Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

SK AMPANG PECAH

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Tajuk: ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI DALAM KEBIASAAN BAHARU

1.0 PENDAHULUAN

Program orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu dilaksanakan sejajar dengan
kehendak garis panduan pengurusan pembukaan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Program ini dilaksanakan pada hari pertama pembukaan semula sekolah rendah
sebagaimana yang telah diumumkan. Setelah lama murid direhatkan akibat pandemik Covid-19 dan
menjalani proses pembelajaran dirumah dan pelbagai pengalaman yang dilalui, maka amat perlu mereka
dibantu dari sudut emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri
menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia dapat mengembalikan
semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan seterusnya bersedia mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran seperti dalam kebiasaan yang baru.

2.0 RASIONAL

 Menyemak dan mengenalpasti kesediaan psikososial murid bagi menghadapi persekolahan


semula selepas pengumuman pembukaan sekolah rendah dibuat secara rasmi.

 Mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan sesuai
dengan kebiasaan baharu.
 Membantu murid menyesuaikan diri dengan malan dan kebiasaan baharu disekolah.

3.0 MATLAMAT

Program orientasi pemugaran emosi murid perlu dilaksanakan bagi memastikan murid berasa tenang dan selesa
dengan kebiasaan baharu disamping dapat memastikan murid dibantu dan diberi sokongan sekiranga mereka
mengalami isu dan masalah dari sudut emosi dan sosial.

4.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program orientasi pemugaran emosi murid ini adalah untuk memastikan :

 Pelaksanaan proses pengajaran Dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar
dalam kebiasaan baharu.
 Psikologikal, psikososial dan psikoemosi serta kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi
perhatian semasa berada di sekolah.
 Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh program dan Hari : Fasa 1 : 15 Julai 2020 - Rabu ( Murid tahun 5 dan 6 dan PPKI )
Fasa 2 : 22 Julai 2020 – Rabu ( Murid tahun 1 – 4 dan PPKI )
5.2 Tempat : Bilik darjah
5.3 Masa : Mengikut jadual disediakan

6.0 KUMPULAN SARASAN

6.1 Program ini dilaksanakan kepada kumpulan murid yang memulakan sesi persekolahan hari pertama selepas
PKP Pemullihan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan secara rasmi.

7.0 KPI

7.1 KPI program ini adalah sebagaimana berikut :

 
Output Murid dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan
belajar cara menghadapi tekanan tersebut.
Outcome Murid dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru dan dapat
membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Hj Rahiman bin Yusof (Guru Besar, SKAP)


Tim. Pengerusi : En Mohd Norisham Bin Saimun (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn Afaf binti Yusof (GPK Pentadbiran)
En Mohd Azam Bin Mohamed Nasir (GPK Kokurikulum)
En Mohamad Fais Bin Jamil (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras : En.Heerman Bin Mohd Noh
Setiausaha : Pn Omeehazrina Bt Omar

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn Hj Rahiman bin Yusof (Guru Besar, SKAP)


Tim. Pengerusi : En Mohd Norisham Bin Saimun (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn Afaf binti Yusof (GPK Pentadbiran)
En Mohd Azam Bin Mohamed Nasir (GPK Kokurikulum)
En Mohamad Fais Bin Jamil (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras : En Heerman Bin Mohd Noh
Setiausaha : Pn OmeeHazruna Bt Omar

AJK : En Khairul Nizam Zainaludin


Pn Raihan Hamzah
Pn Habibah Takril
Wan Ahmad Sulmizam Wan Isa
Semua Penyelaras Tahun
Ketua Panitia

10.0 PENGISIAN PROGRAM

Jadual pelaksanaan program orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu adalah seperti berikut :
Masa Aktiviti Personalia
7:40 – 8:40 pg SLOT 1

( 60 minit ) Soal Selidik.


- Persediaan murid.
- Guru mengedarkan soalselidik keperluan murid
- GBK
(20 min)
- Guru Matapelajaran
Guru Mengucapkan selamat kembali kesekolah .
- Modul sejarah Covid-19
- Soaljawab
(40 min)

8:40 – 9:40 pg SLOT 2

( 60 minit ) Kebiasaan Baharu di sekolah.

- 7 langkah cuci tangan


- Penjarakan sosial - GBK
- Penggunaan Pelitup muka ( Jenis , Cara Guna - Guru Matapelajaran
dan pelupusan )
- Keselamatan murid dan warga sekolah
- Pergerakan dan keselamatan murid SOP
(SKAP)

9:40 – 10:10 pg SLOT 3


- GBK
( 30 minit ) Relaksasi
- Guru Matapelajaran
- Relaksasi minda – Carikata / Brain gym

10:10 – 10.30 pg
R-E-H-A-T - Guru bertugas
( 20 minit )
10:30 – 11.30 pg SLOT 4

( 60 minit ) Pengurusan Daya Tindak - GBK


- Spiritual - Guru Matapelajaran
- Pengurusan Cara Belajar Kebiasaan Baharu

11:30 – 12:30 tgh SLOT 5

( 60 minit ) Refleksi
- GBK
- Perkongsian Pengalaman
- Matapelajaran
- Refleksi murid
- Penetapan azam dan matlamat baru

12:30 – 1:30 ptg SLOT 6


- GBK
( 60 minit ) Relaksasi
- Guru Matapelajaran
- Relaksasi minda – Art Therapy
- 5 Minit “pesanan kasih”
11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 Gula-gula (Chuppa Chup) 6 botol X RM. 50 = RM. 300.00

X RM = RM.

X RM = RM.

JUMLAH BESAR RM. 300.00

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat menjadi satu mekanisme yang akan membantu murid untuk lebih
bersedia secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi persekolahan semula setelah bercuti
panjang. Diharapkan juga aktiviti ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk
meneruskan sesi persekolahan malah kehidupan seharian dengan baik.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………………………. ………..……………………………
(EN HEERMAN BIN MOHD NOH) (TN HJ ABDUL RAHIMAN BIN YUSOF )
Penyelaras Program Pengetua/Guru Besar
KERTAS KERJA

ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID


DALAM KEBIASAAN BAHARU
SK AMPANG PECAH

15 & 24 JULAI 2020


-HARI RABU-
(BILIK DARJAH)

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK AMPANG PECAH

SK AMPANG PECAH
LOT 1817, JALAN HAMZAH
44000 KUALA KUBU BHARU
TEL : 03-60645439

Anda mungkin juga menyukai