Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM GURU CELIK BAHASA KEBANGSAAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG PELEPAH, KOTA TINGGI, JOHOR

LAPORAN PROGRAM GURU CELIK BAHASA (PGCB) KEBANGSAAN SJKT


NEGERI JOHOR (Kumpulan Kedua Siri Kedua)

Program Guru Celik Bahasa Kebangsaan (PGCB) merupakan suatu program yang bernas
dan baik kepada guru-guru SJK(T) yang beropsyen Bahasa Melayu mahupun yang bukan
beropsyen Bahasa Melayu kerana dapat mencungkil bakat seseorang guru Bahasa Melayu
serta memperkembangkan ilmu pengetahuan secara meluas. Program ini dianjurkan oleh
Pertubuhan Tulir Malaysia di bawah penyeliaan Yang Berbahagia Profesor Madya
Dr. Vijayaletchumy a/p Subramaniam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan
kerjasama beberapa orang fesilitator. Program PCGB ini juga merupakan anjuran bersama
Socio-Economic Development of Indian Community (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri,
UPM UCTC, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). Sehungan dengan itu, melalui program ini, sebagai seorang guru kami dapat
memperkembangkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Program ini telah diadakan selama empat hari tiga malam di Pusat Latihan Guru
dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Para peserta bagi siri kedua kumpulan
kedua ini terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah
Tamil dari daerah Johor Bahru, Kluang, Pontian, Mersing dan Kota Tinggi. Guru-guru
mendapat banyak input berkaitan konsep bahasa, kesalahan umum tatabahasa, cara
penyampaian PdPc, pedagogi PdPc, penerbitan karya, inovasi dalam pendidikan,
pembinaan ayat, bahan pembelajaran interaktif, laman sesawang, Pusat Rujukan
Persuratan Melayu (PRPM) dan sebagainya.

Melalui PGCB siri kedua kami dapat mengenali laman sesawang Youtube, blog dan
sebagainya yang dapat digunakan oleh seseorang guru bagi tujuan melaksanakan PdPc di
sekolah. Laman-laman sesawang ini pernah digunakan oleh kami cuma mempelajari
tentang cara memuat turun video tertentu tanpa mengalami sebarang virus. Contohnya,
masukkan huruf “ss” sebelum perkataan youtube dan tekan enter. Tambahan pula, kami
juga dapat mengenali senarai laman web atau blog Bahasa Melayu seperti
karangansr.blogspot.my dan sebagainya. Kelebihan seterusnya adalah, dapat mengenali
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang mengandungi pelbagai unsur seperti data
kamus, istilah sasar, contoh penggunaan, sinonim, antonim dan sebagainya yang dapat
membantu para guru. PRPM sangat berguna kepada semua guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu.
PROGRAM GURU CELIK BAHASA KEBANGSAAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG PELEPAH, KOTA TINGGI, JOHOR

Tambahan pula, kami juga dapat mengenali pola ayat iaitu empat jenis pola ayat dan
sesuatu ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah unsur yang diterangkan
manakala predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Kami juga dapat mengenali
tentang cara-cara membina ayat yang lengkap. Contohnya, pokok durian itu sangat tinggi.
Sebagai seorang guru, kami dapat mengenali cara-cara yang betul untuk membina ayat.
Selain itu, beberapa praujian sebelum slot dan pascaujian selepas slot diadakan sepanjang
program merupakan salah satu kelebihan program ini. Hal ini demikian kerana, dapat
mengenali kelemahan diri sendiri guru mengikut topik berkenaan serta pascaujian dapat
memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Para peserta juga boleh menilai dan memberi
cadangan penambahbaikan melalui mengisi borang soal selidik secara atas talian.

Pihak penganjur telah menyediakan modul-modul yang bernas yang dapat menjadi
panduan kepada guru-guru opsyen atau bukan opsyen Bahasa Melayu. Modul-modul ini
sangat berguna kepada para peserta mahu pun pada masa hadapan kerana segala nota
atau perkara yang terkandung di dalam nota tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bantu
mengajar. Guru-guru berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Melayu juga memberi
pandangan dan berkongsi amalan baik yang telah mereka laksanakan di sekolah masing-
masing. Tambahan pula, aktiviti kumpulan yang telah diadakan dapat memberi pendedahan
dan mencungkil bakat guru-guru sehingga mencipta inovasi-inovasi yang baik serta boleh
diaplikasikan di sekolah. Contohnya, semasa bengkel pengenalan ayat guru-guru telah
mencipta pelbagai teknik untuk membina ayat. Antaranya ialah teknik OPBTM, OG, OrKeD,
teknik SAK serta teknik SD dan NKO. Teknik-teknik ini dapat membuka minda kami dalam
pembinaan ayat kerana selama ini kami tidak ketahui teknik seperti ini. Semua kumpulan
dapat menghasilkan bahan pembentangan yang menarik. Semasa pembentangkan, hasil
kerja kumpulan dimurnikan lagi dengan bantuan profesor, fesilitator, pegawai-pegawai PPD
dan JPN serta rakan-rakan guru.

Kesimpulannya, kami berharap program seperti ini harus diteruskan lagi pada masa
akan datang bagi tujuan meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dan
penguasaan ilmu Bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru SJKT. Para peserta program
pula bersyukur kerana mendapat banyak manfaat. Mereka juga berjanji dan berkeyakinan
tinggi dalam usaha mengajarkan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PROGRAM GURU CELIK BAHASA KEBANGSAAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG PELEPAH, KOTA TINGGI, JOHOR

Laporan disediakan oleh,

…………………………………………..
(JAGADESH A/L RAVISANTERAN)
Penghulu,
SJK Tamil Ladang Pelepah,
Daerah Kota Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai