Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH P&P SEJARAH

KONSTRUKTIVISME

McBrien & Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Brooks (1993), pula menyatakan bahawa teori konstruktivisme menjelaskan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensistesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Jelaslah bahawa konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Terdapat 5 fasa dalam pengajaran berasaskan model konstruktivisme

1. Orientasi
2. Pencetusan idea

3. Penstrukturan semula idea


3.1. penjelasan dan pertukaran 3.2. pendedahan kepada situasi konflik 3.3. pembinaan idea baru 3.4. penilaian 4. Penggunaan idea 5. Renungan kembali

Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme antara lainnya adalah :

Berfikir dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir cara untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Faham kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.

Ingat setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada membina

pengetahuan baru.

Yakin murid diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. - ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Kemahiran sosial kemahiran social ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakanrakan dan guru dlam membina pengetahuan mereka.

Seronok dalam pembelajaran konstruktivisme,murid lebih yakin dan seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi cabaran.

PERANAN GURU DAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERANAN GURU 1. Guru tidak menganggap minda murid sebagai bekas kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan pengetahuan baru. 2. Guru berperanan sebagai pembimbing /fasilatator. 3. Guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. PERANAN MURID 1. Murid tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi. 2. Murid bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. 3. Murid berdisiplin dalam membuat keputusan sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai