Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAHUN 2017
AHLI JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Penasihat : En.V.Rajamanickam

Pen Penasihat : En.Ganesan

Setiausaha : Pn.Kasturi Shalini

AJK : Semua guru

OBJEKTIF

1. Melahirkan murid yang mengenal sahsiah diri.

2. Membentuk murid yang bersahsiah cemerlang.

3. Melahirkan murid yang berkemahiran komunikasi.

4. Melatih murid untuk mengawal emosi.

5. Memupuk murid yang berkefahaman norma dan nilai masyarakat.

6. Melahirkan murid yang dapat menyesuaikan diri, mempunyai kemahiran menjaga


penampilan diri dengan situasi sekeliling.

7. Memperkembangkan kekuatan daya kemahiran untuk mengendalikan tekanan diri.

JENIS AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2017

1. Orientasi murid tahun 1


2. Mengadakan mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling
3. Program guru penyayang
4. Program Maju Insan Gemilang (Tahap 2)
5. Mengadakan kaunseling individu dan kelompok
6. Ujian Aptitud Am (Tahun 3 & Tahun 6)
7. Program motivasi bagi murid UPSR.
8. Program Dasar Warga Emas Negara (dwen)
9. Program Alam Remaja (tahap 2)
10. Taklimat pendedahan murid tahun 6 ke tingkatan 1
11. PPda
12. Perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 6
13. Pelancaran program the champion
14. Program JOM KE SEKOLAH
15. Mengurus fail-fail B&K
16. Menyediakan laporan
17. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling

1.1 Mengadakan mesyuarat bimbingan dan kaunseling

Mesyuarat bimbingan dan kaunseling telah dijalankan sebanyak 3 kali tahun ini. Tarikh-
tarikhnya adalah seperti berikut :

Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling kali pertama 01/2017 : 14.02.2017


Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling kali kedua 02/2017 : 11.07.2017
Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling kali ketiga 03/2017 : 11.10.2017

2. Program guru penyayang.

2.1 Program mengalu-alukan kehadiran murid

Program ini mula dijalankan sejak bulan Januari. Sepanjang tahun murid akan dialu-alukan di
pintu pagar sekolah pada setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Program ini telah
berjaya dilaksanakan sepanjang tahun. Semua guru telah memberi kerjasama yang munasabah.

2.2 Sambutan harijadi murid

Murid-murid juga telah diberikan penghargaan sempena harijadi mereka di perhimpunan


mingguan.

2.3 Program mentor-mentee

Semua murid terlibat dalam program mentor-mentee ini. Bagi tahun 1 5 guru kelas
merupakan mentor kepada murid-muridnya. Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada
guru-guru lain untuk dibimbing. Semua guru-guru telah dibekalkan dengan fail yang
mengandungi borang pemantaun murid. Setiap juga telah menghantar fail tersebut kepada PK
HEM untuk mendapatkan pengesahan.
3. Program Maju Insan Gemilang

Program insan gemilang telah diadakan pada 9.01.2017, 15.01.2013 dan 16.01.2013. Semua
guru dan murid tahun 4,5 dan 6 terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini telah
dijalankan selama tiga hari. Sambutan yang diberikan oleh semua peserta amat menggalakkan.
Guru-guru memasuki kelas mengikut jadual program motivasi insan gemilang yang telah
disediakan. Mereka menjalani program ini berdasarkan tajuk-tajuk yang tersedia ada dalam
modul modul yang dibekalkan oleh pihak jabatan pelajaran Selangor.

4. Membimbing dan menyelesaikan masalah

Sehingga kini 3 orang telah mendapat perkhidmatan kaunseling dan 5 orang murid telah
mendapat kaunseling akademik.

5. Ujian Aptitud Am (UAA)

Ujian Aptitud telah dilaksanakan pada bulan Mac tahun ini bagi kohort pertama KSSR iaitu
murid tahun 4 dan murid tahun 3 pada bulan November. PK Hem telah memantau semasa
ujian ini dijalankan. Tarikh-tarikh ujian dilaksanakan adalah seperti berikut :

Ujian Aptitud Am (Tahun 4) : 7.03.2014


Ujian Aptitud Am (Tahun 3) : 7.11.2014

6.Orientasi Tahun 1

Orientasi bagi murid tahun 1 (2014) telah dilaksanakan pada 27.12.2013. Orientasi tahun 1 ini
berjalan dengan lancar dan dapat mencapai motif yang telah digariskan. Ramai ibu bapa murid
telah hadir pada hari orientasi ini dijalankan.

7. Program Motivasi Bagi Murid UPSR

Program motivasi mengikut matapelajaran telah diadakan oleh semua panitia matapelajaran
seperti berikut.

Tarikh ceramah Matapelajaran Ketua Panitia

6.06.2014 Bahasa Malaysia Pn.Nor Faizah

8.06.2014 Bahasa Inggeris Pn.A.Umavathy

12.06.2014 Sains Cik.S.Deepa


15.06.2014 Matematik En.Sivakumar

Hasilnya murid-murid UPSR telah mendapat banyak pendedahan untuk menghadapi ujian
UPSR. Tunjuk ajar yang diberikan oleh penceramah membantu murid menjawab soalan ujian
dengan lebih yakin dan senang.

7. Program Kerjaya

Program ini telah dijalankan pada 17.03.2014. semua guru dan murid terlibat. Program ini
telah dijalankan sehari sahaja. Murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dalam semua
aktiviti.

8. Menguruskan fail-fail B&K

Semua fail telah dikemaskinikan dari masa ke semasa. Semua borang dan laporan
perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok dimasukkan ke dalam fail. Fail
Ujian Aptitud Am telah disediakan dan borang penskoran murid, kertas soalan, buku
jawapan murid rekod pemantauan PK Hem telah dilengkapkan.

9. Menyedikan laporan tahunan

Laporan tahunan telah disediakan untuk merumuskan semua aktiviti dan program yang
telah dijalankan. Semua program telah dijalankan dengan jayanya. Semua warga sekolah
telah memberikan sokongan yang baik dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

10. Talented Programme

Talented program telah dilaksanakan pada 12.11.2014 dengan kerjasama Unit Disiplin dan
Unit Hem. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi murid-murid yang mempunyai masalah
disiplin. Pihak PPD telah hadir untuk memantau program ini.

11. Lawatan Bimbingan dan Kaunseling

Lawatan bimbingan dan kaunseling telah diadakan pada bulan September yang dianjurkan
oleh PPD Kuala Selangor. Seramai 5 orang murid yang mempunyai masalah disiplin telah
mengambil bahagian dalam lawatan ke Rumah Titian Kasih di Ampang. Pelabagai aktitivi
telah dijalankn sepanjang program ini. Murid-murid berasa seronok dan mengharungi
keperitan hidup yang dialami oleh kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa.
Aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan

Program DWEN

Program ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.

Cadangan dan syor

Aktivit-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun ini telah memberikan kesan yang positif
kepada murid-murid. Aktiviti ini juga akan dilaksanakan pada tahun 2015. Murid perlu
diberikan ujian psikologi dari masa ke semasa untuk mengenal kelemahan dan kekuatan
mereka. Ia akan membantu murid untuk membentuk sahsiah diri yang baik serta dapat
mengenal diri dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

. ..
(Pn.A.Kasturi Shalini) (Pn.M.Tamilselvi) (En.R.Subramanian)
Guru B&K PK HEM Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai