Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH TANAH MERAH

KM 8, JALAN SEPANG
71960, CHUAH,
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
TEL : 06-6581570, FAX : 06-6581101
EMAIL :NEE2065@1bestarinet.Yes.My

KERTAS KERJA PROGRAM


UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)

LALUAN INFO PPDa


TAHUN 2016

DENGAN KERJASAMA:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

1.0

Tajuk Program
- Laluan Info PPDa

2.0

Latar belakang

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan


dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya
penyalahgunaan dadah di sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit
sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di sekolah menengah sebagai
langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru,
kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya.

3.0

4.0

Objektif
3.1

Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran


merentasi kurikulum.

3.2

Membantu murid menjana budaya tingkah laku positif serta meneladani


nilai-nilai murni.

3.3

Memberi pendedahan tentang maklumat penyalahgunaan dadah dan


perkara yang berkaitan dengannya.

Rasional

Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program sebegini menjadi
keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan
momentum penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi
menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke kantin dan ruang
legar. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti
sama ada untuk laluan ke kantin, berkumpul, kelas seni mempertahankan diri dan
sebagainya.

Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan


seperti ruang aktiviti, bahan pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu
memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah
aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.

5.0

Tempat perlaksanaan
- Laluan Balai Minda

6.0

Tempoh perlaksanaan
- Sepanjang bulan Mac 2016

7.0

Kumpulan sasaran
Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya, dan khususnya
kepada murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah.

8.0

Perbelanjaan
Bil.

10.0

Perkara

Anggaran Kos

1.

Bahan hiasan

RM 50.00

2.

Print Hitam & Warna

RM 30.00

Jumlah

RM 80.00

Penutup

Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang
bahaya dadah, rokok dan inhalan kepada setiap warga sekolah amnya dan murid-murid
khasnya.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________
(NURLIN BT AB GHANI)
GURU Ppda
SMK Tanah Merah

______________________
(RAZALI BIN MD TAIB)
Pengetua
SMK Tanah Merah

Anda mungkin juga menyukai