Anda di halaman 1dari 34

TUGASAN 1 ULASAN KRITIS

Konsep dan elemen asas Seni Dalam Pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang bersifat subjektif untuk digambarkan oleh pancaindera manusia.
Seni bukan sahaja terdapat dalam bidang seni tari, seni lakonan, seni nyanyian dan sebagainya.
Tetapi, seni juga turut diterapkan dalam pengajaran sehingga mewujudkan satu konteks yang
baharu iaitu Seni Dalam Pendidikan. Menurut Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam
Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah Ali (2015), Seni Dalam
Pendidikan ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan yang
melibatkan tiga komponen seni, iaitu seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan yang telah
diintegrasikan dalam pendidikan masa kini. Komponen ini sangat penting dalam Seni Dalam
Pendidikan bagi mengembangkan potensi dan meningkatkan proses perkembangan dan
pertumbuhan murid-murid melalui pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan ketika berada di alam persekolahan.

Sesungguhnya, Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap murid
mempunyai nilai-nilai estetika, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam pembelajaran. Melalui
penerapan elemen seni visual, muzik, dan pergerakan ini, maka murid-murid akan dapat
meningkatkan perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi
dan sosial (Open University Malaysia, 2007). Hal ini kerana elemen yang telah diintegrasikan
dalam Seni Dalam Pendidikan mampu melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan di
samping mereka dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna. Menurut
Putri Zabariah, Bustam Kamri, dan Raja Hamizah (2008), guru juga dapat merancang kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang gemar belajar melalui
bermain. Secara tidak langsung, kreativiti murid-murid akan dapat dirangsang secara semula jadi
melalui aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Secara amnya, Seni Dalam Pendidikan ini telah menggabungjalinkan elemen seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seni yang telah
diintegrasikan ini merupakan asas kepada perkembangan individu dan boleh membantu
merangsang kepekaan deria dalam proses pembelajaran sekiranya diajar dengan baik. Hal ini
kerana seseorang individu dapat menggunakan deria mereka melalui eksplorasi,
mengeksperimen bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka yang tinggi. Justeru, penggunaan deria
dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting khususnya dalam Pendidikan Seni Visual.

1
Teori pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan merupakan suatu subjek yang sangat penting dalam proses
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui peningkatan daya persepsi, estetika,
dan kreativiti dalam setiap aktiviti pembelajaran. Oleh itu, terdapat beberapa pandangan teori
pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan subjek Seni Dalam Pendidikan ini yang mana teori
yang dikemukakan ini telah menyokong kesepaduan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
dalam pembelajaran kanak-kanak. Antara teori pembelajaran tersebut ialah Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Gardner, Teori Konstruktivisme Vygotsky dan Teori Hoka Hoki oleh Ned Hermann

Teori Kecerdasan Pelbagai

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang telah
mengetengahkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang boleh dijadikan panduan kepada guru
untuk mengetahui pelbagai tahap kecerdasan murid-murid (Choong, 2012). Hal ini kerana setiap
individu mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza dan tidak boleh diwarisi. Mok Soon Sang
(2011) juga menyatakan bahawa kecerdasan seseorang ini boleh dipengaruhi oleh faktor budaya,
pemakanan, persekitaran, pendidikan dan lain-lain. Namun, realitinya sistem pendidikan di
Malaysia lebih menekankan aspek kecerdasan linguistik dan matematik logik sehingga
mengabaikan keperluan kecerdasan yan lain (Faridah Nazir, et al., 2015). Oleh itu, guru
memainkan peranan yang penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan kecerdasan murid kerana Gardner sendiri yang mengatakan
bahawa kecerdasan manusia boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan yang efektif
(Noriati Abd Rashid, Boon, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017).

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), terdapat lapan kecerdasan pelbagai


yang telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu kecerdasan linguistik, logik matematik, visual-ruang,
muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan
domain kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner:

Jadual 1: Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Domain kecerdasan Gardner Contoh Perlakuan


Kecerdasan Linguistik Membina pernyataan yg berpengaruh sama ada
Keupayaan menggunakan bahasa secara lisan atau penulisan
dengan berkesan Berkarya dan berpuisi

2
Berupaya untuk memberikan makna perkataan
dgn jelas
Kecerdasan Logikal Matematik Menyelesaikan masalah matematik dengan
Keupayaan menyatakan alasan pantas
secara logik, terutama dalam sains Membuktikan penyelesaian matematik
dan matematik Memfomulakan & menguji hipotesis sesuatu
fenomena yang diperhatikan
Kecerdasan Ruang Visual Mempersembahkan sesuatu visual melalui objek
Keupayaan untuk memperincikan Menerima dan menggambarkn visual alam sekitar
sesuatu yang dilihat dan dgn tepat
mengubahnya dalam bentuk objek Bijak menggunakan warna dan ruang
visual Penuh imaginasi dan kreatif
Kecerdasan Muzik Dapat bermain alat muzik
Keupayaan mencipta, menghayati Mencipta lagu
dan menghargai muzik, peka Melantunkan nada dan bunyi dengan baik
terhadap melodi dan tone Menghayati lirik dan menyampaikannya dalam
nada yang penuh penghayatan
Kecerdasan Kinestatik Menggunakan anggota tubuh untuk
Keupayaan menggunakan anggota menyampaikan maksud
tubuh dan mampu mengawal dan Cekap membaca
menyeimbangkan objek Mengenal pasti pergerakan tubuh
Berupaya utk mengimbangi antara objek dengan
mental
Kecerdasan Interpersonal Mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain
Keupayaan memahami diri orang Mampu bekerjasama dengan orang lain
lain Mudah menyesuaikan diri
Disenangi dan disukai
Mampu mempengaruhi orang lain
Memahami kehendak orang
Kecerdasan Intrapersonal Mampu menilai kelemahan dan kekuatan diri
Keupayaan mengenal diri sendiri Mempunyai prinsip tersendiri
Suka bersendirian

3
Gunakan pengetahuan diri untuk berhubung
dengan pihak lain
Kecerdasan Naturalis Sensitif terhadap alam sekitar
Keupayaan mengenal pasti bentuk, Gemar aktiviti luar
pola dan corak smeula jadi Mampu mengenal perbezaan dan persamaan
pelbagai sumber semula jadi
(Sumber: Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran.)

Berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai yang telah dikemukakan oleh Howard Gardner,
guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengembangkan
kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Oleh itu, teori ini sangat penting dalam Seni Dalam
Pendidikan kerana melalui penggabungan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan,
maka murid-murid akan mudah untuk menjana kecerdasan minda secara menyeluruh. Di
samping itu, guru juga dapat menggunakan pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis
kecerdasan bagi memudahkan penerimaan pengetahuan serta dapat membentuk pemikiran
murid dengan lebih kreatif.

Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Seni Dalam Pendidikan ini dapat dilihat
keberkesanannya terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan bersama pensyarah sewaktu
interaksi kuliah. Sebagai contoh, kecerdasan muzik dalam diri seseorang dapat dicungkil apabila
seseorang individu dapat menunjukkan kebolehan mencipta lagu lalu bermain dengan alat-alat
muzik yang pelbagai. Kecerdasan muzik dalam diri individu ini dapat dilihat semasa
melaksanakan aktiviti mencipta lagu yang baharu dengan menggunakan alat perkusi pada
pembelajaran sebelum ini. Terdapat beberapa kumpulan yang berhasil mencipta lirik lagu yang
sesuai dengan irama lagu sedia ada sambil berupaya mempersembahkan lagu tersebut
menggunakan alat perkusi. Malah, terdapat juga kumpulan yang kurang sesuai dalam
mengadaptasikan alat perkusi mereka dengan lagu yang telah mereka cipta. Ini menunjukkan
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan muzik yang berbeza-beza.

Selain itu, kecerdasan ruang visual juga dapat diperhatikan dalam diri seseorang
individu apabila mereka berupaya untuk mempersembahkan sesuatu visual melalui bahan yang
telah disediakan. Kecerdasan ini dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti membina mobail
secara berkumpulan mengikut tema dan tunjang yang dipilih. Dengan menggunakan bahan yang
sedia ada seperti tali, gunting, botol dan sebagainya, sebuah mobail perlu dihasilkan dan

4
dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan. Oleh itu, kecerdasan ruang dapat dilihat
apabila setiap kumpulan berjaya menghasilkan seni visual iaitu mobail dan berkebolehan dalam
mentaksir ruang bagi menghasilkan mobail yang seimbang. Justeru, kecerdasan ruang dalam diri
pelajar dapat dicungkil melalui aktiviti pembelajaran seni visual.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori pembelajaran yang seterusnya pula ialah Teori Konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh
Lev Vygotsky (1890 1935). Menurut Berk (2009), teori perkembangan kognitif anjuran Vygotsky
merupakan asas kepada teori kontruktivisme sosial. Menurut Vygotsky dalam Lew, Norliza dan
Norulazilah (2015), kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal dan rasional melalui
bantuan dan bimbingan daripada orang lain. Justeru, melalui pembelajaran dalam konteks sosial,
maka individu dapat berkongsi dan saling membina pengetahuan baharu berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Hal ini berlaku sekiranya individu diberi peluang untuk meningkatkan
pengetahuan diri dan berkongsi pemahaman dan pemikiran dengan orang lain.

Sesungguhnya, pembelajaran melalui interaksi sosial sangat digalakkan dalam Teori


Konstruktivisme kerana melalui pembelajaran dalam persekitaran yang selamat dan kondusif,
kanak-kanak akan dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Malah, objektif
pembelajaran juga dapat dicapai melalui aktiviti penerokaan dan eksperimen kerana mereka
berupaya untuk mengolahnya menjadi sesuatu yang bahan baharu (Isabel & Raines, 2003). Hal
ini kerana kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina
pengetahuan secara aktif dengan persekitaran. Oleh itu, kolaborasi dan interaksi antara guru,
bahan dan murid-murid sangat penting dalam memastikan pembelajaran berlaku dengan efektif.

Teori konstruktivisme ini juga telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni
Dalam Pendidikan. Melalui integrasi antara seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
pembelajaran kanak-kanak, maka kanak-kanak akan dapat memperkembangkan kreativiti
mereka dalam persekitaran yang merangsang minda mereka. Malah, dengan berlakunya proses
pembelajaran yang melibatkan aktiviti meneroka, mengeksperimen, dan mengolah sesuatu objek
atau bahan, maka kanak-kanak akan dapat merangsang pemikiran kreatif dan berpeluang untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Putri Zabariah, Bustam
Kamri, & Raja Hamizah, 2008).

5
Selain itu, teori ini juga penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana kanak-kanak akan
dapat berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berupaya menghasilkan sesuatu karya
berasaskan alat dan bahan yang sedia ada serta dapat memahami sesuatu konsep dan idea
dengan lebih mendalam (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Sebagai contoh, aktiviti yang
menerapkan teori konstruktivisme dalam Seni Dalam Pendidikan ini ialah mencipta lirik lagu,
menyanyi, penggunaan alat perkusi, pergerakan kreatif, membuat binaan seperti model dan
aktiviti visual yang lain-lain. Justeru, teori konstruktivisme ini sangat penting dalam subjek Seni
Dalam Pendidikan agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam kehidupan
serta situasi baharu.

Teori Hoka Hoki

Seni Dalam Pendidikan juga turut menerapkan teori otak kiri dan otak kanan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Herman (1991) dalam Faridah Nazir
et al. (2015), otak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hemisfera kanan (hoka) dan juga
hemisfera kiri (hoki). Bahagian-bahagian otak ini mempunyai fungsi yang berlainan yang dapat
membentuk gaya pemikiran individu yang berbeza.

Menurut Rajendran (2011), hemisfera kanan berfungsi untuk mengawal bahagian


anggota badan kiri serta mengawal aktiviti kreatif, irama, muzik, visual, warna dan gambar. Otak
kanan adalah lebih kepada pembelajaran yang bersifat holistik, subjektif, estetik, kreatif dan
intuitif. Gaya pemikiran otak kanan adalah seperti bersifat lebih rawak, intuitif, holistik, kreatif,
imaginatif dan mempunyai kekuatan dalam seni visual dan seni muzik. Ciri-ciri individu yang
cenderung kepada otak kanan dapat dilihat pada seorang ahli ahli muzik, pelukis dan penari.

Manakala, hemisfera kiri pula berfungsi untuk mengawal bahagian kanan anggota badan
serta mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan
hafalan. Otak kanan pula adalah lebih kepada pembelajaran bersifat akademik dan objektif. Ia
juga berfungsi untuk membolehkan individu memproses maklumat secara menganalisis,
membanding beza, membuat ramalan serta mengkategori. Gaya pemikiran otak kiri adalah lebih
kepada logik, rasional, analitik, objektif, angka, berturutan dan spesifik. Ciri-ciri individu ini yang
cenderung kepada otak kiri dapat dilihat pada seorang pakar bahasa, ahli sains, ahli matematik
atau guru.

6
Sesungguhnya, Teori Hoka Hoki ini sangat penting dalam pembelajaran Seni Dalam
Pendidikan kerana ia boleh menjadi medium kepada individu untuk mengekspresikan idea secara
bebas dan kreatif dan tidak tertumpu hanya kepada satu fungsi otak sahaja. Hal ini kerana guru
di Malaysia juga kebanyakannya lebih menumpukan kepada pembelajaran fakta sahaja, dan
kurang menekankan perkembangan kreativiti dan estetika (Rajendran, 2011). Oleh itu,
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diterapkan di sekolah-sekolah
kerana aktiviti pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini telah mengintegrasikan kedua-dua fungsi
otak secara harmoni dan menyeronokkan. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini perlu diaplikasikan bagi membentuk pemikiran kritis dan
kreatif kerana ia merangkumi elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pembelajaran Seni Dalam Pendidikan
sewaktu interaksi kuliah adalah seperti membuat boneka jari dan bercerita, membuat kraf mobail,
membentuk corak dan rekaan, membuat binaan dan aktiviti nyanyian diikuti dengan alat perkusi
dan pergerakan kreatif. Aktiviti yang telah dilaksanakan ini nyata dapat merangsang pemikiran
otak kanan dan otak kiri semasa dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, aktivit membentuk
dan membina model telah merangsang perkembangan otak kiri yang mana pembinaan model
tersebut memerlukan ketelitian dan spesifik dalam menghasilkan model sebuah rumah. Selain
itu, aktiviti mencipta lirik lagu mengikut irama sedia ada serta aktiviti menyanyi juga turut
merangsang perkembangan otak kiri kerana aktiviti ini telah melibatkan proses penghafalan lirik
serta pembelajaran bahasa Inggeris dalam nyanyian solo.

Terdapat juga beberapa aktiviti yang telah melibatkan peranan otak kanan dalam proses
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Misalnya, aktiviti boneka jari, aktiviti melukis bunga,
persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi, serta persembahan
nyanyian solo. Melalui aktiviti yang dilaksanakan ini, perkembangan otak kanan dapat dirangsang
ke tahap optimum dan menyeluruh kerana proses pembelajaran ini bersifat subjektif dan estetik.
Sebagai contoh, aktiviti membuat boneka jari memerlukan individu yang mempunyai sifat visual
yang tinggi untuk menghasilkan satu bahan kreatif berdasarkan bahan yang sedia ada. Oleh itu,
aktiviti Seni Dalam Pendidikan yang menerapkan Teori Hoka Hoki dalam pembelajaran sangat
penting bagi melahirkan pelajar yang seimbang serta mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif.

7
TUGASAN 2 PERSEMBAHAN KUMPULAN

PERSEMBAHAN 1 BONEKA JARI

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud

Hii Sieng Ting

Tajuk : Boneka Jari Haiwan

Bahan yang digunakan : kain felt, jarum, benang, kertas warna, gunting, pita pelekat, aksesori
lain (mata, ekor, dan telinga boneka jari)

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Mencari maklumat di laman web berkaitan cara-cara membuat boneka jari.


2. Memilih tema untuk membuat boneka jari sama ada boneka jari yang bertemakan haiwan,
tumbuhan, manusia atau watak kartun.
3. Tema boneka jari yang telah dipilih ialah haiwan lembu, gajah, dan zirafah
(Rujuk Gambar 1)
4. Menyediakan bahan-bahan untuk membuat boneka jari.
5. Sebelum membuat boneka jari, lukiskan gambar haiwan (lembu, gajah dan zirafah) pada
kain felt ataupun kertas warna.
6. Guntingkan kain felt atau kertas warna mengikut garisan pada haiwan yang telah dilukis.
7. Jahitkan tepi kain felt untuk mengukuhkan boneka jari tersebut.
8. Tambahkan hiasan pada boneka jari seperti mata, ekor dan telinga haiwan.
9. Setelah boneka jari siap dihasilkan, sebuah cerita pula akan direka dengan menggunakan
watak boneka jari yang dihasilkan.
10. Berbincang dalam kumpulan untuk mereka sebuah cerita.
11. Tajuk cerita yang telah dihasilkan ialah Zirafah yang Bongkak yang bertemakan
keangkuhan zirafah yang telah memandang rendah terhadap kelemahan si gajah
akhirnya telah memakan diri sendiri. (Rujuk Lampiran 1)
12. Melakonkan semula cerita yang telah direka dengan menggunakan boneka jari sebagai
watak dalam cerita tersebut (Rujuk Gambar 2).

8
Gambar 1: Boneka jari haiwan yang telah dihasilkan

Gambar 2: Lakonan semula cerita Zirafah Yang Bongkak menggunakan boneka jari

9
PERSEMBAHAN 2 MOBAIL

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud

Saniati Binti Mohd Amin

Tajuk : Ikan Di Laut

Bahan yang digunakan : botol mineral, tali, gunting, warna air, kad bod, pisau pemotong

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Sediakan bahan untuk membuat mobail.


2. Mencari maklumat tentang kraf mobail
3. Memilih tema dan tunjang bagi penghasilan mobail.
4. Memilih tema ikan (ikan nemo dan ikan jerung)
5. Warnakan botol mengikut warna ikan yang dipilih.
6. Gunting kad bod untuk membuat sirip dan ekor ikan.
7. Tebuk bahagian botol untuk mengikat tali dan mencantumkan sirip serta ekor ikan.
8. Cantumkan sirip dan ekor pada bahagian botol yang ditebuk.
9. Gantungkan ketiga-tiga botol pada tali.
10. Setelah selesai, lagu dicipta berdasarkan mobail yang dihasilkan.
11. Lagu Ikan Di Laut dipersembahkan diikuti dengan pergerakan kreatif

10
Gambar 3: Mobail ikan yang telah dihasilkan

Gambar 4: Membuat persembahan nyanyian dan pergerakan berdasarkan tema mobail


yang dihasilkan

11
PERSEMBAHAN 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT MODEL

Tajuk: Rumah Idamanku

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Nurul Farizah Binti Mohd Jaafar

Senarai bahan yang digunakan :

Mounting board, papan polisterin, penutup botol, masking tape, gam air, warna poster,
klip kertas, kotak, kapas, putik kapas, kertas warna, gabus

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Ahli kumpulan memilih jenis binaan yang akan dihasilkan iaitu model Rumah Idamanku.
2. Melayari internet untuk membuat rujukan dan mencari maklumat mengenai jenis-jenis
model dan cara-cara pelaksanaannya.
3. Merangka struktur model yang ingin dihasilkan
4. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model.
5. Tapak model dibina terlebih dahulu dengan menggunakan mounting board dan papan
polistren.
6. Barang kelengkapan rumah dibina dengan menggunakan pelbagai bahan dan
diasingkan di dalam kotak
7. Dinding rumah dan pembahagian bilik dan sudut dalam rumah dibina dengan
menggunakan mounting board
8. Setelah semua kelengkapan untuk membuat model rumah telah siap dibina, warnakan
kesemua barang tersebut dengan menggunakan warna air.
9. Biarkan semua barang yang diwarna, kering terlebih dahulu.
10. Pasangkan dinding rumah dan pembahagia setiap bilik dan sudut.
11. Susun barang-barang kelengkapan rumah mengikut kesesuain tempat.
12. Potong putik kapas kepada dua bahagian
13. Cucuk putik kapas tersebut di sekeliling model rumah untuk dijadikan pagar.
14. Hasil model Rumah Idamanku di pamerkan bersama hasil binaan dari kumpulan yang
lain.

12
Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan

Gambar 6 : Pameran model binaan rumah

13
PERSEMBAHAN 4 NYANYIAN DAN PERGERAKAN MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Siti Mariani Binti Abdol Sumar

Ronavelleria Robert

Tajuk lagu: Gerakkan Badanmu

Alat perkusi yang digunakan : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Membuat pemilihan lagu orang dewasa yang bertajuk Rentak Laguku untuk diubahsuai

menjadi irama lagu kanak-kanak.

2. Mencipta lirik lagu yang baharu berdasarkan irama Rentak Laguku dan iramanya telah

diubahsuai mengikut irama lagu kanak-kanak iaitu Gerakkan badanmu

3. Memilih alat perkusi yang hendak digunakan untuk dipersembahkan bersama dengan lagu

yang telah diubahsuai. (Rujuk Gambar 7)

4. Alat perkusi yang dipilih ialah : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin

5. Membuat latihan dengan memasukkan unsur muzik, pergerakan dan nyanyian

6. Mempersembahkan lagu dan pergerakan kreatif dengan menggunakan alat perkusi yang

telah dipilih (Rujuk Gambar 8)

14
Gambar 7 : Alat perkusi yang dipilih (kayu tik-tok, kastenet dan tamborin)

Gambar 8 : Mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif


menggunakan alat perkusi

15
TUGASAN 3 PENULISAN REFLEKSI

Refleksi Persembahan 1 : Boneka Jari

Gambar 9: Boneka jari lembu yang telah dihasilkan

Pada 9 Januari 2017, satu tugasan telah diberikan secara individu untuk menghasilkan boneka
jari berdasarkan watak haiwan, tumbuhan, manusia atau kartun. Oleh itu, saya telah memilih
untuk menghasilkan boneka jari berdasarkan watak haiwan iaitu lembu menggunakan bahan-
bahan seperti kain felt, jarum, benang dan sticker. Sepanjang proses menghasilkan dan
mempersembahkan boneka jari ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya kenal
pasti.

Antara kekuatan yang saya telah kenal pasti dalam aktiviti ini ialah saya dapat
menyiapkan boneka jari saya pada masa yang singkat dan mudah dengan bantuan internet.
Sebelum membuat boneka jari, terlebih dahulu saya mencari maklumat tentang cara-cara
membuat boneka jari yang pelbagai warna, jenis dan watak. Hasil daripada pencarian maklumat
tersebut, maka saya dapat menghasilkan boneka jari menggunakan idea yang terdapat di
internet. Hal ini sangat membantu saya dalam memperoleh idea untuk membuat boneka jari yang
sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Oleh itu, saya dapat menyiapkan boneka jari saya
dengan mudah dan cepat.

16
Seterusnya, saya menghasilkan boneka jari saya dengan menggunakan material yang
terpakai, tahan, tidak mudah terkoyak dan kukuh. Antara bahan yang saya gunakan untuk
membuat boneka jari ialah kain felt, benang, dan sticker. Saya menggunakan kain felt sebagai
badan lembu, lalu menjahit kain tersebut mengikut saiz jari saya. Seterusnya, saya menampal
sticker di atas kain felt bagi menampakkan warna dan ciri-ciri seekor lembu. Hasil boneka jari
yang saya telah siapkan ini boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia mudah
untuk dilakukan serta memberi makna kepada kanak-kanak agar mereka lebih mudah memahami
sesuatu konsep berdasarkan objek yang konkrit.

Kekuatan yang seterusnya ialah saya dapat mengaitkan boneka jari yang telah dihasilkan
dengan membina sebuah cerita kanak-kanak berdasarkan boneka jari tersebut. Saya dan ahli
kumpulan telah bekerjasama dalam membina sebuah cerita kanak-kanak yang mudah difahami
dan mempunyai moral dan pengajaran dalam cerita tersebut. Tajuk cerita yang kemi telah
hasilkan adalah Zirafah Yang Bongkak. Melalui cerita tersebut, kami mudah untuk menggunakan
boneka jari sebagai watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut.

Sepanjang melakukan aktiviti ini, terdapat juga kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu
saya tidak menggunakan teknik bercerita dengan betul. Semasa bercerita, saya hanya
menggunakan intonasi suara yang mendatar sahaja ketika menceritakan semula cerita yang telah
kami reka. Saya juga telah menyelitkan bahasa pasar ketika bercerita kepada rakan-rakan. Hal
ini menyebabkan cerita tersebut kurang menarik kerana kurang variasi dalam intonasi suara dan
bahasa pasar yang digunakan juga kurang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dalam
perkembangan bahasa mereka. Oleh itu, teknik bercerita yang betul sangat penting dalam
menyampaikan cerita kepada kanak-kanak prasekolah.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam melakukan aktiviti boneka jari ini
adalah dengan mempelbagaikan warna, watak dan saiz boneka jari agar lebih menarik dan
sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak mudah tertarik dengan objek-
objek yang menarik dan cantik kerana mereka mempunyai imaginasi yang tinggi serta mereka
akan lebih mudah memahami sesuatu konsep dalam kehidupan mereka melalui objek konkrit.
Manakala, cerita yang dihasilkan berdasarkan watak-watak boneka jari juga perlu menggunakan
gaya bahasa yang sesuai, mudah difahami, mempunyai pelbagai nilai dan moral serta
menggunakan intonasi suara yang berbeza ketika menceritakan semula cerita tersebut. Hal ini
kerana teknik penceritaan yang betul dalam menyampaikan sesebuah cerita sangat penting
dalam aktiviti bercerita bagi menarik tumpuan dan fokus kanak-kanak terhadap cerita yang
hendak disampaikan.

17
Refleksi Persembahan 2 : Mobail

Gambar 10: Mobail ikan yang telah dihasilkan

Pada 19 Jan 2017, kelas PAKK, PML dan PJ telah bergabung untuk melaksanakan satu aktiviti
yang berkaitan dengan Irama, Ruang dan Warna yang terdapat dalam silibus Seni Dalam
Pendidikan. Dalam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan aktiviti
lam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan aktiviti ang berkaitan
dengankonsep irama, ruang dan warna. Aktiviti yang diminta untuk dihasilkan adalah kraf mobail
dengan memilih tema dan motif yang sesuai, mencipta lirik lagu berdasarkan tema, lalu
mempersembahkan mobail tersebut diikuti dengan nyanyian dan pergerakan. Oleh itu, kumpulan
saya telah memilih tema hidupan laut dan mencipta sebuah lagu pendek yang bertajuk Ikan di
Laut. Antara bahan-bahan asas yang diperlukan dalam penghasilan mobail ini adalah botol, tali,
gunting dan warna air. Dalam melakukan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan
yang saya dapati.

Antara kekuatan saya telah kenal pasti dalam aktiviti penghasilan mobail ini ialah saya
dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik walaupun bilangan ahli kumpulan kami adalah
seramai 3 orang sahaja. Namun, saya dapat berkomunikasi sesama ahli kumpulan dengan baik
dengan memberikan pendapat dan idea berkenaan kraf mobail. Saya juga telah menggunakan
kemudahan internet untuk mencari maklumat tentang mobail dan cara-cara menghasilkannya
dengan baik. Di samping saya dapat melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan, saya juga
18
berjaya dalam menghasilkan kraf mobail yang bermotifkan ikan dalam masa yang ditetapkan hasil
daripada gabungan idea dan pendapat sesama ahli kumpulan.

Kekuatan saya yang seterusnya ialah saya dapat menyediakan bahan yang pelbagai
selain daripada bahan asas yang diminta. Contohnya, kain felt, kertas warna, riben, pemotong,
mounting board dan sebagainya. hal ini bertujuan untuk mengelakkan penghasilan kraf mobail
tersebut dihasilkan dengan baik dan sempurna. Malah, dengan bahan yang pelbagai juga, kami
dapat mengembangkan kreativiti selain dapat menghasilkan mobail yang menarik.

Bukan itu sahaja, saya juga berhasil mencipta 4 baris lagu dengan hasil kerjasama dan
idea daripada ahli kumpulan saya dalam masa yang singkat. Kami telah mencipta lagu Ikan di
Laut dengan mengubahsuai lirik tetapi masih mengekalkan irama lagu yang asal iaitu Bintang di
Langit. Di samping itu, kumpulan saya juga dapat menghasilkan satu pergerakan yang kreatif
semasa mempersembahkan mobail tersebut dengan iringan lagu yang telah dicipta. Hal ini
menunjukkan bahawa kami juga telah memenuhi konsep irama dalam aktiviti ini dengan mencipta
lagu sendiri.

Seterusnya, saya juga dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pensyarah
semasa kami membentangkan hasil mobail ikan dengan baik. Hal ini menunjukkan bahawa saya
dapat memahami tentang konsep penghasilan mobail dan bagaimana menghasilkan mobail
dengan dengan cara-cara yang betul serta dapat mengaitkannya dengan konsep irama, ruang
dan warna.

Semasa melakukan aktiviti menghasilkan mobail ini juga, terdapat beberapa kelemahan
yang saya kenal pasti. Kelemahan saya dalam aktiviti ini ialah kekurangan bahan asas yang
diminta oleh pensyarah seperti botol, tali dan gunting. Saya hanya membawa satu gunting dan
dua botol kecil sahaja. Manakala, ahli lain dalam kumpulan saya cuma membawa satu botol besar
dan satu batang berus warna. Pensyarah juga ada menegur bahawa botol yang kami bawa
kurang mencukupi untuk menghasilkan mobail yang baik. Malah, bahan seperti gunting dan berus
warna juga terhad sehingga menyebabkan kami terpaksa bergilir-gilir menggunakannya dan
meminjam daripada kumpulan lain. Hal ini telah menyebabkan banyak masa yang terbuang
kerana terpaksa menunggu rakan yang lain selesai menggunakannya.

Seterusnya, kelemahan yang saya dapati ialah saya terlalu teliti dan realistik dalam
pemilihan warna. Semasa mewarnakan botol tersebut untuk menghasilkan motif ikan nemo, saya
menggunakan warna oren dan putih untuk melambangkan ikan nemo tersebut. Seterusnya,
warna hitam, kelabu dan putih juga telah dipilih untuk melambangkan ikan jerung. Ini

19
menunjukkan bahawa saya bersifat realistik dalam penggunaan warna. Walhal, seorang kanak-
kanak mampu menggambarkan ikan-ikan tersebut dengan pelbagai warna dan corak.
Contohnya, mereka mungkin menggambarkan warna ikan nemo lebih berwarna-warni daripada
warna ikan yang sebenar kerana mereka memiliki imaginasi yang sangat tinggi.

Melalui kelemahan yang saya telah kenal pasti, terdapat beberapa penambahbaikan yang
saya boleh lakukan dalam aktiviti ini iaitu bersiap sedia dengan lebih awal dalam menyediakan
bahan yang lengkap sebelum melaksanakan aktiviti ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan saya
daripada menunggu giliran untuk menggunakan peralatan seperti gunting dan berus warna
daripada kumpulan yang lain serta dapat mampu untuk menyelesaikan aktiviti ini tanpa banyak
membuang masa.

Selain itu, saya perlu lebih banyak mengkaji dan mempelajari tentang cara menghasilkan
sesuatu kraf yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti ini. Ini dapat membantu saya untuk
menghasilkan mobail yang lebih menarik serta dapat memenuhi ciri-ciri irama, ruang dan warna
yang diperlukan dan sesuai untuk diaplikasikan pada kanak-kanak di sekolah kelak.

Selain itu, saya juga boleh melakukan penambahbaikan dengan membuat pilihan warna
yang tepat, sesuai dan menarik perhatian kanak-kanak dalam menghasilkan mobail ini. Saya
boleh menggunakan warna yang lebih variasi terhadap motif yang dipilih. Ini bertujuan untuk
menggalakkan kanak-kanak dapat meluaskan imaginasi mereka dengan lebih kreatif lagi dalam
pembelajaran mereka.

20
Refleksi Persembahan 3 Membentuk dan membuat binaan (Model rumah)

Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan

Pada 25 Januari 2017, kelas PAKK mendapat tugasan untuk memilih sama ada hendak
menghasilkan corak dan rekaan mahupun membentuk dan membuat binaan. Oleh itu, saya dan
ahli kumpulan saya iaitu Nurul Farizah telah memilih untuk membuat binaan menggunakan teknik
model. Model yang kami hasilkan adalah model sebuah rumah yang bertajuk Rumah Idamanku.
Setelah model ini dihasilkan, kami diminta untuk mempamerkan hasil kerja ini di hadapan
pensyarah dan rakan-rakan di Gimnasium IPG Kampus Tawau. Oleh itu, berdasarkan model
binaan yang telah kami hasilkan, maka terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya
kenal pasti.

Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang proses penghasilan model ini adalah saya
dan ahli kumpulan saya dapat membuat perancangan yang teliti tentang ruang-ruang dan
peralatan asas yang perlu ada dalam sesebuah rumah. Model rumah yang telah dihasilkan
sangat terperinci kerana ia mempunyai ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, tandas, dapur, ruang
makan serta ruang untuk menjemur pakaian yang diletakkan di belakang rumah. Dalam
pengajaran pendidikan awal kanak-kanak, ia boleh membantu kanak-kanak untuk mengenal
ruang-ruang rumah serta boleh mendidik kanak-kanak untuk melahirkan rasa tanggungjawab
terhadap kebersihan dan kekemasan di rumah. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh

21
menambah perbendaharaan kata berdasarkan objek-objek yang terdapat di sekeliling rumah.
Contohnya, meja, kerusi, katil dan sebagainya.

Seterusnya, model yang telah dihasilkan juga menunjukkan kumpulan saya mempunyai
kecerdasan ruang kerana terdapat keseimbangan antara bahagian kiri dan kanan rumah. Kami
juga menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan objek yang terdapat di dalam rumah
seperti mangkuk tandas, katil, televisyen, ampaian dan lain-lain. Model yang telah dihasilkan ini
menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam membuat binaan rumah menggunakan bahan terpakai.
Oleh itu, kreativiti dan inovasi ini kami boleh terapkan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan
sesuatu projek dengan menggunakan bahan terpakai dan membantu menjimatkan kos.

Kekuatan yang seterusnya pula adalah kami mempunyai kemahiran motor halus yang
sangat tinggi dalam menghasilkan model rumah ini. Aktiviti yang melibatkan penggunaan motor
halus dalam menghasilkan projek ini adalah seperti menggunting, menampal, membentuk dan
mencorak objek-objek kecil yang terdapat di dalam binaan model rumah tersebut. Kami juga
menggunakan warna yang pelbagai dalam penghasilan model rumah ini. Misalnya, dinding
berwarna biru yang mewakili bilik tidur lelaki dan warna merah jambu pula mewakili bilik
perempuan. Penggunaan warna yang pelbagai ini juga dapat menarik perhatian kanak-kanak dan
mereka akan rasa teruja untuk belajar sambil bermain. Malah, aktiviti membuat model ini dapat
menggalakkan pemahaman kanak-kanak disamping dapat menggalakkan kreativiti mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti
semasa proses penghasilan model binaan rumah ini. Antara kelemahan yang telah dikenal pasti
ialah model rumah yang kami telah hasilkan adalah kurang sesuai dengan tahap umur kanak-
kanak yang berumur 4-5 tahun. Hal ini kerana mereka belum mantap dalam menilai ruang-ruang
yang ada serta mengenal pasti ruang dan peralatan didalam rumah tersebut. Model yang telah
dihasilkan ini terlalu kompleks untuk mereka fahami pada peringkat umur mereka. Mereka masih
belum dapat memahami konsep dan fungsi ruangan yang terlalu banyak di dalam model rumah
tersebut.

Melalui kelemahan yang telah dikenal pasti, terdapat penambahbaikan yang boleh
dilakukan iaitu membuat binaan model rumah yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak
prasekolah. Model tersebut seharusnya memfokuskan untuk satu ruangan sahaja. Misalnya,
ruang bilik tidur. Ruang ini boleh dipelbagaikan lagi dengan meletakkan objek-objek yang terdapat
dalam bilik tidur seperti katil, almari, bantal dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat memahami
dengan lebih mudah melalui objek-objek yang konkrit sekaligus dapat menambah

22
perbendaharaan kata mereka berkenaan objek yang terdapat di dalam sebuah bilik tidur.
Seterusnya, pemilihan warna yang sesuai juga perlu untuk merangsang kreativiti dan menarik
perhatian kanak-kanak untuk fokus tentang apa yang ingin dipelajari.

23
Refleksi Persembahan 4 Nyanyian solo

Gambar 12: Persembahan nyanyian solo Fall For You

Pada 6 Februari 2017 iaitu bersamaan dengan hari Isnin, kumpulan PAKK dan PML telah diberi
tugasan untuk mempersembahan satu aktiviti iaitu persembahan nyanyian solo dengan iringan
alat muzik seperti gitar. Lagu yang dipilih adalah bebas dan bertemakan lagu orang dewasa.
Aktiviti ini telah diberikan untuk dilaksanakan pada 9 Februari 2017 (Khamis) bertempat di
Makmal Pemulihan IPG Kampus Tawau. Sebelum mempersembahkan nyanyian tersebut, saya
telah memilih lagu Fall For You yang pernah dipopularkan olah penyanyi Secondhand Serenade
untuk dipersembahkan secara solo dengan menggunakan iringan alat muzik gitar. Dalam
melakukan aktiviti nyanyian solo ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah
dikenal pasti.

Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang melaksanakan persembahan ini ialah
keberanian diri untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan. Sebelum ini, saya
mengakui bahawa saya belum pernah mempunyai pengalaman untuk membuat persembahan
nyanyian solo di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, dengan adanya keyakinan dalam
diri, maka saya berani untuk mencuba dan berusaha untuk melakukan persembahan nyanyian
solo di hadapan pensyarah dan juga rakan-rakan dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, saya juga mendapati bahawa pemilihan lagu yang saya lakukan juga adalah
sesuai dengan vokal suara saya yang rendah. Hal ini kerana lagu yang dipilih adalah bersifat
sentimental dan tidak memerlukan not suara yang tinggi untuk dinyanyikan. Malah, lagu yang
saya pilih juga adalah lagu Bahasa Inggeris yang mana ia membantu saya untuk meningkatkan

24
perbendaharaan kata selain dapat meningkatkan keyakinan untuk mencuba menyanyikan lagu
dengan sebutan yang betul dan boleh difahami oleh orang lain.

Kekuatan lain yang saya dapati semasa melakukan persembahan nyanyian solo ini ialah
saya dapat bekerjasama dengan baik dengan pemain gitar iaitu Dg Nina Farinie dalam
menyesuaikan irama lagu dengan iringan bunyi gitar dalam nyanyian tersebut. Hasilnya, lagu
yang dinyanyikan menjadi harmoni dan menarik. Bukan itu sahaja, rakan-rakan yang lain turut
memberi kerjasama dan bantuan kepada saya dalam membuat pemilihan lagu dengan tepat dan
juga semasa menjalani latihan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dalam
persembahan nyanyian solo ini. Antara kelemahan tersebut ialah saya kurang berkeyakinan
untuk menyanyi di hadapan. Hal ini menyebabkan saya tidak mempunyai kontak mata dengan
audiens iaitu pensyarah dan rakan-rakan. Selain itu, saya juga berasa gementar dan malu
semasa berada di hadapan audiens sebelum memulakan persembahan. Hal ini juga telah
menyebabkan saya terlupa serangkap lirik sehingga menjadikan lagu tersebut dinyanyikan dalam
masa yang singkat. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk lebih yakin membuat persembahan di
hadapan dan memperbaiki kelemahan tersebut sekiranya diberi peluang pada masa yang akan
datang.

Melalui kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa penambahbaikan yang


boleh dilakukan iaitu membuat latihan dengan lebih kerap agar persembahan yang dilakukan
akan menjadi lebih baik daripada persembahan seterusnya. Hal ini kerana melalui pengulangan
dan latihan secara kerap, maka persembahan yang ingin dipersembahkan akan menjadi lebih
baik. Latihan juga boleh dilakukan dengan bimbingan dan bantuan daripada rakan yang lebih arif
tentang nyanyian agar pemilihan lagu dan gaya persembahan dapat dilakukan dengan lebih tepat
dan menarik.

Bukan itu sahaja, saya juga perlu meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan
audiens agar perasaan gementar tidak terlalu menguasai diri sehingga menyebabkan berlakunya
kecacatan pada persembahan. Saya juga perlu membiasakan diri untuk berkomunikasi di
hadapan orang ramai agar tidak mudah berasa kekok untuk membuat persembahan di hadapan
umum. Malah, sifat berani dan semangat dalam diri untuk melawan perasaan gemuruh perlu
ditanam dan dipertingkatkan agar mudah untuk melakukan persembahan dengan lancar dan
berasa seronok. Oleh itu, melalui kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti, maka cadangan
penambahbaikan ini perlu dipraktikkan agar kelemahan tersebut dapat diatasi.

25
Refleksi Persembahan 5
Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi

Gambar 13 : Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif


menggunakan alat perkusi - kastenet

Pada 2 Mac 2017 iaitu bersamaan dengan hari Khamis, kumpulan PAKK dan PML telah diberikan
tugasan untuk melakukan persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat
perkusi. Sebelum melaksanakan persembahan ini, kami telah diminta untuk memilih satu lagu
moden dan mengubahsuai lirik lagu tersebut menjadi irama lagu kanak-kanak berdasarkan irama
yang sedia ada. Oleh itu, kumpulan saya telah memilih lagu moden yang bertajuk Rentak Laguku
yang dipopularkan oleh penyanyi asal iaitu Bunkface. Lagu ini dipilih dan liriknya dicipta menjadi
lirik yang baharu, manakala iramanya pula telah diubahsuai menjadi irama lagu kanak-kanak
yang bertajuk Gerakkan Badanmu.

Setelah lirik lagu dicipta mengikut irama lagu tersebut, kami diminta untuk memilih alat
perkusi yang sesuai untuk dipersembahkan bersama dengan lagu Gerakkan Badanmu.
Kumpulan saya telah memilih alat perkusi yang terdiri daripada kayu tik-tok, kastanet dan juga
kerincing. Seterusnya, kumpulan saya akan mempersembahkan lagu Gerakkan Badanmu
dengan iringan alat muzik perkusi sambil melakukan pergerakan kreatif yang berkaitan dengan
lagu yang telah diubahsuai. Dalam melaksanakan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang dapat saya kenal pasti.

26
Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam melaksanakan aktiviti ini ialah saya
berhasil untuk mencipta lirik lagu dalam masa yang singkat. Malah, pemilihan lagu juga adalah
rancak dan menarik. Lagu yang kami telah pilih ialah Rentak Laguku dan telah diubahsuai
liriknya sehingga menghasilkan lagu yang baharu iaitu Gerakkan Badanmu. Lagu ini merupakan
lagu yang rancak dan sangat menarik untuk dipersembahkan kerana ia sangat seronok,
menghiburkan dan mudah dihafal. Oleh itu, penciptaan lirik lagu yang mudah diingat dan diikuti
ini juga sangat sesuai jika dipersembahkan dan diaplikasikan kepada kanak-kanak prasekolah
kerana lagu ini rancak, mudah untuk dihafal dan lirik yang berulang-ulang.

Seterusnya, kumpulan saya juga telah menggunakan alat perkusi yang pelbagai dan
sesuai dengan rentak lagu yang telah dihasilkan. Saya telah memilih kastanet, manakala ahli
kumpulan saya yang lain telah memilih alat perkusi kayu tik-tok dan kerincing. Melalui pemilihan
alat perkusi yang pelbagai ini, maka persembahan lagu akan menjadi menarik kerana terdapat
penggabungjalinan antara alat perkusi dan irama lagu yang telah dihasilkan.

Kekuatan lain yang saya dapati dalam melaksanakan persembahan ini adalah kerjasama
yang kuat antara ahli kumpulan. Kerjasama ini dapat dilihat melalui kata sepakat yang dihasilkan
bermula daripada proses pemilihan lagu, pengubahsuaian irama, penciptaan lirik yang baharu,
pemilihan alat perkusi, pergerakan kreatif sehinggalah kepada persembahan. Saya dapat
bekerjasama dalam ahli kumpulan dengan baik dan boleh bertoleransi antara satu sama lain.
Selain itu, saya juga dapat mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif tersebut dengan
yakin, ceria dan bersemangat sesama ahli kumpulan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam


merancang aktiviti persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif ini. Antaranya ialah kumpulan
saya kurang kreatif dalam menghasilkan pergerakan dalam persembahan tersebut. Hal ini dapat
dilihat kerana pergerakan yang kami lakukan hanya pergerakan setempat sahaja. Kami tidak
menggunakan ruang yang sedia ada untuk bergerak dengan lebih bebas sambil membuat
persembahan. Perkara ini juga adalah disebabkan oleh perasaan gemuruh yang hadir dalam diri.
Walaupun kumpulan saya telah membuat latihan pergerakan dengan baik, tetapi ianya tidak
berjalan dengan lancar semasa mempersembahkannya dek kerana perasaan gementar semasa
membuat persembahan. Oleh itu, pergerakan kreatif tersebut kurang diaplikasikan dalam
persembahan yang telah dirancang.

Justeru, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan persembahan yang


ingin dilaksanakan dapat berjalan seperti yang dirancang. Penambahbaikan ini boleh dilakukan

27
dengan menerapkan lebih banyak pergerakan bagi menghasilkan persembahan yang kreatif dan
menarik. Pergerakan tersebut boleh dipelbagaikan dan tidak hanya bersifat setempat sahaja.
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor perlu digabungkan agar persembahan ini lebih
menarik dan menyeronokkan. Selain itu, pemilihan lagu yang telah diubahsuai juga perlu
bersesuaian dengan tahap kanak-kanak kerana lagu kanak-kanak akan memudahkan murid
untuk mengikuti aktiviti tersebut dengan mudah. Malah, mereka juga akan mudah untuk
menggunakan alat perkusi kerana ia sudah disesuaikan dengan penghasilan lagu yang baharu
tersebut.

28
TUGASAN 4 KIT PERSEMBAHAN

1. Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

29
2. Bahan untuk Elemen Seni Visual
Bahan untuk membuat boneka jari
Bahan untuk membuat kaedah capan

Bahan: Warna air, palet, kain felt, kertas A4, pita pelekat, gunting, kertas warna

30
3. Bahan untuk Elemen Seni Muzik dan Pergerakan : Cakera Padat

Tajuk klip video lagu: Finger Family Songs Wild Animals

31
4. MANUAL PENGGUNAAN

Tajuk : Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Standard Kandungan :

KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik

Standard Pembelajaran :

KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu

Bahan kit pembelajaran:

Cakera padat (CD)


Boneka jari haiwan
Pelekat bergambar haiwan
Kertas A4
Warna air

Langkah penggunaan:

1. Pasangkan CD untuk menonton klip video lagu yang bertajuk Finger Family Songs Wild
Animals
2. Menonton klip video tersebut sambil menyanyi dan membuat pergerakan berdasarkan
video yang ditayangkan.
3. Masukkan boneka jari haiwan pada jari-jari bagi mewakili setiap haiwan yang disebut.
Contohnya, pada lirik lagu:
Cheetah finger (2x), where are you? (masukkan boneka jari cheetah pada ibu jari)
4. Ulang langkah tersebut sehinggalah boneka jari tersebut dimasukkan ke jari yang terakhir
iaitu jari kelingking.
5. Selepas menonton klip video, sediakan bahan untuk membuat capan.
6. Bancuhkan warna air.
7. Sapu warna air pada tangan.
8. Capkan tapak tangan pada kertas A4.
9. Tampal pelekat haiwan pada cap jari-jari yang telah dihasilkan
10. Pamerkan hasil kerja tersebut di dalam bilik darjah.

32
RUJUKAN
Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.
Choong, L.K. (2012). Murid dan alam belajar (2nd ed). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,
Hartini Kana, dan Sunizah Ali. (2015). Seni dalam pendidikan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003). Creativiiy and the arts with young children. USA: Thomson
Learning Inc.

Lew, M.M., Norliza Jaafar, & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Open University Malaysia. (2007). HBEF1403 Seni dalam pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Teori Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah. (2008). Tadika berkualiti. Kuala Lumpur : PTS
Rajendran, N.S. (2011). Kaitan teori otak dan kemahiran berfikir. Dimuat turun pada 1 April 2017
dilaman web: http://hebatfikir.blogspot.my/2011/12/kaitan-teori-otak-dan-kemahiran.html

33
LAMPIRAN 1

TEKS CERITA PENDEK

TAJUK CERITA: ZIRAFAH YANG BONGKAK

ZIRAFAH YANG BONGKAK


Pada suatu ketika dahulu, terdapat tiga jenis haiwan yang tinggal di Hutan Hujan Tropika.
Ketiga-tiga jenis haiwan ini ialah Gajah, Zirafah dan Lembu. Zirafah dan Lembu merupakan
kawan baik. Mereka selalu bermain bersama-sama. Manakala Gajah selalu dipinggirkan oleh
Zirafah dan Lembu. Mereka tidak mahu berkawan dengan Gajah dan selalu mengejek Gajah
seperti ia berbadan besar, gemuk, berat dan susah bergerak.

Pada suatu hari, Zirafah dan Lembu bermain bersama-sama. Tiba-tiba, lembu dihempap
oleh sebuah kaya batang. Zirafah ingin membantu Lembu untuk mengalihkan kaya batang
tersebut. Tetapi ia tidak ada tenaga yang kuat untuk mengalihkan kaya batang yang
menghempap Lembu.

Zirafah cuba memikirkan akal untuk membantu Lembu. Tiba-tiba, Zirafah terfikir
mungkin Gajah dapat menolong Lembu mengalihkan kayu batang tersebut. Oleh itu, Zirafah
pergi meminta bantuan daripada Gajah dan nenceritakan apa yang telah berlaku kepada Gajah.
Gajah bersetuju dan ia menggunakan belalainya untuk mengambil alihkan kaya batang
tersebut.

Zirafah dan Lembu berterima kasih kepada Gajah. Mereka meminta maaf juga dan
berjanji mereka tidak akan mengejek-ejek Gajah lagi. Pada akhlir cerita, Gajah, Zirafah dan
Lembu telah menjadi kawan baik buat selama-lamanya.

Pengajaran: Setiap individu akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kita todak
seharusnya memandang rendah terhadap seseorang individu manakala
kita sepatutnya menghargai kekuatan dan kelemahannya.

34

Anda mungkin juga menyukai