Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Malaysia, adakah Malaysia pernah dijajah atau tidak dijajah?

Ini adalah isu yang baru dan masih hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia termasuk ahli sejarawan itu sendiri disebabkan pendirian yang berbeza sesama mereka.Hal ini demikian kerana Prof Datuk Dr Zainal Kling mendakwa bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.Hal ini mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu bukan sahaja dilihat sebagai fakta sejarah baru, namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu. Beliau juga menegaskan Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union iaitu pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.beliau menambah sejak Perjanjian Pangkor1 ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Hanya tiga negeri sahaja (Negeri-negeri Selat)2 yang merupakan tanah jajahan, iaitu Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang.Hal ini adalah kesalahan besar sekiranya kita menyebut negara terjajah selama 400 tahun kerana Tanah Melayu hanya terjajah ketika pemerintahan Malayan Union (19461947) dan zaman penjajahan Jepun. Hal ini disokong penuh oleh Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan tidak wajar menyamakan era pentadbiran British di Tanah Melayu dengan istilah penjajahan British.Tambahnya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union3 pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengaku serta bersetuju dengan
1

Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874 antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Endrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan para pembesar yang menyokong baginda serta wakil puak cina Ghee Hin dan Hai San lanjutan pergolakan dalaman Perak. 2 Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 3 Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.Hal ini terjadi sebaliknya apabila sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke Tanah Melayu dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri tetapi sebaliknya penasihat-penasihat mereka bertindak seolah-olah mereka berkuasa sepenuhnya dalam pemerintah berbanding Raja-raja Melayu. Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut bersama kelompok tadi, mempertahankan Malaysia tidak pernah dijajah serta membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berpendirian sebaliknya .Walupun begitu terdapat percanggahan pendapat daripada pakar sejarah tempatan, Abdullah Zakaria ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah dan Gerakan Patriotisme Menentang British di Malaysia dalam Seminar Perjuangan Kebangsaan & Patriotisme Dalam Peradaban Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini yang menyanggah pendapat Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.Jadi persoalannya sekarang, jika benar Malaysia tidak pernah dijajah British, apa maknanya ungkapan kemerdekaan yang dituntut pemimipin dan rakyat? Perlukah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan pada setiap 31 Ogos? Adakah sejarah yang diajar kepada anak bangsa selama ini diputarbelitkan? Apakah tujuan sebenar pejuang-pejuang Tanah Air? Bebas dari dilindungi atau dijajah? Jadi tujuan penulis di sini hanyalah sekadar memberi pandangan mengenai isu ini berdasarkan fakta mengikut beberapa sumber,kerana setiap individu mempunyai pendirian masing-masing berdasarkan kefahaman mereka terhadap sumber yang diperolehi mereka.Namun begitu penulis bersetuju bahawa Malaysia pernah dijajah walaupun ada sebahagiannya fakta yang diperolehi penulis bahawa sebaliknya iaitu dinaungi dengan berdasarkan beberapa aspek iaitu politik,ekonomi dan sosial.

POLITIK Dari aspek politik, kita dapat lihat bagaimana sesuatu pihak terutamanya pihak British cuba menguasai dalam urusan pentadbiran di Tanah Melayu bagi memperkukuhkan hujah penulis bahawa Malaysia ini pernah dijajah. Hal ini jelas melibatkan campur tangan British di Tanah Melayu pada waktu itu dengan mengadakan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.Oleh itu bermulalah pentadbiran westminister4 Inggeris di Tanah Melayu. Inggeris juga telah mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu melalui pengenalan Sistem Residen yang diperkenalkan di Perak,Selangor,Negeri Sembilan, dan Pahang. Melalui Sistem

Residen5,kuasa mutlak sultan telah ditamatkan dan digantikan dengan kuasa Residen Inggeris yang berjaya mengambil alih kesemua kuasa sultan dalam pentadbiran kecuali perkara berkaitan agama Islam dan adat-adat orang Melayu.Pengenalan Sistem Residen yang telah mengundang pelbagai masalah dalam pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pembentukan Persekutuan 1896 atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu.6 Perkenalan Sistem Residen ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat dan juga pemerintah terutamanya berpunca daripada kelemahan dari segi Perjanjian Pangkor itu sendiri telah mewujudkan pertelingkahan.Pada 4 November 1874,James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W.Birch telah dilantik menjadi Residen
7

Perak yang pertama.Namun Birch telah

dibunuh pada 2 November 1875 di Pasir Salak setelah dua tahun berkhidmat.Hal ini terjadi kerana tindakan dan perilaku J.W.W.Birch yang dianggap melanggar hak dan adat tradisi orang-orang Melayu.Pertelingkahan takhta di Johor juga secra tidak langsung telah membawa kepada campur tangan kuasa British. Hal ini terjadi kerana berlaku perebutan takhta antara
4

Sistem Westminster adalah sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik dimodel selepas kerajaan British (Parlimen United Kingdom). istilah ini datangnya dari Istana Westminster, tempat duduk Parlimen UK. 5 Sistem Residen diperkenalkan di Perak (1874), Selangor (1875),Pahang (1888) dan Negeri Sembilan (1889) adalah satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu. 6 Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. 7 Residen merupakan jawatan perwakilan diplomatik, terutamanya untuk tanah jajahan dan negeri naungan. Selepas Perjanjian Pangkor 1875, British telah melantik beberapa Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebagai penasihat kepada Sultan negeri-negeri tersebut.

dua putera Sultan Mahmud telah meminta bantuan British untuk menyelesaikannya.Peluang ini digunakan oleh pihak British kerana jarak hubungan yang dekat antara Johor dan Singapura ,serta minat British untuk memperoleh pelabuhan baru di Singapura.Penjajahan dan penaklukan Jepun juga memperkukuhkan lagi fakta bahawa Malaysia ini pernah dijajah. Pada 10 Disember 1942 ,dua kapal tentera laut British dikatakan iaitu Prince of Wales dan Repulse telah ditengelami oleh pihak Jepun.Hal ini telah melupuhkan pertahanan pihak British serta dikatakan pada 8 Disember 1942 di Kota Bharu ,Singora,dan Siam Jepun telah mendarat.Selepas mendarat di utara dan pantai timur Jepun mara ke selatan hingga ke Johor Bahru.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura berjaya ditawan oleh Jepun serta di Sarawak pada 16 Disember 1941 dan Sabah pada Mei 1942.

Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Ketika Tanah Melayu diperintah Jepun pada tahun 1943, Pejabat Tanah Jajahan British dan Pejabat India British telah merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah Melayu dan telah dipersetujui oleh kerajaan British di London. British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat8 di Eropah menawan semula beberapa negara daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. Kerajaan baru ini dikenali sebagai Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun. Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Beliau berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri Melayu dengan pelbagai muslihat dan ancaman.
8

Kuasa Bersekutu atau juga dikenali sebagai Pihak Berikat ialah sebuah perikatan negara-negara yang menentang Kuasa Tengah ketika Perang Dunia Pertama dan Kuasa Paksi ketika Perang Dunia Kedua.

Beliau juga telah mempergunakan nama dan pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan kembali ke London pada 26 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela daripada raja-raja Melayu. Apabila Sir Harold Mac Michael datang dan berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu berasa yakin bahawa segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan kuasa rajaraja adalah pembohongan belaka. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah ke arah persediaan untuk bekerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana perlembagaan Malayan Union itu sendiri akan melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu.Selepas itu timbullah penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union sama ada secara individu atau kolektif. Dato Onn Jaafar merupakan tokoh nasionalis Melayu yang berjuang habis-habisan untuk menghapuskan Malayan Union dengan membangkitkan

semangat perpaduan Melayu di beberapa negeri serta berjaya mengadakan rapat-rapat umum membantah penubuhan Malayan Union.Penulis di sini memberi gambaran yang jelas dimana pihak British cuba mengusai Tanah Melayu sepenuhnya dengan menubuhkan Malayan Union tetapi atas kesedaran rakyat dan juga pemimpin telah bangkit menentang penubuhan tersebut. EKONOMI Penjajahan juga dapat dilihat dari aspek ekonomi. Pengusaan dan juga penjajahan pada mulanya kita dapat lihat bahawa tujuan utama British ingin membantu serta memajukan industri di Tanah Melayu tetapi sebaliknya mereka mempunyai agenda tertentu. Pada mulanya sistem ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu adalah sistem ekonomi sara diri. Ekonomi jualan yang dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.Namun begitu ekonomi di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahan setelah berlakunya campur tangan British di

Tanah Melayu pada abad ke-19. Penjajah British memperkenalkan sitem dwi-ekonomi9 di Tanah Melayu. Pada masa yang sama British telah memperkenalkan sistem yang bersifat moden yang berasaskan ekonomi komersial atau jualan (eksport). Hasil pengeluaran keduadua sektor ini sememangnya mendapat pasaran yang tinggi di Eropah selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian.Melalui aktiviti perlombongan yang di jalankan Lembah Kinta,Larut,Dinding dan Beruas ( Perak),Sungai Linggi dan Sungai Ujong (Negeri Sembilan ),Sungai Bernam,Sungai Selangor dan Sungai Klang (Selangor),Kelantan,Johor dan Kedah juga merancakkan Revolusi Perindustrian10 di Eropah.Namun begitu ekonomi Kapitalis11 yang diperkenalkan oleh pihak British telah menyebabkan sistem ekonomi sara diri merosot.Akibatnya masyarakat peribumi yang tinggal di kawasan luar bandar semakin terhimpit hidupnya. Kesempitan hidup yang dialami oleh orang-orang Melayu berada di bawah pentadbiran British mendorong bertukar kerja menjadi pekebun getah kecil.Namun berbeza dengan orang Cina dan India,kehidupan mereka lebih baik jika dibandingkan dengan orang Melayu.Yang jelas,sistem dwi-ekonomi telah mewujudkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Keadaan ini membataskan perhubungan antara kaum dengan kaum yang lain serta menimbulkan perbezaan dari segi pendapatan.Hal ini menunjukkan kedatangan British ke Tanah Melayu adalah mengaut keuntungan semata-mata sehingga hak penduduk peribumi terabai untuk mendapatkan hak mereka bagi memperoleh pembelaan.

Dwi-ekonomi atau duaan ekonomi adalah merujuk kepada amalan sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalan orang-orang Melayu berkurun lamanya. 10 Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. 11 Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.

SOSIAL

Penjajahan pihak British di Tanah Melayu juag dapat dilihat melui aspek sosial.Penguasaan British terhadap Tanah Melayu telah memperkenalkan sekularisme12

dalam bentuk sistem pendidikan Barat. Kedatangan British bukan sahaja ingin mengaut kekayaan ekonomi Tanah Melayu, tetapi turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu dengan sistem pendidikan vernakular. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan lima jenis sistem persekolahan ternyata berbeza antara yang lain iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina, Sekolah Tamil. Sistem persekolahan yang berbeza antara kaum bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategik untuk mengukuhkan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Pengasingan ini bertujuan bagi mementingkan pelajaran sendiri demi memelihara bahasa ibunda masing-masing. Namun kesan bentuk penjajahan ini dapat dilihat sehingga sekarang apabila sistem tulisan Melayu berbentuk alphabet
13

iaitu

abjad orang Inggeris/Kristian (A hingga Z) digunakan dalam penulisan kita seharian. Pembelajaran yang lebih menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris telah memberikan kesan terhadap pengguan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat Melayu. Tulisan jawi yang diadaptasikan daripada huruf hijaiyyah daripada bahasa Arab ( hingga )kian terhakis masa kini.

12

Istilah sekularisme mula digunakan di United Kingdom oleh penulis bernama George Holyoake pada 1846. Ia merupakan satu ajaran atau gerakan sosial yang memalingkan manusia daripada mementingkan persoalan akhirat kepada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. 13 merupakan sistem tulisan yang diambil dari Sistem Tulisan Roman Inggeris atau senang dipanggil Sistem Tulisan Inggeris. Sistem tulisan ini mengandungi 26 huruf yang terdiri dari 7 vokal dan 19 konsonan. Terdapat dua jenis iaitu huruf besar dan huruf kecil.

KESIMPULAN

Sejarah negara mencatatkan Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa luar iaitu Portugis, Belanda, Jepun, dan British. Namun begitu ,yang menjadi persoalan masyarakat Malaysia adakah kuasa British pernah menjajah Malaysia atau tidak berdasarkan fakta yang dipertahankan oleh sesetengah sejarawan. Namun penulis ingin menegaskan bahawa setiap pandangan yang di lontarkan oleh para sejarawan adalah untuk mempertahankan fakta serta membuka minda rakyat Malaysia untuk berfikir dan menilai sesuatu kebenaran fakta. Berdasarkan tafsiran penulis , jelas menunjukkan sememangnya Malaysia pernah dijajah walaupun ada yang berpandangan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi hanya segelintir sahaja.

Anda mungkin juga menyukai