Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM SEKOLAH MENENGAH

TARIKH : Khamis-4 oktober 2012


MASA : 8.30 pagi-10.30 pagi
TEMPAT : Dewan Perdana,SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua
guru Tahun 6

LATAR BELAKANG :
Program Motivasi Alam Menengah 2012 diadakan untuk memberi
pendedahan dan persediaan kepada murid tentang alam menengah.
Program ini bertujuan untuk melahirkan barisan murid yang
mempunyai hala tuju, berwibawa dan berketrampilan dalam
menentukan matlamat hidup pada masa akan datang.

OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:

Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya


pelajar di sekolah menengah

Menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai


cita-cita pada masa akan
datang

Melahirkan pelajar yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang


jelas

Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pelajar

Menaikkan semangat daya saing untuk menempatkan diri di


sekolah berasrama penuh

SASARAN PROGRAM :
Untuk program pada kali ini, sasaran peserta program adalah seramai
274 orang murid Tahun 6.

ATUR CARA PROGRAM :


MASA

AGENDA

7.30 pagi Guru mengambil kehadiran murid


Murid-murid berkumpul di Dewan Perdana
8.30 pagi Ceramah
-10.30 pagi (Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah)
10.30 pagi Rehat/Bersurai

RINGKASAN PROGRAM :
Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah telah bermula pada
pukul 8.30 pagi seperti yang dirancang. Seramai 163 orang murid tahun 6
yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan
bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal dan diteruskan dengan ceramah oleh Puan
Wan Khairani Bt Wan Mahmud berkaitan pengenalan tentang SMK Puta
Perdana serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Program ini telah ditamatkan pada pukul 10.30 pagi. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah menjayakan program
ini.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :

Tahniah diucapkan kepada semua murid. Semoga mendapat keputusan


yang cemerlang di dalam UPSR dan mendapat tempat di Sekolah
Berasrama Penuh.

Anda mungkin juga menyukai