Anda di halaman 1dari 2

SITI ZANARIAH BINTI TARAZI (SEJARAH 1)

TOPIK 4 Perjuangan Awal dan Penerapan Semangat


Nasionalisme Dalam Menuntut Kemerdekaan

Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Inggeris bertegas
melaksanakan Malayan Union?

Sekiranya Inggeris bertegas melaksanakan Malayan Union, kerajaan Inggeris tidak


akan dapat melaksanakan pentadbiran dengan lancar kerana akan sering
berhadapan dengan penentangan oleh penduduk tempatan sendiri. Meskipun orang
melayu pada masa tersebut tidak memiliki kelebihan berbanding kerajaan Ingeris,
mereka masih berpegang kepada konsep ketuanan Melayu yang telah mendasari
sistem kehidupan mereka.1 Tanah Melayu adalah milik mereka dan tiada sesiapapun
yang berhak campur tangan dan menafikan ketuanan tersebut. Walaupun tentangan
hebat orang-orang Melayu itu tidak begitu memberi kesan dan tidak begitu
membimbangkan pihak Kerajaan British di United Kingdom, apa yang lebih
membimbangkan mereka ialah tentangan pegawai-pegawainya sendiri di Tanah
Melayu yang akan melaksanakan dasar dan rancangan Malayan Union itu. Ini kerana
pelaksanaan dasar dan rancangan tersebut akan menjadi sukar dengan ketiadaan
sokongan masyarakat setempat.2 Ada di antara mereka telah lama berada di Tanah
Melayu dan lebih memahami kehendak dan akibat tentangan orang-orang Melayu jika
tidak diendahkan. Sebagai contoh, Ralph Hone (Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam
BMA) sebelum Malayan Union itu menjadi kenyataan, telah melaporkan kepada
Pejabat Tanah jajahan bahawa sultan-sultan yang menandatangani Perjanjian
MacMichael itu tidak menyedari sepenuhnya akibat perjanjian itu dan dengan itu
beberapa pindaan hendaklah dilakukan terhadap cadangan Malayan Union itu.
Hinggakan Gabenor Sir Edward Gent sendiri, setelah berunding dengan Raja-raja
Melayu di Kuala Kangsar pada 24hb Mei, 1946, berani memberikan persetujuannya
dengan cadangan-cadangan Raja-Raja Melayu itu terhadap penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu. Demikian juga dengan Mr Malcolm McDonald, Gabenor Jeneral, dan

1
Amri Marzali, Isu Ketuanan Melayu di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu-JOMAS, Jil. 32, No. 2, Oktober 2021,
hlm. 7.
2
Arkib Negara Malaysia, Perarakan Raksasa Menentang Malayan Union di Alor Setar,
https://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa (tarikh diakses 5 Nov. 2021).
beberapa orang Pegawai Tinggi British di Tanah Melayu; mereka menyokong
sepenuhnya rancangan Persekutuan Tanah Melayu oleh UMNO. Secara ringkasnya,
pengurusan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu tidak akan pernah berjalan lancar
walaupun mereka bertegas ingin meneruskan Malayan Union kerana Tanah Melayu
selama-lamanya milik orang Melayu.

Anda mungkin juga menyukai