Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBINAAN MODUL ORIENTASI KEBIASAAN BAHARU


UNIT DISIPLIN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK LKTP MAOKIL 2

Tajuk: PEMBINAAN MODUL ORIENTASI KEBIASAAN BAHARU

1.0 PENDAHULUAN

Program orientasi murid dalam kebiasaan baharu dilaksanakan sejajar dengan kehendak garis
panduan pengurusan pembukaan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Program ini dilaksanakan pada hari pertama pembukaan semula sekolah rendah
sebagaimana yang telah diumumkan. Setelah lama murid direhatkan akibat pandemik Covid-19
dan menjalani proses pembelajaran dirumah dan pelbagai pengalaman yang dilalui, maka amat
perlu mereka dibantu dari sudut emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan
membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia dapat
mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan seterusnya
bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti dalam kebiasaan yang baru.

2.0 RASIONAL

2.1. Menyemak dan mengenalpasti kesediaan psikososial murid bagi menghadapi persekolahan
semula selepas pengumuman pembukaan sekolah rendah dibuat secara rasmi.
2.2. Mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan sesuai
dengan kebiasaan baharu.
2.3. Membantu murid menyesuaikan diri dengan malan dan kebiasaan baharu disekolah.

3.0 MATLAMAT

Program orientasi murid perlu dilaksanakan bagi memastikan murid berasa tenang dan selesa
dengan kebiasaan baharu disamping dapat memastikan murid dibantu dan diberi sokongan
sekiranga mereka mengalami isu dan masalah dari sudut emosi dan sosial.
4.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program orientasi murid inilam kebiasaan baharu adalah untuk memastikan :

4.1. Pelaksanaan proses pengajaran Dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan
lancar dalam kebiasaan baharu.
4.2. Psikologikal, psikososial dan psikoemosi serta kesihatan murid, guru dan warga sekolah
diberi perhatian semasa berada di sekolah.
4.3. Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

5.0 PELAKSANAAN

5.1. Tarikh Cadangan Program dan Hari : 02 Oktober 2021 (Selasa)


5.2. Tempat : Kediaman Masing-masing
5.3. Masa : 1030 pagi

6.0 KUMPULAN SASASAN

6.1. Program ini dilaksanakan kepada kumpulan murid yang memulakan sesi persekolahan hari
pertama selepas pegumuman pembukaan sekolah oleh Kementerian Pendidikan secara
rasmi.

7.0 KPI

7.1. KPI program ini adalah sebagaimana berikut :


7.1.1. Murid faham tentang situasi persekolahan mengikut kebiasaan baharu.
7.1.2. Murid dapat megamalkan sesi pembelajaran dalam kebiasaan baharu.
7.1.3. Murid dan guru boleh berinteraksi untuk PDPC dalam kebiasaan baharu.
8.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : Cgu Mohd Ibrahim Bin Sukarti - Guru Besar

Tim. Pengerusi : Cgu Nur Amzarina Bt Mat Aripin - PK HEM

Naib Pengerusi : Cgu Mohd Aris Bin Ahmad - PK Pentadbiran

Cgu Norfaizal Bin Ahmad Baharudin -PK Kokurikulum

Penyelaras : Cgu Nagarajan Subramaniam ( Guru Disiplin )

Setiausaha : Cgu Zainab Bt Arshad

AJK : Cgu Norhalishah Bt Atil - Penyelaras Tahun 6

Cgu Siti Nurain Bt Mohd Noh - Penyelaras Tahun 5

Cgu Noorfaiza Bt Za’bar - PenyelarasTahun 4

Cgu Mohd Yuafendi Bin Mohd Yusof - Penyelaras Tahun 3

Cgu Zainab Bt Arshad - Penyelaras Tahun 2

Cgu Hamirah Bt Wan Hamid - Penyelaras Tahun 1

Cgu Normah Bt Bachok - Penyelaras Pra


9.0 PENGISIAN PROGRAM

Jadual pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu adalah
seperti berikut :

Masa Aktiviti Personalia


SLOT 1
GBK
Mengucapkan selamat kembali ke sekolah . Guru
Matapelajaran
SLOT 2

Kebiasaan Baharu di sekolah.

1030 pg 7 langkah cuci tangan GBK


Penjarakan sosial Guru
Penggunaan Pelitup muka (Jenis , Cara Guna dan Matapelajaran
pelupusan )
Keselamatan murid dan warga sekolah
Pergerakan dan keselamatan murid SOP
(SKAP)
SLOT 3
GBK
Pengurusan Daya Tindak Spiritual Guru
Pengurusan Cara Belajar Kebiasaan Baharu Matapelajaran

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1.
2.
3.
JUMLAH

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat menjadi satu mekanisme yang akan membantu murid
untuk lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi persekolahan semula
setelah bercuti panjang. Diharapkan juga aktiviti ini dapat menyuntik semangat baru kepada
semua murid untuk meneruskan sesi persekolahan malah kehidupan seharian dengan baik.

Disediakan oleh;

_________________________
(NAGARAJAN SUBRAMANIAM)
Penyelaras
Pembinaan Modul Orientasi Kebiasaan Baharu
SK LKTP Maokil 2

Disemak oleh;

____________________________
(NUR AMZARINA BT MAT ARIPIN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Maokil 2

Disahkan oleh;

___________________________
(MOHD IBRAHIM BIN SUKARTI)
Guru Besar
SK LKTP Maokil 2

Anda mungkin juga menyukai