagi memastikan pakej
adalah bermanfaat kepada pengguna. Data dalam rajah 3 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respon yang positif. Penilai menyatakan pedagogi yang digunakan adalah
berkesan dengan min purata 4.9. Hal ini, pedagogi dalam video yang digunakan adalah
bersesuaian dengan pakej ini.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang digunakan menjadi panduan kepada pengguna 5.0
untuk mendapatkan maklumat.
ii. Pemilihan font tulisan yang bersesuaian. 5.0
iii. Pemilihan gambar dan foto yang menarik bersesuaian 5.0
dengan tajuk.
iv. Pemilihan audio dan muzik sebagai latar belakang video 4.3
yang sesuai dan menarik.
v. Kandungan video mencapai dan sesuai dengan standard 4.7
kandungan pelajaran.
Min 4.8

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media mengenai kualiti bahan media
yang disertakan dalam penghasilan video. Konstruk kualiti media merangkumi aspek video
menjadi panduan, font tulisan yang bersesuaian, gambar dan foto serta audio dan muzik
bersesuaian dengan tahap murid dan sesuai dengan standard kandungan. Data dalam jadual 4
menunjukkan min purata item tersebut adalah 4.8. Hal ini menunjukkan bahawa penilai
memberikan respon yang positif terhadap pakej ini. Video yang dihasilkan dalam pakej
menekankan aspek-aspek kualiti media.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

85
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak untuk muka pakej adalah menarik dan sesuai. 4.3
ii. Pakej-pakej dapat menggabungkan pelbagai elemen 4.3
multimedia.
iii. Multimedia meningkatkan keberkesanan mesej kandungan 5.0
iv. Pakej mempunyai ciri-ciri interaktif. 5.0
v. Menggunakan elemen multimedia yang bersesuaian pada pakej 5.0
bahan pembelajaran.
Min 4.7

Berdasarkan jadual 5 di atas konstruk kreativiti pakej merujuk kepada elemen-


elemen kreatif dalam membangunkan pakej. Hal ini merangkumi aspek reka letak muka
pakej menarik, dapat menggabungkan pelbagai elemen media, meningkatkan keberkesanan
mesej kandungan, ciri-ciri interaktif dan elemen multimedia yang bersesuaian. Reka letak
merujuk kepada proses menentukan susun atur kesemua elemen agar membentuk rekaan yang
mampu menyampaikan mesej yang diperlukan dan mempunyai estetika yang bersesuaian
dengan keperluan. Data dalam jadual 5 menunjukkan penilai memberikan respon yang positif
dengan min purata yang diperoleh adalah 4.7. Hal ini menunjukkan pakej yang dibangunkan
ini mempunyai perisian multimedia yang kreatif sekali gus dapat menarik pengguna pakej ini.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk pengisian atau kandungan menerima
nilai min yang tertinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pakej yang dihasilkan memenuhi ciri-
ciri serta menepati standard pembelajaran yang ditetapkan. Pakej mempunyai isi kandungan
yang bertepatan dengan keperluan pengguna. Ia juga membantu memudahkan pengguna untuk
mencapai objektif pembelajaran dengan cara yang efektif, berkesan dan lebih menarik.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Pakej Being Different is Special yang dibangunkan mempunyai isi kandungan yang
bersesuaian dengan tahap kemampuan kognitif murid terutamanya Murid Bekeperluan Khas
(MBK) terutamanya autisme. Pakej ini menggunakan video LSS-Animals sebagai cara untuk
menilai respon murid. Video yang disediakan terbahagi kepada dua iaitu Yes or No dam True
or False dan video penilaian respon tersebut telah dihasilkan secara berasingan. Dengan
adanya video yang bertepatan dengan standard pembelajaran dihasilkan, guru boleh memilih
untuk menggunakan antara satu daripada keduanya atau boleh melaksanakan kedua-duanya
sekali gus di dalam bilik darjah.
Guru MBK memerlukan bahan yang mudah dan ringkas untuk membantu murid
memahami isi kandungan dengan lebih baik. Hal ini kerana MBK sukar untuk menerima
pembelajaran yang terlalu tinggi dan kompleks. Jadi dengan adanya pakej Being Different is
Special murid dapat mempelajari dengan mudah kerana mempunyai visual dan juga audio
membantu murid untuk mengenali haiwan dengan mudah. Keberkesanan penggunaan visual
dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar memberi perhatian terhadap pengajaran
terbukti apabila satu kajian penyelidikan media teknologi mendapati 83 peratus proses
pembelajaran pelajar dilakukan secara visual (M. Omar, 2002). Hal ini bersesuaian dengan
pakej yang dibangunkan kerana mempunyai visual yang banyak dan mengambil kira
kesesuaian bahan dengan tahap keupayaan Murid Bekeperluan Khas (MBK). Secara tidak
langsung, visual yang digunakan dapat mencapai objektif pembelajaran yang bertepatan

86
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dengan standard kandungan yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pembelajaran (DSKP).
Tambahan pula, pakej Being Different is Special yang dibangunkan dapat
menjadikan murid lebih aktif dan murid dapat berinteraksi melalui video LSS-Animals yang
dipaparkan. Justeru murid dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui video yang
digunakan. Keberkesanan pakej adalah penting kerana perkara penting yang perlu dipastikan,
perisian yang dibangunkan mempunyai matlamat utama untuk membantu murid dalam
pembinaan potensi diri (Ramayah dan Aafaqi, 2004). Hal ini bertepatan dengan sikap murid
MBK khususnya autisme yang tidak gemar untuk bergaul, mempunyai masalah verbal dan
sering berada dalam dunia sendiri. Oleh itu, penggunaan pakej bahan ini akan merangsang
minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Pakej bahan PdP digital Being Different is Special juga mempunyai kelemahan terutamanya
dari segi kreativiti media yang digunakan. Elemen multimedia yang digunakan adalah sama
pada setiap video LSS-Animals yang dihasilkan iaitu audio, animasi dan video. Hal ini akan
menyebabkan pengulangan terhadap cara menerangkan nama haiwan dan makanan yang
dimakan oleh haiwan. Murid akan menjadi bosan sekiranya maklumat disampaikan dengan
kaedah yang sama. Video LSS-Animals yang dihasilkan seharusnya dipelbagaikan dari segi
kaedah penyampaian seperti membuat sebuah cerita dan disampaikan dengan menggunakan
aplikasi selain daripada video animasi dan H5P.
Kelemahan seterusnya adalah pemilihan audio dan muzik latar belakang yang
digunakan adalah sama. Perkara ini dapat menjadikan murid cepat bosan dengan muzik yang
diperdengarkan. Walaupun pereka bentuk perisian multimedia perlu merujuk kepada teori
pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, menentukan strategi dan kaedah
penyampaian dan menetapkan strategi penilaian (Azman, 2015), kreativiti dalam penghasilan
pakej juga hendaklah ditekankan. Pengulangan audio dalam video LSS-Animals mengenalkan
nama haiwan adalah tidak seimbang. Contohnya, nama cat diulang sebanyak 2 kali, manakala
monkey diulang sebanyak empat kali. Hal ini tidak menunjukkan tiada keseragaman dalam
video LSS-Animals yang dihasilkan.
Seterusnya, video yang dihasilkan kurang ciri-ciri interaksi dengan pengguna. Video
mengenai nama-nama haiwan tidak memberikan pengguna untuk mengikuti sebutan dan ejaan
tersebut terutamanya MBK yang mengambil masa untuk mengikuti audio yang didengari
mereka. Masa interaksi video tersebut adalah terhad dan pendek. Interaksi penting bagi
penghasilan sesuatu video dalam sesuatu pakej.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan adalah pakej Being Different is Special yang dibangunkan tidak


menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan Powtoon dan Story Jumper. Aplikasi
Story Jumper misalnya dapat menjadikan cerita yang dihasilkan disampaikan dengan lebih
menarik kerana ianya menyerupai buku tetapi dalam bentuk digital.
Penambahbaikan seterusnya adalah menyediakan audio bagi soalan yang
dikemukakan. Hal ini kerana bertujuan membantu murid yang mempunyai masalah visual
untuk memahami soalan yang dikemukakan. Asas model reka bentuk instruksi menurut
Aishah (2000) dalam Yahya Emat (2005) adalah berdasarkan analisis keperluan, penetapan
objektif, kenal pasti kandungan dan analisis tugasan, set induksi, perkembangan,

87
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pengulangan, pengayaan, penutup, tugasan dan penilaian. selain itu, video LSS-Animals yang
dihasilkan perlu diseragamkan dari segi pengulangan bagi setiap kandungan. Hal ini
menjadikan video lebih sistematik dan tersusun lengkap berdasarkan pendekatan teori
pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri pembinaan perisian.
Selain itu, video LSS-Animals yang dihasilkan perlulah memberikan masa untuk
pengguna mengikuti pengajaran yang disediakan. Masa interaksi perlu ditambah untuk
menjadikan video lebih mesra pengguna. Sesi interaksi akan membantu pengguna untuk kekal
memberikan tumpuan selain memberikan peluang untuk pengguna mempelajari kandungan
pembelajaran.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, pakej Being Different is Special nuruyang dibangunkan mempunyai


kandungan pembelajaran dan pedagogi yang bersesuaian, kualiti media dan kreativiti pakej
yang menarik. Pengisian media dan kandungan yang berkualiti serta bermutu dapat membantu
pengguna untuk mencapai pencapaian pada tahap yang maksimum. Hal ini terutamanya
kepada MBK yang banyak memerlukan media yang bersesuaian dengan tahap kemampuan
mereka. Oleh itu, penggunaan multimedia interaktif hendaklah terus berkembang bagi
merealisaikan cabaran strategik ke enam di dalam Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi
dan berpandangan ke depan.

RUJUKAN

Azman Fadhil (2015). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Kemahiran


Melukis, Mewarna Dan Menganmasi Secara Digital. Jurnal Universiti Sains Malaysia,
4(1).
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Inggeris Tahun 2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). English (Learning Disabilities) Activity Book Year
1. Selangor: Mashi Publication Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). English Learning Disabilities Year 2. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
M. Omar. (2002). Skilliterasi Visual, Pengkayaan Instruksi di Bilik Darjah. Prosiding
Konvesyen Pendidikan Ke-15. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan.
Melvina, C. H. C., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di
sekolah - sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1),
59 – 65.
Noraini Mohamed Noh, Hani Meryleina Ahmad Mustafa & Che Nidzam Che Ahmad. (2013).
Predictive Relationship between Technology Acceptance Readiness and the Intention
to Use Malaysian EduwebTV among Library and Media Teachers. Procedia Social and
Behavioral Science. 1877-0428.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006 - 2010 (Edisi Pelancaran PIPP 2006). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Plamen, M., & Judith, R. (2003). Teaching with technology: Multimedia and interactivity in
Social Science education. Education Journals, 10 (2), 34.

88
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Ramayah, T. & Aafaqi, B. (2004). Role of self-efficacy in e-library usage among students of a
public university in Malaysia. Malaysian Journal of Library & Information Science
91: 39-57.
Safuan Rabaai & Fong Soon Fook. (2003). Kesan persembahan visual dalam pembelajaran
prosa tradisional. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2): 17-24.
Yahya Emat. (2005). Pendidikan Teknik Vokasional di Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku
Sdn. Bhd.

89
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENGAPLIKASIAN VIDEO SOUND_DS DALAM PAKEJ SOUNDS WORLD


UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN.

NUR HUSNINA SYASYA BINTI JOHAR


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012), teknologi merupakan penggunaan alat dalam
menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai sesuatu tujuan. Perkembangan
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah membawa perubahan kepada
masyarakat di negara. Pelbagai kemudahan yang direvolusikan daripada TMK menyebabkan
bidang ini mendapat perhatian masyarakat. Manakala dalam bidang pendidikan pula, TMK
telah digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutamanya dalam
Pendidikan Abad ke-21 (PAK21). Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran mampu
memberi kesan positif terhadap pengajaran kanak-kanak. Bagi murid-murid berkeperluan
khas, penggunaan teknologi dapat mewujudkan pembelajaran aktif serta mewujudkan
interaksi antara guru dengan murid serta pembelajaran menjadi lebih seronok. Dengan
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran, guru dapat menerangkan sesuatu perkara dengan
lebih teliti dan terperinci kepada murid-murid berkeperluan khas berserta contoh yang jelas.
Sebagai contoh, pada pengajaran tajuk bunyi, guru memperdengarkan kepada murid tentang
pelbagai bunyi di persekitaran seperti bunyi kenderaan, haiwan, dan alat muzik. Selain itu,
untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna, guru boleh memasukkan grafik yang
mempunyai pelbagai warna ataupun grafik bergerak. Oleh itu, murid-murid berkeperluan khas
akan lebih tertarik dengan gaya persembahan guru yang ditunjukkan melalui penggunaan
TMK dan menjadikan mereka lebih minat untuk belajar.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah
dibangunkan yang bertajuk Sounds World dengan menggunakan aplikasi WIX sebagai
platform utama. Pakej ini berkaitan dengan bunyi di persekitaran seperti bunyi haiwan,
kenderaan, dan bunyi melalui anggota badan. Idea penggunaan WIX sebagai platform ini
timbul selepas mengetahui kelebihan alternatif ini iaitu WIX merupakan blog yang interaktif.
Melalui pakej ini, saya telah menghasilkan video yang bertajuk Let’s Practice with Teacher
Syasya. Video ini merupakan sebuah video interaktif kerana dihasilkan melalui aplikasi H5P.
Video ini dihasilkan dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) dan bertemakan bunyi di persekitaran untuk mencapai standard pembelajaran 1.2.1
murid berupaya menyatakan tentang rangsangan gambar, lagu, dan objek.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran 3M
(Bahasa Inggeris) Tahun 1 di bawah tajuk bunyi berpandukan kemahiran mendengar ini
dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk
berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media

90
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digitalyang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi
respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.6
Pedagogi 3 4 5 4.5
Kualiti Media 3 4 5 4.5
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.6

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian atau Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian atau kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran menepati 5.0
standard pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pengajaran sesuai dengan tahap 4.3
keupayaan kognitif murid
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran jelas mengambil 4.3
kira pengetahuan sedia ada murid
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mampu menarik 4.7
perhatian murid
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif 4.7
pembelajaran yang ditetapkan
Min 4.6

Berdasarkan jadual 2 di atas, pengisian atau kandungan merupakan bahan pengajaran


dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital.
Untuk mencipta pakej bahan PdP digital yang baik, kita haruslah dapat membantu pengguna
mencapai standard pembelajaran serta objektif pembelajaran yang ditetapkan di dalam DSKP.
Di samping itu, konstruk pengisian atau kandungan yang baik juga haruslah bersesuaian
dengan tahap kognitif murid yang hendak diajar. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa
penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian konstruk pengisian atau
kandungan dengan min purata sebanyak 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa perisian
multimedia yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek pengisian atau kandungan
yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan perisian multimedia ini.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

91
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif murid 4.3
ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang 5.0
pemikiran murid
iii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat membantu 4.3
kefahaman murid
iv. Pedagogi yang digunakan bersama mengimplementasikan 4.0
elemen KBAT
v. Pedagogi yang digunakan bersama disusun mengikut langkah 5.0
pengajaran
Min 4.5

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada cara guru memberi
tunjuk ajar kepada murid supaya murid dapat memperolehi pengajaran yang diberikan oleh
guru. Justeru, konstruk pedagogi yang baik adalah merangkumi ciri-ciri seperti bersesuaian
dengan tahap kognitif murid serta dapat merangsang pemikiran murid. Selain itu, pedagogi
yang mengimplementasikan elemen KBAT dan disusun mengikut langkah pengajaran juga
merupakan ciri konstruk pedagogi yang baik yang membantu meningkatkan kefahaman
murid. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang baik
terhadap penilaian konstruk pedagogi. Penilai menilai konstruk pedagogi yang disediakan
dengan min puratanya ialah 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa konstruk pedagogi telah
terkandung dalam pakej PdP digital yang dihasilkan dan dapat menjadikan murid lebih mudah
untuk menerima pengajaran kerana pengajaran disusun mengikut langkah pengajaran yang
betul.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan menggunakan elemen gambar/grafik 5.0
yang jelas dan menarik
ii. Audio atau muzik latar video adalah jelas dan menarik 4.3
iii. Video yang dihasilkan bersesuaian dengan kumpulan murid 4.3
untuk mencapai standard pembelajaran
iv. Video menggunakan kombinasi font, saiz dan warna yang 4.0
jelas
v. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 4.7
multimedia dengan baik
Min 4.5

Berdasarkan jadual 4 di atas konstruk kualiti media merangkumi sifat seperti media
yang mempunyai info dan mudah difahami. Selain itu, konstruk kualiti media yang baik
haruslah dicipta secara ringkas dalam pakej PdP digital supaya mudah difahami oleh
pengguna. Sebagai contoh, dalam pakej PdP digital yang dihasilkan ini, konstruk kualiti media
yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan video Sound_DS. Ciri yang perlu diambil kira
dalam penghasilan video yang menarik adalah mengandungi elemen gambar atau grafik yang
jelas, audio yang jelas, serta terdapatnya kombinasi antara warna yang pelbagai. Selain itu,
video tersebut juga haruslah bersesuaian dengan kumpulan murid supaya dapat mencapai
standard pembelajaran. Berdasarkan jadual 4, penilai memberikan respons positif terhadap
konstruk kualiti media dengan min puratanya ialah 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa

92
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

konstruk kualiti media yang dihasilkan menyebabkan murid lebih mudah untuk menerima
pengajaran kerana isi kandungan yang baik dan menarik
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 5.0
pembelajaran adalah bersesuaian serta mesra pengguna
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dibangunkan 5.0
secara kreatif dan menarik
iii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.3
dibangunkan dapat menggabungkan pelbagai elemen
multimedia
iv. Multimedia dalam pakej bahan pengajaran dan 4.3
pembelajaran yang dibangunkan meningkatkan kefahaman
mesej.
v. Pakej bahan pengajarana dan pembelajaran yang 4. 3
dibangunkan mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang
bersesuaian
vi. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.7
dibangunkan menyediakan panduan kepada pengguna pakej
Min 4.6

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merupakan keupayaan


imaginasi pencipta dalam mencipta pakej pengajaran dan pembelajaran digital yang kreatif.
Misalnya, penggunaan aplikasi Powerpoint dan H5P merupakan salah satu medium bagi
penghasilan video interaktif yang secara tak langsung dapat meningkatkan kefahaman murid.
Selain itu, penghasilan pakej PdP digital yang kreatif dan menarik haruslah merangkumi ciri
interaktiviti yang bersesuaian. Sebagai contoh, merujuk blog Sounds World yang dibina,
terdapat ciri-ciri konstruk kualiti pakej yang baik dengan reka letak yang mesra pengguna.
Selain itu, elemen yang perlu dititikberatkan dalam konstruk kreativiti pakej adalah dari segi
panduan kepada pengguna supaya pengguna mudah untuk megakses pakej dimana-mana
sahaja. Penilai telah menilai secara positif terhadap konstruk kreativiti pakej dengan min
puratanya ialah 4.6. Hal ini menunjukkan bahawa konstruk ini menyebabkan murid boleh
belajar secara bersendirian mahupun kumpulan.
Kesimpulannya, dapatan analisis pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah konstruk
pengisian atau kandungan dan konstruk kreativiti pakej. Hal ini menunjukkan bahawa pakej
PdP digital yang dihasilkan adalah menepati standard pembelajaran dan objektif pengajaran
yang terkandung dalam DSKP. Selain itu, berdasarkan konstruk-konstruk ini juga, saya telah
menggunakan pengetahuan sedia ada murid sebagai medium utama dalam meningkatkan
pengatahuan murid. Justeru, pengetahuan sedia ada inilah lebih memudahkan pengajaran guru
di dalam kelas. Selain itu, konstruk kreativiti pakej juga dapat membantu murid untuk belajar
dengan lebih interaktif.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Terdapat beberapa kekuatan bagi pakej PdP digital yang dibangunkan ini. Antaranya adalah
dari aspek pengisian dalam pakej pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian isi kandungan

93
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

adalah bersesuaian dengan tahap kognitif murid berkeperluan khas terutamanya murid
sindrom down Penyampaian isi kandungan yang menjurus kepada tajuk yang ingin diajar
iaitu bunyi di persekitaran di bawah kemahiran mendengar. Isi kandungan yang ada juga
sangat menepati DSKP dalam subjek Asas 3M bagi tahun 1 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran.
Selain itu, aspek kedua adalah penggunaan elemen multimedia dalam pakej PdP
digital seperti visual, animasi dan video digunakan dengan baik dan menepati isi kandungan.
Visual yang digunakan memudahkan pemahaman murid sindrom down kerana visualnya yang
jelas dan mudah dikenalpasti. Hal ini dapat dibuktikan menurut Pike (1989), tambahan visual
kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan dari 14 hingga 38 peratus. Warna yang
digunakan dalam pakej juga dapat merangsang pemikiran murid sindrom down. Hal ini kerana
penggunaan warna dapat melahirkan kesan atau pengaruh tertentu dan juga mewujudkan
perasaan harmoni.
Selain itu, kekuatan yang dikenalpasti dalam pakej PdP ini adalah dari aspek
kreativiti pakej. Elemen aspek kreativiti yang dapat dilihat adalah reka letak yang menarik.
Hal ini kerana susun atur pakej PdP yang dihasilkan adalah sangat tersusun. Kesannya, murid
akan lebih mudah untuk memahami topik yang dipelajari serta sesiapa sahaja boleh
mengakses pakej ini dengan mudah. Dalam aspek kreativiti ini juga terdapatnya manual
pengguna bagi memudahkan semua pengguna untuk melaksanakan aktiviti melalui pakej
Sounds World tersebut. Dengan adanya manual pengguna, semua pengguna termasuklah
murid sindrom down akan lebih mudah untuk mengaksesnya.
Seterusnya, aspek ketiga adalah dari segi penghasilan video interaktif dalam pakej
PdP digital. Video interaktif yang bertajuk Let’s Practice with Teacher Syasya ini dihasilkan
melalui aplikasi Powerpoint dan H5P kerana murid boleh menjawab soalan yang dinyatakan
dalam video interaktif tersebut untuk mengukuhkan kefahaman. Video interaktif dalam pakej
pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai gabungan antara teks, grafik, bunyi, muzik,
video dan animasi. Menurut Noriati A. Rashid et al, (2012) interaktiviti meliputi ciri-ciri
seperti tindak balas atau respons terhadap aktiviti yang disarankan oleh perisian, maklum balas
serta merta dan komunikasi dua hala antara perisian dan pengguna. Justeru, kepelbagaian
media interaktif yang digunakan dapat memudahkan kefahaman murid sindrom down serta
menarik minat mereka untuk belajar.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam pakej PdP digital ini. Aspek
pertama adalah berkaitan dengan teknikal. Aspek teknikal ini merangkumi elemen seperti
teks, grafik, audia, dan video. Dalam pakej Sounds World ini, terdapat banyak informasi
melalui teks yang dinyatakan berbanding visual seperti grafik. Hal ini akan menyebabkan
pengguna terutamanya murid sindrom down cepat berasa bosan kerana minat mereka lebih
cenderung kepada visual berbanding teks.
Aspek kedua pula adalah berkaitan dengan penggunaan warna di dalam pakej Sounds
World. Warna yang digunakan dalam pakej tersebut terlalu terang dan menyebabkan murid
sindrom down berasa silau dan lama-kelamaan boleh merosakkan mata. Perkara sebegini akan
menjejaskan kesihatan murid sindrom down dan standard pembelajaran juga tidak dapat
dicapai.
Aspek ketiga yang dapat dilihat adalah aspek audio. Kelemahan aspek ini dapat
dikenal pasti dalam video Sound_DS yang terdapat dalam pakej Sounds World. Kesan
daripada audio yang tidak jelas ini akan menyebabkan murid sindrom down sukar untuk

94
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

mengecam bunyi yang dikeluarkan. Oleh yang demikian, standard pembelajaran tidak dapat
dicapai dengan sepenuhnya kerana terdapat masalah teknikal dalam video tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menambah baik pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital menjadi lebih baik dan berkesan terhadap murid-murid
berkeperluan khas terutamanya murid sindrom down. Antaranya adalah dari aspek teknikal
iaitu penggunaan teks di dalam pakej PdP digital. Penggunaan teks di dalam pakej Sounds
World seharusnya diminimumkan kerana kebanyakan pengguna adalah daripada peringkat
kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak terutamaya sindrom down lebih cenderung kepada
visual berbanding teks yang dipaparkan. Dengan meminimumkan teks dan memaksimumkan
visual seperti grafik, murid sindrom down lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran dan
standard pembelajaran juga dapat dicapai.
Seterusnya, aspek kedua pula adalah penggunaan warna dalam pautan WIX perlu
diminimumkan agar tidak mengganggu penglihatan murid kerana ianya berisiko menjadikan
pelajar rabun atau silau. Apabila penggunaan warna diminimumkan, murid akan lebih mudah
untuk meneroka aktiviti yang terdapat di dalam pakej Sounds World. Dengan penambahbaikan
sebegini, murid sindrom down lebih mudah untuk menerima pengetahuan yang baru.
Selain itu, aspek terakhir adalah aspek audio. Bunyi di dalam video Sound_DS
haruslah lebih jelas supaya murid mudah untuk mengecam bunyi tersebut. Apabila bunyi
menjadi jelas, murid juga tidak keliru untuk mengecam dan membunyikannya. Oleh yang
demikian, suara latar berserta audio mestilah seimbang bunyinya supaya video menjadi lebih
ceria dan bermanfaat untuk murid-murid.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, penggunaan TMK dalam proses PdP mempunyai kepentingan yang
tersendiri. Hal ini kerana perisian seperti WIX, Powerpoint dan lain-lain dapat menjadikan
sesuatu PdP lebih bermakna dan menarik minat murid terutamanya murid berkeperluan khas.
Menurut Abdul Wahab et al, (2006), dalam bidang pendidikan sekarang, usaha
mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus
dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan
perkembangan teknologi semasa. Hal ini kerana, penyataan tersebut merupakan hasarat
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan
murid-murid di sekolah.

RUJUKAN

Abdul Wahab, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer
dalam Pengajaran-Pembelajaran dalam kalangan Guru sekolah menengah: Satu
kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, 203-225.
Amin Molek. (2016). Jenis-jenis media visual. Dipetik pada 18 September 2019 daripada
http://www.edup3053.aminteach.com/2016/06/23/media-visual/
Buckley, W. & Smith, A. . (2008). Application of multimedia technologies to enhance
distance learning. Educational of Technology, 2(3), 55-66.
Fong Soon Fook, Ng Wai Kong dan Wan Mohd Fauzy Wan Ismail. (2001). Persembahan
animasi: perspektif penting untuk ICT multimedia. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 17: 14-23.

95
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Lihanna Borhan. (2005). Ke arah pendidikan awal kanak-kanak yang


berkualiti.Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin
Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajr Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, & Wan Kamaruddin. (2012).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A Rashid. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jamalludin.H & Zaidatun.T (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications
Pike, K.L. (1989). Phomemics. Ann Arbor: University of Michigan Press.
Robert E. Slavin (1997). Educational Psychology: Theory and Practice. Fifth
Edition. Boston: Allyn and Bacon, Inc.

96
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN PENGAJARAN VIDEO ALPHA-NIMALS DALAM PAKEJ LEARN


LETTERS UNTUK MURID ADHD

NUR NAJWA BINTI MOHD ROSLI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) khususnya peralatan digital menyediakan peluang untuk pelajar bergiat aktif dalam
proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar menggunakan komputer yang
berasaskan teknologi digital dapat memperkukuh keyakinan diri, menambah tahap
komunikasi serta meningkatkan sikap positif terhadap pembelajaran. Menurut Ahmad Subki
dan Syed Ismail (2012) murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah
berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam
pendidikan aliran perdana. Namun begitu, penggunaan TMK boleh dijadikan sebagai satu
langkah dalam membantu masalah murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana menurut Cole
(2012), penggunaan TMK terhadap murid berkeperluan khas mampu menjadikan PdP lebih
terangkum yang membolehkan mereka mencipta dan mengambil bahagian dengan lebih baik.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
diberi nama Learn Letters telah dibangunkan dalam persekitaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi menggunakan aplikasi WIX untuk subjek Pendidikan Khas tahun 1. Pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran ini dihasilkan di bawah tajuk 2 Kemahiran Membaca (Standard
Kandungan 2.2 Murid dapat mengenal dan membaca huruf awal perkataan) yang dibangunkan
dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Learn
Letters merupakan tajuk yang telah dipilih sebagai nama pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan murid untuk mengenal
huruf awal bagi setiap perkataan. Pakej Learn Letters mengandungi pelbagai media
pengajaran dan saya telah menghasilkan satu video yang bernama Alpha-Nimals berkaitan
pengenalan huruf awal untuk mencapai standard pembelajaran 2.2.1 Mengenal huruf awal
perkataan berpandukan gambar yang betul. Video yang dihasilkan ini merupakan satu video
interaktif yang melibatkan penglibatan murid di mana murid perlu menjawab beberapa soalan
sewaktu menonton video berdasarkan soalan dan pilihan jawapan.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Pendidikan Khas Tahun 1 di bawah tajuk haiwan ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu

97
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.3 5.0 4.68
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.62
Kualiti Media 3 4.3 4.7 4.62
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.62

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dengan 4.7
pengetahuan sedia ada murid berkeperluan khas pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran disediakan sesuai 4.7
dengan tahap kognitif murid berkeperluan khas pembelajaran
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
mencapai kesemua objektif yang ditetapkan
iv. Kandungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
bertepatan dengan standard pembelajaran murid berkeperluan
khas pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.3
menarik perhatian murid berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, pengisian atau kandungan merujuk kepada bahan-bahan


pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran Learn Letters seperti kandungan set induksi, kandungan video interaktif serta
kandungan kuiz sebagai penutup bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pengisian atau
kandungan sesuatu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran perlu merangkumi pengetahuan
sedia ada murid, kesesuaian dengan tahap kognitif murid, pencapaian kesemua objektif,
ketepatan standard pembelajaran murid dan kandungan pengajaran yang menarik. Data dalam
Jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian
pengisian atau kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa pengisian atau pakej digital ini adalah sangat baik
berdasarkan konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.7. Oleh itu,
berdasarkan kesemua item yang dinilai, pengisian atau kandungan video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan sesuai untuk dijalankan terhadap murid.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

98
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan dapat merangsang pemikiran murid 5.0
berkeperluan khas pembelajaran
ii. Pedagogi yang digunakan membantu meningkatkan pemahaman 4.7
murid berkeperluan khas terhadap topik pengajaran
iii. Pedagogi yang digunakan menyokong Kemahiran Berfikir Aras 4.0
Tinggi bagi murid berkeperluan khas pembelajaran
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran untuk 4.7
murid berkeperluan khas pembelajaran
v. Pedagogi yang digunakan melibatkan aktiviti mengenal huruf awal 4.7
secara interaktif sesuai dengan keupayaan kognitif murid
berkeperluan khas pembelajaran
Min 4.6

Berdasarkan jadual 3 di atas, pedagogi merujuk kepada satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat seni dan sains dalam penyampaian isi. Dalam konstruk ini,
pedagogi merujuk kepada kaedah dan teknik mengajar seperti penggunaan video interaktif
dan kuiz yang melibatkan kaedah berpusatkan murid dan teknik soal jawab yang dihasilkan
di dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi yang sesuai dapat menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan dan membantu murid menguasai pembelajaran
dengan baik. Oleh itu, pedagogi sesuatu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran Learn
Letters mesti mengambil kira beberapa aspek penting seperti merangsang pemikiran murid,
meningkatkan pemahaman murid terhadap topik pengajaran, menyokong Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi, bersesuaian dengan langkah pengajaran dan melibatkan aktiviti secara interaktif
sesuai dengan keupayaan kognitif murid. Data dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respons yang positif terhadap penilaian pedagogi pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa pedagogi pakej digital
ini adalah sangat baik berdasarkan konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini
ialah 4.6. Oleh itu, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan
dapat membantu pengguna mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen media 4.7
dengan sesuai
ii. Pemilihan ton dan warna yang menarik perhatian 4.7
iii. Gambar yang digunakan di dalam video adalah jelas 4.3
iv. Pemilihan audio yang sesuai 4.7
v. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif 4.7
pembelajaran
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 di atas, kualiti media merujuk kepada sifat media yang
berinformatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian untuk
tujuan pengajaran. Dalam konstruk ini, kualiti media merujuk kepada video interaktif yang
dihasilkan dalam pakej pengajaran dan pembelajaran. Bagi penghasilan media yang baik, ciri-
ciri yang perlu ditekankan adalah merangkumi elemen media yang sesuai, pemilihan ton dan
warna yang menarik perhatian, gambar yang jelas digunakan, pemilihan audio yang sesuai

99
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

serta video yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Data dalam Jadual 4 menunjukkan
bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian kualiti media pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa kualiti
media pakej digital ini adalah sangat baik berdasarkan konstruk yang dikaji dengan min purata
bagi konstruk ini ialah 4.6. Oleh itu, kualiti media video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dihasilkan amat sesuai untuk dijalankan terhadap murid.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran tersusun 5.0
dan menarik
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dapat 4.3
menggabungkan pelbagai elemen media dengan sesuai
iii. Pengintegrasian pelbagai elemen media yang sesuai dan dapat 4.3
dikaitkan dengan kandungan pengajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri 4.7
interaktiviti yang sangat menarik dengan kualiti yang amat baik
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan panduan 4.0
kepada pengguna
Min 4.6

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti pakej merujuk kepada penilaian yang


dilakukan ke atas pakej bahan digital secara keseluruhan meliputi aspek kreativiti dalam
merangka pakej bahan digital Learn Letters. Kreativiti pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran perlu merangkumi beberapa aspek penting seperti reka letak pakej tersusun dan
menarik, penggabungan pelbagai elemen media, pengintegrasian pelbagai elemen media dan
dapat dikaitkan dengan kandungan pengajaran, mempunyai ciri-ciri interaktiviti yang sangat
menarik dengan kualiti yang amat baik serta mempunyai panduan kepada pengguna pakej.
Data dalam Jadual 5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap
penilaian kreativiti video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa kreativiti pakej digital ini adalah sangat baik
berdasarkan konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.6. Oleh itu,
pakej ini mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital Learn Letters yang dibangunkan serta video Alpha-Nimals yang
dihasilkan menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah
pengisian atau kandungan. Hal ini menunjukkan bahawa pengisian atau kandungan bagi pakej
bahan digital tersebut merangkumi pengetahuan sedia ada murid, kesesuaian dengan tahap
kognitif murid, pencapaian kesemua objektif, ketepatan standard pembelajaran murid dan
kandungan pengajaran yang menarik. Oleh itu, video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital dibangunkan dapat mengintegrasikan pelbagai elemen kandungan
dengan baik dan membantu pengajaran guru dengan berkesan.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Berdasarkan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan,
kekuatan yang telah dikenal pasti berdasarkan penilaian adalah pemilihan kandungan

100
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan murid. Sebagai contoh, kandungan pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan dalam pakej bahan digital ini hanya melibatkan empat
huruf awal bagi memperkenalkan murid dengan perkataan. Hal ini kerana menurut Mohd Isa
et al. (2009), kurikulum bagi murid bekeperluan khas perlu disesuaikan dengan tahap
keupayaan mereka serta selari dengan perkembangan pendidikan semasa.
Selain itu, pemilihan media yang pelbagai juga merupakan kekuatan video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital tersebut. Sebagai contoh, media yang digunakan
adalah gambar, video, audio dan kuiz yang dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, menurut Cruse E. (2010), apa yang
didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran murid untuk mendapatkan
konsep atau makna yang lebih jelas. Oleh itu, murid tidak akan berasa cepat bosan dengan
aktiviti yang dijalankan kerana melibatkan pelbagai media.
Seterusnya, penerapan teknik pengulangan dapat diperhatikan berdasarkan video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital tersebut. Sebagai contoh, video Alpha-
Nimals yang disediakan mempunyai unsur pengulangan di mana setiap huruf awal akan
diulang sebanyak 3 kali. Kesannya, mereka akan lebih mengingati huruf awal perkataan dan
mengekod ingatan tersebut ke ingatan jangka panjang. Hal ini demikian kerana mereka
mengalami kesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan pengulangan apabila
mempelajari konsep baru (Azita & Zaiton, 2018). Oleh itu, unsur ini amatlah sesuai dengan
murid pendidikan khas pembelajaran bagi mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari.
Di samping itu, kekuatan dari segi kualiti media bagi video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digitaljuga dapat dibuktikan. Pemilihan ton dan warna yang
menarik perhatian serta gambar yang jelas digunakan dalam video Alpha-Nimals.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Berdasarkan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan,
kelemahan yang telah dikenal pasti berdasarkan penilaian adalah tempoh video Alpha-Nimals
sangat singkat. Hal ini demikian kerana video yang dihasilkan tersebut hanya berdurasi 2 minit
dan tidak sesuai dengan tempoh yang diperuntukkan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, menurut Husairi (2004), jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam
pengajaran, subjek tersebut akan sukar untuk dipelajari. Oleh itu, guru hendaklah mengambil
inisaitif bagi mengatasi kelemahan video yang berdurasi pendek tersebut.
Seterusnya, kelemahan yang dapat diperhatikan adalah dari aspek kelajuan video.
Kelajuan video bagi video Alpha-Nimals tidak sesuai dengan tahap kognitif murid
bekeperluan khas kerana agak cepat. Hal ini menyebabkan murid bekeperluan khas seperti
ADHD akan mengalami kesukaran untuk memahami input yang ingin disampaikan melalui
video tersebut. Video yang laju akan menjejaskan kejelasan audio kerana sebutan yang
dituturkan agak laju bagi murid bekeperluan khas. Oleh itu, guru juga perlu memikirkan
pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid apabila mengajar (Noriati,
Boo, & Wong, 2010).
Selain itu, berdasarkan penilaian, video Alpha-Nimals yang dihasilkan juga mempunyai
kelemahan dari segi ciri-ciri interaktiviti untuk membantu murid berfikir. Hal ini demikian
kerana guru hanya menyediakan soalan dan jawapan yang sama kepada murid untuk
menjawab soalan berdasarkan video. Walaubagaimanapun, video ini sangat sesuai untuk
digunakan terhadap murid Pendidikan Khas kerana melibatkan pengulangan soalan yang sama
dan mudah. Tambahan pula, Hassan (2007) menyatakan ini amat bersesuaian dengan tahap

101
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pemikiran dan keupayaan mereka. Hal ini akan mengelakkan mereka daripada mengalami
kekeliruan semasa menjawab soalan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan terhadap video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital Learn Letters yang dibangunkan khusus kepada video adalah tempoh bagi video Alpha-
Nimals yang dihasilkan mestilah dipanjangkan bagi memastikan murid menguasai
pembelajaran dengan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana menurut Husairi (2004), lebih
banyak masa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif
dalam pendapaian pelajar. Kesannya, pengurusan masa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang akan membantu guru menepati objektif pengajarannya.
Selain itu, video Alpha-Nimals yang dihasilkan juga perlu dikawal kelajuannya dengan
betul agar bersesuaian dengan tahap keupayaan murid bekeperluan khas. Hal ini bagi
merangsang pemikiran murid dan seterusnya membantu menarik minat mereka untuk belajar.
Sebagai contoh, video yang dihasilkan untuk murid bermasalah pembelajaran hendaklah
diperlahankan agar sebutan audio lebih jelas dan mudah difahami oleh mereka. Kesannya, sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku sekiranya murid dapat menguasai
pembelajaran dengan baik.
PENUTUP

Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini sangat baik kerana pemilihan kandungan
pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan murid, pemilihan media yang pelbagai dan
menarik, penerapan teknik pengulangan yang dapat membantu murid bekeperluan khas
masalah pembelajaran dan juga kualiti media yang baik menjadikan murid mudah untuk
memahami. Namun begitu, tempoh video tersebut sangat singkat, kelajuan video yang tidak
sesuai dan ciri-ciri interaktiviti video yang sama. Sebagai langkah penambahbaikan, kelajuan
video hendaklah dikurangkan bagi membantu murid memahami dengan baik dan tempoh
video yang dihasilkan hendaklah dipanjangkan.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum Perpektif dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara
Ahmad Subki & Syed Ismail (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
Azita Ali & Zaiton Abdullah (2018) Tahap Penguasaan Terhadap Komponen Masakan
Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Di Sekolah
Rendah, ACTIVE ONLINE JOURNAL FOR PRACTITIONERS, UTHM , 4, 1,
ISSN:22897410
Cruse E.. (2010).Using Educational Video in the Classroom: Theory, Research and
Practice. Dicapai pada 15 September 2019 daripada
http://www.safarimontage.com/pdfs/training/usingeducationalvideointheclass
oom.pdf
Husairi Jikan (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional (Elektif- Sains Pertanian) Di
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia.
PSZ 19:16 (Pind. 1/97).

102
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Mohd Isa, Z., Salleh, N., Mustapha, R. & Mohd Yassin, H. (2009). Analisis Keperluan
Kurikulum Pendidikan Vokasional Pelajar Bermasalah Pembelajaran (LD) Di
Malaysia. Malaysian Education Deans’ Council Journal. 3(2), 87- 97.
Noriati A. Rashid, Boo, P. Y., & Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan
perkembangan professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ruhaiza Rusmin. (2016). ICT tingkat kemahiran berfikir. myMetro. Dicapai pada 10
Sepetember 2019 daripada https://www.hmetro.com.my/node/160856
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah
Muhammad. (2014). Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 4 (1), 1-10.

103
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

APLIKASI MUS-SOUNDS DALAM PAKEJ LET’S LEARN SOUNDS UNTUK


MURID SEREBRAL PALSI

NUR SYAHIRA NAJIHAH BINTI SHAARI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi terutamanya Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) banyak membawa perubahan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru (Anuar Ahmad, 2009). Oleh hal yang demikian
menyebabkan kaedah belajar murid-murid di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah
semakin bertambah baik. Tambahan lagi, perkembangan pembelajaran terkini juga
menyaksikan TMK menjadi alat pemangkin utama untuk menyimpan maklumat dan
membantu murid-murid membina pengetahuan baru dalam semua bidang (Lechner & Boli,
2000). Penggunaan TMK di dalam bilik darjah juga secara tidak langsung dapat membantu
guru menekankan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) dan mengubah pedagogi pendidikan
daripada berpusatkan guru (tradisional) kepada pembelajaran berpusatkan murid
(konstruktivisme).
Oleh hal yang demikian, satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang diberi nama Lets Learn Sounds telah dibangunkan bagi membantu kanak-kanak
yang menghidapi serebral palsi mengetahui bunyi-bunyi haiwan, kenderaan dan alat muzik.
Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran ini telah dibangunkan menggunakan aplikasi WIX.
Tambahan lagi, pakej digital ini juga dibangunkan dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 murid masalah pembelajaran. Video
Mus-Sounds yang dihasilkan adalah berkaitan dengan listening and speaking oleh murid
pendidikan khas, untuk mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan iaitu 1.1.1 Listen
and respond to stimulus given: (i) voice sounds (animal, vehicle) (ii) instrumental sounds
(bell, castanet). Seterusnya, saya juga telah menghasilkan satu video pembelajaran yang diberi
nama Mus-Sounds. Video tersebut telah dibangunkan melalui aplikasi animaker. Beberapa
elemen multimedia telah dimuatkan ke dalam blog WIX. Di dalam WIX tersebut, saya telah
memuatkan induction set, presentation stage, practice stage, production stage and closure.
Bagi induction set murid telah diperdengarkan dengan bunyi-bunyi alat muzik terlebih dahulu
menggunakan audio. Selepas itu, barulah murid diperkenalkan dengan nama bagi setiap alat
muzik tersebut pada presentation stage menggunakan apalikasi Animaker. Manakala pada
practice stage murid diberikan lembaran kerja. Seterusnya, pada production stage pula murid
diuji kefahaman mereka dengan menggunakan Quizzes.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Lets Learn Sounds bagi
mata pelajaran English tahun 1 di bawah tajuk Listening and Speaking ini dilakukan
berdasarkan instrumen penilaian yang berfokuskan kepada empat konstruk utama iaitu:

(i) Pengisian ataupun kandungan


(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti media

104
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini dilakukan adalah untuk melihat kesesuaian pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan mengikut konstruk yang hendak dinilai. Penilaian ini akan
dilaksanakan oleh tiga orang penilai dan perlu memberi respon dengan pemeringkatan item
mengikut tahap skala : (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 – Memuaskan; 4 – Setuju;
5 = Sangat Setuju). Purata yang diperolehi daripada skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3.0 3.0 5.0 4.5
Pedagogi 3.0 3.0 5.0 4.3
Kualiti Media 3.0 3.0 5.0 4.6
Kreativiti Pakej 3.0 4.0 5.0 4.5

Hasil analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang telah diuji
dibentangkan dalam bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata
min terhadap konstruk (i) Pengisian atau kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
memenuhi pengetahuan sedia ada murid
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
sesuai dengan tahap kognitif murid.
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 5.0
releven dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 3.7
dapat mencapai objektif pembelajaran
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan 4.7
dapat menarik perhatian murid
Min 4.5

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk kandungan pengajaran merujuk kepada bahan


pengajaran yang dihasilkan di dalam pakej digital seperti kandungan set induksi, kandungan
video mengikut standard pembelajaran dan kuiz penilaian di akhir proses PdP. Kandungan
atau pengisian yang baik mestilah memenuhi pengetahuan sedia ada murid, sesuai dengan
tahap kognitif murid, relevan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),
dapat mencapai objektif pembelajaran serta menarik perhatian murid. Data di dalam jadual di
atas menunjukkan respon yang positif daripada penilai terhadap kandungan atau pengisian
pakej pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahan konstruk
positif dengan menunujukkan min purata 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa konstruk bagi
pengisian atau kandungan yang dimuatkan dapat membantu murid mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian
secara purata min terhadap konstruk (ii) Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

105
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang 4.7
pemikiran yang kreatif dan kritis
ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat meningkatkan 4.7
kefahaman murid tentang topik yang dipelajari
iii. Pedagogi yang digunakan bersama kepada murid menyokong 3.7
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
iv. Kaedah pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan 4.3
langkah pengajaran
v. Pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan tahap 4.3
kognitif dan gaya pembelajaran murid
Min 4.3

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk ini membincangkan kaedah pengajaran yang


digunakan di dalam video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital di dalam
platform yang dibangunkan. Pedagogi yang baik mestilah dapat merangsang pemikiran yang
kreatif dan kritis, dapat meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang dipelajari,
menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta sesuai dengan tahap kognitif dan gaya
pembelajaran murid. Purata min bagi konstruk pedagogi adalah sebanyak 4.3. Konstruk ini
amat penting untuk ditekankan dalam pembinaan sesebuah platform bagi membolehkan sesi
pembelajaran melalui pakej digital yang disediakan berjalan dengan lancar.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 4.7
gambar dengan menarik dan jelas
ii. Fon yang digunakan adalah sesuai dan menarik 4.3
iii. Kelajuan video sesuai dan terkawal 5.0
iv. Audio dan muzik latar video adalah jelas dan sesuai 4.0
v. Video dihasilkan dengan amat baik untuk mencapai objektif 5.0
pembelajaran
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 diatas membincangkan tentang konstruk kualiti media. Kualiti


media merupakan satu konstruk yang berbicara tentang sifat media yang berinformatif, mudah
difahami, menarik dan bersesuaian untuk tujuan pengajaran. Media yang baik mestilah
menintegrasikan elemen gambar dengan menarik dan jelas, fon yang digunakan sesuai dan
menarik, kelajuan video yang dibangunkan terkawal, audio dan muzik latar yang jelas serta
dapat mencapai objektif pembelajaran yang diingini. Penilai menunjukkan respons yang
positif bagi konstruk ini dengan nilai min purata sebanyak 4.6. Konstruk kualiti media yang
bagus dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan terhadap video yang ditayangkan.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 5.0
pembelajaran yang dibangunkan teratur dan amat menarik

106
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.0
dibangunkan dapat mengintegrasikan pelbagai elemen
multimedia dengan baik
iii. Pemilihan elemen multimedia yang meningkatkan 4.3
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.3
dibangunkan mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif yang
bersesuaian
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 5.0
dibangunkan menyediakan panduan kepada pengguna
pakej.
Min 4.5

Berdasarkan jadual 5 di atas membincangkan tentang konstruk kreativiti pakej.


Konstruk ini berfokuskan pada kreativiti reka letak pakej bahan secara teratur dan juga
bagaimana pemilihan multimedia dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP di dalam
bilik darjah. Konstruk kreativiti pakej yang bagus mestilah dapat mengintegrasikan pelbagai
elemen multimedia dengan baik, mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif bersesuaian dan
menyediakan panduan kepada pengguna pakej yang dibangunkan. Berdasarkan jadual di atas,
nilai min purata bagi konstruk kreativiti pakej adalah sebanyak 4.5. Nilai min purata tersebut
menunjukkan respons positif daripada penilai. Tegaslah di sini bahawa konstruk kreativiti
pakej memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk menarik minat murid untuk
mengakses pakej yang dibina.
Kesimpulannya, hasil dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital di atas menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min purata
yang paling tinggi ialah konstruk kualiti media dengan bacaan purata min sebanyak 4.6. Hal
ini menujukkan bahawa konstruk kualiti media amat menyerlah di dalam pembangunan blog
dan pembinaan video. Hal ini dipersetujui oleh ketiga-tiga penilai yang memberikan respon
positif terhadap konstruk kualiti media. Di samping itu, video yang dihasilkan juga baik dan
dapat mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan. Hal ini kerana berdasarkan video yang
ditayangkan, pada permulaannya murid akan diajarkan terlebih dahulu nama bagi setiap alat
muzik sebelum diperkenalkan dengan bunyi bagi setiap peralatan tersebut. Perkara di atas
amat bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai pada akhir pembelajaran murid dapat
mengenal, mengecam dan memberi respons terhadap bunyi alat muzik.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan ialah, susunan pengisian atau kandungan di dalam blog adalah teratur dan kemas.
Hal ini kerana, di dalam pakej tersebut satu pengajaran lengkap tentang bunyi haiwan,
kenderaan dan alat muzik telah dimuat naik. Satu pengajaran yang lengkap bermula daripada
induction set, presentation stage, practice stage, production stage and closure telah
disediakan bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Tambahan lagi, perkara ini
juga akan menyebabkan pengguna menjadi lebih gemar untuk mengakses blog tersebut kerana
mudah untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan kerana kesemua
kandungan disusun dengan teratur. Perkara ini dipersetujui oleh laman web Mega Adworks,
yang menyatakan bahawa susunan laman Web yang teratur dan jelas akan menjadi daya
tarikan kepada pembaca.

107
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Kekuatan pakej bahan digital yang seterusnya, pedagogi yang digunakan amat
bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Hal ini kerana pedagogi yang digunakan dapat
merangsang minda murid ketika belajar dan membolehkan mereka memberi respons dengan
pantas. Hal ini juga dapat membantu murid untuk memahami proses PdP di dalam bilik darjah
dengan lebih pantas kerana elemen PAK21 dapat diterapkan melalui video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang digunakan. Elemen PAK21 yang berpusatkan
kepada murid amat penting untuk diterapkan oleh guru dalam pedagogi yang digunakan bagi
membolehkan murid berdikari agar tidak lagi mengharapkan guru dengan sepenuhnya untuk
menyampaikan maklumat kepada mereka.
Di samping itu, kekuatan video Mus-Sounds yang seterusnya ialah fon dan audio
yang digunakan semasa video yang ditayangkan amat jelas dan menarik. Hal ini kerana fon
yang digunakan besar dan audio yang direkod jelas untuk didengari. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya kepada tayangan
video kerana fon dan audio yang digunakan jelas untuk dilihat dan didengar. Perkara ini
disokong oleh R. Dhanapal, (2013) yang menyatakan terdapat beberapa aspek penting yang
perlu ditekankan dalam pembinaan video seperti pengolahan idea yang bagus dan alat
pandang dengar (audio visual) yang berkesan. Oleh hal yang demikian, fon dan audio yang
digunakan di dalam video Mus-Sounds sangat bersesuaian untuk ditayangkan kepada murid
khususnya murid pendidikan khas.
Kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang terakhir
ialah video Mus-Sounds yang dibangunkan menepati standard pembelajaran yang dinyatakan
serta dapat mencapai objektif yang diinginkan. Hal ini kerana, video yang dibangunkan
mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan standard kandungan yang dinyatakan. Antara
kandungan yang terdapat di dalam video Mus-Sounds tersebut, murid akan diajak untuk
mengenali nama peralatan muzik terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan bunyi alat
muzik tersebut. Audio, fon dan juga gambar yang digunakan untuk memperkenalkan alat
muzik tersebut dilihat sangat jelas dan menarik untuk ditayangkan kepada murid khususnya
murid pendidikan khas. Selepas itu, di dalam video Mus-Sounds tersebut murid akan
diperkenalkan dengan bunyi bagi setiap alat muzik tersebut. Pada tahap tersebut murid juga
akan diperkenalkan dengan alat muzik tersebut dahulu dan bunyi alat muzik pada waktu yang
sama. Sebagai contoh, “Guitar, guitar sounds” dan bunyi gitar akan terus dimainkan di dalam
muzik tersebut. Kaedah sebegini rupa dapat membantu murid pendidikan khususnya untuk
lebih mengingati bunyi bagi setiap alat muzik yang diperkenalkan. Hal ini kerana murid
pendidikan khas mempunyai tahap kognitif yang berbeza dengan kanak-kanak normal serta
memerlukan kaedah latih tubi yang berulang kali. Oleh hal yang demikian, secara tidak
langsung video yang ditayangkan dapat mencapai standard pembelajaran dan objektif yang
diingini kerana pada akhir pembelajaran murid pendidikan khas dapat mengenal, mengecam
dan memberi respons terhadap setiap bunyi alat muzik yang ditunjukkan.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Antara kelemahan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ialah susunan
pengisian atau kandungan pakej yang tidak menarik serta menyebabkan murid tidak dapat
memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang hendak diajar. Hal ini kerana kandungan
WIX yang dibangunkan didapati hanya mengandungi banyak tulisan yang menjelaskan setiap
makumat yang inigin disampaikan. Secara tidak langsung, akan menyebabkan murid menjadi
bosan untuk mengakses bahan-bahan yang dimuat naik ke dalam WIX tersebut kerana
mengandungi banyak tulisan berbanding gambar ataupun video berkaitan.

108
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Kelemahan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
seterusnya ialah, tayangan video Mus-Sounds yang ditayangkan mengambil masa yang terlalu
lama sehingga menyebabkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan untuk langkah
pengajaran yang seterusnya. Oleh hal yang demikian, dalam pembinaan sesebuah video
haruslah menitikberatkan beberapa aspek yang penting bagi memastikan video yang
ditayangkan menarik dan tidak membosankan. Hal ini dipersetujui oleh Ngu Hang Ling,
(2012) penggunaan video dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan murid menjadi
bosan serta sukar menangkap isi penting dalam video yang ditayangkan.
Kelemahan bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang seterusnya ialah gambar
yang digunakan di dalam tayangan video Mus-Sounds ialah bukan gambar peralatan muzik
yang sebenar namun gambar yang digunakan ialah gambar peralatan muzik kartun. Bagi
murid-murid pendidikan khas khususnya gambar apa sahaja yang ditayangkan mestilah
gambar yang sebenar bagi sesuatu peralatan untuk membolehkan mereka mendapat bayangan
yang sebenar bagi sesuatu perkara yang diajar. Oleh hal yang demikian, sebelum membina
video beberapa aspek penting haruslah diberi perhatian seperti kesediaan murid untuk
menerima apa yang hendak diajar dan adakah ia bersesuaian dengan tahap kognitif dan
keupayaan mereka.
Kelemahan yang terakhir bagi video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital ini ialah pedagogi yang digunakan tidak mampu menyokong Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Hal ini kerana standard pembelajaran yang ingin dicapai adalah berada pada
tahap yang rendah iaitu mengenal, mengecam dan memberi respons terhadap bunyi yang
diajar. Oleh hal yang demikian menyebabkan pedagogi yang digunakan langsung tidak
menyentuh soalan ataupun pembelajaran yang berkaitan dengan KBAT. Hal ini menyebabkan
murid pendidikan khususnya tidak didedahkan dengan pembelajaran yang menyokong KBAT
namun hanya diperkenalkan dengan nama-nama peralatan muzik dan bunyi bagi setiap
peralatan tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan bagi video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital bagi konstruk kandungan atau pengisian ialah dengan memuat naik lebih banyak
gambar ataupun video bagi menjelaskan sesuatu maklumat daripada menjelaskannya
menggunakan tulisan sahaja. Hal ini kerana apabila menggunakan gambar ataupun video
dapat menarik minat dan perhatian murid untuk memberikan perhatian kepada maklumat yang
ingin disampaikan. Seterusnya, secara tidak langsung dengan memuatnaik lebih banyak
gambar ataupun video juga akan menjadikan WIX yang dibangunkan lebih cantik dan menarik
untuk dilihat dan diakses.
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah, memendekkan lagi tayangan
video Mus-Sounds bagi mengelakkan murid menjadi bosan untuk melihat dan
mempelajarinya. Hal ini kerana sesetengah murid pendidikan khas khususnya yang
mempunyai masalah dalam memberi perhatian dalam satu tempoh masa yang lama, tidak
menonton dan melihat video yang ditayangkan. Oleh hal yang demikian, video yang
ditayangkan mestilah menarik, mempunyai input dan tidak memakan masa yang lama bagi
membolehkan murid pendidikan khas memberi perhatian dan mempelajari sesuatu daripada
tayangan video tersebut.
Seterusnya, gambar peralatan muzik yang digunakan di dalam video Mus-Sounds
tersebut juga mestilah menggunakan gambar yang sebenar. Hal ini bagi membantu murid
mendapat gambaran yang sebenar bagi seseuatu objek. Tambahan lagi, gambar kartun yang
digunakan kadang-kadang dilihat mempunyai sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan

109
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

gambar yang sebenar. Oleh hal yang demikian, bagi membangunkan sesebuah video yang
bagus banyak aspek yang perlu dititikberatkan dan diberi penekanan bagi memastikan video
yang dibina bersesuaian dengan tahap kognitif murid yang hendak diajar serta dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Cadangan penambahbaikan yang terakhir ialah elemen KBAT bagi kanak-kanak
pendidikan khas khususnya sepatutnya dikurangkan. Hal ini kerana murid pendidikan khas
mempunyai tahap kognitif yang berbeza daripada murid normal bahkan lebih rendah daripada
mereka. Bagi menggantikan kaedah pengajaran yang berbentuk KBAT guru boleh
menggunakan kaedah pengajaran berbentuk latih tubi. Latih tubi dilihat lebih bersesuaian
untuk digunakan bagi kanak-kanak pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal dan
mengetahui tentang sesuatu perkara seperti yang diperkenalkan di dalam video.

PENUTUP

Guru haruslah kreatif dan berinovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
memasukkan elemen TMK di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid tidak bosan dan
lebih berminat untuk belajar. Hal ini kerana dengan mewujudkan elemen TMK semasa proses
PdP dapat membantu murid dan guru untuk menerapkan PAK 21 ketika di dalam bilik darjah.
Secara keseluruhan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan mendapat respons positif bagi setiap konstruk yang diajukan berdasarkan nilai
purata min yang diperolehi. Hal ini membuktikan bahawa pakej yang dibangunkan dan video
Mus-Sound yang dihasilkan baik dan berguna bagi kanak-kanak pendidikan khas khususnya.
Hasil daripada penilaian pakej juga beberapa kekuatan dan kelemahan bagi video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital dapat dirungkaikan serta telah diberikan beberapa
cadangan penambahbaikan. Akhir sekali, pakej Let’s Learn Sounds yang dibina sangat
membantu kanak-kanak serebral palsi khususnya dalam mempelajari mengenal bunyi haiwan,
kenderaan dan alat muzik.

RUJUKAN

Anuar Ahmad. (2009). Kemahiran Kognitif ICT dan Hubungannya Dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kalangan Pelajar Iban. Muat turun pada 15
September daripada Kemahiran Kognitif Ict Dan Hubungannya
Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Kbat Dalam Kalangan Pelajar Iban
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Asas 3M
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Selangor:Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Rancangan Pengajaran Tahunan. Muat turun
pada 14 September daripada
https://www.sistemguruonline.my/2014/12/rpt-tahun-1- kssr-rpt- pendidikan khas.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Aktiviti Bahasa Inggeris Masalah
Pembelajaran Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lechner, F. J. & Boli, J.( 2000). The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher.
Mega Adworks. (2019). Kandungan Laman web yang Baik. Muat turun pada 15
September 2019 daripada https://www.mads.my/kandungan-laman-web-yang-baik/
Ngu Hang Ling. (2012). Penggunaan Video Untuk Meningkatkan Kefahaman dan Minat
Murid Tahun Empat Dalam Tajuk Proses Kehidupan Haiwan.Seminar Penyelidikan
Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang . (Januari 2009).

110
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

R. Dhanapal. (2013). Elemen-Elemen Pembentangan Dalam Kalangan Pelajar Pra U


Atas: Signifikannya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.
Muat turun pada 15 September 2019 daripada
https://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/elemen-elemen-pembentangan-
dalam-kalangan-pelajar-pra-u-atas-signifikannya-terhadap-pengajaran-dan-
pembelajaran-dalam-bilik-darjah/
Siti Zaharah Mohid et. al. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. .
International Research Management & Innovation Conference. Palm Garden Hotel
Putrajaya (), 1-8.

111
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KEBERKESANAN VIDEO INTERAKTIF ZOONIMAL DALAM PAKEJ LISTEN TO


WORDS ATTENTIVELY UNTUK MURID ADHD

NUR SYAZA BINTI ISAMUDIN


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) merupakan satu perkara yang tidak asing lagi pada zaman yang serba
canggih ini. TMK memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) abad ke-21 (Shah Rulbani Zakaria et.al., 2017) kerana dapat menarik minat murid untuk
terlibat dalam proses pengajaran yang dijalankan oleh guru. Penggunaan TMK ini bukan
sahaja perlu diaplikasikan kepada murid arus perdana malah, TMK ini juga perlu digunakan
dalam PdPC bagi murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana, penggunaan TMK ini
akan memudahkan lagi murid berkeperluan khas untuk menguasai sesuatu topik pembelajaran
itu. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Salman Firdaus Sidek et.al,
(2014) iaitu murid berkeperluan khas yang belajar membaca dengan menggunakan komputer
mampu untuk mengingati sekurang-kurangnya tiga perkataan lebih banyak berbanding belajar
membaca dengan menggunakan buku teks. Oleh hal yang demikian, dapatlah dilihat bahawa
penggunaan TMK dalam pembelajaran abad ke-21 bagi murid berkeperluan khas ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan serta dapat menjadikan suasana PdPC lebih menarik
seterusnya meningkatkan tahap kemahiran berfikir dan berkomunikasi (Ruhaiza Rusmin,
2016).
Sehubungan dengan itu, satu platform bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) digital yang diberi nama Listen to Words Attentively telah dibangunkan dalam
persekitaran pembelajaran TMK menggunakan aplikasi WIX untuk subjek Asas 3M
komponen Bahasa Inggeris Masalah Pembelajaran tahun 2. Aplikasi Wix ini dipilih kerana
aplikasi ini mudah untuk diakses oleh pengguna. Video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini dibangunkan khusus kepada murid bermasalah pembelajaran yang
mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran ini dibangunkan berpandukan standard kandungan 1.1 dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas 3M komponen Bahasa Inggeris
bagi murid bermasalah pembelajaran tahun 2 iaitu mendengar dan memberi respons untuk
pelbagai tujuan. Pakej Listen to Words Attentively ini mengandungi pelbagai media
pengajaran seperti buku interaktif, kuiz dan saya telah menghasilkan satu video interaktif yang
bertajuk ZooNimal dengan menggunakan aplikasi Animaker dan H5P. Video ini dihasilkan
untuk mencapai Standard Pembelajaran 1.1.1 dalam DSKP Asas 3M komponen Bahasa
Inggeris bagi murid masalah pembelajaran tahun 2 iaitu mendengar dan memberi respon yang
betul terhadap rangsangan yang diberi. Pakej ini boleh untuk mengajar kemahiran mendengar
dan bertutur dalam Bahasa Inggeris bagi mencapai objektif pembelajaran iaitu murid boleh
mendengar dan menyebut perkataan dengan betul.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Asas 3M komponen Bahasa Inggeris Masalah Pembelajaran Tahun 2 di bawah tajuk Haiwan

112
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

ini dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk
berikut :
(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.7
Pedagogi 3 3 5 4.5
Kualiti Media 3 4 5 4.7
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.7

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian atau Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan sedia ada 5.0
murid berkeperluan khas
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif murid 5.0
berkeperluan khas
iii. Kandungan pengajaran bertepatan dengan objektif pembelajaran 4.7
iv. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan standard pembelajaran 5.0
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 4.0
berkeperluan khas
Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam pakej. Pengisian atau
kandungan yang baik mestilah bertepatan dengan tahap kognitif dan pengetahuan sedia ada
murid berkeperluan khas supaya kandungan tersebut dapat diterima dengan mudah oleh
mereka. Selain itu, kandungan yang baik juga perlu bertepatan dengan objektif pembelajaran
dan standard pembelajaran serta mampu menarik perhatian murid berkeperluan khas. Data
dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap
penilaian bagi konstruk pengisian atau kandungan pakej yang dihasilkan. Penilai menyatakan
bahawa pengisian atau kandungan pakej ini adalah baik dengan min purata 4.7. Hal ini
menunjukkan bahawa kandungan atau pengisian pakej pembelajaran yang dihasilkan
bersesuaian untuk pembelajaran murid berkeperluan khas.

113
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan mampu merangsang pemikiran murid 4.7
berkeperluan khas
ii. Pedagogi yang digunakan mampu memberi kefahaman yang jelas 4.3
kepada murid berkeperluan khas
iii. Pedagogi yang digunakan mempunyai unsur kemahiran
berfikiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid berkeperluan khas 3.7
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 5.0
untuk murid berkeperluan khas
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan keupayaan kognitif 5.0
murid berkeperluan khas
Min 4.5

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada kemahiran guru


menyampaikan pengetahuan kepada murid berkeperluan khas melalui video yang dihasilkan.
Pedagogi yang baik mestilah mampu memberi kefahaman kepada murid berkeperluan khas
serta sesuai dengan langkah pengajaran untuk murid berkeperluan khas. Selain itu, pedagogi
yang baik juga perlu mempunyai unsur KBAT yang sesuai dengan tahap kognitif murid
berkeperluan khas. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons
yang positif terhadap penilaian konstruk pedagogi bagi video yang dihasilkan. Penilai
menyatakan bahawa konstruk pedagogi bagi video ini adalah baik dengan min purata 4.5. Hal
ini menunjukkan bahawa pedagogi dalam video yang dihasilkan bersesuaian dengan murid
yang disasarkan iaitu murid berkeperluan khas.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif 5.0
pembelajaran
ii. Pencahayaan video adalah sesuai 5.0
iii. Pemilihan ton dan warna yang digunakan dalam video mampu 4.3
menarik perhatian
iv. Kualiti imej yang digunakan dalam video adalah jelas 4.3
v. Pemilihan audio dalam video adalah jelas dan sesuai 4.7
Min 4.7

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada sifat media yang
berinformatif, mudah difahami dan menarik untuk tujuan pengajaran. Kualiti media iaitu
video yang baik mestilah menggunakan warna yang ceria dan menarik, mempunyai kualiti
imej dan audio yang jelas serta sesuai dengan objektif pembelajaran. Kesemua aspek ini amat
penting bagi memastikan video yang dihasilkan mampu menarik minat murid berkeperluan
khas untuk melihatnya serta bagi memastikan kandungan video tersebut dapat disampaikan
dengan jelas kepada murid. Data dalam jadual 4 menunjukkan bahawa penilai memberikan
respons yang positif terhadap penilaian kualiti media yang dihasilkan. Penilai menyatakan
bahawa kualiti media ini adalah baik dengan min purata 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa

114
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

video yang dihasilkan mempunyai kualiti media yang bersesuaian dengan konteks pengajaran
bagi murid berkeperluan khas.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang menarik 5.0
ii. Reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun 5.0
dan menarik
iii. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan panduan kepada 4.3
pengguna
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri 4.7
interaktiviti yang menarik
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran menggabungkan 4.3
pelbagai elemen media yang sesuai
Min 4.7

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk kepada ciri-ciri pakej
yang tersusun, kreatif dan mampu menarik minat murid berkeperluan khas. Kreativiti pakej
yang baik perlulah mempunyai elemen media yang pelbagai serta mempunyai elemen
interaktiviti bagi mewujudkan interaksi dengan murid melalui pakej yang dihasilkan. Selain
itu, kreativiti pakej yang baik juga perlu mempunyai reka bentuk yang menarik dan tersusun
serta mempunyai panduan kepada murid untuk menggunakannya dengan mudah. Data dalam
jadual 5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian
konstruk kreativiti bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan.
Penilai menyatakan bahawa kreativiti pakej adalah baik dengan min purata 4.7. Hal ini
menunjukkan bahawa pakej yang dihasilkan mempunyai aspek kreativiti yang bersesuaian
bagi menarik minat murid berkeperluan khas untuk menggunakan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah konstruk pengisian atau kandungan. Hal ini menunjukkan bahawa pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dihasilkan mempunyai kandungan yang
bersesuaian untuk pembelajaran murid berkeperluan khas . Namun, konstruk-konstruk lain
juga berada pada purata min yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa pakej yang dihasilkan
cuba memenuhi kesemua konstruk yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran
murid berkeperluan khas.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Terdapat beberapa kekuatan pakej Listen to Words Attentively antaranya ialah pakej yang
dihasilkan adalah aktif dan mudah diakses. Hal ini demikian kerana penggunaan aplikasi WIX
yang bersifat mesra pengguna menjadikan pakej ini mudah untuk diakses.
Selain itu, aspek yang kedua ialah susun atur dan manual pakej. Susun atur pakej ini
adalah ringkas dan tersusun serta mempunyai manual pengguna bagi setiap paparan yang
terdapat dalam pakej. Hal ini memudahkan pengguna terutamanya murid berkeperluan khas
untuk menggunakan pakej ini.

115
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Di samping itu, pakej ini juga mempunyai kekuatan dari segi penggunaan warna.
Pakej ini menggunakan gabungan warna yang sesuai. Pemilihan warna yang sesuai ini akan
memberi kesan yang mendalam terhadap proses pembelajaran murid ( Mohd Zuri & Aznan,
2011).
Kekuatan yang seterusnya ialah media dalam pakej ini disusun secara teratur
seperti langkah pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Langkah pengajaran
yang tersusun dan teratur ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran yang
disampaikan (Nadzri & Nor Fadhilah, 2017).
Selain itu, video yang terdapat dalam pakej Listen to Words Attentively turut
mempunyai beberapa kekuatan. Kekuatan yang pertama adalah dari segi kandungan video.
Kandungan video ZooNimal yang terdapat dalam pakej ini dapat membantu murid
berkeperluan khas belajar kemahiran mendengar dengan baik melalui bunyi-bunyi haiwan
yang terdapat dalam video tersebut.
Seterusnya, video yang dihasilkan turut mempunyai kekuatan dari segi
pengintegrasian imej. Pengintegrasian imej dalam video ZooNimal adalah sesuai dan mudah
difahami oleh penonton terutamanya murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana,
kualiti imej yang digunakan adalah jelas dan tidak mengelirukan murid berkeperluan khas.
Akhir sekali, kandungan video ZooNimal yang terdapat dalam pakej ini juga adalah
sesuai dengan tahap kognitif dan pedagogi bagi murid berkeperluan khas serta objektif
pembelajaran dan standard pembelajaran yang dirujuk adalah bersesuaian dengan tahap
murid. Menurut Mohd Zuri & Aznan 2011), penyediaan objektif pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap kognitif murid adalah sangat penting bagi memastikan semua murid dapat
memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan berkesan.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Terdapat beberapa kelemahan pakej Listen to Words Attentively antaranya ialah dari segi
penggunaan warna. Walaupun gabungan warna yang dipilih adalah sesuai, namun pakej ini
perlu menggunakan lebih banyak warna yang ceria bagi menjadikan pakej ini lebih menarik.
Hal ini diakui kerana pakej kami menggunakan warna yang lembut atau pastel dan ini
menjadikan pakej ini kurang ceria bagi murid berkeperluan khas.
Selain itu, manual penggunaan yang disediakan juga adalah kurang sesuai dengan
murid berkeperluan khas kerana manual itu menggunakan ayat yang panjang. Ayat panjang
akan menyebabkan murid berkeperluan khas mengambil masa yang lama untuk memahami
ayat tersebut.
Di samping itu, terdapat beberapa kelemahan video ZooNimal yang terdapat dalam
pakej ini. Antaranya ialah penilai menyatakan bahawa penggunaan suara latar adalah kurang
menarik kerana kurang unsur kecindan. Unsur kecindan ini sangat penting kerana unsur
kecindan dapat memberikan semangat dan motivasi kepada murid (Salhah Abdullah, 2009).
Akhir sekali, video ZooNimal yang dihasilkan adalah terlalu singkat. Hal ini diakui
kerana video tersebut dihasilkan menggunakan aplikasi bersyarat iaitu jika tempoh masa video
yang dihasilkan melebihi dua minit, pengguna perlu membeli pelan yang ditetapkan dengan
harga yang tinggi kerana melibatkan pertukaran wang asing bagi membolehkan pengguna
menggunakan aplikasi tersebut. Oleh hal yang demikian, video yang dihasilkan menjadi
singkat kerana syarat tersebut.

116
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan


yang boleh dibuat bagi menjadikan pakej Listen to Words Attentively ini menjadi lebih baik.
Antaranya ialah kami perlu menggunakan warna yang terang dan bersesuaian dengan murid
berkeperluan khas bagi menarik minat mereka untuk menggunakan pakej ini. Hal ini demikian
kerana, warna yang terang akan menimbulkan suasana yang ceria semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal, 2016).
Selain itu, manual penggunaan yang terdapat dalam pakej tersebut juga perlu
diringkaskan lagi ayatnya atau kami juga boleh membuat manual penggunaan berbentuk audio
dan visual agar murid berkeperluan khas dapat memahaminya dengan mudah. Menurut Yang
dan Chen (2009), terdapat banyak kelebihan melalui saluran auditori, seperti kelajuan isyarat
pengesanan pendengaran adalah lebih cepat daripada isyarat pengesanan visual, manusia
sangat sensitif terhadap audio dan jika maklumat audio dan visual dipaparkan pada masa yang
sama, ia akan menjadikan kewujudannya seakan-akan realiti.
Seterusnya bagi penambahbaikan untuk suara latar bagi video ZooNimal, saya boleh
menyelitkan unsur kecindan dalam suara latar contohnya dengan menggunakan aplikasi
pengubah suara bagi menjadikan video tersebut lebih seronok untuk ditonton. Menurut Wan
Nur Hasymy (2014), kecindan akan membantu tugas guru bagi merangsang pembelajaran
serta membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah diingati.
Akhir sekali, bagi mengatasi kelemahan video yang terlalu singkat, saya boleh mencuba
aplikasi lain untuk menghasilkan video agar video yang lebih panjang tempoh masanya dapat
dihasilkan tanpa perlu membayar harga tertentu untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Menurut Kay Robin & Kletskin Ilona (2012), panjang video yang dibangunkan sebolehnya
dikekalkan pada tahap minimum dalam usaha menangani isu tumpuan yang terhad. Tempoh
minimum 3 minit dan maksimum adalah 15 minit. Oleh itu, saya perlu memastikan video yang
dihasilkan melebihi 3 minit ke atas bagi menjadikan penggunaan video tersebut lebih
berkesan.

PENUTUP

Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital merupakan satu bahan yang sangat berguna
dalam pendidikan abad ke-21 ini bagi mewujudkan prosespengajaranyang lebih berkesan.
Justeru, pelbagai aspek perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sebuah pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang baik antaranya aspek kandungan, kualiti media,
pedagogi dan kreativiti pakej yang dihasilkan. Jika kesemua aspek ini diteliti dengan baik,
sebuah pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital itu akan mempunyai banyak
kekuatan serta kurang kelemahannya seterusnya menjadikan pakej tersebut sebagai salah satu
medium yang berguna bagi menyampaikan pengetahuan kepada murid agar mereka mampu
menerima dan mengamalkan pengetahuan tersebut sebaiknya.

RUJUKAN

Kay, R. & Kletskin, I. (2012). Evaluating the use of problem-based video podcasts to teach
mathematics in higher education. Computers & Education. 59(2), 619-627.
Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41 (1),
1-6.

117
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Nadzri & Nor Fadilah (2017) Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di MRSM. Masters thesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ruhaiza Rusmin. (2016). ICT tingkat kemahiran berfikir. myMetro. Dicapai pada 10
Sepetember 2019 daripada https://www.hmetro.com.my/node/160856
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah
Muhammad. (2014). Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 4 (1), 1-10.
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon
Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-39.
Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pendidikan. Jurnal IPA, 23, 1-16.
Wan Nur Hasymy Wan Mansor. (2014). Penerapan Unsur Kecindan Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Laporan Projek. Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia.
Yang, X. & Chen, G. (2009). Human-computer interaction design in product design.
Proceedings of International Workshop on Education Technology and Computer
Science. 2. 437-439.

118
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

VIDEO F&V DALAM PAKEJ LOVELY ONE BAGI KEMAHIRAN MENDENGAR


DAN BERTUTUR MURID SINDROM DOWN

NURAIN ATHIRAH BINTI BIDI


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Sejajar dengan gelombang IR 4.0, kemajuan inovasi digital dalam konteks pemberdayaan
modal insan makin berfokus termasuklah dalam konsep pembestarian sekolah. Menurut
Maszlee Malik (2019) dalam Berita Harian, konsep ini menyediakan kerangka asas
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mengayakan hasil pembelajaran
murid melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). ICT yang
dibangunkan dalam bentuk video interaktif sebagai Pembelajaran Abad ke-21 amat signifikan
dalam mendokong keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid. Maka, hal
ini dapat mempercepat penerimaan murid serta mampu menjana tahap pemikiran murid (Ain
Zawani 2014; Norasmahani et. al, 2015; Thanabalan & Thanabal 2015; Abu Yazid Abu Bakar
2016) terutama bagi murid bermasalah pembelajaran yang diklasfikasi sebagai golongan yang
rendah tahap inteleknya (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2015).
Sehubungan dengan itu, sebuah pakej bahan pengajaran dan pembelajaran bertajuk
Lovely One dibangunkan melalui aplikasi WIX sebagai platform bagi murid sindrom down
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun 2 di bawah komponen kemahiran mendengar dan
bertutur. Pakej ini terdiri daripada gabungan sebuah video video bertemakan buahan dan
sayuran bertajuk F&V serta sebuah video interaktif yang dipautkan dengan aplikasi H5P dan
EDUCAPLAY dengan merujuk standard kandungan 1.1 Listen to and respond appropriately
for a variety of purposes dan standard pembelajaran 1.1.1 Listen to and respond appropriately
based on any given stimulus. Video yang dihasilkan berfokus pada murid sindrom down yang
lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur serta tahap keupayaan kognitif yang rendah.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian pakej Lovely One bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2 bagi kemahiran
mendengar dan bertutur di bawah tajuk Buahan dan Sayuran ini dilaksanakan berdasarkan
instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respon dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran

119
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4 5 4.5
Pedagogi 3 5 5 4.5
Kualiti Media 3 4 4 4.5
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.7

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan berada dalam konteks pengetahuan sedia ada 4.3
murid.
ii. Kandungan sesuai dengan tahap kognitif murid. 4.3
iii. Kandungan bertepatan dengan standard pembelajaran. 4.7
iv. Kandungan bersesuaian dengan objektif. 4.7
v. Kandungan sangat menarik dan dapat menarik perhatian. 4.7
Min 4.5

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk pada


bahan-bahan PdP yang digunakan dalam menyampaikan kandungan pembelajaran. Konstruk
pengisian dalam pakej ini mengambil kira tahap kognitif murid yang bersesuaian dengan
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengisian dalam pakej meliputi pengetahuan
sedia ada murid, bertepatan dengan standard pembelajaran dan menarik minat dan perhatian
murid. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif
terhadap kesesuaian konstruk pengisian dengan min purata bagi konstruk ialah 4.5. Hal ini
menunjukkan bahawa pakej mempunyai bahan-bahan PdP dalam menyampaikan kandungan
pembelajaran yang baik.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi menyediakan strategi pengajaran (latih tubi 5.0
dan permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar.
ii. Menyediakan latihan yang membantu memperkukuhkan 4.7
pemahaman konsep murid.
iii. Pedagogi bersesuaian dengan tahap kognitif murid. 4.3
iv. Penyampaian pedagogi bersesuaian dengan langkah 4.3
pengajaran.
v. Pedagogi menyediakan sedikit elemen KBAT. 4.3
Min 4.5

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merupakan pengajaran yang


melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Suatu pedagogi yang berkesan adalah

120
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

melalui proses dan strategi PdP yang dapat membantu memperkukuh konsep murid. Konstruk
pedagogi yang baik adalah apabila pedagogi menyediakan strategi bersesuaian dengan topik
yang diajar, latihan yang dapat membantu memperkukuh pemahaman konsep murid,
mengikut keupayaan kognitif murid, penyampaian pedagogi yang bersesuaian dengan langkah
pengajaran serta mempunyai penerapan elemen KBAT. Data dalam Rajah 3 menunjukkan
bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian konstruk pedagogi.
Penilai menyatakan bahawa konstruk pedagogi baik bagi konstruk yang dikaji dengan min
purata sebanyak 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa pedagogi dalam video yang dihasilkan
menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang bersesuaian dengan murid.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Pencahayaan video dan penggunaan imej yang jelas. 4.7
ii. Penggunaan warna dan bentuk yang sesuai dan pelbagai. 4.7
iii. Grafik jelas, mudah difahami dan menarik dapat 4.3
ditunjukkan dengan baik.
iv. Mempunyai suara latar yang jelas dan mudah difahami. 4.3
v. Video dapat mencapai objektif pengajaran. 4.3
Min 4.5

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk pada ciri-ciri yang
dihasilkan di dalam video yang dibangunkan bagi memenuhi kehendak dan kepuasan
pengguna. Media yang berkualiti adalah video yang mempunyai pencahayaan video dan imej
yang jelas, menggunakan warna dan bentuk yang sesuai dan pelbagai, persembahan grafik
yang jelas, mudah difahami dan menarik dan dapat mencapai objektif pengajaran. Data dalam
jadual 4 menunjukkan penilai memberi respons positif dengan catatan min purata yang agak
tinggi, iaitu sebanyak 4.5. Data yang diperoleh bagi konstruk kualiti media menandakan
bahawa penilai bersetuju dengan video yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri yang mampu
memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna sama ada guru atau murid.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Perisian mempunyai PdP yang tersusun dan menarik. 5.0
ii. Perisian dalam media menggunakan huruf/fon/teks yang 4.3
jelas dan bersesuaian dari segi saiz dan jenisnya.
iii. Kombinasi video yang menarik dengan pelbagai elemen 4.7
media.
iv. Pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan sesuai. 4.7
v. Reka bentuk pakej yang menarik dan mudah diikuti. 4.7
Min 4.7

Berdasarkan jadual 5 di atas, kreativiti pakej bahan yang dimaksudkan adalah


merujuk kepada media yang mempunyai ciri yang unik bagi membezakannya dengan media
yang lain supaya lebih menarik. Kreativiti pakej Lovely One yang baik mempunyai perisian
PdP yang tersusun, penggunaan huruf, fon dan teks yang jelas dan bersesuaian dari segi saiz
dan jenisnya, terdiri daripada kombinasi video yang menarik dengan pelbagai elemen media

121
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dan disertai pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan sesuai. Konstruk kreativiti
pakej yang berkesan juga adalah reka bentuk pakej yang menarik dan mudah diikuti.
Berdasarkan data dalam Rajah 5, penilai memberikan respons positif yang paling ketara
terhadap penilaian konstruk kreativiti pakej dengan min purata tertinggi, iaitu 4.7. Penilaian
konstruk yang dikaji menunjukkan bahawa penilai bersetuju bahawa pakej bahan PdP yang
dibangunkan mempunyai ciri unik yang membezakannya dengan media lain supaya lebih
menarik.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah kreativiti pakej dengan catatan min terkumpul sebanyak 4.7. Hal ini menunjukkan
bahawa pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital dalam bentuk video memenuhi
kriteria bahan bantu mengajar digital yang baik kerana dapat membantu proses PdP menjadi
semakin lebih menarik dan berkesan (Khadijah et al.2014; Hasnuddin et al.2015; Rogayah
dan Mohd Aderi 2016). Rangkuman hasil penilaian bagi konstruk kreativiti pakej
membuktikan terdapat aplikasi kaedah multimedia dalam pendidikan yang
mengintegrasikan teks, kesan bunyi, vokal, muzik, animasi, video serta perisian komputer
yang interaktif (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Pakej ini terbukti sebagai media yang
mempunyai ciri yang unik bagi membezakannya dengan media yang lain supaya lebih
menarik dan efektif kepada pengguna.

KEKUATAN VIDEO DALAM PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital mempunyai kekuatan yang paling
ketara pada konstruk kreativiti pakej dengan catatan min purata tertinggi. Konstruk kreativiti
pakej menjadi tumpuan dan kekuatan atas faktor perisian dan beberapa aspek yang dimuatkan
dalam video yang sangat baik. Hal ini kerana pakej Lovely One mempunyai perisian PdP yang
tersusun, penggunaan huruf, fon dan teks yang jelas dan bersesuaian dari segi saiz dan
jenisnya, terdiri daripada kombinasi video yang menarik dengan pelbagai elemen media dan
disertai pemilihan audio dan suara latar yang menarik dan sesuai. Pakej dilihat kreatif dan
berkesan juga adalah kerana reka bentuk pakej yang menarik dan mudah diikuti. Kesannya,
murid yang mengikuti mata pelajaran berasaskan multimedia tertarik dengan kandungan dan
paparan grafik yang dipaparkan di samping kesan audio yang menarik minat dan
menyeronokkan. Pengguna sama ada guru atau murid sindrom down dapat mengalami
pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, pakej yang terdiri daripada kombinasi video
yang kreatif dan menarik mampu meningkatkan kualiti pengajaran para guru (Sharifah Nor
Puteh & Kamarul Azman 2011; Joseph Anjuman dan Wan Rozali 2013; Syuhada dan Mohd
Aderi 2016).
Selain itu, video interaktif yang dibangunkan mempunyai unsur interaktiviti bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran sindrom down. Interaktiviti merupakan elemen multimedia yang sangat
signifikan dalam membolehkan pengguna berinteraksi dan berkomunikasi dengan media,
mengawal apa yang hendak didengar, apa yang hendak dilihat dan mencipta media sendiri.
Kepentingan video interaktif ini diakui oleh Jamalludin & Zaidatun (2003) bahawa interaksi
ini mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih efektif.
Sebagai contoh, video interaktif yang menggunakan aplikasi H5P dapat membolehkan murid
melakukan aktiviti suai padan suara latar yang menjelaskan nama dan ciri-ciri buahan dan
sayuran dengan kad gambar yang betul. Impaknya, murid menjadi lebih jelas dan faham
tentang topik yang diajarkan guru di akhir sesi PdP. Unsur interaktiviti seperti yang

122
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

terkandung dalam video interaktif terbukti kefungsiannya sebagai indikator kejayaan


pembangunan pakej dalam menterjemahkan DSKP dalam bentuk pembelajaran moden
berpusatkan murid dengan menggunakan teknologi.
Seterusnya, kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini didapati
pada konstruk pedagogi. Video di dalam pakej ini menyediakan strategi pengajaran
bersesuaian dengan topik yang diajar khususnya dari segi latih tubi dan permainan yang
diadakan kepada murid. Video ini juga menyediakan latihan yang dapat membantu
memperkukuh pemahaman konsep murid, mengikut keupayaan kognitif murid dan
penyampaian pedagogi yang bersesuaian dengan langkah pengajaran. Hal ini berikutan
penyataan penilai bahawa total tempoh masa tayangan video bersesuaian dengan keupayaan
mental murid bermasalah pembelajaran. Secara khususnya, tempoh pergerakan animasi yang
sederhana perlahan yang juga berperanan penting dalam memperkukuh pemahaman konsep
murid pendidikan khas. Hal ini kerana murid bermasalah pembelajaran yang lemah daya
kognitifnya menunjukkan pergerakan yang lebih perlahan apabila menyelesaikan tugasan dan
berfikir (Bonifacci & Snowling, 2008: 999). Oleh itu, strategi pengajaran yang terkandung
dalam video yang berbentuk latih tubi sebutan dan permainan interaktif juga adalah salah satu
pemangkin kesignifikanannya dengan topik buahan dan sayuran yang diajar kepada murid
bermasalah pembelajaran.
Di samping itu, pakej yang dibangunkan juga mempunyai kelebihan pada konstruk
kualiti media. Terdapat kepelbagaian penggunaan bahan multimedia yang digunakan dalam
pakej bahan PdP yang dibangunkan. Hal ini bermaksud video terdiri daripada persembahan
aplikasi komputer yang interaktif di mana ia menggabungkan elemen teks, audio, video, grafik
dan animasi (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Secara spesifiknya, video F&V dihasilkan
dengan menggunakan aplikasi PowerPoint yang boleh dimuatkan dengan audio dan video,
pelbagai animasi dan simulasi bersama beberapa pautan aplikasi lain seperti H5P dan
EDUCAPLAY dapat merangsang dan menarik minat pelajar (Lucas & Bernstein, 2005).
Kekuatan video bagi konstruk ini juga dapat dilihat melalui pencahayaan dan penggunaan
imej yang jelas bagi setiap unsur grafik yang ditunjukkan di dalam video. Penyunting juga
berjaya meningkatkan kualiti media dengan menggunakan warna dan bentuk yang sesuai dan
pelbagai dalam penghasilan video. Oleh itu, penampilan objek dalam animasi dari segi
warnanya, jenis permukaan yang ditampilkan serta kemampuan pergerakannya berbeza
dengan media statik dapat memudahkan pembelajaran terutamanya dalam meningkatkan
prestasi visualisasi mental (Abdul Hadi et. al., 2005) di samping kesan pembelajaran animasi
adalah lebih tinggi berbanding tutorial menggunakan teks sahaja (Ellis T., 2004).

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Namun, pakej yang dibangunkan ini juga didapati mempunyai beberapa kelemahan terutama
dari sudut penerapan elemen KBAT dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang
dibangunkan. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merujuk empat tahap teratas
dalam Taksonomi Bloom Semakan Semula, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta (Abdul Halim Abdullah, 2019). Namun, penyunting hanya menyediakan soalan
yang mudah pada aras murid mengetahui, faham dan mengingat isi pelajaran. Hal ini
disebabkan penyunting mengambil kira faktor tahap keupayaan mental sasaran pengguna
yang utama, iaitu murid sindrom down. Kesannya, potensi murid untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) adalah rendah.

123
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain itu, dapatan respons terbuka penilai terhadap video dalam pakej bahan PdP ini
ialah terdapat ketidakseragaman yang tepat antara gambar dan audio yang digunakan. Setelah
dianalis, kelemahan ini kerana berlaku kerana pergerakan imej yang sedikit awal berbanding
audio seperti suara latar yang dipasang. Hal ini bermaksud terdapat kelewatan suara latar yang
mengiringi beberapa imej yang ditayangkan di dalam video. Impaknya, penilai menyatakan
kebarangkalian murid menjadi keliru dengan isi pelajaran dalam video yang ditayangkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan terhadap video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan khususnya bagi video F&V
yang dihasilkan untuk meningkatkan kualiti produk secara keseluruhan. Antaranya ialah
penyunting selaku fasilitator kepada murid perlu mengadaptasi dan mengintegrasi lebih
banyak unsur KBAT berbentuk soalan aras tinggi bagi menggalakkan pemikiran divergen dan
mencapah dalam kalangan pengguna khususnya murid bermasalah pembelajaran. Hal ini
sependapat dengan (Miri, David dan Uri, 2007) bahawa peluang yang lebih luas untuk
perkembangan keupayaan pemikiran kritikal atau pemikiran aras tinggi bagi murid jika guru
secara konsisten mempraktikkan strategi-strategi KBAT dan menggalakkan aplikasi masalah
kehidupan seharian. Kesannya, lebih banyak unsur KBAT yang dimasukkan ke dalam video
dengan cara yang menarik, maka lebih banyak pengetahuan tersirat dapat diperoleh murid.
Selain itu, penyunting boleh menambah baik keseragaman pergerakan imej yang
ditayangkan dan audio suara latar yang dimainkan secara serentak pada tempo yang tepat. Hal
ini dapat dibaiki oleh penyunting dengan memperlahankan pergerakan keluar imej supaya
sama dengan iringan suara latar atau mempercepat pergerakan masuk suara latar supaya
seragam dengan paparan imej. Oleh itu, video yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri
seragam dalam suatu antara muka pengguna, iaitu dapat mengelakkan pengguna berasa was-
was atau ragu-ragu apabila menggunakan suatu arahan atau fungsi buat pertama kali. Maka,
keseragaman antara pergerakan imej dan suara latar yang dimainkan dapat mempercepat
interaksi antara perisian dan pengguna.

PENUTUP

Pakej Lovely One yang dibangunkan mampu memberi impak yang yang bermakna kepada
dunia pendidikan pada abad ke-21 bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran guru serta murid di samping dapat menjamin keberkesanan pedagogi
menggunakan teknologi terhadap murid bermasalah pembelajaran seperti sindrom down.
Penghasilan video dan video interaktif diyakini bertepatan dengan tuntutan keperluan dan
kepentingan penggunaan teknologi sebagai platform terbaik dalam mencetuskan penghasilan
pengajaran yang memberi dampak positif dan dapat membantu dalam mencapai matlamat
pengajaran dan pengajaranyang dijalankan.
Pengintegrasian elemen TMK ini sesungguhnya sekaligus dapat menyahut
kepentingan TMK dalam pendidikan sebagaimana penyataan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang telah menggariskan “memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia” dalam anjakan ke-7 yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) (KPM 2013).

124
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

RUJUKAN

Abdul Hadi Mat Dawi, Fong, S.F & Toh, S.C. (2005). Animasi 3D Digital: Alatan
kognitif bagi meningkatkan Prestasi Visualisasi Mental dalam Pendidikan Untuk
Pembangunan Lestari. Dalam Prosiding Seminar Pendidikan JPPG (Jawatankuasa
Penyelarasan Pendidikan Guru) 2005. Hotel Shangri La Pulau Pinang, 28-30 Ogos
2005.
Abdul Halim Abdullah. (2019). Generasi digital perlu pedagogi abad ke-21. Dicapai
pada 15 September 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/08/599377/generasi-digital-
perlu-pedagogi-abad-ke-21
Abu Yazid Abu Bakar. (2016). “Digital Classroom”: An Innovative Teaching and
Learning Technique for Gifted Learners Using ICT. Jurnal Creative Education.
Volum 7, hlm 55-61.
Ain Zawani binti Mohd Zaki. (2014). Penggunaan Bahan Tiga Dimensi (3D) Untuk
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Subjek Kajian Tempatan Bagi
Murid Tahun 5. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2014.
Bonifacci, P. & Snowling, M.J. (2008). Speed of processing and reading disability: A
cross-linguistic investigation of dyslexia and borderline intellectual functioning.
Cognition, 107(3), p.p 999-1017.
Ellis, T. (2004). Animation to Built Higher Cognitive Understanding: A Model for
Studying Multimedia Effectiveness in Education. Journal of Engineering Education
.[Diakses pada 2 Ogos 2005]. URL: http://www.findarticles.com/p/articles/mi-
qa3886/isn9378665/print
Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zainal, & Nor Azzarahton Binti Ab
Karim. (2015). Keberkesanan Penggunaan ICT Di Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Kuala
Lumpur. Proceeding International Conference on Information Technology & Society
(of IC-ITS 2015), 238-252
Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir,.(2003). Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication.
Joseph Anjuman & Wan Rozali Bin Wan Hussin. (2013). ICT dan Kelestarian
Penggunaannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM Press
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). DSKP Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Masalah Pembelajaran Asas 3M Tahun 2. Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi.
Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia
Khadijah Abdul Razak, Tengku Norhayati Tengku Othman, Mohd. Isa Hamzah &
Hafizhah Zulkifli. (2014). Information and Communication Technology among
Excellent Islamic Education Teachers in Selangor Malaysia. Journal International
Education Studies. Vol. 7, No. 13; 2014, hlm 146-156.
Lucas, Sandra Goss & Douglas A. Bernstein, (2005). Teaching Psychology A Step By
Step Guide. London: Lawrence.
Maszlee Malik. (2019). Bangkit bersama negara hadapi cabaran IR 4.0. Dicapai pada

125
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

18 September daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/09/602995/bangkit-bersama-
negara-hadapi-cabaran-ir-40
Miri, B., David, B.C. & Uri, Z. (2007). Purposely teaching for the promotion of higher
order thinking skills: A case of critical thinking. Research Science Education, 37,
353-369.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2015). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau
Pinang: Penerbit USM
Norasmahani Hj Nor, Zulkefli Aini & Khadijah Abdul Razak. (2015). Impak Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam Pendidikan Islam. Prosiding International Seminar On Tarbiyah (ISOT 2015),
Hlm 1-14.
Rogayah Bt Mohd Zain & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Kesan Globalisasi Ke Atas
Pendidikan Islam Kini. Prosiding wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), Hlm
35-42.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan
Penggunaan ICT dalam Pengajaran Dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan
Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1), Hlm 25-34.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Syuhada Md Samsudin & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Pembudayaan Penggunaan
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding
wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), Hlm 191-201.
Thanabalan Muniandy & Thanabal Desen. (2015). Persepsi Terhadap Penggunaan ICT
dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam Kalangan
Guru PJPK di Kedah. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) 2015. Hlm 511- 522.

126
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

VIDEO MULTI-SOUND DS DALAM PAKEJ SOUND WORLD UNTUK


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR MURID
SINDROM DOWN

NURFADHILA NADIA AIN BINTI AZMAN


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Teknologi adalah satu alternatif kaedah dan teknik pengajaran yang diguna pakai dalam
Pembelajaran Abad 21 (PAK21) untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu
pengetahuan. Proses pengajaran melalui teknologi mampu mendorong pembelajaran yang
memanfaatkan pelajar secara maksimum. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
sangat penting dalam membantu proses PdP murid bekeperluan khas kerana ianya menjadikan
sesuatu proses PdP menjadi lebih menarik dan berkesan (Khadijah et.al. 2014), mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran para
guru (Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman 2011) di samping dapat mempercepat
penerimaan murid serta mampu menjana tahap pemikiran murid (Ain Zawani, 2014). Bertitik
tolak daripada ini, jelaslah pengaplikasian TMK dengan penghasilan video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital sebagai bahan bantu mengajar adalah signifikan dalam
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital telah dibangunkan menggunakan aplikasi WIX. WIX adalah platform untuk membina
web atau blog yang digunakan untuk mewujudkan interaktif bersama pengguna.Tajuk atau
nama pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan adalah Sounds
World manakala video yang dihasilkan bertajuk Multi-Sound DS. Pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital dan video yang dibina adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas 3M Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah kemahiran
mendengar dan bertutur, standard kandungan 1.1 iaitu murid akan dapat mendengar dan
bertindak balas dengan sewajarnya untuk pelbagai tujuan serta standard pembelajaran 1.1.1
iaitu mendengar dan bertindak balas kepada rangsangan yang diberikan i) bunyi perkusi
badan, ii) bunyi suara binatang dan kenderaan, iii) bunyi persekitaran dan iv) bunyi
instrumental.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Asas 3M Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah kemahiran mendengar dan bertutur ini
dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk
berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

127
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai:

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.5
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.5
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.6
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.6

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran menepati standard 4.7
pembelajaran
ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap 4.3
keupayaan kognitif murid
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran jelas mengambil kira 4.7
pengetahuan sedia ada murid
iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mampu menarik 4.3
perhatian murid
v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif 4.3
pembelajaran yang ditetapkan
Min 4.5

Berdasarkan jadual 2 di atas konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti set induksi, video mengikut standard pembelajaran dan video interaktif
sebagai penilaian di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Pengisian atau kandungan
yang baik perlu menepati standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan,
mengambil kira tahap keupayaan kognitif murid, pengetahuan sedia ada murid di samping
mampu menarik perhatian murid. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai
memberikan respons penilaian yang positif terhadap pengisian atau kandungan bahan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang telah dibangunkan. Penilai bersetuju bahawa
pengisian atau kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik bagi
konstruk yang dikaji dengan min purata 4.5. Kesimpulannya, pengisian atau kandungan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan telah mengambil kira aspek-aspek
pengisian atau kandungan yang baik untuk disampaikan kepada pengguna.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

128
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif murid 4.3
ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat merangsang pemikiran 4.7
murid
iii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat membantu kefahaman 4.7
murid
iv. Pedagogi yang digunakan bersama mengimplementasikan elemen 4.0
KBAT
v. Pedagogi yang digunakan bersama disusun mengikut langkah 5.0
pengajaran
Min 4.5

Berdasarkan jadual 3 di atas konstruk pedagogi merujuk kepada kaedah pengajaran


yang digunakan bersama video yang dibina. Oleh itu, konstruk pedagogi yang baik perlulah
sesuai dengan tahap kognitif murid, merangsang pemikiran murid, membantu kefahaman
murid, mengimplementasikan elemen KBAT dan seterusnya disusun mengikut langkah
pengajaran. Data dalam jadual 3 menunjukkan bahawa respons penilaian terhadap konstruk
pedagogi bahan pakej pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Respons daripada penilai
membuktikan penilai bersetuju bahawa pedagogi dalam pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata 4.5. Jelaslah
bahawa pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan telah mengambil kira
aspek pedagogi yang meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan menggunakan gambar/grafik yang jelas 5.0
dan menarik
ii. Audio atau muzik latar video adalah jelas dan menarik 4.3
iii. Video yang dihasilkan bersesuaian dengan kumpulan murid 4.7
untuk mencapai standard pembelajaran
iv. Video menggunakan kombinasi font, saiz dan warna yang jelas 5.0
v. Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan elemen 4.0
multimedia dengan baik
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 di atas konstruk kualiti media merujuk kepada ciri atau sifat
media yang berinformatif, mudah difahami, ringkas dan dalam jangkaan masa yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran. Dalam konstruk ini, kualiti media merujuk kepada video
Multi-Sound DS yang dihasikan. Ciri atau sifat yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan
sebuah video termasuklah penggunaan gambar atau grafik yang jelas dan menarik, audio atau
muzik latar yang jelas dan menarik, menggunakan kombinasi font, saiz dan warna yang jelas
dan seterusnya dapat mengintegrasikan elemen multimedia dengan baik. Video yang baik
perlu bersesuaian dengan kumpulan murid untuk mencapai standard pembelajaran yang
ditetapkan. Data dalam jadual 4 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons positif
terhadap penilaian kualiti media yang dihasilkan. Penilai sangat bersetuju dengan konstruk
kualiti media adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata 4.6. Hal ini
menunjukkan bahawa video yang dihasilkan menepati ciri atau sifat video yang berkualiti.

129
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran dan 5.0
pembelajaran adalah bersesuaian serta mesra pengguna
ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dibangunkan secara 4.7
kreatif dan menarik
iii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan 4.3
dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia
iv. Multimedia dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran 4.7
yang dibangunkan dapat meningkatkan kefahaman mesej
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan 4.0
mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang bersesuaian
vi. Pakej pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan 5.0
menyediakan panduan kepada pengguna pakej
Min 4.6

Berdasarkan jadual 5 di atas konstruk kreativiti pakej merujuk kepada elemen kreatif
yang dibina bersama dalam pakej. Dalam konstruk ini, kreativiti pakej merujuk kepada blog
Sounds World yang dihasikan. Ciri kreativiti pakej yang baik mestilah merangkumi reka letak
antara muka yang bersesuaian dan mesra pengguna, menggabungkan pelbagai elemen
multimedia dan mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang sesuai. Pakej bahan pengajaran
yang baik mestilah menyediakan panduan kepada pengguna pakej di samping meningkatkan
kefahaman mesej melalui multimedia dalam pakej pengajaran dan pembelajaran yang
dibangunkan. Data dalam jadual 5 bahawa penilai memberikan respons positif terhadap
penilaian kreativiti pakej yang dihasilkan. Penilai sangat bersetuju dengan konstruk kreativiti
pakej adalah sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata 4.6. Hal ini
menunjukkan bahawa pakej yang dibangunkan menepati ciri atau sifat pakej yang kreatif dan
berkualiti.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah kreativiti pakej. Hal ini menunjukkan bahawa kreativiti pakej yang dibina memiliki reka
letak antara muka yang bersesuaian dan mesra pengguna, menggabungkan pelbagai elemen
multimedia dan mempunyai kesemua ciri interaktiviti yang sesuai di samping wujudnya
panduan kepada pengguna serta meningkatkan kefahaman mesej melalui multimedia dalam
pakej yang dibangunkan.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Dalam bahagian ini, kekuatan dinilai dari tiga sudut iaitu video dan pakej bahan pengajaran
dan penilaian pengguna.
Bagi sudut pakej bahan pengajaran dan pembelajaran, kekuatan dapat dilihat dari
segi reka letak antara muka. Reka letak antara muka bagi pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran ini adalah menarik dan tersusun. Jika dilihat di home, reka letak muka tersebut
adalah teratur daripada pengenalan mengenai murid masalah pembelajaran, diikuti dengan
panduan mengenai DSKP dan Model Assure yang dibina serta manual pengguna, langkah
pengajaran yang lengkap serta navigasi antara pakej bahan pengajaran dengan laman utama

130
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Pendidikan Khas 2. Kesimpulannya, reka letak yang teratur membantu dalam memberi kesan
terhadap pembelajaran yang afektif.
Selain itu, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga menyediakan ruang
untuk sesi soal jawab. Let’s chat dijadikan salah satu cara untuk membina interaktiviti antara
pengguna dan pembina pakej bahan ini supaya soalan-soalan dan cadangan yang berkaitan
dapat dibalas oleh pembangun pakej bahan tersebut. Hal ini menunjukkan sifat interaktif yang
wujud dalam pakej ini kerana mempunyai interaksi dua hala antara pengguna dan pembangun
pakej bahan tersebut.
Seterusnya pula, bagi sudut produk bahan pengajaran dan pembelajaran pula dapat
dilihat dari segi kandungan produk bahan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya
bertepatan dengan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) di samping objektif pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Selain itu, pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat menarik perhatian pengguna.
Dalam pada itu, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran ini mengintegrasikan
elemen multimedia dengan baik. Elemen multimedia mengintegrasikan elemen seperti teks,
audio, grafik, animasi dan video menggunakan komputer sebagai alat kawalan untuk
membolehkan pengguna berinteraksi dan berkomunikasi agar proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan (Hofstetter, 1995). Elemen-elemen dalam multimedia
ini dapat membantu menyampaikan pengisian atau kandungan kepada pengguna dalam bentuk
yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku (Gary,G., et. Al.,2004).
Seterusnya, kekuatan pakej ini dapat dilihat daripada aspek kualiti media iaitu video
yang dihasilkan sesuai kerana durasi tayangan yang tidak terlalu laju memudahkan murid
bekeperluan khas memahami kandungan yang hendak disampaikan. Hal ini kerana mereka
mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu topik. Selain itu, penggunaan gambar
atau media yang jelas dan sesuai juga membantu pengamatan murid bekeperluan khas untuk
memahami apa yang dipelajari.
Kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai
berdasarkan penilaian yang diberi adalah membantu murid mengenal bunyi di sekeliling
mereka dan meningkatkan minat murid untuk belajar. Kekuatan ini dapat dibuktikan kerana
video yang dihasilkan berfokuskan kepada jenis bunyi merangkumi keseluruhan tema yang
disenaraikan dalam DSKP. Video yang dihasilkan dapat menarik minat murid kerana gambar,
font dan warna serta muzik latar digunakan sesuai dan menarik.
Selain itu, menurut penilai pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina
adalah alternatif yang produktif dan efektif yang boleh digunakan oleh guru di samping
membantu murid untuk mengenal pasti jenis-jenis bunyi dengan mudah. . Pihak lain boleh
menggunakan video yang dibina untuk mengajar murid bekeperluan khas mengikut tema yang
dipilih atau mengajar murid normal berfokuskan bunyi dan menggabungkan pelbagai tema
tersebut. Jelaslah bahan pakej yang kami hasilkan boleh digunakan oleh guru sebagai satu
alternatif yang produktif dan efektif.
Seterusnya, gambaran keadaan dan suasana dalam video yang dihasilkan sesuai
dengan bunyi yang diajar. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman murid mengenai sesuatu
bunyi dan kebiasaanya tempat bunyi-bunyi tersebut didengari. Video yang dibina juga
mengambil kira aspek tema dan bunyi yang ingin dikenal dan diajar. Setiap gambar kepada
bunyi yang ingin diperkenalkan digabungkan dengan latar belakang yang sesuai. Hal ini
adalah untuk memberi pengetahuan kepada murid di mana bunyi yang diajar kebiasaanya
ditemui.

131
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Dalam bahagian ini, kelemahan juga dinilai dari sudut iaitu video dan pakej bahan pengajaran
dan penilaian pengguna.
Dari sudut pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital, kelemahan dapat dilihat dari
segi manual pengguna terlalu bersifat umum. Manual pengguna hanyalah menerangkan
kepada pengguna cara-cara menggunakan pakej tersebut secara umum. Manual pengguna
yang terlalu umum menyukarkan pengguna seperti guru untuk mengggunakan pakej bahan
tersebut dengan baik.
Seterusnya, dari sudut video yang dihasilkan, kelemahan dapat dilihat dari segi durasi
video tersebut. Durasi video yang digabungkan merangkumi 4 tema mengenai bunyi.
Tayangan video tidak seragam iaitu semasa peralihan satu tema ke tema yang lain, tempoh
masa peralihan itu agak lama kerana kesilapan teknikal semasa menghasilkan video.
Kelemahan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai
berdasarkan penilaian adalah kurangnya animasi atau gambar bergerak. Menurut pendapat
penilaian aspek ini akan mengurangkan perhatian murid terhadap video yang ditayangakan.
Selain itu, masa tayangan video tidak seragam dan agak lama seterusnya menyebabkan murid
menjadi bosan. Penilai juga mengulas bahawa warna laman sesawang WIX terlalu cerah dan
mengurangkan daya tarikan pihak lain untuk membacanya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan ketara pakej bahan yang telah dibangunkan, manual pengguna
perlu diperbanyakkan sehingga pengguna memahami secara total bagaimana cara untuk
mengguna pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina. Tempoh masa tayangan
video yang terlalu 132 escrip kerana penggabungan 4 tema dalam satu video. Oleh itu,
cadangan penambahbaikan adalah pengasingan antara tema perlu dibuat. Penambahbaikan
dari aspek pengalihan masa dari satu tema ke tema yang lain perlu seragam dan tidak terlalu
lama.
Selain itu, animasi atau gambar bergerak perlu diperbanyakkan dan seragam kerana
murid lebih tertarik kepada gambar yang bergerak. Seterusnya, bunyi audio yang digunakan
perlu ditambah kekuatan supaya lebih jelas dan tidak didominasi oleh bunyi latar. Berkenaan
warna latar belakang pakej bahan yang digunakan kaedah meminimumkan warna menjadi
pilihan kami. Penambahbaikan yang boleh dijalankan adalah menggunakan warna yang
terang sebagai latar belakang kerana menurut Manisah Ali & Norizza Sahal (2016) ton warna
yang yang digunakan haruslah terang supaya dapat merangsang deria penglihatan pengguna
untuk membaca.

PENUTUP

Kesimpulannya, pakej pembelajaran yang dibina menarik, lengkap dan sesuai dijadikan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk murid bekeperluan khas. Di
samping itu, pakej pembelajaran digital adalah salah satu pendekatan yang mengaplikasikan
unsur TMK seperti yang sangat dituntut dalam pembelajaran abad ke-21 (Hasmawati Hassan
& Hanafi Atan, 2012). Oleh itu, guru berperanan penting dalam memilih media atau bahan
pengajaran yang sesuai untuk murid agar keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran adalah optimum. Hal ini adalah untuk membantu murid memperkembangkan
bakat dan potensi mereka selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

132
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

RUJUKAN

Ain Zawani binti Mohd Zaki. (2014). Penggunaan Bahan Tiga Dimensi (3D) Untuk
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Subjek Kajian Tempatan
Bagi Murid Tahun 5. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2014.
Gary, G., et. Al. (2004). Designing a multimedia conversation aid for reminiscene 133escrip
in dementia care 133escriptor133s
Halimah Jamil, Rozita Radhiah Said, Azhar Md. Sabil & Nor Azlina Mohd Kiram.(2017)
Perbandingan aspek pentaksiran lisan berdasarkan 133escriptor KBSM dengan
standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
International Journal of Education and Training, 3 (2). Pp. 1-9 . ISSN 2462-207
Hasmawati Hassan & Hanafi Atan. (2012). Student Engagement in Online Learning:
Learners Attitude Toward E-Mentoring. Procedia – Social and Behavioral
Sciences. 67. 464–475. 10.1016/j.sbspro.2012.11.351.
Hofstetter, F, T. (1995). Multimedia Literacy. New York: McGraw Hill.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khadijah Abdul Razak, Tengku Norhayati Tengku Othman, Mohd. Isa Hamzah &
Hafizhah Zulkifli. (2014). Information and Communication Technology among
Excellent Islamic Education Teachers in Selangor Malaysia. Journal
International Education Studies. Vol. 7, No. 13; 2014, hlm 146-156
Manisah Mohd Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Masalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 41
(1). Pp. 1-6. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan
Kamaruddin Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan
Penggunaan ICT dalam Pengajaran Dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan
Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1), Hlm 25- 34

133
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

APLIKASI VIDEO AUTIS-SOUND DALAM PAKEJ LET’S EXPLORE THE SOUND


BAGI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR MURID AUTISME

NURUL MARDIANA BINTI NIZAM HISHAMUDDIN


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya


kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru kepada guru dan dapat
merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara
pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Antara aplikasi TMK yang telah
diperkenalkan dalam pendidikan adalah penggunaan E-mel dalam pendidikan, penggunaan
internet dalam pendidikan, penggunaan LCD projektor dalam pendidikan, penggunaan
aplikasi E-Learning dalam pendidikan dan penggunaan Whatsapp sebagai alat pendidikan di
luar bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital bagi murid autisme bagi komponen Bahasa Inggeris telah dibangunkan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang memfokuskan kemahiran
mendengar dan bertutur. Pakej bahan yang dibangunkan adalah Let’s Explore the Sound
dengan menggunakan aplikasi WIX. Standard Kandungan yang dipilih adalah 1.1 Pupils will
be able to listen and respond appropriately for a variety of purposes manakala Standard
Pembelajaran yang dipilih pula adalah Pupils are able to: 1.1.1 Listen and respond to
stimulus given: (i) body percussions (hands, feet, fingers) (ii) voice sounds (animal,
vehicle) (iii) environmental sounds (rain, waterfall) (iv) instrumental sounds (bell, castanet).
Video yang dihasilkan adalah video berdasarkan tajuk yang dipilih iaitu Animal Sound.
Penggunaan video adalah sangat sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dipilih kerana
menerusi video tersebut, murid autisme dapat mendengar dengan lebih baik dan mereka dapat
memberi respon kepada rangsangan yang diberikan melalui video tersebut. Menurut Brecht
(2012) dalam kajiannya menunjukkan bahawa pembelajaran memerlukan rangsangan visual
dan auditori, terutamanya apabila penggunaan teknologi untuk menggalakkan pemprosesan
kognitif.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun 1 di bawah tajuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu

134
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak setuju; 2 = Tidak setuju; 3 =
Memuaskan ; 4 = Setuju; 5 = Sangat setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.5
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.5
Kualiti Media 3 5.0 5.0 5.0
Kreativiti Pakej 3 5.0 5.0 5.0

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min.
Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (i)
Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.
Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan
Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan sedia 5.0
ada murid berkeperluan khas
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif 4.7
berkeperluan khas
iii. Kandungan pengajaran mencapai objektif pembelajaran 5.0
iv. Kandungan pengajaran bertepatan dengan standard 5.0
pembelajaran
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 5.0
berkeperluan khas
Min 4.9

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


penilaian bagi item-item yang berkaitan dengan kandungan pengajaran yang terdapat dalam
pakej bahan yang dibangunkan. Konstruk ini mengambil kira kesesuaian penggunaan
kandungan pengajaran. Keputusan berdasarkan jadual 2 menunjukkan min purata bagi
konstruk pengisian atau kandungan adalah 4.9. Hal ini menunjukkan bahawa penilai bersetuju
bahawa kandungan pakej bahan Let’s Explore the Sound bertepatan dengan pengetahuan sedia
ada murid autisme dan juga standard pembelajaran berdasarkan DSKP yang digunakan. Selain
itu, kandungan pengajaran yang digunakan juga dapat mencapai objektif pembelajaran pada
akhir proses PdP mengikut tahap kognitif murid autisme. Kandungan pengajaran iaitu
penggunaan media juga mampu menarik perhatian murid autisme untuk belajar sesuatu yang
baru.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Mampu merangsang pemikiran murid 5.0
ii. Mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada murid 4.7
iii. Pedagogi yang digunakan mengandungi unsur KBAT 4.3
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 5.0

135
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Item Penyataan Min


v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif 4.5
murid
Min 4.7

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi membawa maksud kepada penilaian


berkenaan dengan pedagogi ataupun kaedah pengajaran kanak-kanak berdasarkan pakej bahan
yang telah dibangunkan. Konstruk ini mengambil kira kelebihan pedagogi iaitu sama ada
pedagogi yang digunakan mampu merangsang pemikiran murid, mampu memberikan
kefahaman yang jelas kepada murid dan sama ada pedagogi yang digunakan mengandungi
unsur KBAT. Konstruk ini juga mengambil kira kesesuaian pedagogi sama ada sesuai dengan
langkah pengajaran dan juga kognitif murid. Purata min bagi konstruk pedagogi adalah 4.7.
Hal ini menunjukkan bahawa pedagogi yang digunakan bersama dalam pakej ini adalah baik
kerana telah mengambil kira aspek-aspek pedagogi yang baik terhadap isi kandungan dalam
video yang dihasilkan.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Kualiti imej video yang mudah difahami 5.0
ii. Muzik dan suara latar video adalah jelas 5.0
iii. Video yang digunakan mencapai objektif pengajaran 5.0
iv. Kombinasi warna dalam video adalah menarik 5.0
v. Pencahayaan video yang sesuai 5.0
Min 5.0

Berdasarkan jadual 4 di atas konstruk kualiti media merupakan penilaian bagi kualiti
media yang digunakan dalam pakej bahan Let’s Explore the Sound iaitu video. Konstruk
kualiti media mengambil kira kualiti imej video, muzik dan suara latar dalam video, kombinasi
warna dalam video, pencahayaan dalam video dan juga sama ada video yang dihasilkan
mencapai objektif pengajaran. Berdasarkan jadual 4 di atas, purata min bagi konstruk kualiti
media adalah 5.0. Hal ini membuktikan media yang dihasilkan iaitu video How Animal
Sound? sesuai dengan tajuk yang akan diajar iaitu Animal Sound dan video yang dihasilkan
juga mengintegrasikan unsur-unsur kualiti media dengan baik dan dapat mendorong minat
murid autisme untuk belajar.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang tersusun 5.0
ii. Mudah menggunakan aplikasi 5.0
iii. Intipati yang dapat menarik perhatian pengguna 5.0
iv. Kombinasi video yang menarik 5.0
v. Pakej pengajaran dan pembelajaran yang menarik 5.0
Min 5.0

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej membawa maksud kepada


penilaian bagi keseluruhan pakej bahan yang telah dihasilkan. Konstruk kreativiti pakej
mengambil kira reka bentuk pakej, intipati yang terdapat dalam pakej, kombinasi video,

136
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

kemudahan penggunaan aplikasi iaitu WIX dan juga kelebihan pakej pengajaran dan
pembelajaran sama ada menarik ataupun tidak. Berdasarkan jadual 5, purata min bagi
konstruk kreativiti pakej adalah 5.0. Hal ini membuktikan bahawa ketiga-tiga penilai bersetuju
bahawa pakej bahan Let’s Explore the Sound menepati apa yang dikehendaki untuk mencapai
objektif penghasilan pakej bahan ini.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima purata nilai min yang
tertinggi ialah 5.0 iaitu konstruk kualiti media dan juga konstruk kreativiti pakej. Hal ini
menunjukkan bahawa pakej bahan Let’s Explore the Sound ini sangat menarik dan
mengandungi bahan pengajaran yang lengkap disamping penyusunan bahan yang sistematik
dalam aplikasi WIX. Gabungan ketiga-tiga video yang mempunyai kelainan dan juga
kelebihan yang tersendiri juga telah membuatkan pakej bahan Let’s Explore the Sound
mendapat tempat pada hati penilai.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital Let’s Explore the Sound terdapat beberapa
kekuatan. Dari segi pengisian, pakej bahan Let’s Explore the Sound mengandungi penerangan
tentang masalah murid autisme serta masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut pada
halaman utama pakej bahan yang telah dibangunkan. Penerangan yang dinyatakan adalah
sangat ringkas supaya mudah untuk difahami oleh pengguna. Dengan adanya penerangan
tersebut, para pengguna dapat didedahkan tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh murid
autisme. Pada halaman utama juga terdapat objektif yang ingin dicapai dalam penghasilan
pakej bahan Let’s Explore the Sound. Menurut Saud M., S. et al (2010) elemen yang paling
penting yang perlu ada dalam proses pembinaan laman web ialah nota pembelajaran.
Daripada segi reka bentuk pula, penggunaan aplikasi WIX sangat membantu dalam
menghasilkan satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menarik
dan mudah untuk digunakan oleh pengguna. Penyusunan maklumat dalam laman web tersebut
juga adalah sangat teratur dan mudah untuk difahami oleh pengguna. Menurut Md. Salleh, S.
& Chong T. J. (2011), pereka bentuk laman web hendaklah memastikan kaedah penyampaian
maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan tahap pengetahuan bakal pengguna web
pembelajaran tersebut. Hal ini dapat membantu murid autisme supaya menggunakan laman
web tersebut dengan betul. Selain itu, penggunaan warna latar belakang aplikasi yang sangat
menarik juga boleh menarik murid autisme untuk mengetahui dengan lebih tentang video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital tersebut. Menurut Md. Salleh, S. & Chong
T. J. (2011) lagi, persembahan antara muka memerlukan warna latar belakang yang sesuai
bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang.
Seterusnya daripada segi pedagogi pula, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
berasaskan TMK mampu merangsang pemikiran murid autisme. Pengajaran menggunakan
video sangat membantu dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Menurut
Berk (2009) & Jamalludin & Zaidatun, (2003), kebanyakan guru telah mengenal pasti tentang
kehebatan pengajaran berasaskan video yang mampu menarik minat, meningkatkan motivasi
dan pengalaman belajar murid. Selain itu, dengan adanya langkah pengajaran yang sesuai
seperti penggunaan flashcard, tayangan video dan kuiz dapat membantu murid autisme untuk
memahami apa yang diajar. Langkah pengajaran yang dijalankan adalah daripada pengenalan
sehingga tahap menguji tahap kefahaman murid. Pengajaran yang disampaikan sesuai dengan
tahap kognitif dan dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada murid autisme.

137
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Penggunaan KBAT pula tidak digunakan dengan banyak memandangkan sasaran bagi pakej
bahan ini adalah murid autisme.
Akhir sekali daripada segi penghasilan video, video yang dihasilkan mencapai objektif
pengajaran kerana telah dirujuk dalam Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP)
dan juga buku teks. Penggunaan imej, muzik dan suara latar dalam video tersebut juga adalah
sangat jelas dan berkualiti tinggi. Dengan itu murid dapat mendengar bunyi haiwan dengan
jelas dan dapat meniru bunyi yang mereka dengari. Selain itu, kombinasi warna dan
pencahayaan video juga sangat sesuai dan tidak menyakitkan pandangan penonton yang
menonton video tersebut. Penggunaan video yang sangat menarik dan sesuai akan menarik
perhatian murid autisme. Menurut Hallahan dan Kauffman (1997), individu autistik sering
ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial
dan kognitif pada zaman kanak-kanak kerana ketidakfungsian tingkah laku mula timbul
seperti self-stimulatory behaviors iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat
seperti mengoyang-goyang badan, menggoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit
jari dan tangan serta menghantuk kepala yang boleh mengganggu perhatian mereka.
Pengajaran menggunakan video ini dapat membantu mengembalikan tumpuan murid autisme
di dalam kelas.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Kelemahan yang dapat dikesan dalam pakej bahan Let’s Explore the Sound ini adalah daripada
segi penggunaan bahasa pada halaman utama pakej bahan. Walaupun penerangan yang
diberikan adalah sangat ringkas tetapi penggunaan tatabahasa yang tinggi akan menyebabkan
sesetengah pengguna sukar untuk memahami apa yang diterangkan.
Seterusnya, kelemahan lain yang dapat dikesan adalah penggunaan fail grafik dan
imej bersaiz besar dalam video . Hal ini menyebabkan pengguna akan mengambil masa yang
lama untuk mengakses video tersebut. Pengguna mungkin akan menjadi kurang berminat
untuk menggunakan pakej bahan Let’s Explore the Sound ini pada masa-masa yang akan
datang kerana terpaksa menghabiskan masa dengan menunggu akibat penggunaan fail yang
besar.
Selain itu, kelemahan yang boleh dikesan daripada pakej bahan Let’s Explore the
Sound adalah kekurangan dalam mempelbagaikan aktiviti pengukuhan pada akhir sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang biasa
dilakukan oleh guru-guru lain di dalam kelas tetapi dilakukan dalam bentuk atas talian.
Dengan kepelbagaian aplikasi yang terdapat pada masa kini, banyak aktiviti yang lebih
menarik boleh digunakan sebagai aktiviti pengukuhan ataupun latihan dalam sesi PdP.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa cadangan yang akan
dilaksanakan untuk menambahbaik lagi pakej bahan Let’s Explore The Sound. Antaranya
ialah dengan menggunakan tatabahasa yang lebih rendah agar mudah difahami oleh pengguna.
Penggunaan tatabahasa sebagai penerangan dalam pakej bahan Let’s Explore The Sound
adalah amat penting kerana pakej bahan ini memfokuskan kepada penggunaan Bahasa
Inggeris. Maka, tatabahasa yang digunakan serta ayat yang dibina perlulah ringkas tetapi
mudah untuk difahami oleh pengguna.
Cadangan seterusnya adalah dengan menggunakan grafik dan fail imej yang tidak
terlalu besar. Gambar-gambar yang akan digunakan akan disimpan dalam format seperti Jpeg

138
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

kerana ia boleh mengecilkan fail. Penyimpanan gambar dalam format yang lebih kecil sangat
berfaedah kepada pengguna terutamanya semasa melakukan aktiviti mendownload kerana
dapat menjimatkan masa pengguna dan mereka tidak perlu menggunakan internet berkelajuan
tinggi.
Di samping itu, selain daripada penggunaan video dalam pengajaran dan
pembelajaran aktiviti lanjutan daripada tayangan video tersebut juga boleh dijalankan dengan
menggunakan aplikasi-aplikasi yang lebih menarik. Contohnya, dengan menggunakan
aplikasi seperti EDUPLAY, H5P dan kuiz-kuiz atas talian seperti KAHOOT dan juga
QUIZIZZ. Menurut Joseph et al., (2005); Smith & Gardiner, (2008), individu autisme
mempamerkan keutuhan dalam tugasan latihan verbal yang menggunakan bahagian ingatan
phonological loop. Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti yang telah
dinyatakan diatas kefahaman dan ingatan murid autisme dapat dtingkatkan lagi.

PENUTUP

Pakej bahan Let’s Explore the Sound ini merupakan satu pendekatan yang
menggabungjalinkan pelbagai multimedia untuk membantu mempermudahkan murid autisme
supaya mereka dapat memahami isi kandungan yang ingin diajarkan oleh guru. Gabungan
video dalam pakej bahan tersebut juga merupakan satu alternatif yang dapat mempelbagaikan
lagi strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi menarik
dan lebih menyeronokkan. Menurut Zamri & Nur Aisyah (2011), strategi pembelajaran yang
diterapkan dalam perisian dapat membantu murid menguasai pembelajaran secara dua hala
tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Justeru itu, guru-guru boleh menggunakan TMK
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana dengan bantuan media, murid mampu
belajar secara aktif dan kendiri.

RUJUKAN

Berk, B. L. (2009). Qualitative Research Method: Pearson International Edition. Brecht, H.


(2012). Learning from Online Video Lectures. Journal of
Information Technology Education: Innovations in Practice, 11(1), 227-250.
Informing Science Institute. Dicapai pada September 19, 2019 daripada
https://www.learntechlib.org/p/71157/
Hallahan, D. P., Kauffman, J. M., & Hallahan, D. P. (1997). Teaching exceptional children:
Cases for reflection and analysis for exceptional learners: introduction to special
education. Boston, Mass: Allyn & Bacon
Jamalludin, H., & Zaidatun, T. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS
Publication:Bentong
Joseph et al., (2005) Joseph, M., Yakhou, M. and Stone, G. (2005). An educational
institution's quest for service quality: customers’ perspective. Quality
Assurance in Education, Vol.13, No.1, pp.66-82.
Md. Salleh, S. & Chong T. J. (2011). Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid Geometry
Dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan Menggunakan Kaedah
Animasi. Journal of Educational Social Science,volume 2 Jun 2011, Pages 35-49
/ISSN: 2231-7333
Saud, M. S. & Amin, S. A. (2010). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

139
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Smith B.J., Gardiner J.M., Bowler D.M. (2008). Deficits in free recall persist in Asperger's
syndrome despite training in the use of list-appropriate learning
strategies. Journal of Autism and Developmental Disorders. 2007;37:445–454.
Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang
penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera
Bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

140
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENILAIAN APLIKASI VIDEO FRUITY TRUITY DALAM PAKEJ LISTEN TO


WORDS ATTENTIVELY BAGI KEMAHIRAN MENDENGAR
DAN BERTUTUR MURID ADHD

SITI MARIAM BINTI AHMAD


Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang pesat menuntut


pengintegrasiannya di dalam sistem pendidikan kerana berupaya melahirkan murid yang lebih
berdaya saing pada abad ke-21. Di dalam konteks perguruan, teknologi maklumat dan
komunikasi yang semakin berkembang membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
direka dan dilaksanakan mengikut kehendak dan keperluan pelajar. Hal ini disokong oleh
(Noriati Abd Rashid et. al, 2009) yang menyatakan bahawa kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi banyak menolong dalam tugas harian seperti mencari maklumat untuk
pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar (BBM), membina jadual waktu dan
penggunaan statistik untuk penilaian murid. Oleh hal yang demikian, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi perlu dikuasai oleh setiap guru supaya dapat menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan menarik terutamanya kepada murid bermasalah
pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital dalam pembelajaran yang berasaskan TMK dengan menggunakan aplikasi WIX telah
dibangunkan. Aplikasi ini dipilih kerana menarik dan mudah untuk digunakan. Pakej ini
dibangunkan bagi murid masalah pembelajaran terutamanya Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD) berpandu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas
3M komponen Bahasa Inggeris tahun 2. Video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital ini dibangunkan di bawah tajuk 1 Listening and Speaking (Standard Kandungan 1.1
Listening to and respond appropriately for a variety purposes). Tapak blog yang dibangunkan
ini dinamakan Listen To Words Attentively dan mengandungi pelbagai media pengajaran
antaranya termasuklah satu video berkaitan Fruity Trutty bagi mencapai standard
pembelajaran 1.1.1 Pupils can listen to and respond appropriately based on any given
stimulus. Video yang dihasilkan ini merupakan satu video interaktif yang dihasilkan dengan
menggunakan aplikasi Animaker dan H5P agar dapat mewujudkan interaksi antara pengguna
dan video tersebut.

DAPATAN ANALISIS VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris Tahun 2 di bawah tajuk Buah-buahan ini dilaksanakan berdasarkan instrumen
penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

141
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Memuaskan; 4 = Setuju ; 5 = Sangat Setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.7
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.7
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.6
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.5

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min
i. Kandungan pengajaran bertepatan dengan pengetahuan 4.7
sedia ada murid berkeperluan khas
ii. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan tahap kognitif 4.7
murid berkeperluan khas
iii. Kandungan pengajaran bertepatan dengan objektif 5.0
pembelajaran
iv. Kandungan pengajaran bersesuaian dengan standard 4.7
pembelajaran
v. Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 4.3
berkeperluan khas
Min 4.7

Berdasarkan Jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk kepada


kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan di dalam video dan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini. Hal ini termasuklah kandungan set
induksi, kandungan langkah-langkah pengajaran dan juga kandungan kuiz sebagai penilaian
di akhir proses pengajaran dan pembelajaran digital. Oleh hal yang demikian, pakej
pembelajaran digital yang baik akan membantu pengguna mencapai objektif yang ditetapkan
dengan efektif. Antara ciri pengisian atau kandungan pakej pembelajaran digital yang baik
ialah dengan menitikberatkan pengetahuan sedia ada murid, tahap kognitif murid, objektif
pembelajaran murid, ketepatan standard pembelajaran murid serta pakej tersebut mampu
menarik perhatian murid. Data dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan
respon yang positif terhadap penilaian pengisian atau kandungan video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa
pengisian atau kandungan pakej digital ini adalah sangat baik berdasarkan konstruk yang
dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan ini mampu membantu pengguna
mencapai objektif yang ditetapkan dengan signifikan.

142
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan mampu merangsang pemikiran 5.0
murid berkeperluan khas
ii. Pedagogi yang digunakan mampu memberi kefahaman yang 4.7
jelas kepada murid berkeperluan khas
iii. Pedagogi yang digunakan mempunyai unsur kemahiran 4.0
berfikiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid berkeperluan
khas
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran 4.7
untuk murid berkeperluan khas
v. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan keupayaan kognitif 4.7
murid berkeperluan khas
Min 4.6

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merupakan kaedah pengajaran di


mana video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan adalah
mengikut langkah-langkah dan kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid. Video dan pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang baik akan memudahkan pengguna untuk
menggunakannya disebabkan oleh langkah dan kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan.
Oleh itu, pedagogi sesuatu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital perlu
mengambil kira beberapa aspek iaitu, rangsangan kepada pemikiran murid, memberii
kefahaman yang jelas kepada murid, mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) serta penggunaan langkah yang sesuai di samping mengambil kira tahap keupayaan
kognitif murid. Data dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang
positif terhadap penilaian bagi konstruk pedagogi dalam pakej bahan PdP digital yang
dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa pedagogi pakej digital ini adalah sangat baik
berdasarkan konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.6. Hal ini
menjukkan bahawa pedagogi bagi pembelajaran digital ini mempunyai kaedah pengajaran
yang sesuai dan berkesan kepada murid.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Video yang dihasilkan adalah sesuai dengan objektif 4.7
pembelajaran
ii. Pencahayaan video adalah sesuai 4.7
iii. Pemilihan ton dan warna yang digunakan dalam video 4.3
mampu menarik perhatian
iv. Kualiti imej yang digunakan dalam video adalah jelas 4.7
v. Pemilihan audio dalam video adalah jelas dan sesuai 4.7
Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada kualiti bagi
keseluruhan video seperti penggunaan cahaya, penggunaan ton dan warna, penggunaan audio
dan kualiti imej. Pakej pengajaran dan pembelajaran bahan digital yang baik akan mempunyai
kualiti video yang menarik. Oleh itu, ciri-ciri kualiti media atau video yang baik akan
menitikberatkan pencahayaan yang sesuai, pemilihan ton dan warna yang menarik perhatian,
kualiti imej yang jelas dan pemilihan audio yang sesuai serta bertepatan dengan objektif

143
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

pembelajaran. Data dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang
positif terhadap penilaian kualiti media video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa kualiti media pakej digital ini adalah
sangat baik berdasarkarn konstruk yang dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.6.
Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa kualiti media bagi video yang dibangunkan di dalam
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini dapat menarik perhatian murid untuk
menggunakannya.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka bentuk pakej yang menarik 5.0
ii. Reka letak pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.3
tersusun dan menarik
iii. Pakej pengajaran dan pembelajaran menyediakan panduan 4.3
kepada pengguna
iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri- 4.7
ciri interaktiviti yang menarik
v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran menggabungkan 4.0
pelbagai elemen media yang sesuai
Min 4.5

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk kepada keupayaan


dalam mewujudkan dan menghasilkan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital yang dapat menarik perhatian pengguna iaitu dari segi kandungan idea yang menarik
dan susunan kandungan pakej yang teratur. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri kreativiti pakej
yang baik mengambil kira beberapa aspek penting seperti reka bentuk pakej yang menarik,
reka letak pakej yang tersusun, mempunyai panduan pengguna, mempunyai ciri-ciri
interaktiviti dan menggabungkan pelbagai elemen media yang sesuai. Data dalam Jadual 5
menunjukkan bahawa penilai memberikan respon yang positif terhadap penilaian kreativiti
video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Penilai
menyatakan bahawa kreativiti pakej digital ini adalah sangat baik berdasarkan konstruk yang
dikaji dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.5. Hal ini menunjukkan bahawa kreativiti
pakej yang terdapat di dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini mampu
menarik perhatian murid untuk menggunakannya disebabkan oleh susun atur pakej yang
kreatif dan mesra pengguna.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi
ialah konstruk pengisian atau kandungan. Hal ini menunjukkan bahawa pengisian atau
kandungan yang dihasilkan di dalam video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital ini relevan dan dapat membantu pengguna terutamanya murid untuk mencapai objektif
pembelajaran dengan berkesan dan signifikan.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kekuatan pakej digital Listen to Word Attentively ini ialah kandungannya boleh
dipercayai kerana menepati DSKP. Kandungan atau pengisian di dalam pakej ini juga
membantu pengguna untuk mencapai objektif dengan berkesan. Kandungan atau pengisian di

144
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

dalam pakej bahan digitial ini dapat membantu murid mengenal perkataan berdasarkan
rangasangan yaang diberikan. Pembelajaran digital ini juga mempunyai kandungan yang
bersesuaian dengan murid masalah pembelajaran terutamanya murid ADHD.
Pakej bahan digital ini juga mempunyai kualiti media yang bersesuaian dan mudah
untuk difahami bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu penggunaan imej di dalam
video Fruity Truity adalah besar dan juga terang supaya murid bermasalah pembelajaran dapat
memahami kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas. Seterusnya, penilai juga
menyatakan bahawa gerakan visual yang sederhana perlahan sangat baik bagi penyampaian
PdP berdasarkan pembelajaran digital untuk murid bermasalah pembelajaran. Hal ini
demikian kerana gerakan visual yang perlahan dapat membantu murid mengikuti
penyampaian PdP melalui bahan digital tersebut dengan lebih signifikan disebabkan kelajuan
gerakan visual yang sesuai dengan murid bermasalah pembelajaran. Jelaslah menunjukkan
bahawa kualiti imej dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid. Hal ini di sokong
oleh (Christopher Lu Wei Wang, 2012) yang menyatakan bahawa penggunaan visual adalah
merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses
pembelajaran.
Seterusnya, bagi aspek kualiti media juga, muzik atau audio yang digunakan di dalam
video Fruity Truity ini rancak dan dapat merangsang minat murid namun, masih menggunakan
audio yang sederhana perlahan supaya murid dapat mendengar dengan jelas dan tidak terlepas
isi kandungan pembelajaran. Penilai juga menyatakan bahawa gabungan warna juga sangat
menarik bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran bahan digital ini. Berdasarkan pakej
yang telah dibangunkan ini, warna yang digunakan ialah warna-warna terang seperti kuning,
merah, ungu, oren serta warna pastel. Warna-warna ini digunakan di dalam pakej pengajaran
dan pembelajaran bahan digital supaya kelihatan lebih menarik dan ceria seterusnya dapat
menarik minat murid untuk menggunakan pakej ini. Pemilihan warna perlu bersesuaian
dengan murid kerana menurut (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2011), pemilihan
warna yang sesuai akan memberi kesan yang mendalam terhadap proses pembelajaran. Justeru
itu, pakej digital Listen to Word Attentively ini amat sesuai dengan murid bermasalah
pembelajaran kerana telah mengambil kira aspek-aspek penting bagi murid yang mempunyai
tahap kognitif yang terhad.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

Terdapat beberapa kelemahan bagi pakej pengajaran dan pembelajaran bahan digital ini.
Antaranya termasuklah video Fruity Truity terlalu perlahan dan penggunaan muzik atau audio
yang kurang sesuai. Pakej yang dibangunkan ini mensasarkan murid yang mempunyai tahap
kognitif yang terhad terutamanya murid bermasalah pembelajaran. Oleh hal yang demikian,
video yang dibangunkan di dalam pakej bahan digital ini adalah perlahan dan tidak terlalu laju
agar bersesuaian dengan murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah. Penilai juga
menyatakan bahawa muzik atau audio kurang sesuai dengan pergerakan visual. Hal ini
disebabkan oleh penggunaan rentak audio yang rancak dan kurang bertepatan dengan
pergerakan visual yang sederhana perlahan seterusnya menyebabkan video tersebut menjadi
kurang menarik. Penggunaan rangsangan muzik adalah bertujuan untuk mengubah suasana
pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur,
tenang dan tidak tertekan. (Hamisan Salim, 2010). Maka, pengunaan muzik atau audio perlu
bersesuaian supaya suasanan pengajaran dan pembeljaran menarik.
Selain itu, antara kekurangan lain ialah video Fruity Truity di dalam pakej bahan
digital ini terlalu pendek. Hal ini demikian kerana aplikasi yang digunakan bagi

145
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

membangunkan video ini telah menentukan had masa paling maksimum bagi membuat
sesuatu video dengan percuma menyebabkan tempoh masa video yang dibangunkan sukar
untuk dipanjangkan. Penghasilan video ini juga tiada variasi soalan yang dinyatakan kerana
hanya menggunakan bentuk soalan yang sama. Hal ini akan menyebabkan pengguna akan
mudah berasa bosan disebabkan menjawab soalan dalam bentuk yang sama. Oleh itu,
kelemahan-kelemahan yang dinyatakan oleh penilai perlu ditambah baik supaya pakej yang
dibangunkan akan lebih menarik perhatian pengguna.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan pakej PdP bahan digital lebih
menarik dan efisien untuk murid bermasalah pembelajaran ialah penggunaan muzik atau audio
perlu dititikberatkan. Muzik atau audio yang digunakan hendaklah mempunyai rentak yang
tidak terlalu rancak dan juga perlu bersesuaian dengan pergerakan visual. Hal ini supaya
muzik atau audio yang dimainkan seimbang dengan kelajuan pergerakan visual. Pemilihan
muzik atau audio yang sesuai perlu diambil kira agar video yang dibangunkan menarik dan
tidak membosankan. Di samping itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengatasi
video telalu pendek ialah dengan menukar aplikasi yang digunakan kepada aplikasi yang lain.
Aplikasi yang digunakan tersebut hendaklah dipastikan tiada had masa ditetapkan bagi
membangunkan sesebuah video supaya video yang dibangunkan tersebut mempunyai tempoh
masa yang lebih panjang. Oleh hal yang demikian, sebelum membuat video perlu dipastikan
agar aplikasi yang digunakan bersesuaian dengan video yang hendak dibangunkan. Akhir
sekali, video yang dibangunkan hendaklah mempunyai pelbagai bentuk soalan supaya
terdapat variasi dalam pembikinan soalan. Soalan yang diberikan hendaklah dipelbagaikan
agar pengguna lebih tertarik untuk menggunakan video tersebut. Oleh hal yang demikian,
penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat pada pakej digital Listen to
Word Attentively ini perlu dilakukan supaya produk lebih berkualiti.

PENUTUP

Kesimpulannya, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital memberi banyak
manfaat kepada murid terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran. Melalui
penggunaan bahan digital sebagai medium pembelajaran ini juga dapat membantu murid
belajar dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana pakej pengajaran dan pembelajaran
bahan digital yang dibangunkan menitikberatkan kandungan pembelajaran, pedagogi, kualiti
media dan kreativiti pakej menyebabkannya menjadi set pengajaran dan pembelajaran yang
lengakap dan menarik. Melalui pakej yang dibangunkan ini juga banyak memberi faedah
kepada guru kerana pakej pengajaran dan pembelajaran bahan digital ini mempunyai set
pengajaran yang lengkap kepada murid. Maka, guru boleh memodifikasikan pakej pengajaran
dan pembelajaran bahan digital tersebut mengikut keperluan murid yang diajar. Oleh hal yang
demikian, jelaslah menunjukkan bahawa pakej bahan digital yang dibangunkan ini bukan
sahaja memberi manfaat kepada murid malah kepada guru.

RUJUKAN

Christopher Lu Wei Wang. (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual
Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2012 Dicapai pada 10 Ogos 2019 daripada

146
Penulisan Esei Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2018, Semester 3

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/9.%20CHRIST
OPHER%20LU%20WEI%20WANG.pdf
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Hamisan Salim. (2010). Penggunaan Muzik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
Kerja Amali Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mamsah Mohd All & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan
dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia 41 (1). 1-6.
Mohd Zun Ghani, Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Noriati A Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid
Dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Shah Rulbani Zakana, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. (2009).
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan
Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta Adikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-39.
Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pendidikan Jumal IPA, 23. 1-16.

147

Anda mungkin juga menyukai