Anda di halaman 1dari 18

Pembelajaran Isyarat

Guru kurang mendapat respon daripada muridmurid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran disebabkan murid tidak mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, sesetangah murid tidak akan berdiri dan memberi ucapan, selamat Sejahtera,cikgu! Ini disebabkan mereka tidak dilazimkan dengan tingkah laku ini.

Cara Penyelesaian
Guru haruslah melatih kemahiran prasyarat seseorang murid supaya mereka dapat merasai pelbagai rangsangan dan bergerak balas kepada rangsangan. Dengan ini, lain kali bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat Sejahtera,cikgu!. Ini disebabkan murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku ini.

Pembelajaran Gerak Balas


Guru kurang mendapat respon daripada murid-murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran disebabkan guru kurang memberi peneguhan yang konsisten dan tekal. Sebagai contoh, tulisan Yee Cheng semakin kemas dan baik tetapi guru kurang memberi peneguhan kepada Yee Cheng maka dia tidak akan menambahbaikan kerja tulisan lagi. Ini disebabkan tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasi terhadap rangsangan betul atau salah.

Cara Penyelesaian
Guru harus memberi peneguhan kepada kerja tulisan yee cheng yang semakin kemas dan baik. Guru boleh memuji Yee Cheng, Bagus, tulisan Yee Cheng semakin kemas dan baik !. Maka Yee Cheng akan mengekalkan tingkah laku itu lagi untuk mendapat pujian daripada gurunya. Yee Cheng akan cuba menulis dengan lebih baik lagi supaya dapat tunjukkan pada gurunya dengan tulisan yang lebih kemas lagi.

Rangkaian
Seorang guru yang mengajar bola jaring beliau terus mengarah murid menjaringkan bola tetapi dia tidak mengajar murid tentang rangkaian kemahiran kecil maka murid tidak dapat memberi respon kepada guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru yang mengabaikan membuat ulangan semasa mengajar rangkaian kemahiran kecil juga menyebabkan murid tidak memberi respon kepada guru kerana mereka tidak mampu mengingati semua langkah yang diajar oleh guru sebelum ini.

Cara Penyelesaian
Seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti kemahiran menghantar bola, kemahiran menerima bola, dan kemahiran menjaringkan bola sebelum mengarahkan mereka bermain dalam kumpulan. Kemahiran dan urutan daripada peringkat pertama akan menjadi rangsangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

RAFFLESIA

RAFFLESIA

ROSE

Pertalian Berbahasa
Guru kurang mendapat respon daripada murid disebabkan guru tidak mampu menunjukkan benda yang sebenarnya kepada anak muridnya. Contohnya apabila guru mengajar perkataan sungai , tetapi guru tidak mampu membawa sungai untuk ditunjukkan kepada murid-muridnya. Dengan ini, murid-murid tidak dapat membayangkan seluas dan sebesar mana sungai itu.

Cara Penyelesaian
Guru harus menunjukkan benda berbentuk 3D atau menunjukkan slide show supaya murid-murid sekurangkurangnya mengetahui sebesar mana bagi sebatang sungai. Selain itu, guru juga harus membetulkan murid-muridnya sekiranya mendapati terdapat sebarang kesilapan. Guru bukan sahaja hendak menunjukkan benda sebenar, tetapi juga harus mengalakkan murid-murid menyebut dan mengeja perkataan itu.

Pembelajaran Konsep
Guru tidak mendapat respon daripada murid-murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran disebabkan guru tidak mendedahkan contoh yang jelas maka murid-murid tidak mendapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Guru yang kurang memberi peluang untuk murid-murid mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat juga akan menyebabkan mereka tidak memberi respon semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Cara Penyelesaian
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contohcontoh yang serupa. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.

Pembelajaran Hukum
Guru tidak mendapat respon daripada murid-murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan disebabkan guru kurang memberi panduan lisan dalam pembentukan rangkaian yang konsep. Selain itu, guru yang kurang menyoal murid-murid tentang hukum-hukum yang telah dipelajari juga akan menyebabkan mereka kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak dapat menggabungkan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.

Cara Penyelesaian
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan. Guru juga harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memfokus kepada aspekaspek yang penting dalam hukum.

Murid-murid juga harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan. Guru perlu menguji kefahaman murid-murid selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian. Murid-murid juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukuman.

Kesimpulan
Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Anda mungkin juga menyukai