Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN

Program ini telah dijalankan pada 31 Disember 2011(Jumaat). Terdapat sesi taklimat dari
pihak pentadbir sekolah termasuk Yang diPertua PIBG kepada ibu bapa atau penjaga murid
Tingkatan 1 dan Peralihan. Dalam masa yang sama urusan pembelian buku dan peralatan di
koperasi serta penyerahan dokumen kepada guru tingkatan dilakukan. Inilah satu-satunya
program yang mampu mengumpulkan kehadiran ibu bapa melebihi beratus orang.

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1DAN TINGKATAN PERALIHAN


Murid Tingkatan 1dan Peralihan yang telah mendaftar pada mula masuk ke alam sekolah
menengah di SMK Dato Ibrahim Yaacob. Program ini dibantu oleh Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS). Program-program yang telah disusun untuk mereka ialah:
Pengenalan mesra budaya dan fizikal SMKDIY
Taklimat Pusat Sumber dan Program Nilam.

Taklimat disiplin dan berbudi bahasa.

Keselamatan sekolah.

Persediaan menghadapi suasana baru.

Suai mesra nama guru dan kakitangan sekolah.

Taklimat koperasi sekolah.

Taklimat SPBT.

Taklimat Ketua-ketua Bidang.

Pengenalan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Membuat senarai semak Mooney

Sahsiah Cemerlang Pelajar Gemilang

Taklimat persatuan dan badan beruniform.

Taklimat sukan dan pembahagian rumah sukan.

Pembahagian kelas.

Pembahagian buku teks.

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4


Taklimat tentang Sijil SPM.
Taklimat pakej mata pelajaran yang ditawarkan.

Taklimat disiplin.

Perjumpaan dengan Tuan Pengetua.

Taklimat Ketua-ketua Bidang.

Kepentingan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.

Sahsiah Cemerlang Pelajar gemilang.

Ujian Minat Kerjaya

Teknik belajar berkesan.

Pengagihan kelas.

Pembahagian buku teks.

BENGKEL PEMBINAAN MODUL PRS


Bengkel ini diadakan pada 14 Januari 2012 bertempat di dewan sekolah. Ahli-ahli PRs di
bimbing untuk membina modul dan selepas pembinaan modul, setiap kumpulan
membentangkan modul masing-masing. Hasil modul tersebut di simpan dan dibukukan
untuk program-program yang akan dikendalikan oleh mereka nanti

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya telah dilaksanakan pada 27 hingga 29 APRIL 2012
bertempat di Dewan Dato Sheikh Shawalludin. Seramai 80 murid yang terlibat dalam
kursus ini termasuk lelaki dan perempuan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Pendekatan
kursus lebih kepada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Bengkel dan Perbincangan Dalam
Kumpulan melibatkan aspek-aspek fizikal, rohani, emosi dan minda. Tujuan kursus ini di
adakan adalah untuk memantapkan lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan
bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan membantu guru bimbingan dan
kaunseling memperluaskan perkhidmatan melalui projek bantuan yang dijalankan oleh PRS.

PAMERAN KERJAYA
Sebanyak 10 buah IPTS telah menghadiri pameran kerjaya sekolah yang telah diadakan
di dewan sekolah. Kelas-kelas Tingkatan 5 dipanggil terlebih dahulu untuk mengunjungi
gerai-gerai pameran kerjaya. Pelajar-pelajar juga bertanya kepada IPTS-IPTS tentang
kursus-kursus yang ditawarkan di tempat mereka. Pameran kerjaya kali ini mendapat
sambutan daripada guru dan pelajar. Ada di kalangan guru yang melawat gerai pameran
menanyakan soalan-soalan kerjaya kepada wakil-wakil IPTS.

PROGRAM MOTIVASI DIRI


Program Motivasi Diri Pelajar Tingkatan 3 telah berlangsung pada 25 Julai 2012
berfokuskan murid-murid yang Cemerlang. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling dengan penceramahnya En. Sahar bin Jalldin. Tujuan program
ini di adakan adalah untuk Meningkatkan motivasi diri pelajar untuk menduduki
peperiksaan PMR dan memberi celik akal kepada murid-murid tentang halatuju mereka
selepas PMR. Program ini berjaya dilaksanakn seperti yang dirancang dan murid-murid
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penceramah.

PROGRAM INDAHNYA SOLAT


Program ini dilaksanakan selama 3 hari bermula 19 hingga 21 Jun dengan modul yang sama
ke atas kumpulan sasaran yang berbeza. Program ini berfokuskan kepada murid-murid sesi
petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi input tentang tatacara solat
yang sempurna dan membentuk peribadi murid yang bersahsiah baik.

PROGRAM SEMARAK MINDA (KECEMERLANGAN PMR)

Program kecemerlangan ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2012


bertempat di dewan. Program ini adalah sebagai sebagai batu suntikan kepada
murid Tingkatan 3 sebagai persediaan supaya murid-murid untuk menghadapi
peperiksaan PMR dengan lebih tenang dan bersemangat. Fokus program ini adalah
kepada pelajar HALUS.

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR MIND MAP


Program ini diisi dengan slot ceramah dan sesi soal jawab. Tujuan program ini di adakan
adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kemahiran belajar yang
berkesan dan mengaplikasikan kemahiran belajar dalam proses pembelajaran di dalam
kelas dan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan berkesan dan pelajar-pelajar
memberikan kerjasama sepanjang program ini dijalankan.

KEM GENERASI MUDA


Kem ini telah dilaksanakan pada 6 hingga 8 Julai 2012 berfokuskan kepada pelajar
Tingkatan 1. Tujuan kem ini dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi dan
pendedahan secara praktikal tentang tatasusila bertingkahlaku terhadap keluarga, sekolah,
masyarakat dan negara. Kem in juga memberikan keyakinan secara ilmiah dan amali
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar dan remaja.

PROGRAM SEMARAK MINDA (KECEMERLANGAN SPM)

Program motivasi kecemerlangan ini di adakan sebagai usaha bagi memastikan


kejayaan murid-murid tingkaktan 5 tercapai. Ia telah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya pada 30 Julai 2012 dalam dua sesi. Sesi pertama difokuskan kepada muridmurid yang HALUS sementara sesi kedua kepada murid yang cemerlang. Di samping
itu juga usaha ini dilakukan untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan
dalam hidup dapat menjamin masa depan mereka. Penceramah jemputan dari MSU
telah diundang untuk memenuhi setiap slot ini.

SEMINAR KERJAYA SELEPAS SPM


Seminar ini berfokus kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5. Dalam seminar ini murid-murid
diberi bimbingan tentang kursus pengajian yang sesuai dengan minat dan kelayakan
pelajar. Mereka diberi kefahaman dan mengetahuan tentang halatuju masing-masing
selepas SPM dan memastikan mereka mempunyai matlamat untuk menyambung pelajaran
selepas SPM

PERJUMPAAN PRS DAN AHLI KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perjumpaan ini di adakan pada setiap hari Rabu setiap minggu. Pelbagai aktiviti dijalankan
semasa perjumpaan di adakan. Antaranya seperti pengucapan awam, ujian psikometrik,
gotong royong, LDK dan sebagainya.

PECUTAN AKHIR DAN MOTIVASI MURID-MURID SPM


Program ini telah dijalankan pada 13 Ogos 2012 bertempat di dewan. Sasaran berfokus
kepada murid-murid harapan sekolah. Dalam program ini murid-murid di ingatkan semula
tujuan dan halatuju mereka.

BENGKEL KERJAYA C3G 1 MALAYSIA


Bengkel ini diadakan pada 2 Oktober 2012 bertempat di dewan. Bengkel ini dikelolakan
oleh Yayasan Pelajaran, Kebajikan dan Penyelidikan Malaysia (EWRF). Tujuan bengkel ini
diadakan adalah untuk memberi panduan kepada murid-murid tentang pemilihan kerjaya
yang betul-betul sesuai dengan minat dan personaliti diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai