Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107

PENGENALAN

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut. Pada tahun 1511, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.Beberapa individu telah bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Pada tahun 1920-an ideologi komunis telah menyusup masuk ke Tanah Melayu, malangnya gerakan komunis hanya mencapai kemuncak pada tahun 1948 dengan cara kamunis telah mencetuskan pemberontakan bersenjata bersama penduduk Tanah Melayu. Sejak berlakunya anasir ini telah timbul satu keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan keselamatan di Tanah Melayu berada di tahap yang bahaya. Disebabkan keadaan itu juga, pihak British telah menggambil tindakan untuk mengistiharkan darurat. Saya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak British pada masa itu. Memang benar pada hakikatnya British merupakan satu kuasa besar yang menjajah Tanah Melayu pada masa dahulu tetapi tindakan yang dilakukan oleh

[Type text]

Page 1

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


pihak British sangatlah baik kerana mengumumkan darurat ketika komunis menyerang Tanah Melayu. Hakikatnya British memang berasa takut dan tergugat apabila anasir komunis cuba memasuki Tanah Melayu kerana pihak British takut komunis akan merampas tanah jajahannya. Tetapi dalam masa yang sama tindakan itu juga telah menyelamatkan penduduk Tanah Melayu dari terus dibunuh oleh komunis.

DEFINISI PERPADUAN

Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi bagi manusia yang sentiasa menginginkan perpaduan tidak kira kaum atau bangsa mereka. Tiada manusia yang hidup di muka bumi ini yang sukakan perpecahan berlaku di antara kaum atau bangsa mereka. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu boleh membawa kepada permusuhan dan seterusnya kepada perbalahan, pergaduhan dan peperangan. Jika berlaku pergaduhan dan peperangan, hidup manusia akan menjadi susah. Susah bukan sahaja dari segi mencari rezeki, tetapi perjalanan hidup mereka tidak selamat dan aman, serta banyak nyawa yang terkorban. Sekiranya masih ada penduduk yang masih hidup selepas peperangan, mungkin mereka akan cacat anggota tubuh badan. Secara tidak langsung perjalanan hidup mereka akan terhalang untuk mencari kekayaan, untuk membangun serta membuat kemajuan terhadap diri dan tanah air. Perpaduan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk menyatu padukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Sejak merdeka, isu perkauman sering kali menjadi masalah utama negara, setiap agenda nasional yang dianjurkan oleh kerajaan pastinya meletakkan perpaduan dan integrasi nasional sebagai satu agenda utama. Setiap peluang akan digunakan dalam pelbagai bidang, pendidikan, sukan dan kebudayaan. Selain itu, program latihan khidmat negara telah dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan lagi perpaduan nasional dalam jiwa rakyat Malaysia.

[Type text]

Page 2

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh. Pada pandangan Islam pula perpaduan membawa maksud sesungguhnya Islam itu bersaudara dan dikehendaki mengeratkan perpaduan serta diharamkan memutuskannya. Bahkan setiap mukmin mestilah saling tolong-menolong sesama mereka dalam semua perkara yang mendorong kearah kebaikan umat,

kemasyarakatan dan kebahagiaan bersama. Selain itu, dengan tindakan untuk memutuskan hubungan silatulrahim sesama manusia merupakan perkara yang ditegah sama sekali oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai" -(Al-Imran: 103)

Berdasarkan firman Allah S.W.T diatas bermaksud keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada pengurusan kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang penting sekali ialah perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain dan tidak berpecah belah. Mukmin yang bertamadun adalah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan kehidupannya.

Kesimpulananya ingatlah, bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah Negara terletak kepada perpaduan di kalangan rakyatnya. Begitu juga sebaliknya, perpecahan adalah punca kejatuhan dan kemusnahan. Sehubungan dengan itu, asas-asas kepada perpaduan mestilah dijana dengan pelbagai gerakan ke arah perpaduan , perlu dirintis supaya hasrat untuk membentuk sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.

[Type text]

Page 3

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


KRONOLOGI SEJARAH TANAH MELAYU DIJAJAH

TAHUN TANAH MELAYU DIJAJAH

JEPUN BRITISH (1786-1941) BELANDA (1641-1821) & (1945-1957) ( 1941-1945)

PORTUGIS ( 1511-1641)

RAJAH 1 : KRONOLOGI TANAH MELAYU DIJAJAH

KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 bersama lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat daripada berlakunya sedikit perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah telah menahan beberapa orang pedagang Potugis yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De Alburqaque telah tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusannya untuk berjumpa dengan sultan supaya sultan Melaka boleh membebaskan orang Portugis. Alfonso De Alburqaque juga sanggup membayar ganti rugi kepada sultan Melaka. Walau bagaimanapun baginda enggan menerima bayaran ganti rugi yang hendak dibayar oleh pihak Portugis. Ini telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India. Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu. Akhirnya pada 24 Ogos 1511 pihak Portugis telah berjaya menawan Kota Melaka.

[Type text]

Page 4

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda telah pergi menyerang Kota Portugis di Melaka. Pada tahun 1606 kerajaan Johor telah berpakat dengan Belanda untuk menguasai Kota Melaka. Percubaan serangan yang dilakukan oleh pihak Belanda terhadap Portugis selama tiga bulan telah mengalami kegagalan apabila Portugis telah mendapatkan bantuan dari Goa. Pada tahun 1636 kapal Belanda telah berjaya memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe untuk mengelola pentadbiran di Kota Melaka.
PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Kehadiran tentera British telah menyebabkan berlakunya perubahan yang amat ketara di Tanah Melayu. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Selain itu, melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara tidak langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketigatiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu sebenarnya bertujuan untuk memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat. Selain itu, pihak British juga sebenarnya mahu mencari pasaran baru bagi barangan mereka dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasil daripada penjajahan itu, Tanah Melayu telah pesat membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mula membawa masuk buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
[Type text] Page 5

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum,

pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Pihak British telah menggunakan dasar pecah dan perintah bagi melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah. Manakal masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang secara tidak langsung keadaan ini telah menggalakkan lebih banyak migrasi masuk ke Tanah Melayu. Sementara

kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.

Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.


PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia ada pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura pula dikenali sebagai Snoyan dan pentadbirannya telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Dari segi pentadbiran mampu mewujudkan masyarakat yang majmuk. Ini kerana satu wilayah pentadbiran dibentuk terdiri daripada negeri Pulau Pinang , Melaka, Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis, Kedah, kelantan, dan Terengganu pentadbirannya telah diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 dengan tujuan untuk membalas jasa Siam. Dengan adanya penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu telah mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran.
[Type text] Page 6

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Walaupun Tanah Melayu pada satu masa dahulu pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar tetapi masih ada beberapa kebaikan yang kita dapat kekalkan sehingga sekarang seperti wujudnya masyarakat majmuk dan berbilang kaum di Malaysia pada masa kini. Wujudnya perpaduan antara kaum di negara kita pada masa sekarang adalah berpunca daripad kemasukan pekerja-pekerja lading dan lombong yang dibawa masuk oleh pihak penjajah dari negeri China dan India.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU

Penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan pada zaman penjajahan adalah bertujuan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penguasaan penjajah. Selain itu, pada waktu itu telah wujud satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan nasionalisme. Gerakan ini merupakan salah satu usaha masyarakat tempatan untuk menentang segala bentuk penjajahan dari kuasa luar terhadap mereka. Di Tanah Melayu, penentangan terhadap British bermula sejak abad ke-19. Penentangan ini telah dijalankan oleh pemimipin dan rakyat tempatan. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah menunjukkan semangat taat setia kepada tanah air yang tinggi kerana mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan keamanan tanah air. Sifat bersatu-padu dan tolong-menolong antara pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah mewujudkan semangat nasionalisme sehingga mereka mampu menyumbangkan kejayaan. Faktor kekalahan mereka dalam perjuangan yang lalu adalah kerana kekurangan ilmu dan penggunaan senjata moden. Oleh itu, kita perlu mengambil iktibar daripadanya supaya berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak dijajahdari segi mental mahupun fizikal. Gelombang pertama untuk menyemarakan semangat nasionalisme telah berlaku seawal abad ke-20, menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal telah dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh AlHadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai

[Type text]

Page 7

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan. Kemunculan tokoh-tokoh agama di atas, diikuti oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu. Serangan dan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di tanah melayu. Ini menjadikan mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, mereka telah menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui ideologi Asia Untuk Asia. Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua dapat dilihat melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang telah diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946, setelah pihak British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga daripada setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana dapat membakar semangat nasionalisme dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.

[Type text]

Page 8

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Kesimpulannya, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.
PERISTIWA DARURAT KEJADIAN 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba tiba ataupun kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh pihak Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut kaum adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
PUNCA YANG MENCETUSKAN PERISTIWA 13 MEI 1969 1. ASPEK EKONOMI

Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British antara faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei. Di mana dasar ini telah menjadi punca wujudnya jurang di antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya kaum Cina ditempatkan di bandar bagi menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong.

[Type text]

Page 9

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Ini menunjukkan kaum Cina sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu. Sementara kaum Melayu pula ditempatkan di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala, kaum India kebanyakannya pula akan menjadi buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi kaum Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang demikian menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka di Tanah Melayu. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat berbagai kaum di Tanah Melayu. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya
[Type text] Page 10

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


dibiarkan. Berikutan rentetan ini wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan.
2. ASPEK POLITIK Dalam pilihan raya pada tahun 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut bertanding dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan bertanding dalam pilihan raya itu, tetapi apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku Abdul Rahman membuat pengisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan isu berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung kaum Melayu. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) yang disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan hasrat supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat. Peringkat awal perlu dilaksanakan dengan beberapa langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka juga telah berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas dari cengkaman Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan, sementara Kelantan pula tetap berada di tangan PAS.
[Type text] Page 11

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana majoriti penyokongnya yang

sangat sedikit. Oleh kerana kejayaan berada di pihak DAP,secara tidak langsung keadaan itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Kaum Cina merasakan yang mereka sudah menang kerana telah dapat menewaskan

kaum Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mereka telah mengeluarkan kata-kata yang menghin UMNO dan kaum Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu perarakan kemenangan yang telah dijalankan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan serta mereka telah melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui jalan Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan katakata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang Melayu keluar dari KualaLumpur. Berikutan perkara itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan untuk membalas tindakan yang telah dilakukan oleh kaum Cina pada masa itu. Maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama
[Type text] Page 12

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan satu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib kaum Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya pada tahun 1969 parti DAP dan parti-parti pembangkang lain telah

menyuarakan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan

kegelisahan di kalangan rakyat bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
3. ASPEK SOSIAL

Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam manakala Kaum cina pula kebanyakkannya telah menganut agama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum India pula menganut agama Hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah antara punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
KESIMPULAN 13 MEI 2013

Kesimpulannya, peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan antara kaum yang menggariskan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara dan bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

[Type text]

Page 13

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia telah menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama sistem politik yang sihat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Walau bagaimanapun, tragedi berdarah 13 Mei 1969 mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan insiden yang membawa peringatan kepada kita bahawasenya rasa saling hormat menghormati antara kaum merupakan resepi yang paling penting demi menjaga keharmonian sesebuah negara. Ramai di kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah dan para pemimpin terdahulu telah cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi pada masa kini tidak tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakannya kalau kita tahu bahawa Rukun Negara telah dibentuk hasil Peristiwa 13 Mei 1969. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma perasaan riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana masyarakat kini sudah melupakan sejarah lalu. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tiada tolok bandingnya.
PERBEZAAN ANTARA MALAYSIAN MALAYSIA KONSEP GAGASAN 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP

Pembentukkan gagasan 1 Malaysia adalah bertujuaan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan asas pembentukkan kemasyarakatan yang wujud pada masa itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli
[Type text] Page 14

SEJARAH MALAYSIA MODEN SJH 1107


dengan mengambil konsep kesamarataan. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Malaysian Malaysia

Berbeza

dengan

yang

hanya

terbatas

kepada

kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara etnik telah dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya gagasan 1Malaysia telah menghargai dan menghormati prinsipprinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Konsep gagasan 1Malaysia lebih menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum boleh menerima keunikan kaum yang lain dengan seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara ang aman dan damai. Kesimpulannya, konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk

memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin hubungan perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang dikehendaki oleh prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat Malaysia juga perlu memahami dan mengamalkan prinsip Rukun Negara bagi membentuk semangat perpaduan. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sekiranya semua rakyat Malaysia boleh mengamal prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

[Type text]

Page 15

Anda mungkin juga menyukai