Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis.

Yang diraikan Cikgu Normah Bt Bachok , Yang berusaha Cikgu Mohd Ibrahim Bin

Sukarti, Guru Besar SK LKTP Maokil 2, Yang Dihormati Cikgu Mohd Aris Bin

Ahmad, Yang Dihormati Cikgu Nur Amzarina Bt Mat Aripin,GPK HEM, Yang

Dihormati Nor Faizal Bin Baharudin, GPK Kokurikulum, guru-guru, rakan-rakan

serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang

Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama

meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan

pasti akan meninggalkan rasa sedih di dalam hati. Hari ini, kami berasa terharu dan

sedih kerana bakal kehilangan seorang cikgu yang telah mencurahkan ilmu kepada

kami.

Hadirin yang Dikasihi,

Cikgu Normah pada kami merupakan seorang yang lemah lembut, tenang namun

tetap berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata

yang dapat digambarkan mengenai cikgu kita ini.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah

mementingkan kebajikan murid. Beliau juga seorang yang berhati murni dan

sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua keadaan.


Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang dan tidak lokek untuk memberikan

bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu

urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua

terutama warga SKFM 2.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SKFM 2 merakamkan setinggi-

tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Normah yang tidak

pernah mengenal erti jemu mendidik kami dan mengorbankan waktu demi kami

murid-murid SKFM 2 . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-

Nya kepada ustazah.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, Walau bagaimanapun, yang

hilang akan tetap diingati, kekal abadi, tersemat di hati.

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara ustazah dengan anak-

anak didik dan warga SKFM 2 akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi

yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt

Anda mungkin juga menyukai